Sep 7, 2017

Zombie berasal dari pahlawan Islam?

(Tanya sama abang keretamayat-Zombie ni nak burukkan islam kah?)

(babak dari episod pertama walking dead)
Copy paste FB sharing

Ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie atau “mayat hidup” tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi, beliau tanya sebab ada baca sharing di facebook kisah seorang pahlawan Islam pada abad ke-16. Iaitu bila Portugis membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu sekaligus menyebarkan Islam di sana, lalu tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam tapi gagal kerana ada seorang pahlawan Islam bernama Zunbie.

Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini maka pihak Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan berjaya dibunuh. Kemudian Karakter Zombie pula dibunuh berulang-ulang sehingga sekarang. Nama pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia. Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan sedemikian rupa.

Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang meratah daging manusia.

Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie berasal dari pahlawan Islam?

Jawapan aku:

Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.

Sebagai penulis kita kena adil dalam mengakaji sejarah, jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi, adohai..

Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok sendiri yang cuba di hubung kait sebagai fakta,

Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan nZambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud "roh orang mati", yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh hidupkan semula orang mati tanpa perasaan hanya bergerak gerak,

Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam filem Zombie pertama berjudul "Night of the Living Dead" tahun 1968, filem hitam putih, dan idea cerita itu pulak datang dari novel klasik puntianak:"I am Legend".

Sejak filem tu hit, maka berlumba lumba filem zombie dikeluarkan sehingga ada drama bersiri "The Walking Dead" yang nak masuk season 8, dan di anggap sebagai drama terbaik dalam mengambarkan zombie, tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan dengan perkatan "zombie", sekarang mereka tukar "The Walker", Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat untuk burukkan islam itu?

Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggung jawab, dan amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang betul, sumber yang betul, rujuk mezium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak zombie tu masih ada, George A. Romero yang di kenali sebagai bapa kezombian Amarica ada email, boleh email tanya, banyak tanggung jawab bila nak dedah fakta atau auta. Bukan semudah abc.

I rest my case.


Ps: “A zombie film is not fun without a bunch of stupid people running around and observing how they fail to handle the situation”- George A. Romero

6 comments:

  1. Kita biasa mendengar istilah “ZOMBIE”. Apabila disebut, nyata yang terlintas adalah salah satu makhluk alam lain yang ditakuti dan penuh misteri oleh penduduk barat.

    Namun Anda akan terkejut bila mengetahui sejarah dan asal usul nama ZOMBIE itu sebenarnya wujud sejak abad 15 Masehi di Brazil.

    Anda akan lebih terkejut lagi kerana“ZOMBIE” sebenarnya adalah nama seorang komandan Islam yang gagah berani, yang telah berjasa menghidupkan agama islam di Brazil. Bahkan secara bertahap dia dan para ulama’ setempat berjaya mendirikan sebuah Daulah Islamiyah di Brazil.

    Berikut sejarah “ZOMBIE” yang kami ambilkan dari tulisan Jihad al-Turbanli berjudul Miatu min Udzoma’ Ummah al-Islam Ghoiru Majro at-Tarikh.

    Sebelum kami paparkan kisah komandan islam yang agung ini (digelar sebagai zombie), yang berhasil mendirikan Negara Islam di Brazil, maka kami akan sedikit ceritakan sejarah singkat yang berkaitan dengan ‘munculnya’ Zombie ini.

    Setelah bangsa kulit putih eropah yang beragama Nasrani memasuki Amerika utara dan selatan, orang-orang eropap itu membagi tanah yang baru mereka duduki itu menjadi dua bahagian operasi.

    Amerika utara yang dikuasai oleh orang-orang Inggreis dan Perancis dan wilayah Selatan yang diduduki oleh Portugis dan Sepanyol.

    Orang-orang eropah dari Negara Perancis dan Inggris berusaha menguasai Amerika utara dan menduduki tanahnya, dengan slogan “Orang Hindia yang baik adalah orang Hindia yang Mati” adapun orang-orang Sepanyol dan Inggris tidak menduduki tanah mereka secara langsung, namun mereka memiliki slogan di Amerika Selatan “bunuh kemudian rampas hartanya dan pergi”.

    Maka dewasa ini kita dapati perbedaan besar terkait keadaan ekonomi amerika dan kanada (Amerika Utara) bila dibandingkan dengan kondisi ekonomi Negara-negara di amerika selatan yang cenderung miskin. Adapun amerika utara maka kami tidak akan membahas tentang kisahnya karena tidak berhubungan dengan judul ini (pahlawan Zombie). Adapun amerika selatan maka kami telah membagi penjajahan antara portugis dan spanyol berikut ini.

    Imperialis portugis mengambil bagian di Brazil yang luas dan kaya sementara Spanyol mengurusi beberapa Negara lainnya. Orang portugis benar-benar menjajah bangsa brazil dengan kekejaman yang nyata. Mereka membunuhi penduduk asli brazil agar dapat menguasai kekayaan mereka. Mereka mengeruk tambang emas dan memindahkannya ke Portugal melalui tangan para penduduk Brazil (kerja paksa).

    Tak hanya di Brazil saja, mereka juga mencampuradukkan penduduk asli Brazil dengan kulit hitam Afrika dengan cara menjajah wilayah umat Islam di Afrika barat. Mereka memiliki misi memasukkan orang-orang Afrika yang dikenal keras dalam bekerja, ke Negara Brazil untuk mengeruk kekayaan Amerika Selatan demi kepentingan penjajah. Secara bertahap mereka membawa orang Islam Afrika melalu kapal-kapal mereka ke wilayah Brazil. Hingga banyak dari mereka yang dijadikan budak pada awal tahun 1538 Masehi. Dan tidak sampai 40 tahun lamanya sudah 14 ribu orang islam Afrika dipindahkan ke Brazil sedangkan jumlah penduduk saat itu tidak lebih dari 57 ribu.

    ReplyDelete
  2. Dan pada tahun berikutnya, orang-orang Portugis terus menambah jumlah kulit hitam ke Brazil, yaitu dari orang-orang Angola yang mencapai 642 ribu muslim negro (kulit hitam), mereka datangkan penduduk besar islam Afrika Barat itu secara bertahap dan besar-besaran. Dan ini dikuatkan dengan beberapa dokumen-dokumen yang masih ada di muzeum Brazil. Bahawa kebanyakan yang datang dari Afrika ke Brazil adalah keturunan orang-orang islam yang dapat membaca alquran. Namun kemudian penjajah mulai memasukkan fahaman agama nasrani kepada mereka hingga ada sedikit perlawanan dari orang-orang yang lemah ini, namun orang-orang Portugis itu terus menekan dan memaksakan agama nasrani kepada mereka dengan ancaman pembunuhan dan penyiksaan.

    Maka ketika orang-orang salib itu menyangka penganut agama islam mulai pudar dan mati di Brazil selamanya, keluarlah dari penindasan itu seorang pahlawan islam yang agung yang bernama Zombie. Ia berhasil menyalakan api semangat kepada pemuda islam yang masih berbaki di Brazil. Maka komandan ini bergerak beserta ulama’ yang ada untuk menyeru orang-orang Brazil kepada ajaran islam hingga mereka memahami agama yang mulia ini.

    Mereka juga mengajari bacaan al-quran serta syariat islam yang sangat toleran dan terpuji. Dan seiring bertambahnya waktu jumlah mereka semakin bertambah. Maka ketika mereka semakin kukuh dan kuat, komandan Zombie telah mengumumkan pembentukan “Negara islam Brazil” pada tahun 1643 M. ia mengumumkan dalam peraturannya yang pertama, bahwa kebebasan adalah asas dari hukum yang ditegakkan di wilayahnya.

    Mengetahui perkembangan yang luar biasa dari islam, pihak Portugis melancarkan peperangan kepada Negara kecil yang tengah berkembang di benua Amerika tersebut. Namun -dengan izin Allah- Zombie dan umat Islam pada peperangan pertama berhasil mengalahkan penjajah hingga berkembang luaslah wilayah mereka. Bahkan Zombie juga dapat menakhlukkan 20 daerah di wilayah Negara bagian Bahi di Brazil. Dan terus berlangsunglah Negara islam brazil ini hingga lebih dari 50 tahun lamanya.

    Perjuangan kaum muslimin kulit hitam melawan imperialis terus berlangsung hingga kekaisaran Portugis yang berada menancapkan pengaruhnya untuk memadamkan perkembangan islam yang semakin membesar. Maka kemudian dikirimlah angkatan laut kekaisaran lain untuk membantu Portugis untuk menghancurkan benih-benih revolusi islam pada tahun 1695 M. Hingga berguguranlah mereka satu persatu dan imperialis semakin membentangkan kekuasaan mereka.

    Penjajah Barat cuba menyebarkan fahaman dan gambaran buruk Zombie kerana khuatir akan muncul lagi seorang lagi seperti Zombie di Benua Amerika Selatan. Dan rupanya, Zombie tidak hanya dimusuhi di waktu itu. Namanya pun dihancurkan di abad modern ini.

    ReplyDelete
  3. 1. Apabila menyebut mengenai 'zombie', maka terbayang di fikiran kita, mayat hidup dan meratah daging manusia. Terngiang-ngiang di fikiran saya lagu - "What in your head... in your head... Zombie! Zombie! Zombie!" Ditambah pula dengan filem Melayu - Zombie Kampung Pisang. Secara langsung, itulah gambaran 'zombie; iaitu mayat hidup. Namun, jika kita menyelak lembaran sejarah, kita akan jumpa seorang pahlawan Islam yang hebat di Brazil bernama Zombie a.k.a. Zumbi.

    2. Mari kita selusuri sejarah Islam di Brazil yang dikatakan berkembang pada abad ke-16. Portugis telah membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu. Daripada para hamba inilah, dikatakan agama Islam kemudiannya berkembang.

    3. Apabila diketahui bahawa Islam semakin berkembang, maka tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam sehingga Islam dikatakan musnah terus. Namun, muncul seorang pahlawan Islam bernama Zombie yang kemudian menghidupkan semula Islam di Brazil. Hal ini mengejutkan tentera Salib. Bagaimana orang Islam yang mati dibunuh boleh hidup balik?

    4. Panglima Zombie telah mengumumkan pembentukan “Negara Islam Brazil” pada tahun 1643 M setelah bersatu kekuatan dengan para ulama dan umat Islam. Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini ke atas kaum Salib, maka pihak Portugis melancarkan peperangan tetapi Panglima Zombie dan umat Islam pada peperangan pertama berhasil mengalahkan Portugis hingga berkembang luaslah wilayah Islam, bahkan tentera Islam turut membebaskan 20 buah wilayah. Kerajaan Islam Brazil berdiri kukuh sehingga 50 tahun. Pada tahun 1695 M, Portugis telah menghancurkan kerajaan Islam tersebut.

    5. Karakter Zombie dibunuh sehingga sekarang. Nama pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia. Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan sedemikian rupa.

    6. Dikatakan juga, daripada para hamba beragama Islam inilah datangnya capoeira iaitu sejenis ilmu seni bela diri di Brazil.

    7. Bagi mengkaji perkara ini lebih lanjut, boleh dapatkan kitab 'Miatu min Udzoma’ Ummah al-Islam Ghoiru Majro at-Tarikh' yang ditulis oleh Jihad al-Turbanli dan kitab 'Daulah Islamiyyah Brazil.

    ReplyDelete
  4. https://en.wikipedia.org/wiki/Ganga_Zumba
    https://en.wikipedia.org/wiki/Zumbi
    https://en.wikipedia.org/wiki/Black_Awareness_Day

    Ganga Zumba ni slave dari Congo, Africa.Zumbi ni anak sedara Zumba. Diorang di bawa ke Brazil oleh Portugis.

    Then ramai slave lari ramai2 dari tuan2 mereka buat settlement di seluruh Brazil. Zumba angkat diri dia jadi raja on one of the settlement.

    Masa tengah lawan2 dengan Portugis, Zumba sign peace agreement dengan Portugis. Zumbi anak sedara Zumba tak puas hati dengan peace agreement, lalu teruskan lawan Portugis.

    Zumbi kena khianat, kena pancung dengan Portugis, kepala dia diarak ke bandar Recife untuk tunjukkan takda sapa kebal.

    Zumba dan Zumbi ni Kristian, dan boleh berbahasa Latin sebab pernah belajar di Catholic Mass.

    Kisah Zumba dan Zumbi ni mula popular aroun 70's/80's pasal Black Awareness. November 20 cuti di sesetengah bandar Brazil memperingati cerita Zumba / Zumbi.

    In summary, takde kaitan dengan Islam. Cerita ni pasal blacks, bro.

    ReplyDelete
  5. Informasi satu ini sempat muncul belakangan, bahkan katanya sempat disiarkan salah satu TV nasional. Dikatakan bahwa di Brazil pernah ada tokoh komandan pejuang muslim keturunan Afrika barat bernama Zumbi yang gigih menyebarkan Islam dan akhirnya membentuk negara Islam di Brazil di tahun 1643. Kisah Zombie kemudian dibuat untuk merusak image pejuang muslim ini. Benarkah?

    Zumbi, atau dikenal juga sebagai Zumbi dos Palmares adalah sosok historis. Dia terlahir di Palmares di tahun 1655, sebagai keturunan kulit hitam asal Angola. Quilombo dos Palmares sendiri dikenal sebagai komunitas bebas yang terdiri dari beragam latar belakang, mayoritas adalah budak pelarian keturunan kulit hitam asal Angola. Lokasinya kini berada di sekitar Alagoas.

    Di usia sekitar 6 tahun, Zumbi ditangkap orang Portugis dan diserahkan kepada Father Antonio Melo. Setelah mendapat beragam pendidikan, di usia 15 tahun dia melarikan diri dan kembali ke Palmares, dan seiring waktu tumbuh menjadi salah satu pejuang sekaligus ahli militer terbaik Quilombo.

    Di tahun 1678, Ganga Zumba (Ganazumba), penguasa Palmares yang juga paman Zumbi, menerima tawaran perdamaian dari gubernur Penambuco, Pedro Almeida, yang menawarkan status kebebasan bagi semua budak di Palmares. Namun Zumbi menentangnya, selain karena tak percaya pada pihak Portugis, juga dia mengharap kebebasan bagi semua budak kulit hitam. Zumbi pun memimpin pemberontakan dan kemudian menjadi pemimpin baru Palmares. Namun akhirnya di tahun 1694, Portugis berhasil menghancurkan Cerca do Macaco, pusat Palmares.

    Meski berhasil lolos, Zumbi tertangkap 2 tahun kemudian, lalu dipancung dan kepalanya dipamerkan di Recife, Brazil, sebagai bukti bahwa Zumbi tidak abadi seperti desas-desus yang beredar, juga sebagai peringatan untuk para budak lain. Hari dimana Zumbi dipancung, 20 November, kini diperingati di Brazil sebagai hari peringatan 'Afro-Brazilians' yang juga penghormatan untuk sosok Zumbi sebagai pahlawan, pejuang, dan simbol kebebasan.

    Tidak ada bukti historis bahwa Zumbi adalah muslim. Zumbi berasal dari keturunan Angola, yang mana penduduknya selain kristen, juga penganut kepercayaan tradisional. Islam bukan agama dominan di sana, bahkan di abad ke-17 sekalipun. Dan lagi, jika 'Negara Islam Brazil' didirikan tahun 1643, mana mungkin Zumbi yang mendirikannya? Sementara dia baru lahir 12 tahun kemudian! Palmares sendiri mulai berdiri sejak 1602.

    Sumber dimana Zumbi dikatakan sebagai muslim adalah dari buku Miatu min Udzoma' Ummah al- Islam Ghoiru Majro at-tarikh (One Hundreds of the Greats of the Islamic Nation Who Changed the World) karya Jihad Al Turbani asal Palestina. Ada kemungkinan dia mencampuradukkan kisah perjuangan Zumbi dos Palmares dengan kisah pemberontakan budak muslim MalĂȘ Revolt di tahun 1835, yang hanya berlangsung singkat dan mampu segera dipadamkan.

    Jadi, secara kasar kita bisa mengatakan bahwa kisah fiksi zombie tidak terkait dan sama sekali tak berniat menjelek-jelekkan tokoh muslim (bahkan Zumbi sendiri tak terbukti sebagai seorang muslim). Kata Zombie sendiri mungkin memang berakar dari kata asal Afrika barat, dan bukan berasal dari nama tokoh Zumbi.

    ReplyDelete
  6. Pengedar pati durian belanda diperlukan.
    Berminat sila pm
    013-988 5773.

    ReplyDelete