Sep 15, 2017

Mayat bercakap ketika mandi?

(baca ini sebelum mandikan mayat ayah)

Terima kasih duhai anakku, jika korang semua memang sudah berniat dari awal nak mandikan mayat ayah.‘Sejuk’ perut mayat ayah bila dapat tahu korang ada berniat begitu.

Korang tahu tak? waktu korang kecik, Bila bonda sibuk, sorang-sorang ayah mandikan korang semua, sorang sorang ayah tolong basuhkan berak, sorang sorang ayah tolong pakaikan baju seluar, tapi sekarang ayah dah jadi sekujur mayat dipembaringan, terima kasih banyak banyak sebab beramai ramai mandikan ayah dan bersihkan najis dipunggung mayat ayah, eh kita mandi bersama-sama tapi hanya ayah yang basah seorang. Macam pepatah mandi bersama basah seorang pulak, hu hu.
Terima kasih juga kerana kafankan mayat ayah beramai ramai.

Apa-apapun, tahniah sebab faham memang Afdalnya, anak anak yang mandikan dan kafankan mayat ayah, agar aib ayah, hanya anak-anak yang tahu.

Pesan ayah, sewaktu wudhukan mayat ayah, dan oleh sebab rukun wadhu ada (4) empat anggota sahaja yang wajib di cuci, maka tolong fokus pada empat anggota itu akan pesanan ayah ini.
Mula mula:

(1)          Waktu basuh muka ayah, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah ayah bercahaya di padang mahsyar nanti supaya Nabi Muhammad SAW kenal ayah dan mengaku ayah sebagai ummat-nya.

(2)          Waktu basuh tangan kanan ayah pula, tolong doa dan niat dalam hati supaya tangan kanan ayah bercahaya lalu layak melalui tangan kanan, Allah memberi kitab catatan kebaikkan sebagai pentanda awal ahli syurga. Selepas itu, sewaktu basuh tangan kiri ayah, doa dan niat dalam hati agar tangan kiri ayah turut bercahaya sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan dari tangan kiri.

(3)          Kemudian, waktu menyapu kepala ayah, doa dan niatkan dalam hati agar ayah layak mendapat lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat meredakan kepanasan padang Mahsyar melainkan lindungan Allah.

(4)          Akhir sekali, waktu basuh kaki ayah, doa dan niatkan supaya ayah dapat melintas titian sirat sepantas kilat.

Dan korangpun, sebelum korang solat lagi, sewaktu nak ambil wudhu, kalau boleh dah khusyuk waktu ambik air sembahyang dengan doa yang korang buat pada mayat ayah.

InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang, akan khusyuk  lah ia waktu sembahyang

Dah khusyuk sembahyang itu, maka InsyaAllah, kubur ayah akan bercahaya berkat doa dan amalan anak yang soleh.


Amin.


5 comments: