Anak kita setiap kali balik rumah, mereka akan berdiri depan
pintu dengan wajah penuh gembira. Larian mereka menyambut kita balik lebih
pantas dari bini kita. Sebaik kita masuk terus di peluk melepas rindu, jika di
tangan kita ada buah tangan, seperti air susu kultur, gembira mereka berganda
ganda.
Bila kita keluar rumah pula, mereka meronta nak ikut, siap
mengamuk berguling sambil menangis, sampai Puan Bini terpaksa pujuk.
Begitulah cerita cinta akan anak kita sewaktu kecil pada
ayahnya.
Aku mungkin masih muda, anak sulung masuk asrama dan kami
masih berpelukan saat nak berpisah jauh.
Ada cerita dari kawan, anak yang sama macam anak aku yang
lain, tapi bila dah dewasa, bila dah remaja, mereka malu untuk peluk kita
seorang ayah, mereka malu nak keluar jalan-jalan dengan kita seorang ayah,
mereka malu jika tiba tiba kita pimpin tangan mereka. Sebab mereka dah besar
panjang.
Nasihat aku.
Anak memang cepat membesar. Jika kita kurang peluk mereka
sewaktu kecil, mereka akan lebih cepat ‘besar’ dan malu untuk peluk kita bila
dewasa.
Jadi kepada semua bapa diluar sana, keraplah peluk anak
anakmu sementara mereka masih kecil supaya mereka ‘lambat besar'.
Ini agak deep, sila take note.
Pesanan ini di bawa oleh “kisah anak bini”
SELAMAT HARI BAPA
Pesanan yg bagus.
ReplyDeleteesp kpd bapa2 muda yg lebih gemar habiskan masa dgn telefon pintarrrrrr drp habiskan masa dgn ank2.
Assalam,
ReplyDeleteBapa aku (Encik), kate adik ipar aku wish dia Happy Father's Day.
He..he..(agak tercabar) Allah beri aku ilham jawab.
Hari-Hari Father's Day aku kata. Doa khusus untuk Encik 5 kali setiap hari (sampai mati) Insyallah.
Encik aku gelak panjang..he.he..
Hati aku jadi lapang, kepada Allah aku akan pulang. Ahaks!
Aku berazam untuk menjadi harta yang tidak ternilai bagi kedua ibu bapaku Mekar!
Di negara akhirat dengan izin Allah JallaJalalah.
Azam untuk buka madrasah tahfiz n alim di setiap taman perumahan. Sepertimana setiap taman ada tadika, taska n etc. Memudahkan semua pelajar mengambil menafaat agama tanpa kekangan had masa. Masyallah...look whos talking. Woha!
TrippleO3
Selamat Hari Amir Sap sedunia!
Dan semuanya aku inzakkan untuk kedua ibubapaku
Ralat :Inzakkan :Infakkan
ReplyDeleteOOO3
cinta: terima kasih cinta, Rangga suka!
ReplyDeleteTrippleO3: wow, hari amirsab pun ada, :)
semoga berjaya!