gambar sekadar hiasan |
Allah kuasa, makluk tak ada kuasa…
Ramai orang pakai kalimah ini di tempat atau cara yang salah…
Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan,
Alhamdulillah. Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook
gambar anak naik motor tak pakai helmet siap tulis, “Allah berkuasa, helmet tak
ada kuasa”
Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..
Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang
tak nak tambat unta sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan
update facebook:
“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”
Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.
Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu aku, vaksin ni
macam helmet.
Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk,
helmet, vaksin itu semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh
selamatkan anak kita, kita dah syirik dengan Allah.
Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha
pun perintan Allah, tawakal selepas usaha pun perintah Allah. Sebab tu zaman
Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju besi takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa,
tapi itulah perintah Allah, iaitu jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan
tawakal selepas usaha.
Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal
waktu kelamangan, namun data menunjukkan
peratusan orang yang tak pakai helmet lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan.
Sebab tu kerajaan wajibkan pakai helmet.
Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan
dalam hati nak sembah helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita
boleh ucap: helmet takde kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas
pakai helmet tau, bukan ucap sambil tak pakai helmet, itu yang silap.
Aku cucuk anak aku vaksin, lepas cucuk aku bagitahu korang
semua, Allah berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan anak aku
kena penyakit berjangkit selepas di vaksin, aku berserah kepada Allah, aku
bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Aku redha
dengan keputusan Allah selepas aku berusaha, bukan aku berserah tanpa apa apa
usaha.
Pernah zaman aku belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan
ni demam, tok guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan
Allah, lepas solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula
mula budak tu tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak
ada kuasa, selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya
sedekah kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu
kamu yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan
dan bertawakkallah!
(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan jayanya- semua dari Allah)
Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa,
makhluk tak de kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan
isbat hanya pada Allah selepas usaha yang betul.
Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka
helmet, tapi jangan yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah
berkuasa, helmet langsung tak ada kuasa.
Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak,
gunalah vaksin, tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya
Allah berkuasa, vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!
Ps: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak
asbab adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam
Nabi pakai Helmet besi waktu perang. Wallahu’lam.
Bulan puasa ini macam-macam lak isu yang timbul. Dari isu asb, zakat hinggalah ke isu vaksine yang menyebabkan umat islam berpecah belah. Apa komen Tuan Keretamayat tentang kesatuan umat islam pada zaman ini?
ReplyDeletesalam...begitu juga x pakai seatbelt ketika memandu.... anyway kuapsan yg bernas...
ReplyDelete"....Telah dijadikan Allah (swt) bagi setiap sesuatu akan takdirnya." 65:3.
ReplyDeleteSegala ilmu dunia, dgn hukum hakamnya, hukum newton ke, hukum archimedes ke, hukum faraday ke, bernouli ke, semuanya Allah swt yg ciptakan. Mrk mrk tu cuma yg mengkaji sahaja. Begitu juga dgn ilmu perubatan, hukum hukum asbab dan musabab, semuanya Allah swt juga yg menciptakan, semuanya terjadi dgn kuasa dan kekuatan dr Allah swt, atas kehendaknya juga.
Qadha' itu dgn Kehendak dr Allah swt, yg pasti terjadi.
Qadr itu dgn Kuasa atau Quwwah dr Allah swt, termasuk pdnya hukum asbab musabab.
WaAllahu'alam !
Like.
ReplyDeleteada sedikit info tambahan yg mgkin berguna.
ank2 sy semua diberi vaksin termasuk vaksin optional (pneumococal) kecuali rotavirus.
utk ibu bapa yg berada di kawasan yg tiada wabak rotavirus telah difatwakan haram. Boleh rujuk sini
http://drzubaidi.com/blog/keperluan-vaksin-rotavirus/
atau ke laman web e-fatwa.
utk pneumococal adalah digalakkan w/pn not commpulsory sbb terdpt peningkatan kes akhir2 ini. Boleh tanya dr2.
Cuma yg xbest psl pneumococal ni adalah kosnya yg tinggi. Kena amik 4 dos ikut schedule. 1 dos harganya rm280 (seingat saya).
Sekian. Harap info ini membantu. Rajin2 bertanya pada yg pakar. Bkn tanya mak jemah. Hehe.
cool entri hamka..
ReplyDeleteramai sgt yg salah guna kalimat tu
Terbaikk...
ReplyDeleteaku suka entry ni, tawakal tanpa usaha memang sia-sia. Paling penting kesian dekat anak-anak.
ReplyDeleteBaca Ayatul Qursi menjauhkan gangguan makhluk jahat,
ReplyDeleteyg jauhkan makhluk jahat Allah swt, bukan ayat Qursi, baca ayat Qursi tu asbab, sbb itu yg Nabi saw ajar.
Masuk Syurga tu dgn iman dan amal soleh, tp yg masukkan kita ke dlm Syurga tu adalah Allah swt, bukan iman dan amal soleh, iman dan amal soleh tu asbab sahaja.
Makan panadol, demam kebah, tp yg kebahkan demam tu Allah swt bukan panadol, panadol tu asbab sahaja.
Begitulah pemahaman ttg Qadr Allah swt.
Assalamualaikum. Ape yg diorg buat tu semuanya dah ditentukan Tuhan. Kenapa Allah buat mcm tu? Sbb nak jadikan contoh kpd org2 yg mahu berfikir. Wallahualam. Lahawlawalaquwwataillabillah. Saya tak berkuasa. Allah Maha berkuasa. Yg suruh taip ni pon Allah jugak. Hehehe. Assalamualaikum.
ReplyDeletepower la kereta mayat
ReplyDeleteKupasan yang bernas. Terlalu ramai antivaxx ni menunggang agama semata2 nak puaskan hati memasing sebagai antivaxx. Lepas ni apa lagi isu yang antivaxx ni nak belit.
ReplyDeletePenemuan vaksin adalah rahmat Allah swt pd umat akhir zaman, begitu juga penemuan ubat ubatan dan kaedah rawatan moden, walaupun penemu dan pelopornya bukan dr kalangan umat Islam, tp manfaatnya meliputi juga umat Islam.
ReplyDeleteWalau pun keberkesanannya bukan seratus peratus, tp kajian mendapati ia berjaya mengurangkan rebakan, penularan dan insiden penyakit berjangkit dgn signifikan. Sejenis penyakit, cacar air atau smallpox yg mempunyai kadar mortaliti / kematian yg tinggi telah berjaya dihapuskan. Begitu juga insiden penyakit polio telah berkurangan dgn sgt signifikan.
Anak anak saya sendiri saya vaksinkan dgn vaksin chickenpox sbg vaksin tambahan, ketika anak anak jiran bnyk yg dijangkiti chickenpox, Alhamdulillah anak anak saya tidak terjangkit.
Vaksinasi adalah usaha dan ikhtiar kita utk mengurangkan risiko terjangkit penyakit penyakit berbahaya. Bukankah usaha dan ikhtiar utk kekal sihat itu juga adalah disarankan dlm Islam. Cuma yg membezakan kita dgn org bukan Islam, setelah berusaha, tawakkal kita kp Allah swt, sedangkan org org bukan Islam bergantung sepenuhnya kpd usaha dan ikhtiar mrk berkenaan.
Soal halal haram kita serahkan pd pihak berkuasa yg mempunyai ahli ahli yg lbh arif ttgnya. Jgn sampai, kerana tak sesuai dgn kehendak kita, kita memandai mandai menuduhnya haram tanpa ilmu.
assalamualaikum..
ReplyDeletekalo kita belajar tauhid ahlisunnah(asyairah/maturidiah)..
insyaAllah kita x salah paham hal berkaitan bab tauhid ni..
(Allah kuasa makhluk xda kuasa)..
sebab datangnya rumusan(asyairah/maturidiyah) tauhid org2 terdahulu (ahlisunnah) ni tertakdir masa tu untuk lawan pegangan tauhid lain yg dah tersasar dari tauhid org2 terdahulu(ahlisunnah) dan telah menjadi pegangan org ramai waktu tu, seperti tauhid muktazilah,tauhid jabariah dan sewaktu dengannya..
bukan baru sekarang ni je berlaku salah paham bab tauhid ni..dulu2 lagi dah jadi dah hal ni..
jadi semoga kita sesama ulangkaji balik la ye bab tauhid ahlisunnahwaljamaah ni insyaAllah...
Kump kump yg berlawan arus ni, antivaks, wahabi, anti hadis, menonjolkan satu penyakit hati yg berbahaya, ego terlebih. Semmgnya sukar nak terima pendapat yg berlawanan, so tak guna layan.
ReplyDeletePenerangan yang sangat baik.. :)
ReplyDeleteAnonymous : umat pecah 73, satu sajer masuk syurga, maka hendaklah masing masing dakwah dengan hikmah, jangan kafir dan sesatkan orang, insyaAllah, dakwha dengan hikmah ada kejayaan.
ReplyDeleteASWAJA: WaAllahu'alam !
cinta: terim kasih cinta, Apa yang mak jemah buat sama kamu itu jeeeehaaaaaaaaaaaaat!
nazrul ali; tu lah tu!
DamiaMikhaila; like!
Mohd : waalaikumusalam
mukabuku: Allah bagi power, kereta mayat tak de kuasa. huhu
power la kereta mayat
Dr Anon: make sense! terbaik!
Anonymous : insyaAllah...
weschairs said: terima kasih
Hanya Allah berkuasa, makhluk tiada kuasa
ReplyDeleteHelmet xda kuasa
Panadol xda kuasa
Tanpa helmet ..kepala kena lenyek dgn 10 lori pun takkan berkecai
Tanpa panadol...1 billion manusia pun boleh baik dari demam
Seseorg boleh hidup selama 1000 tanpa makanan (bukan mknn yg bagi tenaga, nyawa)
Tapi kerana Perintah Allah
Kita pakai helmet
Makan panadol
Makan utk hidup
Di syurga
Seseorg boleh hemtam kpla di tangga selama 1000 thn ...tanpa luka apapun ..bahkan berasa nikmat
Makan sebanyak manapun.. selama beribu tahun tanpa perlu buang air
Keyakinan Allah Maha Kuasa ada pada semua tempat ,keadaan dan situasi
Jika seseorg telah mencapai tahap keyakinan yg tinggi...dia menggunakan asbab hanya krn perintah semata2
Api tidak membakar Ibrahim a.s.
Berada didalam perut ikan tidak membinasakan Yunus a.s.
Lautan tidak menenggelamkan Musa a.s. dan kaumnya
Kuasa Allah meliputi seluruh makhluk
Helmet, penunggang ,motor, semua kereta2
Dimuka bumi, jln raya, syaitan,malaikat..
Virus, ubat, organ2 tubuh..
Kemalangan/ kecelakaan, kebaikan
Yang baik,yang buruk semuanya dtg dariNya
Tiada yg memberi Manfaat & Mudharat(kecelakaan) melainkan Allah
Benar
Delete