(Penerangan untuk kanak-kanak)
“Ayah, Allah duduk di mana?”
Tanya anak yang berumur 13 tahun.
Dulu masa kecik pun mereka pernah tanya,
aku jawab: Allah duduk tidak bertempat kerana Allah tidak sama dengan makhluk.
Lepas tanya mereka diam, mungkin sebab masih kecik, atau buat-buat faham, Jadi
bila dah nak masuk baligh, mereka bertanya lagi.
“Allah duduk di mana?”
Aku tanya balik, “kenapa tanya?”
“Katanya, ada kawan bagitahu, Allah duduk
di atas arasy di langit ke tujuh, ada ayat Al quran tentang peristiwa ini. Ada
juga ayat cerita Allah ada tangan dan wajah, jadi katanya wajib beriman bahawa
Allah duduk, berwajah dan ada tangan, saya pening?!”
Lalu jawab aku lemah lembut:
Anakku, ada juga ayat Al quran yang
bagitahu Allah tidak sama dengan mana-mana makhluk, jadi masalah ni sama macam
kes ambik ayat Al quran separuh separuh.
Contoh dalam bab takdir, ada orang ambik
ayat separuh sahaja, iaitu bab “Allah tak ubah nasib melaingkan kaum itu ubah
nasib”, lalu dia faham Allah tak ada
kuasa dalam takdir, jadilah dia fahaman Jabiarah yang sesat, atau ambil ayat
yang lain, “Allah mengatur segalanya”, lalu di salahkan Allah atas
kejahatannya, lagilah bertambah sesat, sedang fahaman ahli Sunnah wal jamaah,
kena ambik semua ayat, rujuk tafsir ulamak yang hak, baru difahamkan dengan
akal. Iaitu beriman pada qadar dan qadar dengan yakin Allah berkuasa atas
segalanya, tapi kita kena usaha kerana itu perintah Allah dan bertawakal
selepasnya juga perlu kerana itupun perintah Allah.
Jadi dalam bab Tuhan duduk di mana?,
setelah ambil kira semua ayat al quran dan tafsirnya, maka ahli Sunnah wal
jamaah beriman bahawa Allah Wujud tidak Bertempat, kerana sebelum tempat di
cipta, Allah sudah ada, dan selepas tempat di cipta, Allah masih ada pada Azali
tanpa berhajat untuk ditempatkan dalam mana-mana ciptaan-Nya.
Adapun ayat Al quran tentang Allah duduk di
atas Arasy, bukanlah duduk macam patung berhala duduk ditas kelopak bunga gergasi,
tapi hanyalah satu “kiblat” atau “tingkap” untuk rujukan makhluk dalam memahami
kekuasaan Allah.
Bercerita bab kiblat, ambik contoh kita
solat mengadap kaabah, bukan bererti Allah duduk pada arah itu, tapi hanyalah
satu kiblat kepada ibadat untuk memudahkan ummat manusia dalam menjalankan
ibadat.
Contoh lain, Kita berdoa dengan mengankat
tangan ke langit, bukanlah bermakna Allah ada di langit, tapi hanya kiblat pada
doa untuk memudahkan ummat manusia dalam ibadat doa.
Jadi dalam menafsir ayat Al quran memang
kena rujuk ulamak yang hak, firman Allah:
"Dia-lah yang menurunkan kepadamu Kitab
Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat"
(yang jelas) ayat-ayat Muhkamaat itu
ialah ibu isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat"Mutasyaabihaat"
(yang tidak jelas). Oleh sebab itu, adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang
samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (salah
tafsir). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah. Dan
orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi
Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan
orang-orang yang berfikiran."
(QS Ali 'Imraan 3:7)
Jadi, kembali kepada Ayat Allah duduk di
atas Arasy, perlu di ingat bahawa Allah mencipta seluruh alam ini, Allah cipta
alam manusia, alam roh, alam barzah, alam jin, alam syaitan, alam akhirat dan alam
malaikat.
Jadi di mana Allah duduk? Allah tidak
berhajat pada ciptaNYA, Allah terpisah dari ciptaanYA. Namun untuk memudah
fahamkan makhluk ciptaan-Nya, Allah cipta Arays yang sangat besar di alam
malaikat sehingga malaikat tak mampu nak junjung, lalu Allah cipta lapan
malaikat yang lebih besar dari malaikat Jibril, lebih besar dari malaikat
Sangka kala, lebih besar dari malaikat maut untuk junjung Arash ini, tapi oleh
kerana terlalu besar dan hebat, maka semua malaikat tadi tak mampu nak angkat
Arasyh Allah, lalu Allah perintah Malaikat tadi berzikir dan bertasbih, barulah
mampu mengangakat Arash Allah, dan di atas Arash inilah Allah meletakkan “kiblat”
atau “tingkap” keberadaan kekuasanNYa. Tiada malaikat yang mampu naik ke atas
Arash, mereka akan binasa jika ke sana.
Jadi Ahli Sunnah wal jamaah menolak tafsir
yang mengatakan Allah “duduk” atas arash macam patung berhala duduk diatas
kelopak bunga gergasi, sebab Allah duduk tidak bertempat, kerana Allah tidak
terikat dengan masa dan ruang. Kita tak
boleh samakan Allah dengan makhluk.
“Tapi Ayah, Allah boleh melihat, makhluk
pun melihat, manusia mendengar,Allah pun mendengar,Raja berkuasa, Allah pun
berkuasa, Raja duduk, Allahpun duduk, bukankah perbuatan itu sama seperti
makhluk?”
Tanya anak lagi dengan penuh keliru, jawab
aku perlahan-lahan:
“Tak sama nak, tak sama, manusia ada sifat
aib, sedang Allah ada sifat azim tapi tiada sifat aib, contoh manusia ada yang
mampu melihat dan ada yang buta, tapi Allah Maha Melihat tak pernah buta,
manusia mendengar dan ada yang pekak, tapi Allah Maha mendengar dan tidak tuli,
Ambik contoh betapa tak samanya adalah
seperti cikgu dalam kelasyang boleh mendengat tapi tak boleh dengar semua murid
bercakap serentak, tapi Allah yang Maha Mendengar boleh dengar semua percakapan
walau dalam hati dan apa bahasapun secara serentak, manusia yang boleh melihat
hanya bila ada cahaya, sedang Allah yang MAha melihat boleh melihat walau dalam
gelap, dan Allah boleh melihat masa lalu, dan masa depan, jadi tak sama, sebab
tu Allah akui sifatNya yang Maha
melihat, Maha mendengar, kerana itu sifat yang azim, sifat yang mulia, tapi
takde pulak Allah akui aku Maha duduk, aku Maha mencapai sebab ada tangan, kerana
duduk ni sifat aib, orang penat sahaja yang duduk, sama juga bab ada tangan
baru boleh buat kerja, ini sifat aib bagi Allah, kerana Allah bila nak jadikan
sesuatu cukup dengan berkata “KUN FAYAKUN” maka jadilah apa yang dikehendakki Allah.
“Jadi.., Allah duduk tidak bertempat?”
Tanya anak dengan perlahan,aku jawab”
”YA, ambik contoh yang simple, tadi kisah
di alam malaikat nampak macam complicated, kita rujuk kisah Allah berkata-kata
dengan Nabi Musa di Bukit Tsur, yang mana bukan mulut Allah ada di sana, tapi
hanyalah satu “tingkap” di mana Nabi Musa dapat mendengar suara Allah di lokasi
sana, sama juga kes Nabi Muhammad SAW naik jumpa Allah di atas langit ke tujuh,
dalam peristiwa israk dan mikraj, bukanlan nak cerita Allah duduk-duduk di
situ, tapi hanyalah satu “tingkap” untuk Nabi dapat melihat dan berdialog
dengan Allah dari lokasi langit ke tujuh yang paling tinggi.
Nanti di syurga, kita akan dapat ziarah
Allah dan melihat Zat-nya, bukanlah bermakna Allah duduk di dalam syurga di
tingkat ke tujuh di syurga firdaus, tapi mata ahli syurga, dan satu lokasi di
syurga menjadi “tingkap” untuk ahli syurga melihat Zat Allah.
Oleh sebab anda masih belum baligh, Ayah
nak bagi faham anologi mudah dengan melihat pada computer.
Dulu sebelum zaman computer ada “tingkap”,
(window) paparan skrin dalam bentuk DOS,
DOS ni sebenarnya singkatan untuk Disk
Operating System. Dalam tu korang boleh jumpa senarai command/arahan yang boleh
korang gunakan seperti cd , dir , dir /a:h , dir /? , help, dan macam macam
lagilah, yang mana paparan dalam betul huruf huruf, angka dan simbol, hanya
programmer handalan sahaja yang faham paparan skrin itu, jika nak ubah program
kita kena pandai html, programming algorthem bagai, lalu untuk mudahkan
pengguna yang jahil IT, Bill Gate buat “tingkap” (Window)yang mana semua fail nampak
bersusun dalam bentuk folder dan semunya boleh di akses hanya guna templete
yang sudah sedia ada.
Jadi begitulah kita di yang di cipta oleh
Allah, nak fikir tentang Allah duduk di mana? Tak mampu kita nak fikir sebab
firman Allah, “tiada yang setara dengan-KU” , "Tidak ada sesuatu pun yang
menyerupai-Nya." Lalu dalam alam manusia beribadat, Allah suruh
sembah ke arah kaabah, bukan Allah ada pada arah Kaabah, hanyalah “tingkap”
sahaja. Sama jugak di alam malaikat, Allah
suruh junjung Arash, bukanlah Allah ada atas Arasy, hanyalah “tingkap” sahaja.
“Jika kita jawab Allah ada di mana-mana
macam udara, betul ke Ayah?”
Tanya anak lagi, jawab aku:
“tak boleh samakan Allah dengan udara, juga
jika Allah ada di mana-mana, bermakna Allah ada dalam lubang hidung? Lubang
tandas? Nauzubillah, jawapannya, kekuasaan Allah yang ada di mana-mana, sedang
Allah duduk tidak bertempat kerana Dia tidak sama dengan makhkuk. Allah telah
ada sebelum tempat dan masa di cipta, bagaimanalah akal kita mampu nak
memahaminya,? sebab itu perbincangan mengenai zat Allah adalah dilarang, boleh
buat kita jadi gila atau murtad, sebab kita hanya ada “templete” sahaja, sedang
programmingnya, hanyalah Dia yang Maha mengtahui. Macam Window dan Dos tadi.
Akhirnya anak aku ucap terima kasih sambil angguk-angguk.
Ps: Cerita tentang templete, programming,
DOS dan Window, barulah nampak anak aku angguk angguk tanda faham. Budak budak
zaman sekarang.