(anak tanya mak, mak suruh ayah jawab)
.(Photo : NASA/ESA/STScI) |
“Ayah, kalau difikirkan tentang kewujudan alam semesta ini
dengan berjuta billion jumlah bintang yang berfungsi sama seperti matahari dan
dikelilingi planet-planet, kebarangkalian wujudnya alien selain dari manusia
memang agak tinggi. Apa pendapat ayah tentang kewujudan UFO?”
Jawab ayah:
“Anakku, dulu manusia pernah percaya bahawa gergasi ada
duduk di atas awan, boleh naik atas awan guna pokok kacang gergasi, tapi bila
teknologi tinggi, ternyata tak ada gergasi di atas awan, kemudian manusia
percaya ada UFO di bulan, bila pergi dengan kos jutaan ringgit, tiada apa
dibulan hanya debu dan batu.
Kemudian, Manusia percaya ada hidupan di marikh pula, dengan
kos jutaan ringgit, robot ke sana dan jumpa hanya pasir dan batu. Lepas tu NASA
buat projek SETI (search for extraterrestrial intelligence) sejak 1971 untuk
menjejak alien di angkasa guna teknologi paling canggih, masuk tahun 1978,
senator Amerika tarik dana untuk projek SETI sebab sangat menelan belanja dan
hasil yang sia-sia, bila pemimpin bertukar, Amarika taja balik program SETI
pada tahun 1992 dengan kos jutaan ringgit, tapi batalkan balik bajet tu sebab
“waste of taxpayer dollars”.
Jadi para pengkaji makhluk asing terpaksa cari dana dari
NGO.
Steven Spielberg pengarah terkenal Hollywod pernah taja SETI
program dan terkini, Stephen Hawking pula nak taja program jejak alien. Mereka
akan hantar satelit paling canggih untuk jejak alien ke seluruh angkasa,
Ok dah jauh sangat kita ke angkasa dan tak jumpa apa-apa,
mari kita kembali ke bumi jangan serabutkan kepala.
Bagi ayah, oleh sebab kos cari alien berjuta-juta dah habis
dan tak pernah ada orang jumpapun, maka senang kita cakap alien ni tak wujud,
sebab taka da cerita dalam Al quran, lagipun nabi Muhammad SAW di untus untuk
dakwah seluruh alam, termasuk jin dan manusia, maka jika ada ufo, diapun nak
kena dakwah jugak.
Dalam Al quran bagitahu, tidak aku jadikan jin dan manusia
untuk beribadat, dan jika di bumi tiada manusia beribadat, maka Allah akan
kiamatkan dunia, so jangan buang masa fikir benda yang Amarika dah habis
juta-juta. Habiskanlah masa dengan kaji benda yang ada depan mata dan cara nak
guna untuk bantu ummat.”
“InsyaAllah”
Ps: Sila baca paper yang berjudul “On the history and future
of cosmic planet formation” hasil kajian Peter Behroozi dan Molly S. Peeples,
satu teori baru tentang UFO telah di buat berdasarkan data dari NASA's Kepler
space observatory dan Hubble space telescope, katanya bumi adalah planet paling
awal terjadi selepas Big Bang, planet lain akan menyerupai bumi ambil masa
beribu ribu tahun lagi, sebab tu program jejak alien SETI di angkasa walau
secanggih mana teknologi adalah gagal dan membazir-now you know (publish pdf inMonthly Notices of the Royal Astronomical Society, link Oxford Journals 2015)
Anak- anak bijak, tanya soalan bijak. Bapak pun bagi jawapan bijak! Woha!
ReplyDeleteterima kasih chewah.., baru siap tulis buku kisah anak bini, dalam tu bnayak menjawab soalan anak yang pelik pelik, moga ada manfaat untuk pembaca walau jasad saya sudah hancur di kandung tanah, huhuhu
ReplyDeleteAku ada baca satu buku ttg jin, dia kata, UFO UFO dan alien alien ni mainan jin ajer.
ReplyDeleteTahu tahu ajer la, jin ni kan mcm mcm jenisnya, mcm mcm pulak perangainya. Sestghnya tu mmg jenis suka nyakat manusia, agaknya.
tidak aku jadikan jin dan manusia.... firman allah sebut 2 makhluk sahaja untuk beribadat.
ReplyDeleteamboiii...terkedu saya tengok soalan tu..bijak betul!
ReplyDeletesaya pulak terkedu tengok jawapan, bijak betul!!
ReplyDeleteSalam tuan... saya recommend tonton movie 'Contact' buatan America tahun 1997 dan selepas selesai tontonan tersebut, kembali ke Quran baca surah An-Naba...
ReplyDelete'Amma yatasaaluun... apa benda depa duk kalut ramai2 tu?
"Aninnabail-'aziim... oh, ni ada berita hot nih, berita yang besaq...
... berita yang mereka duk berkelahi tak tahu hat mana betui...
'kalla' - tak payah lah macam tu...
sekali lagi kalla... saya'lamuun... tak payahlah duk kelahi, nanti-nanti kamu semua akan tahu juga...
alam naj 'alil ardo mihaada? ... bukankah dah elok kami jadikan bumi itu hamparan? dah bukit jadi penguat... dan kami jadikan kamu berpasangan... dan tidur kamu sejenis istirehat...
seperti enta kata, buat apa duk kalut berkelahi ufo ada ke dok, cuba balik ke bumi dan fikir dengan apa yang ada. buat apa kita semua duk kelahi Tuhan tu dua tiga, lapan belas, besaq, kecik... buat apa duk kelahi benda yang kita semua bina based on perception, based on assumption, based on historical script... buat apa? cuba buka mata tengok keliling dan pk. itu lebih baik...
bygkan kos NASA tu kita pakat guna untuk bunuh ISIS. aman dunia.
salam, sukacita dimaklmumkan, saya dah tengok filem tu, ada satu babak scene paling popular, waktu dr ellie masih kecik berlari ambik ubat dalam almari cermin, camera zoom dari dalam cermin tu power.
ReplyDeletetengok cerita tu, buat aku terfkir, senangnya kerja kat situ, gaji mahal, tapi kerja lepak hari hari,
ada satu dialog makan dalam, bila dr tu tak percaya tuhan wujud sebab tak de bukti, maka paderi suruh buktikan cinta dia pada ayahnya yang sudah mati, pun tak boleh, huhuhuu
oh ye, benar tuan, jika kos nasa tu guna untuk hapuskan isis, deep sungguh.
Bukti manusia tak kebulan
ReplyDeleteSalam bro..
ReplyDeleteMasa ko datang KB Mall 27/2/2016 nt, buku/koleksi lama ada bawak x? sebab aku cuma sempat beli yg 1st je..aku nak beli yg aku xbeli lagi..
Ehh..ni cerita UFO..ahh..lantak la..
Assalam
ReplyDeleteKalau ada UFO kena dakwah gak...
Nak ikut!!!
He..he.. life is a joke bro!
CF
Ada lagi komen bangang yang mengutuk usaha barat meneroka angkasa konon cabar kuasa tuhan. tolak orang ke bulan sebab dengki, Inilah spesis yang membantutkan perkembangan tamadun Islam zaman keemasan dahulu. Spesis yang allergic dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. Sampai sekarang aku tak faham kenapa meneroka angkasa sebagai mencabar kuasa tuhan? Bukankah ianya mendekatkan kita umat Islam apabila lebih kagum dan terpesona dengan kuasa tuhan ketika keluar dari bumi mengkaji keindahan alam semesta yang mengandungi 1000 ilmu untuk kita cungkil?
ReplyDeletecff
ReplyDeletepenerokaan angkasa memang satu cabaran baca
surah al rahman
https://pbs.twimg.com/media/CKd_LK-WUAQuZKm.jpg
https://www.youtube.com/watch?v=t4Q-AY4DDZ8
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
ReplyDeletecukup al quran dan hadis sebagai panduan sains takan dapat mengatasinya
ReplyDeleteMasalah utama disini... majoriti dikalangan kita membayangkan ALIEN itu berbentuk seperti manusia, ade tangan dan kaki....Sedangkan didalam Journal yang diterbitkan Oleh NASA terdapat fosil Bakteria di permukaan marikh... kalau Tafsiran Alien adalah makhluk Asing yang berada diluar "sistem Bumi ", bakteria ini telah menjadi Alien kepada kita dan tidak mustahil , jika ade kewujudan makhluk lain yg tidak berupa manusia....
ReplyDeleteapa nak hairan sedara, sebab tu kalau kita balik pada Al quran dan hadis kita tak perlu susah susah nak rujuk NASA, Dajal adalah makhluk yang semi manusia dan jin, Yakjuk makhjuk jugak salah satu contoh mahkluk lain selain dari manusia, yang comfirmnya dorang memang dah pon wujud, soalnya sama ada dorang dah ada dikalangan kita atau belum...
ReplyDeleteBlogger aku_ein: SMO jual semua buku saya, tapi saya akan bawa sikit kot habis stok, :)
ReplyDeleteCF: belum tashkil dan nak ikut, subhanallah.
cff: setuju
Anonymous 1: ikut link youtube yang kau bagi tu, langsung tak membantu dalam hujah. apa ke hal ambil video bukan dari pakar angkasa, al quran suruh rujuk pakar, adohai..
Anonymous 2: tidak mustahil? ok, next.
Anonymous 3: benar.
ReplyDeleteNASA Admits They Can't Send Humans Through The Van Allen Radiation
aku harap ada mythbuster yang sudi try eksperimen dengan radiasi mana tau boleh jadi Dr Doom
https://www.youtube.com/watch?v=51DED8dcNkA
Jom tgk balik.. dulu masa aku budak budak aku teruja betul tgk citer james bond time sean conery, ngan gadget dia tapi bila dah tua ni tgk balik aku siap gelak guling guling
https://www.youtube.com/watch?v=g9Zys0Bs4UU
http://Young4Money.com/?ref=9839
ReplyDeleteCari UFO ni sama lah mcm cari tuhan... x jumpa punya... hehehe
ReplyDelete