(Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!)
Sumber gambar: thecitizen |
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang
yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, mandikan kita, kapankan
kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan
semoga roh kita dicucuri Rahmat selama tiga hari tiga malam di majlis tahlil.
Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti
kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja. Anda
tidak mampu mengubahnya!
Akan tiba satu masa mungkin, di zaman pergolakan dan
penindasan, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang
yang simpati, namun mereka tidak datang ziarah mayat korang, mereka dah tak
sempat nak uruskan mayat korang, maka tinggallah
mayat korang bergelimpangan masuk media, tiada yang mahu peduli untuk dimandikan,
tiada yang mahu peduli untuk dikapankan, tiada orang yang akan mengiringi mayat
korang ke kubur, sebab masing masing sibuk sibuk menjaga nyawa masing-masing
lari naik bot pergi ke nagara lain mencari suaka politik, yang tinggal,
hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.
Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika
ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik
keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu
pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..
Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat
kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka
itulah salah satu nikmat mati.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada
perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati
dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga
sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...
Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena
faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu
Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi
telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang
sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman,
maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka
sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di
tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara
kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi
mayat..
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang sangat besar,
bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh
ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh
beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang.
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk
buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita
asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan
dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah.
Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila
kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka mash ada
perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga masih ada
perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat
perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara
perperangan.
Orang Rohingya yang mati di bunuh Pengganas ketika sedang
bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang
Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat
berjemaah, adohai.
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang
sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa
payahnya rakyat Rohinya nak solat berjemaah sebab pengganas di sana tak bagi siapa
bakar rumah kerana katanya rakyat Rohingya bukan warga neraga mereka?
Kita di sini asyik kibarkan bendara parti kegemaran, kerana
kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan
dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila
kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat
berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka
ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita
Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna.
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas datang menyerang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini
bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab
Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam
yang benar benar bersyukur lantas menyembah Allah dengan cara yang paling layak
Allah di sembah. Iaitu solat awal waktu, berjemaah dan tempat azan di azankan.
Sekian. Pesan kepada diri sendiri. Semoga Allah melindungi
semua warga Rohingya yang tertindas, juga semua ummat manusia. Semoga kita
semua beroleh Rahmat dan Pertolongan yang berterusan dari Allah, amin.
Ps: Ikutkan sejarah, isu penghapusan etnik di Bosnia dapat diselesaikan dengan campur tangan Negara lain, dan Malaysia sendiri di bawah arahan Tun M, telah menhantar tentera ke sana. Di harap Semua Negara termasuk Malaysia dapat sama-sama bantu selesaikan masalah yang aku dengar lebih awal dari isu Bosnia Heezegovina ini.