Feb 9, 2015

Tolak vaksin ambil Homeopathy?

(Buang Sains, ambil Pseudoscience, Adohai.)


Al kisah anti vax yang tak habis menyusahkan orang, sekarang isu ni dah jadi hangat kat California sebab penyakit berjangkit Measles dah mulai merebak kerana ada sebahagian orang kafir di Californea yang menolak sains lalu memilih pseudosience lantas  mengembalikan zaman penyakit merebak yang dah lama pupus.

Boleh google atau tengok berita, klik sini.

Di Malaysia Alhamdulillah, orang islam ramai yang tak tolak sains, cuma sejak ada zaman internet ni, golongan ni nampaknya semakin bertambah sebab malas nak kaji (ayat 6 surah Al hujarat) atau malas nak rujuk pada yang pakar (ayat .43 surah Al Nahl) sebagaimana suruhan Allah dalam Al quran. mereka terperangkap dengan merujuk berita yang salah, dan pakar yang salah, serta berkawan dengan kawan yang salah lalu memilih menolak vaksin dengan kejahilan melampau.

Korang boleh baca entry aku yang lepas berkenaan vaksin, aku tulis december lepas, sampai semalam dah masuk febuary pun masih ada yang komen dengan penuh kejahilan.

Antara komen mereka, suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma sebab itu adalah agenda yahudi dan suruh aku cuba kaedah berbayar homoepathy kerana lebih islamik.Serius?



Aku bukan nak burukkan pengamal perubatan homeopathy, tapi jika kita rujuk pada fakta, vaksin di hospital sangat jelas dari segi data yang mana kematian menurun sebelum dan selepas vaksin diperkenalkan. 

Data yang jelas menunjukkan bagaimana penyakit berjangkit semakin pupus sebelum dan selepas vaksin diperkenalkan, kita boleh emosi, tapi apa guna kita beremosi dengan fakta? Lupa ke dengan pepatah, "jangan menangsi susu yang tumpah" atau "nasi susah menjadi bubur", pepatah itu merujuk kepada tindakan kita bila berhadapan dengan fakta. So boleh  rujuk kepada  WHO untuk data yang lengkap,

Tapi untuk homeopathy, jika kita rujuk pada fakta di Wikipedia, perenggan pertama lagi mereka cakap homeopathy ini adalah pseudoscience. Ianya tidak berkesan dalam apa jua keadaan, dan tiada bukti penyembuhan melainkan kesan placebo sahaja.

Wiki: Homeopathy is considered a pseudoscience.[2][3][4][5] It is not effective for any condition, and no remedy has been proven to be more effective than placebo.(source)

Korang pun bantah: Setakat petik dari wiki sesiapun boleh tulis, nak bagi bukti, tolong bagi dari sumber from credible scientific paper/journal.

Adohai, aku dah bagi link dekat nombor [2][3][4][5] tu adalah credible scientific paper/journal, tapi sebab korang malas nak klik, aku bagilah sumber from credible scientific paper/journal.

[2] Tuomela R (1987). "Chapter 4: Science, Protoscience, and Pseudoscience". In Pitt JC, Marcello P. Rational Changes in Science: Essays on Scientific Reasoning. Boston Studies in the Philosophy of Science 98 (Springer). pp. 83–101. doi:10.1007/978-94-009-3779-6_4. ISBN 978-94-010-8181-8

[3] Smith K (2012). "Homeopathy is Unscientific and Unethical". Bioethics 26 (9): 508–512. doi:10.1111/j.1467-8519.2011.01956.x

[4] Baran GR, Kiana MF, Samuel SP (2014). Chapter 2: Science, Pseudoscience, and Not Science: How Do They Differ?. Healthcare and Biomedical Technology in the 21st Century (Springer). pp. 19–57. doi:10.1007/978-1-4614-8541-4_2. ISBN 978-1-4614-8540-7. within the traditional medical community it is considered to be quackery”

[5] Ladyman J (2013). "3: Towards a Demarcation of Science from Pseudoscience". In Pigliucci M, Boudry M. Philosophy of Pseudoscience: Reconsidering the Demarcation Problem (University of Chicago Press). pp. 48–49. ISBN 978-0-226-05196-3. Yet homeopathy is a paradigmatic example of pseudoscience. It is neither simply bad science nor science fraud, but rather profoundly departs from scientific method and theories while being described as scientific by some of its adherents (often sincerely).”

Aku dah bagi bukti, boleh saman mereka sebab benda sudah publish lama di internet, jika tak faham bahasa English, aku copy dari wiki bahasa melayu.

“Homeopati adalah rawatan alternatif yang dicipta oleh Samuel Hahnemann beragama Christian dari German pada abad ke-18. Teori dasar di balik homeopati adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu substansi, memukulnya, lalu mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".(sumber)

Stop kejap, pukul air lama-lama jadi ubat? faham tak pukul air ni macam mana? apa kata kita tengok wiki dalam bahasa indosia pulak:

Homeopati dipersiapkan dengan menambahkan banyak air dalam suatu substansi, mengocoknya, lalu mengambil sedikit air, menambahkannya ke banyak air, mengocoknya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa pengobatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada obat. (sumber: Organon of Medicine, Samuel Hahnemann, combined 5th/6th edition)

Lalu kedua dua wiki, bahasa Malaysia, dan Indonesia menulis, 

"Banyak saintis/ilmuan juga tidak percaya dengan homeopati kerana bertentangan dengan ilmu fizik dan kimia. Orang merasa lebih baik selepas diterapi homeopati kerana mereka merasa akan sembuh, suatu keadaan yang dikenali dengan istilah "kesan placebo”.

Bagi yang tak tahu apa itu kesan placebo, ianya adalah satu kesan penyembuhan yang berlaku kepada pesakit akibat sangat yakin dengan sesuatu ubat walaupun ubat palsu, 

Oleh sebab itulah James Randi, pakar pendedahan penipuan telah mencabar sebanyak satu juta dollar kepada semua pembuat ubat homoepathy untuk buktikan kesan ubat mereka, jika terbukti benar, akan di bayar satu juta dollar, namun sehingga sekarang, tak ada satu syarikat pembuat homoepathy pun yang berani tampil menyahut cabaran.



Akhir tahun lepas pulak, aku dengar di Austrlia, pembuat vaksin homeopathy kena saman sebab menipu pelanggan, boleh baca di sini.

"Australian court to penalize homeopaths for claiming vaccine alternative"

Perbualan yang aku copy dari link yang pembaca
beri bukti dr homeopathy Malaysia cakap
ada homeopaty vaksin tapi kena pm tepi.
Aku bukan nak menfitnah homeopathy di sini, aku just copy paste bukti yang korang pun boleh nilaikan sendiri. Aku mengaku aku bukan orang perubatan, tapi bila ada orang suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma dan cuba kaedah berbayar homoepathy dengan fakta yang diputar belit konon vaksin ni senjata yahudi nak lemahkan umat islam, padahal di Negara israelpun mereka suntik anak mereka dengan vaksin. Adohai..

Info yang korang bagi bertentangan dengan fakta sebenar, di Arab Negara islam pun pergi haji orang suntik dengan vaksin sebab tak nak penyakit berjangkit, benda ni ada data yang telah dibuktikan.

Akhir kata, aku ulang lagi sekali, aku bukan nak fitnah homeopathy, tiada penemuan baru dari aku, apa yang aku ulang tulis adalah copy paste dan link juga aku dah dah bagi siap siap, jika ada kesilapan pada penulisan aku, mungkin disebabkan kefahaman English aku yang lemah, namun, korang yang pandai, boleh rujuk semua link yang aku berikan. Semuanya fakta yang jelas depan mata, jadi kepada pembaca yang suruh aku tinggalkan vaksin di hospital yang percuma dan cuba kaedah berbayar homoepathy.

Aku minta maaf, bukti tidak memihak kepada anda, jangan marah dan melenting, kerana ini bukan berkenaan emosi, tapi berkenaan fakta.

Bab kata orang putih.

Sorry it's not personal, it's just evidence.

Woha!

Ps: Ini hanyalah perbualan antara aku yang bukan pakar perubatan dengan pembaca blog aku yang juga bukan pakar perubatan, maaflah sebab terlalu letak banyak link kerana kami bukan ahli bidang ini. Kepada mereka yang terer bab perubatan dan memang ahli, sangat di galakkan untuk anda tambah hujah di ruangan komen, semoga komen anda membantu aku dan mereka ke arah kebenaran. InsyaAllah.

59 comments:

  1. one more important is about medical title to be issue here.

    Homeopathy practitioners, are legally not doctors.

    ReplyDelete
  2. la punya lama betapa semata mata kaji benda ni...ingatkan dah insaf ...sudah sudahlah zombie oii...

    dorang sebar penyakit, pastu dorang jugak yang bagi ubat... hermmmm

    bomoh moden

    ReplyDelete
  3. knp blog engko dah x byk komen mcm dulu

    ReplyDelete
  4. BHMS degree doesn't allow Homeopathy practitioner to use Dr title, clearly stated in TCM pamphlet. Take note.

    bomoh moden

    ReplyDelete
  5. Bila hamka merujuk tuan haji google boleh jadi pening kepala tuan.

    rujuk yang pakar, bukan google..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamka rujuk journal la.. Dia copy paste wiki untuk org x reti English.

      Delete

  6. apa benda yang dia cakap 'betul' betul lah tu memang tak pernah Salah lah..

    cth kalau dia cakap taik lembu tu suci...semua orang kena setuju taik lembu tu suci

    patut lah 'bodoh' ada kaitan dengan sombong

    orang yang sombong selalunya bodoh
    walaupon teror 'ENGLISH'



    ReplyDelete
  7. Sape mkn cili, dia akan rasa pedas

    Hehe... fakta please.

    Xpuas hati, balas la ngan fakta. br la nampak pandai.

    -buluh

    ReplyDelete
  8. Modern medicine adalah berdasarkan fakta kajian, perubatan alternatif pulak lebih kpd pengalaman. Pengalaman ni berbeza beza antara seorg pengamal dgn pengamal yg lain.
    Bg aku pulak, bila ada masalah kesihatan, aku cari pengamal perubatan moden yg berpengalaman (umur dah veteran), lbh meyakinkan.
    Bab vaksin ni pulak, aku caya kat modern medicine.

    ReplyDelete
  9. patutlah klink homoepathy dekat rumah saya ni dah tutup.

    ReplyDelete
  10. banyak insuran tak cover perubatan homeptahy. di Belgium dan Republik Czech, homeopati tidak dilindungi. Di Austria, insurans awam memerlukan bukti saintifik keberkesanan untuk membayar balik rawatan perubatan. Pada tahun 2004, Jerman yang sebelum ini menawarkan homeopati di bawah skim insurans kesihatan awam telah menarik balik keistimewaan ini. Pada bulan Jun 2005, Kerajaan Switzerland, selepas percubaan 5-tahun, telah menarik balik perlindungan insurans bagi homeopati, yang menyatakan bahawa mereka tidak memenuhi piawai

    ReplyDelete
  11. Saya pengguna kedua dua perubatan moden dan homopati. Dua dua ada kelebihan dan kekurangannya. Perubatan homopati untuk rawatan penyembuhan luka slps pembedahan sgt berkesan untuk saya. Begitu juga untuk alergi. Saya memilih homopati sbg alternatif selepas perubatan moden tidak berkesan. Dan saya rasa placebo effect tu salah. Because i am the living proof

    ReplyDelete
  12. ya aku lebih percaya ubat moden ubat doktor moden ubat hospital...tapi sayang tak da satu pun ubat hospital boleh menyembuhkan penyakit penyakit sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh penyakit apa ya

      Delete
    2. Penyakit kencing manis, darah tinggi, masih x de ubat..

      Yg ad jika kencing manis, potong kaki..

      Hihihi..

      Delete
  13. Allah uji dengan penyakit.. Ramai dah angau dan sasau... Allah terang-terang bagitau Dialah Assyafi... masih buat begong. Selesai masalah teknik Nabi Yunus.. tahlil, tasbih dan akui kelemahan diri.. Sapa pun tak marah...simple.. tak cari jalan susah.. atas nama islam dan iman...hahah...kan susah nak woha.......samada rawatan moden, homeopati, alternatif, suplemen atau sekadar air kosong... itu asbab... Allah sembuh penyakit dengan asbab, tiada dan berlawanan. Sebab kehendak Allah penting.. Kehendak manusia tak sama dengan kehendak Allah tak kan ke mana-mana.. Istigfar dan betulkan niat untuk belajar....woha...

    ReplyDelete
  14. kereta mayat follower
    pembaca tegar kisah kisahnya
    mendalami nasihat2nya
    menelusuri perkongsiannya
    -----ex,
    tulisan ko makin menyenget la
    senget ke sana
    ke mana? ko tau.dan da byk pembaca mula tau
    babai kereta mayat

    ko suke pandang rendah kat org
    ko ckp macam ko hebat
    bila org berkongsi maklumat ko rasekan org tu ajak ko berdebat
    owhh otak ko makin karat

    ReplyDelete
  15. Kenapa Harun Din dan Nik Aziz tidak merawat guna homoepathy,? tapi sebalikkanya guna perubatan moden.

    Ikutlah ulamak.

    ReplyDelete
  16. "Dan saya rasa placebo effect tu salah. Because i am the living proof,..."

    Anecdotes. Did you know many large-scale scientific studies has been carried and homeopathy failed these? The medical *benefit* of homeopathy has only been attributed to placebo effect, nothing more.

    ReplyDelete
  17. tuan hamka saya mendapat input positif yang saya perolehi daripada semua penulisan tuan even saya belum baca lagi buku tuan sebab tak tahu mana nak dapat.

    al kisahnya, setelah mencari mencari saya menemui blog tuan tentang vaksin dan ternyaa gaya serta penceritaan tuan amatlah SEMPOI dan membuatkan kita rasa nak baca sampai habes...dari situ saya percaya penulisan tuan untuk buku buku tuan juga begitu kerana saya melihat dari feedback pengikut tuan semua 90% puas dengan gaya dan cara tuan menulis dan saya dapati juga masalah yang sering berlaku dalam kehidupan kita hari ini berpunca dari rumah pada awalnya iatu masalah rumah tangga jadi saya rasa saya dah jumpa suatu produk yang amat baik untuk semua pihak dan golongan dan saya percaya dengan penulisan tuan jugak lah akan membantu perubahan dari peringkat rumah tangga dan akhirnya ke peringkat dunia....jadi setelah penat menaip ini semua bolehkah saya nak membeli semua buku tuan.?

    ReplyDelete
  18. Siti sarah...until now homeopathy treatment is always my alternative when modern medicine fails and it works wonders for me.....maybe not for you

    ReplyDelete
  19. muka bengis tak der nur

    amalkan lagi vaksin

    scarcm

    ReplyDelete
  20. Salam Tn.Hamka..dah lama sy bace post2 berkaitan vaksin & homeopathy...sy rse byk slh fhm ttg homeopathy gara2 manusia yg terlalu taksub bila tak amik vaksin..sy sendiri pengamal ubat homeopathy sebab ayah merawat guna ubat homeopathy..jujur sy ckp..byk penyakit yg kne tdk dpt dirawat dgn ubat hospital tp mampu sembuh dgn kaedah perubatan homeopathy..namun x disangkal juga kemujaraban ubat hospital...kerana semuanya kaedah perubatan dimana tujuannya sama..utk sembuhkan sakit..kt ada pilihan so masing2 bebas buat pilihan..x perlu nak memburukkan mana2 alternatif perubatan..satu sbb utama sy yakin, sbb homeopathy tiada kandungan drug di dlm ubat2nya...walaupun pengamal sepenuhnya, sy pun masih ke hospital utk check up & sebagainya..

    lg satu...wiki tu boleh buat org slh phm bila baca...ape la plak ubat homeopathy tu air yang diketuk2..ntah pape jela..ape pun pilihan di tangan kita..x perlu memburuk antara satu sama lain...

    just my 2 cents...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya homeopathy menggunakan bahan2 semulajadi, bukan kejadah ketuk2 air bagai..wikipedia? Even mat salleh sendiri pun tak percaya wikipedia muahaha..
      Some of natural remedies yg undergo sciencetifical studies pun termasuk dlm homeopathy jugak..
      Rasanya hamka ni tak tau kot maksud sebenar2 homeopathy?

      Delete
  21. Sebelum ummi gantung diploma kejururawatan di dinding, ummi pernah attend satu kes. Di mana parents adalah anti vaksin. Si anak berusia 6 bulan. Di bawa ke qad kecemasan kerana batuk tanpa henti tg mana selepas diperiksa saluran pernafasan di selaputi selaput putih.xray, scan dan ujian darah dibuat. Bayi dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diberikan sedatif dan alat bantuan pernafasan. Sewaktu team kami dtg untuk memasukkan tiub khas, doktor pakar kanak2 sdg interview parents. Ruoanya si bayi dijangkiti penyakit batuk kokol dan tibi positif. Bila sejarah diambil non of the kids diberikan vaksin. 2 adik beradk yg lain terpaksa menjalani ujian darah..too bad both menunjukkan tanda positif tibi...that time kedengaran cuma esak tangis..kdg mmg kita tak mahu.tp Islam memudahkan semua. Kalau ada rawatan lain utk mencegah maka elakkan yg haram. Tp kalau dah takde dan terpaksa (ditambah dgn kehadiran pelbagai bangsa asing dgn pelbagai penyakit berjangkit), ambil je vaksin tu...kami di medical line tak pernah salahkan atau paksa sesiapa. Kami siapkan dokumentasi. Tak mahu ambil vaksin, sila tandatangan surat "Tanggung risiko sendiri" dgn surat ini tiada saman dapat dituntut..

    ReplyDelete
  22. zombieland :
    thanks for the info

    ---------------
    bomoh moden:
    hmmm

    ---------
    Aku :
    mereka pakat komen di FB, sampai seribu komen satu update, tak sempat aku nak baca, terima kasih kerana masih sudi komen.

    ------
    Buluh:
    kan? Adohai.

    -------
    Sunni:
    terbaik!

    ----------
    Ridhwan bin mohd yunus:
    padu

    -----------
    halim saad:

    Istigfar dan betulkan niat untuk belajar, terima kasih atas teguran.

    -------
    Siti Hajar:
    terima kasih.

    -----------
    siti sarah:
    Ikutlah ulamak.

    ---------
    Rijal:

    Bayaran untuk satu buku = RM30 SM, RM35 SS
    Bayaran untuk dua buku = RM60 SM, RM65 SS
    Bayaran untuk tiga buku = RM85 SM, RM90 SS
    Harga di atas termasuk kos pos
    sila Bayar kepada WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)
    dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, atau attach dekat sini, saya akan reply "ok" jika bukti anda match dengan borang yang di isi. seterusnya bagi alamat dan no phone. InsyaAllah penghantaran pada setiap hari selasa.

    Tidak wajib, tapi jika isi borang dibawah memudahkan kami menjejak dan siasat jika barang tidak sampai. InsyaAllah. (lebih baik isi sebenarnya)

    http://kedaihamka.blogspot.com/2014/09/borang-rekod-pembelian.html

    ---------
    Ar Eirza Japar:

    wiki tu boleh buat org slh phm bila baca, jika ada fakta kukuh, kita boleh ubah wiki, selamat berusaha.

    ---------
    Ummi Insyirah Haqimi:

    sungguh murni orang hosiptal, bila ibu bapa tak nak vaksin, mereka suruh tanda tangan surat supaya di masa depan, nurse, doktor tak akan kena saman jika ibu bapa saman bila anak di jangkiti, tapi anti vaksin, suruh orang tolak vaksin, ada bagi surat tanda tangan yang sebaliknya, lepas tangan sahaja. basuh tangan pun pakai air klorin lagi nak sembang

    ReplyDelete
  23. yeaaa orang dah malas nak layan mat zombie menang sila ambil hadiah kat hospital kuala lumpur..

    ReplyDelete
  24. Tuan yang mulia,Allah kuasa makhluk lansung tiada kuasa.bentuk fikir manusia utk yakin pada Allah bukan yakin pada asbab.kt bukan mahu menolak asbab tapi jgn yakin pada asbab.hanya Allah yang dapat bagi mudarat dan manfaat. kata ulama : satu org yang menolak asbab adalah satu kebodohan tapi satu orang yang yakin pada asbab adalah satu kesyirikan. sekadar perkongsian utk renungan bersama. - dae Sabah.

    ReplyDelete
  25. Klw baca sejarah, vaksin bermula di kerajaan ottoman turki. Masa tu wabak small pox melanda dunia. Ramai manusia yg mati. Para sarjana islam di turki telah mencipta satu kaedah dimana badan ditoreh sedikit supaya ada belahan/terluka, kemudian nanah small pox dari org yg dijangkiti diletakkan di tempat torehan. Isteri pembesar eropah terlihat seorang ibu di turki melakukan kaedah ini terhadap anaknya. Anaknya demam beberapa hari namun tidak dijangkiti/imun terhadap small pox. 2 thn selepas itu, dia kembali ke eropah, wabak small pox masih melanda. Beliau memberitahu apa yg dilihat di turki. Permulaannye, ramai yg x percaya tp dia telah melakukan perkara yg serupa terhadap anaknya dan terselamat dari small pox. Itu permulaan vaksin di eropah. Selain kerajaan turki, seingat saya kerajaan china turut mempunyai sejarah awal dlm vaksin.

    ReplyDelete
  26. nanah tu najis, mana boleh letak dekat luka, lebih baik mati dari najis masuk dalam badan.

    ReplyDelete
  27. percayakan vaksin pergh bodoh betul

    ReplyDelete
  28. Farmasi malaysia ditulis ubat..farmasi luar negara tulis drug..jd,, bila sakit, makanlah dadah..ops.. ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dadah mmg buat pun. Ada sesetengah org jer yg amik overdose sampai ketagih. . makanan pun kalau overdose jadi penyakit... Lol . . tidur pun ubat , Tp kalau overdose pun x elok. Moderation is the key. Drug have so many medical benefit yet some people so stupid by over consume it. That's why we have doctor to guide us how to consume drug

      Delete
  29. if anything, the op-ed suggests to endeavor to produce and use medicines that are certified halal, yet until that is realized, it is clear that the fatwa recognizes the unavoidable use of bovine/porcine origin medicines for life-saving purposes.

    Having said that, the writer of the op-ed has called on the end-users (physicians and pharmacists) to champion the halal certification when in fact the onus is on the pharmaceutical companies developing new chemical entities and formulating the pharmaceuticals into marketable products that should be the ones to champion syariah-compliance. After a product is on the market, they cannot obviously reverse-engineer it.

    On the flip side, it is affirming to see that the life-saving value of vaccines in curbing the spread of infectious diseases must be important enough so much so that Saudi government officials won't let you in if your Hajj-vaccinations are not current.

    Dr Nap

    ReplyDelete

  30. fitnah dajal tu agak agak bila... mungkin tahu 3035 kot...sekarang ni mungkin dajal masih belajar tak tih tak kot macam anak jin ahmad albab tu..jadi masing masing rileks brother rileksss

    bank bank yang ada sekarang ni pon baik baik belaka, alaaa riba tu kan empuk bunga tu cantekkk

    opsss bersangka baik dengan orang kafir yang punyai sains dan teknologi... syukur ada Amerika dan yahudi dengan kepakaran sains dan vaksinya... kalau tak dengan geng geng tabligh jadi zombie

    lupakan madu kita ada vaksin yang lebih ampuh dari madu dan habatus sauda... fakta sains lebih afdal dari ayat al quran terbaik lah saintis!

    percaya lah orang islam jahat jahat berlaka macam ISIS dan sebelum ada orang pandai so called genius macam mat zombie dan tornado hassansin semua orang islam bodoh bodoh berlaka

    nampak cantek dan mulianya kematian seorang pengamal demokrasi baru baru ni...kita yang hantya bergantung 100 peratus dengan solat jemaah tak tinggal ni agak agaknya macam mana rupalah ehh..

    vasin vaksin...

    ReplyDelete
  31. Bole bg pencerahan mgenai vaksin yg dsuntik sejak lahir smpai nk pi haji suma wajib dsuntik...apa benda yg dsuntik tu...kandungannya halal 100% ke...bole caya ke dgn musuh2 islam ni,Walaupun niat baik depa utk kbaikan tpi ada misi tersembuyi yg org islam xtahu...apa yg masuk dlm badan akan mjdi darah daging dan beri kesan pd rohani...walaupun fatwa mbenarkan atas sbb2 tertentu,tpi kesan tetap ada,klo xbyk sdikit pasti ada...knpa kita tak amalkan makanan sunnah d amalan sunnah sbg cara terbaik utk sgala penyakit..

    ReplyDelete
  32. orang yahudi pun cucuk anak mereka dengan vaksin.

    sahabt Nabi, seperti Muaz bin Jabal,Abu Ubaidah al-Jarrah,Yazid bin Abu Sufyan dan Shuharbil meninggal akibat penyakit wabak, adalah anda menuduh sahabat Nabi terkena penyakit kerana tidak amalkan sunnah?

    Terdapat cerita menarik antara Saidina Umar r.a dan Abu Ubaidah yang ingin saya nukilkan di sini.

    Apabila mendengar berita tersebarnya wabak di Syam,Khalifah Umar r.a telah mengutuskan surat kepada Abu Ubaidah al-Jarrah memintanya kembali ke Madinah kerana sayangnya beliau kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang ketika itu memimpin pasukan muslimin dan juga calon kepada khalifah yang seterusnya ketika itu.Namun permintaan Khalifah Saidina Umar r.a itu ditolak dan akhirnya beliau wafat pada umur 58 tahun.

    Amirul Mukminin Umar al-Khattab juga bercadang untuk pergi ke Syam tetapi apabila dibacakan sepotong hadith oleh Abd Rahman bin ‘Auf,beliau membatalkan hasratnya.Hadith itu berbunyi:

    “Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Berdasarkan hadith ini juga,dalam Islam seseorang itu tidak dibenarkan untuk pergi ke tempat yang terkena wabak dan jika ia telahpun berada di dalam kawasan wabak saat tercetusnya wabak,tidak dibenarkan keluar bagi mengelakkan lebih tersebarnya sesuatu penyakit.Dalam istilah perubatan moden,ianya disebut sebagai kuarantin.Subhanallah, indah dan syumulnya Islam.

    Orang jahil sahaja yang menolak perubatan moden, arwah Nik Aziz juga memlilih rawatan moden sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  33. Hamka, saya cadang anda guna huah ulamak dunia dalam bab ini, ulamak ini di sanjung oleh PAS.

    Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain. Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut. “Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun. “Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan. “Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata. Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’. Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran. Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM. Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan. Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.

    ReplyDelete
  34. I’ve got a great idea for a new medical drama: Homeopathy 911!

    It takes place in a quackademic medical center and follows the lives and loves of alternative medical practitioners.

    Can’t you just imagine the scenes in the ER?

    “Nurse, get me the reiki practitioner STAT!!”

    Or how about the crises in the ICU where young practitioners struggle to mix homeopathic preparations in massive amounts of water to create super-dilute medications for super sick people? It’s the perfect backdrop for illicit sex.

    And what about tension in the operating room as chiropractors struggle to manipulate the beautiful innocent bystander hemorrhaging to death after being struck by gang warfare bullets? Is it any wonder that the married nurse falls for the hunky chiropractor once she sees what he can do with his hands?

    And then it occurred to me:

    There are no alternative Emergency Rooms.

    There are no Quacktensive Care Units (QCUs).

    And the only surgery performed by purveyors of pseudoscience is the wallet biopsy. If it comes up green, they proceed with treatment.

    There are none of these things because alternative practitioners don’t take care of sick people; they don’t even know how to take care of sick people. They only care for the worried well, carefully separating them from their money by shilling herbs, supplements, books and DVDs that no one needs because they are utterly, spectacularly ineffective!

    Alternative medicine isn’t medicine; it’s trickery. It’s the placebo effect writ large.

    Even practitioners of alternative medicine recognize that it doesn’t actually work. That’s why there are no alternative hospitals, no alternative free clinics, and no medical missions to treat Ebola with homeopathy, or reiki or chiropractic. Its own practitioners recognize that alternative medicine only “works” in first world societies where well off people have discretionary income, not in underdeveloped countries where poor people can’t pay. And it only “works” to enrich alternative providers, not to diagnose, prevent or treat actual diseases.

    So I guess Homeopathy 911! is a non-starter.

    Hold on! I have another idea.

    How about a reality show about women, influenced by midwives, doulas and childbirth educators to view birth as a piece of performance art, choosing to giving birth unattended in the wild.

    Wait, what? Lifetime has already thought of that and Born In The Wild, will debut soon?

    Hmmm. Maybe Homeopathy 911! isn’t such a bad idea after all.

    ReplyDelete
  35. Harapnya orang yang menolak vaksin kerana mengatakan ianya dibuat dari bahan tercemar, ada partikel virus dll tidaklah pula mengamalkan perubatan homeopathy kerana asal ubat homeopathy pun dibuat dari bahan tercemar, nanah, cell lines dll juga. kalau difikir2kan, konsep perubatan homeopathy ni saling tak tumpah mcm konsep vaksin dan imunisasi juga. Like cures like...

    rujuk artikel 16 or 19 dalam kitab homoepathy

    ReplyDelete
  36. http://www.who.int/medicines/areas/traditional/Homeopathy.pdf?ua=1

    ReplyDelete
  37. bodohnyela yg anti vaksin ni...makan makanan sunnah tu mencegah..ko pahamm x...macam ko amalkn mkn sayur supaya boleh elak dr kena kanser..tp x mustahil kena jgk..cth jer ni..

    kalu vaksin tu dikire sebagai ubat dah..kalu ko pernah vaksin insyaallah x kena dah( based on fakta) dengan izin Allah s.w.t


    papepun org yg tolak vaksin adelah mereka yg jnis suke mempercayai ape saje yg org share kat fb tu...same jugak yg beranak kat rumah tu...


    ilmu sains dah maju tp ade jugak org yg nak kembali zaman jahil..astaghfirullahh..

    semoga Allah ampunkan hamba2 yg kufur nikmat ..

    ReplyDelete


  38. kita memang patut kembali pada zaman sebelum sains jadi tuhan...lagi bagus



    ReplyDelete
  39. 1. Sekali lagi Sinar Harian menjual maruah dengan memberi ruang kepada doktor-doktor palsu untuk terus menipu.
    2. Zuhairni merupakan presiden kepada 1 Homeopathy Malaysia (M1HM), badan pengamal yang tidak diiktiraf oleh KKM.
    3. Tanpa segan silu Zuhairni masih lagi menggunakan gelaran Prof Dr walaupun beliau bukan ahli akademik mana-mana IPT.
    4. M1HM merupakan badan pengamal homeopathy cukup bercelaru dengan ahli gabungan yang langsung tidak melibatkan disiplin homeopathy seperti Majlis Perubatan Electronik dan Majlis Perubatan Nuklear.
    5. Hujah yang digunapakai oleh doktor-doktor palsu M1HM ialah penggunaan gelaran HDr ada termaktub dalam perlembagaan M1HM. Namun tertulis dengan terang dalam minit mesyuarat antara M1HM dengan KKM/TCM, penggunaan gelaran tersebut masih tidak diluluskan.
    6. PW berpendapat tiada tujuan lain doktor-doktor palsu terdesak dengan gelaran Dr selain daripada mewujudkan persepsi bahawa mereka setaraf dengan doktor perubatan.
    7. Ahli-ahli 1 Homeopathy kebanyakannya mempunyai kelayakan daripada pusat pembiakan graduan haram seperti OIUCM, Lincolshire, Brantridge Forest School dan IBAM.
    8. Prinsip PW cukup simple, jika pengamal sanggup berbohong dengan kelulusan dan gelaran, semestinya juga mereka sanggup berbohong dengan perawatan.

    ReplyDelete
  40. Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah Untuk Ubat MLM, Dr Google & Dr Facebook
    Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
    Ada ijazah pun dah tak berguna.
    Kerana zaman dah berubah.
    Ramai yang mencari doktor di FB.
    Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
    Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
    Hanya diperlukan bila nak MC.
    Nasihat tak pernah didengar.
    Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
    Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
    Takut nanti rosakkan buah pinggang.
    Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
    Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
    Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
    Telan satu pil.
    Semua penyakit boleh sembuh.
    Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
    Membetulkan mana2 yang rosak.
    Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
    Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
    Seperti bayi baru dilahirkan.
    Semua penyakit boleh hilang dari badan.
    Darah tinggi boleh normal.
    Kencing manis boleh sembuh.
    Gout boleh sembuh.
    Kanser pun boleh sembuh.
    Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
    Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
    Sebab ilmu yang aku belajar,
    sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
    Ilmu fisiologi dah tak betul.
    Ilmu biokimia pun dah tak betul.
    Ilmu farmakologi dah tak betul.
    Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
    Ada garam bukit penawar semua penyakit.
    Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
    Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
    Ada kopi penawar semua penyakit.
    Ada juga mesin boleh buang toksin.
    Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
    Yang sakit jadi sihat.
    Yang tua menjadi muda.
    Dah tak payah pergi klinik.
    Dah tak payah pergi hospital.
    Dah tak payah jumpa doktor.
    Minum aje ubat2 ajaib.
    Telan aje pil2 kesihatan.
    Duduk aje atas kerusi elektrik.
    Rendam aje kaki dalam air.
    Semua penyakit boleh hilang.
    Itulah kehebatan ubat2 sekarang.
    Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
    Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
    Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
    Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
    Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
    Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
    Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
    Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
    Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
    Ubat2 moden sekadar mengawal.
    Imunisasi itu ciptaan Israel.
    Imunisasi penyebab Autism.
    Lebih baik makan ubat2 ajaib.
    Kencing manis boleh sembuh.
    Gout boleh sembuh.
    Asthma boleh sembuh.
    Kanser pun boleh sembuh.

    ReplyDelete
  41. Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
    Aku dah bosan memberi nasihat.
    Aku dah bosan memberi penerangan.
    Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
    Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
    Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
    Ramai pesakit2 aku yang degil2.
    Paras gula naik sebab buatan orang.
    Kena stroke sebab gangguan jin.
    Berat badan susut sebab ada orang dengki.
    Kena kanser pun sebab buatan orang?
    Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
    Kerana zaman dah semakin berubah.
    Doktor dah semakin tak relevan.
    Penyakit boleh digoogle di internet.
    Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
    Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
    Ubat2 juga boleh dibeli online.
    MC pun sekarang boleh dibeli online.
    Aku tak faham.
    Terutama dengan ubat2 MLM.
    Terutama dengan agen2 MLM.
    Kenapa mudah sangat percaya,
    satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
    Dengan modal testimoni beberapa orang,
    habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
    Yang tua dipujuk untuk membelinya.
    Yang muda diajak menjadi downlinenya.
    Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
    Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
    Yang boleh membersihkan udara.
    Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
    Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
    Yang boleh menjadikan awet muda.
    Dulu pernah ada tuala wanita.
    Yang diperbuat daripada herba2.
    Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
    Juga boleh letak didahi jika demam.
    Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
    Dan ini yang terbaru.
    Hablur garam dan gula.
    Ada pesakit ajak aku join mereka.
    Berminggu2 aku study dan google.
    Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
    Biar betul?
    Kalaulah betul ubat ini wujud,
    doktor dah tak payah kerja susah2.
    Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
    Semua orang akan jadi sihat.
    Tiada penyakit didunia ini.
    Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
    Sama ada yang menjual atau membelinya.
    Mereka mudah sangat percaya.
    Kepada benda2 karut.
    Kesihatan diri diperjudikan.
    Wang ringgit sanggup dihabiskan.
    Tidakkah mereka tahu,
    Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
    Perlu ada clinical trial.
    Perlu ada kajian saintifik.
    Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
    Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
    Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.
    Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
    Aku dah nak bersara.
    Aku dah nak balik kampung.
    Membuka ladang kangkung.
    Selamat tinggal.

    ReplyDelete
  42. Sekadar pengkongsian:

    1)Vaksin
    Saya mengambil vaksin untuk anak untuk langkah pencegahan. Saya ngeri tengok penyakit2 rakyat negara2 yg tidak mengamalkan vaksin.(Siapa yang pernah mengurus jenazah rakyat2 negara mundur, mereka akan tahu keadaan yang sebenar).

    2)Ubat/Drug
    Kita sendiri tahu, ubat-ubatan(drug) hanyalah untuk menahan penyakit supaya tidak bertambah teruk. Ia akan mengawal melalui otak kita. Contohnya; jika makan ubat tahan sakit(painkiller), ubat itu akan mengawal otak kita supaya tidak berasa sakit. Itulah cara sebenar ubat/drug ini berfungsi. Saya masih mengambilnya jika rasa perlu.

    3)Homeopathy
    Saya pernah mengamalkannya kerana ianya terbukti menyembuhkan penyakit orang yang saya kenali. Tetapi mungkin ianya berkesan/tak berkesan kepada saya. Ianya tiada kesan sampingan. Boleh diamalkan pun. Tak bersalah dari sisi agama & undang-undang.

    4)Ubat Herba/tradisional
    Saya turut mengamalkannya kerana ini adalah kaedah perubatan orang-orang dahulu yang terbukti berkesan juga. Ini merupakan kaedah sebelum wujudnya ubatan moden. Contohnya; 1)menekapkan asam keping pada ulser mulut, terus baik. haha 2)menggunakan air daun herba seperti semambu/ utk hilangkan gatal/campak & daun gelenggang utk menghilangkan kudis/gatal.

    5)Suplement/Makanan sunnah
    Suplement perlu diambil kerana tidak cukup masa utk mengambil makanan berkhasiat setiap hari. Almaklumlah, zaman moden kan. Contohnya; fish oil, vitamin c, garlic, etc.

    Bagi makanan sunnah pula, sebenarnya masyarakat kita baru sedar kepentingan makanan ini. Padahal, org non muslim pun mengamalkannya. Cthnya; minum susu kambing, makan daging kambing, makan buah delima, kurma, apricot, daun pudina, kekacang, guna olive oil. Rasanya tak perlu kot nak memperdebatkannya. Ianya makanan je kot. makanan yg ada banyak khasiat. Makanan yang baik untuk otak dan juga ibu mengandung. Saya merupakan peminat tegar makanan-makanan ini.

    KESIMPULANNYA, kita ni manusia. kita PERLU BERUSAHA untuk mencegah penyakit dan PERLU BERIKHTIAR mengubati penyakit. Selagi ianya tidak memudaratkan dan halal. Setiap orang ada cara masing-masing dan diharapkan semua manusia berfikir sebaik-baiknya kerana kita ini adalah makhluk paling istimewa sehingga Allah menyuruh semua malaikat & jin tunduk hormat kepada Manusia(Nabi Adam).

    Sesungguhnya, hanya Allah lah yang menggerakkan hati setiap hambanya untuk melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  43. aku yang jarang nak komen5:16 PM, August 28, 2016

    tepuk dada, tanya selera. homeopathi aku ambik, ubat doktor pun aku ambik. tengok mana bersesuaian, bukan ambik serentak. dua2 ada pro dan cons sendiri. homeopathi pernah cure penyakit aku. ubat hospital pun pernah cure penyakit aku. mungkin itulah fungsi alternative medicine, bila standard medicine tidak berkesan. setiap orang ada pendapat sendiri, dan tu yang membezakan dna kau dan dna aku yang hanya beza xsampai 1percent. wikipedia pemberi maklumat pantas, dan ada citation. tak nafikan ada bukti, tapi research bukan hanya begantung kepada 1 journal. dan journal apa pun memainkan peranan. aku researcher, aku bleh bluff data overnight dan tulis dalam journal minggu ni submit, next week dah publish dengan hanya bayar usd 600. dan orang akan cite paper aku dan mungkin letak dalam wikipedia. nak mengulas mengenai satu isu bukan hanya berdasarkan research google.com. ceburi sendiri bidang tu dan jadi orang dalam bang tu baru ko tau baik buruk sesuatu sebab kau sendiri dah merasakannya. dan ajarkan kepada orang ramai tentang apa baik yang ada dan elakkan apa yang buruk. copy dan paste, bukanlah sains. dan tak sampai level pseudosains serti homeopathy. aku percaya dalam jutaan bilion kajian manusia dah buat, semua tu hanyalah setitik air dari lautan luas ni. banyak lagi rahsia dunia yang kita tak tahu. sama2 kita berfikir.

    ReplyDelete
  44. aku yang jarang nak komen5:17 PM, August 28, 2016

    tepuk dada, tanya selera. homeopathi aku ambik, ubat doktor pun aku ambik. tengok mana bersesuaian, bukan ambik serentak. dua2 ada pro dan cons sendiri. homeopathi pernah cure penyakit aku. ubat hospital pun pernah cure penyakit aku. mungkin itulah fungsi alternative medicine, bila standard medicine tidak berkesan. setiap orang ada pendapat sendiri, dan tu yang membezakan dna kau dan dna aku yang hanya beza xsampai 1percent. wikipedia pemberi maklumat pantas, dan ada citation. tak nafikan ada bukti, tapi research bukan hanya begantung kepada 1 journal. dan journal apa pun memainkan peranan. aku researcher, aku bleh bluff data overnight dan tulis dalam journal minggu ni submit, next week dah publish dengan hanya bayar usd 600. dan orang akan cite paper aku dan mungkin letak dalam wikipedia. nak mengulas mengenai satu isu bukan hanya berdasarkan research google.com. ceburi sendiri bidang tu dan jadi orang dalam bang tu baru ko tau baik buruk sesuatu sebab kau sendiri dah merasakannya. dan ajarkan kepada orang ramai tentang apa baik yang ada dan elakkan apa yang buruk. copy dan paste, bukanlah sains. dan tak sampai level pseudosains serti homeopathy. aku percaya dalam jutaan bilion kajian manusia dah buat, semua tu hanyalah setitik air dari lautan luas ni. banyak lagi rahsia dunia yang kita tak tahu. sama2 kita berfikir.

    ReplyDelete
  45. Oleh sebab itulah James Randi, pakar pendedahan penipuan telah mencabar sebanyak satu juta dollar kepada semua pembuat ubat homoepathy untuk buktikan kesan ubat mereka, jika terbukti benar, akan di bayar satu juta dollar, namun sehingga sekarang, tak ada satu syarikat pembuat homoepathy pun yang berani tampil menyahut cabaran.

    jadi, kepada aku yang jarang nak komen, pergilah cabar homepathy betul, untung dapat RM 1 juta, jangan malas yer buat journal satu malam tu,

    ReplyDelete
  46. Wahh.. hebat kau ni? Placebo? Agak-agak masalah urat saraf boleh disembuhkan dengan so called placebo kau tu ke? Agak-agak eczema yang bertahun2 lama tu pun boleh disembuhkan dgn placebo tu ke? Dan masalah tumpah darah, darah tu boleh berhenti sekelip mata dgn kuasa placebo kau tu ke? Seriusly, apa yang aku nampak kau takdalah mengkaji dengan betul benda ni. kau tak merasa sendiri. kau tak pernah cuba rawatan alternatif ni. yang kau tahu cuma judge ikut sedap hati perut kau je based on sumber yang entah sahih entah tidak. Nasihat aku cuba try dulu, bfore you judge.

    ReplyDelete
  47. makanlah ubat mana kamu mau makan.. macam saya,baca comment kamu sambil makan popcorn 😆

    ReplyDelete
  48. Baca ada yg sedap ada yg kurang sedap,
    Ada yg ikut fakta dia tahu ada yg ikut fakta orang.
    Ada ikut pengalaman ada yg ikut kefahaman.
    Ada yg menuduh ada yg kena tuduh.
    Ada yg ikhlas nak berkongsi.
    Ada yg seronok balas2( macam saya kut)
    Apapun kita orang Islam ada panduannya ada kawan2 sebut2 juga dalam balasan
    diatas.
    Wrap up, Terimakasih semua diatas info2,kata orang2 tua.
    Yg baik jadi tauladan yg buruk jadikan sempadan.
    Happy ending....

    ReplyDelete
  49. Betul ke ubat homeopati diperbuat daripada air?

    Homeopathic products come from plants (such as red onion, arnica [mountain herb], poison ivy, belladonna [deadly nightshade], and stinging nettle), minerals (such as white arsenic), or animals (such as crushed whole bees).

    ReplyDelete
  50. Hai semua,
    ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
    whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
    +491639478840
    Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.

    ReplyDelete