Feb 14, 2015

7 Musim kehidupan?

(Jika umur aku panjang, mungkin begini fasa kehidupan korang)

MUSIM PERTAMA di alam roh

Tak tahu berapa lama.

MUSIM KEDUA di dalam rahim Bonda.

(9 bulan 10 hari)

Air mani bercampur-40 hari

Seketul darah-40 hari.

Segumpal daging- 40 hari.
(Malaikat datang tiup ruh bersama takdir: rezeki, ajal, untung dan rugi)

Sempurnakan angota baby- baki selepas di tolak 120 hari.

MUSIM KETIGA di dunia yang fana.

Belajar Merangkak-Setahun.

Belajar berlari-1 Tahun

Belajar bezakan makanan dan najis-2 Tahun

Belajar bezakan manfaat dan mudarat-Setahun

Belajar di tadika-Setahun (tapi aku tak ke tadika sebab miskin)

Belajar di Sekolah Rendah-6 tahun

Belajar di Sekolah Menengah-5 Tahun

Masuk Politeknik ambil Diploma-3 Tahun

Menganggur-Sebulan

Mula bekerja kilang di Bangi pada umur: 22 tahun.

Tukar kerja kepada industri oil & gas di Terengganu 24 tahun.

Kahwin pada umur: 25 tahun

Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun

Kerja..kerja…kerja….dapat anak.

Masuk U ambil ijazah- 4 tahun

Kerja..kerja…kerja….dapat anak.

(tukar bidang kerja, jadi driver keretamayat, tulis buku, bisnes sendiri,)

(Jika umur panjang)

55 Tahun: pencen dari jadi driver keretamayat, teruskan kerjaya menulis. dapat menantu, dapat cucu.

63 Tahun: Menjadi mayat. (jika ikut umur Nabi)

Tammat.

MUSIM KE EMPAT Roh di dalam mayat

Mandi Mayat,Kapan Mayat, Sembahyang Mayat, saudara melawat:
Sehari saja.

Tanam mayat- satu jam.

Tahlil: 3 Hari

Mayat di makan ulat

Mayat pecah perut.

Mayat sudah menjadi tanah.

MUSIM KE LIMA di dalam kubur

Paling kurang 40 ribu tahun.

Lembah Neraka (semusim di Neraka)

atau

Taman Syurga (semusim di Syurga)

MUSIM KE ENAM di padang Mahsyar.

(Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:

-Hari kebangkitan.
-Hari Kemurkaan Allah (ribu tahun)
-Hari pembalasan (ribu ribu tahun bergantung pada Hisab.)

Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1. Mizan
2. Padang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)

MUSIM KE TUJUH (musim terakhir)

Hadiah untuk peserta semusim di Syurga:

-Rezeki berkat-(Masa mati malaikat tarik slow dan tunjuk shurga, so matipun senyum je)
-Seksa kubur di angkat (Dalam kubur rasa macam sembahyang dua rakkat sahaja)
-Tangan kanan tarima kitab (Padang Masyar duduk bawah arash)
-Titi Sirat sepantas Kilat (Tak sedar pun dah lepas titi sirat)
-Masuk Shurga Tanpa Hisab (Nikmat mana lagi yang kamu dustakan)

YANG Tersingkir untuk peserta semusim di Neraka.

-Masuk neraka selama-lamanya jika kapir

-Bagi orang islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun.

SEKIAN.


Ps: Sebenarnya hari ini telah berlalu yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka! juga semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga. Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan. Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat. semoga kita Woha sampai Syurga, amin.

14 comments:

  1. hidup kita ni melalui waktu menunggu yg panjang
    menunggu di alam barzakh
    menunggu di mahsyar
    menunggu dapat balik kitab amalan
    menunggu nak lintas al.mizan
    menunggu disiksa di neraka
    sementara nak masuk syurga.

    hakikat. hidup di dunia menunggu dalam jem dalam kereta ada aircond sambil dengar radio pon kecoh

    ReplyDelete
  2. Seutama utama bekalan, Kalimah Pengakuan La ilaha illAllah,
    Sebaik baik bekalan, taqwa,
    Dgnnya jadi modal kita utk memohon Rahmat dr Allah swt.
    Akidah yg benar,
    Amalan yg baik,
    Akhlak yg baik,
    InsyaAllah selamat.

    ReplyDelete
  3. Dalam menikam kalbu tuan hamka

    ReplyDelete
  4. ha masa tu cubo bantai "nyayi" pasal vaksin..
    cubo "nyanyi" jonih vaksin apo pun pueh2..
    kot2 vaksin buleh tulong..
    "nyayi" la cubo hehe
    mano mau eh..
    sobab eh tiado dayo upayo kuaso kecuali Allah...
    ...yo kito tu kalu dah amek vaksin tu amek yo la..
    yg siap "nyanyi"2 tu wat po...
    ewah....buleh "nyanyi"2kan pulak...ewahhh..
    posan buat diri den dan kito sumo..

    ReplyDelete
  5. Perjalanan masih jauh.. hidup hanyalah permulaan menanam saham akhirat.

    thanks for reminder

    ReplyDelete
  6. deeply inside!! terbaik!! seram sejuk baca! Meremang! ngeri baca! Ya Allah, selamatkan hambamu ini dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  7. Mohon share.. mekaseh

    ReplyDelete
  8. ALLAHU AKBAR....
    nice sharing Hamka....
    Jazakallahu khoirol jaza’ ....

    ReplyDelete
  9. peringatan yg sempoi tapi terkesan T__T

    ReplyDelete
  10. peringatan yg sempoi tapi terkesan T__T

    ReplyDelete
  11. semoga kita semua dapat amal, huhuhu

    ReplyDelete
  12. Amat jelas difahami, semoga Allah merahmati tuan hamka dan seluruh muslimin dn muslimat. Terbaik jebat

    ReplyDelete