Jul 22, 2014

MH17, rahsia di sebalik nombor 17?

(Tanya sama abang keretamayat: Bro hamka. Boleh tolong jawab tak isu nombor2 ni tak?.. )

Copy paste dari FB dan whasapp:

"MH17 Penerbangan pertama : 17/7/1997 Penerbangan terakhir : 17/7/2014 Tahun 2014 tolak tahun 1997 : 17 tahun. Ditembak Oleh SA 17 Missile. Kenapa dgn angka 17 ? Something Allah nak bagitahu . Subuh 2 rakaat Zohor 4 rakaat Asar 4 rakaat Maghrib 3 rakaat Isyak 4 rakaat =17 rakaat.."

Hamka said:

Salah! Jika korang jamak solat sebab musafir, jadi 11 rakaat sahaja, jika bulan puasa korang ikut imam tarawih, 25 rakaaat tak campur witir, so dah jadi 28 rakkaat, jika ikut 20 rakaat, dah jadi 37 rakaat,

Eh? sekejap!, siapa cakap Allah nak bagitahu bilangan rakaat melalui peritiwa nahas kapal terbang yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.

Ini sudah masuk katagori berdusta atas nama Allah! Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, Astarfirullahalazim..

Saudara, bab bilangan rakaat solat sudah diterangkan secara tersirat dalam al quran dan secara tersurat dalam hadis. Sudah lama sunni dan syiah berbeza pendapat bab rakaat solat, dan berjuta ummat islam sudah mati dengan bilangan rakkat yang diyakini tapi baru hari ni korang dakwa Allah nak bagitahu bilangan Rakaat? Apa kejadah?

Setakat nak buat teori islamik dengan kaitkan nombor, semua orang bodoh boleh buat bang, Otak yang ada tu lebih baik fikir makna makna dalam Al quran dan kaitkan dengan diri sendri yang banyak dosa atau cari jalan penyelesaian kepada ummat islam yang lemah kerana tidak bersatu. Itu yang terbaik. Adohai..

Aku ulang lagi sekali khas untuk mereka yang bodoh 17 lapis, ketahuilah:


Berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah share teori mengarut ni!

45 comments:

  1. X setuju... Nombor juga makhluk Allah. Dan ayat2 Allah disegenap alam ini... Kita dituntut berfikir dgn kejadian di sekeliling kita.. Bagi sy, ini bukannya secara zahir Allah ada sebutkan dlm dlm nash atau melalui sunnah hadis nabi saw. Tetapi secara majazi ayat2 Allah tersebar serata Alam. Alquran kitab mukjizat, kitab panduan seluruh kehidupan manusia..

    ReplyDelete
  2. rujuklah al quran, bukan rujuk kapal terbang, adohai

    ReplyDelete
  3. sy tak nampak lagi yg ade org yg menyebut bahawa Allah suruh tgk kpd kapal terbang. tp yg jelas Allah suruh kita berfikir atas setiap kejadian.. al-quran pasti memberi jawapan. nombor hanya sign@tanda atau jalan untuk manusia merujuk,.. namun tetap tak wajib bagi Allah nak kena guna nombor atau makhluk Allah yg lain untuk nk bg pengajaran.. sedangkan neelofa pun bila nk minta petunjk, beliau minta kpd Allah dan Allah tunjukkn dgn pandangan pertama beliau terhadap ayat yg dibelek dr Al-quran

    ReplyDelete
  4. mata kau buta agakanya, orang sebar tu nak kaitkan no 17, tapi misil yang tembak tu SA-11, so awal awal dah tipu fakta, lepas tu kaitan nama Allah, tu aku belum siat tarikh yang ditulis tu, sepatutnya kau rujuk surah al hujarat ayat 6, Allah suruh siasat berita, bukan main sebar tanpa kaji, itu dah jadi fitnah namanya

    ReplyDelete
  5. orang yang post nombor bagai ni dah lah bagi teori bodoh, ada pulak satu mamat tu nak berdiskusi pasal ni kat blog dia..

    ni bodoh tingkat ke berapa lak?

    ReplyDelete
  6. Jamak jadi 11 rakaat?
    Cuba jelaskan ...
    kes hamka ni lagi sesat dan mnyesatkan..
    Setahu sya jamak itu mnghimpunkan solat..
    Qasar yg sebenarnya mngurangkan rakaat solat..itu pun pada yg ada 4 rakaat je bisa diqasarkan...

    Di harap anda baca dgn teliti bknaan ktrangan si hamka ni...jangan nk main tembak je...
    Harap hamka dan kita smua dapat petunjuk serta hidayah dari Allah kerana Allah mberi kepada yg dikehendakinya sahaja..

    Keterangan Solat terawihnya pun tunggang langgang dan ssuatu yg x boleh dipandang ringan dan dibiarkan keterangan begini..

    Jgn cpat mnjatuhkan syirik jika masi x mngerti...setiap langit masi ada langit..
    Setiap kejadian dilangit dan di bumi adalah khendak Allah..dan Allah tdk mlakukan sesuatu itu sia2 tanpa hikmah, sebab dan musabbab..

    Jadilah hmba2 Allah yg beriman dan mgunakan akal fikiran yg dkurniakan..hukum ttap hukum...akal membatasi dan iman mngimbangi...

    ReplyDelete
  7. Adik2 mari kita belajar
    mengira....

    Jamak jadi 11 rakaat..? astagfirullah.... belajar dmana tu...
    Cuba huraikan...
    Ttp tidak akan dpat 11 rakaat..jika 11 rakaat anda masih bhutang rakaat solat anda..
    Paling kurang pun jika anda jamak dan qasar dalam sehari tu jmlah kseluruhan akan jadi 13/15 rakaat dalam masa 1 hari...jumlah keseluruhan jika tammam ialah 17 rakaat sehari

    Cth 1..
    Jamak taqdim bagi asar
    Zuhur=4rakaat ( boleh diqasarkan)
    Asar= 2rakaat (boleh diqasarkan)
    /jamak takhir bagi zuhur.
    Asar = 4 rakaat ( boleh diqasarkan )
    Jamak Zuhur= 2 rakaat ( boleh diqasarkan.
    So 2+4= 6
    Jika ada komen sblum ni 2+2 =4..anda masih bhutang raakat dgn Allah

    Cth 2..
    Jamak awal isyak pada wktu mgrib
    Magrib =3rakaat(x boleh qasar)
    Jamak &Isyak= 2(boleh diqasar)
    2+3=5rakaat

    Jamak takhir magrib
    Isyak= 4 rakaat (boleh qasar)
    Maghrib= 3 rakaat( x boleh qasar
    3+4=7rakaat
    Bagi solat subuh tdak boleh dijamak atau diqasar sama sekali melainkan qadak...

    So jelas tbukti pengiraan rakaat bagi jamak dan qasar..sapa yg bilang 11 rakaat tu mmg x cukup dan masi bhutang rakaat solatnya dgn Allah...

    ...sila pbtulkan dan perbaikinya....

    Smoga sama2 mndapat ptnjuk dan hidayahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry to interupt u.. Sy belajar xpandai mana.. Setakat darjah khas sekolah agama je.. Xsmpat plak sampai ke mesir... Tp stahu saya solat jamak qasar ni zohor + asar = 2+2 .. Mgharib dgn isyak =3+2 so... Xkira dia jamak dimana2 waktu solat.. Ttp juga bil solat qasar xberubah... Klu nk jamak..blh xyah qasar.. Sila baca n rujuk ustaz utk lebih info.. Maafklu slh...

      Delete
  8. ni masalahnya jika bodoh 17 lapis, biar aku copy paste panduan solat jamak dan qasar dari majlis zakat selangor:

    Niat Jama' Takhir dan Qasar:


    i. Solat Zohor dan Asar

    Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

    Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


    Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

    ii. Solat Maghrib dan Isya'

    Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

    Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

    Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

    Cuba kau campur: cukup tak 11 Rakaat?

    Adohai,

    ReplyDelete
  9. https://zakatsel.com.my/baru/ibadah/musafir_jamak.asp

    ReplyDelete
  10. copy paste: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

    Solat qasar ialah mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 raka'at secara 2 raka'at apabila sahaja seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. Solat-solat Zohor, Asar dan Isyak didirikan secara 2 raka'at manakala solat Subuh dan Maghrib tetap didirikan secara 2 dan 3 raka'at masing-masing.

    Dalil mensyari'atkan Solat Qasar

    [1] - Firman Allah Subhanahu waTa'ala: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. [Maksud surah an-Nisaa' 04 - 101].

    [2] - Ya'laa bin Umayyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radiallahu-anhu berkenaan firman Allah - "maka kamu tidaklah berdosa meng-qasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir"; sedangkan pada masa sekarang manusia telahpun berada dalam keadaan aman.

    Umar menjawab: Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang hal ini lalu beliau bersabda: Itu adalah sedeqah yang diberikan oleh Allah Azza waJalla kepada kalian maka terimalah sedekah-Nya itu.[1]

    Dari ayat al-Qur'an dan sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam di atas, para ilmuan menetapkan bahawa solat boleh di qasar apabila sahaja seseorang itu berada dalam perjalanan yang keluar dari tempat asalnya sehinggalah dia kembali semula ke tempat asalnya itu. Dua dalil di atas jelas mensyari'atkan kebolehan meng-qasar solat apabila seseorang itu berada dalam perjalanan tanpa sebarang syarat atau kondisi tambahan.[2]

    [3] - Anas bin Malik radiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah musafir bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari Madinah ke Mekah. Selama dalam musafir itu beliau melakukan solat secara dua raka'at (qasar kecuali Maghrib) sehingga kembali ke Madinah. Orang bertanya: Apakah kalian sempat menginap di Kota Mekah? Anas menjawab: Kami menginap di Kota Mekah selama 10 hari.[3]

    ReplyDelete
  11. cont:

    [4] - Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menerangkan: Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bermukim di Tabuk selama 20 hari (dan beliau) mengqasarkan solat.[4]

    Dalil-dalil ketiga dan empat menerangkan bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam melaksanakan solat-solatnya secara qasar tanpa mengira bilangan hari dia berada dalam perjalanan atau duduk di destinasinya. Hadith ketiga ialah musafir kerana ibadah haji, hadith keempat ialah musafir kerana perang. Dua suasana berlainan ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara qasar kerana perang atau selain dari perang.

    [5] - Umar al-Khattab radiallahu-anhu menerangkan: Solat musafir itu dua raka'at (kecuali Maghrib), solat Juma'at itu dua raka'at dan solat Id (solat Hari Raya) itu dua raka'at. Ini semua adalah solat sempurna dan bukan qasar, demikian menurut lisan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.[5]

    Hadith ini menerangkan bahawa solat-solat yang didirikan secara qasar adalah dikira dan dipandang sebagai solat yang sempurna di sisi Islam sebagaimana juga solat Juma'at, solat Aidil Fitri dan Aidil Adha. Dinyatakan ia sebagai solat sempurna (taman) dan bukan qasar kerana perkataan qasar menurut kaedah bahasa adalah kurang atau ringkas. Oleh itu mendirikan solat secara qasar ketika musafir adalah tetap dipandang sempurna dan ia bukanlah sesuatu yang mengurangi pahala atau kebaikan.

    [6] - Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma menerangkan: Aku pernah solat bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam musafir dan beliau bersolat 2 raka'at (qasar kecuali Maghrib), dan aku pernah bersama Abu Bakar radiallahu-anhu dan beliau bersolat 2 raka'at (qasar kecuali Maghrib) dan aku pernah bersama Umar al-Khattab radiallahu-anhu dan beliau bersolat 2 raka'at (qasar kecuali Maghrib).
    [6]

    Hadith ini menerangkan bahawa solat Zohor, Asar dan Isyak secara qasar adalah sunnah yang dipraktikkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan khalifah-khalifah beliau seperti Abu Bakar dan Umar radiallahu-anhuma. Dalam riwayat lain Uthman ibnu Affan juga turut mengqasarkan solat-solatnya apabila musafir kecuali beberapa tahun di akhir hayatnya apabila dia telah berkahwin dengan seseorang di Mina lalu menetap di sana dan tidak lagi mengqasarkan solat.

    ReplyDelete
  12. haha anon kuat melatah gak gahaha2

    ReplyDelete
  13. setelah di kira2 sendiri ikot pengetahuan nipis yg ada ni pun mmg jd 11 rakaat..

    Subuh 2
    Zohor + Asar = 4
    Maghrib + Isya' = 5

    Total rakaat = 11.

    Bila ada yg kata 13, aku jd heran, kau combine solat Subuh & Zohor & Asar kah?? Atau Asar + Maghrib + Isya' ??

    by the way, mmg mengarut nak kaitkan angka 17 dgn Suruhan Allah..

    ReplyDelete
  14. Kalau bodoh...jangn komen dulu...biar cerdik dulu...
    Selenger betoll...pastu x bg nama lak tu...
    Kalau bodoh, simpan sorang2, jngn menunjuk2...

    ReplyDelete
  15. Saya tak pandai sangat hal agama tapi saya tak setuju dengan kaitan nombor dan tragedi. Just fikir kalau terer sangat nak tafsir nombor sila la tafsir next tragedi pulak.

    Bagi saya semua yang berlaku adalah kehendak Allah dan ya, banyakkanlah berdoa agar Allah ampunkan dosa kita. Ini adalah Basic Agama iaitu Rukun Iman. Percaya kepada Qada' dan Qadar. Itu saja.

    ReplyDelete
  16. Tp kenapa apabila Israel serang palestin umat Islam seluruh dunia buat derk je..kenapa x serang balik Israel..jemaah tabligh berhimpun ramai2 kat nizammuddin kenapa x angkat senjata..Cuba bro hamka buat satu post berkenaan isu INI.

    ReplyDelete
  17. kalau soalan susah, dia malas nak jawab ...biar aku bakar dia...

    Soalan yang bagus!

    ReplyDelete
  18. Solat jemaah pun malas ada hati nak serang israel dan nak bincang

    ReplyDelete
  19. bab kenapa tak 'bantu' perang israel tu aku dah jawab dalam tahun 2006 dan 2007, nak kena search balik entry lama,

    adohai..

    ReplyDelete
  20. @Tornado Assassin,

    Sbb nk bjihad prlu ada kekuatan rohani..Senjata canggih dn tntera ramai tiada kuasa menentukn kmenangan Islam..iman dn amal yg kuat br boleh tarik bantuan ghaib ALLAH swt.

    Zaman khalifah dulu dorg susun barisan ikut amal:

    1st/Frontline - Mereka yg tahajud dgn byk last night
    2nd line - Yg x tinggal tahajud
    3rd and so on - based on amal..

    Umat islam skg? Solat fardu pn lompong..sibuk sebut jihad

    Cenggana nk angkt snjata bagi nyawa? bagi masa tinggal anak bini 3hari pn xmo... Sbb masing2 masih lemah iman!!

    ReplyDelete
  21. https://www.facebook.com/notes/mohd-hanis/fakta-yang-orang-islam-tak-mahu-tahu-tentang-palestinatau-benar-benar-tak-tahu-a/10151162670858499

    ReplyDelete
  22. Sedih dan Pilu.

    Baru beberapa bulan dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah ulamak yang di segani, maulana Zubir. kini dikejutkan pula dengan kembalinya ke sisi Allah Kiyai Khuzairon yang penuh dengan karamah.

    Allah saja yang dapat membalas jasa wali-wali ini. Sungguh doa-doa mereka begitu menyentuh hati dan teramat mendalam.

    ReplyDelete
  23. Bakal Mayat Seri Kembangan9:20 AM, July 24, 2014

    Ye.. Aku setuju dengan robot polis. Tentera banyak dan senapang canggih bukan penentu kemenangan. Yang kita nak adalah kekuatan rohani macam para sahabat2. (Rujuk perang Badar)

    ReplyDelete
  24. Assamu'alaikum,
    Semua orang dok mengira la pulak.
    Tapi brader, jawapan lu simple dan padu.
    Alhamdulillah.
    Selamat Hari Raya.
    Sekian.
    Wallau'allam

    ReplyDelete
  25. brazil kalah dengan germany pun 1-7..

    ReplyDelete
  26. bab pelestin tu korang boleh rujuk ayat 4 hingga 8 surah bani israel.

    rujuk pada ustaz untuk tafsirananya.

    :)

    ReplyDelete
  27. kata geng solat jemaah, bila sebut pasal jihad, semua mula keluar fatwa yang mendamaikan gitu...

    kalau gitu apa beza geng solat jemaah ngan yang tidak?

    mana tahap iman kamu?

    tak der senapang pakai la keris ke busur ker apa ker

    tak der passport pergi lah berenang menyeberangi lautan

    jemaah tabligh ada berapa juta ahli... tak boleh pergi jihad ker?

    maafkan aku..aku cuma mahu jawapan
    aku sayang kamu semua muahhhh!

    ReplyDelete
  28. Ler..kn dh bgtau td.Ikot masing2 punye iman la.

    Ade org solat jemaah tp xde kekuatan g jihad..
    Ade org solat tp xde kekuatan bjemaah kt masjid..
    Ade org puasa tp still xde kekuatan nk jaga solat 5 waktu..
    Ade org byr zakat fitrah tp xde kekuatan byr zakat pndapatan.

    That's why everyone should improve their iman. So we have the strength to join jihad..

    Yg sibok beno tunding2 jari pehal..

    ReplyDelete
  29. knp lak nk kaitkan mh17 ngan ayat alquran lak ni... mh17 ni bkn kpl trbg yg ptama jatuh kna tembak bro.. dh byk dh bro oi... cer bg ayat apa plak yg berkaitan dgn kapal2 trbg yg lain tu.. klau xboleh nmpk sgt la ko ni penipu thp dewa perang (dlm komik tony wong)
    phuuiiii....

    ReplyDelete
  30. Aku rasa Rata-rata umat Islam zaman sekarang takut mati dan cinta dunia.
    Alasan je lebih. Takut cakap takut.
    P/S : he he..pesanan utk diri sendiri. Aku pon org Islam gak.

    ReplyDelete
  31. Orang yg dok pertikai org lain yg x pergi berjihad. Sila pergi dulu ok , baru persoalkn orang lain. - Nur

    ReplyDelete
  32. Ark aku yg hina dina cuma menyatakan kebenaran hakikat realiti umat Islam masa kini buat renungan kita bersama khususnya aku sendiri yg lemah. Aku malu pada Allah SWT dan aku malu pada Muhammad pesuruh Allah. Ampuni kami Ya Allah.

    ReplyDelete
  33. macam satu game bola...

    ada pemain bola yang main teruk... satu penyokong sudah sound
    "apa dah macam tu pon tak boleh score!"

    lepas tu pemain bola tu sound balik.. "kalau teror ko score la!"

    tu maksudnya kalau takat main bola macm Malaysia ni, baik pemain ker penyokong ker jangan lah eksen sangat..

    takat buih lautan jer...ngaku jer lo

    ReplyDelete
  34. Asaalam

    2 rakaat solat hajat in sha allah,
    Selesai semua masaalah...

    Yang Takut jadi berani...
    Yang Berani jadi berhati-hati...

    Apa hajat tuan?
    Tak ada yang terkecuali dari rahmat Allah....

    Jangan lupa doa kat aku

    Crying Fella

    ReplyDelete
  35. Assalam,

    (1) ucapan Subhanallah! (sekarang)
    Dunia tak mampu tampung ganjarannya...
    Kekal selama-lamanya...

    Kita ummat Muhammad saw...
    Tak masuk syurga ummat-ummt lain sehingga selesai semua ummat Muhammad saw masuk....

    Ummat terbaik
    Nabi terbaik
    Dan...kita berada di blog yang terbaik! Woha!!!

    Nabi saw lebih kurang bersabda beruntunglah berkali-kali...
    ummat yang tak melihat aku tetapi beriman denganku...

    It's me and all of us...
    Let's be one aiee?

    CF

    ReplyDelete
  36. @Tornado Assassin,

    Nicely said, and u already have the answer. Takut mati ngn lemah iman, lebih kurang kait2 ler tu =P

    @Anon,

    x brape nk sama sgt coz bola is for ppl who have skill.. Tp jihad is for evryone.. Dan tahap iman mereka/takut mati/cinta dunia mereka sendiri yg akn menentukn mereka ready atau x.

    Mcm aku, aku still level takot mati..

    Cuba ckp spe yg eksyen beno smpai ko x puas ati ni.. So far aku bc ayt ko yg mcm eksyen, sebok tye org lain punya effort.. kan??

    ReplyDelete
  37. em..zaman fitnah dihujung jari.nampak benda pelik saja nak terus share.bukan nak selidik.

    ReplyDelete
  38. Boring dan tidak menjana minda blog ni skang. Tapi xpe sebab hamka cakap ini nota untuk diri sendiri tapi letak dalam blog di internet(kalu nota untuk diri sendiri mesti dlm diari je kan). Fatwa kaum beruk.

    ReplyDelete
  39. Oii anoni kalu boring x payah baca. Org komen ko pon sibuk nk komen. Pastu ckp boring...apadah..pooraah..bilang org Sabah..batcatt..birak. Hehe

    ReplyDelete
  40. dulu, hamka selalu cerita pasal politik, sekarang dah tak de, boring

    ReplyDelete
  41. mcm2 teori mengarut yang diorang buat.....Dulu pasal Tsunami skrg psal Kapal terbang plak....Aku setuju dgn kau Bro Allah srh kita tgk dgn 'Kapal terbang' bukan pada no....

    ReplyDelete
  42. Klo mmg bkn kita org2 yg angkat senjata lawan tentera zionis laknat tu... kita ley usaha dgn doa.. doa adalah senjata umat islam.... Tepuk dada tanye diri masing2.. berapa bnyk doa dah buat tuk mereka2 disane tiap hari?

    ReplyDelete