(Sila take note, ini agak deep)
Oskar Schindler |
Amon Goeth |
Ketika Amon Goeth , salah sorang ketua Askar jerman yang
suka membunuh yahudi secara besar besaran pada perang dunia ke 2 ditanya oleh
seorang bisnesman, kenapa kamu suka bunuh orang yahudi tanpa bicara?
Jawab Amon Goeth: “itulah hakikat kuasa. Mampu membunuh
orang yang bersalah.”
Lalu jawab Schindler si bisnesman tadi:
“Hakikat kuasa adalah bila kita berpeluang membunuh, tapi
kita maafkan, itulah yang aku belajar dari Raja Rom Qaisar, yang mana pernah
ada seorang lelaki ditangkap mencuri, lalu di bawa kehadapan Qaisar, lelaki ini
tahu bahawa hukuman mencuri dizaman itu adalah hukuman mati, lantas lelaki ini meniarap
atas tanah di hadapan Raja Qaisar sambil memohon keampunan, agar nyawanya
dipanjangkan, lalu Raja Qaisar,.. mengampuninya, Itulah hakikat kuasa yang
sebenar Amon, itulah hakikat kuasa...”
Tersinggung dengan teguran bisnesman tadi, jawab Amon Goeth
dengan insaf:
“aku ampuni kamu”
Woha!
Nota kaki:
Allah telah
perintahkan manusia agar menahan marah ketika mampu membalas, malahan Allah
telah lama manahan murkaNYa ketika melihat manusia membuat dosa, padahal Allah
Maka berkuasa menghukum manusia yang bersalah pada bila bila masa, namun Allah memberitahu
secara berulang ulang dalam Al Quran bahawa Dia Maha pengampun, Malahan Rahmat
Allah lebih besar dari semua dosa manusia, andai kita tahu bersujud dan merayu
dalam taubat sebelum menjadi mayat.
Sesungguhnya Allah sangat mengerti Hakikat Kuasa kerana Dia
Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Rujukan firman Allah:
“Katakanlah (wahai
Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)
“Dan juga orang-orang
yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri,
mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan
sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,...)
(QS. Ali 'Imran: 135)
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya
sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah,
nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 110)
“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu
melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami
akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)”
(QS. An-Nisa': 31)
“Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah
juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani”
(QS. An-Nisa': 64)
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada
orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap
teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”
(QS. Thaha: 82)
“Demi sesungguhnya
telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu
dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon
keampunannya? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Al-Ma'idah: 73-74)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak
Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku
akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian
kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai
anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi
bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan
yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi
bumi seluruhnya."
Hadis lain Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam
hari agar orang-orang yang melakukan dosa pada siang hari bertaubat dan Dia
membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang melakukan kesalahan di
malam hari bertaubat, hingga nanti ketika matahari terbit dari arah
barat."
Dalam sebuah hadis qudsi disebutkan:
"Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya kalian melakukan
dosa di malam hari, sedangkan Aku mengampuni semua dosa. Maka, mintalah kalian
semua ampunan kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kalian."
Ps: Sila Take note, pesan pada diri sendiri.
Memaafkan. Syukran !
ReplyDeletebetapa sayangnya Allah pada seluruh hambaNya...
ReplyDeletedah la taraf hamba... lepas tu buat dosa Allah tangguhkan pula hukuman...
Allah menanti tanpa jemu taubat dari hambaNya yang hina dina ni..
Allahurabbi... :'(
Jomlah taubat sama2... ya insan... :(
Salam Ramadhan Kareem
life like this
ReplyDeleteterima kasih kepada yang sudi maafkan aku.
ReplyDelete:)
Makin ciput yg komen kat sini.
ReplyDelete"Maafkan saya" (dlm nada kartun Detektif Conan)
akuuuu... maafkan kamuuuu... tak perlu kita bertemu... cukup kau tahu
ReplyDeletesejak zaman keretamayat ada FB, memang makin ciput komen, no problem, tulis untuk diri sendiri.
ReplyDeleteterima kasih kepada yang masih sudi mengomen dari jauh.
Adohai
Walaupun ada FB aku lebih suka baca kat blog...
ReplyDeleteRasa lebih dekat dengan penulis agaknya.
Memaafkan. Tapi apabila dilakukan berulang-kali. Masihkah lagi mampu dimaafkan. Apa yang dunia perlukan sekarang ini adalah global uprising of Muslims around the world. Muslim seluruh dunia bersatu hati, mengutuk dan mengecam perbuatan Israel laknatullah. Suara kita tidak kedengaran. Peranan OIC tidak lain hanya sekadar sembang kedai kopi. Banyak isu/ permasalahan komuniti Islam global yang dipandang lekeh.
ReplyDeletejangan takut entry terbaru pasti ramai komen
ReplyDeletekapal terbang malaysia kena tembak..
musuh KM muncul kembali
'konspirasi teori'
jeng jeng jeng...
"global uprising of Muslims around the world. Muslim seluruh dunia bersatu hati" - agree on this part!!
ReplyDeleteTp bkn mengutuk dn mengecam la. Uprise dn bsatu hati wat dakwah, solat subuh bjemaah mcm solat jumaat..br la israel gentar!!
sebut pasal kemaafan.. Nabi pn pilih utk maafkan Hindun ms peristiwa die robek mayat dn mkn hati(jantung?) saidina Hamzah di medan perang.. Smpai akhirnya ALLAH pilih beliau utk dpt hidayah dn mjadi sahabiah..
Kita semua ni ddk jauh, x penah pn nk try dakwah zionis..doakan pn xde.. sbb tu ske amik jln kutukan dn melaknat - the easy path!!
dakwah zionis?
ReplyDeleteselamat mencuba...
'jangan lupa baca qunut nazilah'
Benar
ReplyDeleteAssalam
ReplyDelete((Nabi pn pilih utk maafkan Hindun ms peristiwa die robek mayat dn mkn hati(jantung?) saidina Hamzah di medan perang.. Smpai akhirnya ALLAH pilih beliau utk dpt hidayah dn mjadi sahabiah..))
Sayangku robot polis.
Once, aku juga ingat begitulah kisah Saidatina Hindun raha.
Sehinggalah aku dengar Mukadimmah Bukhari yang boleh didownload di Go Tabligh. com
Hadith tentang kisah Hindun raha. ini ditulis oleh puak Syiah untuk memburukkan Saidina Muawiyah, anak kepada Hindun raha.
Dalam Bukhari tiada tentang perkara Hindun raha. buat begitu pada Saidina Hamzah.
Aku sayang kamu dan ummat
CF
As usual bro. 2 thumbs up!
Hamzah bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)
ReplyDeleteNama sebenarnya Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang paman Nabi dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Ia Ikut Hijrah bersama Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah menjulukinya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”.
Ibnu Atsir berkata dalam kitab ‘Usud al Ghabah”, Dalam perang Uhud, Hamzah berhasil membunuh 31 orang kafir Quraisy, sampai pada suatu saat beliau tergelincir sehingga ia terjatuh kebelakang dan tersingkaplah baju besinya, dan pada saat itu ia langsung ditombak dan dirobek perutnya . lalu hatinya dikeluarkan oleh Hindun kemudian dikunyahnya hati Hamzah tetapi tidak tertelan dan segera dimuntahkannya.
Ketika Rasulullah melihat keadaan tubuh pamannya Hamzah bin Abdul Muthalib, Beliau sangat marah dan Allah menurunkan firmannya ,” Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (Qs; an Nahl 126)
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq didalam kitab,” Sirah Ibnu Ishaq” dari Abdurahman bin Auf bahwa Ummayyah bin Khalaf berkata kepadanya “ Siapakah salah seorang pasukan kalian yang dadanya dihias dengan bulu bulu itu?”, aku menjawab “Dia adalah Hamzah bin Abdul Muthalib”. Lalu Umayyah dberkata Dialah yang membuat kekalahan kepada kami”.
Abdurahman bin Auf menyebutkan bahwa ketika perang Badar, Hamzah berperang disamping Rasulullah dengan memegang 2 bilah pedang.
Diriwayatkan dari Jabir bahwa ketika Rasulullah shallallahu alaihi wassalam melihat Hamzah terbunuh, maka beliau menagis.
Ia wafat pada tahun 3 H, dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam dengan “Sayidus Syuhada”.
Disalin dari riwayat Hamzah bin Abul Muthalib dalam Usud al Ghabah Ibn Atsir, Sirah Ibn Ishaq.
Assalam
ReplyDelete((Disalin dari riwayat Hamzah bin Abul Muthalib dalam Usud al Ghabah Ibn Atsir, Sirah Ibn Ishaq)).
Oleh : Mohammad Taha Sya’ban
Terjemahan & olahan : Abu Nadrah
Soalan:
Apakah kisah tentang Hindun bt Utbah memakan hati Saidina Hamzah itu sahih?
Jawapannya:
Segala puji bagi Allah, mari kita kaji riwayat-riwayat mengenai kisah tersebut;
Pertama:
Seperti yang sering diketahui bahawa Hamzah bin Abdul Muttalib adalah penghulu orang yang mati syahid kerana antara yang terawal yang terbunuh didalam peperangan Uhud. Lebih-lebih lagi orang-orang musyrikin sangat berdendam kepadanya (dalam peristiwa Peperangan Badar).
Diriwayatkan oleh Imam alBayhaqi (6799), dan atTabarani dalam kitabnya “alMu’jam alKabir” (167) Ka’b ibn Malik berkata : ” Rasulullah SAW berkata dalam peperangan Uhud “Siapa yang melihat Hamzah terbunuh?” Maka seorang lelaki yang tidak bersenjata menjawab: “Saya menyaksikan kematiannya, maka Baginda berkata : “Pergilah mengambilnya untuk kami lihat”. Maka lelaki tadi pun keluar untuk mengambil (mayat Hamzah) sehinggalah berdiri dihadapan mayat Hamza ,maka Baginda melihat perutnya telah dikelar. Maka lelaki tadi berkata: Wahai Rasulullah, dia telah diperlakukan sesuka hati mereka. Maka Rasulullah saw sangat membenci untuk melihat keadaannya (mayat Hamzah diperlakukan demikian), lalu Baginda pun berdiri dihadapan sahabat yang mati syahid: “Aku menjadi saksi kepada mereka semua, tanamkan bersama darah mereka, mereka bukannya luka dan dilukai, tetapi luka itu datang hari kiamat berdarah, warnanya adalah warna darah, dan baunya seharum bauan kasturi”
Komentar :
Imam Haithami berkata dalam kitab alMajma’ (6/ 119): “Kisah ini didapati dari Imam AtTabarani , dan perawinya adalah perawi yang sahih”
Kedua:
Apa yang disebutkan didalam kitab-kitab sejarah bahawa Hindun bt Utbah RA telah memakan hati Hamzah setelah Hamzah gugur syahid adalah tidak sahih.
Cuba kita semak riwayat kisah tersebut;
1. Imam Ahmad (4414): Daripada Affan, daripada Hammad, daripada ‘ Ata ibn Saib, daripada asSya’bi, daripada Ibn Mas’ud lalu menyebut hadith peristiwa Uhud. Terdapat ayat “..perut Hamza dikelar, kemudian Hindun mengambil hatinya dan tidak mampu ia memakannya, maka Rasulullah bersabda “Adakah kamu memakannya? Maka dijawab: Tidak! : Lalu Baginda bersabda : Allah tidak akan memasukkan sedikit pun cebisan dari (anggota) Hamzah ke dalam neraka”.
Komentar :
1. Isnadnya dhoif kerana ‘Ata bin Saib adalah bercelaru. Ibn Hajar mengatakan didalam kitab atTaqrib ( ms 391) : “Dia boleh dipercayai tetapi akhirnya (hafazannya) bercelaru “. Rujuk didalam atTaqrib (7/207).
2. asSya’bi tidak pernah mendengar daripada Ibn Mas’ood RA sepertimana kata Abu Hatim dan Imam adDaaraqutni. Rujuk kitab atTahzib (5 /68).
3. Isnadnya dhaif dan terputus. Dan dalam teks tertulis “adakah kamu memakannya sedikit? Maka dia menjawab : Tidak. Lalu disebutkan bahawa mayat Hamzah tidak sedikit pun akan masuk ke dalam neraka.
4. Hindun telah memeluk Islam dan seorang yang baik agamanya. Beliau juga telah mengikat janji setia kepada Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al -Bukhari (3825) dan Muslim (1714) daripada Aisyah RA, dia berkata: “Hindun bt Utbah datang dan berkata : Ya Rasulullah, tidak ada pun yang ada didunia berkhemah yang lebih aku cintai melainkan ahli khemahmu”.
Ketiga:
ReplyDeleteIbn Ishak berkata : “Telah berdiri Hindun bt Uqbah seperti mana diriwayatkan oleh Soleh bin Kisan dan wanita yang bersamanya tentang kematian sahabat Rasulullah saw oleh Hindun lalu dicucuk telinga dan dikerat-kerat hidung untuk dijadikan gelang dan anting-anting, lalu diberikan kepada hamba beliau yang bernama Wahsy iaitu ghulam kepada Jubair bin Mut’im, dan dijamukan dengan hati Saidina Hamzah tetapi tidak ia mampu makan lalu dimuntahkan”. Sumber ini dari kitab Sirah Ibn Ishaq (ms 333).
Komentar:
Isnadnya mursal dan tidak sahih. Soleh bin Kisan adalah dari kalangan tabiien yang muda ketika itu dan kebanyakannya riwayatnya dari tabi’ien. Sila rujuk kitab atTahzib (4 / 399-400).
Keempat:
AlWaaqidi menukilkan didalam kitabnya alMaghazi (1/286) daripada Wahsyi bin Harb bahawa dia berkata sesusah syahidnya Hamzah : “…Lalu dikelar perutnya dan dikeluarkan hatinya. Lalu ia membawa kepada Hindun bt Uqbah, lalu ku katakan : “Apa yang perlu dilakukan yang telah membunuh ayahku? Salibkan ia. Lalu dikukatakan : Ini hati Hamzah.
Dan aku tidak tahu samada dia memakannya atau tidak. Kemudian, ditanggalkan pakaiannya, kemudian berkata : “Jika kamu datang membawanya ke Mekah, kami akan berikan 10 dinar, kemudian ia berkata : “Lihatkan aku tempatnya (mayat Hamzah), lalu dicucuk-cucuk hidung dan telinganya dipotong. Kemudian, sehinggalah sampai ke Mekah, dan dibawa hati itu bersamanya”.
Komentar:
Ini kisah batil dan mungkar, Waaqidi tidak terlibat langsung dalam kisah ini tetapi beliau mendustakan dengan meletak nama Imam asShafii, dan Ahmad, anNasaie dan lain-lain, dan berkata Ishak Ben Raahawayh: Bagi saya, alWaqidi antara yang terlibat memalsukan hadith (9/ 326).
Kelima:
Imam alBayhaqi meriwayatkan kisah ini didalam kitabnya “Dalail anNubuwwah” (3 /282) dari Muhammad ibn Amr ibn Khalid berkata: Bapa saya berkata kepada kami: Berkata Ibn Lahi’ah, daripada Abul Aswad, Dari Urwah ibn al- Zubayr dan disebutkan hadith mengenai peristiwa Uhud dan terdapat dalamnya ayat ” … mereka mendapati Hamzah bin Abdul Muttalib bapa saudara Rasulullah dikelar perutnya, diambil hatinya oleh Wahsy, dengan membunuhnya dan mengelar perutnya dan dibawa kepada Hindun bt Utbah yang mana pernah bernazar (kerana dendam) diatas kematian bapanya didalam peperangan Badar “
Komentar :
Isnadnya lemah dan mursal. Ibn Lahi’ah merupakan seorang yang celaru (hafazannya) dan Muhammad ibn Amr ibn Khalid yang disebut oleh Ibn Yunus dalam “tarikh”nya (1/ 459) bahawa dia tidak dijarah dan tidak pula dita’dilkan (tiada perbahasan dalam ilmu jarah wa ta’dil).
Keenam:
Ibn Kathir pernah menukilkan bahawa Musa bin Uqbah mengesahkan hati Hamzah diambil, lalu dibawa kepada Hindun ..” Kitab alBidayah wa anNihayah (5/ 419).
Komentar :
Ini adalah mursal. Musa bin Uqbah adalah tabiien yang masih muda ketika itu.
Kesimpulan:
Bahawa Saidina Hamzah luka diperutnya selepas didapati syahid adalah memang sahih. Manakala, hatinya yan dilaporkan dikeluarkan lalu dimakan oleh Hindun bt Utbah adalah tidak sahih. Wallahua’lam
I rest my case
CF
Assalam,
ReplyDeleteSikit lagi...
Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari buku ‘IBNU ISHAK – Peranannya dalam penyebaran fahaman Syi’ah di kalangan ummah’ karangan Maulana Muhammad Asri Yusoff.
Sebuah kisah yang boleh dikatakan tiada sebuah buku sirah pun yang ditulis kemudian tidak menyebutkannya ialah kisah Hindun memamah, mengunyah atau memakan hati Sayyidina Hamzah semasa atau selepas peperangan Uhud.
Kisah ini adalah ciptaan dan rekaan Ibnu Ishaq. Dialah orang yang mula-mula sekali di dalam dunia ini yang mengemukakan kisah tersebut. Kemudian At Thabari menyebarkannya tetapi melalui jalan riwayat Ibnu Ishaq. Ringkasnya Ibnu Ishaqlah merupakan satu-satunya paksi dalam meriwayatkan kisah ini.
Ibnu Ishaq berkata, “ mengikut cerita yang sampai kepada saya menerusi Saleh bin Kaisan, Hindun Binti Utbah dan perempuan-perempuan lain bersamanya melakukan ‘mutslah’ terhadap sahabat-sahabat Rasulullah saw yang terbunuh.
Mereka memotong telinga-telinga dan hidung-hidung (sahabat-sahabat yang terbunuh itu ) sehingga Hindun menyucuk telinga-telinga dan hidung-hidung orang-orang yang terbunuh itu untuk dijadikan sebagai gelang kaki dan kalung-kalung. Dia memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya(anting-anting) kepada Wahsyi, hamba Jubair Bin Muth’im. Dia membelah perut Hamzah dan mengambil hatinya lalu dikunyahnya tetapi tidak dapat ditelannya kerana itu dia memuntahkannya keluar”. ( Lihat Sirah Ibnu Ishak m.s. 385, Sirah Ibn Hisyam jilid 3 m.s. 36).
Ibnu Jarir at-Thabari pula meriwayatkan dari Muhammad Bin Humaid, dia mengambil cerita ini dari Salamah Al Abrasy. Salamah pula mengambil dari Ibnu Ishaq. Ibnu Ishaq mengatakan, “Saleh Bin Kaisan menceritakan kepadanya”. (Lihat Tarikh al-Umam Wa al-Muluk-at-Thabari jilid 2 m.s. 204).
Salah seorang yang tersebut dalam isnad ini ialah Muhammad Bin Humaid ar Razi. Beliau ialah penduduk Ray. Dia selalu menukilkan riwayat dari Ya’kub al-Qummi ( seorang penulis kitab-kitab Syiah dan selainnya ).
Ya’kub bin Syaibah berkata, “Dia selalu mengemukakan riwayat-riwayat yang sangat mungkar”. Imam Bukhari berkata, “Kedudukannya dipertikaikan.”. Abu Zura’ah ar-Razi seorang alim senegeri dengannya berkata, “ Dia seorang pendusta besar.” Fadlak ar-Razi juga seorang alim senegeri dengannya berkata, “Saya mempunyai 50,000 riwayat Muhammad bin Hummaid ar-Razi tetapi satupun darinya tidak saya kemukakan kepada orang ramai.”
Pernah Ibnu Kharasy mengemukakan riwayat Muhammad bin Humaid lantas dia berkata, “Demi Allah! Dia berbohong.” Ulama’ hadis yang lain berkata bahawa dia selalu mengambil hadis-hadis orang-orang tertentu kemudian menisbahkannya kepada orang lain. Imam Nasa’i berkata, “Dia seorang yang lemah.” Saleh Jazarah berkata, “Tidak pernah saya lihat dalam hidup saya seorang yang lebih mahir berbohong dari dua orang iaitu pertama, Muhammad bin Humaid (ahli sejarah) dan kedua, Sulaiman as-Syazkumi.”
Imam Fadhlak ar-Razi pernah menceritakan bahawa, “Saya pernah pergi kepada Muhammad bin Humaid. Ketika itu dia sedang mereka sanad-sanad cerita-cerita palsu.” Imam Zahabi berkata, “Muridnya Muarrikh (sejarawan) at-Thabari telah menulis dengan penuh yakin bahawa Muhammad bin Humaid tidak ingat al-Quran.”. Di akhir hayatnya hanya dua orang yang menerima riwayat-riwayat darinya iaitu:
1) Abul Qasim Baghawi
2) Muhammad bin Jarir at-Thabari
Ibnu Humaid meninggal dunia pada tahun 248 H – (Lihat Mizanu al-I’tidal jilid 3 halaman 530, Tahzibu al-Kamal jilid 6 m.s. 286-287).
Seorang lagi yang ada dalam isnad Ibnu Ishak ini ialah Salamah al-Abrasy yang nama penuhnya Salamah bin Fadhl. Dia terkenal dengan gelaran al-Abrasy. Pernah menjadi qadhi di Ray kerana itulah dia dinisbahkan dengan ar-Razi. Kuniahnya ialah Abu Abdillah. Dia terkenal sebagai sejarawan di zamannya selain dianggap sebagai salah seorang perawi penting Maghazi Ibnu Ishaq. Pandangan ulama’ hadis dan rijal terhadapnya dapat dilihat melalui nukilan Imam Zahabi. Beliau menulis, “………Ishaq bin Rahawaih berkata, “Dia seorang dhaif”. Bukhari berkata, “Sesetengah hadisnya mungkar”. Imam Nasa’i berkata, “ Dia seorang dhaif”. Ali Ibnu Madini menceritakan, “Setelah kami pulang dari Ray, riwayat-riwayat yang pernah kami dengar dari Salamah kami buangkan dengan anggapan ia adalahn karut dan dusta”.
ReplyDeleteYahya bin Ma’in berkata, “Salamah al-Abrasy ar-Razi adalah seorang Syiah.” Abu Hatim ar-Razi berkata, “Dia tidak boleh dijadikan hujjah.” Abu Zur’ah ar-Razi berkata, “Penduduk Ray sama sekali tidak suka kepadanya, lantaran fahamannya yang salah. Sebagai seorang qadhi, beliau selalu berlaku zalim terhadap orang ramai meskipun dia bersembahyang dengan khusyuk’. Sebelum menjadi qadhi belaiu mengajar kanak-kanak dan beliau meningggal dunia pada tahun 191 H – ( Mizanu al-I’tidal jilid 2 m.s. 12, Tahzibubu al-Kamal jilid 3 m.s. 252-253)
Ibnu Ishaq mendakwa riwayat ini diambilnya dari Saleh Bin Kaisan. Siapakah Saleh Bin Kaisan itu? Beliau ialah seorang tabi’i kecil dan tsiqah (perawi yang boleh dipercayai) tetapi beliau adalah kelahiran selepas 70H dan meninggal dunia pada tahun 140H. Dia lebih tua sedikit dari Muhammad Bin Ishaq sedangkan peristiwa peperangan Uhud telah berlaku 70 tahun sebelum kelahirannya. Siapakah pula yang menceritakannya kepada Saleh? Tentu sekali beliau bukan merupakan penyaksi peristiwa itu dengan mata kepala sendiri. Sudah tentu sekurang-kurangnya seorang yang ‘ghaib’ dalam isnad ini menjadikannya riwayat munqati’. Sepertimana dimaklumi riwayat munqati’ tidak boleh diterima (sebagai hujah).
Sebenarnya Saleh Bin Kaisan tidak pun meriwayatkan kisah ini. Ibnu Ishaq sahaja yang mengaitkannya dengan Saleh. Selain dari Ibnu Ishaq tidak ada sesiapapun mengambil cerita ini baik dari Saleh Bin Kaisan atau orang lain sepanjang pengetahuan sejarah. Di antara sekian ramai anak murid Ibnu Ishaq pula, tidak ada yang meriwayatkan cerita ini darinya selain Salamah al-Abrasy. Kemudian tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Salamah al Abrasy selain Muhammad Bin Humaid ar Razi. Seterusnya tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dari Muhammad bin Humaid ar Razi selain dari Ibnu Jarir at Thabari.
Thabari meninggal dunia pada tahun 310H. Ini bermakna dari tahun 70H hingga tahun 310H, disetiap peringkat hanya ada seorang sahaja yang meriwayatkan kisah ini, seolah-olah ia suatu perkara yang sulit dan perlu dirahsiakan hanya boleh diterima dari setiap generasi, seorang sahaja!
Sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku dan ia mempunyai saksi yang melihatnya dengan mata kepala, tentu sekali ia tersebar lebih awal dari itu dan sepatutnya perawi-perawi cerita ini semakin ramai dari satu generasi ke generasi selepas itu. Terbuktilah bahawa kisah inni tidak popular kecuali setelah masyarakat Islam menerima apa sahaja riwayat yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq dan at Thabari dengan membuta tuli. Kisah ini sebetulnya tidak diketahui oleh sesiapapun sebelum tahun 70H.
PENILAIAN LOGIK
ReplyDeleteDari segi Logiknya, bagaimana Ibnu Ishak hanya nampak Hindun sahaja melakukan perbuatan keji ini dan menuding jari kepadanya sedangkan ramai lagi perempuan-perempuan lain yang turut serta dalam peperangan Uhud selain Hindun seperti Ummu Hakim binti al Harits Bin Hisyam, Barzah (isteri kepada Safwan bin Umayyah), Barrah binti Mas’ud bin Amar bin Umair as Saqafiyyah (ibu kepada Abdullah Bin Safwan), Buraithah binti Munabbih bin al Hajjaj (isteri kepada Amar bin al’As dan ibu kepada Abdullah bin Amar bin al As). Sulafah binti Saad, Khunas binti Malik dan Amrah binti Al Qamah dan lain-lain lagi. Dalam kesibukan perang dan hingar bingar kedua-dua pasukan yang berperang itu, bagaimana kelihatan kepada Ibnu Ishaq Hindun sedang memakan hati Hamzah dan menjadikan telinga, hidung dan lain-lain anggota Hamzah sebagai gelang kakinya di samping menghadiahkan pula kalung dan subangnya kepada Wahsyi yang telah mensyahidkan Hamzah.
Untuk mengetahui semua tindakan Hindun dengan sah dan tepat, seolah-olahnya Ibnu Ishaq telah mengutus wartawan-wartawan dan juru-juru kamera yang tidak terbabit langsung dalam peperangan, tugas mereka hanyalah menyaksikan dan merakamkan apa yang berlaku dalam peperangan itu lalu melaporkannya kepada Ibnu Ishaq dan menyerahkan pula gambar-gambar sebagai bukti sokongan kepada apa-apa yang disampaikan oleh mereka itu. Untuk mendapat kepastian sedemikian rupa semestinya Ibnu Ishaq dibantu oleh orang-orang tadi. Ini kerana tidak pula orang-orang yang ikut serta secara langsung sama ada dari kalangan orang-orang Islam atau mereka yang ada di pihak orang-orang kafir tetapi kemudiannya memeluk Islam menceritakan sepertimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq.
Perempuan-perempuan yang dikatakan oleh Ibnu Ishaq telah bersama-sama dengan Hindun melakukan mutslah (memotong-motong anggota orang yang telah mati dengan maksud melepaskan geram dan dendam) juga tidak menceritakan seperti mana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq itu. Maka bagaimana kita akan menerima riwayat yang melaporkan kisah tersebut menerusi Saleh Bin Kaisan yang lahir setelah lebih 70 tahun berlakunya peristiwa ini dan mengenepikan pula saksi-saksi mata kepala yang turut serta dalam peperangan ini sama ada dari kalangan orang-orang Islam atau dari kalangan orang-orang kafir.
Wahsyi yang diketahui dan diterima oleh semua sebagai pembunuh Sayyidina Hamzah kemudiannya telah memeluk agama Islam. Jubair bin Muth’im tuan kepada Wahsyi kemudiannya juga memeluk agama Islam. Hindun binti Utbah, isteri Abu Suffian, ibu kepada Sayyidina Muawiyah yang dikatakan oleh Ibnu Ishaq telah memakan hati Hamzah, kemudiannya juga telah memeluk agama Islam. Semua mereka ini tidak ada pun menceritakan apa yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq pada hal merekalah orang-orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa ini dan paling patut dirujuk dan diselidiki penjelasan mereka.
SIKAP IMAM BUKHARI
ReplyDeleteImam Bukhari jauh berbeza dari Ibnu Ishaq kerana meriwayatkan kisah pembunuhan Sayyidina Hamzah, melalui pembunuhnya sendiri bukan melalui orang yang lahir 70 tahun selepas peristiwa itu berlaku. Menurut metod ilmu riwayat, riwayat yang dikemukakan oleh Imam Bukhari lebih wajar diterima kerana beliau mengambil dari orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Mari kita perhatikan riwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya berhubung peristiwa itu.
RIWAYAT IMAM BUKHARI
Imam Bukhari menukilkan dari Ja’far bin Amar bin Umaiyyah ad Dhamri dia berkata, “Saya telah berangkat untuk satu perjalanan dengan Ubaidullah bin Adiy bin al Khiyar. Bila kami sampai di Hims, Ubaidullah bin Adi bertanya kepada saya, “Mahukah engkau berjumpa dengan Wahsyi? Boleh kita tanya kepadanya tentang pembunuhan Sayyidina Hamzah”. Saya berkata, “Tentu sekali”.
Pada hari-hari itu Wahsyi menetap di Hims. Kami bertanya seseorang, “Di mana rumah Wahsyi?”. Orang itu menceritakan, “Itu dia Wahsyi sedang duduk di bawah naungan (bayang) rumahnya. Bila kami ternampak dia dalam rupanya yang gemuk dan tidak berambut itu tak ubah seperti sebuah gereba. Kami berdiri sejenak setelah sampai di hadapannya lalu kami memberi salam kepadanya. Beliau menjawab salam kami. Perawi berkata, “Ketika itu Ubaidullah bin Adi bin al Khiyar menutup muka dan kepalanya dengan serban. Wahsyi tidak nampak apa-apa darinya melainkan dua mata dan kakinya sahaja.
Ubaidullah pun bertanya Wahsyi, “Kamu kenalkah siapa saya?”. Wahsyi mengangkat pandangannya ke arah Ubaiullah, kemudian dia berkata, “Demi Allah, Tidak! Ya, Cuma saya tahu bahawa Adi bin Al Khiyar telah berkahwin dengan seorang perempuan dipanggil Ummul Qital binti Abi al-‘Is. Dengannya Adi bin Al Khiyar telah mendapat seorang anak lelaki. Sayalah yang telah mencari seorang pengasuh untuk anaknya itu dan saya dengan ibunya membawakan anak itu untuk diserahkan kepada pengasuh tersebut. Sekarang saya sedang memerhatikan kaki awak. Saya rasa engkaulah anak itu”. Ubaidullah pun mengalihkan kain dari mukanya. Dia bertanya Wahsyi, “Bolehkah kamu ceritakan kepada kami tentang pembunuhan Hamzah?”. Wahsyi menjawab, “Ya, tentu boleh. Ceritanya begini : Hamzah telah membunuh Thu’aimah bin Adi bin Al Khiyar dalam peperangan Badar. Tuan saya Jubair Bin Mut’im berkata kepada saya, “Kalau engkau dapat membunuh Hamzah, engkau merdeka”.
Bila saya keluar untuk berperang pada tahun ‘Ainain’ (Ainain ialah salah satu bukit di Uhud, di hadapannya terletak Wadi Uhud), saya juga keluar bersama orang lain untuk berperang. Bila masing-masing pasukan telah membetulkan saf, maka Siba’ bin Abdul Uzza pun tampil kehadapan seraya berkata, “Adakah sesiapa yang akan berlawan?”. Wahsyi menceritakan, “Dari kalangan pihak lawan, Hamzah bin Abdul Muthalib tampil kehadapan seraya berkata, “Oh Siba’!Oh anak Ummu Anmar! Mudim anak-anak perempuan, adakah engkau memerangi Allah dan Rasulnya?”. Kemudian dengan pantas Hamzah menyerang lalu dia (Siba’) menjadi seperti kelmarin yang telah berlalu (terus mati). Wahsyi berkata, “Saya ketika itu bersembunyi di sebalik satu batu besar sambil mengintai-intai Hamzah. Bila dia lalu dekat saya, terus saya membaling lembing saya ke arahnya. Lembing itu mengenai bahagian pusatnya lalu menembusi belakangnya. Itulah pertemuan saya yang terakhir dengannya. Bila semua orang pulang dari medan perang, saya juga pulang bersama mereka dan terus menetap di Mekah (selepas merdeka) sehingga Islam tersebar di sana, kemudian saya pun keluar ke ta’if”.
Bila orang Ta’if menghantarkan utusan-utusan kepada Rasulullah s.a.w. maka ada orang berkata kepada saya, “Nabi tidak mengganggu utusan,” kerana itu saya pun menyertai golongan utusan itu untuk mengadap Nabi s.a.w. Bila Nabi saw melihat saya, Baginda pun bertanya, “Adakah engkau Wahsyi?”. Saya menjawab, “Ya”. Baginda saw bertanya lagi, “Engkaukah yang telah membunuh Hamzah?”. Saya menjawab, “Berita yang sampai kepada tuan itu adalah benar”. Nabi saw pun bersabda, “Bolehkah engkau sembunyikan mukamu dari pandanganku?”. Wahsyi berkata, “Aku pun pergi dari situ”.
ReplyDeleteSelepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Musailamah al Kazzab memberontak. Saya berfikir dalam hati saya bahawa seharusnya saya keluar untuk menentang Musailamah. Boleh jadi saya akan dapat membunuhnya dengan itu terbalaslah (terbayarlah) pembunuhan Hamzah oleh saya. Setelah terfikir begitu saya pun keluar bersama orang ramai untuk berperang. Tiba-tiba (dalam peperangan) saya ternampak seorang sedang berdiri di celah tembok. Dia kelihatan seperti unta yang kehitaman warnanya. Rambutnya berselerak. Saya lepaskan lembing saya ke arahnya dan tepat mengenai dadanya sehingga menembusi belakangnya. Selepas itu tampil seorang Ansar Madinah lalu menetak kepalanya. Abdullah Bin al-FAdhl menceritakan bahawa Sulaiman bin Yasr menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Ibnu Umar berkata, “Seorang perempuan yang ketika itu berdiri di atas bumbung rumah lantas berteriak mengatakan, “Demi Amirul Mukminin (Musailamah al Kazzab)! Dia telah dibunuh oleh budak Habsyi.( Lihat Sahih Bukhari jilid 2 m.s. 583)
Demikianlah kedudukan sebenar kisah ini mengikut cerita dari mulut pembunuh Sayyidina Hamzah sendiri. Dari riwayat ini dapat disimpulkan beberapa perkara seperti berikut ;
1. Wahsyi adalah hamba kepada Jubair bin Muth’im. Jubair bin Muth’imlah yang mendorongnya membunuh Hamzah dengan janji akan memerdekakannya jika dia berjaya membunuh Hamzah. Di dalam riwayat ini tidak ada isyarat pun tentang campurtangan Hindun dalam pembunuhan Hamzah. Bukan Hindun yang mendorong Wahsyi supaya membunuh Hamzah, bukan juga Hindun yang dapat memerdekakan Wahsyi kerana Wahsyi bukan hambanya, malah dalam riwayat Ibnu Ishaq sendiri pun Wahsyi adalah hamba Jubair bin Muth’im.
2. Di dalam riwayat ini juga tidak tersebut Hindun memberikan gelang kaki, kalung dan subangnya kepada Wahsyi kerana kejayaannya membunuh Hamzah. Bahkan Wahsyi tidak mendapat apa-apa hadiah dari sesiapa pun selain dari hadiah kemerdekaan yang dijanjikan tuannya Jubair bin Muth’im. Sekiranya ada, maka tidak ada sebab kenapa Wahsyi menyembunyikannya.
3. Wahsyi ikut serta dalam peperangan Uhud dari awal hingga akhir di pihak orang-orang kafir Quraisy dan akhir sekali beliau pulang ke rumah bersama orang-orang lain. Di dalam riwayat Bukhari ini beliau tidak menyebutkan cerita perempuan-perempuan membuat kalung dari anggota orang-orang Islam yang syahid yang telah dipotong oleh mereka. Tidak ada juga beliau menyebutkan kisah sesiapa memakan hati sesiapa. Jika diandaikan beliau tidak melihat apa yang dilakukan oleh perempuan-perempuan Quraisy terhadap orang-orang Islam yang mati syahid dalam peperangan Uhud itu terutamanya Hindun sekalipun tetap berkemungkinan juga beliau mendengar cerita itu di Mekah setelah pulang tetapi tiadanya cerita Wahsyi ini daripada perbuatan-perbuatan perempuan tersebut menunjukkan bahawa semua itu tidak benar.
ReplyDelete4. Kerana Wahsyi telah membunuh Hamzah yang begitu disayangi oleh Rasulullah saw, Nabi saw meminta beliau supaya tidak bersemuka dengannya. Tetapi Jubair bin Muth’im, pada ketika pembukaan Mekah tidak pula diminta oleh Rasulullah saw supaya tidak bersemuka dengannya seperti Wahsyi. Apa yang dilakukan oleh Wahsyi, jika benar seperti yang didakwa oleh Ibnu Ishaq, bahawa Hindun telah membelah perut Hamzah dan mengunyah hatinya – maka kelakuan itu lebih dasyat daripada apa yang dilakukan oleh Wahsyi terhadap Hamzah, kerana sudah lumrah dalam peperangan seseorang membunuh pihak lawannya. Tetapi adalah sesuatu yang luar biasa seseorang membelah perut orang yang telah mati dalam peperangan lalu memotong hatinya untuk dikunyah atau dimakan. Sepatutnya Rasulullah saw juga tidak sanggup bersemuka dengan Hindun sama seperti Wahsyi tetapi sebaliknya apabila Nabi saw menakluk Mekah, di samping Baginda saw mengisytiharkan damai, Baginda saw juga telah mengisytiharkan nama-nama orang yang perlu dihukum bunuh.
Pada ketika itu Hindun tidak tersenarai dalam orang-orang yang perlu dihukum bunuh. Tidak juga Nabi saw menyatakan kebencian dan dendamnya kepada Hindun malah sebaliknya mengisytiharkan kepada umum bahawa sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abi Sufyan (juga merupakan rumah Hindun) untuk menyelamatkan dirinya, dia terselamat dan mendapat keamanan. Pengisytiharan seperti ini membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa Hindun atau Abu Sufyan tidak terlibat sama sekali dalam pembunuhan Sayidina Hamzah apa lagi untuk dikatakan beliau telah membelah perut Hamzah lalu memakan hatinya. Hindun seperti juga ramai orang-orang Quraisy yang lain telah memeluk agama Islam, selepas berbai’ah dengan Nabi saw dalam keadaan bersemuka dengan Nabi s.a.w., beliau secara terbuka menyatakan perasaannya setelah memeluk Islam terhadap Nabi saw. Kata beliau, “Wahai Rasulullah! Dulu tidak ada manusia yang berkhemah di atas muka bumi ini lebih dipandang hina olehku darimu tetapi hari ini tidak ada orang yang berkhemah di muka bumi ini lebih ku kasihi darimu.
Lihatlah bagaimana beliau menyatakan isihatinya terhadap Nabi saw dengan bersemuka dan lihatlah pula apa jawapan Nabi saw dan bagaimana Nabi saw menyambut kata-katanya itu. Dari kata-kata Nabi saw itu kiranya sirnalah segala tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadap Hindun, ibu mertua Nabi saw, ibu kepada Ummu Habibah dan juga ibu kepada Sayyidina Mu’awiyah. Baginda saw lantas bersabda, “Ya, demikian juga aku. Demi Tuhan yang nyawaku berada ditanganNya” ( Lihat Sahih Bukhari jilid 1 m.s. 539)
Ini bermakna Nabi saw juga kasih kepada Hindun seperti mana Hindun mengasihinya. Malah untuk menyatakan kasihnya yang sungguh-sungguh itu, Baginda saw bersumpah dengan Tuhan yang nyawanya berada ditanganNya.
5. Daripada dua riwayat berlainan kandungannya yang dikemukakan oleh dua orang tokoh, Ibnu Ishaq dan Imam Bukhari, tergambar dengan jelas aliran pemikirandan aqidah masing-masing. Yang pertama berfahaman Syi’ah yang sememangnya membenci para sahabat dan memusuhi mereka sementara yang kedua pula mengasihi sahabat seperti Rasulullah s.a.w. sendiri mengasihi mereka.
ReplyDelete6. Ibnu Ishaq mendakwa mendapat cerita yang dikemukakannya dari Saleh bin Kaisan yang lahir 70 tahun selepas peristiwa peperangan Uhud itu berlaku. Imam Bukhari pula menerima riwayat yang dikemukakannya dengan sanad yang bersambung-sambung dan tidak terputus. Perawi-perawinya terdiri dari orang-orang yang kuat dengan isnad yang kuat dan tidak terputus-putus. Imam Bukhari mengambil riwayat tentang pembunuhan Hamzah dari pembunuhnya sendiri iaitu Wahsyi. Siapakah yang lebih boleh dipercayai? Seorang yang mengambil riwayat dari orang yang lahir 70 tahun selepas kejadian atau orang yang meriwayatkan sesuatu peristiwa dari orang yang menyaksikan sendiri peristiwa itu malah terlibat secara langsung dalam peristiwa itu?
7. Ibnu Ishaq dan kuncu-kuncunya sebenarnya mahu menanam rasa benci di dalam hati ummah terhadap Sayyidina Muawiyyah yang telah memusnahkan pergerakan musuh Islam selama pemerintahannya 20 tahun sebagai Gabenor dan 20 tahun sebagai khalifah. Dia seolah-olahnya menghujah para pembaca riwayatnya dengan cerita yang dikemukakan itu, iaitu Sayyidina Muawiyah adalah seseorang yang jahat, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kejahatan dan kekejaman itu bukanlah suatu yang baru bahkan ia adalah suatu yang turun temurun diwarisinya dari ibunya yang telah sanggup membelah perut Hamzah dan mengunyah hatinya, juga diwarisi dari ayahnya yang merupakan kepala kafir Quraisy dalam peperangan Uhud itu. Inilah sebenarnya motif yang telah melahirkan cerita ini ke alam nyata.
8. Ibnu Ishaq sebetulnya mahu mencabar fikiran ummah dengan suatu alasan di sebalik cerita yang dipersembahkan itu. Bahawa jika Wahsyi yang telah melakukan suatu perkara yang lumrah berlaku dalam sesuatu peperangan pun diminta oleh Nabi saw supaya tidak menunjukkan mukanya kepada Baginda saw, bagaimanakah pula dengan orang yang telah membelah perut Sayyidina Hamzah lalu mengunyah hatinya? Adakah mungkin Rasulullah saw dapat menerima orang seperti itu? Kalau pun orang itu kemudiannya memeluk agama Islam dan berbai’ah dengan Nabi saw tetap juga ada kemungkinan bahawa Nabi saw menerima keislamannya secara taqiyyah!
Imam Bukhari mengemukakan hadis, “Hindun menyatakan isihatinya kepada Rasulullah s.a.w. secara terbuka dan bersemuka dengan Rasulullah s.a.w. seperti disebutkan tadi di bawah bab ‘kelebihan Hindun Binti Utbah’. Apa yang Imam Bukhari mahu abadikan melalui bab ini ialah Hindun bukan sahaja telah diterima keIslamannya, bahkan beliau mempunyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri. Apa yang dapat difahami secara mudah ialah sekurang-kurangnya beliau merupakan mertua kepada Nabi s.a.w. dan ibu kepada Amirul Mukminin Sayyidina Mu’awiyah bin Abu Sufyan itu sahaja pun bagi umat Islam bukan alang kepalang keistimewaannya
And Justice For All
CR
Assalamualaikum...
ReplyDeleteLama tak jenguk blog ni... Hamka, teruskan menulis.. Pemikiran kau lain dari yang lain. Dari blog kau jugak aku banyak sedar kesilapan aku.
salam CF, jika tuan baca hayatus sahabah susunan maulana yusof, dalam satu cerita akan ada banyak versi, ada yang berbeza sedikit, dan ada yang berbeza banyak, tapi maulana yusf tidak mengatakan hadis ini palsu atau daif, sebaliknya meletakkan semua hadis dari pelbagai sumber agar kita boleh membaca dan memahami kepelbagain versi, maka kerana itu di hujung cerita malauna yusof akan meletkan sumber, so dalam kisah kematian Hamzah, ada banyak versi, salah satu sumber adalah dari Imam Ahmad.Imam Ahmad bin Hanbal ini adalah
ReplyDeletemerupakan salah seorang dari empat imam yang muktabar didalam mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali dan Mazhab Syafi’e.
wallahu'lam.
Assalam,
ReplyDeleteHindun raha adalah mak mertua kepada Nabi saw, Ibu kepada Ummul Mukminin Habibah dan Ibu kepada Amirul Mukminin Saidina Muawiyah.
Berani kita tuduh mertua nabi saw dan ibu kepada isteri nabi serta ibu kepada amirul mukminin...makan hati bapa saudara nabi saw
Ampunkan aku dan ummat Ya Allah...
Aku sayang kamu semua kerana Allah.
CF
wah, ada pakar hadis cuba sahihkan dan palsukan hadis di sini.
ReplyDeleteaku search internet:
perkara ini pernah di tanya kepada dr Maza, beliau tak kata hadis palsu, cuma dipertikaikan oleh sebahagian ahli hadis, dan katanya ada tamsil, hindun memang cincang tubuh hamzah.
lagipun tafsir ayat an nahl suruh Nabi maafkan perbuatan orang kafir lapah mayat hamzah, ada asababun nuzul
copy psate:
Ketika Rasulullah melihat keadaan tubuh pamannya Hamzah bin Abdul Muthalib, Beliau sangat marah dan Allah menurunkan firmannya ,” Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (Qs; an Nahl 126)
so CF, kita ni hidup di zaman yang jauh dari peritiwa sebenar, sedangkan ulamak 4 mazhab dan pakar hadis zaman tu dah study.
so aku setuju ikut macam maulana yusof anak maulana ilyas, bila tulis hadis dalam hayatus sahabah, dimasukkan beberapa perbezaan serentak.
memang benar, bab sahih dan palsukan hadis memang umat boleh pecah belah, sebab tu maulana ilyas suruh ummat ni fokus hadis fadhail secara ijtimar, dan hadis masael secara infradi dengan talaqi
wallahu'lam
http://www.youtube.com/watch?v=HjA2WYgUMA4
bab berani tuduh mertua nabi tu bukan tuduh, ada tulis dalam sejarah.
ReplyDeletesama macam berani tuduh anak nabi nuh derhaka? atau berani tuduh bapak saudara nabi abu jahal baling najis pada nabi?
tuduh apanya, ada dalam sejarah, cuma bagi sumber jer.
So baik balik pada entry asal masud aku nak cerita kisah Allah Maha pengampun.
bab hadis tu sahih tak sahih, memang panjang ceritanya, tapi ketahuilah ummat akhir zaman ni ada dua 'kelebiha' iaitu pendek umur dan mudah mati.
Sibukan diri dengan dakwah sehingga tak ada masa nak buat makisat dan berdebat.
pesan pada diri sendiri.
Assalam
ReplyDeleteOK bro.
Love u, thanks for the advice
CF
terbaik daripada blog hamka..kupasan yg penuh ilmiah dan bermanafaat..sesuai utk semua golongan terutamanya golongan muda..aku terus myokong blog kereta mayat..aku harap hamka dapat menulis byk lagi buah fikir dan idea2 yg bernas utk umat islam terus maju kehadapan..insyallah
ReplyDelete