(Kisah ringkas Israk Mikraj untuk rujukan Mualaf yang baru masuk islam, semoga bermanfaat.)
Ketika Nabi sedih tengok bangsa dia buat dosa dan
kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan (masukkan segala
jenis jenayah yang terlitas di fikiran korang). Maka Nabi Muhammad SAW telah
menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.
Lalu datanglah malaikat jibrail a.s wakil kepada Tuhan
memberi jalan penyelesaian kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab.
Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya,
dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka
Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia
sorang demi sorang.
Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah (susah), Nabi
kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi
Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh
semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah
cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi nuh dakwah cara macam ni selama 950
tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah namrud cara macam ni pun gagal.
Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh
sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi kita
berjaya ikut perintah Allah.
10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang
ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa
jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada
mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.
Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah
siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling Nabi sayang, telah meninggal
dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi
anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang
kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada
bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam
keadaan kafir, beliau akan masuk neraka selamanya, aku pun sedih jika orang
yang aku sayang, mati masuk neraka.., adohai..
Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang
sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan
penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra,
hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah
takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang,
jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang
sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak
menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati,
maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.
Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk
tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu
itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu
oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan nabi
telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.
Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang
bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat
Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda
hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal
dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata
kepala baginda.
Korang pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang meihat
shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok
sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan
seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti
baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.
Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah
bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab:
aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi
menjawab malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang
sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka
telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50
waktu sehari semalam.
Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap
lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada
malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada
yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan kekuatan 7 petala langit
yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib
dan yakin yang betul.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi
Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada
ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula
untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa
namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu
sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu
dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah
ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan
Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi
digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi
pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah
menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi
Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah
kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah
berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.
Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW
bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian,
Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari
orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah
telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir,
kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat
hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman
dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam
berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya
bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai..
Bagi mereka yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi
naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika di umur senja korang beragama islam
tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya,
betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..
Akhir kata, orang kapir memang tidak percaya kisah Nabi pergi
ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada
yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu=
Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.
Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.
Take note!