(10 kisah yang dipetik dari FB Keretamayat, semoga bermanfaat)
Semusim di Syurga part 1
--------------------------------
Dekat sebuah kampung ada surau yang hanya hidup pada waktu
Magrib dan isyak..
Maksud 'hidup’ di sini, ada azan berkumandang dan ada orang
solat berjemaah, walaupun seorang diri!
Akrian, dekat tepi surau ada rumah Imam masjid, jika beliau
tak kena giliran bertugas di masjid, maka confirm beliau akan jadi Imam magrib
dan Isyak secara percuma di surau.., Tapi yang muskilnya bila Zohor dan Asar,
Imam tu lebih suka solat di rumah..
Begitu cerita jiran aku kepada aku yang baru pindah kawasan
itu.
Kau biar betul?
Sanggah aku.
"Betul bang, saya nampak motor dia, nampak dia duduk
lepak depan pintu rumah sambil buat layang-layang, saya naik surau, saya azan,
15 minit tunggu, dia tak datangpun, last, saya solat sorang diri, berjemaah
dengan jin..."
Oh, aku lupa nak kenalkan jiran aku, seorang guru, dan hafal
Surah Al sejadah serta surah Al ihsan dengan baik, dan selalu jadi Iman solat
subuh pada hari Jumaat. Bacaan Al Quran beliau juga sangat baik, apatah lagi
bila beliau azan, suaranya sungguh merdu...
Tapi aku ada cerita lain tentang imam itu..
Satu hari waktu Zohor, aku pergi surau itu dan Azan, lepas
Azan aku duduk tunggu orang kampung datang, dan terutamanya imam tu, sebab aku
nampak motor dia dan nampak beliau sedang bagi makan ayam pagi tadi...
Tiba tiba Iman tu datang dan sergah..
“Siapa Azan tadi?!”
“Saya”
Aku menjawab dengan kool, sudah biasa di sergah, di caci dan
di hina.. (terutama dalam blog, adohai)
“siapa ajar kau azan macam tu? Buat malu kampung sahaja”
Marah beliau..
Aku terus senyum dan mintak maaf lalu mintak tolong beliau
ajarkan aku Azan yang betul...
Beliau betulkan Azan aku, katanya yang salah adalah Ha(di
mulut) dan Hhahh(di tengkuk) tidak sama, lepas tu harakat tak stabil, dan Alif
dengan Ain kena ada beza..
Lepas dan ajar aku Azan yang betul, kami solat Zohor
berjemaah bersama-sama.
ps: Hari tu ada dua orang Solat berjemaah beb...!
Ps2: Kadang-kadang, melalui satu kesilapan yang kita tak
tahu, pintu ilmu dan pintu ibadat terbuka untuk kita dan orang lain. Ini sangat
deep, sila take note!
Semusim di Syurga part 2
--------------------------------
Dari Aisyah r.ha menceritakan, ketika Nabi Muhammad SAW
sakit tenat, maka baginda telah memohon keizinanan kepada isteri-isterinya yang
lain untuk dirawat di rumah ku, mereka mengizinkanya. Ketika waktu solat tiba,
Aku melihat baginda di papah oleh dua orang ke masjid yang (disebabkan lemah)
kedua kakinya terseret ke bumi.
( Riwayat Bukhari)
Nota:
Aku tak pernah lihat orang sakit di papah ke masjid untuk
solat berjemaah. Mungkin kerana ‘kaki aku belum jauh berjalan di atas muka bumi
untuk melihat akibat akan mereka-mereka yang mendustakan ugama’, namun jika ada
yang sakit di papah ke masjid, tentu orang islam sendiri ada yang akan mencemuh
bahawa kita bertindak zalim kepada si pesakit, lalu timbul soalan dalam benak
ini, iaitu berapa ramai pesakit yang tak nak pergi solat berjemaah dengan
alasan sakit Dan berapa ramai yang sihat wal afiat tapi malas pergi masjid?
Ps: Semoga Allah ampunkan dosa aku dan kamu, dan beri
peluang serta kekuatan untuk kita buat perkara yang betul…
Ps2: Tapi aku pernah lihat orang sakit dan orang tua di
papah ke pusat mengundi, adohai...
Semusim di Syurga part 3
--------------------------------
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda;
Sekiranya manusia mengetahui ganjaran AZAN dan berada di SAF
YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi azan dan saf pertama
kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka mengundi.
(Riwayat Bukhari)
Nota:
Mengundi 5 tahun sekali dah bagus dah, tapi kita jangan lupa
pula untuk 'mengundi’ 5 kali setiap sehari. Macai politik sila take note, deep
nih, deep! Adohai..
Semusim di Syurga part 4
--------------------------------
Satu hari lepas solat subuh, sementara tunggu matahari naik,
aku masih lepak di masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya).
Tiba-tiba aku bersin sambil tutup mata, bersin dan bersin
dan bersin..
Lebih dari 5 kali.
Aku hemburkan segala hingus pada sapu tangan yang memang aku
sedia bawa...
Minta maaf kepada semua ahli surau yang sedang beriktikaf
sekalian di atas gangguan bunyi sebentar tadi.
Aku mengalamai sindrom alahan
pada perubahan suhu atau mungkin aku alami gajala Resdun.
Mana tahu?, tak lama kemudian seorang lelaki dalam
lingkungan umur akhir 30-an tegur aku, rupa-rupanya beliau seorang doktor pakar
yang bertugas di hospital Kerajaan.
Beliau terus menjalankan pemeriksan rawatan kepadaku secara
langung dalam masjid dan setelah memeriksa nadi dan beberapa gejala di badanku
beliau akhirnya bersetuju untuk bagi aku satu ubat yang mahal secara percuma
bagi menyembuhkan alahanku itu.
Malam itu, lepas solat isyak, beliau jumpa aku bagi aku satu
ubat yang jenis sembur dalam hidung, Nasonex, mometasone furoate, Aqueous, Nasal
Spray.. itulah yang tertera pada ubat tersebut.
Moral of the strory is, kadang kadang bila kita pergi pergi
ke 'taman syurga' (masjid atau surau), bukan sahaja masalah akhirat boleh
selesai, masalah dunia kita juga Allah boleh selesaikan dengan berbagai-bagai
cara, Take note, ini agak deep.
Semusim di Syurga part 5
--------------------------------
Setiap hari orang islam berdoa agar di beri jalan yang
lurus, (rujuk al fatihah) tapi sayang, sewaktu memohon jalan yang lurus,
hatinya lalai, lalu apabila datang jalan yang lurus, mereka berpaling daripada
jalan orang yang dicintai kepada jalan orang yang dimurkai dan disesatkan....
pesan kepada diri sendiri.
Semusim di Syurga part 6
--------------------------------
Bila kali terakhir korang menangis dalam solat?
Hmm, Baik tak payah cerita, nanti riak. (macam poyo),
Jadi biar aku cerita kisah kali pertama aku menangis dalam
solat,
Al kisahnya satu hari ketika aku sedang solat, tiba tiba ada
sorang pakcik tarik aku ke belakang sambil cakap,
"budak belum sunat duduk belakang",
menangis beb, tak silap aku keesokan harinya Dr M rasmi
kereta proton saga.
Adohai..
Semusim di Syurga part 7
--------------------------------
Hendaklah kita belajar bercakap bab ugama supaya kebesaran
Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan
ajak kita ‘berborak bab ugama’ dalam kubur yang mana jika kita diam tak reti
nak bercakap bab ugama, maka malaikat Nakir akan hantuk kepala kita ke tanah!
Oh...
Semusim di Syurga part 8
--------------------------------
Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari
jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah,
keluar bau yang busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang
kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya
agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...
Apa perasaan korang? seram tak?
Tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu
pejabat ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek
korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi..., baru baca "pada satu
malam..." dan terketar-ketar...meremang bulu roma, tempurung lutut pun
berlaga...
Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat
ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesan nya?..., kalu adapun
kesannya namun auranya tak sama, tapi cuba korang pergi majlis ugama dengan
mujahadah kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi
mayat..." meleleh air mata insaf...sebab tulah orang alim mintak kita
hidupkan bacaaan hadith kat masjid.
So, tak salah belajar agama di facebook, tapi kesannya tak
sama dengan orang yang belajar di masjid atau di jalan Allah.
Ayoh kita berjuang!
(jerit aku penuh semangat dalam keadaan bersandar pada
kerusi sambil gerak gerakan mouse, adohai, pesan pada diri sendiri rupanya..)
Semusim di Syurga part 9
--------------------------------
Penelefon: “Hello asalamualaikum”
Korang: “waalaikumusalam, siapa ni?”
Penelefon: “encik ni ada beli buku Kamar sutera dan Permata
yang Hilang tulisan Hamka Keretamayat?”
Korang: “err, ya ada beli, kenapa ek?
Penelefon: “Dah sampai ke belum?”
Korang: “Dah, siap ada duit baki RM3”
Penelefon: “Duit baki sebab pihak kami guna sampul RM9
kerana alamat anda sama, jika alamat berbeza, kami guna sampul RM6 setiap satu,
encik dah ada insurans?”
Korang: “dah ada encik”
Penelefon: “encik nak tak tambah insuran lagi satu?
Korang: “cukulah insurans BSN prudential saya dengan kad
medic”
Penelefon: “tapi insurans ni free jer”
Korang: “saya tak berminat”
Penelefon: “jika encik ambik insurans ni, encik akan dapat
jaminan tidak masuk neraka”
Korang: “Wow!”
Penelefon: “cara nak dapat adalah dengan solat secara
berjemaah selama 40 hari”
(Pendekkan cerita)
Nabi bersabda: “Barangsiapa yang solat secara berjemaah
selama 40 tanpa tertinggal Takbir pertama bersama imam maka untuknya dua
jaminan, yaitu kebebasan dari azab api neraka dan kebebasan dari sifat
kemunafikan." (HR. Tirmidzi)
Ps: Ada siapa siapa belum ambik insurans ini? Bolehlah ikut
jemaah dakwah dan tabligh berhampiran tempat anda yang keluar 40 hari, atau
jika ada usrah dari pas yang buat rehlah 40 hari pun boleh ikut, pesan pada
diri sendiri.. adohai.
Semusim di Syurga part 10
--------------------------------
(Cerita asal di petik dari blog azharjaafar, tapi aku edit sikit supaya lebih dramatik, adohai..)
Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak
singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa
itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir
hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang
didiami oleh sekawan kambing.
Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz
kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah
Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan
kambing-kambing tersebut.
Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing
tersebut.
Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah
meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya
sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing,
melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik,
dah mengembek pulak macam kambing.
Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak
singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu :
masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.
Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa
adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le
daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam
mereka.
Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita
dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih
besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.
Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak
singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan
singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri,
tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.
Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan
singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang
sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur
juga.
Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka
anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing
itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini
anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan
membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali
ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan
diri.
Ps: ketahuilah bahawa orang islam di zaman sekarang kebanyakkannya
berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama
bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud aku dunia orang kafir.., sehingga
mereka lupa akan asal usul lalu dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah
betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…
Ps2: Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta,
dan Takhta. Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang
langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Tapi orang islam di zaman
kini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar
dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.
Ps3: Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku,
taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah
perumpaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang diutamakan di zaman
Nabi dan sahabat. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?
SEKIAN
subhanallah
ReplyDeletemoga Allah menempatkan tuan di syurga al-firdaus
dengar cerita buku baru hendak keluar ? benar kah ? betul kah ?
cube try test promote sikit ..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebenar, judulnya Semusim di shurga, tapi 10 cerita di atas tiada dalam buku itu, kerana buku itu sudah siap drafnya sebelum entry di atas di tulis, so cerita dia atas ni macam tambahan sahaja, kisah dalam buku lebih tersusun dan tebal, semoga bermanfaat kepada ummat.
ReplyDeletePost sangat menarik. 10 cerita yg membawa 1000 pengajaran. Semua akan rugi, semua yg baca akan rugi melainkn ambil iktibar & brfikir seterusnya kita amalkn trhadap 10 kisah di atas & seterusnya kita sebarkn Woha..!
ReplyDeleteThumbs up for the dramatic effect!
ReplyDeleteAde rezeki bleh try mengarah drama/movie
InsyaAllah azam 40h 15 sya'ban ni...doakn sy n seluruh umat tuan...
ReplyDeletesila berkan link kpd kisah ke 10 supaya lebih extra virgin dramatik.. ahaks..
ReplyDeleteterbaik hamka.... !..
ReplyDeleteteruskan menjadi minoriti dalam masyarakat.. kerana manusia sering kali alpa.. dengan mengamalkan surah al a'sr. insyaallah kita boleh berjiran disyurga nanti.. kalau x bizi ziarah ler..
good luck for next book..
ps: cer bwat komen pasal Dr. Nasoha yang kini hangat kerana menghentam pas. umno, golongan tabligh dan ustaz2 masa kini..
apa pandangan ada tentang dia..
for me.. im agree about 95% with him.. rest 5% still doubtful..
sila beri pencerahan tentang pendekatan beliau.
Tabarakallah.. Semoga Allah memberkati kamu...
ReplyDeleteTeruskan berjuang di medan maya dan alam nyata..
Allahuakbar
Dr nasoha 95%!! betul ker ni bro..
ReplyDeletedah abis teliti dah?
Robot Polis
ReplyDeletedrama/movie? Wow!
-------------
azharjaafar
aku dah bagi link, terima kasih bang,
----------]
detective nie
Dr. Nasoha ni hentam tabligh sebab tak dakawah orang kapir secara umummi, (orang tabligh dakwah orang kapir secara infradi) beliau tak faham orang tabligh ni sebenarnya golongon lemah iman,
sebagi contoh, dr nasoha nak kita ikut sunnah Nabi 100%, contoh kalau boleh nak solat tahajjud sampai bengkak kaki, lalu hentem orang lain yang just solat tahajjud tapi tak bengkak kaki sebagai iman belum masuk, padahal orang lain lemah iman, sebab tu solat baca surah pendek, dan sikit rakaat, tapi terus, dr nasoha hentam sesat dan ini hanyalah tariqat india, apa yang beliau tak faham, mengurangkan apa yang nabi buat itu lemah iman, sebab tu orang tabligh ni dikenali golongan usaha atas iman, bayangkanlah orang yang dakwah sesame islam, solat tahajjjud tak bengkak kaki ini adalag glongan lemah iman, macam mana pulak mereka yang lansung tak dakwah dan tak solat tahajus?
Deep nih!
--------------
@Fr!^n@
Allahuakbar
Assalam
ReplyDeleteDr. tetap bekas syura Malaysia.
Kitab agama yang salah cetak, tak dibuang dalam tong sampah. Ia akan tetap dimuliakan dan diletak ditempat yang tinggi.
Aku sebenarnya yang bersalah...
CF
Angkat ibu jari tangan kanan dan kiri...dan kenyit mata..he..he..
tangisan daie dlm solat. memberi sumbgan pada negara.
ReplyDeletenegara malaysia kian aman makmur kerana masih ade org2 yg sanggup korbankan harta dan diri untuk ummatnya disini..
ReplyDeleteterbaek....
ReplyDelete
ReplyDeleteInstead of just jumping in the car/vehicle! Acquire a aloft achievement to exchange that in ability cares for any advanced to achieve with a able acceptance for their efforts you allegation to crop some time to plan and acquire the achievement afore advertisement it.
Wholesale gold chains
:KISAH BURUNG KAKAK TUA
ReplyDeleteTuan: Haram berkongsi kuasa dengan kafir!
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrr!
Tuan: Kita bertahalul siyasi dengan orang bukan Islam
Burung Kakak Tua: Takbiirrrrrr!
>
Tuan: Kita nak Negara Islam!
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrr!
Tuan: Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran, hanya ada Negara Berkebajikan.
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrr!
>
Tuan: Wajib dedahkan peribadi pemimpin yang nak jadi pemimpin!
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrr!
Tuan: Haram dedahkan aib orang
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrr!
>
Tuan: Kalau kita memerintah Terengganu, sebelum ayam berkokok kita akan laksanakan hudud
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrr!
Tuan: Keperluan melaksanakan hudud hanya 0.0001% dalam Islam
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
>
Tuan: Undi Anwar umpama menempah bilik neraka
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrrr!
Tuan: Tak masuk syurga orang yang tuduh Anwar
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrrr!
>
Tuan: Kita tuntut DAP minta maaf dalam seminggu
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
Tuan: DAP tak minta maaf tapi kita dah maafkan
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
>
Tuan: Kita akan bentangkan usul di parlimen untuk melaksanakan hudud di Kelantan
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
Tuan: Kita tak jadi bentangkan usul hudud di parlimen
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrr!
>
Tuan: -
Burung Kakak Tua: Takbirrrrrrrrrr!
Burung Kakak Tua: Errrrrrr, Tuan cakap apa tadi?
Burung kakak tua yang pandai bertakbir, bila kucing datang gigit, maka akan keluar suara original burung kakak tua, kerana takbirnya hanya dilidah, bukan dihati.
ReplyDelete