May 13, 2013

Wanita bukan dari rusuk lelaki?


(kisah Laki bini pertama dalam sejarah manusia...)

Soalan pembaca:

“Bang, saya ada baca majalah i mukasurat 75 edisi nov 2006 katanya perempuan tidak berasal dari rusuk lelaki, betul ke?

Hamka said:

Huh! Nasib baik kau cakap ambik dari majalah, ingat ambik dari kitab atau quran.., adohai..

Dalam sebuah hadis yang dipetik dari Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW besabda:, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

Berbalik soalan dari pembaca di atas berkenaan sama ada benarkah wanita pertama dijadikan dari tulang rusuk, maka di dapati ramai ulamak yang bersetuju dengan dalil dari hadis ini antaranya sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi., maka aku yang bukan ulamak pun just follow.., lagipun dalam bab membenarkan hadis, selagi benda tu tak menjejaskan iman dan akidah, tak payahlah nak berhujah dan bergaduh.., adohai..

Kepada mereka yang tak tahu, (mungkin baru masuk islam semalam), tersebutlah kisah Nabi Adam seorang manusia pertama ciptaan Allah yang tinggal di dalam shurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya tapi masih merasa sunyi lalu Allah telah mencipta ‘penghilang kesepian’ iaitu Hawa yang di cipta dari tulang rusuk yang dekat dengan lengang untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai, chewah..

Maka tinggalah Nabi Adam dan Hawa dalam keadaan bersuka ria dan bebas berbuat apa saje kecuali jangan makan buah larangan.

Pendek cerita syaitan datang untuk menggoda Nabi Adam makan buah tu, tapi orang lelaki memang cool!, orang lelaki tak mudah terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan promosi jualan murah…, tapi tidak dengan perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah larangan, terus makan, perempuan memang mudah terpengaruh dengan pujukan, tak percaya cubalah tanya orang yang jual karpet, atau dengan ejen MLM, sasaran mereka perempuan, sebab perempuan mudah percaya…, sekali pasaraya bual sale selepas di naikkan harga dan potong kepada harga asal, maka berbondong-bondonglah orang perempuan ajak laki pergi kesana termasuk bini aku pun ajak sama…woha!

Tapi ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam…kalau aku pergi kedai mamak pekena roti canai dengan teh tarik, takdenya aku nak bungkus bagi bini aku tapi bini aku kalau ada jamuan kat opis dia,mesti bungkus bawa balik kat aku.., aku respect betul lah bini bab simpan makanan untuk laki, he he..

Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah larangan, tapi, adohai..… orang lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik…habis tergoda! sama macam aku: sebab akulah yang drive kereta pergi pasaraya dan pikul barang-barang yang di borong oleh bini aku, semuanya gara gara aku yang memang cair kalau perempuan macam bini aku datang pujuk aku…, habis iman aku…, adohai..

Akhirnya Nabi Adam pun makanlah buah tu sama tapi ditahan oleh malaikat, tu yang jadi buah halkum tu…, kalau tak kitapun akan ada darah haid, sebab lepas Hawa makan buah larangan, darah mencurah keluar dari kemaluannya yang menyebabkan mereka telah jadi kotor dan tak layak lagi duduk dalam syurga lalu di buang ke dunia.., panjang cerita, boleh rujuk Buznama.  Akupun dengar dari buznama, sebab aku bukanlah terer macam ustaz,.. harap maklum.

So moral of the strory:

Perkara yang tak rosak akidah, tak payahlah nak bergadoh dan berbahas sampai pening kepala, terima jer pendapat sahabat Nabi dan ulamak, adohai...

Sekian kisah Laki bini pertama dalam sejarah manusia...

Ps: Mana bini ni? Bisik aku yang sedang beratur nak bayar barang dari Q yang panjang tapi dah sampai giliran namun bini yang kata nak pergi scan sayur sekejap tapi tak nampak batang hidung mesti sedang pilih barang lain lah tu yang di buat potongan separuh harga selepas pasaraya menaikkan harga tapi aku redha kerana salah aku juga yang mudah tergoda dengan pujukan dari bini yang menggoda macam bini aku- woha!

35 comments:

  1. aku pernah baca buku "nasihat untuk kaum wanita" tapi lupa Maulana mana yg tulis(kena check balik) dia kata berkenaan ini, perempuan dari tulang rusuk di dapati dalam "bible"! yg Nabi sebut adalah perumpamaan! w'allahualam

    ReplyDelete
  2. Dalam matan disebut seperti.
    Bukan daripada.

    sekian!

    ReplyDelete
  3. masalah politik boleh rosakkan aqidah tak?
    ramai yg gadoh kes politik

    ReplyDelete
  4. masalah dalam poitik lah paling banyak boleh rosak akidah, sebab tu aku tegur, tapi bila di tegur, terus kena maki, sabor jelah, adohai..

    ReplyDelete
  5. Dalam sorga, bila timbul yakin akan buah bila makan dapat kekal lama , maka yaqin yang salah itu Allah hantar ke donia. Jadi Allah perintah buat usaha atas donia, supaya setiap insan mahu usaha buang yaqin selain Allah, hanya Allah yang buat semua. Bukan isteri beri bahagia (sebab tengok blog ni tak habis2 cerita laki bini smp ada yang berangan jika dapat kehidupan laki bini mcm hamka boleh bahagia). Hanya dalam agama ada bahagia-janji Allah.
    Teguran untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  6. aku terima kritikan ini sebagai 'pujian membina', he he...

    ReplyDelete

  7. penting ke tajuk ni???

    apapun, sebagai wanita, kita dilahirkan untuk memberi ketenangan kpd insan bgelar lelaki..

    p/s: wahai kaum lelaki, bantulah isteri anda semua mjadi solehah..

    -Mawar Putih-

    ReplyDelete
  8. dik, soklan ni aku cehek bertarikh 2006, adohai.., penting tak penting kesian lama dah menunggu, so, mereka yang bertanya pada tahun 2013, tunggu 2020 kot baru aku jawab, adohai...

    ReplyDelete
  9. lengang? nampak sgt ganung nye
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. salam..
    Q:
    kenapa bini suka tapau makanan dari ofis bawa balik untuk lakinya?
    A:
    sebab bini berharap laki akan kenyang dengan makanan ditapau, maka xperlulah bininya masak atau masak ala kadar je dah cukup untuk hidangan petang/malam itu. sekian.

    ReplyDelete
  11. geliga otak hang, patutlah aku tak bungkus bawa balik sebab takut bini masak ala kadar bila tahu suami dah makn, he he eh

    ReplyDelete
  12. walaupun entri ini belum lagi untuk saya..tapi akan saya jadikan pedoman diri...woha

    ReplyDelete
  13. dari dulu lagi nak tanye sebenarnya, betul ke kisah hawa digoda syaitan dan goda nabi adam utk makan buah khuldi? sbb kalau bce dlm AQ takde pun citer hawa makan dulu.

    tolong bagi pencerahan

    ReplyDelete
  14. deqnamlu: boleh baca artikel Dr MAZA utk pencerahan bab2 nie..bnyk unsur israeliyat dlm cerita nabi adam dan hawa yg berleluasa dlm masyarakat..wallahualam

    ps: mohon org lain juga baca utk pertimbangan..moga bermanfaat..

    ReplyDelete
  15. ada satu hadis dari sahih al bukhari.. yang mengatakan siti hawa telah berlaku khianat kepada nabi adam...
    ini petikannya daripada syarah fathul bari kepada sahih al bukhari...
    baca dengan teliti ya.. jgn lupa bawa kamus sekali..kalo tak faham boleh tanya...

    وْلُهُ : ( وَلَوْلَا حَوَّاء )
    أَيْ اِمْرَأَة آدَم وَهِيَ بِالْمَدِّ ، قِيلَ سُمِّيَتْ بِذَلِكَ لِأَنَّهَا أُمّ كُلّ حَيّ ، وَسَيَأْتِي صِفَة خَلْقهَا فِي الْحَدِيث الَّذِي بَعْده ،
    وَقَوْله " لَمْ تَخُنْ أُنْثَى زَوْجهَا "
    فِيهِ إِشَارَة إِلَى مَا وَقَعَ مِنْ حَوَّاء فِي تَزْيِينهَا لِآدَم الْأَكْل مِنْ الشَّجَرَة حَتَّى وَقَعَ فِي ذَلِكَ ، فَمَعْنَى خِيَانَتهَا أَنَّهَا قَبِلَتْ مَا زَيَّنَ لَهَا إِبْلِيس حَتَّى زَيَّنَتْهُ لِآدَم ، وَلَمَّا كَانَتْ هِيَ أُمّ بَنَات آدَم أَشْبَهَهَا بِالْوِلَادَةِ وَنَزَعَ الْعِرْق فَلَا تَكَاد اِمْرَأَة تَسْلَم مِنْ خِيَانَة زَوْجهَا بِالْفِعْلِ أَوْ بِالْقَوْلِ ، وَلَيْسَ الْمُرَاد بِالْخِيَانَةِ هُنَا اِرْتِكَاب الْفَوَاحِش حَاشَا وَكَلَّا ، وَلَكِنْ لَمَّا مَالَتْ إِلَى شَهْوَة النَّفْس مِنْ أَكْل الشَّجَرَة وَحَسَّنَتْ ذَلِكَ لِآدَم عَدَّ ذَلِكَ خِيَانَة لَهُ ، وَأَمَّا مَنْ جَاءَ بَعْدهَا مِنْ النِّسَاء فَخِيَانَة كُلّ وَاحِدَة مِنْهُنَّ بِحَسَبِهَا . وَقَرِيب مِنْ هَذَا حَدِيث " جَحَدَ آدَم فَجَحَدَتْ ذُرِّيَّته " وَفِي الْحَدِيث إِشَارَة إِلَى تَسْلِيَة الرِّجَال فِيمَا يَقَع لَهُمْ مِنْ نِسَائِهِمْ بِمَا وَقَعَ مِنْ أُمّهنَّ الْكُبْرَى ، وَأَنَّ ذَلِكَ مِنْ طَبْعهنَّ فَلَا يُفْرَط فِي لَوْم مَنْ وَقَعَ مِنْهَا شَيْء مِنْ غَيْر قَصْد إِلَيْهِ أَوْ عَلَى سَبِيل النُّدُور ، وَيَنْبَغِي ، لَهُنَّ أَنْ لَا يَتَمَكَّن بِهَذَا فِي الِاسْتِرْسَال فِي هَذَا النَّوْع بَلْ يَضْبِطْنَ أَنْفُسهنَّ وَيُجَاهِدْنَ هَوَاهُنَّ ، وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ .

    ReplyDelete
  16. berkaitan permulaan haid..diceritakan bagaimana datangnya haid, Allah bertanya kepada Adam kenapa engkau mengingkari perintah ku??(ما حملك على أن عصيتني)...jawab nabi adam... tuhanku telah menghiasnya (buah pokok itu) hawa....(قالَ : ربِّ ، زينته لي حواء )
    ini petikan penuhnya...

    كيف كانَ بدء الحيض ؟
    وقول النبي - صلى الله عليه وسلم - : (( هَذا شيء كتبه الله على بنات آدم )) .
    وقال بعضهم : كانَ أول ما أرسل الحيض على بني إسرائيل .
    قالَ أبو عبد الله : وحديث النبي - صلى الله عليه وسلم - أكثر .
    أما مِن قالَ : أول ما أرسل الحيض على بني إسرائيل : فَقد روي ذَلِكَ عَن حماد بنِ سلمة ، عَن هشام بنِ عروة ، عَن فاطمة بنت المنذر ، عَن أسماء بنت أبي بكر ، قالت : إنما سلطت الحيضة على نساء بني إسرائيل ؛ لأنهن كن اتخذن أرجلاً مِن خشب يتطاولن بها في المساجد .
    وأما ما رجحه البخاري مِن أن الحيض لَم يزل في النساء منذ خلقهن الله ، فَهوَ المروي عَن جمهور السلف :
    قالَ عمرو بنِ محمد العنقزي : نا عباد بنِ العوام ، عَن سفيان بنِ حسين ، عَن يعلى بنِ مسلم ، عَن سعيد بنِ جبير ، عَن ابن عباس ، قالَ : لما أكل آدم مِن الشجرة التي نهي عنها ، قالَ الله لَهُ : (( ما حملك على أن عصيتني ؟)) قالَ : ربِّ ، زينته لي حواء ، قالَ : (( فإني أعقبها أن لا تحمل إلا كرها ، ولا تضع إلا كرهاً ، ودميتها في الشهر مرتين )) ، فلما سمعت حواء ذَلِكَ رنت ، فقالَ لها : عليك الرنة وعلى بناتك .

    ReplyDelete
  17. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam:

    :"Saling berpesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, kerana
    mereka diciptakan dari tulang rusuk, sesungguhnya tulang rusuk
    yang paling bengkok adalah yang paling atas. kalau engkau
    luruskan tulang rusuk yang bengkok itu, engkau akan
    mematahkannya, tapi kalau engkau biarkan ia akan tetap bengkok”.
    (Bukhari dan Muslim)


    Para Ulama2 Arifin Billah, seluruh Ulama2 Mufassirin di antaranya yang sangat alim didalam Ilmu Tafsir - Al-Qurtubi, Tabari, Ibnu Kathir, Jalaluddin As-Sayuthi dll bahkan seluruh Ulama2 yang terpercaya sepanjang zaman telah mengakui hakikat ini berdasarkan petujuk Ilahi yang di kuatkan kebenarannya oleh Hadis Nabi.!


    Maka tidak perlulah lagi dipertikaikan lagi hakikat ini kerana para Ulama Mufassirin yang sangat alim dan 'thiqah' didalam Ulumul Qur'an, Sirah Nabawiyyah, ratusan ribu Hadis Nabi, periwayatan kisah2 Nabi terdahulu, Asbabun-Nuzul, Ilmu Nahwu-Sarf, berbgaia lughah bahasa Arab dan lain2 syarat bagi seseorang Mufassir.!

    Apalagi kenyataan ini di kuatkan oleh Ulama2 Arif Billah seperti Shaikh Ibnu Arabiy, Imam Jilani, Imam Ghazali dan lain-lainnya Ulama2 Ahlus Sunnah yang hebat2 sepanjang zaman!.


    Adalah suatu perkara yang menghairankan beberapa "orang muda" zaman ini, baru membaca beberapa hadis Nabi cuba mempertikaikan segala keterangan Hadis Sahih dan keterangan Ulama darihal kejadian HAWA dari tulang rusuk ADAM!!! .

    Walhal mereka itu (golongan muda itu) tiada mengetahui segala cabang Ilmu2 Islam dan tidak pula memenuhi syarat sebagai Mufassir.

    Maka perbuatan golongan 'muda' ini adalah mengundang bencana kepada diri sendiri kerana cuba mentafsir Al-Qur'an tanpa memiliki Ilmu dan tiada juga menurut 'methodology" mentafsir Al-Qur'an Kalamullah! Akibatnya sentiasalah mereka didalam kebinasaan - mereka merosakkan diri mereka sendiri dan merosakkan pula manusia2 lain! Wal Iyazubillah!


    Sepatutnya kita memerhatikan apakah Rahsia tersirat di sebalik penciptaan HAWA daripada diri ADAM.

    Bagi mereka yang mempunyai matahati akan melihat betapa penciptaan HAWA dari ADAM ini mempunyai terlalu banyak hikmahnya. Salah satu yang dapat diselami adalah dengan tercptanya HAWA dari ADAM mencetuskan hubungan yang sangat rapat dan cinta antara keduanya. ini terbukti ketika ADAM sedar dari tidurnya, didapati HAWA berada di sisinya lalu timbul keinginan cinta kasih ADAM kepada HAWA. Demikian pula timbul perasaan yang sama dari HAWA kepada ADAM. Tapi Allah Ta'ala menegah ADAM dari menghampiri HAWA sebelum di nikahkan secara sah!

    Imam Al-Kabir Syaikh Ibnu Arabiy mentafsirkan penciptaan HAWA dari ADAM dan hubungan cinta kasih di antara keduanya dan hubungan nilai2 spiritual didalam 'cinta' suci ini dengan cinta kasih Ilahi didalam penciptaan makhluknya dalam suatu metafora yang sangat menarik!.

    "Allah Ta'ala menciptakan insan dari sifat KasihNya. Dia sangat rindu pada insan2 yang dikasihiNya. Dia ingin supaya mereka mengenaliNya dan kembali padaNya. Imam Al-Kabir menyatakan bahawa ini adalah kerinduan Allah Ta'ala pada DiriNya sendiri!

    Allah Ta'ala mengeluarkan dari lelaki sebuah wujud pada citranya yang disebut wanita dan kerana wanita tersebut muncul pada citra lelaki, sang lelaki merasakan kerinduan yang mendalam padanya, sebagai suatu kerinduan pada dirinya sendiri. sedangkan sang wanita merasakan kerinduan pada sang lelaki sebagai seorang yang rindu pada yang merinduinya."
    (Fusus Hikam -Ibnu Arabiy)

    ReplyDelete
  18. Assalam

    Sila rujuk Audio Syarahan Hadith
    01-Muqadimmah Kitab Sahih Bukhari oleh Maulana Asri yang boleh didownload dari Go Tabligh. com

    Pada rakaman minit 33.18 Maulana menyatakan bahawa hadith yang dirujuk adalah hadith "bil makna" yang diriwayatkan dengan makna dan mafhum bukan lafaz.

    Jika suami muda dari isteri bagaimana nak dijadikan dari tulang rusuk suaminya?

    Yang betulnya...perempuan dijadikan SEPERTI tulang rusuk bukan dari tulang rusuk.(Syarah Maulana Asri)

    Setengah orang menyimpulkan bahawa budak kecil perempuan yang belum cukup umur 2 tahun, air kencing dia kena basuh. Budak lelaki tidak.Kenapa? Alasannya, kerana orang perempuan dijadikan daripada darah dan daging. Darah dan daging itu kotor. Orang lelaki dijadikan daripada tanah dan tanah itu suci. Ini akibat dari pemahaman hadith yang salah tadi...Masaalah tak akan timbul jika kita faham hadith tersebut dengan betul. Kalau Hawa a.s tak jadi dari Adam a.s, jadi Hawa dijadikan dari apa?

    Jadi daripada tanah....seperti Adam a.s juga.

    Kesilapan faham ini boleh menyebabkan orang menganggap perempuan kelas dua...kurang.

    Apa yang kita bincang dalam entri ini ada disentuh oleh Maulana dari minit 32.11 sehingga 38.21.

    Hamka....aku sayang kau, aku sayang kau, aku sayang kau!!!

    Khalid
    The Crying Judge

    ReplyDelete
  19. Bila baca komen Khalid, aku tercengang..sebab aku xtau langsung pasal ilmu hadis..thanks bro..

    Silap orang kita, terlalu utamakan perkara remeh, sampai benda yg penting diabaikan..ni cuma pemerhatian n pendapat aku je..

    Kadang kita terlalu percaya dengan cakap orang, sepertimana kata Khalid, baru belajar 1-2 hadis, dah 'terlebih' pandai tafsir hadis lain, n kata yg bukan2..moga Allah ampun mereka yg terkhilaf..

    WA

    ReplyDelete
  20. Assalam

    Didalam audio syarah Maulana Asri ada disentuh tentang Saidina Muawiyah rahu.

    Sila rujuk blog Al Alorstari; Sahabat Yang Teraniya-Saidina Muawiyah r.a tentang perkara ini yang menyokong syarah Maulana Asri.

    Berikut adalah khulasah/kesimpulan beliau tentang perkara ini

    Khulasah

    Selama ini kita dipaparkan dengan kisah sejarah yang berat sebelah yang mana bila kita baca kisah-kisah berkenaan maka kita secara tidak lansung akan didedahkan dengan keburukkan Saidina yang terinaya ini. Sehinggakan bila disebut dengan kiah sebenar tentang Saidina Muawiyah ini akan kita dapati sesetengah dari kita akan melenting tak tentu hal. Tidak mustahil bila kisah keburukkan Saidina Muawiyah ini dipaparkan khusus dari mereka yang berpegang dengan ajaran Syiah atau pun yang bersimpati dengan ajaran Syiah secara lansung akan menghina dan memaki beliau. Namun bagi mereka-mereka ini tunggulah saat-saat keputusan dari Allah swt. Ketika ini pun telah terbukti siapa Syiah pada mata kita,bagi yang mahu merenung dengan isu-isu yang berlaku di Negara Teluk sekarang ini.

    Khalid

    Aku benar-benar sayangkan kamu semua kerana Allah swt.

    Sesungguhnya Allah swt menyayangi setiap dari kamu 70 kali lebih dari ibuku menyayangi diriku.
    Kamu semua adalah asyraful mahlukat, mahluk Allah swt yang terbaik.

    Oleh itu, menyayangi diri kamu semua adalah menjadi tanggungjawabku dengan harapan Tuhan akan menyukai perbuatanku dan mengampuni dosa-dosaku yang terlalu banyak....ampunkan aku Ya Rabb!!!!!

    Aku bersalah...
    Aku bersalah....
    Aku bersalah.....

    ReplyDelete
  21. Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

    Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.

    Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

    Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

    ReplyDelete
  22. Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

    Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

    Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataupun memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati...

    ReplyDelete
  23. Eh sokojap, kenapa saya ada baca pertikaian bahawa perempuan tak dijadikan dari tulang rusuk dengan dalil, manusia berasal dari air mani.

    WTF

    Kisah tulang rusuk tu merujuk kepada HAWA shj, faham!!!!

    then, ada pertikaian, bagaimana jika suami lebih muda dari isteri?

    WTF?

    ini kisah Adam dan Hawa manusia pertama, bukan Adam dan Hawa versi Astro..

    tengok pada hujah bukan main panjang, tapi benda mudah mcm 2 pun x fhm?

    WTF?

    ReplyDelete
  24. Banyak puak tulang rusuk yang jadi pemimpin sekarang. contohnya ditempat kerja bini aku, bos pusat dan bos jabatannya adalah puak tulang rusuk.

    Masalahnya ialah puak tulang rusuk ni kerja campur aduk emosi mereka sampai setiap pekerja bawahannya tertekan (termasuk bini aku kerana hari2 merungut), dan banyak yang sanggup berenti kerja daripada bekerja dengan bos yang emo dan tak tentu fasal marahnya.

    Bukannya mereka tak bagus tetapi adalah lebih baik puak adam yang jadi pemimpin sebab puak adam lebih banyak akal dari emosi, salah puak adam juga tak secemerlang puak tulang rusuk dalam pelajaran mahupun pekerjaan.

    Hamka aku harap kau buat entry pasal ni bagi bini aku baca sebab aku dah tak reti nak bagi dia faham.

    ReplyDelete
  25. sebab tu kita kena berusaha untuk meninggikan kedudukan kita supaya kita tidak berada di bawah pemerintahan seorang perempuan....
    kalau kita jadi bos, jgn lupa lantik secretari perempuan kerana kita memang hebat memimpin tapi bab buat kerja2 yang byk mmg kita fail berbanding perempuan...
    hehee

    ReplyDelete
  26. komen korang bernas bernas belaka...

    adohai..

    ReplyDelete
  27. Anwar Jemput Amerika Pulihkan Demokrasi Malaysia Dengan Peperangan

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=wnYk2eGEWW8

    Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

    Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

    "Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

    "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

    Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.

    Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog best mcam blog ni :D

    ReplyDelete
  29. Terbaik bro jurnal you..like it!

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Artikel berkaitan:

    http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=367

    http://myibrah.com/wanita-di-jadikan-dari-tulang-rusuk-lelaki

    ReplyDelete