Cerita bermula pada suatu petang, sudah hampir ke waktu magrib. Lebih kurang 30 minit lagi sebelum azan berkumandang, tiba-tiba:
“Assalamulaikum” suara dari luar pintu
“Walaikumusallam,” suara aku bersama aroma teh tarik..
Lantas terpanculah wajah sorang lelaki yang bermuka hensem di depan pintu rumahku, rambutnya tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang misai dan janggut serta berpakaian kemas, lengkap dengan tali leher bersama kilauan kasut yang memancar mancar.
“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ini sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, tak lama bang, 15 minit sahaja, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”
3 minit kemudian, sebelum dia menghabiskan kata kata, aku sebagai seorang yang skema dan menghafal rukun negara, menolak demo itu dengan cara yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.
Tapi dia tetap mahu buat demo dengan sungguh sungguh kerana rumah abang sudah terpilih katanya, tak lama bang 15 minit sahaja katanya lagi.blablabla.. Puas aku bagitahu bahawa aku tak berminat, tak mahu, tak mboh, tok sir, tapi dia begitu beria-ria menghina kebijaksanaan aku, maka terpaksalah aku menggunakan ugama sebagai senjata utama untuk menghalau penjual yang ada unsur paksa dalam jualan produk entah apa-apa.
“Apa pandapat kamu tentang mati?”
Tanya aku dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas aku kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.
“Semua orang akan jadi mayat..”
Aku lihat wajah dia sudah berubah, aku teruskan kata kata..
“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”
Aku lihat dia murung, aku teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Aku juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadihalt solat tahajjud.
Dia nampak mahu berundur, aku pegang tangan dia dan terus berceramah. Aku bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.
Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka sedih. Aku tak peduli, aku cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.
"Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah"
Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab aku:
Tanya aku dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas aku kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.
“Semua orang akan jadi mayat..”
Aku lihat wajah dia sudah berubah, aku teruskan kata kata..
“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”
Aku lihat dia murung, aku teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Aku juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadihalt solat tahajjud.
Dia nampak mahu berundur, aku pegang tangan dia dan terus berceramah. Aku bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.
Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka sedih. Aku tak peduli, aku cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.
"Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah"
Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab aku:
"Eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?,
marilah kita solat magrib di masjid, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi
saya mahu cerita"
“tapi bang.., saya.., saya…”
pendek cerita, dah dekat lagi 5 minit mahu margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi.
Bini aku yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang.
Woha!
pendek cerita, dah dekat lagi 5 minit mahu margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi.
Bini aku yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang.
Woha!
Moral of the story:
Manusia yang hati gelap memang takut sangat dengan cerita ugama, kalau sedang
tengok TV sekali terdengar azan, kelam kabut tukar channel TV lain. Ada
member-member sedang asyik borak tentang sport rim kereta lah, juga tentang
lubang kencing berlaga lah, kadang kadang cerita tentang movie blockbuster lah,
atau isu-isu semasa, sekali cuba kita buka topik ugama, huh! Terus
member-member blah sorang demi sorang, atau toleh kiri kanan, garu telinga,
gosok hidung, dan sesekali tengok handphone dengan muka bosan. Eh, ada yang
berlakon jawab panggilan, Ha ha! Aku pernah pakai jubah siap berserban, lalu
jalan jalan ke arah mat rempit yang sedang lepak bawah lampu tangah malam,
kelam kabut mereka lari macam polis buat ‘ambush’, adohai..
Jadi, pelajaran hari ini adalah, sekiranya kita didatangi oleh penjual yang ‘paksa’ kita membeli barang, mulakan perbualan dengan soalan:
“apa pandapat kamu tentang mati?”
Ps: Video di atas adalah hiasan sahaja, adohai...
Jadi, pelajaran hari ini adalah, sekiranya kita didatangi oleh penjual yang ‘paksa’ kita membeli barang, mulakan perbualan dengan soalan:
“apa pandapat kamu tentang mati?”
Ps: Video di atas adalah hiasan sahaja, adohai...
first..!
ReplyDeletesecond!
ReplyDelete(adohai..)
bagus juga kan. boleh kita aplikasikan juga untuk orang insuran yang telefon kta untuk jual insuran kan.
ReplyDeletewoha!
pinjam skit trademark :)
wohu!
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan kerana selama ni ramai dikalangan orang melayu islam yang fobia kepada islam itu sendiri...
untuk jenis telefon, korang baca hadis sahaja, belum habis satu hadis mereka dah letak phone, adohai..
ReplyDeletemesti lepas nih dia reject terus rumah hamka
ReplyDeleteha ah, dah tak datang dah, kena black list rumah aku nampaknya, he he
ReplyDeletelepas nie mesti tak berani dtg dh kt rumah hamka ~ hahaha
ReplyDeletetapi kene tgk gaya gak, bayangkan tuan yg bagi ceramah tu rambut serabai, pakaian macam2 jenis, sesuai ke camtu?
ReplyDeletehehe^^
-cna lin-
Alhamdulillah...berdakwah cara nabi. Walaupun dia blah sebelum solat Magrib, sekurang-kurangnya kata-kata Hamka akan terngiang-ngiang dalam kotak mindannya
ReplyDeleteBoleh diamalkan selepas ini...Terima kasih
ReplyDeleteterbaik la abg hamka..
ReplyDeleteklau aplikasi kan kat telefon utk org insurans dan kredit kad tu..hadis apa yg sesuai ye..hehe
haa , bila cakap pasal agama. semua mula nak lari jauh-jauh. kalau ajal dah dekat, mana mau lari?
ReplyDeleteini pun berlaku kat budak2 universiti skang...pernah jadi kat hostel aku budak2 nyorok dalam almari sebab org tabligh datang.....aku cuma rilek sebab aku sedar diorg ajak benda baik....tapi rasa terkilan jugaklah sebab org dakwah cara paling simple pun bebudak takut....sedih sgat
ReplyDeletePerbaiki saya Ya Allah!
ReplyDeleteEveryone knows they're going to die, but nobody believes it. -albom
ReplyDeleteOrang Tabligh,
ReplyDeleteNtah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita semua kan sama,
Ummat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah takde, kalau kita tak buat, sape pula,
Tak kan la keje ustaz dan ulama' saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saja2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada ALLAH bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata takde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org datang.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada ALLAH Yg SATU.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, ALLAH kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2...kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban masa,harta dan diri,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau skang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
ReplyDeleteMalam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan ummat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama' India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So tak jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat tak kesah,tak amik peduli,
Ya ALLAH selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah terror,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun saje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun saja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari 'khuruj', macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit saja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke kita ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama...
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Ballighu 'anni walau aayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...
Komen korang bernas bernas belaka.
ReplyDelete: )
Jzk atas perkongsian
ReplyDeleteDalam kitab fadhilat sedekah bab kematian (bab2 akhir),satu riwayat mafhumnya bila mati seorang hamba Allah maka semua orang rumah yang hadir akan menangisi pemergian si mati. Lalu malaikat maut yang mencabut roh berkata” wahai ahli rumah pasti aku akan datang lagi untuk mencabut pula nyawa2 kamu yang ada dalam isi rumah ini”. Meraka yang hadir jika Allah berkehendak mendengar percakap malaikat maut ini akan berhenti menangis untuk si mati dan mula akan menangis untuk diri sendiri.
Sahabat r.hum dalam masa nak mati pun masih sempat tashkil orang ramai untuk hidupkan masjid seperti dalam kisah fadhilat solah;
Semasa Hazrat Ubadah r.ahum hampir meninggal dunai, beliau telah berpesan kepada meraka yang berada di sampingnya” saya melarang kamu semua dari menangisi kematianku. Setelah aku meninggal dunia maka setiap orang pergilah mengambil wuduk degan sempurna dan mematuhi adab-adab wuduk, kemudian pergilah ke masjid”.
ORANG TABLIGH NI PELIK.
ReplyDeleteNAMPAK BERJALAN DI LORONG2
MACAM TAK RAMAI...
TAPI BILA AKU GI MARKAS SRI PETALING,
SANGAT RAMAI BILANGAN MEREKA..
ORANG YG MASUK TABLIGH NI PELIK,
NAMPAK MACAM JAHIL..
TAPI BILA MEREKA BAYAN..
BAB KALIMAH DAN SOLAT SAJA PUN DAH CUKUP PANJANG...
MEREKA NAMPAK KURANG ILMU..
TAPI BAB IBADAT DAN AMAL SUNNAH..
MEREKA MEMANG SANGAT JAUH MAJU KEHADAPAN..
MEREKA MEMANG AJAIB..
baguslah...cuma harap kalau bukan ustaz tagligh yang beri dakwah korang pon tak lari juga....
ReplyDeleteorg paling bijak ialah org yg sentiasa mengingati maut ;)
ReplyDelete'Berlaga lubang kencing' - Lawak tahap dewa parang! Hamka, tulisan anda sinis dan kritis. Salam.
ReplyDeleteAssalamualaikum sahabat. Mohon pinjam bait² entry ini untukku kongsikan bersama rakan sejawatan. Terima kasih. Sekian
ReplyDeletePenipu yang paling handal di dunia, semua orang di tipunya, tapi bila menjelang menjadi mayat, maka dia akan berkata: “oh, sesungguhnya.., dunia telah menipuku..”
ReplyDeletehakikatnya semua orang kadang kadang menipu... terutamanya menipu diri sendiri...
ReplyDeletenak jawap blik ape yg salesman ckp otak kne pikap......hahahaha pdnmuka kne main di hamka je
ReplyDeleteAdohai...
ReplyDeleteSaya salesman jual buku sirah teragung nk jumpa hamka..:-)
ReplyDeleteWan calon mayat
biasa orang jumpa aku lepas dah mati, naik keretamayat,
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete