AKU, BINI, dan KERETAMAYAT part 2.
“Buat apa tu? Tak masak ke?”
Tanya aku pada bini yang sedang berguling depan TV.
“Sedih cerita ni bang..” Jawab bini aku sambil mata terus
terpaku pada TV.
Aku tengok jam sudah 7 petang, aku ni baru balik dari hantar
mayat ke kubur, tak pedulikan bini, aku terus ke bilik bukak baju dan bersiap
nak mandi.
“Bang, hero cerita ni, namanya Hamka, sama macam nama abang,”
Aku capai tuala, dan mulai berbogel dalam kepungan tuala..
“Wah, bertuahlah hero ni jika rupa macam abang”
Jawab aku sambil berjalan munuju bilik air dalam keadaan
berkembang, tapi masih sempat berhenti kejap depan TV.
“mana hero nama Hamka, nak tengok hensem ke tak?”
Tanya aku sambil bercekak pinggan.
“Dah mati, hero ni kena tangkap oleh pengganas waktu belajr
di mesir dan mati kena bunuh”
Cis, dah mati watak hamka rupanya,
“awak dah siap masak ke?”
“Saya dah siap masak bang, tunggu waktu berbuka jer ni.., abang
pergilah mandi, saya nak layan filem ni kejap, sedih ni, si tunang Hamka ni
sedang di uji..”
Aku terus pergi mandi, menurut ustaz, makruh mandi lepas
asar di bulan puasa, sebab badan jadi segar dan maksud puasa akan hilang, tapi
aku sebagai driver keretamayat berijtihad bahawa mandi lepas asar itu bagus,
badan jadi bersih dan segar, bila dah segar, macam macam ibadat boleh buat,
boleh mengaji, boleh tolong bini masak, boleh berdakwah, so aku dah lama guna
fatwa: boleh mandi lepas asar, lagipun aku baru balik dari kubur hantar mayat, bau
badanpun dah macam mayat.., isk.
Lepas mandi, aku pakai baju solat, on kan radio frequency
tempatan, dan duduk di meja makan menunggu azan bersama bini dan anak anak..
Lepas iklan jualan murah hari raya di radio, azan pun
berkumandang..
Aku makan kurma, air sejuk, makan nasi sepinggan dan secawan
teh tarik, lepas tu terus ke surau untuk solat berjemaah, imam dan AJK surau
dan setting di bulan puasa, iqamat adalah 15 minit selepas azan, sampai surau,
imam masih solat sunnah, wah tak perlu aku cerita semua ibadat macam dah nak
riaklah pulak, hampeh!. ringkaskan cerita, lepas solat maghrib, aku pun balik
ke rumah untuk makan sekali lagi, ha ha ha!
“Eh, awak tak solat ke?”
Jerit aku pada bini kerana nampak dia sambung berguling
depan TV layan filem Tujuh Petala Cinta.
“saya uzur bang”
“nilah masalah orang perempuan, bila uzur, tengok TV 24 jam,
patut bila uzur, dan tiba waktu solat, duduk berzikir, bertasbih dan berdoa
selama waktu solat, 5 ke 6 minit jer.., lagipun bulan puasa begini, lagi
eloklah korang orang perempuan duduk berzikir dan berdoa.., ada masa lapang,
baca Al quran..ops, maaf saya lupa awak uzur (berdarah haid)”
Aku ambil pinggan dan terus ke meja makan, bebel aku lagi:
“Tak boleh baca Al quran?, bacalah tafsir Al quran, baca
makna Al quran, dah berapa kali khatam makna Al quran dalam bahasa malaysia
awak ni?, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam
adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing
masing, dan abang percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula
adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’
Al –quran, jadi.., Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh
dapat hidayat, apatah lagi awak orang perepuan yang uzur, patut dah khatam
makna Al quran dah, ni asyik tengok TV sahaja, apa nak jadi ha?”
Bebel aku sambil bukak tudung saji dan tambah nasi dalam
pinggang.
“Abang!!!”
Jerit bini aku penuh kesedihan..
Aku rasa bersalah pulak bebel pada dia, sedangkan dia dah
penat masak, kemas rumah.., mungkin dia dah duduk berzikir dan berdoa selama 5
minit waktu maghrib tadi, aku mana tahu, lalu aku terus bergegeas ke depan TV
nak pujuk balik.., siapa tak sayang bini oii..
“Abang, Hamka hidup balik, si tunang Hamka dah nak kahwin
dengan kawan baik dia, tapi Hamka dah balik..”
Hampeh, nilah orang perempuan, kalau dah tengok TV, driver
keretamayat lalu pun tak sedar..
Cis..
Ps: kepada perempuan uzur atau dalam bahasa betulnya,
berdarah Haid, jangan guna alasan berdarah haid untuk membenarkan aktiviti
sosial korang, elok baca tafsir Al quran di bulan Ramadhaan ini, tak salah langsung
baca makna Al quran walau darah haid korang memancut mancut-woha!
1st
ReplyDeleteberkembang? hehehe...
ReplyDeletehehehe...geli weyh cite ni...jalan cite die dah okay,,tp pelakon die..alamak..terus aku terbanding dgn cite ketika cinta bertasbis, ayat2 cinta sume tuh..malaysia belum ada talent yg benar2 buat org tersedu sedan melihat filem berunsur islamik cenggini..
ReplyDeleteHahaha..bulan pose ni rajin ko update blog ek..
ReplyDeleteDulu ustazah kat sekolah pernah gak cakap mandi lepas asar makruh, tapi arwah bapak aku cakap, kalau mandi secara berlebihan..wallahualam..aku pulak silap, xrefer mana2 ustaz tentang perkara ni..so sekarang aku xmandi lagi..woha!!..<---sambil cuba cium bau badan
7 petala bege pon trbaik.ar3 !
ReplyDeletebulan puasa org puang paling hebat, puasa pun masok segala nak bgi suami dan anak anak makang, sahor nok bangun masak lagi, suami hok rajin berjihad org nak bangun masok suh jihad pulok dulu, pengsannn kalaun ingat penat tapi x pe Tasbih saidatina fatimah ada, tonik zikir terbaik utk surirumah yang nak jadi badang dibulang puasa..hawo...eh terbalik WOHA !
ReplyDeleteSaya suke kereta mayat kerana saya akan jadi maya..
ReplyDelete-wan calon mayat-
Ops mayat....woohaa!
ReplyDelete-wan calon mayat-
hamka bab mancot suka betol. nasib haid
ReplyDeletemana ada haid mancot. tipu.
ReplyDeleteEgg Head
ReplyDeleteAkhirnya..
---------
adoy41
berkembang nya orang lelaki adalah dari pusat ke lutut..hihi
---------
eszyamin
nak kena tunggu aku jadi penulis skrip kot-woha!
----------
aku_ein
ya, bulan pose ni rajin sikit update blog..
---------
susumanis
aku respek bini bangun awal, masak sahur dan kejut aku serta anak anak, terserlah keihlasan, jika bini tanya berapa markah saya di bulan posa, aku bagi markah penuh!
----------
-wan calon mayat-
Welcome!
---------
Wadi AR
Haid mancut tapi terhalang oleh pad, aku belasah jer ning sebab bini jarang haid kesan anak berderet-woha!
askm
ReplyDeletewah.! mentang mentanglah sembahyang terawikh panjang,maka makin mencurah curah pulak idea kau nak updet blog!!!cisss....!!!
mesti kau tak tunggu morey,pasal takut idea hilang.....
ha ha ha.....baik kau mengaku!
~aku~
ha ha
ReplyDeleteperghhhh...darah haid memancut-mancut..
ReplyDelete#boleh baca tafsir al quran.
untung la dah ada bini... bujangs2 sekalian alam harap bersabar...
ReplyDeletelepas kahwin aku menyesal..
ReplyDeletemenyesal kerana kenapalah bini aku tu tak ngorat aku awal awal
woha!
e.a.e.a.o........hehe
ReplyDeletebro hamka jgn menyesal,alia ada sebab taknak mengorat awal2...nak tahu jawapannya??..tanya diri empunya diri...
ReplyDeletewoohaa!
_wan calon mayat_
Emm..kalau aku tau kawin tu bes, lepas bersunat aku terus kawin..woha!
ReplyDeleteTanpa sedar kadang2 isteri terlalu banyak dah buat keja...suami tetap rasa tak puas hati..betul ke?
ReplyDelete(",)
ReplyDeletehari ini kita tidak dapat nafikan, tv seolah2 adalah pengatur jadual kehidupan seharian kita... lagi2 kalau drama bersiri.. aduyai...
moga kita diselamatkan dari kelekaan menonton tv.. (",)
setuju!!!..oh
Deletesuami sy slalu ckap.. org pompuan kalau dapat makan TV .. bg apa2 pn xnk.. terasa wooaaa ha
ReplyDeleteeh, tajuk dah tukar, tiada politik, bab TV pula- woha!
ReplyDeleteselamat berpuasa bro...
ReplyDeleteselamat
ReplyDeletehaha..tepat kene sasarannya...slalu parent ingtkan macam tu..kalau ye pon xleh smbhyang, bnykkan zikir...tp dh dok jauh dgn parent ni..lupe dah sume tu...adoyai!!!!insaf balik...tq kereta mayat!!!!
ReplyDeleteSalam en Hamka, 7 petala langit tu memang cubaan yang baik tetapi banyak kelemahan yang sangat ketara memang tak boleh berganding dengan syukur 21 ataupun karya Indonesia.
ReplyDeleteTapi thanks for the reminder bab yang berdarah tu InsyaAllah azam untuk isi masa dengan lebih baik.
patut tajuk entry ini: peringatn kepada haid, hihihi
ReplyDelete