(Keretamayat mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama
membawa mayat ke kubur, kedua membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak
berpuasa 'bersiar siar'- only in Malaysia)
Noted: Sekali sekala asah bakat menulis cerpen kisah pemandu keretamayat apa salahnya, rasanya belum di buat orang, terimalah cerpen spontan..
AKU, BINI, dan KERETAMAYAT.
Noted: Sekali sekala asah bakat menulis cerpen kisah pemandu keretamayat apa salahnya, rasanya belum di buat orang, terimalah cerpen spontan..
AKU, BINI, dan KERETAMAYAT.
“Bang, tak basuh keretamayat bang? Semalam masuk tapak kubur
waktu hujan, dah kotor sangat tu,”
Bebel isteri aku dari halaman rumah walau aku duduk jauh
dalam bilik tidur tapi masih boleh dengar frequensi suaranya.
“Tak payah basuh hari ni, abang penat, lagipun hari pertama
puasa, mana ada orang ponteng?”
Aku beralasan sambil terus peluk bantal.
Tiba tiba terdengar bunyi air mengalir di ikuti suara bini
aku:
“Abang jika tak nak basuh, saya basuh keretamayat ni, dapat
pahala lebih, tapi abang malu karang jiran nampak saya basuh keretamayat”
Esh, membebel pulak orang tua ni, aku ikat kain pelikat kemas kemas di perut,
tengok jam 10 pagi, anak anak sedang tengok kartun, lalu aku melangkah ke
halaman rumah tengok keretamayat yang memang agak kotor, isteri aku siram pokok
bunga rupanya, ingat sedang basuh kereta.
“nak dekat zohor nanti, abang basuhlah, terus abang parking
kat masjid, insyaAllah takde orang ponteng puasa hari pertama”.
Aku beralasan malas sambil duduk di muka pintu dengan muka
tak mandi macam anak dara tak laku, jawab bini aku:
“Ni akhir zaman bang, ulamak pandang dunia, pemimpin berjiwa
serigala, parti islam bergabung parti kapir, macam macam boleh jadi..”
bebel
isteri aku lagi sambil menyiram basikal anak anak pula.
Jawab aku:
“Hari pertama puasa, mana ada orang ponteng, hadith riwayat Al
bukhari (ada perawi tu) mengatakan: Barangsiapa yang sengaja berbuka puasa sehari
tanpa uzur, maka tidak akan dapat ditebus walaupun berpuasa semur hidup
meskipun dia mampu melakukannya, hari ni takde orang pontenglah, solat terawih
pun takde orang ponteng pada malam pertama, inikan pulak puasa hari pertama!”
Aku terus angkat punggung dan masuk tidur balik..
Baru nak terlelap, telefon berbunyi, aku tengok ada nombor
Pak imam masjid.
“Celaka sungguh, siapa yang tak puasa pada hari pertama nih?,
dalam keretamayat nanti aku basuh kau cukup cukup, mengganggu tidur sungguh”
Lepas bercakap dengan imam, aku pakai baju dan terus ke
masjid, mungkin benar, hari pertama puasa, tiada orang yang ponteng puasa, tapi
hakikatnya, hari pertama puasa, ada orang yang mati menjadi mayat.
Kita semua akan mati.
Sekian.
Ps: Eh, rupanya bini aku dah basuh keretamayat tadi –Woha!
first...
ReplyDeletebiarlah..yg penting sy komen dulu?
ReplyDeleteerr..komen sy...menangis baca sebab terharu
noted: cerita di atas alalah cerpen ringkas rekaan penulis, tidak kena mengena dengan mana mana driver keretamayat. harap maklum.
ReplyDeleteKarya yang masterpiece jika tiada sindiran politik. Mohon tuan kurangkan sindiran politik, dan perbanyakkan fikir umat.
ReplyDeleteSokong jika tiada sindiran parti politik Islam atau mana2 jamaah Islam; berbaik sangka sesama jamaah Islam.
ReplyDeleteMinta tolong cik Hamka jgn tulis bab politik, pasti PAS akan jadi sasaran.
ReplyDeleteIntipati sebenar cerpen nie tentang kematian yang datang tidak kira masa...
ReplyDeleteTapi "Anonymous" ni semua nampak kat area politik juga..
Sindiran untuk mengingatkan...kenapa mesti butthurt?
ReplyDeletecerpen yg masterpiece! 5 Stars!
urm,.kte semua akn jdi mayat,.T_T..
ReplyDeletemohon tuan perbanyakkan sakarstik..hehe
ReplyDeleteWow.. politik Islamik dgn penyokong yg sakit punggung walau tak dijentik? =) rasa sakit cuma trigger bila kita cenderung memihak. kamu tak hendak, tp ramai lg yg nak baca sindiran HAMKA. tulis saja apa kamu mahu tulis HAMKA. Janji yg benar2 sudah..
ReplyDeleteYeaa..x 1st..korang cuti ek hari ni (sangka baik)..woha!
ReplyDeleteDalam paper rasanya ada yang kena tangkap xpose hari pertama..kat opis aku xpernah lagi kena tangkap, tapi rasanya xlama lagi akan ramai yang naik ke tingkat 2 ni tumpang tandas..muka sihat tapi pose pun malas..oppsss hohoho..termengumpat lak..
Ala, xyah la butthurt, aku yang bebas tapi mesra PAS pun xkisah sangat (ada ke istilah ni..ahaks)
Semua akan jadi mayat, n pada raya nanti kubur akan menjadi sangat popular untuk dilawati, pastu sunyi sampai raya tahun depan..yang melawat pun mungkin Tok Adi (Tanah Kubur..ahaks)..
ntah
ReplyDeletepantang petik sikit melenting
pas ja pon, sejak bila PAS tu jadi agama yg diiktiraf JAKIM?
bkn org maki hamun ka apa
tegur elok2 pon takleh hahaha
mari butthurt beramai2, sambil mencambah minda
lepas buat cerpen boleh la buat novel. sikit Panjang.
ReplyDeleteBuat novel politik pun okey.
xsuka xpyh baca..dah baca insaf..tiba masa akan jadi mayat
ReplyDeleteyeah . mati tu bila-bila boleh berlaku .
ReplyDeletesuka cerpen ni :)
dak sabah
ReplyDeletemenangis baca sebab terharu mendapat komen ke 2, woha!
----------
Anonymous
Kerana perkataan “parti islam bergabung parti kapir”, nak suruh kurangkan lagi, tepuk dahi!
-----------
Ahmad
Tu lah tu
-----------
bLoodymaRy
5 Stars untuk cerpen spontan, hins hins, bunyi lubang hidung kembang
---------
Miss Tuah
: )
----------
[ a D D y h A I K A L ]
Sakarstik lepas raya ler jika panjang umur, he he he
--------
-cry reen-
Aku rasa pandangan aku bab politik masih tak berubah, iaitu parti so call islamic, bila buat salah, kenalah tegur, parti yang tak islamic, korang tegur, hihihi..
---------
aku_ein
hari pertma puasa, ada nahas helikopter.
----------
Taufik
Sabar fik..
----------
mak minah
Bila tiba sampainya waktu
----------
mrsRons
woha!
---------
|| amira ||
Terima kasih
benar...bebila jer boleh jadi mayat. hari pertama pose, besan abang sulung telah menjadi mayat... moga rohnya dalam rahmat Allah SWT.
ReplyDeleteNtah celah mana yang politiknya, aku tak pasti. Mohon pencerahan.
ReplyDeletediorg ni plik...ckp pasal parti je trase...mcm bdk2 kcik..Woohaa!!..
Deletenak lagi..nak lagi. bila nak sambung cite ni. Besh lah
ReplyDeletekita semua akan jadi mayat..suka karya ni.tahniah en.hamka
ReplyDeletepost yg menarik disamping sindiran yang baik...bg yang x memahami sindiran hamka...jgn tuduh hamka sindir mana2 parti politik...sindiran itu berbentuk umum...sshh betul kalau beri nasihat kepada yang mudah perasan....
ReplyDeleteHamka...keep it up....jgn berhenti berdakwah...!
pada aku, apa yang Hamka komen tentang politik tu terima je la..xkan asyik nak puji je..ok pe de orang nak komen, walaupun pedas n rasa sakit giler kat buntut..
ReplyDeleteKomen xsemestinya musuh, teguran adalah untuk kepada segala kebaikan..ehh..ni komen pasal politik..aku nak komen pasal kereta mayat je..
Hamka, nak tanya, nape kereta mayat mesti tinted gelap giler..hehehe..ko punye kereta mayat tinted ke x..kalau tinted gelap giler xnampakla penumpang yang xpose dibulan pose ini..hohoho..
xpa lah.. politik tuh kan islam juga..mana x bekk kita betul kan.. sindiran tuh je lah cara kita nk tunjuk n perbaiki mn silap nya.. kita bersangka baik je.. apa2 boleh jadi...
ReplyDeleteerm~ selamat berpuasa semua..
politik dan islam tak dapat dipisahkan..
ReplyDeletekata sorang mamat.
aku cakap, ok, aku ambik politik umno, boleh?
tak boleh, umno politik kapir.
politik pas?
politik pas itu lah islam..
jadi patut ayat kau,
politik pas dan islam tak dapat dipisahkan, gitu..
woha!
as-salam hamka,
ReplyDeleteni bru betoi cerpen!-cerite pendek-heeee~~~
woha sekali lagi
ReplyDeleteseronok baca cerpen ni. moralnya, kalau dah bawak keretamayat kena la pastikan keretamayat bersih selalu. kalaupun takde orang tak puasa nak naik, mungkin ada mayat yang menunggu :p
ReplyDeleteinsaf~ wuhuhu
moral tu!
ReplyDeleterajin nya mereka butthurt.. wakakaka...
ReplyDeleteaku akan sokong mana2 parti islam as long as diorang x ikut cara Yahudi.
sekian.
aku sokong untuk tidak menyokong-woha!
ReplyDeletemamat tu bermain dengan kata2 yang tak bermoral..adakah patut islam dan politik tidak boleh dipisahkan??..nas mana yang mamat tu pakai..kalau kaji balik maaf cakap politik is yahudi..tak pernah saya baca sejarah sahabat2,tabi"en buat pilihan raya..adoiii pening kepala tahap air naik kat kepala keluar telinga..
ReplyDelete_wan calon mayat_
wah, blog walking sungguh ni, jika salah tegur ek.
ReplyDelete=D
ReplyDeletestill masuk dalam tanah juga -,-
ReplyDeleteSuka, sekalian nak belajar bahasa Malaysian.....hehehe
ReplyDelete:)
ReplyDeleteakan pujangga menjadi mayat, tanpa diketahui bilakah saat..
ReplyDeleteblur mula2 sbb tak tahu kaitan tak puasa dgn basuh kereta mayat
ReplyDelete