May 25, 2012

Menderita tetapi Bahagia?


(Kisah Awek kelantan dan Daging Panggang dengan tagline: “orang tamak, selalu rugi” atau “orang tamak selalu haloba,” )


Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaanya kisah penderitaan aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,

Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh, aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat blog sahajalah..

Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’ cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..

Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:

“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”

Chewah!!..

Atau pepatah keretamayat...

“"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir kisah yang menyayat hati ini..

******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..

Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita namakan sebagai menantu Mak cik Limah.

Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana, kami di hidangkan dengan laksa kelantan...

Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..

Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak, sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk cili boh,

Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya mendapat dua ketul..

Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang, mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!

Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul daging panggang sebagai pembuka selera..

Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam daging mayat zombie?!

Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku, maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie..

Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..

Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan membangkitkan marah pada bapanya..

Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”

Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang, tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!

Woha!

Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya, tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!

Ps2: Merujuk kepada gambar: kehinaan bagimu, tapi kemuliaan bagiku...

30 comments:

  1. yes! blog database has been updated!

    ReplyDelete
  2. senuma senyum Ai baca entry ni hamka oiiii

    :D

    ReplyDelete
  3. hahha..menantu mak limah mak limah, bawak keta laju tapi makan belacan gagal...nway dah beli buku permata yag hilang tuh and baru je sampai bab siapa musuh sebenar..tak sabar nak habiskan..nak tengok perbezaan di buku dan blog..ahha...

    ReplyDelete
  4. moralnya kalo gi umah bakal mentua for the 1st time sila bersopan santun yer...jgn gelojoh sgt...woha

    ReplyDelete
  5. bila la nak ada bersih 4.0 ni....
    barulah rating komen boleh cecah 200...
    ha ha ha ha ha ha haha ha ha ha ha hahaha heh heh.. hehhh......,,

    ReplyDelete
  6. Belacan panggang+ daging panggang= mayat zombie. . . .woha

    ReplyDelete
  7. bila mula baca , pelik sekejab

    sebab


    bila masa pulak orghe klatae makae laksa dengan daging pangae'.

    ReplyDelete
  8. hahahaa tu la pelik, bila masa pulak laksa kelate ada daging panggang, orang makan secubit saja belacan tu ehhehe

    ReplyDelete
  9. korang jangan rendahkan penderitaan ini, cuba korang makan seletul belacan, baru korang tahu derita memakannya .. woha!

    ReplyDelete
  10. Assalam

    Nora Azuan Pendiam.

    Dihina kerana agama adalah satu perkara yang dilalui oleh semua Nabi-Nabi, sahabat-sahabat, tabit tabiein serta sesiapa yang ingin berdakwah.

    Malu, sakit hati, marah, malas, jemu, putus asa serta yang sewaktu dengannya...adalah mujahadah perasaan dalam berdakwah.

    Apabila sahaja seseorang itu sabar diatas mujahadah/tarbiah ini maka Allah akan memberikan kefahaman agama.

    Nabi saw dihina kerana agama, kenapa tidak kita?
    Bukankah kita ummatnya.....

    Khalid

    Till the last drop of my bloddy blood...I'll give it to Deen...and my corps if it can be used for Deen.

    ReplyDelete
  11. aku dah zahirkan tanda syukur aku dengan memmfowrd blog mu merate laman...bak meh 'permata' sebagai balasannya.. hhe he he

    ReplyDelete
  12. Bagai menggaru kurap weh.. Makin garu makin sedap! Eh eh..! Silap topik..
    Wakakap.. :)

    ReplyDelete
  13. Buku tu best, cuma nak cakap terima kasih untuk biografi dan tanda tangan tu :)

    ReplyDelete
  14. hahahahaahahaha! sape soh tak hidu awai2.... kan dah kene.... hahahahahahaha!

    Parents aku pula lain semacam, aku beli buku Permata Yang Hilang.

    Mama aku cakap, 'ni bukan novel ni...." sambil muka berkerut terkejut dan tak percaya aku beli buku Permata Yang Hilang kini Dijumpai. Sebab mungkin dia ingat buku ni pasal Permata Yang Hilang seni nafkah batin tuuu...

    hahahahahhaahahaha! Kem salam kat muslimah kancil, Puan X, suami 'babi' Puan X dan yang semua amoi cina yang ade bulu ketiak....


    Hahahahahahahahahahahahahahaha!

    Aku dah bagi pinjam kat kawan aku buku uh.. harap x hilang sudah...

    ReplyDelete
  15. wahaha apa takde bau ke belacan tu? atau hidung dh tersumbat dek haloba? saya sangat bersimpati..kihkih

    ReplyDelete
  16. Keh3,cerita mendalam betul.mengikuti isu dan gossip semasa.terkena sendiri ko saja pekena?pastikan niat berdakwah dijaga.trend bergossip dlm berdakwah boleh membutakan batasan.apapun,woha lah.

    ReplyDelete
  17. Baca kali kedua kat blog tak le lawak sangat macam kat FB...
    Aku pernah periksa mayat yg da ditanam beberapa hari sebelum dijumpai... betul bau macam belacan... tak tau pulak bau zombie macam mana...
    dan aku penah goreng ikan terubuk Serawak kat A&E, orang kat OT (Operating Theater) sound tanya ada mayat ke? woha!

    ReplyDelete
  18. aku penah ratah belacan..sedap..
    kira aku da penah meratah zombie la jugak ni..woohaaa

    ReplyDelete
  19. Salam Hamka..

    Kok Lanas belah mana?..hehe

    Aku xminat laksa, tapi macam pelik, ada ke laksa kelantan makan dengan daging panggang..nanti aku tanya bini aku..hohoho..

    Tapi selalunya la kan, orang tamak xselalu rugi..dah tentu orang tamak untung..

    ReplyDelete
  20. ni entry yang santai....
    dapat la membuat aq tergelak sebelum subuh...hahahaha

    ReplyDelete
  21. Lagu Edit: Jangan gelakkan aku

    (dibuat ekoran dari entry terbaru kisah makan laksa)

    Lagu asal: Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

    Jangan disusun kata-kata mencela
    Jangan disebut baris ayat menghina
    Biar hilang di celah gigi
    Biarku terjah dengan kayu sugi

    Jangan gelakkan aku
    kisah ku tersedar
    Daging panggang itu rupanya belacan..oh oh..

    Mari berebut daging panggang
    Mari semburkan sisa belacan gampang
    Biar luka sembuh sendiri
    Biar gigi putih sendiri

    Jangan gelakkan aku
    kisah ku tersedar
    Daging panggang itu rupanya belacan oh oh..

    Kau gelakkan aku
    Setiap batang gigiku berdetak
    Setiap lurah gigiku berlagu-maluuuu

    Bila belacan merasuk lidah
    Tersembur menyelubungi mertua
    Aku lupa

    Jangan gelakkan aku
    kisah ku tersedar
    Daging panggang itu rupanya belacan oh oh

    Kau gelakkan aku
    Setiap batang gigiku berdetak
    Setiap lurah gigiku berlagu-maluuuu

    Jangan gelakkan aku
    Makan laksa..

    Jangan gelakkan aku
    kisau ku tersedar
    Daging panggang itu rupanya belacan oh oh..oh..oh..

    Jangan gelakkan aku
    Makan laksa..

    woha!

    ReplyDelete
  22. kok lanas, dekat simpang empat, dulu ada kedai roti canai kat situ.., : )

    ReplyDelete
  23. a'kum.. bila sy nak dapat buku sy, payment dah hampir 2 minggu pun, ke sy ada tersilap step masa order..

    ReplyDelete
  24. salam..

    boleh tahu nama dan email seperti yang di isi dalam borang?

    ReplyDelete
  25. *life IS like this..=)

    ReplyDelete
  26. hahahahahahahhahahahahahhahahahahaahahahahhahahahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahahahahhahaahahahhahahahahahhaahahhaha........................................... hamka wat lawak!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete