Aug 11, 2011

Kenapa Hati gelisah??

(Versi 2.0: Edit balik entry lama sebab dah ramai orang melayu islam menjadi murtad khabarnya, semoga entry ini membantu...)


Lepas Isyak ada seorang sahabat lama datang jumpa aku dan mengadu akan permasalahan yang sedang melanda hidup beliau..

Dia: Hamka, aku ada masalah…, Aku rasa macam tak cukup kaki tangan..

Aku: Kenapa tak cukup kaki tangan? Kau nak jadi labah-labah kah?(jawab aku melawak bodoh)

Dia: Bukan!(suara serius gila-tak bagi peluang lawakku untuk di tertawakan)

Dia lagi: Aku tak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam tak sedap hati jer, kemudian aku rasa seperti banyak benda aku nak buat, tapi rasa macam tak sempat, hati aku rasa tak sedap, aku rasa sungguh gelisah, kat tempat kerja, focus aku hilang, aku rasa masa sangat cepat dan sempit..

Aku:….(diam)

Dia: Sejak dua menjak ni, aku selalu bermimpi…

Aku:Ok,…(bersuara untuk menggalakkan dia bercerita)

Dia: Aku mimpi langit telah turun sampai ke kepala aku, dan air telah keluar dari bumi sampai ke paras leher aku, dada aku sesak, aku rasa sukar bernafas, aku rasa macam nak mati.. Sekarang inipun, aku masih rasa sesak, rasa serba tak kena.., kau tahu tafsir mimpi?

Aku: Hmmmm… (Aku tak tahu tafsir langsung bab mimpi sebenarnya.... oh!)

Dia: Kau pernah alami mimpi-mimpi yang pelik tak?

Aku: Hmmm, Aku selalu gak alami mimpi pelik-pelik, biasa aku mimpi jumpa mayat ler, kadang-kadang mayat orang yang aku tak kenal, ada jugak mayat member baik, mayat awek lama, kadang kadang aku mimpi aku dah jadi mayat, terbaru aku mimpi jumpa mayat Nabi.., tapi tak nampak wajah, sebab terlindung dalam kain kapan, masa tu makam Nabi runtuh, aku dan beberapa orang lain yang aku tak kenal di tugaskan keluarkan mayat Nabi…

Dia : Kau rasa.., apa maksud mimpi aku? Aku rasa jiwa aku sangat sesak, aku rasa macam nak mati..

(cheh! Dia tak pedulipun mimpi aku dan cerita dari aku, memang mamat ni ada problem jiwa.., hampeh)

Aku: Aku sebenarnya tak pandai tafsir mimpi, betul! Aku tak pandai tafsir langsung, tak belajar ilmu kemimpian…, dalam bab masalah hidup, apa yang aku belajar, kita kena selesaikan sebarang masalah dengan ugama, insyALLAH..

Dia: Aku setuju…, aku memang rasa nak buat amal sangat, tapi macam dah tak sempat.., sebenarnya aku ada gak jumpa bomoh, habis banyak duit aku, tapi kegelisahan hati aku tak hilang, bomoh kata aku kena buatan orang..

(dah habis duit, baru datang jumpa aku, hampeh!)

Aku: Aku rasa kau bukan kena buatan orang.., orang yang kena ‘buatan orang’ adalah wanita yang mengandung hehehhe, (cuba berlawak bodoh-tak lawakpun)

Dia:(masih serius) Aku rasa gelisah tak tentu, takut pada banyak benda, dan rasa serba tak kena, orang tua kata ada benda buruk nak berlaku.. atau mungkin aku ni dah dekat nak mati (muram)

Aku: Tak payahlah nak fikir sangat‘benda buruk nak berlaku’..

Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…, kau nak aku selimut engkau sekarang? (Senyum)

Dia:(juga senyum)

Aku lagi :Sebenarnya, memang kau akan mati tak lama lagi, bakal jadi mayat, Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!

Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan… Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat..

Apa kata kau lapangkan masa ikut aku belajar ugama di masjid esok dan lusa atau beberapa hari yang sempat.., belajar cinta Allah dan belajar buang cinta dunia? Sebelum malaikat maut datang., sebelum terlambat..

Dia:Aku kerja esok..

Aku:Kau cakap, kau hilang focus bila kerja, Kau ambiklah cuti rehat..

Dia:……(Diam..)

Aku lagi: Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama, …, inilah cinta dunia namanya.. (aku pulak beremosi-perasan bagus..oh)

Kadang kadang bila atap rumah kita bocor atau dinding rumah kita retak, atau kereta kita rosak, maka kita akan sanggup ambik cuti untuk betulkan harta kita tu, sape lagi nak tolong hantar kereta kita ke bengkel? Kalau bukan tuan punya kereta?

Tapi bila iman kita lemah, ilmu ugama kita kurang, maka kita tak sanggup ambik cuti untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati kita, sape lagi nak tolong rawat iman kita? Ustaz-ulamak? Mereka pun kena bagi masa buat usaha atas iman, apatah lagi kita? Iman tak boleh di warisi., kita kena tolong diri sendiri.., aku belum lagi cerita pasal korban harta dan nyawa.., Tak sanggupkah kita korbankan cuti untuk belajar ugama? (aku yang tak hikmah dan cakap sedap mulut ajer..oh)

Dia:Cuti rehat aku dah habis..(sedikit bingung)

Aku:Kalau ambik MC?..(chech! Aku ni dah jadi macam ajen MLM pulak.., hehe he)

Dia:Aku tak sakit.. mana boleh tipu majikan? Berdosa!(betul apa dia cakap.)

Aku: Iyelah tu.. kau tak sakit.., kat opis hilang focus, tak boleh buat kerja, sakitlah namanya tu.., Kalau kau cerita betul-betul masalah kau kat doctor, insyAllah doctor bagi cuti rehat, doctor sendiri cakap sakit zahir datang dari sakit batin, kau sekarang sakit batin, jiwa kau sakit, iman kau sakit, kau perlukan rehat.., kau perlukan rehat untuh pulihkan iman engkau.. insyallah (aku pulak yang bersemangat)

Dia: Aku boleh ambik cuti untuk belajar ugama, tapi aku kena ambik MC betul-betul,syarikat aku tak terima MC air liur..

(bagus mamat ni)

Aku: Ok, pagi esok lepas solat israq aku teman kau pergi jumpa doctor ambik MC..

*****

Esok pagi, lepas solat israq, seawal jam 8 pagi, dia dan aku pergi klinik.., ada ramai jugak orang walaupun masih pagi.., akibatnya, dia pulak tertidur di bangku menunggu..

Sementara dia tertidur., biarlah aku teruskan bercerita tentang hati yang gelisah..

Bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan kebingungan dan sering bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku..

Baiklah!

Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah gelisah tanpa sebab...

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati terus resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, ingat pada nikmatNYa, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?

Allah berfirman: Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Dan macam yang aku cerita kat mamat tadi, akan cerita atau kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajarlah mendalami kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sahaja tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah* seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti dulu)

Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…

Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian dalam gua selepas susah hati melihat keadaan Ummat Jahilian di zamannya, pendek cerita, apabila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi? badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan ‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…, kemudian bila pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu seterusnya.., dan Nabi menjadi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s

: )

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..

Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?

Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran dilakukan.., Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen jalur lebar.., ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam mana mana bentuk medium lain..

Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!

Korang juga akan suka dengan kereta mayat : )

Akhirnya kereta mayat yang sedang parking dalam halaman masjid bermadah:

Ahli dunia habiskan tenaga dan harta serta masa , demi mencari sebuah kebahagiaan.., telah banyak keringat, wang ringgit dan masa berlalu, tapi kesedihan dan kesempitan jiwa melanda, kalaulah mereka tahu, bahawa kebahagiaan itu ada di sini.., kalaulah mereka tahu, kalaulah..!

Selamat mencari ketenangan!!!

Ok, kita tamatkan cerita ini begitu sahaja.., member aku dah keluar dari bilik doctor dan dah dapat MC 3 hari!! Biar betul?

Aku:Apa kau ‘kelentong’ doctor tu sampai dapat MC 3 hari?

Dia:Aku tak cakap apa-apapun..

Dia lagi: Apa yang pastinya, aku tertidur ketika menunggu giliran, mungkin nurse dah panggil aku dua tiga kali tapi aku tak jawab, sekali di sergahnya aku terus bangkit dan tergesa gesa masuk bilik jumpa doctor, kau bayangkanlah muka orang baru bangun tidur, mata merah dan sedikit kebengingunan.., belum Synchronize lagi., bila doctor tu tengok rupa dan mata aku, terus cakap aku ada sakit mata dan bagi MC 3 hari.

Aku: woha!

Bila mata merah, orang akan ingat kita hisap dadah atau bela jin..., eloklah tu dapat MC! Woha sekali lagi!

Sekian…

Ps: Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang...

93 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdullilah... Rasa mcm mati hidup semula masa baca blog ni, thanks...

      Delete
    2. Alhamdullilah..rasa macam mati hidup semula masa baca blog ni.Thanks..

      Delete
  2. gelisah bila arwah ayahku sedang sakit..juga bila teringatkan dia

    ReplyDelete
  3. alaa igt da 1st dah td..hehe ajak keluar 3 hari encik Hamka..

    ReplyDelete
  4. Post comment kat FB sendiri ke atau FB budak2 atheist?

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk entri ini, pak hamka.

    ReplyDelete
  6. 'Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama..' minta izin copy ayat ini utk post kat fb ye.. renungan utk diri ini dan kwn2..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kita selalu berletih letihan untuk mengejar dunia..tapi tak sanggup berletih letihan untuk akhirat yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  9. sangat gelisah bila xbangun sahur.. dan lebih gelisah bila lagi 2-3 minit nak berbuka puasa... huhu..

    ReplyDelete
  10. baca untuk kali kedua=))

    Tenang sungguh baca post ni...

    ReplyDelete
  11. betul bro..jom pakat2 ingat kat Allah...:)

    ReplyDelete
  12. Ya ALLAH. kini baru kumengerti tentang perasaan itu. Syukran Jazilan Bro. Hamka!

    ReplyDelete
  13. entry ni juga memberi ketenangan...
    subhanallah.....

    ReplyDelete
  14. aku sgt naif...br hari ini aku tahu erti sebenar hati gelisah. Thanks bro.

    ReplyDelete
  15. terbayang saat pertama kali kuar 3 hari..ari pertama gelisah mcm cacing kepanasan..ari kedua,suam2 kuku..ari ketiga,AKU XNAK BALIKKKKKKKK...

    -razman razali

    ReplyDelete
  16. akhirnya, mudahnya dapat mc..Allah telah bantu dia untuk dapat mc..

    *ada orang nak keluar jalan Allah blaja ilmu agama, tapi cuti takde... last2 eksiden, tangan patah, terus dapat cuti panjang.. dengan tangan yang patah tu dia keluar jalan Allah.. mudah kan..

    pertolongan Allah itu sangat dekat kepada orang2 yang mahu mendekatkan diri kepada Allah...(",)

    ReplyDelete
  17. mekasih tulis entry ni. mcm tenang je. bior betey! jarang berlaku ni. kee repost. hehe

    ReplyDelete
  18. ayah aku selalu cuti untuk keluar. dan pernah cuti 2 bulan tnpa gaji untuk keluar 4 bulan.

    ReplyDelete
  19. Satu jord (perhimpunan) akan diadakan.. insyaAllah..
    ~ pada: Ahad 14/08/2011 @ 14 Ramadhan 1432
    ~ jam; 11 pagi - 1 tengahari
    ~ tempat; Masjid Bandar Baru Sri Petaling
    ~ pembayan; Maulana Ahmed Sulaiman Khatani, South Africa
    ~ tujuan; meningkatkan jazbah (semangat) umat Islam dalam kerja² amar ma'ruf dan nahi mungkar.. dan kemudian menyediakan umat Islam pada kerja dakwah cara Nabi صلى الله عليه وسلم.

    * bayan akan dibuat oleh maulana sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.. terjemahan ke bahasa² lain seperti Melayu, Arab, Urdu dan sebagainya akan dibuat berasingan..
    ~ semua lelaki Islam akil baligh dijemput hadir. War²kan kepada umat Islam yg lain..

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  20. hanya itu sahaja yang mampu membuatkan jiwa tenang

    WOHA sekali lagi

    ReplyDelete
  21. insyaallah siapa sedia korban 3 hari.sila bagi nama..ganjaran berlipat2 ganda

    ReplyDelete
  22. Ya Allah...Ya Tuhanku..semoga Allah merahmati penulis Hamka ini.Memang rasa sangat sangat bermakna membaca entry ini. Kebetulan sy juga sedang tidak tenang jiwa...rasa gelisah mcm ada yang tak kena...
    rupa-rupanya ianya adalah kerana hidayat Allah datang...alhamdulillah..sy makin tenang dan sempena bulan ramadhan yang mulia ini, sy akan makin memperbaiki diri.

    terima kasih sangat pada Hamka sebab kongsi ilmu ttg hal ni. Sangat hargainya di saat sy sgt memerlukannya.

    ReplyDelete
  23. Hati telah lama gersang,
    dari siraman kasih sayang,
    kerana hujan iman,
    Sudah lama tidak turun...

    ReplyDelete
  24. Eh, cik Hamka, apa benda yang kau edit dengan entry tahun 2007 tu?

    "Aku buang cerita tentang doktor dan tok bomoh, sebab panjang sangat"

    Ok, habis tu apa yang kau tambah kat entry ni,

    "Aku tambah perkataan Woha di hujung cerita jer"

    Woha!

    ReplyDelete
  25. InsyAllah, berita ini akan memberi ketenangan kepada anda semua.

    Alhamdulillah, 20 haribulan di jangka bonus masuk, tapi tak sure sebab kata pihak terbabit, mungkin lewat sikit, dalam 23 haribulan, tapi dari perbualan dengan pihak terbabit satu lagi, aku rasa bonus macam masuk pada 27 haribulan. Dan berita terkini, bonus ini bukan untuk kakitangan kerajaan dan orang pencen sahaja, semua dapat, paling lewat pun pada 29 haribulan, bunus lebih dari dua bulan, iaitu bonus 1000 bulan, beribadat di malam lailatul qadar, cakap untuk diri sendiri.

    Peace.

    ReplyDelete
  26. Minggu lepas, seorang ustaz tanya, siapa yang dah apply cuti 10 hari bermula 20 Ogos ini, semua jemaah terdiam???

    Dan, 2 hari lepas aku dah apply cuti 2 hari (23hb dan 25hb) khas utk persediaan malam ganjil...

    Muga Allah 'pandang' usaha aku yang tidak seberapa ini...

    -putat-

    ReplyDelete
  27. macam penah baca ni dulu. tak ingat penah komen ke tak. he he

    ReplyDelete
  28. kenapa hati gelisah... tiada rasa gelisah & kerisauan lebih besar selain drpd kegelisahan mencari Tuhan... mencari iman...

    ReplyDelete
  29. susah hati dtg bila hati kosong dan lupa Allah...hati meronta2 mencari cahaya iman tapi nafsu dan anggota tidak terdorong untuk mencari ilmu agama dari Allah...ketenangan (sakinah) itu ada bila tuntutan rohani dipenuhi insyaallah~
    thanks bro HAMKA...

    ReplyDelete
  30. ini apa yang aku rasa sekarang... terima kasih untuk penulisan ini... sungguh~

    ReplyDelete
  31. jazakallah khairan...

    ReplyDelete
  32. salam,
    nak copy paste komen bonus tu ye hamka..thanks :)

    ReplyDelete
  33. gua setuju dgn abg hamka!

    apa yg ditulis memang ada kebenaran dan fakta.

    tak caya cube baca kisah orang dapat hidayah Allah.

    http://faridfaisal89.blogspot.com/2011/08/tayangan-new-muslim-cool-sangat.html

    ReplyDelete
  34. salam..
    Hanya nak berikan ckit info tentang kelicikan yahudi..
    Cuba anda semua yg ada blog taip laman blog anda tanpa guna huruf 'S' cnth: pulan.blog pot.com.
    Anda akn tahu apa yg sya maksudkn
    Nauzubillah himinzalik.
    Moga kita terpelihara dari tipu daya setan dn sekutunya.

    ReplyDelete
  35. reban ayam yg ada musang tidak akan dimasuki oleh ayam.

    reban ayam-hati
    musang-kekotoran
    ayam-hidayah

    ReplyDelete
  36. Eh? ada yang tanya:

    ((Post comment kat FB sendiri ke atau FB budak2 atheist?))

    jawapan: Post kat FB sendiri.

    ReplyDelete
  37. nak copy pasal bonus? jangan lupa bagi kredit. : )

    ReplyDelete
  38. Hmm...
    Mimpi ada banyak orang dan sedang buat preparation untuk aku belajar sihir. Tetiba ada sesuatu yang tak nampak datang, mati mencair semua orang tu (kecuali aku) dan dengar suara La Ila Ha illallah. Aku terjaga dan rasa berat hati sangat.

    Kejadian ni tahun lepas. Bila baca artikel ni, sedih aku... Mungkin ini sebab hati rasa berat ketika tu.

    ReplyDelete
  39. Salam bro hamka,
    Betul ke mimpi yg ko cite kat mamat tu?? Cite le skit...

    Abu Ammar

    ReplyDelete
  40. Salam...
    Bro, bila bulan pose camni selalu aku teringat satu post bro bertajuk
    "Siapa yang kamu sedang rindu?" kalu tak silap bertarikh 28 Ramadhan 1428...mmg meruntun hati dan perasaan hingga mencetuskan insaf dan syukur yang teramat sangat...
    Memang tiap2 Ramadhan aku akan ulangkaji...
    Klu boleh repost la lagi...hehehe.
    Jazakallah...

    Abu Ammar

    ReplyDelete
  41. oohh...
    post ini pengubat lara...
    terima kasih hamka...
    terima kasih tuhan...

    ReplyDelete
  42. sengal...sakit mata plop =='..hahaha

    hmmm..adalah sangat stuju tentang keresahan jiwa tu melibatkan dua pilihan, hidayah atau sebaliknya. dulu saya alami pengalamn nih time dekat2 nak SPM....adeh, x bleh mintak MC, so x dapat nak fokus SPM, still keputusan x terok sangat dan x jugak bagos sangat.

    ada unsur keciwa sebenornya [tang spm tuh..;( ], tapi ada hikmah disebaliknya, nikmat hidayah lebih beso impaknya berbanding spm yg gempak.

    ReplyDelete
  43. salam Encik Hamka story mory la lagi pasal encik mimpi kuarkan jenazah dari runtuhan tu saya ingin tahu....

    ReplyDelete
  44. Fikirkan mimpi bleh buat jiwa tak tenang.. hmmm... Hidayah Allah rupanya begitu mudah datang tapi terlalu payah dirasakan~

    ReplyDelete
  45. mimpi tu dah lama, tahun 2007.

    aku cuba imbas kembali.

    aku duduk dekat masjid Nabawi, kemudian orang ramai bagitahu kubur Nabi runtuh, maka aku bergegas pergi dan dalam hati ada rasa takut jika mayat nabi reput, atau tinggal tulang, atau tinggal debu yang boleh buat iman aku menjadi medan ujian syaitan, tiba di kubur Nabi, ramai ustaz ulamak arab, (aku agak jelah sebab muka mereka bersih dan berjanggut) lalu kami sama sama angkat mayat Nabi untuk letak ke tepi, supaya kubur dapat di bersihkan, aku pegang bahagian kaki, dan alhamdulillah, mayat Nabi tidak reput, tapi tak dapat tengok fizikal sebab kain kapan warna putih, bila mayat di alihkan, orang mulai ramai sehingga aku tertolak ke belakang, tiba tiba muncul mamat arab yang cakap arab tapi aku faham dia sedang menghina Nabi, orang ramai pun memukul dia dan aku jadi kelam kabut, lepas tu aku terjaga...

    bila aku ceritakan pada ustaz kisah ni, ustaz menangis.., sedang aku tak menangispun, ini menunjukkan hati ustaz itu lembut, dan hati aku keras.

    Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan lembutkanlah hatiku agar air mata ini mudah tumpah ke atas dosa dosa..

    Wallahu'lam.

    ReplyDelete
  46. xdapat nak jadi org pertama komment..:P

    en_j
    aku wanita mahu ilmu akhirat

    ReplyDelete
  47. bro hamka..tuan karkun, jemaah mana ye?saya di puchong. ada rezki mungkin boleh jumpa di markaz :)

    ReplyDelete
  48. aku pernah dengar org cakap kalau mimpi jumpa nabi tak boleh cerita kat org..tp en.hamka dah citer,aku pon nak share skit mimpi jumpa dgn nabi..

    masa tu umur aku 17,boleh kata aku baru jugak dapat hidayah setelah 17tahun hidup..
    di pendekkan cerita,aku selalu doa nak jumpa Nabi Muhammad..hari2 doa,sehinggalah aku bertemu dengan Nabi Muhammad.aku tak tahu lah betul ke tak kan,tapi dalam mimpi tu aku jumpa berdepan dgn baginda.dalam mimpi aku tak bercakap,baginda pun tak bercakap..aku ingt belakang baginda ada unta..baginda pakai jubah putih..muka baginda aku tak leh nak describe..
    jadi disebabkan aku dgr yg org kata kalau kita mimpi jumpa nabi,jgn bgth org,jd sampai hari ni lah aku tak pernah bgth org..walhal aku nak sangat tahu tafsiran mimpi aku tu..
    sekina.

    en_j
    aku wanita mahu ilmu akhirat

    ReplyDelete
  49. Bagus!Nice entry!sukaaa....

    ReplyDelete
  50. Akhirnye dapat gak jawapan kenapa hati saya sangat gelisah..terima kasih atas entry ini.sangat bermakna..

    ReplyDelete
  51. kepada yang ucap terima kasih, aku ucapkan sama sama, jika aku dah mati, boleh sedekahkan aku "Al baqarah dan Al imran".

    Woha!

    ReplyDelete
  52. terima kasih atas peringatan ini.....

    ReplyDelete
  53. gelisah sebab utang banyak ni...

    ReplyDelete
  54. hati ku tetap gelisah kerna walaupun kuota dah cukup ...masih ada yang mau!!!!! Bagaimana ya

    ReplyDelete
  55. Salam,

    Bro, ko penah suruh aku baca entry ni bila aku hantar soalan, dan dalam pencarian "kenapa hati aku gelisah" disebabkan konsert kumpulan yang aku minat tahap gaban akan dilangsungkan samada nak pergi atau tak...(aku takut sebab tempat macam tu takde/payah orang ingat ALLAH dan ALLAH tak suka tempat macam tu)

    Akhirnya aku dapat jawapan yang aku nak dan aku bersyukur serta mampu senyum penuh ketenangan selepas dapat jawapan.

    >>>Tak gi konsert, tengok je CD<<<

    Terima kasih bro...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  56. Assalam

    Ya Rabb...perkenankanlah doa Tuan Rumah dari semua arah!

    Khalid
    P/s: tiada dusta dalam air mata.
    All thumbs up bro...terbaeeeek!

    ReplyDelete
  57. INSYA ALLAH. Kekalkan lah dia dalam usaha yg mulia ini, amin... http://blogkarkun.blogspot.com

    ReplyDelete
  58. salam cik hamka..mohon kebenaran tuk berkongsi entry nie di blog saye..moga kita sume diberi petunjuk dariNYA..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  59. Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah ma...lam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......


    Ce komen....ce komen...

    ReplyDelete
  60. subhanallah... insaf baca entri ni. thanks a lot, inche hamka

    ReplyDelete
  61. tenang hati sy membaca entri kamu hamka....thnx for this nice entry...huhu

    ReplyDelete
  62. baru saya paham knp selama ni....
    Ya Allah :(

    Syukran jazilan akhi..

    ReplyDelete
  63. Assalam

    Malam Jumaat adalah malam markaz bagi negeri-negeri tertentu di Malaysia dan negara-negara tertentu di alam buana ni.

    Bermula asar (Khamis) sehinggalah selepas solah sunat israk 20 min. after syuruk semua daei-daei akan mendisplinkan diri dengn iktikaf, dakwah, quran, zikir dan solah.

    Berdasarkan apa yang Kiah Pro beritahu...saya menjemput semua lelaki akil baligh untuk belajar dari sekarang untuk iktikaf di markas2 tersebut. maklumat lanjut di Go Tabligh .com

    Khalid

    ReplyDelete
  64. kesian bro tu. Wa pun pernah alami cmtu. wa rasa hati gelisah tak tenang kerana ... kita tak memenuhi perjanjian kita dengan Allah. Bukankah sebelum kita lahir ke dunia ini, kita telah mengikat janji dengan Nya. nak tau apa perjanjian kita itu, bro tanyalah orang2 yang lebih alim. wa tak pandai nak terangkan, tapi wa faham.

    ReplyDelete
  65. Sama sama, semua dari Allah.

    Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNYA

    ReplyDelete
  66. 'Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama..' minta izin copy ayat ini utk post kat fb ye.. renungan utk diri ini dan kwn2..

    ReplyDelete
  67. syukran atas perkongsian entry ini. mohon quote beberapa kata-kata dlm entry ini...=p

    ReplyDelete
  68. Salam,

    Erm, patut la. Bagi saya, Ramadhan kali ni, betul2 menginsafkan. Kegelisahan ni, saya tak pernah terasa dalam Ramadhan sebelum ni.

    Betul kata En Hamka. Dengan mengingati Allah, hati akan jadi lebih tenang. Ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan dalam diri saya walaupun tak banyak.

    Sentiasa mengharapkan ia kembali membuatkan hati gelisah untuk capai tahap yang lebih baik....

    ReplyDelete
  69. nangis bce entry ni.. x taw nape.. TQ.. :)

    ReplyDelete
  70. minta share...halalkn ilmu.

    ReplyDelete
  71. Ingatkan hati yang tenang selama ni bagus, rupanya aku masih dlm ketenangan dosa2.....astaghfirullah.....terima kasih atas perkongsian ilmu ini....mohon di share~

    ReplyDelete
  72. Alhmdulillah.....perkongsian yg bgtu menrnangkn...alhmdulillahhh

    ReplyDelete
  73. terima kasih encik Hamka..alhamdulillah...sy sebenarnya sgt resah gelisah beberapa hari ni..syukur terbaca catatan ni...makin kuat rasanya dan menjawab beberapa persoalan dlm diri...
    moga Allah merahmatimu...

    ReplyDelete
  74. alhamdulillah, semua dari Allah.

    aku sendiripun, bila gelisah, baca balik entry ni, sebab kita kadang lupa pernah nasihat orang yang mana nasihat itu kita sendiri yang perlukan kembali.

    terima kasih komen, buat aku baca balik artikel ini.

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  75. sy pun mengalami bnda yg sama.. Dah 3 ari hati sy gelisah.. Satu kerja pun xjalan..

    ReplyDelete
  76. rasa gelisah dari minggu lepas.. terima kasih atas entry ini.. rasa gelisah buat hati terdetik ajal aku dah sampai ker? moga2 dapat genggam hidayah tu. Amin..

    ReplyDelete