Aug 9, 2011

Berpuasa lebih 18 jam?

(Waktu pagi biasanya aku akan berak, dan bila berak tahik ku banyak sekali)

Soalan pembaca:

Salam sheikh...sebenarnye saya ada benda nak tanya nie...tapi sebelum tu saya bagi situasi:

Ermm, saya sekarang kat oversea...Bulan Ramadhan...tapi yang menjadi masalahnya, tahun ni saya kena berpuasa selama 18jam (musim summer)...tahun lepas yang puasa 17jam pon macam tak larat jer, inikan pula tahun ni 18jam.tak tahu lah camne?

So soalannye: ada tak uzur-uzur syarie untuk situasi saya ni?.I mean macam ada tak fatwa boleh pendekkan tempoh berpuasa..sebagai contoh, saya pernah terdengar, orang scotland dibolehkan berpuasa selama 12jam sahaja, sebab kalau ikut matahari, diorang akan puasa 20jam...tak tahu lah fatwa ni betul ke tak...any idea?.

Or kalau sheikh ada pandangan-pandangan lain tentang permasalahan ni, boleh lah share kat saya...kalau nak share kat blog pon lagi bagus, saya boleh tolog sebar-sebarkan kat member-member saya...

Thanx in advance!.

Jawapan dari Hamka keretamayat yang bukan ustaz.

Salam, aku tak tahu sebenarnya fatwa bab ni sebab takde pengalaman berpuasa di luar negara, dan aku jika ke luar negarapun hanyalah setakat ikut garisan khatulistiwa sahaja,hu hu... lagipun aku takut nak ke luar negara di bulan puasa sebab takut tak jumpa orang kampung selama sebulan di bulan puasa nanti mereka sangka aku hilang kena rantai sama sama dengan syaitan-Woha! Tak lawak pun!

So, aku kena rujuk ustaz...

Alhamdulillah, kat tempat aku ada seorang ustaz yang mengajar bab fekah, tapi bulan puasa ni kuliah dah takde, so susah sikit nak tanya, tapi jap, pagi semalam aku ada nampak dia solat subuh kat surau aku, lepas subuh dia duduk mengaji, tapi aku ni dah jadi macam habitat pulak iaitu mesti mahu berak di waktu pagi terutamanya 30 minit selepas solat subuh, dan bila berak, tahi aku banyak sekali. Banyak sungguh (serius)

Jadi pagi semalam, lepas dah berak dalam beberapa kilogram menu sahur, aku dapati ustaz tu dah hilang, dah balik dah... so tak dapatlah aku nak tanya.

Pagi tadi, ustaz tu datang lagi solat subuh, aku ingat nak tanya terus soalan ni tapi ramai pulak orang lain mengelilingi beliau dan aku yang sakit perut, pergi berak dulu lah! Dan seperti biasa, tahi aku banyak sekali. Lebih banyak dari semalam.

Dan seperti biasa jugak, ustaz tu dah balik lepas aku dah penat berak. Hampeh!

Oleh sebab ustaz dah balik dan bulan puasa pun dah nak masuk fasa keampunan selepas fasa Rahmat sebelum fasa pembebasan api neraka, aku jawab jugaklah soalan ini ikut kefahaman aku yang banyak tahi di waktu pagi ini.

Jawapan aku:

Puasa kena ikut Matahari, sama macam solat, kena ikut matahari, selagi tidak memudaratkan, dan jika memudaratkan boleh berbuka puasa tapi tidak berdosa dan kena ganti balik bila musim kembali normal dan bagi tampat yang ekstrim seperti kutub utara/selatan yang terlalu melampau panjang siangnya bolehlah merujuk kepada negara terdekat yang normal musimnya-wallahulam (kena rujuk ustaz balik)

Apapun, the best way adalah ikut mufti/fatwa ulamak daerah terbabit, mereka lebih arif dan faham akan faktor geografi dan kesejajaran pengkelanaan waktu mengukur hukum (wow! Klasiknya bahasa) benda ni ada lebih kurang dengan masalah solat, nak kena ikut matahari ke atau nak kena jamak apabila cuaca terlalu ekstrim.

Bila kau tanya ada idea tak untuk masalah ni? teringat aku satu hadith bab Dajjal turun ke bumi, yang mana hari pertama, sama dengan setahun. Hari kedua sama dengan sebulan dan hari ketiga sama dengan seminggu, manakala hari lain akan sama seperti biasa, lalu sahabat yang selalu fikir ugama terus tanya pada Nabi, macam mana nak solat jika sehari macam setahun?, maka Nabi cakap, lebih kurang maksud: solat macam biasa, maknanya, dalam sehari tu solat macam 360 hari. Tak payah ikut matahari, ikut waktu macam biasa, tapi aku tak tahu status hadith tu, tapi kat situ ada idea. Boleh rujuk ustaz balik, insyallah.

Aku rasa cukup sampai sini, maaf tak boleh bantu banyak sangat, tak de pengalamaan bro..

Jadi, kepada siapa siapa yang tahu akan fatwa bab ni terutama student oversea, bolehlah kongsi ilmu korang dekat ruangan komen.

Aku pulak, insyallah jika besok besok aku ternampak ustaz tu datang lagi solat subuh kat surau aku, aku akan cuba tahan berak setakat boleh tahan. InsyAllah. Sama sama kita doakan kejayaan aku.

Ok, cukup sampai sini, aku rasa macam tak puas lagi berak pagi tadi,

Pergi berak dulu, bye!

Ps: Hari ini adalah hari jadi aku, boleh minta alamat aku melalui email kepada sesiapa yang nak bagi kad raya atau hadiah-woha! (dasar muka tak malu, he he)

84 comments:

  1. 1st, yes!!

    hehehe, br 2 mnt td cek update blm ade lg, alih2 buka facebook kluar link:-)

    komen dulu baru baca,hehe

    ReplyDelete
  2. boleh like tak komen kat atas ni. LOL.

    ReplyDelete
  3. Top 10 nampaknya... syukran! :)

    ReplyDelete
  4. heyahh heyahhhhhhh *berebut-rebut nak komen awal.

    ReplyDelete
  5. bagus berak waktu pagi..hehe..

    ReplyDelete
  6. ok dah baca.solution sorang kawan aku-bulan posa tahun ni dia balik malaysia.hahaha.not applicable answer to everyone.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah hari pertama kami berpuasa hampir 19 jam. 18 jam 3/4 minit. Anak saya semua berpuasa including yg bongsu umur 8 tahun. Kami di north east of england.

    Soalan yg sama dtg sebelum di pd saya dari adik adik berdekatan sebab ada hamba Allah yg menyebarkan konon boleh ikut masa berpuasa malaysia atau dubai.

    But, mengikut negara berdekatan cuma tertakluk pada Kutub utara dan utara norway. Oh ya, buat masa ini ada satu jemaah malaysia di norway, mereka berpuasa lebih kurang 20 jam masya Allah.

    Alhamdulillah tidak ada masaalah dan kalau anak saya umur 8 thn boleh berpuasa selama hampir 19 jam dgn hati yg senang, tanpa sebarang komen, harap yg dah akil baligh mampulah bertahan. ila lagi kita nak belajar tahan nafsu dan bermujahadah. Memang kalau kita fikirkan boleh ke...panjangnya..tapi tu lah, Allah tu Maha Kuasa..walaupun panjang Alhamdulillah rasa macam puasa time di Malaysia dulu dulu saja. Thn lepas 17 jam anak saya umur 7 thn cuma tinggal puasa sehari saja. Thn ni kami cakap dia tak yah lah puasa sebab takut panjang, tapi tak guna cakap, sebab dah lama dia menanti bulan puasa dan kalau tak bagi puasa pun dia akan puasa..dan dgn senang hati saja dia berpuasa..malah boleh bermain dan belajar seperti biasa...Sesungguhnya bila kita inginkan agama Allah swt, maka Allah akan membantu dan bagi kekuatan. Kekuatan utk beribadat adalah darinya.

    Kami di sini berbuka semalam pukul 8.58 mlm, (hari pertama berbuka pukul 9.23 mlm), habis teraweeh hampir jam 12, bangun sahur jam 2.45 pagi, subuh jam 3.40 utk hari ni.

    ReplyDelete
  8. Ummi, aku pernah di sahkan gasterik, masuk wad satu hari siap doktor masuk alat apatah dalam perut ikut tekak..

    lepas tu jika lapar mulut mulai rasa kebas.

    tapi bulan puasa, alhamdulillah, langsung tak ada tanda gastrik, walaupun berak banyak di pagi hari, selamba jer puasa, syukur pada Allah untuk 30 tahun ke belakang dan akan datang, panjang umur, aku akan puasa setiap tahun selama sebulan di bulan ramadhan sampai mati.

    : )

    ReplyDelete
  9. Puasa kalau ikut hukumya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari...apa hukumnya pula kalau berada di negara2 yang siangnya panjang macam Iceland?

    ReplyDelete
  10. kenapa asyik berak berak. =.= esok tahan perut, pi tanya ustat tu terus sebelum berak.


    Kawan Dalam Musibah. Kita Buat Apa?

    ReplyDelete
  11. I. Happy befday to Bro Hamka...
    2. Puasa jangan tak puasa...
    3. Lagi banyak ibadah korang boleh buat masa puasa siang tu... Korang patut berbangga dan syukur... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. "Wahai Rasul, bagaimana dengan daerah yang satu harinya (sehari-semalam) sama dengan satu tahun, apakah cukup dengan sekali shalat saja". Rasul menjawab "tidak... tapi perkirakanlah sebagaimana kadarnya (pada hari-hari biasa)". [HR. Muslim]

    ReplyDelete
  13. Selamat Ulangtahun Lahir bro...moga mencurah2 rezki.

    Insyaallah...aku dihujung2 ramadhan nanti akan balik kg utk beraya dan ketika itu tempoh aku berpuasa menjadi singkat sejam kerana waktu berbuka puasa di Malaysia Timur awal sejam...maknanya aku akan bersahur lewat dan berbuka awal...woha!

    ReplyDelete
  14. hppy birthday bro.

    aksara: banged

    jadah apa nak bang puasa2 ni?

    ReplyDelete
  15. happy birthday....
    makin panjang umur ke atau makin dekat dengan kubur?

    ReplyDelete
  16. taknak komen benda lain. tggu hamka update dgn ustaz tu. dan kami pun kalo ade kesempatan nak update dgn ustaz kami.

    ape pon hamka, selamat hari jadi (kenapa ayat saya skema begini?)

    ReplyDelete
  17. salam bro hamka..

    selamat ulang tahun kelahiran (^.^)

    ReplyDelete
  18. Saya pun ada gastrik, teruk juga lah, tp alhamdulillah setakat ni gastrik tidak pernah datang masa bulan ramadhan. Mmg ada rasa kurang selesa sikit dlm perut tp boleh tahan smpai bukak puasa. Dan pernah dengar dari seorang doktor bahawa berpuasa adalah salah satu cara penyembuhan gastrik. Semua dalam perancangan Allah jua.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Tak apa. Pada penuntut luar negara, kuatkan semangat. Tunjukkan kekuatan pada yang bukan Muslim bagaimana kita orang Muslim dan Mukmin ni berdepan ujian dari Allah dengan baik.

    http://zulkhairiazizi.blogspot.com/2011/08/makan-ingat-orang-belakang.html

    ReplyDelete
  21. kenapa kene highlightkan berak banyak kali dalam entri ini..menyebabkan rase nk terberak juga saat ini.. woaahh

    ape pun.. selamat hari lahir tuan blog..semoga dirahmati sekeluarga didunia dan diakhirat..

    puasa kalau ikut hukum memang kene ikut keadaan sekelilinglahh (matahari) sebagai petunjuk.. sungguh besar dugaan mereka2 yang berpuasa lebih dari 12 jam.. kagum..

    ReplyDelete
  22. ok, habis baca,tapi xlh nk tlg jg sbb xde ilmu dan pengalamn dlm bab ni,huhu.

    Selamat hari jadi owner KM moga hidup sentiasa di berkati dan dirahmati,aminnn=))

    nak hadiah bagi je la alamt kt ruang komen tu, sebab tunggu hamka balas email berzaman, aku pnh anta email sebulan baru balas.

    sekian:-)

    ReplyDelete
  23. terima kasih kepada yang ucap selamat hari lahir.

    bab email sebulan tu cuba kau letak tajuk: nak amalat nak bagi hadiah, hari tu jugak aku balas, he he

    eh, orang yang puasa siang pendek, diam jerr.. ;)

    ReplyDelete
  24. semoga panjang umur dan bertambah iman... teruskan menulis dalam blog ni...

    ReplyDelete
  25. Syukur sbb dah kali ke-3 puasa masa winter di bumi kangaroo. Matahari terbit lambat, terbenam pulak cepat. Puasa pulak dalam cuaca sejuk, sikit pun tak terasa.

    Buat yang perlu berpuasa lebih dari 12jam, kuatkan semangat. Lagi lama kita berpuasa, lagi panjang masa kita dapat hindarkan dari buat dosa..=)

    ReplyDelete
  26. huhu...puasa masa summer kesian...xcerita plak yg puasa time winter...mgkn balance....wallhualam

    happy bornday bro hamka

    ReplyDelete
  27. aku nak bagi petua makan berselera waktu sahur.

    Mandi sebelum makan.

    best, rasa macam makan tengah hari, tu yang berak banyak tu-woha!

    ReplyDelete
  28. perlu kah nak bagitau kau berak tahi banyak?

    ReplyDelete
  29. ada aku bagitahu warna tahik aku tak? lupa pulak nak tulis tadi.

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum. Dulu saya call masjid Glasgow mintak tlg email jadual bersahur dan berbuka puasa dan waktu solat. Saya follow je jadual tu. Takder masalah Alhamdulillah. Cubala. Kalau dah betul2 tak larat smpi bleh wat pitam, itu barula kira darurat. Sbb kalau pitam pun batal puasa, kan? Wallahua'lam. Rujuk ngan masjid terdekat lebih baik.

    ReplyDelete
  31. Makan jamu ke apa? Gaya bunyi macam banyak sangat tahik tu.

    ReplyDelete
  32. gila apa makan jamu, makan kurmalah! ha ha

    ReplyDelete
  33. bro!

    semoga diberkati umur dan dimurahkan rezki:)

    ReplyDelete
  34. happy besday encik hamka! weewittt.. dia dah tua arr!!

    ngeeee :)

    -DnA-

    ReplyDelete
  35. Salam,

    Kena juga puasa mengikut takwim setempat, meskipun lebih 18 jam..

    Maha Suci Allah yang Maha Adil lagi bijaksana, menjadikan tempat beriklim empat sebegini begitu unik. Adakah jika beberapa tahun akan datang, Ramadhan jatuh pada musim sejuk dimana subuhnya pukul 8 pagi dan maghribnya 2 petang, kita kena juga panjangkan puasa cukupkan 10 jam?

    Bagi mereka yang bermastautin di negara ini, pada musim sejuk mereka menikmati puasa yang singkat, maka justeru itulah pada musim panas apa salahnya mereka melalui puasa yang panjang juga.

    Disini ada sebuah artikel yang cukup menarik : Ramadhan - Antara Bulan Dan Matahari

    Akhir kata, sebagai konklusi - ikutilah fatwa setempat anda. Hee...

    Sekian, wallahua'lam. Wassalam.

    ReplyDelete
  36. Ehem ehem: bunyi berdehem tanda setuju.

    ReplyDelete
  37. salam,
    skang aku pun berpuasa 18 jam lebih.
    petua nak tahan sampai 18 jam, malam lepas berbuka minum air kosong byk2 at least 2 botol 1 liter tuh. insyaAllah boleh tahan sampai berbuka. makan berbuka tanpa sahur pun dah cukup sebab beza dgn waktu sahur 6 jam je. makanan berbuka pun msh dlm proses digest.
    so far alhamdulillah sume takde masalah. hendak seribu daya kan. puasa ni pun menguji minda kita. its all in your mind bak kate orang putih. Allah tak jadikan puasa utk seksa hambaNya.

    ReplyDelete
  38. Tahap pencernaan makanan perut Hamka : Paling terbaik. HAHA :D

    http://supermansayaterbang.blogspot.com/2011/08/ucapan-khas-untuk-kereta-mayat.html

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Assalam

    Anak aku punya harijadi semalam. Kau punya harijadi hari ini. Aku punya harimati bile? He..he..

    Panjang umur murah rezeki dan kahwin lagi. Oppsss.....

    Smile. God is watching you bro!

    Khalid

    ReplyDelete
  41. Nikmat negeri 4 musim sebab banyak musimnya tapi time puasa Allah beri sikit benda tak nikmat iaitu puasa lama time summer.

    Negeri yang tak de 4 musim memang biasa3 je lah kan. Tapi nikmatnya time puasa, puasa cuma 12 jam. hehe apapun, ciptaan Allah ada hikmahnya.

    Oya, aku pernah baca jugak.. Kalau dalam masalah macam ne ikutlah fatwa dari ulama tempat tersebut coz ulama yang berada di dana lebih tau keadaan mereka. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  42. salam..

    KM sanah helwah..
    semoga selalu tabah dan tekun dalam dakwah dan doa..

    -ron

    ReplyDelete
  43. xmo komen ape2 coz ku pon x arif bab2 poser kt ober da sea nieee...ku juz nk wish e.p.p.i.b.e.s.d.e.i.2.u.b.r.o.h.a.m.k.a.......:)

    ReplyDelete
  44. Rasanya tak ada masalah puasa 18 jam pun sebab cuaca di oversea even summer tak seterik di malaysia. kalau malaysia tu mmg tak dapek nak posa 18 jam dengan bahang ape bagai kan. lembikkk jawabnye. kalau di oversea, eventho 18 jam tp tak terasa sangat keletihan sampai flat sbb peluh tak berapa bnyak.

    syukurlah. biarpun puasa 18 jam tp cuaca tu nyaman aje. syukurlah banyak2.

    ReplyDelete
  45. Assalam

    Puasa adalah salah satu ibadah yang sangat dicintai oleh Allah swt. Oleh kerana itu, Allah swt berfirman(didalam hadith qudsi) yang bermaksud:

    "Ganjaran bagi setiap amal kebaikan akan diberi oleh malaikat tetapi ganjaran untuk puasa, Aku sendiri yang akan beri kerana puasa adalah khusus untukKu".

    Apakah ganjaran yang lebih tinggi daripada mendapat Dia yang dikasihi?
    -Fadilat Ramadhan Hadith 2 ms.17 (the blue book)

    Come 18 hours..19 hours or 24 hours...ubatlah hati dengan hadith ini. Insyallah dan jgn lupe doa kat wa beb!...wherever you are bro & sis in Islam. Happy Ramadhan!!!!

    Khalid
    P/s: Nabi saw pernah berpuasa beberapa hari secara berterusan tanpa memakan apa-apa pun.- Fadilat Ramadhan ms. 44 baris ke 6 dari bawah.

    ReplyDelete
  46. slamat menyambut besday dgn BERAK...haha..

    ReplyDelete
  47. haha..hilang stress..bengang giler pg td ade org berak x flush..haish..hepi besday en. hamka :)

    ReplyDelete
  48. hamka,

    puasa kali ni takde ke entry pasal tahik ko yg berwarna kuning goreng pisang macam puasa tahun lepas?

    he he he...

    ReplyDelete
  49. aah kan, hamka tak cerita pun die flush atau tak.. hrmm..

    ReplyDelete
  50. jawapannya mudah..

    waktu puasa adalah dimulai saat terbit fajar dan berakhir saat terbenam matahari..

    di mana bumi di pijak, di situ matahari dilihat..

    dengan mujahadah dan susah payah, barulah dapat dirasakan nikmat islam..

    ReplyDelete
  51. selamat hari lahir hamka..
    semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

    mis izza

    ReplyDelete
  52. UPDATE:

    hari ni lepas jer solat subuh terus berak, lepas berak, orang sedang berdoa, lepas doa aku lap lap dulu tangan kesan air basuh berak, dan jumpa ustaz.

    jawapan ustaz.

    kena ikut Matahari, walau di manapun berada, kecuali dekat eskimo, sebab matahari langsung tak tenggelam atau langsung tak timbul kena ikut daerah terdekat.

    fatwa ni kata ustaz di keluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah,, organisasi islam arab di sweden (20 jam) dan di Britain (18 jam)

    dan jika darurat boleh berbuka tapi kena ganti balik bila dah tak darurat.

    so, aku ringkaskan, betul sudah pendapat aku tu, alhamdulillah.

    bab solat pulak memang ada hadith bab dajjal turun, dan ustaz tu cerita pula tentang fatwa jamak untuk negara 4 musim, kita cerita lain kali.

    ok, masalah ni di anggap selesai.

    dan aku memang flush tahik lepas berak, sebab warna tahik aku untuk tahun ini adalah rahsia. Woha!

    ReplyDelete
  53. terim kasih buar nadeyra, sebab tulis enty khas untuk aku sempena hari jadi.

    kepada sapa sape yang pernah tulis entry pasal aku, tak kira sama ada korang kutuk atau puji atau dengki, sila bagi link untuk aku baca dan muhasabah diri walaupun entry tu dah lama.

    aku anggap link itu sebagai hadiah hari lahir aku.

    terima kasih, i love u, jangan lupa bayar zakat.

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. haha..kuat beno berak nya.. banyak ke tahi tu?
    Apa2 pun.. nice entry.. kelakar pun ada.. haha..hidup kereta manyat..

    ReplyDelete
  56. hehehe.. entri menarik, cuma aku konpius sebab banyak sangat beraknya.. Disampaikan dengan cara yg cukup santai, pada yg bertanya @ yang tak tahu, mesti akan teringat tiap kali diaorang berak.. woha!!

    Terbaru! Promosi Terhad Untuk Anda

    ReplyDelete
  57. aku tgk ramai betul org berusaha nak jd first komen.apesal eh?
    kelako pon ade.haha.
    pasni aku jd first komentar la plak.muahaha

    anyway selamat hari lahir en.hamka semoga usia yg tinggal di manfaatkan dgn benda2 bermanfaat dan memanfaatkan org lain seperti aku.

    eN_J

    ReplyDelete
  58. selamat hari lahir en hamka yg busuk asik2 p berak di subuh hari.. =) eheheh

    ReplyDelete
  59. masa zaman 'irtc chat kampung' dulu, susah nak wish hari jadi, tapi sejak zaman FB ni, ramai betul orang wish hari jadi, hari jadi kucing pun mereka wish..

    bilakah tibanya zaman, orang wish kita dapat duit, woha!

    ReplyDelete
  60. Aku bau busuk je sepanjang baca entri ko ni.. Aurora gaya penulisan ko memang kuat.. (ke aku yang terberak?)

    ReplyDelete
  61. kalau kentut tu mengaku, woha!

    ReplyDelete
  62. Kenalah ikut terbit fajar dan terbenam mentari...sbb kalau musim sejuk di bulan Dis waktu puasanya tersangat lah pendeknya....masa tu kenape tak ikut waktu Msia....

    So kalau tak larat, gantilah puasa tu di bulan Dis nanti...subuh pukul 8 berbuka pukul 4....jap jer kan....

    ReplyDelete
  63. happy birthday bro hamka :) semoga dipanjangkan umur , dan dilimpahkan rezeki.

    ReplyDelete
  64. salam tuan rumah,

    dalam surah Al Baqarah, ayat 187,
    "Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam"

    tapi sampai skrg saya musykil, kenapa kita buka puasa awal (belum datang malam).

    p/s: kepada yang puasa lebih 16,17 jam itu. saya yakin anda semua mampu lakukan. :)

    Quran ada menyebut.
    "Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya." - surah An'am, 152.

    "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." - Al Baqarah, 286

    "Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya" - Al A'raf, 42

    "Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya" - Al Mukminun, 62

    "Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya" - At Talaq, 7

    ReplyDelete
  65. Ehem! ehem! hem hem hem..

    ketawa sambil berdehem sebab dalam tanda tak boleh bercakap.. woha!

    ReplyDelete
  66. kepada yang bertanya:

    dalam surah Al Baqarah, ayat 187,
    "Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam"tapi sampai skrg saya musykil, kenapa kita buka puasa awal (belum datang malam).

    Nabi tafsir malam dalam ayat tu adalah tenggelam matahari., kita ikut Nabi jer dik, sebab Nabi paling faham ugama.

    eh, kenapa waktu malam dekat kota london hari tu ada mat saleh cakap kat aku good evening? bukan evening tu petang ke?

    tanya aku yang tak perlu sapa sape jawab. : )

    ReplyDelete
  67. salam tuan.. tahniah.. selamat hari lahir.. mudah mudahan allah berkati umur tuan dilimpahi kemewahan rezeki yang halal and dipermudahkan berkahwin lagi heh..

    tuan.. akan datang ucap selamat jeks dapat kawin lg.. ucap selamat lagi kawen lg.. ucap selamat selamat dapat kawen kawen lagi.. heh ..

    insyallah di syurga begitu..

    ReplyDelete
  68. salam tuan rumah,

    Tapi Hamka, hadis mengatakan
    "apabila matahari terbenam DAN datang malam"
    boleh rujuk buku "Ringkasan Shahih Muslim", Kitab Puasa.
    di google book pun ada sini - http://bit.ly/mTeF72

    tgk ada dua condition kat situ.
    matahari terbenam DAN datang malam.

    saya berikan lagi dalil Al Qurang tentang waktu maghrib sebenar.
    Surah Al Isra' ayat 78.
    "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam"

    saya sendiri mengkaji definisi untuk Sunset dan Dusk
    - Sunset : matahari terbenam
    - Dusk : Matahari terbenam dan gelap malam datang.

    -----------
    mohon hamka lihat semula apa kata2 saya ini. saya sangat yakin waktu maghrib malaysia adalah salah dan terlalu awal. jika ada kenal mana2 jakim, mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  69. bagaimana waktu imsak, tidakkah terlalu awal sebab matahari belum terbit?

    ReplyDelete
  70. salam tuan rumah,

    saudara hamka,
    jika kita imsak lebih awal tidak ada masalah.

    tetapi, jika buka puasa lebih awal - walaupun lagi 1 minit nak berbuka, maka puasa kita tetap batal. bukan begitu?

    jadi, sekiranya hamka tidak mahu sahur pun, masih tetap boleh berpuasa.

    tetapi jika hamka juga mahu tahu waktu imsak, maka saya berikan hadis dari buku yg sama shahih muslim.

    No 581, Ringkasan Shahih Muslim.
    Zaid bin Tsabit r.a berkata, "Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah, kemudian kami bersiap untuk lakukan shalat. Aku bertanyakan, 'Berapa kira-kira waktu antara sahur dan shalat (Shubuh)? Jawabnya, 'Kira-kira selama 50 bacaan 50 ayat." (Muslim 3/131).
    Rujuk sini : http://bit.ly/q5uHnn

    saya masih ragu-ragu tentang maghrib di malaysia? bagaimana hamka? saudara punya kenalan jabatan agama untuk berbincang hal ini? saya tiada... takut nanti dituduh memandai2.

    ReplyDelete
  71. hari ini(12)ulangtahun Hari jadi aku woha!!!(erk takde kene mengena ngan hamka saja jer nyebok cni)

    semoga bahagia disamping keluarga tersayang...

    ReplyDelete
  72. berpuasa lama sangat tidak menjadi masalah.. sebab pahala sentiasa mengalir ketika berpuasa.. tapi.. bagaimana pula dengan malam yang pendek..? masa agak terhad untuk solat taubat & tahajud... :( sedar2 je dah masuk subuh..

    ReplyDelete
  73. Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke... (lebih tua dari Superman)

    ReplyDelete
  74. aslm..hehehe..1st time tgk blog ni..2 pn dr hami asraff..entry yg best...ad lwk n ad pngjrn..

    ReplyDelete
  75. ya, aku lebih tua dari superman, tapi tak lama lagi aku akan sebaya JAMES BOND.., woha!

    ReplyDelete
  76. tak ada masalah pon puasa 18 jam ke 19 jam, belum buat memang rasa macam2 dah buat tak ada apa..biasa je.

    ReplyDelete