Aug 5, 2011

Apa itu Jalan Allah?

(Nabi menyeru supaya sahabat berihtisab, lalu tanya sahabat, apa itu ihtisab? Jawab Nabi, melakukan amal denga berniat mendapatkan ganjaran.)

Soalan terpilih di awal syaaban.

Salam encik Hamka, pada malam jummaat lepas, (email ini sudah dua minggu) saya telah mendengar Radio Ikim.FM pada jam lebih kurang 8 malam dan terdengar ceramah ugama dari seorang ustaz yang saya terlupa namanya bercerita tentang pahala yang berbeza dalam islam berdasarkan lokasi lokasi tertentu..

Kata Ustaz itu, jika solat di Mekah selama 3 hari, pahalanya sama dengan 900 tahun solat di Malaysia kerana ganjaran solat di depan kaabah adalah 100 ribu kali ganda dari bersolat di Malaysia, jika bersolat di Madinah pula pahalanya 10 ribu kali ganda, sedangkan di Malaysia, jika kita berjemaah di masjid baru mendapat 27 kali ganda, tapi bersolat jemaah di depan kaabah bersamaan, 27 darab 100 ribu kali ganda, bersamaan 300 tahun solat di Malaysia untuk sehari di Mekah.

Di hujung ceramah ustaz itu menggalakkan kita pergi bersolat di Mekah terutama di bulan puasa kerana pahala akan di darab lagi dengan 70. Bunyinya seperti menyuruh kita kerja kuat kumpul duit dan ‘melabur’ di Mekah dalam ibadat:-mungkin saya salah faham sebab dengar ceramah sambil memandu.

Apa yang menjadi kemushkilan saya, seolah tidak adil dalam ugama islam yang mana orang arab yang duduk sekitar Mekah dan Madinah sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang akan lebih banyak dari mana mana penduduk lain hanya di sebabkan faktor geografi, dan bagi penduduk Malaysia macam saya pula, untuk kumpul wang dan tinggal di Mekkah selama beberapa hari bukanlah satu perkara yang mudah.

Harap encik Hamka dapat menjelaskan kemushkilan saya ini.

Jawapan dari Hamka keretamayat yang bukan Ustaz.

Salam. Aku rasa mungkin kau salah dengar bab Ustaz tu suruh kita kumpul duit dan pergi ibadat di Mekah semata mata untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak dan mudah, tapi oleh kerana aku pun tak dengar ceramah itu, sama samalah kita sangka buruk pada ustaz tu supaya senang aku nak jawab. Ha ha.

Sangka buruk kita berbentuk: mungkin ustaz tu ajen syarikat umrah pakej bulan ramadhan yang menggalakkan orang ramai pergi umrah dengan agensi beliau lalu guna hujah ugama supaya orang ramai bersemangat dan mendaftar dengannya, jika ustaz tu tidak ikhlas, berniat untuk dapat duit semata mata, maka hujah ustaz itu sudah jatuh dalam katogeri fatwa kaum kera.

Atau aku sangka baik pada ustaz tu dan sangka buruk pada kamu yang tersilap dengar sebab kurang tumpuan kerana sedang memandu lalu tafsir ustaz tu guna fatwa kaum kera sedangkan mungkin ceramah itu ada sambungannya yang mana minggu depan mungkin ustaz tu akan cerita tentang pahala dalam islam yang tidak terikat dengan geografi.

Walau bagaimanapun, untuk senang aku jawab soalan kamu, aku kena sangka baik pada kamu dan sama sama kita sangka buruk pada ustaz tu supaya kemuskilan kamu itu terjawab, dah habis jawapan aku, barulah kita sangka baik pada ustaz tu dan kamu mengaku bersalah supaya aku tidak perlu sangka buruk pada kamu kerana kamu memang buruk-woha!

Ok, tukar mood dengan lebih serius.

Memang betul terdapat hadith Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.

Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.

Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.

Bukanlah aku nak galakkan kamu supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah sape yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi aku nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.

Iaitu pahala berada di jalan Allah.

Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) ugama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.

Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadith Fadail yang biasa.

Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!

Aku petik beberapa hadith:

  1. Hadith riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
  2. Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
  3. Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
  4. Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
  5. Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
  6. Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
  7. Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
  8. Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
  9. Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.

Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) ugama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.

Pernah ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.

Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”

Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.

So, masalah ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.

Sebagai penutup: aku kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.

Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 300 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.

Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:

Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban, bermesyuaratlah anatara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.

Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.

Abdullah bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, bayangkan betapa besarnya pahala bersolat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi.

Nabi bagitahu, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah.

Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke shurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.

Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.

Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.

Ada riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.

Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghintung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz, tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan Allah.

Tapi sebelum aku mengakhiri entry ini, ada satu kemuskilan besar iaitu:

Apakah yang di maksudkan dengan jalan Allah khusus seperti di atas itu yang mana pahalanya besar sekali?

Ada peserta perhimpunan tunjuk perasaan mengaku yang mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau ada ustaz cakap, berjaga malam menjaga poster parti daripada dikoyakkan oleh parti musuh adalah sama dengan mata orang yang berjuang dijalan Allah, ada pulak ustaz lain cakap, menggantung bendera di puncak pokok kelapa adalah berjuang di jalan Allah yang mana jika jatuh dikira mati syahid, atau orang nasyid ketika buat konsert bagitahu mereka sedang berjuang di jalan Allah, atau pengarah filem yang buat filem bertemakan ugama walaupun ada babak dalam disko supaya penonton insaf mengaku berjuang dijalan Allah, atau blogger yang kerjanya copy/paste artikel ugama dengan penuh mujahadah seperti duduk bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse mengaku sedang berjuang di jalan Allah.

Pendek kata semua gerakan, usrah, kumpulan yang mana so call islamic mengaku mereka sedang berada di jalan Allah.

Tapi betulkah mereka sedang berada di jalan Allah yang khusus, atau hanya dijalan Allah yang umum?

Jalan Allah yang umum pahalanya biasa sahaja, tapi jalan Allah yang khusus ganjarannya dahsyat sekali sehingga lapan malaikat yang pikul arasy akan berhenti berzikir dan mendoakan keampunan kepada mereka yang berjuang di jalan Allah yang khusus.

Straght to the point, Jalan Allah yang khusus adalah jalan yang dilalui oleh Nabi Muhamad SAW dan sahabat RA atas maksud ugama secara khusus.

Keluar dengan mesyuarat dari Nabi dan atas maksud ugama semata mata.

Ulamak Buznama ada tafsir, jalan Allah yang khusus ada empat perkara di dalamnya.

  1. Jumpa manusia dan menyeru mereka kepada Allah.
  2. Menjaga ibadat terutama solat berjemmah.
  3. Mengadu kepada Allah dalam solat tahajjud di malam hari
  4. Mencegah diri dari berbuat dosa sepanjang berada di jalan Allah.

Pendek cerita, Empat perkara ini berlaku dalam jemmaah dakwah dan jemaah jihad yang di bentuk oleh Nabi Muhammad SAW, contoh dalam jemaah jihad perang,:

  1. Nabi perintahkan sahabat berdakwah dahulu selama 3 hari sebelum berperang.
  2. Dalam perperanganpun, Nabi masih menjaga solat berjamaah bersama sahabat.
  3. Nabi dan sahabat menangis di sepanjang malam memohon bantuan Allah agar hidayat tersebar
  4. Sahabat di sibukkan oleh Nabi dengan perbagai perkara ugama sehingga mereka letih dalam ibadat lalu tidak terdaya lagi untuk buat maksiat

Menguatkan lagi hujah ini, ada hadith yang mengatakan jika satu tempat ada amalan jumpa munusia kerana Alah, ada orang solat tahajjud dan ada orang menjaga solat jemaah, maka Allah akan mempercepatkan Rahmat dan akan tangguhkan bala.(Fadail amal)

Maka pesan aku kepada korang yang mengaku sedang berada di jalan Allah, Tanya diri masing masing: adakah korang jaga solat jemaah di jalan Allah itu? Adakah korang jaga solat tahajjud di jalan Allah itu? Adakah korang keluar bertemu manusia untuk menyeru mereka kepada Allah sepanjang berada di jalan Allah itu? Dan ada tak korang buat maksiat, bergaul lelaki perempuan, mengumpat, dan macam macam lagi dosa yang dibenarkan dengan fatwa kaum kera di sepanjang jalan Allah itu?

Jika ada perkara negatif seperti lengah solat, malas tahajud dan buat maksiat di jalan yang korang claim ‘jalan Allah’ itu, lebih baik korang renung balik dan tanya:

Aku ni sedang duduk di jalan Allah atau duduk di jalan syaitan?

Menangislah dan berguling gulinglah kamu!

Umur semakin pendek, buku catatatan semakin menebal!

Ayoh,. Kita berjuang! Ayoh!!

Ps: Sambil bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse?-pergi mampos!.

97 comments:

  1. wow berjuta-juta pahala

    ReplyDelete
  2. Perlukah kita hitung upah setiap apa yang kita lakukan.

    ReplyDelete
  3. 2nd pun jadiklah...
    hm.. nice post.. terkena kepada aku dan member2 aku.. trima kasih~

    hehe

    ReplyDelete
  4. br nk jd org 1st komen, haishh

    sama2 la kita berjuang di jalan allah, jihad fisabilillah:-)

    ReplyDelete
  5. Betul tu....sebab ada jer orang arab yg duduk di kota Mekah dah lanjut umur pun belum buat haji....sbb dia kata tiap musim haji ramai sangat orang haha...

    ReplyDelete
  6. aku di mana? jalan Allah atau jalan syaitan?...huhuhu

    ReplyDelete
  7. soalan tu jika di tanya, AC DIMANA? ramai boleh jawab kot..

    ReplyDelete
  8. Sufi

    (((Perlukah kita hitung upah setiap apa yang kita lakukan.)))

    Tak perlu, Cuma perlu hisab,
    itulah maksu ihtisab..

    ----------
    si pujangga

    ((( terkena kepada aku dan member2 aku.. trima kasih~)))

    Kena kat batang hidung atau sipi sipi sahaja?hehe

    ------------
    Cik Ciku

    ((sama2 la kita berjuan))

    Ayoh! Dari tadi duduk bersandar kat kerusi komputer, isk

    -----------
    ZaHusNa Collections

    Ada orang macam tu? (Buat buat terkejut)

    ReplyDelete
  9. tgh keje lg ni jd xlh nk berganjak dr kerusi, nt org cop mkn gaji buta.

    padahal melekat kt kerusi nk update komen kt blog KM.huhu

    ReplyDelete
  10. perh....memang penuh intonasi dahwah...

    tq..

    ReplyDelete
  11. perh. dah lama aku menunggu post-post macam ni dari hamka. trimas~

    ReplyDelete
  12. org zmn skrg berdakwah dgn mencampur adukkan yg betul dan yg salah sebab depa x paham intipati dakwah secara menyeluruh dan mostly suka guna islam as product marketing and politic

    ReplyDelete
  13. "jumpa org, pastu dakwahkan die"

    kalau dakwah gune medium kire elemen fisabilillah khusus tak? contohnye mcm yg encik hamka tgh buat ni, dakwah gune blog.

    ataupun bagi risalah berisi hadis2 kat org ramai tanpe berkate ape2 pon?

    ReplyDelete
  14. maceh en.hamka..
    terkena kt diri sendiri

    ReplyDelete
  15. keluar dijalan allah.. insyallah boleh

    nak istiqamah .. perghhh

    ReplyDelete
  16. bukan 300 ribu bro...3000 ribu jer. tentera kafir yg 300 ribu..
    editor luar.

    ReplyDelete
  17. B i N i M a M a K11:26 AM, August 05, 2011

    Dah akhir2 zaman ni, KESEDARAN KETUHANAN makin kurang sbb lebih Kesedaran Keegoan. Mengharap Penghargaan Manusia bukannya REDHA ALLAH. Dunia yang Sementara dikejar sbb nampak tp AKHIRAT YANG KEKAL pasti menanti. Buatlah 5 PILIHANRAYA setiap hari:-
    1. SYURGA - Neraka
    2. PAHALA - Dosa
    3. TAAT - Maksiat
    4. IMAN - Nafsu
    5. REDHA ALLAH - Murka Allah

    Eh eh... bila post mcm ni tak ramai yg komen. Komen la sampai ribu2... ek ek ek

    ReplyDelete
  18. Susah gile nak buat Amar Maaruf Nahi Munkar di Jalan Allah waktu hujung2 Islam dilihat sebagai asing ni (untuk orang macam aku).

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.

    Terima kasih atas perkongsian dan nasihat.

    Amat terkesan. T.T

    ReplyDelete
  20. Pernah satu kali, dengan alasan nak pahala lebih seorang kawan cakap dia menggunakan imaginasinya yang dia sedang solat di hadapan kaabah, lagipun sajadah kan ada gambo kaabah. Penyembah batu. Whoa..qqq?

    Acapkali jawapan sangat dekat dengan batang tubuh. Sebahagian manusia dilebihkan dan sebahagian lagi dikurangi, jadi barulah nampak kerjasama terjalin, dan nyatalah kesan kebesaran Allah. Setengah tempat dilebihkan dan sebaliknya. Usap kepala lutut, dan terus berusaha memahami hikmah.

    Aku nak selit satu input. Betapa sulitnya perjuangan menerima dan meyakini akan ugama seterusnya mengikhlaskan diri dan beribadah di luar dari tempat seperti Haramain berbanding dengan keberadaan di sana yang dipenuhi dengan jamaah, tanda, bukti demi bukti yang disaksikan.

    Ya disana tidak putus bukti untuk kesaksian, sedang disini lebih kepada penyampaian berita dan cerita untuk diyakini itupun ditentang dan perbalahkan. Oleh itu mari kita menentang kenaikan harga tambang ke mekah...erkkkk!

    ReplyDelete
  21. bagaimana rasulullah s.a.w dan sahabat..jumpa setiap manusia dari lorong ke lorong,rumah ke rumah,mata ke mata,hati ke hati untuk menceritakan kebesaran allah..dengan susah payah..dihina dipukul..dan dengan usaha mereka lah hidayah allah tersebar keseluruh alam..dengan bermujahadah mereka la kita sekarang mudah amal islam..

    dan sekarang usaha mesti diteruskan.. nampak mudah pergi rumah ke rumah..tp try la(malu woo)..tapi itulah jln allah jln yg susah payah untuk hidayah allah dapat tersebar...itulah jalan allah..

    ReplyDelete
  22. TERBAIKK!!! thanks hamka..terjawab semua persoalan yg bermain di fikiran ku

    ReplyDelete
  23. Salam..

    peperangan maut'a..
    kesedihan Nabi SAW telah mengundang syahid para sahabat r.hum..

    kesedihan kita sekarang hanya menitis airmata dan kemudian jadi tahi mata pada keesokkan harinya..

    ayat paling keretamayat:Ps: Sambil bersandar pada kerusi dan gerak gerakkan mouse?-pergi !!mampos!!.

    -hamka emo ke?.. atau mung saja nak mengodek jiwa rakan-rakan bersih dan suci? serta parti OPQ dan XYZ?.. tak baik taw!!
    "Wow berjuta-juta pahala"!!
    "Ade aku kisah"!!
    "5.Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)"!!
    "Keluar 3 hari dorang tue selekeh, bau busuk, mengabiskan air dan letrik jer, tinggal anak bini, gila nak mampos ker?"!!

    -hujung dunia pun kena ade parti OPQ dan XYZ.

    ReplyDelete
  24. bagus hamka....entri yg menarik....n bagus untuk org yg tersesat dalam mengagungkan nama allah untuk tujuan yg salah....
    kita perlu faham bahawa jihad bermaksud kita berjuang bukan untuk mendapat keredhaan manusia tetapi untuk mendapat keredhaan ALLah swt.
    so....sekarang ni ramai di Malaysia yg berdakwah kepada yg tahu tentang agama bukan kepada yg jahil tentang agama....
    dan kadang-kadang org yg jahil tentang agama pula yg beria-ia mahu berdakwah untuk kepentingan peribadi...sukakan kesenangan dunia daripada kesenangan akhirat.....kadang2 aq sedih dengan org melayu yg 'melayu' dalam beribadah...suka memudahkan perkara yg mudah..suka menyusahkan perkara yg susah....mencampur adukkan perkara yg sunnah da perkara yg bidaah....megkafirkan org yg bukan kafir tetapi mengagungkan org kafir......kita sekarang perlu membuat satu transformasi baru dalam kehidupan ita.....jangan jadi org melayu tetapi jadilah org islam...kerana klau kita jadi org melayu....maknanya....kita akan terus 'melayu'.....tetapi...kalau kita jadi org islam yang beriman....insyaalah kita akan tergolong dalam golongan org yg dijanjikan Allah swt denagn balasan syurga....saya suka bercakap tentang satu perkara yg lawak tentang org melayu...ramai yg mengejar pahala tetapi tidak mengejar pengampunan dosa....apa kata 10 malam terakhir puasa kita penuhkan masjid dengan org untuk bersolat tarawih..bukan lepas berbuka penuhkan pusat membelibelah untuk membeli barang persiapan raya.....ingatlah sesungguhnya kita cuma dapat satu malam sahaja dalam setahun yg mana lebih baik dari seribu bulan...adakah kita yakin bahawa kita akan berjumpa dengan ramadhan tahun hadapan?....ramai yg yakin yg dia akan hidup lama di dunia ini tetapi kadang kala sebenarnya kematian itu semakin hampir dengan kita.....ingatlah wahai saudara....kehidupan di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah swt...bukan untuk kita menghabiskan sisa hidup kita dengan perkara yg lagha sahaja....hendak berhibur adalah perkara yg baik....tetapi ramadhan datang setahun sekali....apa kata kita isi bulan ini dengan 'menghiburkan'roh kita dengan amalan kita kepada Allah swt....banyak pulak bercakap.....dah macam satu enti la plak....tapi...inilah yg saya ingin luahkan kepada semua saudara saya yg saya sayangi.....kerana jumlah org yg terselamat daripada azab api neraka adalah sedikit...(adakah kita mhu tersenarai dalam tetamu khas yang akan dilayan di neraka?)......kata2 ini untuk diri sendiri dan untuk saudara semua....sekian 'ceramah' tanpa jemputan saya.....hehehe...harap maaf kalau ada yg tersinggung....niat di hati hendak membetulkan apa yg salah....kerana saya melihat dari sudut yg berbeza dari kebanyakan org melayu.....wslm......

    ReplyDelete
  25. Aku sedang brsiap tuk keluar jln Allah, cari tasbih tuk zikir 'Allah-Allah' seribu kali kt masjid sementara tggu aktiviti sholat Jumaat. Pas tu balik tido... Cukupla tu.. Kehkehkeh!!! :p

    ReplyDelete
  26. subhanaallah..

    thanx Hamka

    sedikit peringatan dan memberi kekuatan buat diri ini

    ReplyDelete
  27. mamat parang tumpul2:55 PM, August 05, 2011

    sayalah yang caca merba itu......... doakan saya ujung tahun selama 40 hari ni kat sabah dengan jemaah orang bisu

    ReplyDelete
  28. kupasan yang bagus, cuma satu je saya ingin sentuh wahai saudara hamka . dalam kita memetik hadis untuk berhujah , berilah sanadnya sekali. siapa perawi nya. kerana banyak hadis maudhu( hadis palsu )


    Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. ( H.R Bukhari, Muslim)

    so kesimpulan jika kita memetik sesuatu hadis jgn sekadar menyatakan ungkapan itu ada dlm hadith. kerana jika kita berkongsi hadis yg tidak sahih , yakni kemungkinan hadith maudhu. kita berdosa besar. sbb kita menyebarkan kepalsuan.

    ReplyDelete
  29. kalau kita kutuk tabligh sebab keluar berdakwah dan tinggalkan anak isteri,bermakna kita dah kutuk nabi dan sahabat yg keluar berdakwah dan tinggalkan anak isteri...awasilah kata2..itulah mujahadah,perlu korbankan masa bersama anak isteri...

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah...
    thanks for sharing here brother...

    ReplyDelete
  31. maaf yer bro tumpang lalu, kata ustaz yg betul2 ustaz ... malam=lail, so malam qadar(lailatul qadar) bukan la 'malam lailatul qadar' jgn marah aaaa.... nanti kena jual.. tp gua mmg suspek sama lu bro (peminat ni)

    ReplyDelete
  32. scroll mouse sambil membaca entry

    ReplyDelete
  33. terima kasih kerana menjawab persoalan yang dah berkumandang dalam kepala hotak sahaya yang jahil ini selama bertahun-tahun.

    juga point ini boleh menjawab tohmahan Makcik Hajjah Sitti Al-Wuzara..

    ReplyDelete
  34. tidak semestinya berkaitan agama itu jihad...
    belajar matematik juga dikira jihad walaupon tidak besar sumbangannya...tapi ia JIHAD.

    ReplyDelete
  35. haha. hilang ke'jeles'an aku kat orang2 arab.

    abg hamka terbaik ! :)

    ReplyDelete
  36. Assalam

    Bakh! Bakh! Bakh!

    Wahai manusia....tuhan beritahu Adam a.s kalau bukan kerana Muhammad saw...
    Syurga, Neraka, Dunia dan Adam a.s sendiri tidak akan diujudkan.

    Sahabat2 sayang nak tinggalkan Nabi saw...lebih dari nak tinggalkan Mekah Mukaramah dan Madinah Munawarah....

    Tapi..kerana mereka taat dan patuh maka mereka tinggalkan kampung halaman, anak bini, dan segala-galanya kerana ini perintah Nabi saw..dan perintah Allah swt.

    Nabi saw perintahkan ummat untuk jumpa manusia (semuanya!!!) dengan kasih sayang...

    ReplyDelete
  37. SALAM,
    INI YANG AKU BENGANG DENGAN BLOG2 AGAMA KAT MESIA NI. TULIS HADIS SELALU TANPA KITAB RUJUKAN, JILID,BAB, NO,.

    SESEDAP RASA JE MENGARANG HADIS (BOLEH AKU TUDUHKAN KO HAMKA MEREKA HADIS?)

    BAGILAH REFERENSI, BOLEH KAMI RUJUK KESAHIHAN. SEKARANG NI JAMAN INTERNET. SEDANGKAN BUKU MENGARUT BOLEH DICETAT, INIKAN PULA INTERNET.

    "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar." - Quran - Ali Imran: 142

    ReplyDelete
  38. OH!

    Macam tak bagi aku copy paste je...

    WOHA!

    ReplyDelete
  39. Post yg menarik, tapi tikam ke depan, pusing ke depan balik keluarnya.. pedih yg amat..

    KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

    ReplyDelete
  40. Aku jawab mana sempat jer,

    -------------
    adanhayad: kalau dakwah gune medium kire elemen fisabilillah khusus tak? contohnye mcm yg encik hamka tgh buat ni, dakwah gune blog.

    ataupun bagi risalah berisi hadis2 kat org ramai tanpe berkate ape2 pon?

    Hamka: aku dah jawab dalam entry: bagaimana nak berdakwah part 1 dan part 2.

    -------------
    akuhuduh:bukan 300 ribu bro...3000 ribu jer. tentera kafir yg 300 ribu..

    hamka: nanti aku check balik dari kitab, rasa macam dah betul dah.

    --------------
    merah_s: Pas tu balik tido... Cukupla tu.. Kehkehkeh!!! :p

    Hamka: main kasar nampak!

    --------
    Hamba Allah: cuma satu je saya ingin sentuh wahai saudara hamka . dalam kita memetik hadis untuk berhujah , berilah sanadnya sekali. siapa perawi nya. kerana banyak hadis maudhu( hadis palsu )

    hamka: aku tak reka hadith itu, aku letak "lebih kurang maksud", Demi Allah, Aku sedaya upaya mencuba sepenuh jiwa raga agar tidak sekali-kali meyebarkan berita yang palsu, apa yang aku dengar dan telah dengar banyak kali dari 'Buznama', maka aku gunakan sebagai hujjah, semoga aku sampai bila-bilapun tidak akan berdusta atas nama Rasulullah SAW.

    ------------
    Nerzhul: scroll mouse sambil membaca entry

    hamka: ha ha ha

    -----------
    ARC™: point ini boleh menjawab tohmahan Makcik Hajjah Sitti Al-Wuzara..

    Hamka: ada soalan tak faham boleh email aku, tapi kena sabarlah tunggu jawapan sebab aku jawab tak ikut giliran.

    ----------
    Anonymous:BOLEH AKU TUDUHKAN KO HAMKA MEREKA HADIS?

    hamka: 80 peratus hadith yang aku quote di petik dari kitab mutakhab Hadih karangan Mulana yusof bukak bab dakwah dalam bahagian "kelebihan di jalan ALLAH"- kat situ ada tulis sanad, dan kitab asal hadith itu dipetik serta sesahihannya., tak payah aku nak tulis sanad nanti entry aku penajng berjela, 20 peratus lagi aku petik dari kitab Fadail amal, 2 kitab sahabat dan dua jilid kitab fadhikat sedekah, tapi sebab tebal nak mampos, kau carilah sendiri. aku takde masa nak buat semua tu, so, kau cari dalil dan nas, dan letak kat ruangan komen, bolehlah ber'jihad' sikit.., sambil gerak gerakkan mouse. woha!

    ReplyDelete
  41. sedih jgk bila org ckp puak2 yg tggl anak bini ni kejam.sejarah Nabi Ibrahim dh trbukti.Nabi tggl Siti Hajar & Nabi Ismail (his only son yg brtahun2 tggu br ALLAH bg zuriat) d tgh pdg pasir yg hnya ada asbab utk mati,xdk mknn, minuman,org.bkn sehari, 3 hr, 4 bln tp brtahun2.bila dpt jmpa Nabi Ismail lps brtahun2 d tgglkn ALLAH perintah sruh sembelih plk..mgkin org lupa susah payah Siti Hajar yg brlari mncri air utk bg Nabi Ismail minum.dan sejarah pngorbanan mereka yg mulia ini telah mnjadi rukun dlm Islam-Haji.siapa yg kejam...hmm & i wonder..

    Quote "Wahai manusia....tuhan beritahu Adam a.s kalau bukan kerana Muhammad saw...
    Syurga, Neraka, Dunia dan Adam a.s sendiri tidak akan diujudkan" - sy bleh konfirmkn sumber insyaALLAH-tafsir ibnu kathir - kisah para2 Nabi A.S.

    jgn prcaya hamka bulat2.baca cr, kepastian & klu dia salah betulkan ja la.org yg cari ilmu tu jgk yg untung kan..dh tu smpaikn kt hamka smula, hamka btulkn kt blog,rmai dpt input..pahala dpt balik kt org yg brsusah payah nk konfirmkn apayg hamka quote td..fair enuf kan.anywy bribadat d bln ramadhan sme.

    -petot-

    ReplyDelete
  42. Rilek la. Hamka dah bagi kan kat atas tu HR sapa2. Nak tau lagi keluar di jalan Allah lagi dan lagi, takpon, korban sedikit duit, beli kitab Muntakhab Ahadith. dalam tu ada semua hadith2 di atas. Banyak lagi hadith kelebihan orang keluar di jalan Allah buat dakwah menyeru manusia kepada Allah. antara amal ngan tak je.

    ReplyDelete
  43. Assalam

    Tq Petot. I owe u one!

    Khalid
    Bakh! Bakh! Bakh!

    ReplyDelete
  44. salam..
    kesimpulan dari entri yg panjang dan sikit emo ni..

    1.korang semua kena ikut tabligh,sebab tablighlah yg paling sinonim berada dijalan Allah

    2.berlumba lumbalah mengumpul pahala(upah),sebab kita akan selamat dan masuk syurga dgn pahala(upah).

    ps.aku sayang hamka...

    ReplyDelete
  45. sorry,lupo pulak..

    aku sayang khalid 100 over percent jugak!

    ReplyDelete
  46. Panjang lebar DAN best. alhamdulilah terbaca. byk dosa aku selama ni.. :(

    ReplyDelete
  47. Assalam

    Lobai...eden rasolah kan....
    No. 2 tu..ada sikit kena betulkan.

    Betul kita disuruh berlumba-lumba untuk mencari pahala....tetapi kita tak masuk syurga dengan pahal kite...

    Seorang abid zaman Musa a.s pernah beribadat 500 tahun. Kemudian Allah swt lebih kurang beritahu masukkan dia ke dalam kalangan ahli syurga dengan keredhaanku.

    Abid tak berapa puas hati...beritahu Rabb aku nak masuk syurga dengan amalanku. Tuhan timbang nikmat mata dia sebelah jer...abis itu 500 tahun punya ibadat.

    Wallahu'alam.

    So...nutshell. Kita masuk syurga dengan keredhaan tuhan bukan dengan pahala kita usahakan.

    Konfius..? Contohlah, seorang ayah nak galakkan anaknya untuk rajin belajar dia tawar pada anak dia ekau dapat no. 1 den hadiahkan ekau RM100. No.2 den bori RM50.00 No. 3 RM25.00.....mana satu yang ayah dia suke? No. 1 lahkan...yang paling ayah suka!

    Solah di rumah Rabb beri 1 pahala
    Solah di masjid Rabb beri 27 pahala
    Yang mana Allah lebih suka/redha?

    Allah swt janji ganjaran yang besar untuk orang yang berada dijalannya...seketika berada di jalan Allah lebih baik dari beribadat dihadapan hajartul aswad di malam lailatuqadar contohnya.....

    Mana yang Allah lebih suke?
    Berada dijalannya, beribadat di hadapan hajaratul aswad, mendapat malam lailatulqadar?

    Den sayang ekau dan den hadiahkan apa-apa pahala den yang Rabb terima pada ekau tanpa kurang satu pun.

    ReplyDelete
  48. masih bersandar sambil gerak2kan tetikus...scroll down...membaca entry yang bagus, yang memang ditunggu2...

    masih lagi bersandar...berfikir dan terus berfikir, dijalan manakah aku berada?

    masih lagi terus bersandar...berfikir apa nak makan time berbuka nanti? hihihi!!!

    ReplyDelete
  49. salam..
    betul tu.. kalau anak kita sekolah rendah dan mintak upah dari kita,oklah..
    tapi kalau anak kita dah berbulu ketiak masih lagi harap dan minta upah dari kita, mungkin kita akan menyampah dan akan cakap, apalah budak ni dah tua tua pun masih nak mintak upah dan cerita pasal upah macam budak budak belum baligh!

    ps.aku sayang hamka ngan khalid....dan sekarkun dgnnya..

    ReplyDelete
  50. thanx hamka... =)


    -cahaya pemelihara-

    ReplyDelete
  51. sedang "berjihad" mmbaca blog kereta mayat sambil menunggu panggilan utk sahur

    ReplyDelete
  52. mamat parang tumpul semoga dapat keluar 40h ke sabah

    ReplyDelete
  53. pi msjid mana ada majlis ta'lim... pastu duk... dpt la dgr hadis kitab muntakhab hadith n fadhilat amal... puas ati???

    ReplyDelete
  54. aku pernah kuar 40h ngan si hamka ni...hehe..

    ReplyDelete
  55. salam..
    penyakit2 kronik manusia spt
    - suka lihat buruk orang lain
    - x sedar buruk diri sendiri..
    - mabuk nikmat dunia
    - ego tinggi
    - kuat S??ks upss tinggi shahwat
    nak rawatannya... tanya Hamka & geng.. keluar jalan Allah khusus??? tak gitu..
    woha..

    ReplyDelete
  56. Sekiranya umat Islam maju, mempunyai kekuatan ekonomi, ketenteraan dan kepakaran didalam ilmu sains dan teknologi...saya percaya kerja-kerja berdakwah dan mengajak orang ke jalan Allah menjadi amat mudah. Oleh itu saya percaya JALAN ALLAH pada zaman ini bukan saja berdakwah mengajak orang meramaikan masjid sahaja tetapi sepatutnya orang-orang islam perlu menuntut ilmu dan cemerlang di bidang-bidang diatas. Saya yakin umat islam di zaman kegemilanganya terdahulu yang mencipta algebra, astronomi adalah orang-orang yang mengamalkan JALAN ALLAH. Hari ini kalau hendak berjihad di jalan Allah kita memerlukan senjata dan teknologi terkini. Harap kita sama-sama berfikir apa itu sebenarnya JALAN ALLAH pada zaman ini. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar ke jalan Allah tu apa maksudnya. Kena pergi tidur di Masjid 3 Hari, 40 Hari ke? Tak faham saya ni

      Delete
  57. sekedar berpandangan.

    Pembaikan ummat itu bukan bermula atau menyandarkan kepada ekonomi, politik, teknologi dan sebagainya dari asbab2 zahir sebagaimana yg dicanang oleh manhaj Vatican. Pembaikan ummat juga tidak hanya menyanjung ketinggian ilmu melebihi segala2nya kerna Islam bukan sekedar maklumat tetapi berterusan beramal. Lihat kembali kepada permulaan Islam.

    'Produk' Islam mengeluarkan sebanyak2nya ahli masjid dan ahli jihad yang bergerak (menginfakkan diri, harta dan masa untuk ugama Allah SWT) bertebaran di muka bumi.

    Belajar ilmu ugama, beramal dan menyampaikan diadakan dengan serentak dan disebarkan ke penjuru2 dunia. Pemerintahan dan kekuasaan di muka bumi Allah beri kepada yang benar2 beriman dan beramal soleh, dan pastinya tidak membawa slogan 'undilah saya' kerana jawatan kepimpinan tidak diberi kepada yang meminta.

    ReplyDelete
  58. entry yg menyedarkan.
    skrg aku sedar, aku belum lg berada di jalan ALLAH yg khusus..

    thnx tuan tanah.
    smoga kita sama2 berusaha untuk berada di jalan ALLAH yg khusus.

    ReplyDelete
  59. Katakanlah(wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia pada umumnya pada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti jelas nyata. Dan aku menegaskan : Maha suci Allah(dari segala iktikad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf:108)

    ReplyDelete
  60. Dapat pahala ke tak, kena tengok niat la, kan. Buat ibadat walau kat mekah ke atau kat rumah sendiri ke, kalau niat ikhlas kerana Allah, insyaAllah ada la ganjarannya tu (semuanya urusan Allah belaka). Tp kalo setakat nak pahala semata2, problem jugak tu.. kan, kan.. pakcik hamka kannn!!

    ReplyDelete
  61. Aku jawab mana yang sempat lagi (yang tak jawab tu bukan aku tak suka tapi tak sempat)peace!

    ----------
    lobai said: berlumba lumbalah mengumpul pahala(upah),sebab kita akan selamat dan masuk syurga dgn pahala(upah).

    Hamka: masuk shurga dengan RAHMAT Allah, bukan dengan pahala, tapi siapa amal soleh dengan IHTOSAB boleh dapat RAHMAT Allah.

    ------------
    Skymatrix said: masih lagi terus bersandar

    Hamka: lepas ni berbaring pula ye? Kerusi belakang keretamayat, masa tu tanya: aku ni di jalan Allah atau jalan KUBUR? –woha!

    ----------
    Lt Kol (B) Ir Abd Rahim said: Sekiranya umat Islam maju, mempunyai kekuatan ekonomi, ketenteraan dan kepakaran didalam ilmu sains dan teknologi...saya percaya kerja-kerja berdakwah dan mengajak orang ke jalan Allah menjadi amat mudah.

    Hamka: itu yang kamu percaya, kena buktikan dulu baru orang boleh yakin. Zaman nabi dan sahabat telah di buktkan sebaliknya, tinggal nak kena yakin ke tak? Yakin:buat, tak yakin, tak buat.

    ----------
    Suhaibah said: Tp kalo setakat nak pahala semata2, problem jugak tu.. kan, kan.. pakcik hamka kannn!!

    Hamka said: baca entry lama bab: apa itu ikhlas. : )

    ReplyDelete
  62. Assalam

    Hamka pakai minyak zaitun dan celak waktu pose ok ker....tak kira memasukkan dengan sengaja ke dalam rongga-rongga..anybody?

    Khalid

    ReplyDelete
  63. Sy tlg menjawab kemusykilan seorg pendengar radio IKIM tu.

    Ustaz yg bagi ceramah tu adalah ustaz zahazan, yg pendengar tu dengar adalah siaran ulangan stp jam 8pm
    Ustaz zahazan akan ke udara seawall 630am setiap hari. Tugas beliau adalah tafsirkan ayat2 al quran. Masa tu rasanya ustaz zahazan tgh tafsir surah at taubah.
    Ustaz ni semasa mentafsir, beliau akan selalu selitkan ttg kelebihan mekah dan madinah apabila ada ayat atau ada cerita yg terkait dengan tafsir tadi. Selalu sgt tekankan isu ni, hampir stp kalilah dia akan ckp mcm tu, siap suruh beli buku yg Dr apa tah namanya yg karang tajuk buku kelebihan mekah dan madinah ni.
    Ustaz ni tekankan supaya sesiapa yg berpeluang ke sana, atau akan kesana khatamkan dulu buku tersebut supaya bila tiba di sana, manfaatkan betul2 kelebihan mekah dan madinah, bkn hari2kan dpt ke sana, agaknya pendengar tu tak habis dengar atau dengar sekerat2 atau tak selalu dengar beliau ke udara stp hari. Sy yg mendengar stp pagi dah fhm sangat dah, sure selepas ni ustaz ni akan tekankan lagi kelebihan mekah dan madinah apabila ada ayat yg mengaitkan dgn tafsir tadi, atau ada cerita yg dia ceritakan ada berkaitan dengan mekah dan madinah,
    Sy suka dengar tafsir beliau sbb beliau pasti selitkan bbrp cerita yg dikaitkan dgn tafsir ayat2 al quran tersebut,
    Bkn buku kelebihan mekah dan madinah je, mcm2 buku beliau suruh beli, beliau susggestkan nama2 buku yg terbaik, sesuai utk dijadikan panduan dan rujukan.
    Sy tak Nampak pula maksud ustaz tu mcm seperti pendengar tersebut faham. Takpalah, sy bersangka baik, dia mgkn dengar sekerat je kot apa yg diucapkan oleh ustaz zahazan itu.
    Tu jelah. Cuba suruh dia dengar setiap hari, mgkn lama2 dia akan phm feel ustaz zahazan tu

    Kalau pagi jam 630 – 645am

    Kalau malam, siaran ulangan (yg ni sy jarang dengar, sbb dah dengar masa pagi) rasanya jam 745pm atau jam 8pm, gitulah

    ReplyDelete
  64. dlm surah al anfal ayat 72

    dan orang2 yg beriman berhijrah dan berjihad di jalan Allah dam orang2 yg menyediakan tempat kediaman dan memberi pertolongan (kpd 2 golongan diatas)
    mereka itulah yg sebenar2 beriman. mereka memperolehi ampunan dan rezki yg mulia.

    keluar di jalan Allah yg khusus ini ada 2 bahagian.

    1.keluar buat usaha ke seluruh alam (hijrah+jihad = birooni)

    2. buat usaha tempatan, (maqami) yakni medannya masjid2 tempatan korang dgn membantu 2 golongan diatas (jemaah 3 hari 40 4 bulan yg landing kat mohala korang)

    gandaan pahalanya sama. pengiktirafan Allah adalah jaminan iman yg haq.

    betul tak hamka?

    ReplyDelete
  65. kalau tak silap aku ustaz zahzan biasanya akan suggest kita baca buku Fadhilat Haji karangan Syekh Zakariya

    ReplyDelete
  66. Assalam

    Mencintai Nabi saw memadam dosa lebih hebat dari air memadam api.....Masyallah! Wallahu'alam.

    Bakh! Bakh! Bakh!

    Khalid.

    ReplyDelete
  67. Hadis beratus ratus ribu..mungkin berjuta juta...alquran dan hadis jadi pedoman dan guru penunjuk jalan...73 jalan 1 jalan diredho allah..dari jibrail ke nabi S.A.W..ke 4 sahabat..tabi'in dan seterusnya..hanya dia yang beri petunjuk...zaman sekarang semua mengaku dijalan yang benar...setiap jemaah mengaku dijalanya..setiap hadis disandarkanya...setiap perbuatan dibesarkanya...kita dihisap pada hati kita..kemudian perbuatan..kita berdakwah pada hati kita ..kemudiaan..sekeliling kita....itulah cinta..cinta Allah..cinta pada rasullAllah..dakwah cinta hati pada Allah...LaillahailAllah MuhamadaRasullullah.

    ReplyDelete
  68. ptg tdi berkongsi pendapat dgn sorang Arab dri Libya yg dlu pernah tnggal d Madinah...die btau,sblum kite wat dkwah,kte kna mantapkn diri dgn ilmu..tpi trus ak bgi pndapat ak,"tak,kte kena buat dkwah walaupn ilmu tak mantap lgi",ak bgila dalil psal kisah Abu bakar dn beberape shabat yg lain....tpi die x stuju dgn ak,die trus bgi hujah die..oleh krna ak cuba nk blajar amal hdith Nabi "tinggalkn debat walaupun kmu benar"..ak pn yg prasan ak ni benar,cume snyum je tngok die,tak bls da hujah die..dn mse tu ak cube utk blaja muliakn bngsa Arab

    ReplyDelete
  69. Assalam

    Bakh! Bakh! Bakh!
    Benar...tiada yang benar melainkan yang benar belaka.

    ReplyDelete
  70. Syaitan kata: jangan buat daqwah kalau kau takde ilmu…

    Buznama kata: sampaikanlah walaupun satu ayat…

    Syaitan kata: tunggu kau baik dulu baru boleh daqwah org…

    Buznama kata: kalau kau nak jadi baik, ajaklah orang buat baik…

    Syaitan kata: tunggu kau kaya dulu baru boleh sedekah…

    Buznama kata: kalau kau nak kaya, sedekahlah satu sen pun!

    ReplyDelete
  71. terima kasih. saya lebih faham sekrang ^^

    ReplyDelete
  72. Salam,
    Doakan utk sy dlm tahajjud korang dlm bln mubarak ini smoge dpt keluar 10h akhir Ramadhan ini dan 40h masturat ke IPB cuti sekolah ni...amin ya Rabbalalamin.
    "Wahai org2 Arab, aku khuatir kamu tidak akan sampai ke Kaabah kerana unta yang kamu kenderai menuju ke Turkistan..."-dipetik dari kitab fadhail amal..
    Sama2 kita fikirkan...

    Abu ammar ibn ismail

    ReplyDelete
  73. assalamualaikum.
    en hamka,sila lah jawap ye..
    sbg contoh ye,org wanita yg sudah berkahwin agak terbatas utk melaksanakan jalan Allah yg khusus iaitu keluar berdakwah.
    ok then solat berjemaah bagaimana pula tuntutannya ke atas wanita?
    pastu solat tahajud,kami para wanita ada hari off,adakah di kira sbg jalan Allah,bgun malam hari tp tak solat sbb period,tp mengadu kepada Allah?
    dan yg keempat mencegah diri dari melakukan maksiat sms berada di jalan Allah,maksud jalan Allah tu pula yang jalan Allah yg mana satu?khusus dan am skali ke?

    terima kasih bnyk2 atas jawapan,perkongsian,ilmu dan pengisian en.hamka.
    semoga anda sentiasa berada di jalan Allah.
    syukran.

    eN_J
    -aku wanita mahu ilmu akhirat-

    ReplyDelete
  74. Quote: "Apa yang menjadi kemushkilan saya, seolah tidak adil dalam ugama islam yang mana orang arab yang duduk sekitar Mekah dan Madinah sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang akan lebih banyak dari mana mana penduduk lain hanya di sebabkan faktor geografi, dan bagi penduduk Malaysia macam saya pula, untuk kumpul wang dan tinggal di Mekkah selama beberapa hari bukanlah satu perkara yang mudah".

    Salam. Tumpang lalu. Terpanggil untuk share skit-skit. Sedey dengar perkataan "tidak adil" tu...padahal Ya-Adl...Tuhan Maha Adil. Bersangka baiklah pada Allah. Segala sesuatu yang diciptakan tu telah ditentukan (ditiupkan dalam roh)sebelum kita dilahirkan. DIA yang ciptakan kita...so who are we to complain? roh-roh pun dia yang tentukan masuk dalam rahim mana. Sinonim macam kita lukis gambar la atas kertas kosong. Saya mungkin tanya saudara, kenapa awak lukis rumah tu atas bukit? awak mungkin jwb .."suka hati aku la...aku punya lukisan". Lebih kureng camtu la...tak pandai nak kaitkan...but i hope you get my drift. Woha!

    ReplyDelete
  75. kalau dulu bolehlah pakai cakap ustaz tu...sebab Nabi ada kat situ.. sekarang nabi dah tak ada.. Sunnahnya pun dah tidak ada kat situ.. tak payahlah paki cakap ustaz tu.. diapun bukan tahu pun..
    Kenal dan berdepan dengan Allah dapatlah ganjaran yang lebih..

    ReplyDelete
  76. Salam kembali kepada : -aku wanita mahu ilmu akhirat-

    (((sbg contoh ye,org wanita yg sudah berkahwin agak terbatas utk melaksanakan jalan Allah yg khusus iaitu keluar berdakwah.)))

    Kau terlepas point nombor 6 dalam entry aku: Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki), ini khas untuk orang wanita dan mereka yang tak dapat keluar kerana ada uzur tertentu, untuk isteri, redha dengan ketiadaan suami kerana pergi ke jalan Allah, akan dapat pahala sama macam suami, hanya sabar dan redha.

    ((ok then solat berjemaah bagaimana pula tuntutannya ke atas wanita?))

    Wanita tak wajib pergi solat berjemaah, tapi wajib solat awal waktu di rumah, wanita perlu galakkan suami/ayah/abang/anak lelaki pergi masjid, yang mana sama macam formula di atas, malahan ada pendapat ulamak, suami pergi masjid dapt 27 pahala, isteri di rumah yang suka dengan suami pergi masjid tadi dapat 28 pahala.

    (((pastu solat tahajud,kami para wanita ada hari off,adakah di kira sbg jalan Allah,bgun malam hari tp tak solat sbb period,tp mengadu kepada Allah?)))

    Berdoa dan berzikir takpe jer untuk perempuan haid, orang istiqamah buat baik, lepas tu tertinggal kerana ada masalah seperti haid, sakit, maka pahala akan berjalan seperti biasa.

    ((dan yg keempat mencegah diri dari melakukan maksiat sms berada di jalan Allah,maksud jalan Allah tu pula yang jalan Allah yg mana satu?khusus dan am skali ke?))

    Mencegah maksiat itu penting, terutama di jalan Allah, sama jugak mencegah maksiat itu penting, terutama waktu haji.., dan lain lain waktu.

    ReplyDelete
  77. Jalan Allah jalan dengan mengikut Rasul dari kalangan nabi atau sekarang ini dari kalangan Sunnah Nabi.. janganlah ikut selain ini...kalau nak jalan yang lurus.

    ReplyDelete
  78. terima kasih en.hamka. yg sedihnya saya pulak da kena ceraikan jd xdptlah pahala yg redha suami keuar brdakwaah.sedih..
    anak kecik lg xdpt pulak nk berdakwah.bg tazkirah sket2 blhlah ye...
    moga amalanku diterima dan mendapat rahmatnya.insyallah..


    en.j
    akuwanita mahu ilmu akhirat.

    ReplyDelete
  79. oh ye ke? lepas ni jika ada jodoh, terus kahwin dengan mamat pendkawah, sebab saham mereka banyak jatuh kerana ramai juagklah perempuan tak suka kahwin dengan pendakwah sebab kena banyak sabar macam isteri Nabi ibrahim yang kena tinggal bertahun tahun di padang pasir.

    so, bila saham dah jatuh, inilah peluang melabur.

    woha!

    ReplyDelete
  80. ada sesiapa di sini pendakwah yang tak-de-sape-nak, yg mahu memperisterikan saya?

    eh,eh tak malu sungguh.
    en.hamka seorg pendakwah bukan?...:)
    ehehe

    en_j
    aku wanita mahu ilmu akhirat

    ReplyDelete
  81. Salam,

    "en_j
    aku wanita mahu ilmu akhirat"

    semoga kamu mendapat jodoh terbaik, insyaALLAH seorang pendakwah, dan didoakan agar rahmat Allah sentiasa memayungi kamu bersama anak...amin.

    jaga dan didik anak dengan sebaik2nya (Ya ALLAH, lindungi dan rahmatilah anak kecil itu)

    Wassalam

    ReplyDelete
  82. salam kembali skymatrix,

    moga anak kecik itu sentiasa dilindungi dari kejahatan manusia,kejahatan dunia dan kejahatan syaitan durjana.

    dan semoga anak kecil itu beroleh seorang ayah baru yang boleh menjadi ayah,bukan ayah pada nama sahaja.

    insyaAllah.jodoh itu urusan Allah.

    en_j
    -aku wanita mahu ilmu akhirat-

    ReplyDelete
  83. Kpd:

    c/p email said...

    Sy tlg menjawab kemusykilan seorg pendengar radio IKIM tu.
    .
    .
    3:00 PM, August 08, 2011

    Org Tengah said: Boleh download kuliah Ustaz Zahazan kat sini berkenaan tafsir surah At Taubah di radio IKIM


    http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=55

    @

    taip kat google= podcast radio ikim

    ReplyDelete
  84. mamat parang tumpul semoga dapat keluar 40h ke sabah

    ReplyDelete
  85. Hadis beratus ratus ribu..mungkin berjuta juta...alquran dan hadis jadi pedoman dan guru penunjuk jalan...73 jalan 1 jalan diredho allah..dari jibrail ke nabi S.A.W..ke 4 sahabat..tabi'in dan seterusnya..hanya dia yang beri petunjuk...zaman sekarang semua mengaku dijalan yang benar...setiap jemaah mengaku dijalanya..setiap hadis disandarkanya...setiap perbuatan dibesarkanya...kita dihisap pada hati kita..kemudian perbuatan..kita berdakwah pada hati kita ..kemudiaan..sekeliling kita....itulah cinta..cinta Allah..cinta pada rasullAllah..dakwah cinta hati pada Allah...LaillahailAllah MuhamadaRasullullah.

    ReplyDelete
  86. Kadang2 dlm bayan kita dengar mafhum hadith pahala mengamalkan sunnah dlm zaman kefasadan Allah akam beri pahala 100 kali mati shahid.ada siapa tahu sandaran atau riwayat ini? Tk

    ReplyDelete
  87. zam ma

    hadis tu ada dalam kitab muntakhab hyadis karangan Maulana Yusuf

    ReplyDelete