Jul 15, 2011

Solat best?

(Lupakan kuning, mari kita bercerita tentang warna biru pula, eh tak nak! Nanti orang akan butthurt, so, kita cerita warna lain, jom!)

Aku dah janji hari tu, malas cakap pasal politik kuning lagi, jadi, menunaikan janji hari itu, dan sempena hari jumaat yang berbahagia setiap minggu, mari kita bercakap tentang warna lain yang lebih suci dan mulia iaitu warna putih dengan niat memutihkan kekuningan(kekeruhan) yang menjerat perasaan di pinggir bukit berdurikan prepaid agar suci yang tidak menyucikan minggu lepas menjadi suci lagi menyucikan, chewah... puitisnya aku.

Sebelum aku cerita tentang bagaimana solat best, aku nak bagi info sedikit tentang warna putih:

  1. Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna putih dan ini adalah sunnah Nabi.
  2. Yang disukai oleh Nabi saw ialah warna putih. Petikan Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin.
  3. Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.." (Hadis riwayat Nasa'i)
  4. Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
  5. Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
  6. Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
  7. Orang kapir, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di Malaysia, keratamayat warna putih.
  8. Dalam perang, jika bendera putih kosong yang dikibarkan itu tandanya mereka ingin berdamai atau menyerah kalah.(standard perang hari ini-mamat konspirasi tak payah nak tafsir lebih-lebih)
  9. Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.(inilah sukan yang paling aku suka tengok)
  10. Dalam budaya perkahwinan masyarakat barat,pakaian putih dan tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu pengantin masih dara.(betuk ke ni?) Tapi di malaysia, malam pertama letak kain putih dipunggung perempuan yang mana jika ada darah bermakna dara pecah.
  11. Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
  1. Pulau Batu Puteh menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milikSingapura.
  2. Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat.
  3. Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatya dalam politik.Woha!
  4. Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih telur campur air gula-tahu takpe.
  5. Pokok Kayu Putih ialah sejenis pokok gelam, tapi takde kene mengena dengan saka gelam.
  6. Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
  7. Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
  8. Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka Nia Ramadhani : )
  9. Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan – jangan ponteng kelas sains.
  10. Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0', 'independence days' dan lain lain.
  11. Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam? Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang nampak, Woha.
  12. Tahukah kamu kenapa mahsuri berdarah putih? Ya betul, sebab mereka tikam tepat pada buah dadanya-woha!

Arghh, dah start mengarut, aku nak cerita kisah sunnah Nabi yang suka warna putih, tapi melalut kepada warna tahi cicak dan darah mahsuri, hampeh betul!

Habis sampai sini, anggaplah ini kekurangan diri aku yang mewakili warna hitam dalam hati putih aku…

Bermula cerita, (tadi tu intro sahaja-ha ha)

****

Baru baru ni, di Stadium Nasional Bukit Jalil, ramai sungguh orang pakai baju kuning dan baju merah, iangatkan perhipunan Bersih dan Perkasa yang belum habis, tapi rupanya ada game bola Malaysia lawan Arsenal, 'Merah' menang 4 gol, 'kuning' dapat kosong gol. Woha!

Cerita bab bola, kita boleh tengok macam-macam stail penonton, ada yang lebih suka tengok kat rumah dalam tv, ada yang lebih suka tengok dekat kedai makan screen besar sambil menjerit sama kawan-kawan, ada yang just nak tahu keputusan, cukup tengok berita babak gol, atau ada yang just baca surat kabar, youtube dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang tengok bola dekat stadium sambil jerit-jerit, siap pakai jersi warna sama dengan pemain bola, dan ada yang siap conteng muka lagi lengkap dengan kain rentang, mercun dan leser, ha ha ha..

Bila di tanya, kenapa korang sanggup congteng muka, pakai jersi warna warni dan duduk kerusi hadapan sambil menjerit-jerit macam jurulatih?

Jawab mereka, tengok bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Ok, itu tengok bola kat stadium, ada kawan aku yang main bola secara seronok-seronok dekat padang kampong, tapi datang siap dengan jersi lengkap, bila lawan pertama sumbat gol, yang kalah kena bukak baju, jadi mamat yang dah tahu kalah, dan kena bukak baju tapi masih datang main dengan pakai lengkap jersi walaupun hanya dia sorang jer pakai, dan bila ditanya, kenapa sanggup susah susah pakai baju bola sedangkan kita main suka-suka jer?.

Jawab mereka, main bola, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Straight to the point, dah nama blog pun keretamayat, tak kan nak cerita pasal bola, maka aku nak bagitahu, jika kita sungguh sungguh dalam ibadat, kitapun akan dapat ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Bab solat misalnya, (ehme, ehem)

Kita boleh tengok macam-macam stail pesolat, ada yang solat kat rumah lengah-lengah, ada yang solat berjemaah dengan bini, ada yang solat hanya pakai kain pelikat, ada yang solat sekadar melepas kentut di tangga, dan macam-macam lagilah!

Tapi yang paling best, adalah mereka yang solat berjemaah di masjid, saf depan, datang awal, siap buat solat sunnat tahiyatul masjid dan pakai lengkap sunnah Nabi dengan siap bercelak, berserban dan berjubah putih!

Bila di tanya, kenapa korang sanggup bercelak, berserban dan berjubah putih, datang awal, duduk saf depan, lalu bertasbih dan beriktikaf di masjid macam ustaz ulamak?

Jawab mereka, solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Aku ulang: solat, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Jadi ‘moral of the story is:’ Solat kita tak best sebab tak ada feel, Feel tak datang sebab kita tak bersungguh!

Tak bersungguh untuk solat!.

Cuba kita buat macam peminat bola atau peserta himpunan bersih buat, eh silap?, cuba kita buat macam ustaz ulamak selalu buat, datang awal ke masjid, duduk saf depan, solat sunnat tahiyatul masjid, dan pakai jubah putih, bila solat rasa satu feel yang.., nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Aku sendiri dapat rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban, duduk saf depan, lepas solat sunnat duduk zikir, dengan niat iktiqaf sambil tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! dapat ‘feel’ yang feelnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

Tapi kalau datang orang dah nak habis khutbah, duduk pulak saf belakang. Pakai pulak baju T shirt dan seluar jeans, kopiah pun tak pakai, lepas solat aku rasa macam gitu-gitu jer, kurang feelnya, (ni aku lah nih..korang tak, korang semua beriman dan bertakwa, tak dengar khutbah dan solat masbukpun tapi masih kusyuk solat sehingga lupa alih kereta yang parking di tengah jalan block kereta orang-memang bangang!..)

Maka nasihat aku, sama samalah kita bersungguh dalam ibadat, orang pergi himpunan kuning pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju kuning melambangkan kebersihan, atau orang pergi tengok bola di stadium pun sanggup bersungguh-sungguh pakai baju jersi melambakan semangat gila bola siap conteng muka? apatah lagi untuk perkara yang lebih utama ngan solat nih,

Kalau boleh bawak uniform khas dalam beg siap dengan serban dan jubah warna putih (macam superhero dengan kostumnya: superman/spiderman/cicakman), yang mana bila dah nak azan terus tukar baju, zassss.., dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…

Orang perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum-senyum kat suami sambil angkat-angkat kening, sebab jika isteri solat awal waktu, dan suami solat berjemaah di masjid, lalu, bila suami pulang karang, korang akan ada banyak masa untuk buat banyak benda, nak berjimak sampai solat seterusnya pun boleh. Terus sombat gol!!!

Woha!

Sekian.

Ps: Baju T shirt warna kuning siap sedia untuk perhimpunan 3.0 akan datang, baju jersi bola juga siap sedia untuk pergi stadium bukit jalil, baju jubah warna putih untuk solat berjemaah ada tak bang?

94 comments:

  1. solat mmg best sape xsolat dia xbest...

    -iss-

    ReplyDelete
  2. Saya suka warna putih... tp kalau jumpa pompuan rambut panjang pakai jubah putih labuh tengah2 malam buta, saya tak suka.. heheee...

    ReplyDelete
  3. betul-betul, solat kena feel br tak terbabas 4 rakaat jadi 3@5 rakaat, solat subuh tak trtinggal baca doa qunut...

    Err, Hamka nak tanya hari tu ada heboh nk cetak buku, bila ek keluar skng dh snyap psl buku ni..

    ReplyDelete
  4. yup bro... mmg kna ader feel.. br dua tiga ronok nk buat satu2 bnda tuh.. :)

    good article!

    ReplyDelete
  5. 19: # Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka Nia Ramadhani : )

    (aku lag suka Devolina s. Temat)
    hopefully dapat jadi aliah number 3 aku..amin

    ReplyDelete
  6. ari ni azam nak gi solat jumaat dgn dressing full sunnah...

    ReplyDelete
  7. akhirnya..barulah feel tu datang nak baca blog ko tuan hamka..fuhh..akhirnyaaa..tq bro! bab sunnah camni la yang aku tunggu selama ni..keep it up bro!

    ReplyDelete
  8. Setuju, lagi-lagi kalau solat kat masjid atau surau lagilah feel. Kalau solat rumah banyak sangat distraction. Tapi bila solat kat luar, feel dia lain amat. Bila baca entri ni, oo baru faham, itu dinamakan feel.

    ReplyDelete
  9. yang paling feel... khusyuknya solat itu... online secara live dengan hati itu hadir pada solat.. sedar bahawa diri ini sedang menyembah Allah... rendahkan diri... yang penting faham maksud bacaan dalam solat... klu x.. solat "ke laut" la...

    ReplyDelete
  10. aku membaca entri ni dengan penuh ke"feel"an.. Tahniah!!

    ReplyDelete
  11. feel habis...

    aku masih konpius pro & cont bersih lagi...mungkin aku tak feel mengetahui itu semua...

    bro, aku tertunggu lu punya buku....

    ReplyDelete
  12. pembacaan entri nie dengan penuh feel memberi keinsafan di hari jumaat....... tapi into ntah apa2....he he....

    ReplyDelete
  13. baru balik masjid..

    mujur baca entry tuan hamka b4 ke masjid..ada feeell skit..hehe

    tapi aku takleh blah btol pasl info warna putih..nak2 point pasal tahi cicak ngan mahsuri..sengal gle.haha

    ReplyDelete
  14. Memang feel la jika sholat korang ada ROH, dan memang langsung tak feel jika sholat tu tak der Roh. Sememangnya tak satu orang pun yang sukakan bangkai orang mati kena bunuh.. Makanya janganlah korang membunuh sholatmu dengan melengahkan waktunya.ak feel jika sholat tu tak der Roh. Sememangnya tak satu orang pun yang sukakan bangkai orang mati kena bunuh.. Makanya janganlah korang membunuh sholatmu dengan melengahkan waktunya.

    ReplyDelete
  15. komen, kena ada ‘feel’, dan bila dapat ‘feel’, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.

    ReplyDelete
  16. hek eleh feel2 jugak tp ad beberapa komen yg di post time yg sepatutnya pengomen itu duduk di masjid. tp sy bersangka baik mgkin pengomen tu duduk di amerika kot...

    -iss-

    ReplyDelete
  17. hek eleh mmg sy kene bersgka baik pon. semua pengomen time tu adalah wanita semuanya. sy mengaku sy silap menghek eleh tanpa usul periksa...

    -iss-

    ReplyDelete
  18. perhimpunan hamba2 Allah yg Allah redha di permukaan bumi, perhimpunan di masjid untuk sama2 mengimarahkan masjid.. untung jd tetamu Allah.. subhanallah..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Simple entry but nice, ingat mengingati sesama kita...semoga semua dirahmati ALLAH.

    Aku suka pakai baju melayu sepasang (apa saja kaler) bila ke surau atau masjid ...1 hari aku kena tegur (campur dengan nada marah) oleh seorang pak cik (bapa kawan aku) sebab tak pakai kain pelikat (?) bila ke surau atau masjid siap cerita anak dia (kawan aku) solat kat umah pun pakai kain pelikat...aku diam je sambil senyum kat dia...

    bila balik rumah aku termenung kenapa pak cik tu marah aku sedang anak dia (kawan aku) tak penah pegi surau atau masjid yang selalu aku kunjungi (sangka baik - mungkin kawan aku ke surau atau masjid lain)

    tapi tahukah pak cik tu anak dia pengedar ubat batuk dan pil khayal? Sekarang di Penjara Sungai Buloh!!!

    Sekarang pak cik tu nampak malu2 bila jumpa aku...kesian dia...

    cuma nak tanya Hamka...SOLAT PAKAI KAIN PELIKAT DENGAN BAJU MELAYU SEPASANG FEEL DIA LAIN KE? Hahaha!!!

    Wassalam.

    ReplyDelete
  20. Salam.

    Feel good blog..

    keep it up to be yourself bro!

    ReplyDelete
  21. nice one bro. encik hamka dah menunaikan janji

    ReplyDelete
  22. solat diawal waktu memang 'feel'..^_^


    'feel' sungguh baca entri ini..;p

    ReplyDelete
  23. yer la hamka,

    aper cerita dengan buku kereta mayat ko.. lamanya nak siap...

    btw aku suka entry2 ko.. menginsafkan dan banyak menyedarkan aku tentang hal2 ugama...

    Terima kasih hamka :)

    Jom Layan
    Kaya tak semestinya senang

    ReplyDelete
  24. Skymatrix,
    Pakcik tu marah sebab ko tak pakai spender kot hahaha....pasal tu la baju melayu sepasang sesuai kena ada samping, takut yang tersirat akan jadi tersurat...

    ReplyDelete
  25. Solat mmg best...mantop......lagi best buat qiyamulail.......pintu syurga terbuka luas tu...Allah kan tak tido tapi masa tu org rmai tido...hehe..

    ReplyDelete
  26. alamak Duan, pecah rahsia aku...hahaha!!! agaknya pakcik tu jeles sebab kalo dia nak buat seluar, kain kena beli banyak ela...

    tapi apa pun semoga pak cik tu dilimpahi rahmat dunia akhirat dan semoga kawan aku bila keluar nanti akan jadi seorang lelaki yang beriman...aminnnnn...

    Z****, aku doakan ko berubah menjadi insan yang terbaik walau ko sekarang disebalik tirai besi...ada hari lawatan nanti aku akan lawat ko...insyaALLAH.Kita kawan sejak dari umur 4 tahun sampai la umur 32 tahun ni, aku takkan buang ko...

    ehhh...teremosi plak...cettt!!!

    ReplyDelete
  27. bila cite benda bagus kurang pulak orang komen..

    ReplyDelete
  28. salah satu punca agama runtuh adalah apabila ramai yg tidak bersolat, sedangkan solat itu adalah tiang agama.Kalau tiang takde apa jadi?

    ReplyDelete
  29. tu namanya ironi... doakan saya yang lagha dalam solat sekarang ni

    ReplyDelete
  30. solat adalah amalan yang plg afdal..dan solatlah amalan yg pertama sekali yang akan dihisab..solat rosak amalan lain pun akan jadi rosak..walaupun korang hafal satu Al-quran..pergi haji beribu kali..pergi perhimpunan bersih dengan niat yg baik n lain2 amalan..tapi kali solat sempurna maka insyaAllah amalan lain akan dterima..kesimpulannya kenalah usha nak baiki solat,,macam mana kita bersungguh2 nak kerajaan begitulah juga kita kena bersungguh2 nak dapatkan solat yg sempurna..nak dapatkan kerajaan kita dah buat bersih,nak dapat 4.0plat kenalah usaha sungguh2..tapi solat macam mana??

    Allah berfirman dalam Al-Quran yang mafhumnya lebih kurang; Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu dan ucaplah perkataan yang benar,nescaya Aku(Allah)akan islah(perbaiki)amaln kamu dan Aku(Allah) akan mengampuni kamu..Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya,sesungguhnya dia telah menang dengan kemenangan yang sgt besar..Ankabut 70-71..Saidatina Aisyah r.anha tafsir ucaplah perkataan yg benar ialah percakapan Laailahaillah..

    renungkan bersama..

    ReplyDelete
  31. wah..
    banyak info...
    amin,
    permudahkan lah solat aku hendaknye

    ReplyDelete
  32. hmm...ramai orang ingin berjuang untuk Islam...punya niat yang baik supaya Islam benar-benar menjadi cara hidup diri menjalani kehidupan sebelum kereta mayat menjemput, yang kerananya mereka mahu berkongsi melalui cara yang mereka rasa baik dan sesuai...namun ironinya, dalam mereka menyangka demikian, mereka sebenarnya membawa kerosakan dalam agama...meroasakan diri dan orang lain...na'uzubillah...kerana itu tiada yang lebih selamat melainkan buat usaha yang mirip cara nabi saw dan sahabat2nya...maksud sepotong ayat quran yang aku tak ingat ayat berapa, surah mana dan juzuk apa (lebih kurang)...janganlah menghina tuhan2 yang disembah oleh org kapir, kerana dgn itu mereka akan (bertindakbalas) dgn melebih2 menghina Allah kerana kejahilan mereka...(terbaca dlm TV alhijrah)...kita merasa cara PAS/UMNO/PKR tidak betul kerana memperjuangkan agama dgn cara yang salah...tapi bagaimana pula cara dan pendekatan kita...mungkin 2-3 org dpt kebaikan melaluinya tapi 20-30 org dpt keburukannya...tahukah kita?...bunzama berkata, penipuan terbesar oleh syaitan ialah menghasut mukmin berbuat sesuatu yg mereka sangka satu kebaikan tapi sebenarnya bukan...dan mukmin tersebut akan bermatian mempertahankan usaha mereka tanpa ada sedikit pun perasaan mahu bertaubat...kerana mereka tidak pernah menyangka mereka berbuat salah. Alangkah besarnya bahaya yang menanti mereka...maka untuk lebih selamat, buatlah HANYA usaha yang telah djamin ke'sunnah'annya...Allah jua yang maha mengetahui...yg buruk itu dari kebodohan aku jua..

    ReplyDelete
  33. Filem Blockbuster Ini Terpaksa Dihentikan Sebab Semua Hero Dah MATI! Sadissss..

    http://zombieinsaf.blogspot.com/2011/07/filem-blockbuster-ini-akhirnya.html

    ReplyDelete
  34. untuk hamka......
    terima kasih kerana menunaikan janji...
    n yg paling penting....kombinasi nasihat dan perli yg saudara lakukan cukup berkesan dan tidak menyebabkan org tersinggung.....entri ini yang terbaik sejak isu politik dimasukkan dalam entri saudara......
    menggunakan warna putih yang melambangkan kesucian ini merupakan tindakan yg bijak....dan lawak2 dalam entri ini membuatkan org tidak bosan dengan entri saudara....
    hasilnya....anda mendapat pandangan yg positif daripada semua pihak....walaupun daripada org yg mengkondem anda sebelum ini....teruskan menulis blog tentang islam dan keunkikannya....tapi....cepat2 buat entri pasal puasa pulak ye......nak tau pasal puasa dan ke unikannya.....kepada pengkomen.....sebarkan entri ini kerana entri ini adalah berlabel U....sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama untuk org islam.......semoga ALLAh swt memelihara org yg cuba untuk menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran kepada org lain.....dan....tergolongkan lah kami dalam golongan putih.....sekian....wslm

    ReplyDelete
  35. http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI

    ReplyDelete
  36. kalo hari2 pakai full sunnah utk g msjd, tesco, giant, mydin, uptown dll lg FEEL!!!

    ditambah pulak brjalan dgn org rumah korang yg full sunnah gak..

    berjubah hitam berhijab muka..ala2 ninja gitu..lg juta2 kali FEEL!!!

    kalo nk rase kne la cube amal....hehehe...

    ReplyDelete
  37. pasal buku, masih dalam proses dan aku akan jelaskan dalam entry entry akan datang.

    ada sedikit masalah dalam bab teknikal, dan lain lain.

    segala kesulitan amat di kesali.

    "insyAllah"..

    terima kasih kerana sabar menunggu.

    i love u.

    ReplyDelete
  38. Insan Fakir Iman11:00 AM, July 16, 2011

    Salam

    Ringkas dari aku;

    kita tak boleh penuhi kehendak semua org

    Tapi semua org boleh (berpotensi) penuhi kehendak Allah.

    Maka 1 hari nanti Allah akan penuhi kehendak kita, jika tak di dunia ini, yang pasti di syurga kelak.

    Yang penting sentiasa muhasabah diri & check amal masing2 setiap masa & keadaan, adakah saya sedang menyukakan Allah & Rasul atau apa yang saya buat ini semata2 kerana kehendak/nafsu saya sediri.

    Setiap amal walau sebesar zarah akan dihitung kelak............

    Wassalam

    ReplyDelete
  39. post hamka yg plg bermakna utk aku..first time hamka bg kesan kat aku..hhhaha...solat kne feel!!

    ReplyDelete
  40. soalt kat surau or berjemaah lagi feel...tambah2 kalau adik beadik semua berkumpul..

    muhasabah diri lagi..insyaALLAH~

    ReplyDelete
  41. cehh.. tiap kali aku buka je blog nih msti dh tersusun org mngomen.. xpe2 nex time aku pn nk among the first.. hehehe..

    warne tahi cicak for safety purpose?? hahaha.. xbleh blah..

    jom solat!!

    ReplyDelete
  42. Assalam

    Tuan-Tuan yang dimuliakan oleh Tuhan yang Maha Pengasih.....

    Solat dihadiahkan kepada junjungan besar Sayyidul Ambia Mursalin ketika baginda berada didalam tahun-tahun kesedihan Baginda saw.

    Kepulangan Bapa angkat beiau dalam keadaan yang tidak beriman kepada Allah swt.......

    Kembalinya Ummul Mukminin raha. kepada penciptanya........dalam keadaan yang mana junjungan besar kita menitiskan airmata beliau yang paling suci.....Alllah.....

    Solah tu...hadiah untuk redakan kesedihan Nabi saw dalam usaha untuk berdakwah kepada manusia-manusia yang tahu tentang kebesaran dan kebenaran Nabi saw sebelum dia jadi Nabi lagi!

    Allah......sedihnya Nabi saw....mereka-mereka yang mempercayainya satu masa dulu..telah kata dia gila dan ahli sihir semata-mata kerana Adden!

    Tuan-tuan....solah ubat hati Nabi saw...ubat hati kita jua.Anggaplah setiap solah adalah solah kita yang terakhir di atas muka bumi Allah swt....pasti dan pasti feel!

    Khalid
    Hati aku hitam...kerana tu aku suka pakai hitam. Sentiasa tahu aku ni hitam!

    Terbaik bro! All thumbs up!
    Siapa kata Hamka malukan tabligh....tak cukup mahkamah kau akan aku saman..didunia ni lagi. Chit...

    ReplyDelete
  43. ((Anonymous said...
    hebat hamka..facebook kereta mayat-19000++,blog's followers=6000++,komen,180++...pergh...so, khalid..nk bentuk jemaah pn pikir2 sifat sahabat yg ke 5 tuu..;)
    xkan nk announce kt sini gak..huhu..karkun2 pun, tgk2 la bini kt umah tu..lama dh ke x kuar masturat..ke syg sgt nk lepas citer slot zehra..taklim masturat guane?ke jarak 20km pn lelah nk dtg naik keta beraircond gi 2 minggu sekali..nusrah jemaah guane?anak2 cukup solat jemaah kt masjid..ke ngajak org solat jemaah..anak sendiri tah kemana..tgk gak karkun hak yg dh sejuk..sibuk cite psl bersih..psl doa..psl usaha atas iman..kena cek balik semula tu..sebelum tgk salah org hak BERSIH tu je...aku cadang tabligh hak atas pagar atau sokong UMNO bergabung dgn PAS..wohaa...))

    Lu sapa nak check amalan gua dan anak bini gua. Tuhan? Tapi pasal lu dah tanya maka wa jawab. Anak wa yang pertama hafiz dan sedang berada di madrasah Kubang Bujuk. No. 2 Alimah di Losong tahap 3. No 1 dan 2 solah insyallah ....no. 3 dan 4 bawah umur laie....

    Bini wa gi taklim...tapi liat sikit, Wa tengah rasuah dia sebesar-besar rasuah.....pujuk rayu cumbu...ooiit!....supaya dia gi taaklim. Keluar...nusrah jemaah masturat dah ..

    Ser laie...dia suruh wa kahwin lagi.Wa kata tak nak....nak dia jadi permaisuri wa kat syurga. Kira oklah tu kan...koho-koho.slow-slow...(dalam mimpi aku!Woha)

    Sifat ke 5 Ikhlas. Apasal tak ikhlas ke tasykil dalam blog ni...hebat sangat ker blog ni sampai tak boleh tasykil. Tuan rumah tarak papa lu sebuk beruk....

    Tapi kalau lu rasa wa salah wa minta ampunlah. Yalah...lu orang lamakan..taklim masturat pun power. Tolong doalah bai kat wa. Wa sikit pun tak ada perasaan kamaluan kalau cakap tentang tabligh ni...wa bangga beb..wa bangga ...usaha mirip kepada usaha Kekasih Tuhan No. 1. Nak Takut aper....umummiyat....Najib pun dah pergi Ijtimak.Lagi cakap nak beralas ker....straihgt 2 the point.

    Bak kata Haji Noor...karkun ler kena berani? Ada bran?

    Mohammad Khalid Bin Haji Ab Karim
    Insan yang berhati hitam....

    (Maaf bro....wa emo orang sentuh anak bini wa)

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum:)
    intro mmg x boleh bla (lawak!) tp sgt menarik minat utk terus bace ssmpai habis even berjela-jela pnjg. hehe~ FEEL HABIS!

    ReplyDelete
  45. hahah....cbe bg comment on this entri
    http://bismillahirrahmanirahim.blogspot.com/2011/07/with-name-of-allahhai-ya-ala-solah.html

    ReplyDelete
  46. masih mencuba untuk dapat khusuk 100% ketika solat.

    ReplyDelete
  47. sedara Mohammad Khalid Bin Haji Ab Karim:

    aku kesan kat sini dan bebarapa lagi entry hamka, ada 'insan' yg agak butthurt bila parti politik yg di sanjungnya tu di sentuh oleh pengomen, lalu 'insan' itu mula membanding2kan amalan2 imfradi/ijtimae para pengomen itu dan mengatakan apa yg di buat kat sini adalah salah dan tak ikut tertib eldest.

    aku buleh terima bende teguran dia tu, cumanya,cara dia bertanya (mcm dia tanay kat engkau tu) seolah2 dia yg paling maksum dan dapat penuhi tertib..yg di khuatirkan inilah sifat Azazil masa Allah suruh dia sujud pada Adam a.s..nauzubillah..

    pendek kata, pandangan aku le, kalau ye pun yg kita tulis kat sini pasal usaha2 tak menepati tertib eldest bagi, aku nampak, cara dia tegur kita2 pun tak menepati jugak apa yg eldest suruh, sebab dia tegur at sini..patutnya dia tau le apa nak buat kan?

    okeh, isya dulu jap, nanti aku smbung..

    ReplyDelete
  48. Mekar nk tnyo sket...kalo kite pki bju melayu putih atau t shirt putih lengkap ng kopiah putih dpt x pahale sunat ?

    khalid????

    ReplyDelete
  49. ape yg ko cakap mmg btul supanoo8..

    tapi ameer sab ak bgtaw,

    mmg la cakap prkara hak,tapi smpai menyakitkn hati org islam da dikira prcakapan batil..

    bukan aku sokong bersih bro..ak pn tentang bersih gak..tp xleh la kasar sgt mcm kta ni alim ulamak..kne hormat gak dpa..

    lg 1,pasal ikhlas niat,ye la..ko kt laman sosial akhir zaman yg ko cakap ko banyak mengarut,ko ikhlas krn Allah ta'ala..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  50. good one!!...like it..harap2 dapat amalkan sembahyang di awal waktu..Insyallah..:)

    ReplyDelete
  51. SupaNo8 assalam sedare...
    Sabo jer le...he..he...
    Usaha ni ajar kita untuk lawan nafsu, tak ade perasaan pecah hati...dan wa rasa wa gagal.

    Lu jangan jadi macam wa beb.Wa sayang lu...sesungguhnya Nabi saw tak mengaku ummat orang yang tak hormat orang tua.

    Kepada orang-orang lama...wa hormat lu..wa angkat bendera putih. Wa tau wa salah....ampun dan maaf dipinta.

    Ya Rabb....satukanlah hati-hati kami dalam usaha ni sampai kami mati.

    Khalid
    yang lara....

    ReplyDelete
  52. Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
    RasulULLAH s.a.w bersabda:

    "Solat lima waktu dan Solat dari hari Jumaat hingga Jumaat seterusnya, akan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya,selagi tidak dikerjakan dosa-dosa besar."
    Riwayat Muslim

    WALLAHu a'lam

    Putih Best!

    yg tak best macam suhaibah ckp, bila nampak perempuan berbaju labuh warna putih, berambut panjang mengurai sedang melambai lambaikan tangannya kpd kita di tengah tengah jalan pada waktu malam!

    ReplyDelete
  53. dah kembali. tahniah! ^^


    #19-bengong. gahahahaha

    ReplyDelete
  54. ~nice post
    byk dak2 skrg yg buat2 rinagan je bab solat..
    ish2
    apa nak jadi~

    ReplyDelete
  55. bila hamka cakap pasal politik bukan punya ramai ulamak2 komen...tapi bila solat...mana komen2 tu semua??adakah politik lebih penting dari solat??? kalau masjid al-aqsa orang yahudi nak runtuhkan umat islam punyalah protes untuk pertahankan..tapi bila orang lain termasuklah diri sendiri tinggalkan solat kita reliks je..macam xde pape...sedangkan amalan solat lah amalan yg pertama sekali yang akan dihisab..tapi kita kurang ambil perhatian..bila solat diabaikan macam mana Allah nak bantu umat ini?? kadang2 kita xsedar kita banyak perjuangkan benda yang kurang penting dari benda YANG LAGI PENTING..salah faham yang sedang dialami umat ini..

    ReplyDelete
  56. ada lagi ke tradisi pengantin pompuan kn letak kain putih tu?

    ReplyDelete
  57. hahaha...

    pelik
    bila hamka kluarkan pos yang memberi penerangan dan manfaat kepada masyarakat ISLAM secara amnya...
    sikit nak mampus komen...

    bila hamka beri pandangan sedikit pasal politik...
    ceh...banyak nak mampus komen..

    so?....
    fikir2 lah

    ReplyDelete
  58. Bermula azan...bila kita jawab kita dapat pahala yang sama dengan muazzin. HABIS TUKAN...DOALAH APA SAJA INSYLLAH KABUL.

    Wudhu..doa...8 pintu syurga terbuka!

    Setiap langkah...1 dosa ampun, 1 pahala dapat, 1 darjat naik (antara timur dan barat)

    Nampak masjid jer...senyum, selawat. Baca doa kaki kanan niat iktikaf.

    Setiap gerak, setiap langkah, setiap kesukaran yang dihadapi, errr... setiap kemalasan yang diatasi...semuanya asbab hidayat bagi diri yang gi solah ke masjid.

    kesian pompuan tak dapat.....tapi jika istqomh solah awal waktu ditempat yang sama maka akan dapat ganjaran yang sama dengan orang lelaki yang gi masjid.

    Nak pulak dah kahwin...beranakkan anak yang jaga solah...suruh laki gi solah ...lu sendiri solah....phewww...banyaknya pahala!

    Masak pulak untuk mereka dengan zikir dan penuh kasih sayang kerana Allah...setiap amalan mereka ada panggu! masak untuk jemaah bergerak.....maka bergeraklah pahala lu.

    Yangggg...ada jemaah datang 15 orang...tolong masak k. I love u!
    nanti abang kongsi pahala tu dengan tolong bawa gi masjid. Woha!

    Aku cinta solah err...yer ker?

    Khalid

    ReplyDelete
  59. mana pergi serban abang ni..

    "serban abang mana pah?"..

    : )

    ReplyDelete
  60. saya suka kaler ijau :-)

    ReplyDelete
  61. Assalam

    Sewaktu nabi saw jumpa Allah swt...untuk terima ubat hati.....

    tuhan kita tanya nabi kita.....
    (lebih kurang) Apa yang sedang diperkatakan oleh malaikat-malaikat disitu?

    Nabi saw lebih kurang beritahu ..tak tau. maka tuhan kita letak 'tangannya'didada nabi kita maka....terungkailah kesepian yang mencenkam dirinya dan fahamilah nabi kita bahawa malaikat-malaikat tu sedang bermuzakarah tentng banyak mana nak beri pahala untuk orang yang mengambil wudhu di waktu kesejukan...dll.

    Nutshell. Susah payah kita nak solah dinilai oleh makhluk-makhluk yang hampir dengan Rabb.....mereka berbincang tentang susah payah kita nak ambil wudhu beb! Tak rasa syiok ker...he..he..

    Kita jer rasa...malas dan boring nak beramal. malaikat tertunggu-tunggu setiap tindakan kita beb....sendiri fikirlah. Jangan bagi malaikat tu boring plak....he..he..

    Aku sayang semua.

    ReplyDelete
  62. Abdullah bin Ummi Maktum ialah seorang sahabat nabi yang buta matanya. Beliau pernah memohon pengecualian daripada Rasulullah SAW untuk tidak bersolat secara berjemaah di masjid pada waktu subuh dengan alasan tiada orang yang memimpinnya. Rasulullah bertanya, “adakah kamu dapat mendengar azan?”. Pantas beliau menjawab, “Tentu, Ya Rasulullah”.
    “Kalau begitu, tiada keringanan bagimu”, balas Rasulullah. Sebagai hamba Allah yang tawaduk dan istiqomah dan sahabat yang taat, Abdullah bin Ummi Maktum meraba-meraba mencari jalan ke masjid dengan berpandukan suara azan pada waktu subuh. Tidak lama dia keluar dari rumah dan menghayun langkah, tiba-tiba kakinya tersadung batu lalu beliau terjatuh dan terluka wajahnya, lalu darah pun mengalir membasahi wajah mulianya. Beliau berpatah balik ke rumah membersihkan wajah dan menukar pakaian dan keluar semula dengan meraba-raba mencari jalan ke masjid.
    Tiba-tiba datang seorang pemuda bertanya kepada beliau. ” Ammu (pakcik), mahu ke mana?” ” Ke masjid”, jawab Abdullah bin Ummi Maktum. “Marilah saya tolong pimpin ammu ke masjid”, tawar pemuda itu. Tentulah Abdullah bin Ummi Maktum berasa senang hati dengan tawaran itu. Mulai dari sejak itu, setiap subuh Abdullah bin Ummi Maktum keluar menunaikan solat subuh di masjid dengan ditemani oleh pemuda itu. Namun begitu, Abdullah bin Ummi Maktum tidak pernah mengetahui nama pemuda tersebut. Setiap kali ditanya, pemuda itu menjawab, “untuk apa ammu perlu tahu nama saya?” “aku ingin berdoa kepada Allah atas segala kebajikan yang kau lakukan kepadaku selama ini”.
    ”Ammu tak perlu berdoa untuk saya dan jangan lagi bertanyakan nama saya”, balas pemuda itu. Abdullah terkejut dengan jawapan pemuda itu, beliaupun kemudian bersumpah atas nama Allah, meminta pemuda itu untuk tidak menemuinya lagi, sampai beliau tahu siapa dan mengapa dia terus memimpinnya menuju masjid dan tidak mengharapkan balasan apapun.
    Mendengar sumpah Abdullah bin Ummi Maktum, pemuda itu kemudian berfikir panjang, dia kemudian berkata: “Baiklah akan aku katakan siapa diriku sebenarnya. “Aku adalah Iblis” jawabnya. Abdullah bin Ummi Maktum tersentak tak percaya, “Bagaimana mungkin engkau memimpinku ke masjid, sedangkan dirimu menghalang manusia untuk mengerjakan solat?” Iblis itu kemudian menjawab: “Engkau masih ingat ketika dulu hendak melaksanakan solat subuh berjemaah, dirimu tersandung batu, lalu luka wajahmu?”.
    “Iya, aku ingat” jawab Abdullah bin Ummi Maktum. “Pada saat itu aku mendengar ucapan malaikat, bahwasannya Allah telah mengampuni setengah dari dosamu, aku takut kalau engkau tersandung untuk kedua kali, lalu Allah menghapuskan setengah dosamu yang lain” jelas Iblis. “Oleh kerana itu aku selalu memimpinmu ke masjid dan mengantarkanmu pulang, khuatir jika engkau terjatuh lagi ketika berangkat ke masjid”

    Malaikat kata apa beb?
    Khalid

    ReplyDelete
  63. Sorang solat kat rumah di awal waktu, sorang lagi solat berjemaah kat surau.. Balik rumah lepas tu senyum-senyum sambil angkat-angkat kening..

    Lepas feel dgn Allah, balik bawak feel ke dalam rumah. Aku suka. Aku suka..

    Sungguh, nikmatnya tak dapat di gambarkan dengan kata-kata..

    ReplyDelete
  64. betul ke ni ceritanya??kau dengar dari percakapan orang atau kau baca sendiri??
    sekadar ingin tahu.

    ReplyDelete
  65. entry menginsafkan diri aku...aku siap buat memo untuk diri sendiri lagi

    http://risingsunawakenmoon.blogspot.com/2011/07/memo-buat-diri-sendiri-solat-itu-tiang.html

    ReplyDelete
  66. Assalam

    Aku biasa dengar...aku tertiba teringat, aku jumpa pok googel ler...he..he. So, aku paste jer beb...

    OK what..agak relevan.
    Mungkin aku salah....oh tuhan...ampunkan hamba yang lara.

    Correct me if I am wrong
    Ambil galah tolong jolokkan......

    Aku lagi buta dari Hadrat Abdullah Bin Makhtum rahu. yang telah syahid (memegamg panji dengan baju besi) walaupun dia buta!Pergi perang dalam keadaan buta beb!

    Ya Allah...butanya aku.

    Khalid

    ReplyDelete
  67. solat

    sepohon kayu daun nya rimbun
    lebat bunyanya serta buahnya
    walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apaaaa gunanyaaaaaaaaaa..

    solat sungguh-sungguh sampai ikhlas..

    lepas tu baru berebut jadi perdana menteri..

    hahaha

    ReplyDelete
  68. apa yang Abang Khalid cerita tu, akupun ada dengar dari Buznama. : )

    ReplyDelete
  69. Bang Khalid, buku aritu macamana? Ada pape berita tk? hehe

    ReplyDelete
  70. Assalam,

    Aku berdosa dengan kau Tuan yang mulia...
    Kubang Bujuk sibuk dengan Majlis Khatam Bukhari. Ana pun perasaan sibuk beb....wa ingat tapi Tuhan bagi lupa. Macamanatu...he..he...

    Sat lagi nak nusrah jemaah 40 hari dari Kubang Bujuk yang ada 4 orang ulama didalamnya...errr.lepas asar di surau Perwaja Guar Chempedak kedah darul aman adik beradik Darul iman. woha!

    Insyallah ana akan tanya mereka...maafkan ana tuan. Lupa itu sinonim dengan insan.

    Khalid
    doa karo!...ummmat menderite!!!!!!!

    ReplyDelete
  71. kira memanag tol la ea kisah Abdullah ibnu maktum yg diceritakan kat atas ni???
    pembetulan bukan ummat yg menderita tapi diri kita sendiri sebenarnya yang lagi menderita..kalau kita menganggap agama perlukan kita maka kita akan buat ikut kehendak kita tapi kalau kita yakin bahawa saya yang perlukan agama maka dalam keadaan susah macam mana pun kita akan laksanakan agama ikut tuntutan Allah dan cara Baginda Nabi saw..lagi2 dalam bab solat berjemaah pd awal waktu..

    ReplyDelete
  72. Assalam

    Alhamdulillah.....
    Benar saya sangat menderita, dan saya amat perlukan agama. jazakallah......

    Errr..tak betul ker cite tu...betulkanlah jika salah sayang..

    Errr...adik yang tanya pasal buku tu. Ana tak sempat tanya....insyallah subuh ni ana cuba lagi dan lagi...aku sayangkan kau seperti aku sayangkan diriku.

    smile...God is watching u!

    Mohammad Khalid B Haji Ab Karim
    P/s:mark this name....and please make doa 4 him....pleaseee...

    ReplyDelete
  73. let's solah........
    let's makesure all the 5 solah is complete each day
    let's makesure that our solah like the last solah of our life...
    let's makesure that our solah is full with 'khusyuk'
    let's makesure that our solah is perfect as taught as our prophet,MUHAMMAD saw,
    let's make our solah like our addiction..
    let's be like SAHABAT of MUHAMMAD saw that committed to their solat till they even don't realize anything happen around them
    let's make solah the activity that never be miss till death
    let's make ourself like a servant in solah...
    let's make our solah perfect by added more solah before and after...
    let's fulfill our solah with sunnah to beautify the solah..
    let's add more solah in our daily life so that we can be closer to ALLAHswt
    let's solah together 5 in a day, once in a week, and twice in a year,
    let's solat close to the person at our side so that no space for syaitan to fill it
    let's fill the sweetness of solah thinking of looking of ALLAH or think that ALLAH is always looking at us
    let's makesure that no dirt and no hadas while we solah at our clothes and solah place
    let's recite a doa' after solah cuz solah without doa' like a man without head
    let's makesure that we always at the early time when solah
    let's,let's,let's,let's solah

    ReplyDelete
  74. http://bismillahirrahmanirahim.blogspot.com/

    ReplyDelete
  75. assalam, ada kah masi owng yng solat xbest???... nak khusyuk dalam solat pun payah niekan pulak nak nak feel lagilah pyah... heheheh, mcm aq gak lah... entahlah mcm mna bley jdi, stiap kli time solat jer ada sja yang lalu lintas kat fikiran... ermmmm... ancurrr... msti ramai gak kan mcm aq nie... klu x pun bgus lah jngan jdi mcm aq nie... hehehe....

    assalamualaikum kereta mayat...i'm new here...

    ReplyDelete
  76. Hamka yang di hormati, semoga kereta mayat anda sihat dan baik-baik belaka adanya, insyaallah, amma bak du.

    Saya suka untuk menyentuh soal solat ini. Dalam satu pengalaman di blog wwwfafiruilallah kamu dapati bertapa tersiksanya penulis melalui liku hidup mencari erti solat 'yang sebenar-benarnya'.

    Kesempurnaan kosmetik dalam melengkapi praktik kelakuan solat itu sesuai. Bermulanya dari kesempurnaan wudhu' yang merupakan kelakuan taubat. Wangian, kebersihan, pakaian, adabsusila hanyasanya cerminan untuk mengangkat ibadat, untuk mendirikan kelakuan solat.

    Solat mesti tiada feel. Kerana feel itu hanyasanya intepretasi dan manefestasi dari kesempurnaan kelakuan solat. Sepertinya hitam tidak ketahuan sekiranya tiada putih, warna tiada makna tanpa cahaya. Feel itu nyata hanya selepas peristiwa kelakuan, memenuhi ruang antara satu tiang hingga tegaknya tiang disempadan waktu lainnya.

    Solat tiada feel, tiada umpama, tiada cerita. Hanya ada esanya.
    Apakah ada sumber tentang Nikmat solat? Khusyuk solat ada!

    Solat tiada feel. Feel untuk melakunkan itu ada, namanya kekuatan, keinginan, keyakinan, kepercayaan. Rahmat dan Nikmat dari ketaatan mendirikan solat itu ada!

    Ingat-ingat, solat tiada feel. Tiada soal best. Tiada soal tak best. Best ker ada tuhan. Tak best ker ada tuhan?

    Kereta mayat tiada feel. Pemandunya ada. Best tak kereta itu?

    ReplyDelete
  77. hamka lbh bnyak nampak kelemahan peserta fanatik bersih, n sebahagian penyokong fanatik pas, daripada nampak n tegur scr ber`hikmah` peminat2 fanatik bola yg xda banyak kebaikan dlm blognya.

    ReplyDelete
  78. salam hamka...izinkan sy nak copy..boleh kan...

    ReplyDelete
  79. Bakal Mayat Seri Kembangan4:23 PM, March 13, 2012

    Assalamualaikum Hamka.

    Nak tanya sikit. Tempat kerja saya ada kelas tafsir Al Quran pada waktu rehat(1.00pm - 2.00pm). Saya teringin nak join. Mana yang lebih afdal saya lakukan dulu. Solat awal waktu atau pergi kelas tafsir Al Quran? Bukan nak riak tapi sekarang saya sedang belajar solat awal waktu takut tak sempat solat dah jadi mayat sebab selepas kelas tu tiada solat jemaah. Solat zuhur hanya "sdn bhd"

    ReplyDelete
  80. belajar ilmu pun penting, jadi aku cadang, ajak kawan berjemaah lepas tu walaupun tiga orang.

    jika mereka bersetuju, andai jam 1 55 kau mati, maka kau mati dalam keadaan niat masih solat berjemaah, dan lengah pula kerana ilmu, Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  81. Salam Hamka,

    nk tnya skt. Apa jwapan yg padu yg boleh kita bagi pada boss kita kalau dia minta kita buat sesuatu kerja waktu kita dah bersiap nak solat. (Zohor dan Asar) Alasan boss tu sebab kerja tu urgen..

    Banyak kali terjadi. Saya pulak jenis tak berani nak kata "tidak".
    Tak tahu nak cakap macam mana kat boss tu. (Boss saya tu melayu dan Islam)

    ReplyDelete
  82. Salam Hamka,

    nk tnya skt. Apa jwapan yg padu yg boleh kita bagi pada boss kita kalau dia minta kita buat sesuatu kerja waktu kita dah bersiap nak solat. (Zohor dan Asar) Alasan boss tu sebab kerja tu urgen..

    Banyak kali terjadi. Saya pulak jenis tak berani nak kata "tidak".
    Tak tahu nak cakap macam mana kat boss tu. (Boss saya tu melayu dan Islam)

    ReplyDelete
  83. cakap pada bos, nak pergi tandas kejap.., pasti dia bagi..

    woha!

    ok, ni bab respek..., jika kau ikhlas dan istiqamah, semua orang akan respek, dan kata kata orang yang direpek, ada aura, insyAllah

    ReplyDelete