Jul 20, 2011

Buku pertama Keretamayat, bila?

(link skema jawapan bagi semua soalan dari blog, email, dan FB. Tanya korang: Bila buku pertama keretamayat nak keluar? jawapan- baca entry ni sampai habis)

Dah ribu-ribu orang tempah (tanpa bayaran) yang bersedia nak beli buku aku, alhamdulillah, tapi ada beberapa masalah dari segi ugama dan dari segi dunia yang menghalang aku untuk ambik deposit dulu walaupun nafsu aku membenarkan untuk berbuat demikian: iaitu ambil duit korang, gunakan sebagai modal cetak, dan aku akan untung tanpa keluarkan modal, tapi aku tulis buku bukan atas factor untung semata-mata.(Ehem, ehem)

Seperti biasa, bila kita nak start bisnes, akan ada masalah, dan akupun dah tentu tak terlepas dari menghadapi masalah kerana aku hanya manusia biasa, ketiak aku juga berbulu seperti korang.

Maka, mari kita belajar dan ambik pengajaran dari kisah pengalaman aku nak terbit buku, terutama kepada blogger yang dah perasan popular macam aku-woha!.

Kita pecah kepada dua, satu masalah dunia, satu lagi masalah akhirat. Kita bincang masalah dari segi keduniaan dahulu.

Masalah dari sudut dunia adalah aku yang pantang penerbit suruh semak, pasti aku akan edit, semak sikit, edit banyak, membuatkan penerbit aku naik angin dan kini aku paham kenapa penerbit dan pengarah filem selalu bergaduh, patutlah di barat setiap filem akan ada ‘director’s cut’ yang mana selepas filem versi penerbit di pasarkan, pengarah akan edit lagi sekali filem tu dan biasanya komen penonton adalah akan suka ‘director’s cut’ walaupun duration nya panjang berjela. Aku harap lepas ni takde pulak buku aku versi ‘writer’s cut’ – woha!

Masalah kedua adalah penerbit aku yang memang aku kagum akan ke’gila’annya sebab sanggup bukukan entri-entri blog aku. Tapi lebih ‘gila’ apabila nak berlagak pandai, dan malas nak upah designer akhirnya penerbit aku guna WORD untuk edit final dan convert kepada PDF yang bakal menimbulkan masalah apabila nak dicetak (walaupun dah siap edit pada 30 jun yang lepas).

Namun, nasib baiklah (dengan izin Allah), ada salah sorang pembaca keretamayat yang bekerja sebagai designer di sebuah syarikat telah email aku menyerah diri, err, maksud aku sanggup untuk buat kerja kerja designer tanpa hidden cost dan beliau menggunakan software Adobe InDesign CS5.5, Adobe Illustrator CS5 dan adik-beradik Adobe yang lain. Dan sebagai rasa berterima kasih, satu hari nanti, insya-Allah, aku akan bawak bini aku jumpa kau dan belanja makan dekat mana mana kedai sambil menjawab apa sahaja masalah ugama dan dunia secara percuma di selang seli lawak mayat-woha!

Masalah ketiga adalah lokasi aku dan penerbit yang jauh buat susah nak bincang dalam internet, dan hujung minggu pulak aku selalu perasan sibuk, dipendekan cerita, satu hari tu dapatkah aku peluang untuk tidak sibukkan diri iaitu pada 9 julai, tapi bila pergi KL, terpaksa pulak di tangguhkan kerana ada perhimpunan bersih-woha-patutlah Hamka marah sangat dengan perhimpunan ini, rupanya ada masalah dalaman, he he, aku rasa ini adalah alasan semata mata.., takde kene mengena dengan perhimpunan bersih, aku yang perasan sibuk pada hari lain ho ho..

Ok, itu masalah dunia. Masalah dalam bab ugama pula, oleh kerana entry aku banyak guna lafaz Buznama iaitu ‘Berita dari Ustaz yang aku tak ingat nama’, penerbit aku sedaya upaya cuba kurangkan rujukan Buznama dan cari dalil serta nas yang tepat dan ini sedikit memakan masa.

Masalah kedua dalam bab ugama adalah kerana aku sendiri yang bukan ustaz tapi menulis perkara perkara ugama, untuk itu aku telah membuat perubahan kepada nota aku sehingga menjadi kepada perkara yang lebih AFDAL iaitu orang dah tak boleh argue aku bukan ustaz kerana dot dot dot, (beli nanti korang tahu kenapa bukan ustaz ni layak tulis buku macam tu he he, kasi suspend sikit)

Masalah ketiga dalam bab ugama adalah, aku tak boleh jual barang yang belum jelas, belum cetak, kerana hukumya haram kecuali ada penjanjian yang kukuh, contohnya korang nak beli anak lembu yang sedang mengandung, aku pun jual, tapi katakan tiba tiba lembu tu mati, atau lahir anak lembu yang cacat, maka banyak masalah yang timbul.., bak kata orang putih: don't count your chickens before they're hatched.

Benda ni ada dalam hadith: Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)

Jadi untuk buku aku, aku janji hari tu nak ambik tempahan korang hujung bulan lepas, tapi aku tak jadi ambik sebab buku aku belum di cetak lagi. Maka haram jika aku ambik, andai kata berlaku perubahan kepada tebal nipis buku, quality kertas atau editor yang menyunting buku tu sampai jadi seolah-olah ditulis oleh orang lain. Kalau korang dah bayar maka korang terpaksa terima seadanya. Maka berlakulah penganiayaan di situ. Apatah lagi jika aku jadi mayat esok, sedangkan duit terus masuk beribu ribu dalam akaun sedangkan mungkin perjanjian aku terbatal dengan penerbit kerana aku dah mati.

Maka kerana itu, simpan dulu duit korang sebanyak RM25 ringgit, dan masa simpan duit tu, simpan jugak ilmu tentang jual beli secara islam yang sangat adil.

Aku ringkaskan hukum jual beli secara tempahan. Atau dalam istilah islam, Istisna'

Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk yang tak jelas dan ciri ketidak tentuan barang tapi tidak haram jika ada syarat syarat tertentu seperti.:

1)Penjual telah memberitahu spesifikasi barang dengan jelas, sama macam kes tempah kereta proton, jika kereta tak tahu lagi bentuknya tapi tempahan di ambil sebab dalam internet sudah tersebar gambar kereta luar Negara yang futuristic yang di dakwa sama macam model proton baru, tapi bila keluar bentuk lebih kurang kereta wira yang buat penempah rasa tertipu maka ketika inilah haram proses penjualan itu apatah lagi jika sipenempah ingin menarik balik, wangnya pulak hangus. Bertambahlah haram. Jadi penjual kena bagi tahu spesifikasi produk dengan jelas agar tidak berlaku pengani ayaan.

2) Tempoh siap mestilah di tetapkan, banyak kes kontarktor melayu, dalam contoh renovation rumah, janji siap hujung bulan, bila pembeli nak pindah, tapi tak siap, sedang duit dah bayar, maka berdosalah si penjual servis itu kerana menipu dan gagal menetapkan tarikh siap dengan jelas, sama kes buku aku, penerbit cakap, akhir bulan lepas dah siap, tapi tak siap lagi, sebab tu aku tak bukak akaun untuk bank-in, aku tak nak tamak dan berdosa, jika ada rezeki aku, tak ke mana, semua dalam perancangan Allah. Dah siap cetak, atau spesifakasi dah jelas, aku akan bukak borang beli on line-terima kasih kerana bersabar.

3) Sebelum mula kerja, bila si pembeli tempah, elok buat akad atau syarat dan term supaya jual beli ini menjadi halal walaupun ada masalah, dalam islam, status aqad boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain (ghayru lazim), namun setelah kerja bermula sebelum aqad telah bertukar menjadi lazim iaitu hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak. Ataupun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk membatal atau meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim.(rujuk Ustaz Zaharuddin untuk keterangan lebih jelas)

4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan, lagi bagus jika benda ni di tulis dalam perjanjian, dalam kes kontark kerajaan misalnya, ada term ini yang mana supplier kena denda bila gagal siapkan projek pada hari yang di janjikan.

Ok, aku rasa cukup knowledge sharing dan info tetang buku aku, di harap entry ini dapat menjawab semua follow-up dari email, blog dan FB, terima kasih kerana bertanya, tak salahkan kamu, salahkan penerbit-woha! (semua yang berlaku adalah dari Allah, ada hikmah yang kita tak tahu)

Maka, target untuk print buku telah berubah kepada sebelum tarikh tutup bayar fidyah, atau sebelum Lalialtul qadar tahun ini, atau sebelum tutup tarikh bayar zakat di pagi hari raya atau mungkin aku mati dulu lalu berkubur bersama sama buku keretamayat. Isk..

Akhir kata, sebelum aku mati.., ‘nikmatilah’ aku seadanya.

: )

Ps: Kepada penerbit, jika aku mati, aku harap kau teruskan projek ini, dan hasil jualan, separuh kau kena bagi kat anak-anak yatim dan balu iaitu anak anak dan bini aku-peace.

Ps2: Di kesempatan ini juga aku nak bagitahu, kepada siapa yang belum isi borang servey untuk beli buku agar memudahkan aku menganggar berapa minima cetakkan, silalah isi borang tersebut di sini.

52 comments:

  1. Wah macam best je bro... nak oder jg sebundle ni... boleh ke bro... ke satu je sorang....

    ReplyDelete
  2. kira skali my order ok.. dah asingkan rm25 kat poket yg paling tersorok kat wallet.. hehe

    ReplyDelete
  3. komen komen gini yang buat aku lagi rajin nak 'bergaduh' dengan penerbit! he he.., sape tu nak beli sebundle?

    nak beli terus cetakan pertamapun boleh,

    woha!

    ReplyDelete
  4. komen dulu baru baca...heheh...

    ReplyDelete
  5. insya allah aku akan beli.

    ak dah isi dah borang suervey.
    bila dah siap nanti bagitaw eh hamka haha.

    ReplyDelete
  6. tmrnd sokong kereta mayat

    ReplyDelete
  7. akan setia menunggu. Harapnya dapat beli buku tersebut sebelum diri ini menjadi mayat.

    ReplyDelete
  8. insyaallah saya pasti beli...semoga Allah mempermudahkan semua urusan. amin.

    ReplyDelete
  9. moga dipermudahkan bro!!

    mcm mana plak kalo wa mati dulu?
    kempunan pulak nanti....huhu

    ReplyDelete
  10. terima kasih kerana memahami. : )

    ReplyDelete
  11. nak beli jugak ketemayat ni..

    ReplyDelete
  12. aku ingat buleh baca masa dalam pantang ni..

    nampak gayanya aku baca buku hang masa dalam pantang anak seterusnya lah!

    kahkahkah!



    tak pa la..pelan-pelan kayuh nooo???

    ReplyDelete
  13. buku hamka tu tentang apa?bagi contoh boleh??bagi banyak sikit kalau dah jelas lagi terang boleh gak aku tempah..hehehe... agak2 bape muka surat??

    ReplyDelete
  14. Ada bloog.

    Seronoklah baca blog saudara.

    ReplyDelete
  15. sebelum ape2 nak mintak maap kat mekar byk2 deh.. ajal maut ditangan Tuhan.. next time jgn ckp lagi tau mcm tuh..

    orang yg baik ni Tuhan amek nyawa dia dulu, org kate sebab xnak bg dosa byk.. mekar baik.. jgn lah pergi dulu.. !! nnt nak bace blog sape lagi lepas ni..

    sedey nya.. rindu pulak kat arwah kawan saya yg jugak penulis blog..

    lepas dia meninggal, blog dia dah di delete oleh family dia, yg tggal kenangan membaca karya penulisannya ! masih tetap di hati dan ingatan kita..

    mekar jgn ckp mcm tu lagi tau!

    -dNa-

    ReplyDelete
  16. dah isi survey..! :)
    tak sabaqqq .

    ReplyDelete
  17. dah isi borang.nak beli..isu politik xdok kang?

    ReplyDelete
  18. ha ha! insyallah, bab politik tak masuk..

    sprsifikasi akan dijelaskan kemudian..

    ReplyDelete
  19. Dah siap isi borang survey.
    Boleh beli online kan?
    Jangan lupa apdet status terkini wokehhhh...

    ReplyDelete
  20. hehe.. ptut la aku tgk artikel ko sblm2 ni(isu bersih) agak jauh dr pendirian ko. de udang sbalik batu upenye. hahaha. pe2 pn dh siap buku jgn lpe inform. aku pn xsabor nk bli. dh isi borang survey dh. hehe

    ReplyDelete
  21. boley beli ni....
    hope as ur said....no isu politik...
    more on the nasihat and knowledge...
    and hope the language used also good..
    if u release the book..i will buy it....

    ReplyDelete
  22. woohaa...tak sbr den tunggu

    heheh:)

    Cerita Lawak Part 1 - 6 dah release

    ReplyDelete
  23. heh heh, terima kasih..

    aku suka teori; Word of mouth.

    yang mana blog aku berkembang dengan kaedah itu, di harap buku aku, jika ianya bagus. akan berkembang jugak dengan Word of mouth.

    : )

    ReplyDelete
  24. Dah terbit buku baru boleh mati la keretamayat, lol

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    Diharap dengan buku yang akan keluar nanti kita semua akan dapat manfaat dunia dan akhirat...

    Tapi just nak share pengalaman, aku pernah order rumah pastu tak jadi beli dan duit tempahan 7k nak dileburkan oleh pemunya rumah sedangkan perjanjian hanya sebelah pihak dia saja dan peguam aku belum sempat siapkan perjanjian...maka atas dasar percaya sesama Islam,aku serah 7k dan pemunya tu nak permainkan aku bila aku kensel beli rumah tu...

    SO! Aku main kasar cakap kat dia 'kalo ko nak 7k tu ambik la tapi ko ganti dengan nyawa ko' terus pemunya rumah nak 'bincang secara sesama Islam'...tapi aku pun bangang gak sebab berani percaya pada pemunya rumah tu...takpe la, itu secebis kisah dan pengajaran untuk aku dan mungkin juga orang lain...

    Harapan aku, semoga buku tu dapat siap cepat dan dapat menjadi santapan minda dan hati kita semua tatkala membacanya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. Assalam

    Buku Hamka akan habis dijual dengan izin Rabbulalamin.....dan blog ni takkan mati sebab dia sentiasa dalam hati sampai mati dan lepas mati kita akan jadi saksi dihadapan Illahi. Woha!

    Khalid

    P/s: Adikku..bakal mayat@insan pelupa yang mulia...insyallah ana balik darul iman. Insyallah cuba cari lagi disana.

    Aku bercita-cita ingin jadi orang pertama yang beli buku pertama Kereta Mayat...eerrr..dan juga yang kedua....he..he..

    Kalau aku mati dulu... tolong simpan untuk anak aku, kira hutang ler...aku bayar kat akhirat ....eeer....kalau bolehlah!

    Eeer....berapa banyak p/s da.....

    ReplyDelete
  27. dulu masa muda, aku ada ilmu atau 'ayat power' tapi takut tulis di internet kerana takut orang curi, nak tunggu buat buku baru tulis, tapi itu salah.

    bila aku tulis, aku dapati, kefahaman kefahaman baru datang dan mengajar aku untuk menulis dengan lebih baik(dari aku yang dahulu)dan ganjaran akhirat aku kita kemudian, tulis dahulu, orang tiru akan malu sebab ini zaman internet, dan orang kongsi itu kredit untuk kita kerana semakin ramai orang baca tulisan kita, semakin besar peluang untuk kita ditegur.

    so, jangan kedekut ilmu, kerana mati itu tiba-tiba, tulislah walaupun sepotong ayat.

    : )

    ReplyDelete
  28. Assalam,
    ana suda order, satu utk diri& fimili, satu lagi utk ofis :)

    istiqbal313

    ReplyDelete
  29. salam..

    'nikmatilah' aku seadanya.. sebelum tiada..
    terasa bagai terpana dan terpaku

    ..mungkin nanti majlis pelancaran buku keretamayat akan menjadi buku-buku yang dibaluti kain kapan?!
    semerbak bau setanggi..
    atau haruman 'oud' semirip bauan kelambu kaabah?!..

    semoga hamka mendapat bantuan daripada insan-insan yang
    'ahli dalam bidangnya'..

    -ron

    ReplyDelete
  30. Err..bang Khalid..kita adik beradik ke? hehe.. Ok2.. Takpe.. Saya pun faham.. Sibuk kn..

    ReplyDelete
  31. ‘nikmatilah’ aku seadanya...? subjektif sungguh ayat tu...

    RON,

    giler ko nak balut buku pelancaran dgn kain kapan bau2an setanggi. nape ko tak kata bau kapur barus terus... huahaga... (ron, lama siot x jumpa ko? jom kluo makan2 sebelum Ramadhan tiba... reunion kaum2 suami bujangan)

    ReplyDelete
  32. Assalam

    Touch down darul iman!
    You ain't heavy...you are my brother.

    Adik beradik atas kalimah LaillahaillahMuhammadarasulullah....

    Hubungan yang tidak mungkin dipisahkan..di dunia dan dan lebih-lebih lagi di akhirat dengan izin Rabbulalamin!

    Bukankah mereka-mereka yang duduk diatas dipan-dipan sewaktu mahsyar yang dicemburui oleh para nabi as dan para syuhada...adalah orang-orang yang tinggal dari kampung dan negeri yang berlainan tetapi menyayangi sesama sendiri kerana Allah....bukankah begitu sayang?

    Khalid
    P/s : Wahai Izrail a.s....aku merinduimu.

    ReplyDelete
  33. Tak kisah la bila nak keluar pun, yg penting, sehari sebelum keluar, bagitau, okeh!

    ReplyDelete
  34. Wah rase macam nak bli la...;]

    ReplyDelete
  35. Mekar, beli buku x dapat mainan percuma ke...

    ReplyDelete
  36. Assalam

    Kubang Bujuk bagai dilanda garuda...
    Anak-anak berlari disana-sini..
    Ustaz-ustaz bertebaran seluruh alam...

    Pelajar-pelajar madrasah pulang dan menerangkan rumah mereka bagaikan bintang yang dilihat dilangit diwaktu malam yang suram.Masyallah....

    Berita sedih adikku...kena sabar dan solah!

    Khalid

    ReplyDelete
  37. Frust, Frust, Frust....

    Wk siap cpt2 siket..

    ReplyDelete
  38. new post
    http://bismillahirrahmanirahim.blogspot.com/2011/07/reality-of-world.html

    ReplyDelete
  39. wah.. hamka.. bunyinya macam nak delay ajer lagi buku hang nie... adoii.. lamanya menunggu... x per laa.. janji buku hang tip top macam blog kereta mayat sudahh...

    Besar atau Kecil??

    ReplyDelete
  40. ohh.. aku terlupa...

    Jom tengok Besar atau Kecil?? Lepas tue jangan la malu2 nak share dengan aku yea... hahahaha...

    ReplyDelete
  41. kesian En.hamka kita nie,cam-cam masalah yang beliau hadapi...
    :(

    ReplyDelete
  42. masalah memang kena 'hadapi'.

    jangan lari.

    so, aku sedang mengadap kepada masalah sekarang. peace.

    ReplyDelete
  43. Assalam

    Semua orang ada masalah.
    Semua orang tak boleh lari dari masalah.
    Siapa boleh lari dari masalah siksaan kubur....angkat tangan!

    OK....itu tak besar. Paling lama pun 40,000 tahun (akhirat time zon x 1000)

    Masalah di padang mahsyar......7 matahari sehasta dari kepala dan berbumikan tembaga!...not really a big problem.....?

    How about titian sirat? Lu jatuh....70,000 tahun (ms akhirat) baru sampai dasar.......

    Cuba renungkan...anak lu yang lu sayang jatuh titian sirat....lu kata lu teror...lu boleh tengok jer...kesian ker dia dan lu....eerrr..dan wa!

    Ada masalah lebih besar dari masuk neraka?...Ada! Stay in hell forever..now! itu masalah.

    Masalah dunia...lu jadi mayat... hilang masalah! Woha!

    Ya Rabb bantulah tuan rumah dari semua arah!

    ReplyDelete
  44. da nme pun dnia tmpt ujian..org yg ckp dnia ni mslh or byk problm..sbnrnya dia yg prblm dan bmslh..dnia tmpt ujian..mskin kaya hdp ssh sng cntk ke xcntk ke hnsm atau tak..pndai ke bodoh o whteverla..TU SEMUA UJIAN..maslh n prblm dtg bla dlm kbr,mizan.sirat masuk syurga o tersungkur kt nrka..INI BARU PROBLEM..aku nk slmt n korg pn nk slmt..jgn jd kassim slmt sudahla..

    ReplyDelete
  45. dalam hal ini kena minta maaf dari Hamka.. Entah kenapa sehingga sekarang penerbit masih simpan manuskrip keretamayat ni pun FY tak tahu...

    ReplyDelete
  46. saudara FY,

    oleh kerana tidak ada perjanjian hitam putih dengan penerbit itu, saya telah menarik diri dan jika penerbit itu berhasrat untuk membukukan buku saya versi lama itu, mestilah berbincang dengan saya dan penerbit baru (yang sedang siapkan buku pertama saya)

    harap maklum.

    ReplyDelete