(Blog ini mungkin Paradox, kerana menggunakan fatwa kaum beruk untuk mencegah fatwa kaum beruk, tapi kini, semua itu hanya kenangan-yang salah tetap salah, sila mengaku dalam taubat masing masing)
Alangkah terharunya dalam sejarah menulis blog, yang mana setelah bertahun tahun menulis nota ugama kepada diri sendiri, sebagai rujukan selepas belajar ugama, tiba tiba muncul seorang ustaz mengaku sebagai pembaca setia akan nota keretamayat yang tersusun di ruangan blogesfera, dan (setakat ini) membenarkan apa yang aku tulis, alhamdulillah, syukur pada Allah, oh., terharunya,,
Kenapa aku gembira?
Sebab, jika seorang yang bertaraf Ustaz, lalu sanggup merendah diri membaca blog seorang aku yang carca merba ini, maka akan banyaklah ilmu ilmu dari ustaz itu yang dapat dikongsi bersama (dari email atau komen) seterusnya dapatlah aku belajar menjadi seorang penkongsi ilmu yang sejati dan jitu dalam bergerak di jalan yang lurus, chewahh..
Tak perlu aku nyatakan nama ustaz ini di sini kerana aku rasa blog aku ini terlalu hina untuk di sadingkan dengan nama beliau, seorang lulusan Universiti Al Azhar, cukuplah aku nyatakan aku gembira bila dapat tahu ada ustaz yang ‘pantau’ blog aku, lalu dalam kedaan mata bersinar sinar dengan kegembiraan, akupun bertanya.
“agak-agak ustaz, ada tak nota ugama yang salah dalam blog keretamayat yang boleh menyesatkan ummat”
Tanya aku sambil di selangi rasa takut-takut jika ustaz tu kata: “ada”, al maklumlah, jika aku terkongsi ilmu yang salah, maka ke nerakalah aku jawabnya, sebab tu aku bukak ruang komen serta email yang mana jika korang rasa apa yang aku tulis tu salah, silalah betulkan aku bila-bila masa, anytime. Kalau korang perasan, dah lama aku warning agar korang tidak menjadikan blog aku sebagai rujukan terakhir…
Korang tahu apa jawapan ustaz tu?
“Ada!”
Argghh! Sudah.., ni yang tak best ni jika ustaz baca.., (pulak!)
“err, Nota yang mana satu ustaz”
Tanya aku dengan penuh ketakutkan, wajah pucat lesi macam hantu kak limah balik rumah. Dalam kepala aku terbayang beberapa nota controversy seperti “video arrivals”, “teori memanipulasikan syaitan”, “menyepak gay”, “takzkirah lepas tarawikh”, “Surat kepasa wahabi”dan lain-lain.
“Nota yang bertajuk: fatwa kaum beruk” jawab si Ustaz.
Kofft!, aku tersedak air liur, sudah.., habislah aku, lalu terbayang di kelapaku akan seluruh isi karangan “Fatwa kaum beruk”.
Dalam nota Fatwa kaum beruk, aku bercerita tentang satu kaum yang dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, hari lain semua boleh tangkap ikan kecuali hari sabtu, dan sebagai ujian ke atas diri mereka, Allah sengaja buat ikan ikan tu bergorombolan pada hari sabtu dengan mulut ternganga nganga dipermukaan air, kaki pancing tengok memang geram, namun pada hari-hari yang lain, iaitu hari yang boleh tangkap ikan, takde pulak ikan tu melompat ke sana sini, memang geram, tapi untuk menjadi orang yang alim dan soleh pada zaman itu, maka kenalah sabar pada setiap hari sabtu melihat ikan bersesak sesak di tepi pantai tapi tak boleh nak tangkap kerana Allah dah larang.
Maka puak puak ni, buat satu helah, iaitu pasang bubu pada hari sabtu, dan angkat bubu pada hari ahad.., lalu puak soleh dan bertakwa menasihati mereka, salah perbuatan kamu, mana boleh tangkap ikan hari sabtu? Tapi mereka yang degil pun bagi fatwa.
"Kami mana ada tangkap ikan hari sabtu, kami tahan bubu sahaja, ikan tu sendiri yang masuk, kami angkat bubu pada hari ahad.., hari ahad mana haram tangkap ikan."
Dipendekkan cerita, oleh kerana mereka beramal dengan fatwa baru yang membenarkan dosa mereka, lalu telah disumpah oleh Allah menjadi beruk!
Itu intipati utama dalam entry “Fatwa kaum beruk”, lalu aku kaitkan dengan isu ummat akhir zaman, yang mana, di zaman moden ini, telah ramai orang yang jahil ugama telah keluarkan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa dosa mereka,
Sebagai contoh, peniaga yang bukak kedai seharian, tapi kurang pelanggan datang, bila tiba waktu magrib, Allah uji mereka dengan kehadiran pelanggan yang berbondong-bondong, merekapun dengan sengaja melengah-lengkan solat atau tinggal solat, lalu bila aku tegur, tanpa rasa bersalah telah keluarkan fatwa,” kerjapun ibadat bang, saya sedang berjihad dengan ekonomi”
Jihad kepala beruk jika tak solat! Tulah tu, pandai sangat bagi fatwa kaum beruk, konon pandai ugama, tapi jika mereka mati dalam keadaan sengaja tidak solat, masuk nerakalah jawabnya!
Contoh lain, orang perempun yang tak pakai tudung, bila tanya kenapa tak pakai tudung, terus bagi fatwa kaum beruk betina..
“Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dengan warden..”
Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!
Itu sikit copy/paste yang aku petik dari entry fatwa kaum beruk, banyak lagi contoh termasuk fatwa kaum beruk dalam bab politik, boleh rujuk entry yang lepas, jadi, secara kesimpulanya, fatwa kaum beruk merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan ugama untuk benarkan dosa mereka, puak puak ni memang selalu memberok berokkan keadaan, memang celaka, Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak. Woha!
Tapi tulah, Ustaz dah cakap, entry tu salah, maka aku kena tarik balik entry tu nampaknya, sedihnya, rasa macam dah betul dah, isk isk..
“Kenapa entry tu salah, ustaz?”
Tanya aku dengan penuh keinsafan.”
“Hamka, jika nak tafsir Al quran, kita kena faham bahasa arab, kena tahu jugak ilmu Asbabul Nuzul, ilmu Rijalil, Ilmu Al-Jarh Wat-Ta’dil, ilmu Mushtalahui, dan banyak lagi, sebenarnya jika merujuk dalam Al quran akan perkataan yang awak tulis dalam blog, itu tidak sama dengan apa yang awak tafsirkan diblog. Awak tak boleh tuduh mereka guna fatwa kaum beruk, walaupun niat awak betul, tapi istilah tu terlalu kasar dan tak sama dengan maksud ayat Al quran,"
“Habis tu ustaz, jika orang gunakan alasan ugama untuk benarkan dosa mereka, apa kita nak bagitahu pada mereka?”
Tanya aku lagi kesedihan.
Selamba ustaz tu jawab.
“fatwa kaum kera!”
Woha!
Ps: Rupanya kaum yang tangkap ikan tu disumpah menjadi kera, bukan beruk.., dulu mak bapak suruh hantar sekolah arab tak nak sebab kelas asing lelaki perempuan, sekarang padan muka aku, maka, dengar sini semua akan pembaca blog keretamayat sekalian, lepas ni, siapa buat dosa lalu guna alasan ugama untuk halalkan dosa mereka, jangan tuduh mereka guna fatwa kaum beruk, sebab kasar sangat, gunakan, fatwa kaum kera., lebih harmoni dan tepat dengan tafsir Al quran..
(Woha sekali lagi)
okay guna kera lepas ni
ReplyDeletetak bertudung masuk neraka...guna ayat al quran yang mana satu ni?
ReplyDeletehahahhaha ... ni kes bani israil yahudi tu ke bro ... kalau x silap dalm quran ..
ReplyDeletekera dan beruk ada beza ya. hehe
ReplyDeleteok.. tido dulu.. besok pagi baru baca...
ReplyDelete7:166 ... tapi kalau nak paham lagi baca setart dari 7:163 .. jom baca quran woohaa!
ReplyDeletekalau silap mintak mahap lerr
aku da bace blog Republic Aku.hm..ko asik nak berdebat pasal tudung.aku pun x paham lah..da macam2 org kasi dalil.siap dengan hadis.ko tanak percaya jugak.aku rasa,baik hamka beritahukan dia hukum pakai tdung,melabuhkan dan menutup rambut tu...asik bertanya mana satu ayat alquran mengenai tudung..
ReplyDeletesopan la sangat . haha . terima kasih kerana memberitahu pembetulan . :)
ReplyDeleterepublic aku: yg hamka maksudkan, bukan tak bertudung masuk neraka. tapi yg tak bertudung dan tak bertaubat sebelum mati yg masuk neraka.
ReplyDeletehaha...
ReplyDeletekelakarlah bro hamka nih.
bro, saya azam pegi masjid sri petaling sabtu ini.
doakan yea.
Baru baca entry fatwa kaum beruk dua hari lepas, terkejut memula bila baca Ustaz cakap salah...rupanya...hehehe.. Ingatkan salah kat mana..
ReplyDeletePoint taken!
kaum babun kan lagi sedap bunyinya.
ReplyDeleteohh ada beza eh kera dan beruk...hehe..baru tau..
ReplyDeletetak bertudung tak semestinya masuk neraka...
ReplyDeletetapi tak bertudung ni, umpama tabung kutip dosa.(samalah macam makan harta haram, anak yatim, puja kubur, tonggang arak)
ada dosa = kena azab
banyak dosa dari pahala, tak ada rahmatNYa = masuk neraka
baca-baca balik lah sama ja maksudnya. cuma ringkasan.
ok...fatwa kaum kera pun kami terima =)
ReplyDeleteaku baca sambil gelak! siyes,haha.
ReplyDeleteawal2 cam siyes je
hahaaha
ReplyDeletesy suka3..
sy suka 'woha' tu..
dan terus sy lompat seperti kera..
hahaha...
nice...^^
bila baca yang terakhir tu macam kelakar pula sebab kera dengan beruk kan spesis yang sama tapi adalah kot perbezaannya hehe..
ReplyDeleteokey, guna kera kera kera
ending die betul2 punchline terbaik la. haha.
ReplyDeleteustaz tu buat lawak ke hapa
ReplyDeletekera btol la beruk ni!
ReplyDeleteaishh..ade beza ke?
hamka, awak kena cari sorang lagi ustaz untuk pantaukan. orang kata kaki dah tiga baru kekuda tu kuat.
ReplyDeletekorang kalau tak tau beza beruk, kera, dan monyet. boleh rujuk sini.
Dalam al-Quran ada ayat muhkamaat, ada juga ayat mutasyabihah.
Nak tambah, rasanya untuk lebih tepat dalam meneliti utusan Allah yg maha tahu, kita kena belajar ilmu-ilmuNya juga iaitu geografi, arkeologi, quantum fizik, thermodynamics, ilmu falaq, dan juga matematik tambahan.
Bukan nak buat lawak, but, just think about it. pengajian ilmu asbab nuzul, hadith, dan semua ilmu yg ustaz tu sebut datang dalam bentuk teks, tapisan beberapa generasi, beberapa waqi', beberapa fikrah.
Tetapi ilmu yg aku sebut kat atas bukan dalam bentuk teks. Ianya dalam bentuk hidrogen dan carbon, atom dan nukleus direct from Allah.
BEZA MONYET BERUK DAN KERA
ReplyDeletetang tudung tu
ReplyDeleteserius aku terasa! cis kepada diri sendiri!
Ooo itu maciam ka...
ReplyDeleteBaik baik (sambil angguk2 kecil tanda faham)
kesian aku dgn ko ni republic...ni lah yang riduan tee ckp...http://ridhuantee.blogspot.com/2011/03/bahana-bincang-perkara-remeh.html...mcm babi la weh..kalo dah Allah berfirman benda alah tu haram...x perlu dipertikaikan..mmg haram lah...kalo dah diperintahkan kaum hawa tu kena bertudung....pakai je la..mesti ada sebab yang ko sendiri tak mampu nak tolak kalo ko buat kajian sekalipon...ah, sakit hati dgn org yang buta mata hati dan lubang hidong..~
ReplyDeletesemat dlm hati elok2....tak ade entri yg mengecewakan!
ReplyDeletekera ekor panjang..beruk ekor pendek..
ReplyDeletewoha!
ReplyDeletetadi dah suspen dah...
tak bleh bla...
memang mantopp!
aku tak nah tau pun beza beruk ngan kera......
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBukan skadar pakai tudung...yg sebetulnya kena MENUTUP AURAT...kan..
TUTUP URAT saja tidak cukup...woha! teguran buat diri sendiri n kita semua....
Nak minta izin copy fatwa kaum kera isu bertudung nih tapi saya akan edit sedikit ya.. Best ler tuan blog sebab blog anda di pantau oleh Ustaz..
ReplyDeletehadoi suspen gak .. ingat aper yg salah tadi.. hehe bagus2
ReplyDelete@republik aku dan semua,pakai tudung tu x wajib..serius aku ckp x wajib!!
ReplyDeletejika korang pakai baju nulear shield laa..yang kaler silver tutup habis satu badan..tinggal cermin jak tuk muka..xpun pakai baju astronaut..
jd kalo korang xnk pki kedua2 jenis baju diatas pakai jer la tudung..
Jika budak2 tak reti duduk diam, kita kata :Seperti kera kena belacan!
ReplyDeleteJika orang tak hargai jasa kita, kita kata : Seperti beruk diberi bunga!
Orang2 perempuan yang tak pakai tudung...tu..
ReplyDeleteSiapakah yang perlu nasihati mereka?
1) Ayah
2) Atuk
3) Abang
4) Adik lelaki
5) Anak lelaki
6) Bapa saudara
7) Ustaz
8) Imam
9) Ketua kampung
10)Wakil rakyat
11)Menteri
12)Perdana menteri...dll..
lawak2!...Woha!!!
ReplyDeletela, kera je ke pembetulannye..haha
ReplyDeleteerr... siapa ckp tak pakai tudung masuk neraka?
ReplyDeleteekeke...
kera ekoq pjg nmpk sopan lgi comel...tp berok ekoq pendek lg ganaz...tu bzenye
ReplyDelete>>akulanang
oke...sekarang aku dah paham sgt2 beza beruk ngn kera.
ReplyDeletehaha..lawak plak rse..
ReplyDelete..dengan gumbiranya seorang lelaki datang kepada seorang ustaz..
ReplyDeletelelaki: ustaz, ustaz isteri saya dah pakai tudung..
ustaz: ohh.. isteri saya tak pakai tudung!
lelaki itu mula terpinga-pinga..
ustaz: ye laa, isteri saya tak keluar rumah, tak bercampur gaul dengan lelaki yg bukan mahramnye...
ending yg chumel..
ReplyDeletenway, manusia ni kan kretip, ske sgt bg alasan agama utk tutup dosa.
aish.
ok. Take note.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAritu dengar bayan untuk wanita dari Jemaah Temboro. Antara perkara yg di sampaikan:
Apabila wanita keluar rumah untuk belajar agama, pahala untuk dia sahaja.
Apabila wanita keluar untuk cari harta, harta itu untuk dirinya sahaja.
Apabila wanita keluar dan berbuat maksiat, dirinya dan 4 golongan lagi dapat dosa (suami, ayah, her brothers,anak2 lelaki).
Apabila sisuami keluar kerana solat berjemaah dimasjid, atau belajar agama atau jihad fisabilillah, isteri di rumah pun dapat pahala yang sama tanpa mengurangi pahala si suami.
Apabila sisuami keluar untuk cari harta, dia kena kongsi harta yg didapati itu dengan isterinya.
Apabila sisuami keluar berbuat maksiat, dosa itu untuk dirinya sahaja.
Usaha Atas Iman
benar kata ustaz tu..
ReplyDeletewahhh...lebih suci dan murni maksudnya..
pergh..nk kena blaja dari ustaz ni...'hikmah' dlm berkata-kata...jgn ckp bodoh, tpi ckp la kurang bijak..jgn cakap llaki tu gay tpi ckp la lelaki tu suke llaki...hikmah2
ReplyDeleteUstaz punya kelakar teringat satu kisah Nabi kita berkelakar dengan sorang makcik tua. Lebih kurang mafhumnya: makcik tua datang kat Nabi mintak doakan supaya dia masuk syurga. Nabi kata "orang tua tak masuk syurga". Apa lagi terus lari menangis makcik tu, tapi Nabi cepat2 suruh orang kejar bagitau "dia tak akan masuk sebagai orang tua, sebab Allah berfirman (letak quote daripada al-Waqiah:35-36 di sini)"
ReplyDeletekwang2... aku punye la bce mne r yang salah tadi, kera ropenye.. wades...
ReplyDeleterepublic aku:
ReplyDeletetak bertudung masuk neraka..err..amal sebesar zarah pun dinilai,dosa sebesar zarah pun akan diperhitungkan..tak bertudung seorg perempuan d depan lelaki ajnabi lepas tu tak bertaubat..err..mungkin jg masuk syurga melainkn taubat atau ada amalan lain yg scr tak sdr diamal n menghapuskan dosa kecil dia..err...takk bertudungnya seorang perempuan yg agamanya islam depan laki ajnabi tu kira dosa besar ke kecik?....
Assalam
ReplyDeleteCongratulations!
Khalid
fuh....baca punya baca, baca punya bca.... kera ja jwpnnya.. adesss....
ReplyDeletehahah akupun suspen juga la apa yg salah rupanya kera dgn beruk je...woha jugaa
ReplyDeletetahniah saudra Hamka...berdakwah dlm berjenaka....tp masih sarat dgn msg keagamaan
ReplyDeleteorg skrg ssh nak trima dkwh klu serius sgt..
owh itu rupenya yang salah..ingatkan besar sgt..tp ape2 pun bagus la buat pembetullan, biar lagi tepat..
ReplyDelete"..asik bertanya mana satu ayat alquran mengenai tudung..">memang aku nak tahu supaya aku lebih faham ,daripada buat2 tahu ...kerana jika dalam al-quran tiada menyebutnya dari mana pula kita mengikutinya...jika bukan islam yang bertanya kita nak jawap apa..."u kata al-quran perfect?"...nak jawap apa? itu pasal aku sengaja buat entry begitu supaya aku ada jawapan untuk kawan bukan islam aku itu....
ReplyDeleteThanks sebab dah open belog tuk semua.. Boleh lah baca kat opis. Tyme lunch hour ook.. er. hukum apa ek kalau kita curi masa kerja utk beribadat? dulu mcm terbaca [kat mana sy lupa. kecik lg.] katanya tak boleh. Tapi tinggalkan ibadat itu berdosa kan..
ReplyDeleteAnyway.. fatwa kaum kera kira sindir lite-lite lah hamka..
Macam Ba alif ba ya. lagi elok panggey khinzir.. mungkin sopan jugak panggil H1N1. Ha-Woha!!
ingat apa tadi..hehe
ReplyDeletetapi beruk dan kera memang berbeza kan..
=..= oh. ingt kn apa yg slh td
ReplyDeleteencik republic elok dibungkus dalam guni campak kat sungai, campak jgn letak elok.. pusing 2 3 kali hayunan baling jauh2..puas hati
ReplyDeleteehem...(tetiba rs tekak kering)
ReplyDeleterepublic aku:ko leh rujuk surah An Nur ayat 30 ngn 31.dlm ayat tu ade jelaskn ttg tutup aurat.pe kata ko ckp ngn kwn non muslim ko tu,yg wajib adlh tutup aurat.tudung tu adlh slh satu features utk tutup aurat.mcm gak kamera nikon D3100 gak.klu xde lense,leh ke tgkp gmbr?kene ade kan?so,in a way..tudung ni wajib sbb tudung yg bantu wanita2 mcm sy (kenyit mata) utk tutup aurat ngn lebih sempurna.mcm kwn kite lukman awalludin ckp la,pompuan bleh x pki tudung.tp kene pki nuclear shield nye suit @ suit g bulan.woha!
untuk republik aku yang tak faham atau saja saja tak nak faham. dalam ingelis lagi http://www.muhajabah.com/finalrule.htm
ReplyDeletebaca atau print untuk kawan hang yang dok tanya
cik non
Kalau aku pergi kedai makan, aku tengok dulu keadaan makanannya. jika ditudung @ ditutupdengan baik, aku akan makan dengan lebih senang hati. jika makanan tu tak ditudung @ tak ditutup dengan baik, aku akan rasa was-was, kut2 makanan tu telah tercemar @ dihinggapi lalat. Maka begitu juga dengan perempuan yang tak bertudung. Aku was-was boleh ke dia jadi isteri yang baik untuk suami dan ibu yang baik untuk anak2.Boleh ke dia bagi nasihat pada anak-anak supaya pakai tudung sedangkan dia tak pakai tudung...
ReplyDeleteFatwa untuk aktibiti sosial dah banyak....sekarang ni orang Melayu/Islam dah banyak bunuh diri atau membunuh orang. Ada yang tembak diri sendiri dan tembak orang lain, ada yang terjun tingkap atau kena bunuh sebelum dibuang dari tingkap......mana fatwa tentang perlakuan seumpama ini.
ReplyDeletesuka bace blog kamoo...mohon share boleh?? x la copy semua...juz tertentu je..boleh kn...=)ilmu perlu dkongsi kan..tq
ReplyDeleteooo... jadi kera eh? byk beza kera n beruk. tapi dalam ketegori umum kita lebih suka panggil semua species kera, beruk, babun, chimpanzee, lotong ni dengan gelaran monyet...
ReplyDeletedalam Bahasa Arab monyet tu ada maksud lain ke?...
sape cakap tak bertudung tak masuk neraka. memang la aku bukan sesiapa utk menentukan syurga neraka bagi sesiapa pun. tapi tak bertudung kan ke tak menutup aurat. setiap inci aurat yang terdedah tu akan dibakar api. korang igt org yg tak tutup aurat tu kene bakar ngn api kt syurga ke? da sah2 la kt neraka.WA
ReplyDeleteadui... saspen cari salah kat mana... sampai hujung, aku tergelak... TQ to Hamka dan Buznama tu yer... bagus2..
ReplyDelete@R.A...
ReplyDeletenk trik reader ke blog ang ker??..xkn keluar statement mcm xde pegangn agama langsung..adoiii....
@hamka..
hehehe..enough said!.nice one!..
LOL!
ReplyDeletetapi apa pun ska apa yg ska cedok kat sini. memberi teguran itu tidak salah. cuma, caranya. dirasa kelakar bagi sesetengah, tapi bagi yang terkena, rasanya sakit, walau kasar bahasanya cuma sedikit.
biar tersentuh di jiwa untuk berubah. bukan tersentuh menjadi marah..
Aku heran lah. bakpe ada gak orang bodoh kat sini. leh plak tanya...
ReplyDelete"tak bertudung masuk neraka...guna ayat al quran yang mana satu ni?"
Nanti ko tanya lah lg plak...
"isap dadah masuk neraka...guna ayat al quran yang mana satu ni?"
atau pun
"teguk Carlsberg masuk neraka...guna ayat al quran yang mana satu ni?"
atau pun
"main toto/magnum masuk neraka...guna ayat al quran yang mana satu ni?"
Jangan bimbang akan ada orang jawab dengan berhemat soalan ko... ko kan jenis tak benak susah nak faham...
Sekian...
dah boleh baca balik dah blog ni..ada kot dalam beberapa minggu blog hamka kena banned kat uae.frust kejap. :p
ReplyDeletehehe...aku yang benak ...tak mengapa aku terima sekurang2nya yang kau nafikan itu ialah ayat dari firman allah dan sekiranya masih tidak puas hati pergi buka kitab dan cari...kau tentang lah ayat ini...24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
ReplyDeleteTerjemahan AL-QURAN dari surah an-nur.
dan aku tahu juga dari ar rahman ...tapi lihatlah kedua2 ayat betapa berbeza sekali...jika mana yang bijak pandai tolong jawap sikit...aku tak kesah kalau aku salah tapi tak lah jadi bodohsombong....
Assalam
ReplyDeleteBro republic.....lu cuba pakai comman sense. Al Quran tu Tuhan turunkan untuk lu ke?
Untuk gua?...ke untuk Hamka? he..he..
Al Quran diturunkan kepada Nabi saw.(Kita dengar dan taat)
Selepas ayat-ayat berkenaan aurat tu diturunkan terdapat banyak hadith-hadith sahih tentang bagaimana pakaian wanita yang tengok, lihat dan dengar Nabi saw.
ketika itu (how is their response towards that ayat from the command of the prophet pbuh.)
Lu tengok Nabi ker? Lu tengok isteri Nabi ker? Anak-anak perempuan dia...wanita-wanita pada zaman tu bagaimana pakaian mereka?
Lu cari dalam alquran memang tak jumpa.....
1. Ayat al quran turun.
2. Nabi saw terima
3. Nabi saw amal
4. Sahabat-sahabat beritahu macamana Nabi saw amal melalui hadith2. Wallahu'alam
Sesungguhnya aku sayangkan kau sepertimana aku sayangkan diriku
Khalid
best gileeeeer aaaaarrrr....!!!
ReplyDeletethumbs up utk bro hamka..moga terus istiqamah dengan menyampaikan dakwah dengan method tersendiri...
ReplyDeletesekadar berkongsi pemahaman...bagus la usaha republic aku untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran...dan bgusla pengkomen2 sume yang dh banyak bagi tentang perlunya juga kaji hadis yang mana ia melengkapi ayat-ayat al-Quran itu sendiri...atau ayat mudah, hadis itu penerangan bagi ayat al-Quran..dan untuk semua pengkomen, bro cube lontarkan persoalan...jadi jangan salahkan dia...orang ingin tahu kita jawab sudah...jangan nak komen lebih2..ini pemahaman mudah, kalaupun bertudung itu xwajib(cth sunat) apepun perkara yg membawa kepada hukum wajib maka menjadi wajib...
sbg contoh wudhu'...hukum wudhu' itu sunat tp solat tu wajib dan wajib ade wudhu'...solat = wajib dan wajib ade wudhu'..wudhu' = sunat...so, bile wudhu' itu wajib ade utk solat maka ia menjadi wajib...sama la diibarat dgn tudung td...menutup aurat itu wajib kan(segala jenis aurat) so segala ape yg membawa kepada menutup aurat itu juga membawa kepada wajib...ok bro?? wallahua'lam..sy ni pun masih byk yg perlu belajar...
p/s : kepada mereka2 yg membandingkan akhlak2 orang bertudung dgn mereka yg xbertudung..(kononnye mereka jauh lebih baik + baik sbb xpakai tudung) maaf byk2...tlg jgn buat mcm tu...bahasa mudah...kalo xboleh buat semua perkara, jangan tinggal sume perkara...at least mereka pakai tudung(walaupun sy jugak setuju mereka hanya membawa fitnah kpd islam atas sbb akhlak mereka yg buruk)...wallahua'lam...wassalam
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku baru tau beruk n kera berbeza. Syabas HAMKA.
ReplyDeletePersoalan 'republic aku' memang bagus. Sekurang-kurangnya membuka minda kita untuk memahami dan memberi penjelasan kpd non muslim.
Aku suka kata pujangga Arab ni
"JIKA TAK MAMPU BUAT SEMUA, JANGAN TINGGALKAN SEMUA"
Mohon 'pencerahan' yea ^_^
"wahai org2 yang beriman!taatilah Allah dan taatilah Rasul(Muhammad), dan ulil amri(pemegang kekuasaan) di antara kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah(perselisihan) dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah kpd Allah(Al-quran) dan Rasul(SUNNAHnya), jika kamu beriman kpd Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu)dan lebih baik akibatnya."
ReplyDeletean-nisa' ayat 59.
Salam.
ReplyDeletekepada Republic aku, kau ni anti hadith ke?
nampaknya aku kena bukak tajuk baru bab tudung.
lain kali, insyAllah.
xmasuk neraka kalau x pakai tudung. x msuk neraka kalau mencuri. x masuk neraka kalau merogol. cuma berdosa je. org yg berdosa pun x masuk neraka, xde siapa yg sukarela masuk neraka. sebab yg berada dalam neraka tu.... semuanya DICAMPAKKAN ke neraka.
ReplyDeletemembaca tafsir al-quran dan menafsir al-quran adalah 2 perkara berbeza. awas, sehandal Ashaari pun bleh bawak ajaran sesat.
sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Salam,
ReplyDeletesaya 'tertarik' dengan topik yang diperbahaskan "masuk neraka tak kalau tak pakai tudung?"
imbas kembali peristiwa israk mikraj "RasuluLLAH SAW dapati lebih ramai wanita di neraka,"
Dalam perjalanan tersebut, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Baginda RasulULLAH SAW menangis setiap kali mengenangkannya. tu maksudnya kat neraka la kalau DIAZAB..
Diriwayatkan drpd Ibnu Abbas R.A., beliau berkata bahawa RasulULLAH SAW bersabda,
"Syurga pernah diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir (miskin). Kemudian neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."
NaudzubILLAH..
sebab? wanita mudah je nak TAMBAH dosa.. silakan, tawaran terbuka sampai hari kiamat..eh tak, sampai hembusan nafasmu yg terakhir. nak TAMBAH DOSA atau nak TAMBAH PAHALA? terpulang.. bak kata Encik Hamka yang lepas, kita tegur je, nak ikut tak nak, terpulang..
jadi bila ditegur, tak sedih ke bila diri masih tak berubah ke tahap nak "TAMBAH PAHALA" atau tahap ALLAH SWT berikan hidayah-NYA pd kita? ada ke boleh kate "TAK TERBUKA LAGI HATI" ! what what what!?
kejar DUNIA la maknanya kalau kita sibuk jaga perhiasan diri untuk cantik dilihat oleh orang berbanding untuk cantik dilihat oleh ALLAH SWT. bagaimana nak cantik dilihat ALLAH SWT? fikir sendiri.
ALLAH SWT MAHA SUCI.. ingat tu.
kalau nak Kahwin pun kena SUCI (maaf topik sedikit tak baik, lucah).. (maknanya di sini bukan Wajib sebab ada juga yang ditimpa musibah.. yang ditimpa musibah, tak termasuk, saya minta maaf sbb keluarkan topik ni)
tapi tak rasa bersalah ke kalau kita sendiri TAK S*C* bila jumpa ALLAH sok?
atau berkaitan dengan contoh yang diberi, tak rasa bersalah ke kalau kita TAK S*C* bila dinikahi suami kita? (kalau yang ditimpa musibah saya minta maaf sekali lagi,) di sini saya maksudkan bagi orang yang tak kisah bila "dapat dosa aja"
kalau korang sibuk nak cakap "tak bertudung dapat dosa jer", maknanya suka la bila dapat dosa? OK aja?
Ingat, ALLAH SWT tu MAHA suci dan SEMPURNA.. tak nak ke dicintai oleh yang maha SEMPURNA? yang MAHA PENCINTA? tawaran sentiasa terbuka.
kalau kita rasa tak kisah bila buat dosa, maknanya HATI kita dah ke mana? bahaya bile hati tak gelisah bila buat dosa!
RAsulULLAH SAW pun dibersihkan HATINYA oleh malaikat JIBRIL sebab baginda KEKASIH ALLAH.. nampak tak!!
TOLONGLAH jangan buat main main dengan DOSA!! terutamanya untuk wanita.. tolong ye.. kita paling senang nak jadi penghuni NERAKA.. TOLONG la saya minta sangat di sini..TOLONG!
saya tahu, pintu TAUBAT sentiasa terbuka.. namun, ia adalah kerana kita manusia tak sempurna, kadang-kadang akan TERbuat dosa.. jangan pula SENGAJA-SENGAJA. jangan main2 dgn hukum ALLAH SWT.. tolong...
sekian sy minta maaf jika ada terkasar bahasa.. saya agak tertekan bila ada orang kata
"dapat dosa aja!"
p/s: terima kasih en HAmka, entry kali ini best dan kelakar.. =)kalau org nogori 9, beruk kera ungke sama je.. keturunan beruk jugak.. hehe
"kepada Republic aku, kau ni anti hadith ke?"
ReplyDeletesaudara hamka, saya bukan anti hadith tapi mencari kepastian...kerana terdapat satu ayat yang sama dari 24:31...tetapi berlainan maksud...dari terjemahan al-quran lain dan dari ar rahman lain...aku cuma nak tahu kenapa berbeza.
Suka sekiranya saudara pula yang tulis ,mungkin sudut pandangan saya tersalah .
...jika saya terlalu emosi ,minta maaf.
wah famos "republic aku" semoga kata kata yg disusun kelak akan membantu diri kamu didalam mencari kepastian yg berguna.
ReplyDeletebro hamka semuga berjaya dan selamat menulis sampai lebam
hamka bro,
ReplyDelete'nak sign' kat tudung aku!!!
Another super brilliant entry from hamka as usual. . .
republik aku,
please refer to holy quran and hadith before simply jump into conclusion. . .
never write such a bombastic title for your entry if you haven't done a well thorough research bro. . .
charles dickens once quoted "it's better to keep your mouth shut and let people think you are a fool than to open it and remove all doubt"
@kelly....hehe...aku kah kau?
ReplyDeleterepublic aku,
ReplyDeletehohoho. . .take it easy bro. . .
i'll never risk my life doing what you've done if i were you,for god sake. . .
can't wait for mr.keretamayat to clarify on this matter soon. . .
ahhh,and i would love to see a healthy discussion by everyone. . .
hamka bro,
what you waiting for?
bring it on. . .
i'm all up for it. . .
hell yeehaaa. . .
salah satu yg junjungan besar Nabi Muhammad lihat ketika peristiwa Ishrak&Mikraj..... wanita diseksa kerana mendedahkan rambutnye pada bukan muhrim....
ReplyDeleteIshrak&Mikraj adalah peristiwa BESAR dalam islam.... takutnye... jgn plak ada yg pertikai apa yg Nabi kita lihat dlm peristiwa ni....
In Islam, there are things that we can ask for confirmation... and there things too that we can't ask... there are things that we should accept and believe...
ReplyDeletethere are things that we have to accept, believe and practice because that things cannot be proven empirically...
For example: the existence of the Hell fire and the Heaven... it exists right even though we cannot see it?
same thing goes to pain, it exists right? we can see it? no right? but we can feel it...
Women are asked to look after their aurah... "tudung" is part of the things used... hence, doesn't it proves that women should wear "tudung"?
(24:31)
and also, if things are not stated in the Qur'an, we should refer to the Sunnah, that's why Al-Qur'an and Al-Sunnah complementary to each other as Prophet Muhammad (PBUH) said:
"aku tinggalkan kepadamu 2 perkara yang mana kamu takkan sesat selagi kamu pegang kepadanya; iaitu Al-Qur'an dan Sunnahku"
*****
Tudung itu wajib dipakai (boleh je taknak pakai kalau sanggup pi Midvalley pakai baju astronout)... tutup aurat gak kan?
Pakai tudung bukan kira mesti baik tahapa HOYEAHHH, sopan, etc... tudung (menutup aurat tu wajib) wajib keatas wanita Muslim... jadi pakailah...
biarlah mereka hipokrit ke ape ke perangai cam hampagas ke, at least diorang pakai tudung yang mana wajib keatas diri mereka...
yang tak pakai tudung yang claim diorang baik tahap HOYEAHHH, nak tanya? baik celah mana??? kalau perintah Allah pun tak boleh ikut?
jangan kata tak sampai seru
jangan kata nak tunggu seru
mende tu wajib
tak perlu tunggu
now or never
ajal taktau bile... kite kata nak tunggu seru baru pakai, kalau ajal sampai sebelum seru tu sampai camne? mende dah wajib pakai, pakai je...
then, janganlah semua mende kite nak persoalkan... hebat sangatkah kite nak persoalkan jika dibandingkan dengan perawi hadis?
tinggi benor ke ilmu kite nak persoalkan?
ada benda kite boleh persoalkan
ada bende kite tak boleh persoalkan
ada mende yang wajib kite percaya...
ada mende yang diluar jangkauan pemikiran manusia... yang diluar akal kite... ada mende yang dirahsiakan...
mereka yang non-Muslim memang, taktik diorang je tu tanya mende2 yang mencabar iman kite... tapi jawablah dengan baik dan penuh hikmah... InsyaAllah... diorang memang tanya soalan2 cepumas, tapi jangan jawab masa tu jugak kalau takde jawapan konkrit... take time, cari masa...
kalau diorang kata Islam tu contradict, banyak je kite boleh persoalkan mereka juga...
Wallahu'alam
P/S: regarding to Surah Al-Rahman (Surah ke 55), rasenye takde pun verse dari 78 verses yang relates untuk menututp aurah, Surah tu mengenai nikmat Allah beri pada kite... jadi apa yang contradict nye? maaf andai khilaf disini...
Pakcik,seriously,memang pening bace post ni.Otak dah xleh tafsir. Hak3
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteYa Rabb jadikanlah ibu-ibu kami, isteri(ehem!)-isteri kami, anak-anak perempuan kami, cucu-cucu perempuan kami serta cicit-cicit perempuan kami, sampai habis keturunan...
Semuanya pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna!
Khalid
Syura penanti ada beri ceramah bersandarkan kitab kuning yang menyatakan bahawa sehelai rambut dilihat oleh bukan maharam maka satu nama bapa akan tertulis dalam Naar!..yang mana dia pasti memasukinya. dan dia beri contoh:
Sehelai rambut dilihat oleh 10 bukan mahram maka 10 nama bapa tertulis dalam Naar!
Specially to my daughters:Aku rela dibakar kerana perbuatan Kau..tapi aku tak sanggup untuk fikir bagaimana kau dibakar dalam api neraka! Ahh..airmata ni sebok!
Encik tak sanggup lihat seekor nyamuk pun gigit anak-anak Encik!
macamana nak bayangkan kamu semua dibakar...ahhhh!! No! No! Never!
Ya Rabb kabulkan apa jua dalam hatiku ini.
"aku tinggalkan kepadamu 2 perkara yang mana kamu takkan sesat selagi kamu pegang kepadanya; iaitu Al-Qur'an dan Sunnahku"...tk PREMOLAR...
ReplyDeletedi mana letaknya ayat hadis yang mereka-mereka ikuti,nabi sendiri tidak akui.jika masih ada lagi yang berani mematahkan ayat ini ,aku salute...
ler tak habis lagi al kisah tudung..
ReplyDeletesemalam dah try kfc cheese bun tu best gak... layan
Assalam
ReplyDeleteI rest my case.
195%.
"di mana letaknya ayat hadis yang mereka-mereka ikuti,nabi sendiri tidak akui.jika masih ada lagi yang berani mematahkan ayat ini ,aku salute..." (Republic Aku, 2011)
ReplyDeleteI beg your pardon, can you clarify this further? coz the way you write it isn't clear... asif...
Republic Aku,
ReplyDeletethe next Astora Jabat is in the town!!!
hohoho. . .
i'll leave your unpuzzled mystery question to be answered by those experts in Quran,sunnah and hadith. . .
let me tell you once and for all. . .
dude,you'll never get the answer if you stuff yourself only with reading and googling. . .
go and find someone with better understanding of islam. . .
learn from them and you'll never go astray. . .
completely, exactly, absolutely agree with "kelly kellison"...
ReplyDeletelearning about Islam doesn't enough by reading only and by our own self only... when you learn by your self, then syaitan/iblis will be your teacher...
finally, last but not least, learning al-qur'an and al-sunnah doesn't take a day, a month, a year...
it is a long journey...
wallahualam...
:)
kelly kellison & premolar...
ReplyDeletei agreed with u both.i think for him to understand more about dis matter is to find a teacher dat have a tremendous amount of understanding of Quran, Hadith..kite ni maybe x cukup ilmu nk bg better explanation bcoz he keep on posting question which we can't riddled out.
to republic aku...
keep on searching for the answers.but like our friends all says,cari guru yg handal ye.the one dat can give u more deeper explanation so u can truly understand.(i hope...)
Republic aku:
ReplyDeletehttp://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=753&Itemid=72
Ustaz Zaharuddin kupas pasal isu tudung. Maaf encik Hamka comment yg takdak sangkut dgn entri, alang2 org bangkit isu tudung.
kelly kellison dan premolar, hampa pi belajar ingelish elok-elok baru komen. Buat malu orang kampung. jangan pakai google translate, nanti orang gelak
ReplyDeletekepada Republic aku, jika kau tak anti hadith, maka masalah selesai, sebab banyak hadith bab tudung,
ReplyDeletebab ayat al quran yang berbeza, kena faham sejarah, ayat al quran turun beransur ansur, dan ada ayat yang membatalkan ayat, al quran sendiri telah membatalkan kitab kitab lain, (taurat, zabur, injil dan lain lain.)
Contoh paling mudah, bab minum arak, asalnya halal. Kemudian Allah haramkanhanya pada waktu dekat dengan waktu solat, Kemudian Allah mengharamkan 100 peratus sehingga sahabat telah pecahkan tong tomg arak sampai madinah jadi banjir arak.
Orang kapir yang tak paham ugama telah serang Nabi sebab ayat al quran berbeza-beza,
Maka Allah menurunkan ayat ini.
Ayat 106 surah al Baqorah
مَا نَنْسَخْ مِنْ آَيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [106]
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
Sama jugak kes tudung, dulu aurat perempaun tak perlu tutup habis, lepas tu tutup habis, apa masalah?
harap saudara republic aku tidak membingungkan orang ramai di sini, memang susah nak ubah apa yang dah kau percaya, tapi jika kau ‘berani, rajin, ikhlas’, maka Allah akan bagi mudah,
eh, Nampak macam dah terjawab, mungkin entry akan datang aku ulas lebar sikit bab ni,
insyallah.
: )
woha!
ReplyDeleteKepada perempuan2 yang tak bertudung, macamnalah agaknya korang nak ajar anak2 korang agar bertudung? Macamnanlah pulak suami korang boleh sabar dan redha dengan korang?
ReplyDeleteDemi menghormati saudara hamka agar tidak "membinggungkan " mereka-mereka, maka saya STOP disini.Kepada yang lain-lain terimakaseh,baik nasihat dan juga pandangan, saya ambil sebagai satu kaedah pembelajaran tersendiri.
ReplyDeleteAda yang saya setuju ada juga tidak tapi apa perlu saya berlagak hero ,nanti disana masing-masing harus bertanggung jawap sendiri.
Mungkin juga apa yang saya fahami agak luarbiasa kepada mereka ,dan fahamilah saya sudah terbiasa dengan suasana ini.
Sekali lagi jika ada sesiapa yang berdukacita dengan setiap kata-kata yang terlontar disini mohon dimaafi,aku insan biasa bukan manusia yang dilindungi dosa.amin.
jika ingin beragama ameklah kesemuanya..baik dari Al-Quran,hadis dan sunnah Nabi...ini akan membimbing kite dari tersesat..berfikir utk memahami Agama tidak apa tetapi jgn sekali terlampau berfikir sehingga melampaui pemikiran yang waras sbb takut tersesat cthnya berfikir berkenaan zat Allah..aku hanya insan biasa yang bnyk dosa disisiNya
ReplyDeleteto Anonymous... terima kasih atas teguran mengenai penggunaan Bahasa Inggeris tersebut... Maaflah, saya bukan major dalam Bahasa Inggeris...
ReplyDeletelagipun, tidak menjadi masalah rasanya selagi pembaca faham apa yang saya hendak sampaikan...
boleh sahaja saya menggunakan Bahasa Inggeris yang betul dari segi tatabahasanya serta "vocab" yang tinggi, tapi saya risau perlu buka kamus pula nanti... dan saya bukanlah hendak mengarang EE...
maaf ya Anonymous
p/s: English, not Engelish... :)
to Anonymous juga...
ReplyDeletemaaf ya,saye tidak menggunakan google translate... mungkin anda yang guna? :)
anonymous,
ReplyDeletetq for the reminder. . .i'll bear it in mind. . .fiy,i'm not using google translate. . .HE knows better. . .hohoho. . .
i'll let my russian teacher correct my grammar mistakes. . .
Assalam
ReplyDeleteSedap adalah nafsu.....
Ikut sedap..he..he..
Khalid.
pakai tudung tak wajib!!!!
ReplyDeletetutup aurat yang wajib....
Tutup aurat yang wajib..
ReplyDeleteRambut kat kepala bukan aurat?
Nak tutup dengan apa?
Baldi? Timba?..mangkuk...
Malulah kat Tuhan.....
wah! ramai betul yang pandai berkata2 di sini yer...tak per kita tunggu dan lihat...tak sabar tunggu hasil buah tangan saudara hamka.
ReplyDeletetak perlu tunggu aku, aku masih perasan sibuk..., pergi belajar dengan ustaz ulamak, kalau aku free karang, (bila ntah?) atau rajin luar biasa, aku tulis.
ReplyDelete: )
Wa caya lu bro,
ReplyDeleteingatkan lagi kisah firaun yg dah nak mati lemas(kejar nabi musa)masih cuba tipu Allah.
1 lagi, fremason(x suka panggil free saya panggil mason bodoh) x pkai lambang bulan sabit...sbb bulan menerangkan malam yg gelap, MASON bergerak dlm gelap(pantang mak bapak nenek dia pakai bulan nih).
teruskan cerita lu...WoohOO!
haha..kaum kera..tergelak2 dah nie..
ReplyDeleteNak tunggu jugak walau sedetik lebih selepas selamanya...
ReplyDeleteHaritu aku ada nak masak lauk best buat makan malam..
ReplyDeleteHaritu jugak aku bukak buku resipi yg bini aku ckp amat2 lengkap dan cantik susunannya memudahkan aku yg tak pandai masak ni terus jadi junior masterchef..
Haritu jugak, aku perasan yg instruction dlm buku tu mmg lengkap, dari ayam togel sampai masuk kuali, sampai masak semua ada..
Tapi..
Haritu jugak aku mengalami masalah sbb walaupun instruction dlm buku tu lengkap, tapi beberapa "terms and condition" aku tak berapa faham..
sebagai contoh:
masak sehingga naik bau..
potong 3 biji bawang besar..
haritu jugak, aku call bini aku tnya naik bau apa? and potong bawang besar gaya apa?
haritu jugak, bini aku eksplenkan aku naik bau macamana & potong bawang gaya apa..
haritu jugak, aku faham yg buku resipi tu mmg lengkap, aku je kurang lengkap.. dan perlu belajar dgn org yg lebih mengetahui dan berpandukan org yg lebih berpengalaman
wah, bestnya analogi, lapar di buatnya..
ReplyDeletenak joint!
haha..nice la skar~
ReplyDeleteAssalamualaikum, maaf kalu salah topik.
ReplyDeleteKepada saudara hamka. Saya suka cara saudara menulis. Ini Antara blog yang saya suka baca(sbb mengingatkan saya apa yg saya terlupa).
1st video arrival bukan teori/konspirasi. Dalam islam kita dah lama tahu, ada ustaz dari indonesia tulis dlm bentuk help file berkaitan mason/dajjal (saya baca hujung 90an). Video arrival siap 50 siri 2008(dan saya masuk islam sbb terkejut pd thn sama nasib x mati). Saya ada banyak info(bukti) pasal mason bodoh ni.
2nd, dunia mmg dah nak kiamat(banyak bukti). Fitnah dari timur?? huhu 1 dunia menyaksikannya. sapa buat?
3rd,Mesej video arrival tu simple jer, baca yasin ayat 60-63. Mmg berkaitan akidah. Saya kagum usaha noreagaa cuba menerangkan perkara ini.
Saya suka cara saudara nak sedarkan penonton filem lucah di internet, saya rasa sdr boleh guna info/video arrival ini utk sampaikan dakwah bukan dgn menakutkan(melayu mmg takut mati) tapi persediaan setiap umat itu menghadapi kiamat INDIVIDU.
kawan cina saya cakap "dlm 100 thn belum tentu ada 1 org mcm NIK AZIZ ada kuasa/wang krjaan negeri tapi hidup sederhana, kereta dia buruk" saya bersyukur dpt hidup sezaman dgnya.
apapun bab tudung tetap wajib(kalu kuar umah)...saya x ingat surah mana tapi ada ayat suruh wanita melabuhkan pakaian & tutup dada dengan tudung & kawin ngan wanita dari agama kitab lain yg jaga kehormatanya(maaf kalu yg ni pendapat peribadi :saya rasa ni mcm paderi pompuan) sbb paderi pompuan pkai tudung..maaf kalu silap tolong betulkaan. kalau x nak pkai jugak.. bogel pun boleh...hehe tapi jgn lupa 3gp..lol
Teruskan berdakwah ...dakwah saudara lebih baik dari mereka yg hanya melihat/diam sahaja.
err..sebelum terlupa...bab pkul kepala anak ngan penyapu tu saya x setuju...nanti khir toyo gelak.lain kali jgn kasi org ketuk kepala anak. cium x pa kalu dah kawin...hehe.
tersenyum...
ReplyDeleteSetahu hamba, Rasulullah tidak pernah menyuruh Umat banginda memakai tudung,malah bagin bersabda lebih kurang begini bunyi nya " Suruh lah isteri2 dan kaum wanita melabuhkan pakaian mereka" dgn kata lain menutup aurat...tetapi msyarakt kita skrg ini,ada yang sekadar menutup kepala pakai tudung sehingga ternmpak lehir dan menampakan susuk tubuh badan.
ReplyDelete*sekiranya hamba salah sila la tegur jgn terus menhemtam hamba*
kera ada ekor tapi...beruk takde ekor, vuntut dia merah...hahaha!!!
ReplyDeleteHahaha, kelakar la entry nih, igt memanh betol2 salah kat mn2 ke. Ahaa =D
ReplyDeleteSejak belum baligh anakku dididik dengan menjaga aurat,semoga berterusan dan aku tidak dipersalahkan. Pastikan aurat ditutup sesempurna mungkin bukan sekadar berfesyen. Bila membuat kertas kerja berkaitan tabarruj...oh alaangkah insafnya kerana rupa-rupanya banyak lg kelemahan pada diriku yg perasan yakin telah menutup aurat. Ya Allah ampunilah diriku...
ReplyDeletekelakar fatwa kera:P
ReplyDeleteSensitif pasal tudung.
ReplyDeleteTak pakai tudung dah gerenti dicop masuk neraka sebab aurat luarannya nampak.
Tapi kesalahan lain yang dilakukan taklak dicop masuk neraka walaupun auratnya dah terdedah.
Beruk dan kera memang tak sama.
ReplyDeletePernah baca pasal larangan menangkap ikan pada hari Sabtu bagi bangsa Yahudi. Mrk engkar lalu di sumpah jadi Kera. Aku ingat aku baca kesah Nabi2. Last2 aku bertekak dgn dak2 Chino rupa2nya aku baca kesah dari Bible. Chiiitt!
Kitab Injil dah diganti dgn AlQuran yg diturunkan pd Nabi akhir zaman Rasul s.a.w. So, bacalah dgn nama Tuhanmu. Iqra'.... Tudungka, Jilbab ka, Burkha ka, selendang ka... semuanya mengikut bahasa masing2 asal menutup aurat. Maaf, Permisi.
puak yang kata hadith bertudung tu daif,cuba bawak hadith sahih isteri Nabi atau sahabat yang rambungnya dilihat orang lain, mengerbang ke, apa..
ReplyDeletekera kah? aku pun tak perasan.
ReplyDeletehehehe
oh berok, monyet dan kera adalah binatang berasingan yaaaa