Aug 24, 2010

Alasan lambat paling kukuh?

(jika korang rasa lapar kerana baru belajar puasa, bacalah entry ni, mudah mudahan, rasa lapar korang hilang dengan penuh keinsafan)

Terperangkap dalam ruang menunggu di petang bulan Ramadhan memang memboringkan, masing masing berwajah boring nak mampos lalu aku yang berada di celah-celah kasih sayang di antara mereka cuba membuka topic perbualan agar terubat kebosanan di samping menambah pahala hendaknya…

Jangan ditanya bagaimana kami boleh terperangkap dalam ruang menunggu di petang Ramadhan itu, tapi tanyalah apa topic yang perlu kitaorang bincangkan agar kebosanan ini terbunuh bersama munculnya ilmu baru yang bakal menjadi pencerah kubur jika kena dengan gayanya..

Aku memilih untuk membincangkan bab “kesihatan”, sebab dalam umur 30-an sebegini, dan bersama member-member seperut yang perasan muda,(tapi perut buncit mencecah lutut), patut sekali mereka di beri kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keafiatan diri demi ibadat yang masih ada baki lagi separuh umur untuk disempurnakan sebelum jasad terbaring dalam kubur dan akhirnya, perut mayatpun meletup pada hari ketujuh bersama ulat ulat sebesar usus tahik..

Akupun memulakan perbualan dengan ungkapan berbentuk soalan:

“Korang tahu tak, bahawa kesihatan kita dapat diketahui tahap kritikalnya berdasarkan kesihatan tahik kita?”

Terus mereka menjeggilkan mata, terkejut barangkali..

“Kita akan sihat, jika tahik kita sihat”

Sambung aku tanpa rasa bersalah sedikitpun..

“Ok, sekarang aku nak tanya, siapa kat sini yang berak hari hari?”

Ada sorang dua jer yang angkat tangan, itupun teragak-agak., aku dengan gigih bertanya lagi...

“Siapa yang berak selang sehari?”

Ramai pulak yang mengaku dan ada jugak yang bagitahu berak hanya beberapa kali seminggu..

“Baik, jika korang nak tahu, orang yang sihat adalah orang yang berak hari-hari, sebab system penghadamannya bagus, dan lancar., alhamdulillah,”

Ada yang tersenyum, aku terus bercerita:

“Orang yang berak jarang-jarang, eloklah korang check balik pilihan makanan korang dan selaraskannya dengan aktiviti harian.. ingat.., kita akan sihat, jika tahik kita sihat”

Mereka mulai gelak dengan penerangan aku, aku terus bersemangat…

“Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat..,”

“Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kepala, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus”

“Tapi Hamka, Sunnah Nabi, mana boleh tengok tahik?”
Tanya salah sorang dari mereka.

“Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, tengok dengan hujung mata cukup, tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon!”

Mereka gelakkan aku.., apa yang kelakar ntah, dan aku sambung lagi..,

“Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera..,”

“ Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah? Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”

“Tapi Hamka, macam mana nak tengok tahik dalam tandas cangkung…?”
Tanya salah sorang dari mereka dengan penuh minat.

“Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam.., jangan balik rumah berak dalam sinki pulak, kesian bini korang nanti dapat laki gila macam korang sebab berak dalam sinki, takpun korang pergi luar Negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”

Mereka terus gelakkan aku.., dan aku tak peduli, aku sambung lagi cerita…

“Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat.., factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..,”

“Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur”

“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”

Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…, (dah cerita dalam entry yang lama)

Tapi bila orang yang ditunggu tiba, aku pulak rasa nak berak, lalu terpaksalah mereka semua menambah penantian kerana aku terpaksa dan kau dipaksa…, berak dululah beb..

Selesai berak, mereka mengeluh sebab aku ambik masa yang agak lama untuk berak.., buat kajian tentang tahik ke? Perli salah sorang dari mereka sambil bergurau..

Akupun bagi alasan yang paling kongkrit dalam dunia;

“Aku lambat bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak, jika aku tak basuh berak, tentu aku cepat, tapi sebab islam mewajibkan kebersihan, maka kenalah ambik masa lama sikit untuk basuh berak, lagipun, lepas basuk berak, tiba tiba ada pulak the last drop of ‘kerepok lekor’, tu yang kena basuh berak lagi sekali.., tu yang lambat.., dan korang kena berterima kasih sebab aku ambik masa basuh berak, jika korang nak cepat, boleh jer aku datang tanpa basuh berak, tapi korang pulak yang susah nanti, maka, oleh kerana aku tak nak susahkan korang, maka lambatnya aku bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak kerana korang yang tak suka jika aku tak basuh berak, jadi aku lambat kerana korang!”

Woha!

Sekian, akhir kata:

Tahik Yang Sihat, Datang Dari Manusia Yang Sihat!

Selamat berak!

Ps: kenapa aku rasa tak lapar langsung waktu puasa bila muzakarah bab ketahitan?

115 comments:

  1. yes...1st kmen~s

    ReplyDelete
  2. aaa..bikin kembang tekak di pagi selasa ini... T___T

    ReplyDelete
  3. a girl cryptic diary9:40 AM, August 24, 2010

    tak berapa mantap la entry ni hamka
    walaupun berilmu, tp macam terlampau try untuk jadi best...
    bersahaja semula la macam entry dulu2...

    ReplyDelete
  4. aku pernah baca pasal benda ni. tahik yg sihat berbentuk pisang. hehe

    ReplyDelete
  5. yeahhh..aku ke-5...belum baca pun lagi entri ni..hahahahaha

    ReplyDelete
  6. wahahahaha...
    sakit perut den baco..adehhh..
    sakit perut sebab golak, bukan sebab nak berak...

    ReplyDelete
  7. Best la cara awk menghuraikan nasihat2 dan ada unsur islamic ngan lawak2 yang sesuai... suka2x...

    ReplyDelete
  8. 15 minit selepas post..

    wah dah ada yang komen tak setuju..

    buat cik adik a girl cryptic diary,

    bila kau kahwin kelak, kau akan ada masalah Performance, iaitu bila suami kau lepas bersetubuh, suami kau akan komplen, ayang, kenapa ayang dah tak sehebat dulu?

    apa kau nak jawab?

    terimalah aku seadanya...

    ReplyDelete
  9. salam...
    erk! tapi pengisian bagus, dan mmg betul pun (dari cerita hingga ke alasan)...
    ^.^"

    ReplyDelete
  10. apa hikmah di sebalik kisah tahi ini ya?

    ReplyDelete
  11. wuhuu...!!

    wa...nice2..berilmiah tu..huhu

    hamka tahu bnyak pasal tahi..huhu..selama ni aku xtahu pun..sebab xramai nk kaji tahi...
    mmg perkongsian yg bagus...hehe..

    ReplyDelete
  12. Student, jaga kesihatan laaa.... haiyak!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...

    Anda nak taik yang bleh jadi 'bench mark' tuan vontot tu sihat?Jawapannya adalah apa yang kita lalui dan amalkan skang ni, PUASA. Perasan tak kaler taik dan air kencing akan jadi lebih gelap dari biasa?Sebabnya banyak toxic dalam badan dah kuar,kalo nak sihat jangan tinggal puasa dan rajin2kan diri puasa sunat plak nanti.Kalo nak makan banyak pun kena pilih dan jaga pemakanan.

    Hamka, adakah makanan dan taik adalah pasangan ideal?

    Banyak makan tak semestinya banyak berak...tapi bleh 'tumbuh tayar spare' kat depan badan...korang tak sihat la tu kot...hahaha!!!

    ReplyDelete
  14. dh slu bce,..tbe2 hari nih rse nak koemn...
    >>takpenah sy baca post en. Hamka yg tak best, takpernah ag! cayalah..!~

    ReplyDelete
  15. huhuhuhu.....bole la entry nie....

    ReplyDelete
  16. huhuhuhu.....bole la entry nie....

    ReplyDelete
  17. emmm betul betull... maharaja cina dulu dulu siap akan dicium tahinyer oleh tabib nak tahu dia cihat ke idak.... :D

    tahi sihat.. hidup pun sihat... :D

    ReplyDelete
  18. Assalam.

    Yang benar itu pahit!!! He..he..
    Hamka is telling the truth cuma, whatsoever keputusan tahi tu...Ianya semua dari Rabb.

    Sakit hanya ada dua sebab...
    1. Ampun dosa
    2. Naik darjat

    Nutshell: mana-mana satu sebab pun kita tidak akan rugi jika... terima sakit dengan redha. And of course berusaha untuk mengubatinya kerana nabi saw bersabda lebih kurang setiap penyakit ada ubatnya.

    Keputusan yang kita ambil sebaik saja kita rasa atau kita tau atau bila kita dapat laporan doktor yang mengatakan kita sakit maka.....jika kita buat keputusan ini penyakit dari Rabb!!!! kita selamat dunia dan akhirat insyallah.

    Kalau kita tak redha...kita salahkan itu, salahkan ini, slahkan diri sendiri dan sebagainya....

    Tercucuk duri pun Allah nak ampun dosa...inikan pula penyakit usus ke, penyakit dalaman ke, luaran ke,
    semua penyakit ada harganya...he..he..

    selamat buang air besar (pose beb)

    Khalid
    450%

    ReplyDelete
  19. boleh bayangkan setiap apa yg bro hamka ceritakan...paling klakar berak kat sinki...heheh..

    ReplyDelete
  20. err terus rasa kurang selera nak makan lepas baca pasal tahik ni. harap masa maghrib karang datang balik selera ni. hahaha.

    ReplyDelete
  21. huaaahaha...lawak tp ada pngajarn... memang la skt 2 dr Allah n tuk ampunkn dosa tp pngajarnnya jgnlh cri dosa dgn xjg ksihatn..diri kita ni kn amanah dr Allah jg

    ReplyDelete
  22. haha.klaka gle! mmg btul ar..hilang da rse lapar. em..conclusion nye, do take care of ur feces!!:P

    ReplyDelete
  23. ishh..seb baik bulan pose..kalo baru pas bek pes mau muntah...ekekeke...nice entry btw..

    ReplyDelete
  24. siyes aku memang xlapa lgsong dh weh hamka.

    ReplyDelete
  25. betul. ada gak dengar orang cerita camni. Memang tahi yang sihat datang dari manusia yang sihat.

    ReplyDelete
  26. bro, aku enjoy the silence...
    memang buat aku loyer tekak bila terbayang kerpok lekor dan pisang yang disebut dalam artikel dan komen....
    haha...
    aku tergelak dalam diam sebab depa ada dalam office...tengah dok ralit gelak, tiba-tiba bos aku keluar...

    bos:ok?
    aku:ok.........

    haha...kantoi baca blog kat office...
    dan semestinya bos aku cam pelik tengok aku gelak sorang2....

    apepon, paling sabar bila basuh berak anak2 buah aku...rasa nak cubit2 je bontot dorang....tapi, nasib baik anak buah aku....terima je la....~~

    ReplyDelete
  27. hamka, why people rank your entry?
    sibuk jer nak judge2 entry orang.
    bace jer lah perkongsian yang hamka tulis.

    adeii.

    ReplyDelete
  28. gile kelakar...hamka nak tanye, tapi x de kene mengena ngan post..

    kalu waktu berbuka tp x tersedar dari tidur sebab keletihan bekerja, ape jadi kat puasa tu?batal ke..makruh ke..

    ReplyDelete
  29. Hamka, kau sengaja kaitkan makanan tu semua dengan tahik, tak seronok membacanya. Elok lagi kalau kaitkan dengan warna kaler pensel. huhu...

    Amir

    ReplyDelete
  30. Haha... kesan yang berkesan. tadi perut yang berbunyi nak makan-makan.
    tetibe rase kenyang. dan tk lalu makan! terime kasih. kerena mengurangkan rasa lapar aku. hahahahaha

    ReplyDelete
  31. i feel intelligence,
    i feel good ;p

    ReplyDelete
  32. hamka

    kau tahu tak aku baca blog ko lepas aku berak...huhuhu

    dah la 3 hari aku tak berak

    datang opis punch card terus berkejar ke tandas

    erm ko nak tahu tak bentuk tahi aku?hehehehe

    p/s:tahi yang sihat datang dari fizikal yang sihat

    amal yang sihat datang dari iman yang sihat tak gitu bro?

    ReplyDelete
  33. hahahaha....
    entry yg penuh ilmiah...
    dan sedikit meloyakan...hihihihi..
    BEST...

    ReplyDelete
  34. tolong!!...
    situasi :x leh telan air liur....

    ReplyDelete
  35. cite taik pon bole ke dlm kereta mayat ni..uishh..
    tp ilmu gak tu hamka kn..?

    ReplyDelete
  36. saya suka jawapan anda kepada
    "a girl cryptic diary "
    ngee~

    ReplyDelete
  37. aku berak satu hari 3 kali dan tahi aku cam best ja..

    mungkin orang yang cantik, produce tahi yang cantik.. :P

    ReplyDelete
  38. pehh, cerita tahik pulakk. hahaha

    ReplyDelete
  39. hahahahahaha.tergelak-gelak kite bace entry ni.penah gak terbaca psl tahik ngn mknn.tapi takpela.ingatkan blek.best2!:)

    ReplyDelete
  40. adehhhh...
    pepetang ni baca entri macam ni.
    hilang selera nak berbuka weiiii..
    hehehhe...
    tapi, info yang sangat berguna.
    best2 ^^,

    ReplyDelete
  41. boleh ke aku cuba praktikan alasan nie bila aku lambat...hehe

    ReplyDelete
  42. owh ...

    x sanggup aku.

    btw,ini facts. dah penah baca kat paper

    ReplyDelete
  43. hahaha..dahla feveret kopok leko..gile gelik..

    p/s: nway teringat pulak kata2 jiran aku yg berbangsa cina kepada kakak aku..
    **wah amoi, muke byk jerawat ada susah berak kah?

    maknanye menurut beliau byk berak muke licinlah?:D

    ReplyDelete
  44. errrr.... kenapa mesti samakan tahi dengan makanan? Makanan kan bersih, tak baik kot samakan makanan dgn sesuatu yang kotor.

    ReplyDelete
  45. fuhh.. x sgka ye pasal tahik pon leh jadi entri yg begitu panjang lebar... :D mekaseh2... info baru! lawak giler.

    ReplyDelete
  46. ches~ orang lain lak yang salah.... ngehahahhahahaha

    ReplyDelete
  47. baru mengikuti blog ni...
    sangat informatif la...
    teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  48. interesting article.

    ReplyDelete
  49. hahaa... betul tu. saya setuju banget. macam ne kalau kita takde rasa nak berak, tapi nak jugak berak... errmmm

    ReplyDelete
  50. hahaha..
    aku tak bole berenti sengih
    tolong aku.
    takut batal pose..
    hehehe..
    adoiyai
    ko meme lawak..
    adeh2...
    selamat berbuke..
    :D

    ReplyDelete
  51. caiitt..ilang dah rase lapo
    hampeh!!

    ReplyDelete
  52. * insaf dah *

    bagi makhluk Tuhan yang sembelit macam aku ni...
    dapat berak sehari sekali tu sangatlah nikmat...
    kalu pembaca2 lain ada petua nak bagi berak ari2 tolong bagitau. Segala jenis buah aku dah mkn tp semua xjalan.huhu

    ReplyDelete
  53. menarik hamka....dah banyak dengor orang ckp najis melambangkan kita sihat atau tidak.

    ReplyDelete
  54. kreatif gile ko...taik pun leh jadi bahan...haha kelaka laa

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. tolong bg jawapan cepat11:57 AM, August 25, 2010

    ok soalan penting ni!
    aku mmg ada buasir .. asal berak jer darah dan aku jarang kena time bulan ramadan.. tapi pagi td aku berak darah lak.
    so soalan aku puasa aku dikira batal tak ari ni?
    URGENT NI! nak tye ustaz aku lum jumpa lg si ustaz(member aku) ni.
    p/s : aku ok w'pun berak darah , tak pening dan tak mengganggu perjalanan puasa aku.

    ReplyDelete
  57. saya nak berak tp tahan sbb takot berat badan turun, klu boleh nak berak 3 hari skali tp imun badan saya mau berak setiap pagi n setiap hari iaitu sekali sehari pada setiap pagi!!

    (skali berak berat badan turun 3 kg dan ini bermakna najis sy 3 kg sehari!! klu xmkn maka sy kene aneroxia sbb berak byk sgt)

    p/s: klu ader org buta yg xdpt melihat najis mereka, korang boleh la tolong tgk2 kan ye.. wohaaaaa

    ReplyDelete
  58. kes tahik juga ada 2nd effect for mereka yang dah 3 hari x berak.. jadi moody mudah marah, susah nak fokus kerja mungkin disebabkan gas yg terhasil oleh tahik yg masih dalam usus. macam kes saya... semua dah usaha minum air 3-4 liter, mkn buahan, nasi dan sayur shj.. tapi 3 hari sangkut...last2 saya solat hajat.. baru settle.. kalau tak mengamuk je kerjanya...

    ReplyDelete
  59. Ya Allah, tegelak guling guling baca entry ini. :DD

    ReplyDelete
  60. dulu prnah ada org promote satu herbs.utk ksihatan la nii..dia ckp klu nk tgk ubat tu brkesan @ x tgk warna najis.klu hitam mknanya byk la racun2 dlm bdn yg kluar.tp la ni sjak dok dlm usaha atas iman,rasa x snggup nk tgk sbb tu kn sunnah & takut hilang nur wajahku yg cute ni..

    *ankku yg 6 thn pun smpt bg tazkirah masa tgh buang air-ayah pesan klu kencing/berak xleh tgk.tgk linding(ckp pelat) jee..hehe

    -petot-

    ReplyDelete
  61. pbualan yg sgt2 bmnfaat tuk mnusia sjgat...
    tetiba tfikir..klu bukak bab ni tme tggu wktu nk bbuka cmna agknya reaksi rkan2 sbilik?? heh2

    ReplyDelete
  62. haha thanx for the info. kelakar yang bermanfaat :D

    ReplyDelete
  63. Masa keluar 4 ipb, sakit perut seminggu. makanan tak serasi atau dosa banyak sangat nak diampunkan?

    ReplyDelete
  64. http://www.travian.com.my/?uc=my3_739


    jommmm

    ReplyDelete
  65. hamka ni tak senonoh betul la. ade ke disamakan warna tahik dgn warna kueh? eh. putus selera jap!

    ReplyDelete
  66. Salam..
    Ku pun de jgk masalah berak nie, klw paling cepat pun 10 minit.. Kdng2 setengah jam.. Ish.. Kesian aku, tpi x pe ku reda at least aku dpt berak dgn puas..nikmat2
    aku sokong kau hamka sebab sebelum kita di cebukn org masa mandi mayat biarla kita berak dan cebok puas2 supaya klw tiba jdi mayat x susah la orng yang mandikan mayat fitnah pun kurang.. Yeihaa.

    ReplyDelete
  67. Bagi saya, kita x perlu nk bandingkn antara satu entry dgn entry yg lain, entry mana yg lebih mantap atau kurang mantap sbb kita cuma nk berkongsi maklumat dan pendapat. Mana yg blh dijadikan sumber ilmu, kita belajar, mana yg hanya blh dijadikan sbg hiburan, kita baca dan tafsir sdiri. Yg penting stiap entry ada sesuatu yg blh dikongsi dan trigger pemikiran kita. Baca je la, x payah nk letak markah..

    ReplyDelete
  68. Assalam.
    Istighfar karo. 6 points 54 comments. Muzakarah ketahitan so far..71 comments. ape sebabnya eek?

    Khalid.
    Thanx to you, it's a thrill to go to toilet nowdays bro!he..he...keep it coming!

    ReplyDelete
  69. betul ke berak sambil jengket sebelah kaki itu sunnah?

    ReplyDelete
  70. uoh, ak hilang arah time bace td..
    ape yg pnting kt dlm entry kli ni?

    ReplyDelete
  71. salam...bro, nasihat awak memang bagus tapi gaya bahasa awak ni kasar sangat la...

    ReplyDelete
  72. emm..mantap artikel nih. cerita pasal tahi. hehe..

    ReplyDelete
  73. Aku jawab komen berbentuk soalan sahaja.., sebab ada rasa macam nak sembelit..

    ---------
    student

    (apa hikmah di sebalik kisah tahi ini ya?)

    Jangan berak dalam singki..

    ------------
    [z][u][r][a]

    (kalu waktu berbuka tp x tersedar dari tidur sebab keletihan bekerja, ape jadi kat puasa tu?batal ke..makruh ke..)

    Tak batal.., dah waktu berbuka, kalau batalpun puasa sah? Makruh bab melengahkan bukak puasa, tapi jika tak sengaja, di maafkan, amacm ada gaya ustaz tak?,

    -----------
    Anonymous

    (kalu pembaca2 lain ada petua nak bagi berak ari2 tolong bagitau. Segala jenis buah aku dah mkn tp semua xjalan.huhu)

    Banyakkan makan kurma.., campur dengan susu kambing, buat jus kurma, baca entry bulan ramandan 2006, ada cerita pasal jus kurma.

    ---------------
    tolong bg jawapan cepat

    (aku mmg ada buasir .. asal berak jer darah dan aku jarang kena time bulan ramadan.. tapi pagi td aku berak darah lak.
    so soalan aku puasa aku dikira batal tak ari ni?)

    jubur tempat keluar tahik dan najis, darah juga najis, so no problem..

    -------------
    kavkiskey

    (Masa keluar 4 ipb, sakit perut seminggu. makanan tak serasi atau dosa banyak sangat nak diampunkan?)

    Sebab dosa kau banyak..

    -----------
    tina

    (hamka ni tak senonoh betul la. ade ke disamakan warna tahik dgn warna kueh?)

    Kalau samakan dengan ‘luna’, nanti korang terbayang arieal pulak? Ops!

    -----------
    Khalid.

    (6 points 54 comments. Muzakarah ketahitan so far..71 comments. ape sebabnya eek?)

    tepuk dada, tepuk lutut, tepuk punggung, tanyalah apa nak Tanya

    ----------
    fzikuz

    (ape yg pnting kt dlm entry kli ni?)

    Singki!! Tolong!

    ps: siapa ada soaln lagi, bukak TV 9 dan tanyalah ustaz! woha!

    ReplyDelete
  74. hamka..

    cuba awak tmbah..tang orang yang minum arak cmne lahhh...
    bau n bentuk tahik nye...yee...

    sbgai amaran dan nasihat tuk mreka...kn

    ReplyDelete
  75. salam.
    en.hamka,whats the moral of the story for "alasan lambat paling kukuh?". IKTIBARNYA---AAPA?


    ps:(tumpang lalu sikit.maaf oot-out of topic.)-:KHALID.., ARE U STILL AVAILABLE AND SINGLE?

    ....................................

    ReplyDelete
  76. salam,

    tq hamka aku yg last baca ni...

    ReplyDelete
  77. ade-ade ajelah jawapan hamka ni!
    [tahu aje hamka psl luna & ariel? haha]

    oh. saya nk merujuk pd soklan en k tu.

    [betul ke berak sambil jengket sebelah kaki itu sunnah?]

    haaa. saya ade jugak terbaca. jengket la. beratkn ke sebelah kiri. kalau kaki kanan boleh berlunjur, lg elok.

    eh? ke saya baca kt blog hamka ni?? :)

    ReplyDelete
  78. Hanya mayat yg sudah dicebok sahaja yg boleh naik kereta mayat.

    ReplyDelete
  79. SALAM PAKCIK HAMKA...

    pakcik dah tengok ke iklan petronas kereta buruk???

    dia ada sebut nama blog pakcik .... KERETA MAYAT...

    tapi apa2pun... aku nak bagtau kat korang...


    ada dua orang yang berlakon dalam iklan tu adalah student aku...('',)...

    hua hua errr...

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  81. Nasib baik tak ada favorite food saya yang jadi contoh.

    ReplyDelete
  82. Assalam.

    Cucu Jiddi. I'm a father of two son and two daughter. And of course a husband to a very beutiful wife!

    I'm a son of a gun!..he..he...ramai lagi yang bujang-bujang tu..

    Khalid.
    42 years old and becoming older day by day..hour by hour..minute by minute n second by second. When I can meet u Rabb? Don't you love me?

    ReplyDelete
  83. dh 3 hari aku kena cirit birit, bermula aku baca entry nh.. Tapi masih gagal analisa taik sendiri.. Haha...

    ReplyDelete
  84. Anonymous

    Minum arak? Camne aku nak bagi nasihat pada orang mabuk?

    ----------
    cucu jiddi

    iktibarnya.., jika ada orang bagi alas an lambat macam tu bermakna mereka tipu sebab alasan tu tiru blog KM, woha!

    ---------------
    Kereta Terpakai

    citer tahik dan aplikasinya

    ------
    Man Kuchai

    Last but not least

    ---------------
    Tina

    Eh, aku terlepas solan tu.., terima kasih tolong jawabkan

    ---------
    Abdullah

    Kalau tahik kita keluar bila dipicit perut, apa sahaja bentuk, warna dan saiz, itu bermakna tahik itu kepunyaan mayat.

    ---------
    Peluncur Islam

    Patut ada babak, budak tu dapat edia lepas baca blog keretamayat, woha!

    ---------
    KurangBaik

    Mungkin makanan kegemaran kau berwarna warni, belum jumpa lago tahik macam kuih lapis

    --------
    Khalid.

    Seorang hakim, juga, kan?

    -----
    Asyraff Zulkifli

    Kalau gagal, anggap dosa banyak, dan bertaubat.

    ReplyDelete
  85. ish3.. tp ade btulnye ape yg en kreta myt ckp tu.. haha ;D

    ReplyDelete
  86. salam.

    en.khalid.am glad for your beautiful wife.muga u (& muslim husbands around) would be THE BEST son to your bonda & father,THE BEST husband to your wife,THE BEST father to your children & MOSTLY,THE BEST 'abdullah' to THE ALMIGHTY RABBUL'ALAMIN.

    with the mentioned of "..day by day,hour by hour, minute by minute..",last 10 days of ramadan kan menjelma lagi.muga kita semua dapat manfaatkannya TERBAIK mungkin,dengan izin ALLAH.

    [seorang hakim,juga,kan?]: ...alam kan lebih damai,jiwa kan lebih tenteram bila kita 'nampak'
    SEGALA perkara yg 'tersirat', RATHER THAN telan bulat-bulat SEMUA benda yg 'tersurat'...
    wallahu'alam.

    hingga jika di-qadar-kan bersua lagi.
    salamun'alaikum.

    (minal'aidin & maaf zahir batin in advance!)

    ............................................
    long for man with 'substance' & GUT.the likes of Abdullah ibn Zubair & Thariq bin Ziyad.

    ReplyDelete
  87. ada rasa sedikit geli kerana perkataan "tahik" tu terlalu byk...tp apapun..bgus..ade info..psl kesihatan and islamic..thumbs up..

    ReplyDelete
  88. 4 bulan x baca entry ko hamka....no 92

    ReplyDelete
  89. masa baca entry kali... sikit pon aku x tergelak.. sebab x lawak langsung dan mungkin sebab aku lapar menahan puasa...

    tapi.. aku gelak sampai perut aku kejang bila aku baca komen dari para pengkomen...

    gila-gila... adoi.. aku xleh nak taip lagi.. sambung gelak jap...

    macam-macam hal.. cik hamka memang serba boleh...tanyalah ape-ape pon.. pasti dapat jawab.. cam profesor serba tahu je..

    masalah agama.. masalah rumah tangga.. masalah di tempat kerja.. masalah kesihatan... apa saja.. suma dia tahu... WOHA...!!!

    ReplyDelete
  90. Anonymous said...

    kalu pembaca2 lain ada petua nak bagi berak ari2 tolong bagitau. Segala jenis buah aku dah mkn tp semua xjalan.huhu

    9:33 AM, August 25, 2010
    -----------------------------------
    Banyakkan ambil sayuran dan buah-buahan mengandungi serat. dan kalau boleh, minum susu juga :)

    Pastikan masa tidur mencukupi, dan kurangkan stress.

    paling penting?
    DOA


    JazakAllah

    ReplyDelete
  91. paling penting?
    DOA -tepat sekali.

    lagi satu, cuba buat refleksologi.
    insyaAllah kalo kena point2 yg tepat kat tapak kaki, perut/usus akan terpanggil2 dgn sendirinya tuk keluarkan bahan mentah yg dah siap diproses tu. kalo tak caya, dont cuba!!

    tgh hujan sini, kalo DOA tgh2 malam gini lagi pulak ramadhan camni,ada chan besau termakbul.
    jom kawan2, amik quran, wudhuk, sejadah buat apa yg patut.

    ReplyDelete
  92. Siapa hamka nie? ntah apa2 blog dia..nak target pembaca pun biar le yg berilmu sedikit...alah ilmu yg ko amik pun dari bacaan2 lain..baguslah tapi terlalu byk bhn bacaan yg sedia ada...cerita pasal berak ni apa ke halnya..nak kaitkan dgn kisah apa..suka hati ko ler...jnji ko memenuhi ruang sbg blogger kononnya...biar berilmiah sikit bro!

    ReplyDelete
  93. Assalam.

    Hamka ialah seorang blogger favourite aku...dia dah tulis 295 entri dari tahun 2006. Komen...? tak larat kirelah.. Ramai follower dia!!! Dah ada facebook pun..

    Dia memang verstyle...berani, terus-terang dan yang paling penting....ikhlas.

    Tulisan dia untuk dirinya sendiri..kita ni just menumpang kasih.

    So...Any.
    Why don't you write up a blog? I'll bet it's gonna be great to read entri yang ilmiah...with due respect.

    Khalid
    110% behind my brother.
    He ain't heavy...he's my brother..he..he..

    (Cucu Jijji believe me...i love u as i love myself, may Allah give the best Ahmad in this bloody world to you sis!)...can i dream that the best Ahmad is me?..he..he..

    ReplyDelete
  94. ehem.. ok pe entry ni.. xske, xpe.. nk bce, bce.. xnk bce, xyah bce.. kannn..

    ReplyDelete
  95. nampak gaya makan kurma jelah aku buka posa. dah putus urat makan. hahahah...

    ReplyDelete
  96. salam..

    dah masuk sepuluh ramadhan yang akhir..!!

    dan komen ke 100!
    next entri please.. :)

    -ron

    ReplyDelete
  97. salam pakcik hamka,

    cuba klik link nie http://lawakjenaka.com/bahasa-melayu/tercekik-tulang.html

    ReplyDelete
  98. salam.


    [*] http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_dqA&FEATURE=RELATED

    [*] http://www.youtube.com/watch?v=_owtr_jxD7s&feature+related


    .WAL'ASR.

    ReplyDelete
  99. salam.

    [http://www.youtube.com/watch?v=_owtrjxD7s&feature=related][http://www.youtube.com/watch?v=_owtrjxD7s&feature=related]

    [http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_dqA&feature=related][http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_dqA&feature=related]

    wal'asr..

    ReplyDelete
  100. salam.

    http://www.youtube.com/watch?v=owtr_jxD7s&feature=related

    http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_DQa&feature=related

    wal'asr..

    ReplyDelete
  101. salam..

    fail la.. tiga entry ats tk keluar gak direct link to youtube.

    padamkn pn tkpe.tk reti pakai komputer.sorry.tima kasih.

    ReplyDelete
  102. aku baca entry ni pukul 1.00pm.. ngam2 time lunch.. tapi memang tak rasa lapar... welkkkk

    tapi aku rasa info eksihatan yg sangat berguna

    ReplyDelete
  103. “Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”

    kena tengok laa "benda" tu keluar macam keropok lekor yer.

    tapi lepas tu sambung
    "Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…"

    apasal boleh ada bab muzakarah adab makan lepas tu hehehe

    ReplyDelete
  104. Salam

    Moral of the story;

    * Di sebalik rupa ,bau dan rasa kelazatan semua juadah berbuka kat Bazar Ramadan tu, yakinlah hakikatnya semua akan jadi tahik!

    * Di sebalik kesabaran dan keletihan berpuasa, berterawikh, berdoa dan berzikir tu, yakinlah hakikatnya akan dibayar syurga di akhirat kelak!

    ReplyDelete
  105. org beri alasan tidak akan berjaya

    ReplyDelete
  106. ika

    : )

    ---------- cucu jiddi

    jiddin?

    --------
    weird_appel

    thumbs up tu!..

    --------
    kedaijamu

    wowo, baru balik 4 bulan..,

    ---------
    heal man

    WOHA...!!!

    ---------
    Any

    Siapa hamka nie?

    Hamka adalah makluk asing yang cuba menakluki bumi, tumpang badan manusia, tapi jatuh cinta, lalu buat keputusan tinggal di bumi sebagai manusia dengan meyamar menjadi driver keretamayat, jika ada raksasa, maka Hamka akan menjelma menjadi anak kepada ultaraman seven..

    ------------
    Khalid

    “dulu kau menumpang kasih.., lalu kubawa, hatimu..” menyanyilah pulak

    ----------
    mhafiz_ydin

    wow, Berjaya ikut sunnah! Tahniah!

    --------
    -ron

    Dah..

    -----------

    Aku Apex

    Cuba taip tercekik tulang, penuh dan google search kau jumpa orang link..

    --------
    Amir

    Ops, aku lupa bagi rujukan entry aku ni, ok rujukannya adalah mangkuk tandas hotel dan luar Negara.

    ----------
    Amin007.Ledang

    apasal boleh ada bab muzakarah
    adab makan lepas tu hehehe

    (he he he)

    --------
    Ahmad Syazwan

    org beri alasan akan Berjaya member alasan

    ReplyDelete
  107. nak tanya woha tu ape maksud?maap saya budak baru kt blog ni.hehe

    ReplyDelete
  108. gelak guling-guling teman baca..!
    nasib baik bos tak tegor..
    (baca opis hour)

    erk..

    ReplyDelete
  109. woha tu ada tulis kat tepi side blog.

    sama macam yeee, haaa! (sambil naik kuda dan baling tali gantung kepada orang jahat-woha!)

    ReplyDelete
  110. entry kali nie sgt klaka and xsenonoh..
    hahahaha..
    but..
    walau pon begitu..
    ia sangat2 bermanfaat..
    n boleh diguna pakai di kehidupan akan datang..
    to hamka:thanks 4 the information..
    ^_^

    ReplyDelete
  111. 4 bulan x baca entry ko hamka....no 92

    ReplyDelete