Feb 1, 2010

Keretamayat Facebook?

(P.E.N.A.F.I.AN, korang boleh abai semua entry, tapi entry ni jangan sekali kali…!)

Apa lah korang yang sanggup bakar gereja sebab marah tentang isu kalimah Allah?, Nabi Muhammad SAW ada ajar macam tu ke? Akupun tak setuju orang kapir kata Nabi Isa itu anak Allah, tapi kita kena marah dengan berhikmah, tak perlu bakar membakar, letak kepala babi dan sebagainya, tengok aku, sekarang aku pun sedang marah dengan perkara yang ala ala isu ni, iaitu ada orang guna nama keretamayat dan cari publisiti murahan…

Aku marah! Dulu ada orang buat “keretamayat.wordpress”, aku tak marah sangat, sebab beliau ada maklumkan pada aku, dan isi blog beliau hanya quote ayat Al quran, tak teruk sangat kesannya jika ada orang salah faham atau keliru dengan menyangka keretamayat wordpress itu aku, pun begitu, ada jugak orang email aku tanya, adakah keretamayat.blogspot dan keremayat wordpress adalah orang yang sama? Jawapannya tak.. (aku lebih hensem dan tinggi)

Lepas tu bila aku baca forum yang orang tulis pasal aku, mereka sangka aku adalah salah sorang dari forumer TKO (tranung kite online) sebab aku pernah juga jumpa orang yang guna nickname “keretamayat” dalam beberapa ruangan TKO.., maka penting di sini aku nak bagitahu korang bahawa, aku, jika bagi pendapat, hanya di sini, DI SINI! (di keretamayat.blogspot), atau dari emal keretamayat @gmail.com,

Oleh sebab itu jika korang ada terjumpa nama keretamayat selain di blog ini, yang kutuk kerajaan ke, kutuk sultan ke, kutuk penyu betelur ke, dah tentu itu bukan aku, itu adalah orang lain yang perasan unik atau lebih dramatik, ada agenda tersembunyi lalu sibuk nak guna nama aku sama macam orang kristian Malaysia yang sibuk nak guna nama Allah walaupun orang kristian Negara lain tak setuju sebab nampak macam hempeh sangat jika nak berkongsi tuhan...., dan itu cerita lain.

Tapi,

Korang boleh cakap, bukankah Allah itu tuhan semua orang?, eh, silap?., aku bukan nak cakap pasal isu ni, sambung balik.., korang boleh cakap, bukankah keretamayat itu, ‘kereta’ semua orang? Ikut suka merekalah nak guna nama kereta mayat? tak salahpun...

Yelah, keretamayat ke, papan keranda ke, lutut unta ke, kepala paip ke dan semua benda boleh jer korang pakai, tapi bila dah keretamayat blogspot dah popular, maka mereka yang guna nama kereta mayat selepas aku polular, akan kelirukan pembaca blog popular ini yang setia, akan kelirukan ribuan follower blog popular ni.., itu yang hampeh…

Dan yang terkini, ada orang yang mengaku sebagai keremayat di facebook, ada yang letak gambar kawan naruto, dan yang sekor lagi, sebijik tiru aku, dan lepas tu mengaku peminat Anuar Ibrahim yang sokong kalimah Allah, itu dah bertentangan dengan aku yang tak sokong mana mana pemimpin yang perasan unik, lepas tu boleh pulak keretamayat celup ni ulas isu BTN kat Facebook Anuar Ibrahim.., dan yang paling aku angin, keretamayat celup ni, guna logo sama macam logo blog aku, tengkorak biru, stereng dan tulisan, “semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya” Tak ke Hampeh?!

Lalu terus sahaja pembaca blog popular aku jadi keliru dan email aku yang polpular, apakah benar aku ni penyokong Anuar ibrahim? Aku cakap bila pulak aku buat link dengan ahli politik? Dan., arghh, ini yang aku cakap manusia ni mudah keliru.., sama macam nama Allah, jika orang kristian pakai dalam majalah mereka, dah tentu akan mengelirukan orang ramai., keretamayat blog spot tak sokong Anuar Ibrahim, tapi kenapa keretamayat facebook sokong anuar Ibrahim?, kenapa keretamayat tranung kita sokong Haji Hadi..?

Dah! Cukup sampai sini, kemarahan aku dah sampai ke kemuncak, aku check keretamayat facebook itu dan aku tak jumpa nama beliau, yang aku jumpa hanya lokasi, iaitu di Raub, Pahang!

Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak bakar kat sana!.

Woha!

Ps: Siapa yang nak link, takpe tak mintak izin, jangan menyamar sudah.., dan siapa yang dah jadi friends facebook mamat tu dan mamat ni, ketahuilah, bahawa keremayat facebook, adalah bukan aku. Err, mana tangki minyak petrol aku letak tadi?

88 comments:

  1. Assalamualaikum, sy dah lama jd follower tp tak pernah beri komen.nampak mcm org pertama beri komen. Yg asli tetap akan terserlah yg palsu akan bisu suatu ari nnt. Terus perjuangan utk menyedarkan umah yg makin keliru..

    ReplyDelete
  2. patut aku dulu, pastu tak dapat log in account, guan la anoymous ni

    ReplyDelete
  3. cepat nyer bg komen

    ReplyDelete
  4. >>___<<


    mungkin bro hamka ble buat penafian kat sidebar ni ker ... xder lah yg keliru. mangkuk betul org giler glamer guna nama KERETA MAYAT ni tuk tujuan politik memasing. tp lu mmg fofuler bro hamka... agaggagaga


    tabik!

    ReplyDelete
  5. siapa yg berani buat onar dgn kereta mayat yg popular neh! ini dah melampau!!

    terlalu busuk sikap tu.. terlalu..! kenapa sifat slow mcm tu melampau2 sgt. !

    ReplyDelete
  6. aku yang no 7. itu je nak kabo. hahaha

    ReplyDelete
  7. ceh, ada perlawanan nak siapa cepat komen pula.

    ini perasan unik ka?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, saudara Hamka, saya mula2 pun hampir keliru, hampir add as friend kat Facebook tu, namun bila saya teliti betul2, then saya yakin itu bukan facebook pemilik keretamayat.blogspot.com, so tak jadi add. Apapun memang sangat tak bertanggungjawab perbuatan orang macam ni. errr...dah siap isi ka tangki minyak keretamayat nak ke Raub tu???...hehehe

    best regards,
    Syahril Said

    ReplyDelete
  9. salam. hmm,sabar jea la. diorang tu just nak tumpang popular lak,kat akhirat nanti tak tahu la.

    [saya tak guna shortform. hehe.]

    ReplyDelete
  10. 1. Betul tu, Hamka kena buat penafian dekat sidebar blog Hamka ini...

    2. Nanti baru orang tahu... kalau hanya sekadar cuma tulis dalam pos blog sahaja, tak semua orang baca pos blog ini, lambat-laun nanti pos blog ini akan tenggelam juga dengan pos-pos blog yang jauh lebih baharu... lebih baik Hamka gunakan sidebar...

    ReplyDelete
  11. 1st time tau ada orang main guna-guna dekat facebook

    ReplyDelete
  12. ketahuilah dalam dunia ni ada 6 orang lain yang muka sama macam kita tapi camne pun diorang tu bukan kita.

    sekian. hehe sbr ye

    ReplyDelete
  13. owh.. susah jugak jadi org hensem nih... hmm... takpa hamka, itu cobaannn... tabahkan hatimu akhi... innallaha ma'a sobirin..

    ReplyDelete
  14. oh, lupa.. ana pernah jumpe frenster yang letak gambar tapak tangan hang hamka (tapak tgn yg unik, ada nombor 8 je..) itu hang ka???

    mmm... kalo hang takpa la.. kalo org lain... ana taktau la..

    ReplyDelete
  15. ooo... minta maaf sesangat... saya ada amek link blog kereta mayat ni letak kat blog saya... senang.. kalau ada new post boleh baca terus... harap kereta benarkan...

    ReplyDelete
  16. Lenggang Kangkung

    Berita malam ni takde ke cerita kisah ‘keretamayat’ terbakar kat Raub, Pahang?, tadi dah bakar sebijik, he he

    ---------------
    skyline34

    aku tulis sebelum maghrib, err, dah solat belum?

    -------
    Frodo Baggins

    Lepas ni aku buat kat sidebar, insyAllah..

    ----------------
    Huda

    Kau pergilah add friends dengan ‘keretamayat’ celup tu, lepas tu kau ‘bakar’ dalam komen kat sana, boleh?

    ----------
    The Pamiesz®

    Ok, harap dah solat maghrib

    -----------
    Hazwan

    Macam macam hal.

    ------------
    Darus Interferon

    Kadang-kadang, aku blogger sporting.., ; )

    ----------
    Syahril Said

    Nak ikut, jom..,

    “kita bakar sama sama, pengalaman hidup seksa..,”

    (menyanyi lagu wings lah pulak)

    ------------
    Amira

    Aku harap takdelah antara korang yang kena tipu dengan orang yang menyamar aku.

    -------------
    Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin

    InsyAllah, sebelum datang entry baru, aku akan buat penafian kat sidebar..

    --------------
    Fairuz Ashikin

    Jika korang jumpa lagi orang menyamar aku, cepat bagi link kat sini..

    Kita bakar!

    --------------
    Matadore

    Bukan tujuh ke? Sama macam dragonball!

    -------------
    cermin

    aku tak de frenster, nampaknya ada orang guna gambar tapak tangan aku,

    Ada sabun tak?, nak basuh tangan, bau minyak kuat sangat lerr, he he

    ------------
    ridiculous

    padankan muka anda dengan muka pasangan anda

    : )

    -------------
    Temani aku

    Setakat link, ok, tak bagitahupun takpe, yang aku marah, menyamar, atau mengaku tulis dan edit sesuka hati..,

    ReplyDelete
  17. bila dah popular mmg ramai orang nak plagiatkan nama mung dih.

    jahat sunggoh. idop kerete mayat.

    kalau buat kereta lembu tak ok ek?

    ReplyDelete
  18. aku dah antar mesej amaran kat dia. besok2 dia tutup la tuh. jahat punya orang.

    ReplyDelete
  19. bro, den dah lamo taruk link tapi baru nak minta izin ni .

    kira OK lah ekk ?

    tak OK kalo den buang lah nanti...

    ~ selamat !

    ReplyDelete
  20. takpe..
    kalu bro nak bukak account kat facebook nanti,
    bro taruk kat dalam posting..

    kalu takde pape announcement dari bro,
    kira yang lain2 tu imitation je..

    tok sah marah2..
    kang saket jantung pulak..

    ReplyDelete
  21. Ish ish budak Raub mana la gamaknye 2, mesti anuar ibrahim tersenyum baca entry ko. Abg polis bukit aman boleh mulakan siasatan facebook tiruan.

    ReplyDelete
  22. padan muke bro....
    huhuhu....
    biase la tu dugaan bile da jadi femes...
    ramai followers...
    udah tu, jgn la sampai lupe daratan pulak bro....
    back to the basic "6points"
    huh....
    kes macam masuk melodi gitu...
    huhuhu....
    kurangkan kontroversi!!!!
    tingkatkan prestasi!!!!

    ReplyDelete
  23. penyokong politik kepartian ini sesat sebenarnya....sila rujuk dgn tn guru haji salleh penanti yg bermastautin di makkah yang juga merupakan pakar rujuk mazhab shafie di arab saudi....

    ReplyDelete
  24. alamak, hangin nampak.. sabar2.. minyak da mahal da skang..huhu buat bazir duit je bli minyak mahal2.. baik pekena teh tarik buat sejuk kan badan..hehe

    ReplyDelete
  25. elfutuwwah

    ada orang bagi komen mirip2 komen pertama aku untuk blog kau(perasan ditiru). So, ini dah kira kali ke 2 aku bagi komen. Anyway akhi hamka teruskan penulisan kau yang bolehlah dikatakan unik ni :-)

    belia benci plagiarisme!

    DALAM KERETA MAYAT MANA PUN JASAD AKU DIUSUNG, AKU....AKULAH JUA..."

    ReplyDelete
  26. kenalah abang bukak akaun facebook abang sendiri.. hawhawhaw...

    ReplyDelete
  27. mmg sengal penyamar2 yang perasan unik ni bro, jom bakar!

    ReplyDelete
  28. yang facebook dan wordpress tu bukan aku buat ye. Penafian dari aku sebab dah 2 orang tanya, krenmaut tu related dengan keretamayat ke?

    ReplyDelete
  29. malaysia x ramai hacker cm indon untuk hapuskan cetak rompak camtu..

    ReplyDelete
  30. tajuk surat: memohon link
    Salam,
    kehadapan Bro keretamayat.blogspot
    merujuk kepada perkara di atas,
    saya telah me'link'kan blog Bro ke dua blog yang saya 'manage'kan.,tanpa izin.
    oleh yang demikian harap halal,
    huhu...
    btw,saya syor bro wat satu post pasal Facebook .. saya dah jadi Fb mania,seb baik sempat tobat (kot...)

    ReplyDelete
  31. tajuk surat: memohon link
    Salam,
    kehadapan Bro keretamayat.blogspot
    merujuk kepada perkara di atas,
    saya telah me'link'kan blog Bro ke dua blog yang saya 'manage'kan.,tanpa izin.
    oleh yang demikian harap halal,
    huhu...
    btw,saya syor bro wat satu post pasal Facebook .. saya dah jadi Fb mania,seb baik sempat tobat (kot...)

    ReplyDelete
  32. kalau vanjenazah kira plagiat mung tak hehe
    ingat nak belajar buat blog nak namakan vanjenazah.blogspot tapi tak pandai nak buat blog
    baca blog mung dah la...takde masa nak belajar buat blog

    kepada engkorang yg tiru keretamayat cubala pikir nama nama lain banyak lagi cth basmayat ker, mpvmayat ker, kerandaterbang ker batunisan ker dll

    ReplyDelete
  33. banyak-banyak kan BERSABAR ye en hamka... S A B A R

    ReplyDelete
  34. mohon maaf ya sebab dah link blog ini dengan blog saya...
    jadi mohon diizinkan :)

    ReplyDelete
  35. Err, en hamka...nk link kna bgtau erh? okeh, saye bgtau nie, saye letak url blog en hamka kt blog saye utk easy reference saye nk bukak bebile masa...mintak maap.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum hamka...

    nak mintak izin tertunggak... saya dah link blog keretamayat... sebab senang nak refer balik klu ada masa kelapangan baca blog...

    harap halal la ye... :)

    ReplyDelete
  37. tuan..saya ada copy paste tulisan tuan di dalam notes facebook saya..dan saya x ckp ini tulisan saya..harap tuan izinkan..

    tp kalu buat facebook sebijik nick keretamayat tu agak keterlaluan la..maybe dia tu admire tuan kot ..:)

    ReplyDelete
  38. salam hamka
    apa?ada yang menyamar jadi kereta mayat?
    ish2..sabo ye bro
    jangan jadi hulk ye,,,
    bertukar!!!
    jom serang....
    he2 =)

    ReplyDelete
  39. Salam bro. Mmg ramai manusia yg mcm ni, tak leh tgk org hepi dan dgn cara mcm tu dia berhrp dpt jd popular tp sebenonya agak bodoh kan.

    ReplyDelete
  40. Melorian

    Thank’s..

    ------------------
    azharjaafar

    insyaAllah… takde diskaun ke?

    ----------------
    Khairi

    Orang naik ke bulan, pakai kereta lembu,
    Pergi bukit belacan, mandi air susu!

    (teka, lagu apa?)

    ----------------
    saorangorang

    ~ selamat !

    ------------
    metalrizca

    bila dah sakit jantung, terus naik keretamayat, tapi takde sebab dah kena bakar, woha!

    -------------
    van qif

    engkau kan duduk Raub?, pergi check!

    ---------------
    aimanruslan

    yeah!
    kurangkan kontroversi!!!!
    tingkatkan prestasi!!!!

    Kita bakar!!!

    --------------
    hidayat-idaman

    ada ulamak cakap rokok haram, ada ustaz yang kata harus, dan ada yang kata makhruh, dan setakat ini belum ada yang kata rokok itu halal dan dapat pahala bila menghisapnya..

    sekarang, tukar term ‘rokok’ kepada polotik yahudi.., dan renungkanlah..

    ----------
    ain

    minum tehh, lagi kena angina.., tak gitu?

    ------------
    elfutuwwah

    kita laksanakan, matahari yang damai, di sana, kejujuran..

    --------------
    faizal yusup

    nampaknya begitulah..,

    -------------
    Neo Rantissi

    Jom!

    ------------
    Abang Ben

    Pemandu kren yang maut ada related dengan keretamayat kerana pemandu itu naik kerusi belakang keretamayat menuju ke tanah perkuburan..

    ---------
    alep

    Ya Allah, lindungilah blog aku dari jenayah cyber..,

    (teringat Neo dari The Matrix)

    ------------
    Ibnu Mutalib

    Ok, bab link aku dah edit, tak payah mintak izin, Cuma bila nak guna sebagai nickname atau yang semakna dengannya, masuk mahkamah dulu!


    ----------
    Vanjenazah

    Kau bagus, van jenazah ok, sama tapi tak serupa.., tak keliru..

    -----------
    ashekinbanan

    : )

    -------------
    airina /Sue@Iza /jas imran dan lain lain

    dah edit, link tak payah mintak izin..

    -----------
    keRAna AKu SAP

    bertukar menjadi Mask Rider Kabuto!

    ---------
    InTan RH

    Tahu takpe

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum.....hehehe....
    pertama sekali aku gelak.....
    hehehe..
    kedua kalinya..aku gelak lg...hehehe
    k..dah ckup...bro....padan muka lu....ley tengok lu marah2...gua suka beb...biasa la 2 bro,orang tumpang glamer...
    sabar la bro ye...
    tak baik bakar2...
    lu masuk facebook mamat 2,lu dakwah dia k...
    finish..
    wassalam..

    ReplyDelete
  42. Assalam,
    Bro you should take it as a compliment....
    Nabi palsu...
    Rasul palsu....
    Anta dah sampai makam yang anta sendiri pun tak faham..dan tak sedar...
    Kerja dakwah ni unik bro.

    Banyakkan istighfar..betulkan niat...Pasti dan pasti Allah akan menjadi pelindung bagi Tuan, saya dan semua umat...

    Khalid
    with zillion of love

    ReplyDelete
  43. ko ada pesbuk ke hamka?
    add aku...

    ReplyDelete
  44. ahuhu...hamka hensem taw...jgn terpedaya ok...mesti yang ori..hehe

    ReplyDelete
  45. no50...aku sudah hampir ke kemuncak...tunggukan aku jd 1 komentar yer..
    ada peningkatan aksha...chaiiyokkkkk

    ReplyDelete
  46. salam..

    en.hamka adakalanya ujian akan datang bila bertambah pengaruh dan pengikut tegar..

    so di sini akan teruji sikap dirimu sebenar..
    perbaikilah niat..
    kembali kepada niat asal..
    'nota untuk diri sendiri'

    maka kewujudan makhluk raksasa ker .. kepala paip ker.. lutut unta ker.. (ade ko kesah!)

    so hakikatnya ko dah glamer..
    so rendahkan diri..
    so tone 'Ok, aku nak pergi Raub, ada 'kereta mayat' yang aku nak bakar kat sana!.
    boleh diubah kepada..

    'Ok, azharjaafar, abang ben dan khairi.. apa kata kita pergi ziarah rumah sahabat kita kat Raub, die ada potensi untuk jadi keluar jalan Allah 3 hari, jom kita pergi, sampai Raub kita pekena ikan patin dulu dan nanti kita tapau kan ikan pada sahabat kita itu tadi, tak per, minyak kete dan tol under my bil, jangan lupa solat hajat dahulu dan doa banyak-banyak, sebab yang bagi kefahaman agama ialah Allah swt, kita nie hamba yang serba daif dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah..'

    huhuhu.. :)
    -Rom&Parsi

    ReplyDelete
  47. hamka......
    tahniah coz anda sudah berada di kalangan mereka2 yang popular....
    tahniah gak coz ramai yang ingin menjadi diri ko...
    tahniah juga kerana makin ramai yang kenal ko.
    sekian..
    sekalung tahniah dari dirku...

    yang benar
    ---aksha--

    ReplyDelete
  48. Samar menyamar ni bahagia juger yer.

    Dahlah sekarang silap berblog kena tangkap. Jadilah diri sendiri, kak baik, jujur pada diri.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum....
    Huih.....garang jugak pakcik keretamayat nih ek(coz aku kebanyakan drebar kereta mayat nih pakcik2 je)....jangan la garang sangat pakcik...banyakkan bersabar....tak baik untuk kesihatan minda...fizikal...Iman.....sabar ye...jangan garang2 sampai nak bako kereta mayat yang lain tuh....sabor....sabor....kalau nak bakor pon...bgtau kereta bomba....senang sikit kereta bomba nak gi padamkan api tuh ye.....nih kereta bomba tgh cuba padamkan api kemarahan nih.....shuuuuuuuu......

    ReplyDelete
  50. baru jer nak add tadi facebook tu...jenguk keretamayat...tengok -tengok dah ada entry pasal nie..Alhamdulillah tak jadi add..Hehehe..Tq atas pengumuman nie...Kawan nur banyak jugak yang keliru..

    ReplyDelete
  51. Ok beb aku dah faham tahap kebengangan ko pd si sengal2 kat luar tu! Memang mengelirukan! dan memang patut ko buat penafian.

    Dan Credit lg utk keretamayat.blogspot coz entri kali ni like killing two birds with one stone!
    Isu keliru nama Allah ni lah.

    Harap2 sengal2 (muslim2 yg sokong kafir2 punya agenda) kat luar sana tu dpt kesedaran sikit apa yg Hamka selitkan kat entri kali ni!

    Nampak tak kekeliruannya? Ni baru isu keretamayat. kan? kan? kan?

    p/s: aku pun hensem dan tinggi gak ..

    ReplyDelete
  52. Mari ramai-ramai ke link ini,

    http://www.facebook.com/home.php?#/pages/Hamka-Kereta-Mayat/278212574025?v=wall&ref=search

    Tengok di bawah sebelah kiri, klik "report page" + reason "fake page"

    Ada harapan page ini akan di flag & banned.

    ReplyDelete
  53. ok, dah ada peminat yang mintak izin dengan aku untuk buat satu akauan Facebook keretamayat tanpa edit, just copy aku punya entry dan publish kat sana,

    kebaikkan: jika keremayat.blogspot terdelete atau kena hack, peminat ini akan tolong wakil aku dari akaun facebook.

    so, link ini di benarkan beroperasi, dan untuk lebih asli, aku benarkan dia letak nama aku, HAMKA KERETAMAYAT:

    ini link:

    http://www.facebook.com/pages/Hamka-Kereta-Mayat/278212574025?v=wall&ref=search

    ReplyDelete
  54. ok, lenggang kangkung, link yang kau bagi tu, dibuat oleh peminat yang aku dah bagi kebenaran, hari ni start operasi.

    selain dari "Hamka keremayat Facebook" maka Keremayat Facebook yang lain adalah bukan aku..

    HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  55. salam..

    tapi pakcik hamka..
    sekiranya ada tangkapan dibuat kerana memfitnah pakcik .. eh paggey abg lah.. Woha!

    so.. abg hamka kena lah upload gambar sebanar abg.. setakat bagi gambar tapak tangan 'V' hmm kitaorang pun boleh wat!
    boleh kitaorang kenalpasti 'keenseman dan ketinggian' abg seperti yang dinyatakan..
    boleh kitaorang tgk
    gigi yang jarang-jarang..
    dahi yang luas-luas..
    mahi lalat merata-rata..

    Woha!
    -abg hamka jgn marah k nanti kitaorang cem salam dengan kak ros, kak ros pun suka baca blog keretamayat, sambil terseyum sorang-sorang (suker lah tue!)

    -upin&ipin

    ReplyDelete
  56. hanya blogger hebat jer diplagiat...
    tahniah.hehe

    ReplyDelete
  57. takmau add pun kalau bukan keretamayat yang original...fullstop...:)

    ReplyDelete
  58. salam
    bertukar jadi Mask Rider Kabuto!!!
    cabaran blog yang fames
    ada je yang nk jadi kereta mayat
    ish2...
    sila bertenang semua...
    nanti hamka jd hulk
    semua kena serang..
    sabar ye hamka

    ReplyDelete
  59. kundi

    walaikumusallam..
    terima kasih, dah cool sikit..

    --------------
    Khalid

    Jadi penting email aku, keremayat@gmail.com. Jika sangsi terus email.., key..

    -------------
    Hasbullah Salih

    Dah ada peminat buatkan.., dan aku bagi izin sebab dia hanya link.., bukan tulis entry baru.., hanya sebagi “buku”.., tapi blog ini tetap sebagai ‘kilangnya’..

    ------------
    aksha

    chaiiyokkkkk

    ------------
    -Rom&Parsi

    Cukup rahaba, mutaqalin dan amir.., bolehlah jalan...

    ---------------
    Kunang-Kunang

    Tolonglah doakan agar aku tak tersalah tulis...

    --------------
    Kereta Bomba

    Dah cool, terima kasih abang bomba..

    -------------
    uan609

    killing two birds with one stone, ok..

    Not burn two things with one flame! Woha!

    -------------
    Lenggang Kangkung

    Link tu dah aku bagi greenlight, dia hanya link..

    --------------
    -upin&ipin

    Nampaknya aku kena buat penafian, bahawa, aku tak hensem, dahi luas, gigi sedikit jongan, banyak parut jerawat, buncit dan tahi lalat merata rata..

    Tapi gambar tangan dengan nombor 8, dah cukup setakat ini..
    ; )

    --------------
    mukasurat17
    teringat lagu pria terhebat..

    -----------
    limaumaniss

    akupun belum faham fungsi Face book ni

    ---------
    keRAna AKu SAP

    jika tak bertukar jadi Mask Rider Kabuto!!!

    Bertukar jadi mayat juga akhirnya, itulah kehidupan..

    ReplyDelete
  60. BERITA KERETAMAYAT FACEBOOK:

    ------------
    Email peminat:

    Hamba nak buat fanpage keretamayat.blogspot.com dkt facebook (contoh yg tak buat lagi: facebook.com/keretamayat)

    Salah satu tujuan ialah utk import segala nota2/entry2 keretamayat di blogspot tu, masuk dlm facebook.
    rupa/konsep dia lebih kurang
    http://www.facebook.com/dewakebaikan.

    apakah pendapat tuan hamba?

    --------------
    Hamka kata:

    ok, aku tak paham sangat..., tolong cerita sikit..

    apa pro dan kontra..? lepas tu jika nak edit, macam biasa ke?

    bila dah link kat sini, kalau orang komen kat fb, apa jadi kat blog? dan jika komen kat blog, apa jadi kat facebook?

    adakah Fb dan google satu bumbung? aku bodoh benar bab bab up to date ne, tolong.. cadangan kau macam best..

    : )

    ---------------
    Jawab Peminat:

    Pro... meluaskan lagi target pembaca... (menambah bilangan orang membaca blog keretamayat).
    Kontra... entah haha.
    FB dgn google tak satu bumbung.

    kira ibaratnya... facebook umpama library.
    blogspot umpama kilang cetak buku.

    aku bagi contoh dewakebaikan
    blog: dewakebaikan.wordpress.com
    fb: facebook.com/dewakebaikan

    bila kilang (wordpress) dah cetak buku (entry blog: http://dewakebaikan.wordpress.com/2010/01/15/sumpahan-ibu/)...
    maka, kita hantar/jual ke library (facebook: http://www.facebook.com/notes/dewa-kebaikan/sumpahan-ibu/255131754123).

    kat library (facebook), org boleh baca buku2 tersebut (entry2 blog). tapi kita dah takleh nak edit buku tu.

    cuma kita boleh buang buku tu (buang entry blog kat facebook). tapi tak jadi ape2 kat kilang (wordpress/blogspot).

    pembaca2 boleh komen sama ada di kilang (wordpress/blogspot), atau di library (facebook).
    tapi, komen2 di wordpress/blog tidak akan masuk facebook.
    begitu juga, komen2 di facebook tidak akan masuk wordpress/blog.

    hahahha faham ke? harap2 faham..

    -------------
    Aku kata:

    Ok, sebab dah ada keremayat palsu, maka aku benarkan keremayat facebook yang dikendalikan engaku beroperasi...

    ----------------
    Ps: dulu aku melihat facebook seperti api, dan orang yang bukak akaun facebook, umpama kelkatu.., hari demi hari aku melihat kekaltu terbang ke dalam api, dan semalam.., keretamayat, dengan bantuan korang, juga terbang ke dalam api...

    ReplyDelete
  61. herm...dh best bila keretamayat di facebook kan..ehtahla..tetibe rasa sedih lak...

    yang benar
    -aku yg sentiasa ingin mendengar komen balas dr hamka-
    -aksha-

    ReplyDelete
  62. ni sapa yang wat blogger aku marah2 ni?? kurang asam betul dia org ni... nak glamer cara tak halal! tengok? aku pun nak marah dah ni... sabar2 Bro ya... urut dada... pas ni kita g bakar sama2... bakar dalam talian tak per... tak kena dakwa... Bro maintain je lah blog ni tak ya lah nak masuk FB ke friendster ke... I tak suka tau... yg nyamar tu, tak ada keje lain...? dah gi taubat nasuha! buat mcam tu boleh menjahanamkan reputasi orang tau tak? ps:bila aku nak masuk top10 ni???

    ReplyDelete
  63. Hamka macama mana nak cari page engko dalam Facebook...Help me!!!!

    ReplyDelete
  64. banyak yang suka cari jalan senang nak glemer. cubala si tukang tiru tu kreatif sikit, tukar jadi van mayat ke hape ke..ini main sapu je sebijik-sebijik..

    ReplyDelete
  65. salam..aku bukan nak komen pasal isu ni,just nak ckp aku penah mimpi dpt tgk owner keretamayat blogspot ahhahaha kelako la mimpi aku..aku tertanye2 sama hensemkah org yg aku lihat dalam mimpi dgn realiti mengenangkang beliau kata beliau lebih hensem dan tinggi jeng2..

    sorry bro iklan je. hahhaa

    ReplyDelete
  66. sama cam limaumanis!
    tak ori kalu tak nak add!

    ReplyDelete
  67. bro,

    Adakah dajal seperti mereka ini patut digelar Firaun-Firaun kecil?

    p/s: Dunia ini lagikan pinjaman inikan pulak harta dunia bergelar "Muka Buku Keretamayat"

    http://searchforislam.com/

    ReplyDelete
  68. go kereta mayat...go!!!!!!!!wahah~

    ReplyDelete
  69. *KucingTerbang*

    Bro Hamka,kalo nk pi bakar keretamayat tu jgn lupa ajak aku yep..agaggaga...

    ReplyDelete
  70. bowok bersabor...
    kanak2 riang nak ajak bergurau jer tu..... :-)

    ReplyDelete
  71. assalamualaikum. view my blog. i need ur help. kalau abg tak keberatan la. terima kasih ya.

    ReplyDelete
  72. apa pasat saya
    selalu tinggal keretapi
    er bukan keretamayat..

    last lagi?


    susah nak msyuk syurga ni bang
    kena byk bersabor
    uji uji uji lagi...

    ReplyDelete
  73. agaknya ALLAH nk tunjuk kot.. macam mane kelirunya orang bila nama keretamayat di guna sama la bila nama ALLAH di guna..
    hebat btol ALLAH..
    pandai susun kronologi kehidupan..

    ReplyDelete
  74. Pasal apa pulak nak marah-marah. Even hidung yang ada kat depan mata pun bukan kita punya ... jadi, renung-renungkan lah.

    Meah 2010

    ReplyDelete
  75. aksha

    : )

    (senyumanpun dah kira balas komen..)

    -------------
    ryina ikhwan

    aku akan maintain di blogspot, Cuma sekarang aku dah benarkan sorang hamba Allah tu link post dekat facebook, tak edit apa apa.., kesannya sama macam mereka yang link entry dalam blog aku sebelum ni Cuma yang ni di link semua dalam facebook.., takde edit apa apa Cuma mereka yang add boleh komen kat sana, dan juga boleh jadi first komen kat sana, woha!

    ---------------
    van qif

    http://www.facebook.com/keretamayat

    ----------------
    sil

    sapu sebijik sebijik satu hal, takut lepas ni gi komen kutuk sultan ke apa itu yang aku angin tu.. tak mampus aku?

    ----------------
    uan609

    aku akan dapat password dari hamba Allah tu, boleh add.., aku tak buat entry baru kat situ, Cuma link sahaja..

    -----------------
    linda

    dunia adalah pinjaman.., sampai masa kena pulang, maka naiklah korang keretamayat..

    ------------------
    *KucingTerbang*

    Aku nak pergi letak kepala babi dalam bonnet keretamayat tu.., nak ikut, jom.., woha!

    ------------------
    tupperwarekite

    mereka tak balaspun private massage aku..

    -------------------
    amira

    maybe, one day, i write about “how to be a real blogger”

    -----------------
    nana

    nak masuk shurga payah, nak naik keretamayat, senang..

    -----------------
    Meah 2010
    Sedang merenung..

    ReplyDelete
  76. blog ko biasa je

    ReplyDelete
  77. hohohohohoho ~

    anon, kalau lu ada blog yg lebih dari biasa ... share arr kat sini. takkan nak makan sorank2 jer ..


    ekekekekekke ... lain org, lain pandangan ...

    ReplyDelete
  78. brader hamka
    aku yang buka forum kat alfikrah tu.
    nak tanya pendapat.
    nak aku delete ke thread tu??
    nasib baik keretamayat cilok x buat page fb warna kelabu gak.haha.

    ReplyDelete
  79. Frodo Baggins

    tentu dia penat refresh hari hari tunggu respons..; )

    ------------
    Wan Perlis

    takpe, biarlah forum tu ada, nanti bila baca, orang tahu keremayat TKO itu bukan aku..

    ReplyDelete
  80. ekekekkeke bro hamka ...
    cnfirm f5 memanjang hencik anon ni
    tu arrr ... sila lah register ...

    p/s: anon, wa masih tunggu lu punya blog "lebih dr biasa" .. tp wa xyah refresh ... lu reply kat sini, teroos wa dapat kat email. agaggagaga!!!

    ReplyDelete
  81. Salam,

    Nak bagi pandangan sedikit tentang facebook. Facebook adalah sangat tidak sesuai untuk orang yang nak merahsiakan identiti. Once dah buka facebook, bersedialah dengan risiko gambar kita akan tersebar. Contoh mudah: Kawan yang tahu identiti kita, tag gambar kita di facebook. Dan untuk tagging tidak memerlukan untuk mintak izin tuan punya muka. Jadi pesanan saya untuk saudara, bersedialah untuk gambar saudara yang banyak parut jerawat dan bergigi jongang itu didedahkan... Jangan maraahhh.. ;)

    ReplyDelete
  82. tak minat politik...tak suke orang politik....xsokong mana2 pun...heheheh

    ReplyDelete
  83. Kereta Mayat,u r the best la..

    ReplyDelete