(di sini aku kelihatan macam ustaz, padahal bukan, aku lebih kepada ‘superhero’.., harap maklum..)
Aku perasan sibuk, bukak email, bukak blog (dan Facebook) lalu jawab soalan mana yang aku sempat sahaja, soalan yang aku tak jawab(lagi) tu bukan sebab soalan korang tak penting, tapi aku perasan sibuk, banyak mayat yang nak kena hantar ke kubur.., eh? Ada yang bertanya, apa kerja sebenar cik Hamka keretamayat? Yelah.., jika Batman bertugas membasmi kejahatan di malam hari, tapi Batman di siang hari adalah CEO di Bruce Wayne Compeny in Gotham City. Jadi selain hantar mayat? Apa kerja cik Hamka?
Hmm...
Aku harap, siapa yang tahu identity ‘superhero’ ini, tolonglah rahsiakan akan hal “siapa aku?”, sebab jika superhero diketahui identitinya oleh orang ramai, maka orang jahat akan gunakan kelemahan superhero dan hero akan susah buat kerja..
Sebab tu jika korang tanya superhero yang lain apa kerja sebenar mereka?, contohnya tanya spiderman, ada dia ngaku bekerja sebagai jurugambar sambilan di New York Daily Bugle? Atau cuba tanya Batman, ada dia ngaku bekerja sebagai CEO? Atau cuba tanya Superman, ada dia ngaku bekerja sebagai wartawan di Daily Plenet?..
Maka, cukuplah tahu aku bekerja sebagai "driver keretamayat".., dan kerja aku, selain ‘hantar mayat’, aku akan tulis nota ugama untuk diri sendiri di blog, dan cuba jawab seolan peminat yang tahu aku bukan ustaz tapi sudi bertanya dan sabar menunggu jawapan (mungkin ambik masa bertahun- sebab keretamayat ada juga ‘villains and themed criminals’ yang perlu di tangani, almaklumlah, superhero...)
Oh, ye..,aku juga ada dah tulis sedikit tentang 'kerja' aku sebagai ‘superhero’ di sini.
So, hari ni, sebelum aku bertarung dengan ‘villains and themed criminals’, aku cuba jawab satu soalan yang di tanya sejak dua tahun lepas.
SOALAN:
assalamualaikum...
Rasa nak refresh sikit fikrah yang dah lama berkarat ni. Saya harap en Hamka boleh bagi pendapat tentang masalah saya ni.
Soklannye, buleh ke orang pompuan baca quran time dia 'datang bulan'?
kalau orang tu hafal quran, boleh baca tak apa yang dia dah hafal dengan niat tak nak bagi hafalan nya hilang? saya dah pening.., coz dapat banyak sangat pendapat dari ustaz dan ustzah yang hafiz dan bukan hafiz..
antara pendapat mereka..
1. Tak boleh langsung, kerana tiada hadis yang kata boleh
2. Boleh sebab hadith yang kata tak boleh adalah hadith daif.
3. Boleh, tapi dalam hati sahaja
4. Tak boleh, kecuali dengan niat tak nak bagi hafalan nya hilang
So, apa pendapat cik hamka?
Ps: Sebenarnya, bila dah baca quran hari hari, rasa tak leh nak tinggal takut hafalan hilang. nak baca dalam hati je macam tak best...
JAWAPAN.
walaikumusallam…
Baguslah kau sebab walaupun ada pendapat ustaz yang berkata hadith larangan membaca Al Qran ketika Haid adalah hadith Daif, tapi kau berpegang kepada Takwa..,(nak baca jugak tapi tak best dalam hati dan takut hilang jika tak baca) sebab orang bertakwa, hadith daifpun dia guna dalam kehidupan dan ini adalah perkara yang baik.., bab hadith daif dan takwa aku dah tulis, boleh rujuk di sini dan sini.
Akupun pernah Tanya ustazah masalah bab Haid dan baca al Quran,, dan jawapan yang paling aku suka adalah:
Jangan baca sebab nabi dah larang, tapi dalam kaedah pelajaran, iaitu jika SEDANG dalam proses menghafal, maka boleh baca hafalan ulangan tapi tak boleh baca hafalan baru dan jika seorang hafizah yang mantap dan sudah lama:-tak boleh, untuk hafizah yang baru sahaja.
Faham?
Senang kan?
Tapi, aku nak tambah jugaklah satu nasihat buat korang yang sedang haid, yang rasa tak boleh nak tinggal bacaan sebab takut hafalan hilang..
Pendapat aku, korang lupa pada hafalan Al quran bukan kerana korang tak baca Al quran ketika haid, tapi kerana dosa dosa yang korang buat sepanjang haid, maka moralnya adalah, jangan buat dosa-dosa ketika haid (atau pun ketika bukan haid). InsyAllah. ..Hafalan tak hilang.
Sekian.
Ok, pergi dulu, nak 'hantar mayat' jap..
Ps: yang tak ada haid pun jangan buat dosa.. : )
terima kasih..berguna utk sume x kira lelaki atau prmpuan..
ReplyDeletesalam..wah lama betul soalan tu baru berjawab..2 tahun..almaklumlah perasan sibuk..kalo aku tanya skang mau thn 2012 baru hamka jawab...
ReplyDeletesaya budak baru blajar nak tanya En. hamka benarkah kalo sedang dalam haid tak boleh pegang alquran (wpun berlapik dgn kain @kertas)..
jap,
ReplyDeletesaya hanya tahu ada hadis yang melarang dalam memasuki masjid tetapi tidak pernah dengar ada hadis dari nabi melarang wanita haidh dari membaca al quran.
ReplyDeleteAda hadsi sahih bahawa pada suatu hari sewaktu Rasulullah saw dalam perjalanan mengerjakan haji atau umrah (yang ini khilaf saya lupa) Aisyah ra menangis,lalu nabi bertanya mengapa;Aisyah menjawab bahawa beliau sedang haidh,maka nabi mengatakan ,lakukanlah apa sahaja yang dilakukan didalam ihram kecuali solat dan tawaf.
Dalil ini membolehkan orang perempuan yang sedang haidh membaca al quran.Tambahan dahulu Al Quran hanya ditulis diatas tulang tulang,pelepah tamar kering.
Dan pembukuan Al Quran hanya berjalan sewaktu pemerintahan Saidina Usman.
Tiada dalil berkenaan larangan untuk wanita haidh membaca al quran.
Sekiranya Encik Hamka menulis,saya memohon supaya encik hamka menyertakan dalil dan hujah hujah mengapa sebahagian ulamak mengatakan boleh dan tidak boleh.
Supaya senang bagi mereka yang tidak mengetahui menjadi tahu atas alasan apa ia dibolehkan dan tidak dibolehkan.Kemudian bolehlah mereka berpegang pada pendapat yang paling rojih sekali
wasalam
dulu kat sekolah,
ReplyDeletesetiap khamis petang kami ada kelas tahfiz, tadrib dan err..lagi satu tak ingat.
walaupun datang haid, ustazah kata, mesti datang jugak kelas, bawak terjemahan, baca depan ustazah dan baza ramai2. bila dah biasa pun, tiap2 pagi sebelum perhmpunan bukak jugak terjemahan walaupun haid untuk baca. tapi time kat sekolah je. sekarang dah lalai.
ada sorang kawan, marah2 kata tak patut ustzah suruh datang kelas jugak. bila pegang tafsir pun dia alaskan dengan kain atau tudung labuh. takut berdosa pegang terjemahan al quran. jadi, waktu haid sebenrnya boleh pegang tak? quran atau terjemahan.
ada soalan di situ. bijak2..
tapi kalau bacaan ayat2 al-Quran tu mmg diamalkan hari2 x salah untuk terus membaca ketika haid.. ini adalah pendapat ustazah kami. Ape pendapat en.Hamka?
ReplyDeletebetul betul betul...setujulah
ReplyDeletethanks en Hamka for the information.
ReplyDeletekalo baca al-fatihah, yassin or surah-surah pendek contohnya surah 3 Qul dalam hati boleh kan?
tak pegang al-quran pun..
owh ade lagi soklan, hehehe...
pegang tafsir al-quran boleh ker?
maaf sekiranya soklan saya agak remeh :)
Err...Ironman bleh plak tak rahsia identidi...heheh..
ReplyDeletesalam en hamka,
ReplyDeleteThnx atas info yang berguna.Kadang2 kami yang kaum perempuan ni pun terkeliru dengan perkara ni. Ustaz ni cakap lain, yang ni kata lain..cuma saya sendiri amalkan baca dalam hati je laa...tapi ni dah tau, boleh saya improvekan ilmu dan amalkan..
p/s: en hamka, tiba2 terasa banyak betul la identiti en hamka nie..tettt..hehe
sekadar berbicara....
ReplyDeletebanyakkanlah baca quran ketika suci...banyakkan berzkir ketika uzur...kalo dah pening mana satu yang patut ikot...
ade sorang hamba ALLAH ni, time uzur la sebok nk pegang quran la...nak bace la...time suci ade plak...
alquran tue juga dikenali sebagai az-zikr....kalo dah terbiasa hari-hari baca yaasin misalnya, x salah dibaca juga ketika haid...ia nya sebagai zikir...
yang sy tau, jangan sentuh ayat2 suci tersebut...
ustaz sy kata, boleh pegang asal jgn pegang ayat2 nya...
wallahu'alam....
Aku yang tak pernah datang haid tapi selalu miss baca quran..
ReplyDeleteBaca aje, rasanya takde masalah. Kena baca balik la bab ni. ish.
ReplyDeleteKalau tak boleh, apa kata baca sekali sekala baca novel aje hehe.
.:hilmizolkifli:.
ReplyDeleteowh... dh update... ni 1st komen kt blog...sblm ni fb....hehehe
ooo,rupa2nya keje driver kreta mayat ni kerja superhero, kalau penggali lubang utk mayat camne plak? bleh bergabung x? kehkehkeh...
bleh la buat resume pasni,kot2 bleh jd rkan setugas(walaupun x tau sgt pasal mayat)... bleh la driver keta mayat tulun tunjuk ajar...
p/s:ada kursus x? hehehe
insyallah berguna bagiku apabila sudah berumah tangga..
ReplyDeleteassalamualaikum, aku dah baca dah benda nih, aku dah dengar dah benda nih...sebenarnye ikut atas korangla nak ikut mana, baca ker tak baca ker, pegang ker tak pegang ker ikut korang dan ilmu korang dan keyakinan korang. benda ni hanya khilaf. watpe perdepatkan pekara khilaf. walaupun aku bermazhab syafie tp ade jugak amal perbuatan aku mengikut mazhab yang lain. ini semua terjadi sebab aku belajar dan aku yakin. ramai umat islam berpecah akibat dari sifat fanatik bermazhab. bermazhab nih bagus tp jangan taksub, itu yang seelok-eloknya....
ReplyDeleteada terbaca dalam buku (lupa buku ape), kalau bace ayat quran time haid, dibolehkan untuk tujuan tuntut ilmu, tp kalau tujuan untuk ibadah x boleh..nak ibadah, zikir cukup wat..hehe :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteapakah yang lebih menyedihkan apabila tiadak dapat bersujud kepada Allah swt.. hanya kerana darah yg keluar daripada badan, tanpa nafsu yang menyala pun, tanpa merancang untuk sebegitu rupa..
hakikatnya ialah fitrah daripada penciptaan Allah swt..
pernah dahulu bersungut kerana susah payah, pening kepala dan hiba dek datang bulan..
rupanya Allah swt nak hadiahkan rasa syukur yang melimpah-limpah bila dapat solat sepenuhnya, dapat puasa sepenuhnya, dapat baca Al-Quran sesungguh-sungguhnya.. dan hal ini apabila ada nutfah di dalam badan, 'anugerah' tidak ternilai bagi mengekal jurai keturunan manusia - cahaya mata.
berbahagialah isteri yang solehah, pada melihat darah yang keluar, ianya mengingat pada cinta Ilahi, kudrat kelemahan yang diciptakan untuk merasa betul lemah sebagai hambaNya.
maka terlebih mudah untuk mendekat pada Ilahi, terlebih istimewa bila doa diiringi tangis sendu.
maka siapakah yang mampu sampai rindunya Rabiatul Adawiyah kepada Ilahi, walhal fitrah wanita yg sama terjadi.
-nikmat manakah yang para wanita mahu dustakan..?
-RoM&Parsi
bb_
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteapekah period leh g kubur?
bkn sy tanyer tp org tnayer
jwpnnya b0leh!!!!
hehehe
sebenarnya, aku cuba mengelak menjawab soalan yang berbentuk FATWA, tapi di sini ada takwa, itu yang aku jawab jugak...
ReplyDeleteso, moralnya, ada komen yang bernas, ada komen yang berbentuk soalan, ada komen yang so-so..
maka, bolehlah korang belajar satu sama lain, dan aku tumpang belajar sama.
ps: ironman takpe dedahkan identiti sebab beliau bujang tua, takde bini dan anak, aku tak leh..
Azhar Jaafar "Aku yang tak pernah datang haid tapi selalu miss baca quran.."hihihi... aku pun sama....tak dapat dibayangkan kalu datang haid..lagi ler jarang sentuh Quraan agaknya...
ReplyDeletewalaupun rasanya soalan ni khas untuk perempuan, lelaki2 macam saya ini dapat info.
ReplyDeleterasa macam nak soal banyak pasal ni, namun daku hanyalah lelaki. tak jadi nak soal hehehe
Kenapa Melayu Tak Segar?
ReplyDeletesebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering
melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala
dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?
melayu suka enjoy2
"asalkan bahagia,ada fulus"
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu
melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana
suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak
melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap "hmm..malasnya hari ni"
baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?
melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
"kalau berani kacau la line kami"
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat
ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk
umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung
dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai
politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah
Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua
Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W
ooo....begitu rupanya..tima kasi...
ReplyDeletehidup melayu....melayu mudah lupa
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteKerja Tuan yang sebenarnya adalah pembantu kepada usaha Nabi saw. Betul ke tak betul? he..he..
Yang lain tu...keperluan je..
Habis kalah semua superhero didunia yang fana ini dengan ke'teror'an Tuan.
Khalid from KT with love
kat skola aku ade clus tilawah.
ReplyDeleteustzh aku kate, kalo nawaitu nk blaja, boleh saje.
tp lbh afdal, gune tafsir Quran..
Betul jugak apa yang En. Hamka beritau.. Kalau orang lain tahu identiti sebenar blogger Kereta Mayat, habislah..
ReplyDeleteDicarinya kelemahan En. Hamka..
Kadang-kadang tak salah kot kalau seorang blogger tak mahu dedahkan identiti sebenar.. Mesti ada sebabnya..
Entri kali ni, baca macam sekejap sangat.. Tup, tup dah habis.. Apa-apa pun, entri ni penuh dengan maklumat bagi kaum hawa seperti saya..
sebagai tambahan..hehe sekiranya ada yang bertentangan..boleh tegur.
ReplyDeletebilamana disebutkan tenang HAID..
perkara-perkara yang diHARAMkan ke atas wanita yang didatangi haid :
1. Solat
2. Puasa
3. Tawaf
4. Jima'(bersetubuh)
5. Membaca Al-Quran dan menyentuhnya
6. Beriktikaf di masjid bahkan tak melintasi masjid
nombor 1-4 disepakati semua mazhab dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari & Imam Muslim.selebihnya pulak ada khilaf(perbezaan pendapat) oleh para ulama.
yang kita nak tumpukan sekarang ni tentang baca al-quran..
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi dalam kitabnya Sunan at-Tarmidzi:131 (Sabda Nabi S.A.W "Janganlah orang-orang yang haid dan orang yang berjunub membaca sesuatu pun daripada Al-Quran".)
Pemerhatian:
1. Harus(dibolehkan) mereka yang berkenaan tadi untuk membaca(terlintas) Quran di dalam hati dan bukan 'menyebut' melalui mulut sepertimana dibolehkan baginya untuk 'melihat' Quran.
2.Dibolehkan pembacaanya dengan sebutan tetapi dengan 'niat zikir'..(contoh macam kita zikir lepas solat)..ataupun dengan 'niat doa'..bukan niat untuk membaca macam biasa kita baca laa..
semua ni ada dalam kitab feqah..antaranya كتاب الفقه المنهجى , كتاب الفقه المذاهب الأربعة.
Islam tu mudah untuk penganutnya..jadi dalam masalah ni para ulama telah menghukumkan
bagi 'wanita(haid) yang masih dalam pengajian' dibolehkan membaca Quran tetapi dengan syarat bacaannya sebagai zikir.
segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kepada hambanya ilmu pengetahuan.
Aku tahu siapa kamu!!..kamu adalah seorang superhero yang tak memakai spender yang ketat-ketat dan aku berjanji tak akan menbocorkan rahsia tentang identiti kamu itu!!..haha
ReplyDeletekomen kyubi, bagus.
ReplyDeleteTambahan:-
aku suka keluar jalan jalan bersama keluarga waktu isteri aku haid, senang nak solat jemaah, dan tak risau isteri yang terpaksa lengahkan solat sebab jaga anak, sebab beliau tak dibenarkan solat.
: )
stimulating! ramai yang bagi pendapat bernas.
ReplyDeletebab khilaf ini saya selalu amik jalan tengah. perkara2 yang "hati rasa tenang untuk beramal"
memang masaalah.
ReplyDeletekalau ngajar budak ngaji
niat doa zikir jugaklaa kan.
nak buat macam mana
dah tanggungjawab.
moral: jangan buat dosa,
ngaji selalu.
heeeee heeeeeee
ReplyDeletehamka x pakai spenderla..heeeee
ReplyDeleteHAMKA pakai boxer je kat luar hehehhe
ReplyDeletepepehal pon entry yg bagus utk + pengetahuan..
-onefly-
Tak nyempat nak baca komen di atas, kot jika ada insan yg sdh bertanya, maaf jika mengulang soalan.
ReplyDeleteBgaimana dgn bacaan mathurat bermula dgn ayat2 al quran sehingga penghujungnya, sudah pun dihafal, dan meyakini bahawa bacaan tersebut adalah doa, maka bolehkah diamalkan ktk sdg haid?SDGnya jika tidak dibacapun, hafazan mathurat masih terpelihara, namun iman dan takwa terasa terjejas jika tdk diamalkan pg dan ptg.
TERIMA KASIH
kpd yauna :
ReplyDeletejawapannya..dibolehkan(harus)..
kerana mathurat tu tergolong dalam himpunan zikir@doa yg diambil dari hadith-hadith berkaitan dengan zikir@doa Rasulullah..walaupun dari mana-mana ayat al-Quran.
bukan hanya sebagai penambah iman & taqwa..ia juga sebagai pendiding diri yang mengamalkannya drp musibah sebagai contoh sihir..jadi diharuskan bg wanita yang haid.
Terima kasih
ReplyDeletesila dal;am kitab hadis imam bukhari,dalam bab mandi janabah ,imam bukhari dan para ulama` yang sependapat dengan dia ,bahawa boleh baca al-quran wanita berjunub,(haidh)
ReplyDeleteSalam.. bagus info ttg haid ni. tp komen ana xde kaitan gn entri ni tp de kaitan ngan en.hamka. jgn melompat dulu. bukan komen jahat. cuma ana teliti en.hamka ni termasuk dlm individu yg bgus yg blh ana huraikan sebagai golongan sempoi yg berilmu. ana suka. cam jugak noregea n achernach yg buat cite "the arrivals" tu. hrp en.hamka dah tonton citer tu sampai hbs. ada 52 ep. kat you tube. ramai yg kutuk n fitnah dia tp xkurg jugak yg tabik spring. yg pasti diorang bkn kafir,bkn sunni,bkn shiah tp muslim cam kita. hrp en.hamka dpt bikin entri ttg dajjal lak khususnya di Malaysia di kalangan orang Melayu.ana ingin tahu persepsi en.hamka sbb sblm ni ana punya fikirn yg terbatas ni hanya pk yg dajjal ni akan kuar kat negara Arab yg jauh drpd Malaysia dan tak nampak kaitannya dengan dunia Melayu.tp keyakinan sy yg pasti dajjal tu mmg akan keluar dan kiamat pasti berlaku.taktahulah dapat naik kereta mayat en.hamka atau tak. ok ma'as salamah.
ReplyDeleteSalam Hamka??Ana ada perkara nak tanya ckit;
ReplyDeleteAna ada seorang awek..insyaAllah tak lama lagi ana akan mendirikan masjid dengan dia..Tapi sebelum ana menikahi dia..ana ada buat satu syarat dimana si dia perlu berpurdah ..Untuk pengetahuan en hamka ..awek ana nie memang baik..semasa bercinta pun kami tak pernah berjumpa..dan dia jenis wanita yang faham akan agama..
cuma bila ana letakkan syarat untuk berpurdah..dia cakap dia belum bersedia dan enggan berpurdah..
soalan ana...
1)kalau ana terus memaksa si dia berpurdah bila dia sah menjadi milik ana.apakah hukumnya pada ana...dan adakah dia berdosa melanggar arahan ana yang bakal menjadi suaminya?
2)Berbagai alasan yang dia berikan dan dia tidak mahu sebrang paksaan dan dia mahu ana menerimanya..Dia juga ada berjanji sekiranya hatinya terbuka dia akan memakai purdah..tapi bukan secara paksaan..Apakah ana harus menerima saranannya??
Masalahnya sekrang ana khuatir dengan wajahnya yang agak cantik(bukan cemburu) yang boleh mendatangkan fitnah manusia.Apa pendapat en hamka??Ana juga khuatir sekiranya tidak dipaksa si dia akan terus denagan pendiriannya untuk tidak berpurdah
haa..btul3x
ReplyDeleteermm tengkiu bro hmka..for the info
sy rse x p je kalo nk rhsia identiti.. yg pnting usaha utk brdakwah
ustaz n ustazah ada kte..dulu kalau kat sek, tiap2 pagi ada tadarus n hfazan
yg perid..baca trjemahan shaja
ustaz penah ckp dan sy jga penah baca bnyak artikel
kte kalo perid, boleh baca surah2 yg telah mnjdia amaln kte tiap2 ari
cntoh b4 tdo bca ayat kursi n 3 kul
jd dibolehkn
Hafiz Ammar;
ReplyDelete(sori Hamka, aku nyebuk kat sini..)
Jangan paksa walaupun isteri sendiri untuk pakai purdah..
Lepas kawin terus bawak dia gi taklim mingguan.. Lepas tu slow2 pujuk dia keluar 3 hari jemaah masturat (suami isteri)..
Kita memang boleh kuatkuasakan undang2.. Tapi untuk dapat keikhlasan dan istiqomah dalam amal perlu kepada kekuatan iman..
Wallahua'lam..
aku rasa ni artikel yg paling pendek ditulis oleh hamka, tapi bayak faedahnya...
ReplyDeleteha....dulu aku belajar
ReplyDeletekalau haid xboleh baca dan sentuh quran tp boleh berzikir...dalam alkuliyah pun ada.jadi aku berpegang pada tu je la.nnt senang lau anak bini aku tanya.
test..
ReplyDeletetest di terima
ReplyDeleteugama ini mudah, halus dan hati hati..
ReplyDelete(aku akn tulis lain kali bab ni sebab mungkin ambil masa)
Salam?? Tq akhi jaafar..tapi sejujurnya ana masih keliru..macamana yer nak jadi suami yang baik..ana teringin dia berpurdah kerana ana khuatir jika ianya mendatangkan fitnah..sekiranya terjadi..ana juga akan mendapat dosa dari kesilapan si dia..jadi ana sebolehnya mahu membentuk si dia sebelum ana berkahwin..
ReplyDeleteHafiz Ammar;
ReplyDeletehe2.. membentuk sebelum kawin? Itu keje bapak dia.. Lepas sah akad nikah nanti, tuan boleh bentuk dia sebentuk-bentuknya..
Err.. tak gitu En Hamka? Ko pernah bentuk bini ko?
salam..to hafiz ammar..bagus anta nk bakal isteri berpurdah..bg ana yg serba naif ni..berpurdah bukan perkara mudah bagi org awan biasa..jd senang bila kita betul2 lihat akan pandangan Allah,,bukan pandangan manusia...setahu ana,besar ganjaran bagi yang istiqamah dalam berpurdah..ganjarannya..ALLAH sendiri akan jemput muslimah yang istiqamah dengan berpurdah ini untuk memasuki syurga!..betapa hebatnya ganjaran ini..ana juga ada keiginan untuk melaksanakannya...ana doa supaya dapat calon yg mengizinkan ana berpurdah dan bg sokongan pada ana..sebenarnya family ana bukan tiada yang berpurdah..bapa,ibu,adik beradik ana yang lain selalu bagi support supaya ana berpurdah...moga Allah bagi kekuatan pada ana n sahabat2 muslimah yang lain untuk buat yang terbaik...amin
ReplyDeleteto azharjaafar ;ya btul 2...lps kawin baru tanggungjawab terbeban atas suami..bukan sblum kwin yg sememangnya x ada ikatan sah lg..byk berlaku pd ummat sekarang..muda mudi bercinta tanpa batasan...mf bkn dtuju pd sesiapa..ana pun lg la lemah..mf jika silap.
ReplyDeletesaya punya masalah yang hampir sama macam Saudara Hafiz Ammar...Cuma bezanya saya dah berkahwin...Dan sekarang saya jarang mengajak isteri keluar rumah..atau jalan-jalan kerana dia enggan berpurdah...
ReplyDeleteBukan niat saya untuk melukakan hati dia..Tapi pernah satu ketika waktu dia pertama kali berpurdah kerana paksaaan saya.Namun di sebalik purdahnya itu masih ada suara-suara...sumbang yang mengatakan tentang kecantikan matanya....
Itulah yang paling saya bimbang sebab ini akn undang fitnah...apatah lagi bila dipaksa sekarang....dia enggan memakai.bayak alasan yang diberikan..
saranan semua macamana yer??
Salam..
ReplyDeletekawan pernah tanya dr.asri dan dr.asri kata boleh...
Assalam,
ReplyDeleteUstaz Latif Kubang Bujuk sewaktu ceramah penerangan di Surau Dato Ammar, Kedai Payang memulakan ucapannya: (lebih kurang)
"Makna bersyukur yang sebenar: Sebagai contoh hari ini orang kata kereta tu cantik, kereta ni jimat, kereta tu tahan, kereta mayat..takut..he..he...
Errrr...lepas tu..
Orang kata pula...perempuan tu cantik, perempuan tu manja, perempuan tu mantop!... artis ni cantik, perempuan tu seksi, wanita tu anggun....diva , viva dsbgnya.
Makna bersyukur yang sebenar ialah bila orang tanya mana kereta yang paling baik? Kita kena kata, kereta sayalah yang paling baik.... sebab, Allah yang beri kereta ni pada saya...
Makna bersyukur yang sebenar ialah, bila orang tanya mana perempuan yang paling cantik, baik, seksi, anggun, diva, mantop....he..he...dan sewaktu dengannya?..Kita kena cakap, isteri saya yang paling cantik, paling baik, paling memahami, paling sesuai, paling mantop.....sebab, Allah yang beri isteri ini pada saya...
Itulah syukur yang sebenar...Wallahualam
(Oh Allah berilah aku kekuatan utk amal apa yang aku tulis)
Khalid.
Dengan Penuh Kasih Sayang.....
Salam,
ReplyDeleteDear Hafiz Ammar,
aku cukup respek pada ko, kerana dalam hati mempunyai jiwa yang tulus untuk dapat lebih redho Allah..
pada aku pendapatan saudara AzharJaafar pun tak boleh pandang ringan juga..kerana dia dah alami situasi itu semua...(aku tengok melalui blog dia)..
Namun jauh dan dekat dari sudut hati, aku memang mempunyai unsur yang sama dengan ko...maaf cakap isteri aku memang tersangat cantik dan ayu dimata aku..cute gitu...aku ada suarakan padanya..aku suka dia berpurdah...pengalaman aku di KLIA sebelum ini (brader full sunnah bersama isterinya berpurdah hitam)betul2 menyentap hati kecil aku...aku merasakan ia terpelihara dari sebarang angkara yang tak baik...daripada kasih sayang yang terzahir itu...fuhssss alangkah baiknya aku berada ditempatnya...dalam pada itu hati aku bermonolog...iman aku hanya senipis kulit bawang dan perlu diusahakan lagi...aku benar-benar yakin bahawa sekiranya iman yang mantap dan yakin dengan kudrat Allah...zaujahku suatu masa nanti mampu berpurdah walaupun bersama studentnya di bilik kuliah...semoga Allah memakbulkan cita-citaku. Aku perlu tambah pengorbanan dan tingkatkan amal untuk Allah redha..amin.
Inilah first time yang pertama aku komen 3 kali dalam satu entri blog kereta mayat.. maaf sekali lagi kepada tuan punya blog.. (mungkin tuan punya blog akan kata; "woi.. nak komen banyak kali dalam blog sendiri la.."
ReplyDeleteAku tak pernah paksa isteri aku pakai purdah.. Satu hari, tiba2 dia kata nak pakai purdah lah.. Aku letak syarat, kalau nak pakai sampai mati kena pakai.. Bila ok je, aku kelam kabut gi kedai carik purdah..
Assalam...same cam Azharjaafar rasanya..kali ke 3 dah aku komen ...he..he.. banyak kali kot...sebelum ni tiga kali.
ReplyDeleteSebenarnya...aku terjumpa blog ni...(iklan skit) sewaktu aku sedang fikir macamana nak tambah iman, jika dok dalam alam maya ni...dan aku terfikirkan mati...taip mati...tak de yang menarik ...taip kubur...tak de yang menarik...taip mayat...jumpa KM....
Aku tak pernah komen mana-mana blog seumur hidup kecuali di KM.
Aku tak ada blog..
Tak minat pun asalnya...
Nanun....sebelum melalut lebih jauh....
Pengalaman pasal purdah.....
Balik sembahyang raya haji melalui tepi pantai KT yang terkenal seantero dunia, dengan isteri dan anak sulung aku, dengan perasaang bercampur baur (tak cukup pitih nak balik kampong),
tiba-tiba ...terserempak dengan sekeluarga tiga orang foreign Suami, Isteri dan anak...
Isterinya berpurdah....
Berjalan dengan penuh kemesraan ditepi pantai...
Lidah aku yang tak bertulang terus tersebut..."Oh...alangkah bangganya sisuami tu....". Aku cakap tu nak nyatakan perasaan aku..tak niat nak perli bini aku yang duduk sebelah aku...
Dia respon ape..."Hummph...tak bersyukur". Terus berlaku perang dunia ke 7...he..he.. padan muka aku...
Lepaih tu.....
Merajuk daa....
Balik kampung....mengadu kat mak dia le tu...
2 minggu dok bujang...
2 minggu kawan dengan anak kucing..he.hee..
2 minggu tidur sendiri...
2 minggu masak sendiri....
Akhir sekali, bini aku talipon tanya boleh ke dok sendiri?
Aku jawab kat dia..Akhirnya kita semua akan hidup sendiri...dalam kubur, titian sirat, padang mahsyar..bla..bla..(ego lelakilah..)
Walaubagaimanapun..aku masih berharap sebelum aku mati..aku akan menjadi seorang lelaki yang bangga seperti lelaki foreign tersebut...
Bangga sebab diakhirat nanti...semua ahli syurga akan menghadap Allah.
Tetapi... wanita yang jaga aurat sempurna...Allah sendiri yang akan berjumpa dengannya. Nikmat tersebut hanya untuk wanita...Nikmat tuhan mana lagi yang nak didustakan?
Aku nakkan yang terbaik untuk isteri aku...sampai hati dia merajuk kat aku...salah ke dia..?
Dok!!...aku yang salah..aku tak sungguh pun doa kat dia..
sibuk doa nak tambah bini..guaner!
He..he..5 amal tak istiqomah, taklim on off, 3 hari daftari...
Sori Hamka...aku tahu aku menyibuk...
Khalid.
hmm,dr topik haid ke topik purdah.percambahan ilmu.bgus3.ana lak mmg suami suka kalu ana pakai tp kekangan kalu ana nak pakai sebab ana ni keje kerajaan.mana buleh pakai purdah.pakai jubah ke sekolah pun kene tegur tp ana buat dek jek.yg penting sopan n tutup aurat..lagipun ana kalu nak pakai sampai mati.xnakla jap pakai jap idak.
ReplyDeletesalam en hamka...=)
ReplyDeletewalopom 2 tahun dah soklan sy tu, en hamka msh take note n jwb. pg2 bukak blog ni, n tgk2 soklan sy dulu dh dijawab (mmg sy bc jugak hflan sy dlm wk2 haid selama ni), rs bersyukur c0z dpt keyakinan. terima kasih ye semua..m0ga sy n kalian dlm rhmat Allah s0kmo ^~^
p/s: ustaz sy pom jwb mcm en hamka jwb. katanye "kamu lupa hafalan kamu sbb d0sa kamu ketika haid, jd jauhkan diri dr d0sa, ktk @bkn ktk haid"...
Ok, aku jawab pulak ringas
ReplyDeleteBanyak bab FATWA kat sini,
Aku kongsi ilmu aku, dan ini bukan muktamad, rujuk ustaz dan kitab lepas ni, insyAllah.
------------
Mummy
saya budak baru blajar nak tanya En. hamka benarkah kalo sedang dalam haid tak boleh pegang alquran (wpun berlapik dgn kain @kertas)..
(aku belajar boleh pegang bila berlapik, dan jika orang Tanya waktu pegang tu, apa yang kau pegang, kau jawab aku pegang benda yang kau lapik-wallhu’lam)
-------------
The Spiral Eyes
saya hanya tahu ada hadis yang melarang dalam memasuki masjid tetapi tidak pernah dengar ada hadis dari nabi melarang wanita haidh dari membaca al quran.
(kau kena bukak banyak lagi kitab hadith, ada bab ni, dan ada yang kata hadith daif, tapi kau cari dulu sampai jumpa)
----------
aishah_conteng_je
jadi, waktu haid sebenrnya boleh pegang tak? quran atau terjemahan.
(Terjemahan boleh dengan niat pegang terjemahan tu, terutama yang ada tafsir, niat pegang tafsir,, Al quran kena berlapik dan niat pegang apa yang dilapik.)
----------
mimpiyangsempurna
tapi kalau bacaan ayat2 al-Quran tu mmg diamalkan hari2 x salah untuk terus membaca ketika haid.. ini adalah pendapat ustazah kami. Ape pendapat en.Hamka?
(sama macam ustazah tu, Cuma baca hafalan yang lama, bukan baru dan untuk pelajar baru sahaja)
-------------
sweet life
kalo baca al-fatihah, yassin or surah-surah pendek contohnya surah 3 Qul dalam hati boleh kan?
(Dalam hati semua boleh, ada pendapat mengatakan surah pendek boleh di niat sebagai doa dan boleh baca..)
-----------
muhammad hilmi zolkifli
rakan partner keretamayat adalah kelindan.
--------------
Yuana
Bgaimana dgn bacaan mathurat bermula dgn ayat2 al quran sehingga penghujungnya, sudah pun dihafal, dan meyakini bahawa bacaan tersebut adalah doa, maka bolehkah diamalkan ktk sdg haid?SDGnya jika tidak dibacapun, hafazan mathurat masih terpelihara, namun iman dan takwa terasa terjejas jika tdk diamalkan pg dan ptg.
(macam aku cakap tadi, anggap ayat itu sebagai doa-ok)
-------------
kaklong
hrp en.hamka dah tonton citer tu sampai hbs.
(belum tonton habis, baru episode satu-itupun akhir tahun lepas)
---------------
ReplyDeleteHafiz Ammar
Ugama islam bukan berkembang dengan paksaan.
Sekarang dia awek kau, lagi tak boleh nak paksa, sebab dakwah melalui paksa tak Berjaya, kau mati dia akan bukak tudung balik...
Maka kenalah buat uslub hati, iaitu banyak baca hadith kelibihan berpurdah.., dan uslub suasana, iaitu biarkan perempuan bergaul dengan wanita yang berpurdah...
Dan aku di sini mengaku, isteri aku juga belum istiqamah berpurdah.. oh..
Masa belum kahwin, isteri aku jenis tudung segi tiga, lengan pendek dan seluar jeans, serta berselipar.. dan solat lengah lengah
Bila kahwin, dia ikut cakap aku, solat awal waktu, dah tak pakai lengang pendek lagi, berkasut dan tudung segitiga yang besar, kadang kadang berjubah
Tapi bab berpurdah dia tak mampu nak istiqamah, dan berpurdah apabila pergi majlis ugama sahaja.., aku faham bahawa isteri aku tak istiqamah sebab uslub suasana takde, adik beradik dan kawan kawan dia bukan dari yang berpurdah.. malahan ustazah yang berkawan dengan diapun tak berpurdah, maka suasana takde..
Salah aku juga.., dan bila aku rujuk kepada ustaz ulamak, mereka kata jangan paksa, tapi terus buat usaha uslub hati dan cari uslub suasana..,
Hidayat di tangan Allah, nabi tak boleh bagi hidayat, apatah lagi keretamayat, InsyAllah jika isteri aku Berjaya berpurdah istiqamah, mungkin aku akan berkongsi pengalaman..
Doakan aku...
---------------
azharjaafar
tak kisah kau nak komen banyak mana, dan orang macam kau, aku suka baca komen sebab biasanya komen kau bernas..
(Ko pernah bentuk bini ko?)
Betul, kerja membentuk sebelum perkahwinan adalah mak bapak dia.., bini aku bab servis, memang bagus, tapi bab berpurdah, ustazahpun kantoi..
Macam serban, akupun tak istiqamah...oh..
Ugama ini mudah, halus dan hati hati...
Ada benda yang Nabi paksa dan ada benda yang Nabi ‘bagi masa’...
Akupun tak paham, dan aku masih banyak yang jahil..,
Keretamayat tak perfect, masih belajar ugama dan tulis nota di sini, jika salah, tolong jolokkan.
-----------------
NIK
Ugama ni nak buat sampai mati, maka tak boleh secara paksaan, dan tak boleh menghukum tanpa mesyuarat..
Bagi contoh jika isteri kau baru masuk islam, kau paksa dia berpurdah, dia tak nak, kaupun tak benarkan dia keluar rumah jumpa orang.., maka fitnah akan berlaku, sebab isteri tak faham dan kita yang ‘josh’.., ingat, kejayaan ugama bukan diukur Berjaya buat hari ini, tapi Berjaya buat sampai mati...,
Isteri tak berpurdah boleh dijadikan satu kerisauan, dan jangan jug abai kerisauan lain, seperti masjid tak hidup, surau tak berazan dan lain lain...
PS: ada perempuan mata jer yang cantik, bila tutup muka kecuali mata memang Nampak cantik, tapi jika Nampak muka, baru tahu hodoh, gigi jongan, jerawat dan lubang hidung kembang, woha!
(purdah yang sebenar, tutup semua)
--------------
Khalid.
Isteri aku tak menghalang aku buat kerja kerja ugama, oh..nikamat mana lagi yang aku dustakan.
------------
abufirdaus
isteri kita biasanya akan ikut kita.., kita sendirpun tak sanggup nak bagi masa untuk ugama, macam mana isteri nak paham.. oh!
------------
azharjaafar
eh, aku jawab komen kau dua kali..,
aku cemburu tengok isteri kau, ada masa bawak isteri kau datang ziarah bini aku, biar wujub uslub suasana.
--------
ReplyDeleteKhalid.
Seorang doctor yang merawat pesakit, akan berasa gembira apabila meleihat seorang pesakit lumpuh selepas makan ubat A berjalan tapi dengan perlahan lahan.., orang lain mungkin akn kutuk, apahal berjalan macam siput, tapi mereka tak faham bahawa dahulu orang ni lumpuh..
Begitu jugak ugama, kita kenal orang yang tak jaga solat, tak bertudung, malas baca hadith, dan suka cakap hal dunia, tapi, selepas makan ubat A, (bermujahadah 3 hari dijalan Allah misalnya) maka dia dah mulai solat wal waktu, baca 10 surah Al quran, baca hadith fadhail, dan bercakap guna kata “orang alim berkata”
Dan ada yang tak faham ugama akan kutuk puak puak ni, apalah baca quran hanya 10 surah, apalah baca hadith fadail sahaja, aplah cakap merujuk kepada orang alim tak kepada Nabi,
Sebab mereka tak faham bahawa orang itu dahulu ‘lumpuh’. Sekarang dah berjalan, walaupun macam siput.., air mata mengalir dipipi bahagia melihat mereka dah berjalan.. walaupun orang lain mengeji.
macam sedih ni
ReplyDeletePS:perempuan bila tutup muka kecuali mata memang Nampak cantik, aku tak nafikan, macam gambar aisyah conteng ni, maka untuk buang perasaan tergoda, aku bayangkan muka perempuan yang tutup muka tapi nampak mata macam aishah conteng dengan gigi jongan, jerawat dan lubang hidung kembang, woha!
ReplyDelete(selamat iman aku)
aishah ada jugak jerawat bila haid. gigi memang tak cantik tapi tak jongang. alhamdulillah ada gigi
ReplyDelete;D
apa? tak jongang? oh.. tidak...!
ReplyDeleteaku faham kenapa entry ni pendek...komen lagi panjang dari entry...:)
ReplyDeleteaku tak pernah buat dosa masa dalam haidh.
ReplyDeletelama tak dengar cerita.
ReplyDeleteAstaghfirullah..Sedih melihat topik ini. saya suka comment dari The Spiral Eyes..Before this, mg spt yg lain keliru. Sibuk mencari kebenaran isu ni atas satu event tilawah..Hm. Rujuklah mereka2 yang alim dalam hal ni. Apa yg saya tahu, larangan baca tuh mg xde, yg ada hanyalah hadis dhaif..
ReplyDeleteApepun, saya berpegang boleh baca. Sbb hati mg gersang tidak membacanya. manusia mg wt silap. bila dalam haidh, syaitan lagi suka dekat, sbb waktu ini sgt kotor..
Apepun, kalau ia tidak boleh baca. Sedihlah hati, sbb kelak kalau jadi ibu, tak mampu baca alqur'an utk anak comel yg bwu lahir. selama berpuluh2 hari. Apakah rasionalnya melarang membaca. memang utk mnjaga martabat alqur'an, tp sebaik2 zikir bukankah mengingati Allah. dan sebaik2 mengingati Allah bukankah dgn membaca kalamnya...
wallahu'alam..
My quote : before mengeluarkan pendpt, silalh rujuk Alqur'an, hadis etc..janganlah dikeluarkan pendpt atas pendpt yg didengari dr owg lain. bukan itu solution yg terbaik. Hidup utk mencari jwpn bg stp masalah dan soalan..
ma'af jika tersalah bhs dan tutur kata..
alasan kau pakai otak, tak kan masa haid tak boleh baca Al quran?
ReplyDeletetapi masa haid tak boleh solat, kau tak argue pulak?
don't stop before u top!
slm...nk tanyer leh x????
ReplyDeletetime tu ana haid..tp kt sekolah agama ade perikse alquran...ana nk hafal n lancarkan bacaan..leh ker???sebab klu x bace kt ustazah nanti x lulus n x leh naik tahun..tu yg takut tu.sekian..
kalau dah exam, kira darurat, cuba tanya ustaz yang suruh ambik exam tu
ReplyDeletehmm...dah setahun rupanya topik ni...baru jumpa. tu pun sbb nak baca quran online....tak pegang pun (haid)...tapi dilafazkan (niat nak mengingati Allah).
ReplyDelete