Aug 5, 2009

Tak cegah Mungkar itu sesat?

(Tanya sama abang keretamayat err, jawapan dalam bentuk Sains dan metamatik sempena PPSMI yang masih belum dimansuhkan sepenuhnya, err, apa-apalah…)

Soalan dari korang..

Assalamulaikum,

Saudara Hamka keretamayat, baru-baru ni saudara menulis tentang ijtimak Tabligh di Nilai, dan dari tulisan saudara, didapati saudara menyokong mereka atau saudara mungkin ahli persatuan mereka walaupun saudara sering menafikannya. Pada mulanya, saya teringin juga menyertai mereka tetapi dalam banyak ceramah yang saya dengar, Tabligh adalah ‘sesat’ kerana tidak mencegah mungkar, sedangkan Al quran perintah mencegah mungkar, tapi gerakkan tabligh hanya amal makruf sahaja, apa pendapat saudara?

******

Wailaikumusallam.

Aku tak pernah isi borang masuk gerakkan kumpulan ‘tabligh’ atau isi boring Umno dan Pas juga yang semakna dengannya, sebab tu aku menafikan aku adalah ahli-ahli mereka, apa-apapun, merujuk soalan kau, sebenarnya, aku pernah jugak di beri link youtube akan ceramah dari sorang ustaz yang kutuk gerakan dakwah pasal tak mencegah mungkar kononnya.., dan aku telah di suruh ulas berdasarkan ulasan ustaz dalam youtube tu, tapi aku malas nak komen, karang jadi aib pulak ustaz dalam link tu, sehinggalah semalam kat kedai kopi, ada orang ungkit lagi pasal benda ni, kata aku sesat sebab tak mencegah mungkar, lalu aku tanya dia balik: “Bila kali terakhir kau mencegah mungkar?”

Dia tak jawab soalan aku hingga habis segelas teh tarik aku..

Ok!, takde kena mengena, tapi sebelum tu, Aku ingatkan kau, aku bukan ustaz, dan jawapan aku camni;-

Aku percaya, orang yang mengajak kepada kebaikkan juga pada masa yang sama sedang mencegah kemungkaran, bagaimana ini terjadi?

Ok, oleh kerana PSMI masih belum di mansuhkan sepenuhnya, aku akan tulis tentang bagaimana mencegah mungkar mengikut teori sains dalam BI..

For you information, when darkness appear in our life, what should we do? How could we remove darkness from our life?, If we assume the darkness is something bad, for this case, like a Mungkar, so we need to prevent the mungkar, so how could we remove the darkness?, Maybe you want to use your hand, by taking a baseball bat or whatever and swing it in the darkness and yell: “Darkness get the hell out of here, f**k off from my life!!,”

Imagine we can do that? It is logically a stupid action, idiot, dumb, harmpeh, etc.. so if we still have a brain to think carefully , what we should do is by doing opposite of what idiot did before, just bring the light, because only light could the clear the darkness, more light, more darkness will disappears, it is same like dakwah, if we only do nahi mungkar without amal makruf, so the darkness cannot be removed, it is the same thing happened to kafir superhero, that’s why after Batman Return the movie with penguin as villains, and Batman Forever the movie with Two Face as villains, but there are still Batman Begin and the latest: Dark knight with Joker!!, Why violent person never end? because kafir superhero do not perform amal maaruf, they only perform nahi mungkar, so the series will continues because they have so many villains, and the Hollywood can make more money just because the superhero do not teach the villains about solat, and you pay about that?!.. end!

Ok, faham tak konsep mencegah mungkar mengikut teori sains, alahai, korangkan terer English.., tapi takpe, bagi mereka yang tak pandai English dan tak sabar nak belajar matematik dalam bahasa ibunda, maka.., aku akan terangkan pulak guna konsep matematik dalam BM akan teknik mencegah mungkar mengikut jawapan matematik..

Mari kita rujuk buku teks matematik SPM 2006.

Bukak muka surat..arghh..tak ingat.. cuba korang jari tajuk PENAALUKAN MANTIK,

Ok, Dalam matematik, kita akan belajar ilmu “kebarangkalian” atau ilmu “penaalukan” seperti berikut:-..

Secara asasnya, korang akan di beri dua premis dan berdasarkan premis tadi korang akan dapat membuat kesimpulan:

Sebagai contoh, katakan Premis 1 = Segitiga mempunyai sudut tegak
Manakala, Premis 2 = PQR ialah sebuah segi tiga bersudut tegak

Maka, kesimpulannya dari dua premis tadi, jawapan yang kita cari adalah : Segi tiga PQR mempunyai sudut tegak

Faham tak ?

Contoh lain:

Premis 1 : Semua nombor kuasa 2 adalah nombor positif
Premis 2 : (-25)^2 ialah nombor kuasa dua
Kesimpulan : (-25)^2 ialah nombor positif

Jadi jika korang nak paham tentang golongan yang tak cegah mungkar nie.. tengok contoh di bawah:
Contoh panaalukan:
Premis satu: Hamka ajak korang solat
Premis dua: Solat mencegah kemungkaran
Kesimpulan: Hamka mencegah kemungkaran….!

Kan??

Itulah yang aku maksudkan bahawa orang yang mengajak kepada kebaikkan juga, pada masa yang sama sedang mencegah kemungkaran,

Korang paham tak nie?!

Ok, abaikan jawapan di atas, aku cuba serius sikit kali ni.., sekarang aku akan bagi jawapan dalam bentuk ugama pula.., insyAllah..

Sebenarnya, jika korang bukak kitab tafsir Ibnu Abbas r.a iaitu seorang sahabat nabi yang terkemuka, dan jika baca tafsir dalam kitab tu tentang apa maksud Nahi mungkar, maka korang akan faham insyAllah akan kehendak Allah di sebalik kerja Nahi Mungkar.., aku tulis sikit, Dalam Al quran, apabila ada perintah amal Maaruf (ajak kepada kebaikkan) maka di belakang ayat itu ada perkataan “Nahi mungkar” (dan mencegah mungkar), tafsir Ibnu Abbas r.a akan maksud amal makruf yang Nabi Muhammad SAW buat adalah, mentauhidkan Allah dan mengajak mereka kepada Sunnah, manakala maksud Nahi mungkar adalah, mencegah manusia dari syirik, maka dalam menyempurnakan kerja ini, Allah tulis ayat Al quran menggunakan perkataan “dan”, (wau) bukan “atau (au), yang mana maksud ayat Al quran bila ada “dan” maka semua kena buat, amal makruf dan cegah mungkar sekali..

Semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Bermakna di sini, jika orang yang kita tak tahu apa ada dalam hati mereka tapi kelihatan mereka tak mencegah mungkar itu di tuduh ‘sesat’ kononnya, bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak amal makruf?

Aku ulangi, Bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak menyeru kepada kebaikkan?

Lagi sejuta kali sesat sebab hanya syaitan yang tak suka kepada orang yang nak menyeru kepada kebaikkan! Hanya Syaitan!!

Oleh sebab itu, jika seorang ustaz dalam ceramah menghalang orang ramai dari mengikut orang yang mengajak kepada kebaikkan, maka menjadi perkara yang merbahaya kepada ustaz itu, kenapa nak halang orang dari ikut mereka yang menyeru kepada kebaikkan, bukankah perbuatan itu merugikan ummat islam? Ini bahaya! Kata kata ustaz yang tak faham ugama menuduh sesat kepada mereka yang menyeru kepada kebaikkan; takut akan timbul salah faham di kalangan ummat, (dah timbul pun!) yang mana dah ada orang yang tak nak buat usaha ajak kepada kebaikkan sebab ustaz cakap ajak kebaikkan sahaja jadi sesat, bahaya ni,.., jangan ikut perangai syaitan, jangan jadi seperti pulut dan santan yang mana, kerana pulut santan binasa, kerana mulut, pulut habis!!!

Baik, aku ambik teknik mencegah mungakr daro sudut yang lain, sekarang jika rujuk Kenyataan Allah dalam Al-Quran, maka terdapat firman Allah:

" sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "[Al-Ankabut 29:45]


Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya aku mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama aku juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka tolonglah jangan jadi bodoh bangang dengan beranggapan bahawa orang yang mengajak orang bersolat itu tidak mencegah mungkar konon, tak sekolah ke?

Jadi, jika kita tengok orang tak solat, lalu kita nak cegah mungkar mereka bagaimana? Bakar rumah mereka? Pukul mereka? Tidak, Nabi tak ajar macam tu, kita hanya perlu ajak dan pujuk rayu dengan kasih dan sayang agar mereka bersolat.., itulah maksud amal makruf sedang dalam hati kita benci dengan maksiat mereka yang mana disitu juga wujud nahi mungkar.., faham tak? dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.

Kemudian Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi di dalam Masjid.

Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi melaksanakan tugas Nahi anil munkar.

Begitu jugak kisah orang buta yang hina Nabi waktu Nabi suap makanan ke mulutnya yang dah aku tulis dalam entry ijtimak yang lepas..

Begitu jugak kisah Nabi memaafkan Hindun dan Washi yang membunuh dan melapah mayat bapa saudaranya..

Begitu jugak kisah Nabi mencegah mungkar terhadap si Kafir Quraish yang menyebah berhala, tapi Nabi tak pecahkanpun berhala, Nabi hanya seru mereka pada mentauhidkan Allah dan ‘memecahkan’ berhala itu dari hati hati mereka..

Betul.., ada Nabi yang mencegah mungkar dengan memecahkan berhala, Nabi Ibrahim namanya, tapi di hari akhirat, beliau menyesal akan perbuatan itu..

Ada banyak lagi contoh dalam Al quran dan hadith akan sejarah dan panduan bagi kita melihat bagaimana para nabi dan Sahabat mencegah mungkar..,

Maka, kepada korang yang dah terpercaya cakap ustaz tu, beristigfarlah, dan ikutlah mereka yang tak mintak upah, demikan bunyi ayat dalam surah yassin..

Dalam Al quranpun ada ayat yang suruh korang dan aku supaya ikut orang yang menyeru kepada kebaikkan, dan binasalah siapa yang menentangnya...

Tapi jika kita ada kuasa, seperti seorang pemimpin, atau seorang suami atau seorang ayah, kita boleh hukum orang di bawah kita, tak berdosa tapi cara berdakwah yang Nabi tunjuk itu yang terbaik.. seperti dakwah dulu kepada yang murtad, dakwah dulu sebelum perang dan ikat tawanan perang di masjid dan sebagainya..

Jangan pulak bila ada kuasa, terus korang mencegah mungkar sambil perasan bagus seperti superhero kafir yang mati masuk neraka, tak caya cuba rujuk superman yang mencegah mungkar sambil memakai pakaian ketat dan spender merah kat luar, sejak dari Smallville lagi si kafir ini mencegah mungkar, tapi orang jahat makin ramai, tu yang muncul Superman Return! atau Spiderman dan Green Gobbin, Sandman, Viper, Dr octopus.., juga Decepticon dan lain lain..

Tengok, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?

Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?

Atau korang yang menyokong puak puak yang cegah mungkar tapi sampai la ni orang jahat makin ramai, penjara makin besar, kenapa?

Jawapannya simple sahaja,

Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!

Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

Akhir kata, ikutlah mereka yang mengajak kepada kebaikkan, dan jangan sekali kali korang menjadi golongan yang mencegah orang yang nak amal makruf…

Aku sayang korang.., I love u all, insyALLAH, aku akan ikut korang ‘cegah mungkar’ dengan tangan melalui pangkah undi 5 tahun sekali!

Woha!

Ps: Negara Malaysia huru hara bukan salah kerajaan sahaja, tapi salah Pembakang yang tak buat kerja betul-betul..,tengok!, masjid pembakangpun masih banyak yang kosong, dah! Pergi buat kerja betul betul!

68 comments:

  1. alhamdulillah, nice entry bro..syukur

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    alhamdulillah.entry yg sememangnya ditunggu-tunggu.terimakaseh wahai abang hemsem.

    *igtkan saya pertama tp kedua la plak.hohihohihohi..

    ReplyDelete
  3. membuka minda ... nice entry

    ReplyDelete
  4. Aslmualaikum.

    bro, entry yg berguna. mekasih

    ReplyDelete
  5. memang entry yang tepat..

    sesungguh nyer itu lah punca kepada segala kejadian ketika ni..

    yang solat, cegah kemungkaran..
    yang tak solat, nak buat kemungkaran (even tak semua aar)..

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah bagi taufik hidayat pada aku untuk cegah mungkar dari diri aku sendiri..

    (tolong aminkan!)

    ReplyDelete
  7. eh, masdo, mn tau abg hamka nie hemsem??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum abg hamka.
    Saje nak tegur benda kecik sikit..
    Penaakulan mantik, bukan Penaalukan.

    =)

    ReplyDelete
  9. salam

    Abe meka..demo patut letok counter..kawe rase hit blog demo neh juto2 doh..

    blog demo loni ado kat link wartamaya.blogspot.com

    demo ialah blogger sejati..hidup FKEE U**..ahaha..

    p/s: jgn approve komen neh..bereh

    ReplyDelete
  10. salam..
    solan2 mcm ni slalu ditanya "nape amar makruf je nahi mungkar nape xbuat plak???
    Dorang ni bkn nk dngar sngat lau kita jwab berbuih2 mulut pun...
    ~org yg tanya mcm nie kna tasykil keluar 3hari..bru paham ckit!

    ReplyDelete
  11. Camna nak paham kok tak korban..5 tahun sekali..tu yang best tu...

    ReplyDelete
  12. wah..ganas la entry this tyme.. english bro hamka pun dah ada ckit up.. tp say be the 12th laks...huhu.

    ReplyDelete
  13. nota agama yang memang terbaiklah wahai pakcik Hamka. semoga Allah memberkatimu sekeluarga.

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum

    Tinggal keje amar makruf dan nahi mungkar --> iman lemah --> amal rosak --> bala daripada Allah. Buat amar makruf dan nahi mungkar --> Allah tarbiah iman --> insyaAllah boleh buat amal --> insyaAllah Allah turunkan rahmat.

    Nak keluar jalan Allah macamane keinginan untuk itu pun takde. Dalih banyak.

    p/s: Teringat doa Syeikh Zubair masa hari penutup ijtimak Malaysia baru2 ni..
    "Allahumahdinnasa jami'a" (Ya Allah, berilah hidayat kepada semua manusia), "Allahummaftah abwaba hidayatik" (Ya Allah, bukakanlah pintu hidayahMu)..
    sebak masa tu..

    ReplyDelete
  15. tom2 bak

    assalamualaikum Pakcik Hamka
    (Jangan Marah hehe)

    terima kasih atas perkongsian yang bermakna nie. tidak sia2 saya memfolow pakcik. hehe

    Pada mulanya, saya tidak pernah berfikir untuk mengajak orang pada kebaikan kerana mengenangkan diri saya yang blum sempurna Tapi saya baru teringat yang bila2 masa saya akan naik kereta mayat. So, maw tunggu sempurna tue sampai qiamat pun blum taw sempurna atau tidak. biasalah kita nie bukan maksum seperti nabi.

    entry nie mengingatkan saya tentang kejadian saya menegur sahabat saya yang memakai tudung tetapi tidak memakai scarf kepala yang menyebabkan rambutnya terjuntai2 seperti daun pokok kelapa.

    Niat saya menegur hanyalah untuk menjalankan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan atas dasar SAHABAT. (saya sayang sahabat2 saya)

    Tapi apa yang saya dapat hanyalah herdikan dan jelingan yang tajam.

    KAWAN SAYA: biar la. Jangan peduli. Ikut hati aku maw pakai atau tidak.

    Saya terkejut dan sangat sedih dengan balasan sahabat saya itu. Membuatkan saya berfikir jika saya terpaksa membiarkan saja dan menjadi muslimah yang lemah imannya.

    Saya tidak mahu menjadi seorang muslimah yang lemah imannya sepanjang hidup. Saya mengaku saya sedikit terkilan dan membuatkan usaha semangat AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR kian memudar d jiwa saya.

    Namun, semangat itu bangkit kembali apabila seorang rakan saya menasihati saya : 'JANGAN STRESS BANTU AGAMA ALLAH'. Astagfirulah hal 'azim. Setiap hari smpai hari nie ALLAH bagi saya hidup, tapi untuk bantu agama ALLAH nie pun saya cepat down..memang x patut la..

    SO, jom ber AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.

    p/s maaf merapu d blog pakcik. Walaupun stiap ntry pkcik sy baca. nie la first time sy bg komen..hhaha

    k, assalamualaikum!!

    ReplyDelete
  16. Dengan buat kerja ini insyallah Allah SWT akan pelihara kita di dunia dan akhirat. Tinggalkan kerja ini maka bermulalah kerosakan dalam diri kita dan umat....insyallah semua azam jadikan ia maksud hidup kita

    ReplyDelete
  17. Moga ALLAH beri paham pd kite akan ayat al-qur'an karna itu firmanNya (kata2 ALLAH)...

    [ada pemberi email tu kalo awak PAS fan, seharusnya awak pecaya kata2 Tuan Guru (kalo tak mahu percaya kata2 ALLAH)... beliau pernah mengatakan dlm takrer di Dusun raja..bahawa(lebih kurang katanya)...kalo kito doh amar ma'ruf automatik munkar tu dicegoh, acu try cari dale al-quran ado dok ayat amar makruf duk belake nahi mungkar atau ayat quran amar makruf sajo,mesti ado nahi mungkar kat belake...

    sekarang ni bukan zaman nak tahu atau nak siasat jemaah Tabligh tu sesat ke tidak tapi sekarang zaman/era nak usaha kekalkan diri dlm usaha /kerja Nabi yang mulia ini...
    skrg dah ummumiyat dah sheikh.. ni yg aku takut skrg.. takut2 ALLAH dah tak pilih buat usaha agama yg mulia nie...huhu

    p/s: nisab aku pun mcm Pilihanraya dah 5 tahun sekali 40 hari..aduhhhh
    last 40days 2005...do'akan aku

    najmussobah

    ReplyDelete
  18. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
    Mengajak kepada manusia Mentauhidkan Allah (Beriktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah) dan Mencegah manusia daripada Mensyirikkan Allah (Dari segi Zat, Sifat dan Perbuatan Allah Taala).

    Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad ditangan-Nya, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah (akidah), yang satu masuk syurga dan lain masuk neraka.”

    Bertanya para sahabat:
    "Siapakah firqah (yang tidak masuk neraka) itu ya Rasulullah?”

    Nabi menjawab : “Ahlus Sunnah Wal Jamaah”.

    (Hadith riwayat At-Tabrani)

    ReplyDelete
  19. abg,
    kalau saya tahu saya pernah buat dosa yang sama dengan yang kawan baik saya sedang buat, macam mana saya nak kekal bersih dari dosa tu dan meyakinkan kawan baik saya untuk sama tinggalkan?

    ReplyDelete
  20. you know what i did last summer6:12 PM, August 05, 2009

    aku rasa ramai yang tak percaya bahawa solat tu cegah kemungkaran. sebab tu ramai yang berdemo sana-sini.

    patutnya, berhimpunlah solat hajat mintak doa dengan Allah, biar 40 hari 40 malam pun. tapi, disebabkan yakin dengan usaha sendiri (tak nak ikut sunnah nabi), dan lebih suka kan perhatian manusia maka mereka pon berdemo. lalu bercampur aduklah kebenaran dalam kebathilan di situ.

    demo ISA tu cegah kemungkaran? hello! bukan demo cegah kemungkaran, tapi solat dan doa. dari duduk ber demo dengan manusia yang takde kuasa bagi manfaat atau mudarat, baik kau mintak dengan Allah dengan cara sabar dan mengerjakan solat, takde nak menyusahkan orang lain.

    nabi suruh alih kayu tengah jalan, diorang ni sibuk sesakkan jalan.

    kata diorang, kalau tak ikut cegah kemungkaran dengan cara macam tu takde iman, 'sesat', mendukung kezaliman, masuk neraka dan sebagainya.

    iskh. yang diorang macam confirm masuk syurga.

    ReplyDelete
  21. Kalau Allah sendiri yg kata solat tu mencegah perbuatan keji dan mungkar, sapa lagi yg leh mempertikaikan?

    Masalah skrg ni, org yg ngaku mperjuangkan Islam sndiri meringan2kan solat...kalu soh berdemonstrasi di jalanan, bukan main semangat lagi...
    Cuba la bila kumpul ramai2 ntk bantah ISA tu, solat hajat beramai2 skali ke...tak percaya ke dgn amalan solat hajat yg Nabi ajar? Nk mengaruk/mengamuk mcm org2 kafir kt luar negara tu gak?
    Tak pernah aku dgr dlm Quran/Hadith, Islam bangkit dgn wat demonstrasi....

    apa lagi org yg takder fikrah Islam...
    Member aku baru2 ni gi kursus utk buka perniagaan makanan...kwn2 yg dia knal ms kursus tu, anggap org yg solat ni dah mcm wali...bagi dorg dah tinggi sgt la maqam bila berjaya solat 5 waktu...
    Ni la keadaan akhir zaman...
    Sedangkan kita dikehendaki solat awal waktu, dan berjemaah bagi lelaki...

    Org yg dah solat, tapi masih wat mungkar...maknanya dia kena cek/periksa dan perbaiki solat dia...
    Sendiri pny solat, sendiri la yg islah...kalu solat kt mah sorg2 dgn waktu hujung2...pastu mcm ayam patuk bertih...leh ke nk cegah mungkar???

    Tak munasabah/mustahil, org yg apabila azan berkemundang, hatinya bergetar, tak sabar nk bermunajat depan Allah, terus ke masjid/surau, solat dgn pnuh tawajuh, hatinya tenang setelah selesai solat, dgn perasaan syukur dapat solat dan taqwa(takut solat dicampakkn mcm kain buruk ke muka dan harap solat diterima)...mustahil org ini akan melakukan maksiat. MUSTAHIL.

    Kecuali org yg solat kt masjid sbb nk nunjuk2, riak, dlm keadaan malas (mcm aku...huhu)..wpun dah solat tapi masih lg wat maksiat.

    Oh...

    ~mokhtar~

    ReplyDelete
  22. Salam,
    Mungkin apa yang ustaz tu cakap sebab dia tersilap peta atau GPS dia rosak sebab tu di label sebagai sesat. Mari kita doakan dia agar mendapat jalan, road yang betul agar destinasinya pun tak terbabas! Anyway, PPSMI is going to be abolished, now only use English... he he he! Yang penting boleh ajak kebaikan in more than 1 language kan? Salute!!Yang bab maths tu ana suka betul... macam cerita number... ye ke?

    ReplyDelete
  23. salam bro hamka.
    dr blog ko, ko kate bile kite tak takut ALLAH mula la buat yg bukan2. yang aku pulak pernah rasa takut sangat kat ALLAH tapi aku tetap tak solat penuh. kemudian perasaan tu hilang dan diganti dgn aku berharap pd keampunan ALLAH. akhirnya solat aku tak penuh gak.

    camne nak wat tu. solatkan mencegah kemungkaran. kdg puas aku paksa diri tapi tetap malas solat huhuhu.

    ReplyDelete
  24. solat yg betul ikut cara nabi..ilmu fardu ain kena tahu..jgn main tonggang tonggek aje..mcm mana Allah nk trima...malah solat yg xbetul malaikat akan campakkan solat ke muka org tu mcm kain buruk..
    Solat yg betul dpt cegah kemungkaran..
    formulanya senang je..cek diri kita lau suka lg kemungkaran maknanya solat kita ada kekurangan..
    mcm mana nk betulkan solat??
    tuntutlah ilmu..
    belajar ilmu fardhu Ain wajib bg setiap muslim & muslimat..Allahu A'lam.

    ReplyDelete
  25. S.e.t.u.j.u.
    Paling sokong paragraph yang last sekali. P/s.
    Haha.

    ReplyDelete
  26. yup... kesimpulannya amal makruf dan nahi mungkar adalah sama? ikut kiraan mantik.. PEACE

    ReplyDelete
  27. abangnestle

    :)

    ---------
    MASDO

    Hensem tiada…, manis ada…

    ----------
    huhle

    kau lewat sejak dua menjak ni…

    yusuf mujahidin ™

    sama sama, semua dari Allah..

    ---------
    metalrizca

    dah biasa kena puji.. dah imun dah aku harapnya..

    ----------
    azharjaafar

    Semoga Allah bagi taufik hidayat pada aku juga untuk cegah mungkar dari diri aku sendiri..

    ----------------
    capoeira

    hidung kemik, dahi jendul dan perut bungcit, kira hensem lah tu

    ---------
    alonq

    oh ye ke.., nasib baik tak dosa,

    ---------
    mizaranun

    jawab dalam hati sebab iman lemah..oh

    --------------
    ابن زين الرمب

    Tapi sejak dua menjak ni, dah tak 5 tahun sekali, penat SPR..

    ---------
    Ibnu Mutalib

    Ganas ke?

    -------------
    famia

    amin…

    ----------
    bakalmayat

    Wailakumusallam

    ---------
    tom2 bak

    buat dakwah bukan dengan niat nak baiki orang, tapi niat untuk baiki diri..

    ----------
    NasirPenang

    : )

    ----------
    Najmussobah

    Antara nisab dan takazar..

    -------------
    aishah_conteng_je

    oklah tu, dakwah benda yang kita belum mampu buat akan menguatkan kita untuk buat dan melarang orang buat benda yang kita biasa buat akan membuatkan kita kuat untuk meninggalkan apa yang dah biasa buat

    ------------
    you know what i did last summer

    aku dah tulis bab perhimpunan haram dalam entry “kuning itu bersih?”

    -----------
    ~mokhtar~

    Tahu takpe!

    ----------
    A traveler looking for the right path

    Tak tengok cerita tu..

    ---------
    saye_pemalu

    dalam hadith ada orang Tanya Nabi, siapa paling bodoh? Nabi jawab orang yang buat dosa kemudian berangan Allah akan ampunkan dosanya

    Wallahu’lam

    -----------
    an2blur

    jangan lupa undi aku, ha ha!

    ----------
    Ibnu Abas

    Dah ada peratus, matematik nih…

    ------------
    dkama

    Belum masuk bab vector dan polar coordinat he he, PEACE

    ReplyDelete
  28. Salam...

    Aku sedaya upaya mencegah kemungkaran yang ada dalam diri aku...

    Aku cuba memberi tentangan terhadap syaitan dan nafsu...

    Semoga Allah memberi petunjuk jalan yang lurus...

    Juga mengharap rahmat dan hidayah dari Allah...

    So, aku kene amal makruf nahi mungkar!!!

    ReplyDelete
  29. Undi Bebas!!! Bebas kemana mana untuk buat kerja nabi...

    ReplyDelete
  30. Salam Tuan Hamka,

    Saya cadangakan Tuan bertanding PRU akan datang :)

    ReplyDelete
  31. ada kawan ckp..rajinnya u pegi solat..i malas la..ku tersengih & x terkata apa...sbb terkedu

    ReplyDelete
  32. Perjalanan yg sepi...
    Menyusuri jln yg sunyi...
    Aku mencari cahaya...
    Tanpa ada petunjuk...
    Terus dibelenggu kegelapan
    yang begitu menyeramkan...
    Terjatuh, aku bangkit kembali...
    Tidak mampu berjalan, aku merangkak...
    Namun satu detik...
    Aku berhenti berusaha...
    Hanya merenung...
    Dalam merenung aku terlena...
    Kini, cuma berharap pd yg sudi utk
    datang membangunkan & memimpinku...
    Dan membabawaku kepada cahaya.

    ReplyDelete
  33. pro dan kontra mengenai suatu kelompok adalah wajar klo memang ada, namun menjadi tidak wajar klo sudah saling menuduh yang lain sesat dan diri sendirlah yang paling benar tidak sesat..
    Tidak mudah kita menjudge suatu kelompok itu sesat atau tidak sesat, ..dan lebih2 apalagi klo kita gak tahu apa2 mengenai kelompok itu..
    Daripada kita menjadi saling menuduh dan berantem sesama muslim, lebih baik bekerja sama dan saling mendukung dalam berbuat kebaikan walaupun mungkin kita berbeda kelompok.. Hanya Allah yang tahu kelompok mana bagi Dia paling benar..
    Menurutku masuklah kedalam kelompok dimana kita merasa nyaman dan menjadi lebih bisa dekat dengan Allah, hidup hanya bergantung pada Allah, menjadi lebih sholeh etc etc..sy yakin jika kemudian ternyata kita salah masuk kelompok..Allah pasti akan menunjukkan kemana kita harus ikut..
    Sholat adalah tiang agama, mengajak orang muslim sholat meramaikan masjid memang harus bagi kita orang muslim, walau begitu amalan2 lain yg mgkn dianggap kecil jangan pula dilupakan..spt menjaga kebersihan,tidak berbohong, etc etc
    Allahualam

    to Hamka: klo gak ada batman return nanti Tim Burton bisa jd unemployment, warner bros bisa bangkrut hehe..:P joking

    ReplyDelete
  34. its actually amaR makruf, not amaL makruf.

    waAllahua'lam.

    ReplyDelete
  35. belit2 la bahasa kam ~



    okeh..takpe dah cuba faham.

    ya tuhan..kuatkan kami~

    ReplyDelete
  36. CEGAH = PREVENT. tak payah tggu org wat maksiat br nk gi jumpa dia hentikan maksiat yg dia sdg wat.

    ataupun sngaja mencari2 org yg tgh wat maksiat....

    tapi jumpa la dia yg jauh dr agama...ajak dekat dgn agama, jauh dari solat..ajak dekat pd solat...tu la yg akan CEGAH diri dia dari maksiat...

    tapi kalu tgh sj2 duk kt taman ng member2, tbe2 terkantol ad org tgh bzina...mcm mn ek hamka? takkan ak nk biar? sakit ati/sedey la nk biarkn org islam tu....

    ~Mokhtar~

    ReplyDelete
  37. kita mau buat dakwah sungguh2 supaya semua batman n superman termasuk org jahatnya dpt hidayat...
    itulah hidayat idaman

    ReplyDelete
  38. jwpan yg paling bernas utk isu ni...
    boley bwk parlimen nih...
    bro hamka,xnak masuk politik ke???
    masuk la parti bebas...
    kompem mnang pnyer...
    follower da bnyk da,haha...

    ReplyDelete
  39. jawpan yang paling bernas untuk isu nih...membuka kepale dan mate mereka2 nih...
    bro hamka xnak masuk plitik ke???
    masuk ar parti bebas...
    follower da bnyk dah...kompem menang pnyer,haha...

    ReplyDelete
  40. Salam...
    Cakap pasal PPSMI ni, sy rase xdelah jd masalah pun rakyat Malaysia nak blaja dlm bhs Inggeris. Masalahnye kurang usaha dgn lebih usaha je... InsyaAllah atas asbab PPSMI bnyk para dai'e/karkun2/ (akan dtg) atau yg semakna dgnnya boleh bertutur dlm bhs Inggeris dgn fasih ketika membuat kerja amal makruf nahi munkar kpd orang bukan Melayu...

    Aku bkn pro-kerajaan atau pembangkang tp kita boleh lihat PPSMI ni patut digunakan atas maksud agama utk generasi akn dtg.

    ReplyDelete
  41. Owh, ak br terpk selame ni kenape la Batman, Superman, Spiderman, Spenderman smue pakat nak tutup kejahatan tp nahi munkar je tak cukup... Kene ad amal ma3ruf rupenye...

    Lepas ni boleh la kite ajak depa suruh wat amal ma3ruf dl... =)

    Ble depa da wat amal ma3ruf, munkar pun tercegah. Joker, Penguin, Dr. Doom, Decepticon pun terus insaf dan akhirnye mengajak villian2 yg laen wat amal ma3ruf jgk.

    Mcm ad kene dgn hidupan harian kte.

    ReplyDelete
  42. Salam...
    Cakap pasal PPSMI ni, sy rase xdelah jd masalah pun rakyat Malaysia nak blaja dlm bhs Inggeris. Masalahnye kurang usaha dgn lebih usaha je... InsyaAllah atas asbab PPSMI bnyk para dai'e/karkun2/ (akan dtg) atau yg semakna dgnnya boleh bertutur dlm bhs Inggeris dgn fasih ketika membuat kerja amal makruf nahi munkar kpd orang bukan Melayu...

    Aku bkn pro-kerajaan atau pembangkang tp kita boleh lihat PPSMI ni patut digunakan atas maksud agama utk generasi akn dtg.

    ReplyDelete
  43. Salam...
    Cakap pasal PPSMI ni, sy rase xdelah jd masalah pun rakyat Malaysia nak blaja dlm bhs Inggeris. Masalahnye kurang usaha dgn lebih usaha je... InsyaAllah atas asbab PPSMI bnyk para dai'e/karkun2/ (akan dtg) atau yg semakna dgnnya boleh bertutur dlm bhs Inggeris dgn fasih ketika membuat kerja amal makruf nahi munkar kpd orang bukan Melayu...

    Aku bkn pro-kerajaan atau pembangkang tp kita boleh lihat PPSMI ni patut digunakan atas maksud agama utk generasi akn dtg.

    ReplyDelete
  44. Nak komen yang p/s kat bawah tu je...masjid bukan sapa2 punya...masjid tu rumah Allah...kalau tak penuh tu...sama2 la bertanggungjawab...cakap orang tak buat keje...abis tu kta ni buat keje betul2 ke....

    ReplyDelete
  45. salam..
    sorry la kalu lari topik..
    setahu saya kita tak bleh bagi salam kt kafir...

    tapi bila fikir2 balik makna salam tu hanya la sejahtera ke atas kamu... jadi apa salahnya kita ucap sejahtera kt org yg belum islam...?

    soalan..: boleh ke kita bg salam kt orang yg belum islam? (istilah baru bagi istialah bukan islam<--ni yg aku blaja masa Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk hari tuh..)

    harap dapat jawapan nyer...please..

    ReplyDelete
  46. sebelum tu...i wonder ustaz mana la yg cakap tak cegah mungkar itu sesat???

    ReplyDelete
  47. subhanallah..sudah terang lg bsuluh.. jelas benar penerangan pakcik hamka ni.. jazakallah...
    I LOve U aLL..buatlh dkwah..jgn dok halang krja dakwah..

    yg ada sesetangah ustaz dok kata org yg x cegah mungkar tu sesat.... aku sarangkn kat korang tgk dulu ustaz tu jenis apa.. klau setakat ustaz dok mengajar...lps tu kutip duit sbg upah.. hati2 lah..

    yg penting korang kena pasti ulama yg hak.. yg tak minta apa2 balasan dunia..

    lihat ulama2 yg dtg istimak.. satu sen pun mereka tak minta duit bila bg ceramah.. bahkn mereka guna diri, harta, masa mereka utk agama Allah..

    kpd hamka..teruskn..sokong!

    ReplyDelete
  48. hehe..best gler.politik xkemane..2 blah pihak same je..kutuk sesama sendiri..
    kalu ko post pasal politik mst gempaq..

    ReplyDelete
  49. same cam org lain asik follow je tapi komen leh kire ngn jari,entry kali ni aku sokong,sebelum aku solat sepenuh masa aku da follow blog ni sampai la aku skang,alhamdulillah betol solat tu mencegah kemungkaran,tayah aku cite la aib aku n aku x leh tipu diri aku sendiri,lepas aku solat aku rase takut n syg kalau aku wat jahat tak cam dulu2 selambe je asal pk nak wat trus wat.

    semoga Allah merahmati abg hamka and family.peace hahaha

    ReplyDelete
  50. just short note:
    menegakkan amar makruf nahi munkar, yaitu memerintahkan kebaikan dan mencegah kemunkaran telah disyariatkan dalam agama islam untuk pemeluknya. Alloh Ta’ala berfirman yang artinya, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” (QS. Ali Imron: 104)

    Rosululloh shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barang siapa di antara kalian yang melihat sebuah kemunkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka hendaklah ia ubah dengan lisannya, jika ia tidak mampu maka hendaklah ia ingkari dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” (HR. Muslim)

    tentu ada bekal yang harus dimiliki dalam beramar makruf nahi munkar. Apakah itu?
    salah satunya adalah seorang mukmin yang melakukan Amar ma’ruf nahi munkar haruslah dilandasi dengan hikmah. Maksudnya adalah melakukan dakwah tersebut sesuai dengan tempatnya, dengan cara yang tepat, pada waktu yang tepat kepada orang yang tepat. Demikianlah telah menjadi tuntutan bagi seorang dai untuk berdakwah dengan penuh hikmah. Alloh Ta’ala berfirman yang artinya, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An Nahl: 125). Masih ada bekal2 lain yg harus dimiliki..silakan mencari dari buku2 agama..
    Wassalam
    Kinoyumar

    ReplyDelete
  51. jom kita lempang sorang sikit ustaz yg pandai2 kata org tu sesat n org nie sesadia yg sesat dia tak tau

    ReplyDelete
  52. terima kasih

    ilmu yg sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  53. sentiase solat jemaah kat halaqa masing2


    n 5 amal...

    insya-allah...

    ReplyDelete
  54. Luqiem

    Yo!

    -----------
    Zool

    “..dan berjalanlah kamu diatas muka bumi Allah, dan perhatikanlah akibat bagi mereka yang mendustakan ugama”

    ----------
    Afyan

    Ha!

    ---------
    abuNawast

    jangan tunggu batman amar makruf.., keluangman pun tak boleh harap, apa lagi cicakman..

    -----------
    Kinoy

    Eh?!, sekarang bukan era batman Tim Burton ler.. sekarang era batman Christopher Nolan (nasib baik tak dosa)

    -----------
    aishah_conteng_je

    : )

    --------------
    ~Mokhtar~

    Maksiat secara terang terang akan di buat hanya apabila dakwah terang terang di tinggalkan.., kau buat apa kat taman tu sampai ada orang boleh berzina kat situ jugak?, lain kali lepak kat taman, pakai serabn, celak hitam dan mengaji..

    ----------
    hidayat-idaman

    dan kaulah idamanman..

    -------
    mathingus

    ha ha!

    --------------
    Midkazen

    Apa kata pelajaran BI di mansuhkan, tapi ugama di ajar dalam bahasa BI dan wajib lulus, sekurang kurangnya B, amacam?

    Dunia dapat akhiratpun dapat..

    err. jangan serius sangat

    ----------
    Limaumaniss

    Aku dah tulis dalam entry “depa raya” kalau tak silap, cuba rujuk..

    ------------
    PeLunCuR IsLaM

    Jangan lupa undi aku ha ha

    ----------
    aL fAdziL mOhd fAdHiL

    satu kentut satu berak, dua dua busuk.., (baca: saling kutuk mengutuk)

    ----------
    Ezad

    Terima kasih

    -------------
    NaM_QoOL

    insya-allah...

    ReplyDelete
  55. satu entri yang best dan bagus..(dah lama baca, tp aku baru nk komen) erm..same la juga aku n kawan2 ku disini..kami pon kdng2 dilontarkan dengan ayat mcm tu oleh satu gerakan islam yg lain kat u aku neh..ape2 la diorg tu..kami xkesah pon..yg penting kerja dakwha jalan n orang yang join utk berdakwah sekali pon jalan..doakan moga kami ikhlas kerana Allah..

    ReplyDelete
  56. hidayat d tangan Allah en Hamka..
    terang macam mane pun lah..
    kalau Allah xnak bg faham pn xguna..doa jela..

    ReplyDelete
  57. salam..

    biar pun lama tidak memberi bekas di ruang komen, tapi pada setiap hari yang ada ruang terluang, blog nie tetap menjadi tatapan.

    KPI-Kelab Poligami Ikhwan
    menawarkan en.hamka pakej untuk merasakan gentar, keluh kesah, teruja dan pasrah seadanya..

    http://poligamiikhwan.org/portal/

    pada mata yang menyelar dengan bidikkan sinis dan menyumpah-nyumpah..
    tawanlah hati mu barang seketika..
    bicara retak dan hiris-hiris pahit poligami di tempuh dengan niat yang betul dan selalu diperbetulkan kerana Allah..

    1. Membela janda, anak yatim dan andartu.
    2. Menubuhkan rumah-rumah amal.
    3. Memberi kaunseling.
    4. Memberi motivasi.
    5. Mewujudkan tabung taqwa.
    6. Menganjurkan kursus-kursus perkahwinan.
    7. Menganjurkan majlis perkahwinan.
    8. Menyelesaikan masalah keluarga.
    9. Mencarikan jodoh.
    10. Menyediakan keperluan-keperluan kebajikan

    -hamka will u marry some of us? bling-bling the eyes is yours! woha!!

    -akak sherry

    ReplyDelete
  58. Dalam blog ustaz alorstari pon ada pasal nahi mungkar ni.

    http://hambalialorstari.blogspot.com/2008/11/mengapa-nahi-mungkar-tidak-dilaksanakan.html

    ReplyDelete
  59. besnye...
    sains ada, matematik ada, filem pun ada...
    memang A la cara bro ngajar...
    senang je nak faham...

    ReplyDelete
  60. --------
    AhMiEzZ

    Biarlah mereka menjerit dalam gelap menghalau malam, tugas kau, nyalakan lampu..

    -------------
    charisteas86

    betul

    -----------
    -akak sherry

    Setakat ini, saya masih tidak mentertai mana mana kumpulan yang perlu isi borang..

    --------------
    Duniasementara

    Faham sudah tunggu exam nanti pulak,

    ReplyDelete
  61. --------
    AhMiEzZ

    Biarlah mereka menjerit dalam gelap menghalau malam, tugas kau, nyalakan lampu..

    -------------
    charisteas86

    betul

    -----------
    -akak sherry

    Setakat ini, saya masih tidak mentertai mana mana kumpulan yang perlu isi borang..

    --------------
    Duniasementara

    Faham sudah tunggu exam nanti pulak,

    ReplyDelete
  62. Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash Radiallahu ‘anhuma katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu ini daripada hamba-hamba-Nya dengan cara mencabutnya sekaligus, tetapi Ia menarik ilmu ini dengan mengambil para ulamak-Nya, sehingga apabila sudah tidak ada lagi orang ‘alim, maka ketika itu manusia akan mengangkat orang-orang jahil menjadi pemimpin mereka, jika ditanya tentang sesuatu, maka dia pun cepat memberikan fatwa dengan tanpa berlandaskan ilmu agama (Cuma guna akal dan menurut hawa nafsu), akhirnya habis semua menjadi sesat dan si jahil itu terus menyesatkan.” [Riwayat Imam al-Bukhari & Muslim]

    sama-sama kita renungkan,

    salam ziarah... :)



    .

    ReplyDelete
  63. NGAAA...AKU NAMPAK N FAHAM HAMKA TULIS BENDA LAIN.TAPI PENGOMENNYE PON CAM RAMAI YG PERASAN BAGUS..HUHU

    SIAP KUTUK SANA KUTUK SINI.GAYA CAKAP DAH MACAM DIA ULAMAK BESAR DUNIA.

    KASARKAH AKU??

    SORIIII SEMUA..^-^TAPI BOSAN JUGAK NGAN MANUSIA MACAM NIH...HAIH..

    HUHU

    ReplyDelete
  64. dah bulan posa, selamat berpuasa

    peace!

    ReplyDelete
  65. Marrying A Karkun'h4:46 PM, August 28, 2009

    Salam
    Macam Panas je entry nie...

    pendapat abg Hamka tu boleh diterima pakai...dan pendapat org lain pun boleh juga diterima pakai... hanya Al Quran dan Sunnah je yg tak boleh disangkal kan...

    jadi kenapa perlu ada pertikaian itu "golongan itu sesat", atau "golongan itu tak ikut cara nabi"...dikalangan org yg konon2 nya nak bawa agama Islam...

    kejahilan umat Islam sendiri yg buat persoalan2 ni berlaku... berlapang dada lah kita semua atas keperbezaan yg tak sudah2...
    apa yg penting???
    KERJASAMA

    insyaAllah....

    ReplyDelete
  66. assalamu'alaikum bro,

    ikut mantiq, amar makruf - nahi mungkar ni merupakan dua perkara "Qait - muqayyat", dua perkara yang pasti seiring, maknanya sesiapa yg buat amar makruf, secara automatiknya dia jgk melaksanakan nahi mungkar dan begitu la sebaliknya, setidak2nya ia menegah kemaksiatan melalui seruan kebaikan yg dia buat.

    tuduhan yg mengatakan owg tabligh ni x buat nahi mungkar adalah dakwaan owg yg x berapa reti, sebab apa yg diowg ni faham, amar makruf hanya yg dalam bentuk kekerasan jer, kutuk2, maki2, buat demo, gaduh2, bakar2 bendera.. padahal amar makruf pun boleh dilaksanakan melalui menyeru kebaikan..

    wallahu'alam..

    ReplyDelete