Jul 28, 2009

Bagaimana menguasai dunia?

(Kenapa aku sokong poligami, dan bagaimana menjadikan kuantiti berkualiti.)

Dah lama hidup, berpeluanglah aku menjadi saksi dalam majlis perkahwinan orang yang berpoligami, macam-macam hal (geleng kepala sambil tersenyum)

Ok, dipendekkan cerita, kawan aku nak kahwin dua, maka disuruhnya aku menjadi saksi kat Mahkamah Syariah sebab mengikut undang undang Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu, siapa nak kahwin dua, kena masuk mahkamah dulu, bicara dulu, bawak diri, bawak bakal isteri, Wali isteri, dan jugak bawak 2 orang saksi, termasuk IC, lepas tu interview sikit, dan jika pihak hakim puas hati dengan keterangan dari bakal isteri, Wali dan dua orang saksi tadi, barulah Hakim Syarei akan meluluskan permohanan kahwin poligami dan dapatlah kawan aku tu kahwin dua, tiga dan empat. Lantaklah…

Dipendekkan cerita, akupun pergi mahkamah Syariah sebagai saksi kawan aku tu, tapi tak boleh masuk sebab pakai selipar, (apa punya kampong aku daa..), maka terpaksalah aku pinjam kasut dari satu orang brader kat situ..

Lepas bakal Isteri dan Wali bakal isteri kawan aku bagi keterangan masing-masing yang menyokong perkahwinan ini, dan lepas soal jawab dan pihak hakim nampak macam puas hati tapi masih sikit lagi tak puas hati, maka tibalah giliran aku sebagai saksi pulak dipanggil untuk beri keterangan bagi menambah sokongan..

Lalu aku dan sorang lagi member aku yang menjadi saksi ‘tertuduh’, pergilah mengadap hakim dengan kasut pinjam tadi..

Terus Hakim ni tanya:

“kamu berdua sokong ke Hamba Allah ni kahwin lagi satu?"

Terus kami angguk kepala dan berkata, “Sokong! Sokong!”

“Kenapa sokong?”

Tanya Hakim tu..

* * *

Ok, di sini ada dua jawapan, satu dari aku dan satu lagi dari member aku yang juga jadi saksi, kita pergi satu satu:

Jawapan dari aku:

Tuan Hakim, saya menyokong perkahwinan ini kerana, jika kita rujuk sejarah dunia berkenaan dua ugama terbesar yang mana ugama kristian jika di hintung umurnya berdasarkan tahun masihi, iaitu 2009 tolak hari lahir Nabi Isa Alahisalam, maka ketahulah kita bahawa umur ugama kristian dah mencecah lebih 2000 tahun bertapak di atas muka bumi yang fana ini,

Manakala, ugama islam pula, jika di kira dari tahun Nabi berhijrah iaitu 1430 tahun yang lalu sebagai rujukan, (sambil seluk poket keluarkan handphone dan cari menu kalkulator) di sini bermakna dari segi matematiknya, 2009 tolak 1430 maka jawapan adalah 579 tahun beza ugama kita dengan ugama kristian, senang cerita 500 tahun beza..

Ok, dari fakta ini, secara logiknya, sewaktu perang badar berlaku iaitu selepas 13 tahun dakwah di Mekah, orang islam tak ramai, yang sertai perang hanya 313 orang, sedangkan waktu itu penganut ugama kristian adalah begitu ramai, seluruh dunia penuh dengan orang yang berugama kristian, logic sebab ugama mereka awal 500 tahun.

Tapi di zaman pemerintahan saidina Umar al Khatab, iaitu kira kira 20 tahun sahaja selepas tahun hijrah, dunia ini telah diperintah oleh orang islam, iaitu hampir dua pertiga ummat islam ada di seluruh dunia, bayangkanlah walaupun ugama kristian 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini, manakala ugama islam baru 20 tahun, saya ulangi: 20 TAHUN! tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia ini,

Baru 20 tahun!, tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia pada waktu itu!!, kalah ugama kristian yang dah lama 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini.

Tuan Hakim tahu kenapa?

Kerana Paderi kristian tak kahwin, pendakwah kristian juga tak kahwin!,

Tapi ummat islam, para pendakwah kahwin lebih dari satu! Jarang yang kahwin dua, banyak yang tiga, lagi banyak yang kahwin empat!!!

Nabi pulak galakkan sahabat tambahkan ummat, melalui dua cara, satu: dakwah, iaitu ajak orang kafir masuk islam, manakala satu lagi: POLIGAMI, kahwin banyak!, dan dapat anak banyak, atau kahwin dengan Mu’alaf yang dah ada anak kecik, automatic anak kecik tu masuk islam.., tak gitu tuan Hakim?

Tapi tuan Hakim,

Sayang seribu kali sayang, selepas 1400 tahun kemudian,menurut Michae H. Hart, pengarang buku “100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam sejarah manusia.”
yang mana beliau, Michae H. Hart, telah buat kajian pada tokoh-tokoh dunia dan bersetuju mengatakan Nabi Muhammad adalah tokoh yang tiada tolok banding, tapi menurut beliau dalam bukunya, orang kristian pada tahun 1974 adalah lebih ramai dari ummat islam, pelik?, paderi mereka tak kahwin sedang ustaz ulamak kita semua kahwin, tapi kenapa selepas 1400 tahun, mereka orang kafir lebih ramai?..

Jawapannya adalah kerana Ummat islam ramai yang tak buat dakwah, dan ummat islam juga ramai yang tak berpoligami, bak kata P ramlee, sedikit-sedikit sahaja yang kahwin empat..

Maka kerana itulah saya menyokong kawan saya ni kahwin lagi satu dalam usaha menguasai dunia dengan lebih cepat dan tepat, lagipun dia ni juga aktif berdakwah, elok sangatlah tu! maka pekej ‘menguasai’ dunia itu amat sesuai sangat, Dakwah dan Poligami!, jadi saya sokong beliau berkahwin 100 peratus!

Sokong!

*******

Ok, hujah itu adalah dari aku seorang yang bukan ustaz, jangan serius sangat, err, kat mana tadi? Ok, sambung balik, sekarang, dah penat membebel,: korang tahu apa reaksi hakim bila aku bagi jawapan dalam bentuk presentation macam tu?

Tak ada sebarang reaksi sebab semua tu hanya dalam minda aku, aku dah susun ayat dan babak tadi, tapi belum sempat aku menzahirkan apa yang ada dalam benak kepala, tiba tiba saksi yang satu lagi yang merangkap saksi nombor dua dah jawab dulu dah!!.

Jawapan dari saksi nombor 2

“Saya sokong sebab saya rasa dia mampu”

“Mampu?” soal hakim lalu menyambung kata-katanya:

“Dia gaji kecik, anak dah lima, macam mana nak kahwin lagi satu?”

“Dia mampu dari segi ilmu”


Terus hakim tu senyum bila dengar jawapan camtu. dan tanpa banyak cakap, terus keluarkan tarikh perkahwinan…

Sekian.

Hampeh, tak sempat aku nak berkata-kata, Hakim tu dah setuju dan tutup kes, tapi takpelah.., sebab maksud dah tercapai.

Selamat pengantin re-new!

Ps: Jangan lupa pakai kasut bila masuk mahkamah!

71 comments:

  1. Kawin dua? Bunyi macam senang. Tapi tak semudah disangka...

    Keluar buat dakwah 4 bulan/40 hari setiap tahun, balik rumah macam pangantin baru.. huyoo..

    *ni posting jam 1 pagi.. kau dah mandi ke bro?

    ReplyDelete
  2. ..agak2 khawin dua akan menaikkan iman kamu atau tidak.. kalau rasa tidak jangan cuba2..

    ReplyDelete
  3. azharjaafar

    He he

    ----------
    abuyosof

    aku setakat ni, cukup sorang, (bini aku sebelah la ni)

    ReplyDelete
  4. kualiti lebih baik daripada kuantiti

    ReplyDelete
  5. cukup seorang. insyaAllah

    ReplyDelete
  6. aku tak sanggup r poligami... aku tak nak! cukup je seorang... tp aku amat sokong dan galakkan ORG LAIN berpoligami...

    (mcm org dah khwin je aku ckp ni)hihi

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. aku adelah pengkomen perempuan pertama...
    poligami?mungkin bg wania x sanggup dimadukan n berkongsi kasih...
    tp, kalo menolak, takot ALLAH murka kerana menidakkan ayat2 ALLAH...dlm quran pon ade suruh kawen lebh dr 1...means poligami la kan...
    dr pengalaman aku sbg ank yg punya 2 mak...
    poligami?insyaALLAH aku izinkan laki aku kawen lain...kalau bakal isteri nya mampu menjaga suami aku nanti dengan lebh baik, atau sama baik ngn aku...mampu mendekatkan diri suami aku dan aku kejalan ALLAH...
    bunyi cam mustahil kan?
    kalo xde ciri2 2, jgn harap aku nak bg laki aku kawen lain...tak pasal2 aku dapat dosa free....
    yg paling penting, laki kena la btaw isteri 1st yg korang nk kawen lgi...jgn diam2....sakit ati taw...
    elok2 redha nak dpatkan payung emas, jadi x redha n x ikhlas lak...wpun kenyataan itu pahit, tapi kna gak terima...
    sebab aku nk jd isteri solehah...

    huhu...terover lak...
    aku x kawen lagi...ahakz!

    ReplyDelete
  9. poligami?
    ada sorang kawan aku ni bini no2, dulu dia yang nak sangat kahwin dengan mamat tu yang dah ada anak 3
    baru2 ni dia mengadu kat aku dan tanya 'aku dah salah pilih ke haa?'
    aku lagi la taktau nak jawab apa...

    kisah rumahtangga ler plak...

    err....satu lagi...
    sejak akhir2 ni, banyak benor aku baca kes dalam suratkhabar pasal perceraian, pasal poligami yang melibatkan orang2 yang ada ilmu agama yang boleh dipanggil ustaz, kes rumahtangga dera seksual yang melibatkan ustaz dan ustazah la..macam2 la...

    yang dah bercerai lari dari tanggungjawab bagi nafkah anak2 la..

    bukan kerr mereka orang yang berilmu jugak kiranya?

    makin menakutkan aku, sebab selalu aku doa dipertemu jodoh dengan orang yang soleh gitu...

    alangkah takutnya aku dengar cerita2 camtu..

    maafkan aku, apa yang aku tulis ni adalah apa yang aku perhatikan...

    ReplyDelete
  10. Sal kena pakai kasut Hamka? banyak semut ke kat dalam mahkamah?

    ReplyDelete
  11. Jadi, bro dreba lori yg kawin 4 kat Tganu tu dah pun "kuasai dunia" ye? :)

    Aku dah berpengalaman dlm hal ni ;)

    ReplyDelete
  12. Salam... Tahniah kepada Kawan Hamka tu... X lupa kepada mereka2 yang telah pun mengamalkan poligami ini...

    Hanya mereka-mereka yang terpilih sahaja akan berpoligami...

    Mereka yang bertanggungjawab & tahu menunaikan HAK....

    Aku macam x mampu... maka aku tidak terpilih...huhu

    ReplyDelete
  13. Biasanya ada orang akan tanya saya
    "Kawin empat nikan sunnah Nabi"

    Saya akan jawab macamni
    "Kalau awak betul-betul ikut sunnah Nabi dalam bab poligami, maknanya awak kena tunggu isteri pertama meninggal dunia dulu"

    =)

    ReplyDelete
  14. Assalam Hamka,boleh tak tolong ulis macam mana usaha atas masturat berjalan..aku pun dah nak kahwin ni

    ReplyDelete
  15. Rasulullah pernah je melalui fasa tidak berpoligami iaitu ketika bersama his 1st true love, Khadijah...


    ~berbahagialah dengan satu isteri

    p/s: teringin utk jadi spt Khadijah


    Eve

    ReplyDelete
  16. salam.
    hamka knp kamu xnak berpoligami? atau kamu akan berpoligami apabila?

    jwb la soalan ni ngan penuh hikmah ok.

    ReplyDelete
  17. btul...tapi kita hanya akan dapat kuasai dunia dengan menghasilkan 'produk-produk' yang berkualiti, bukan hanya 'produk' yg lebih pada kuantiti...ye kan?


    p/s: tgh layan lagu muhasabah cinta...best...!!!

    ReplyDelete
  18. alaa.. jawab je nak jumpa Tuhan nanti, tak perlu pakai kasut. mengapa nak ngadap hakim yg berasal dari setitis air mani, perlu pakai kasut?

    --
    credit to: Kartunis Ujang

    ReplyDelete
  19. nak bg feedback sikit kat ...antikapel... dulu masa saya blum kawen saya fikir cam tu gak siap ckp kat bakal suami kononya mcm u katakan tulah. tup2 bile dh kawen..sayang woo.. tak nak kongsi2.. loni dan 7 thn kawen..alhamdulillah rumahtangga x de problem, tp masalahnye bila dia tuntut blk apa yg kita ckp kat dia time blm kawen dulu!Waaaaa!

    ReplyDelete
  20. ok je poligami ni bg aku

    yg pasti, biar byk rumah, jgn byk 1 rumah.. walaupun kita 1malaysia.. errr tak lawak
    maksudnya, kalo byk bini, kene la byk rumah, sesuai dgn bilangan bini.. kalau kumpul sume 1 rumah, ishh tak tercapai akalku

    ReplyDelete
  21. err.
    tidak.
    tak suka.
    tak suka kongsi.
    bukan menidakkan benda yg halal.
    cuma, dr menambah dosa kerana saket hati.
    dan terseksa.
    lebih baik tidak.
    tak dapat dibayangkan suami yg dipeluk cium hari ni, besok dgn org lain.
    biar apa pun alasan, kalau nak menambah lg satu, cinta dah berkurangan di situ. lebih baik aku pergi.

    sobbb.

    ReplyDelete
  22. baca entry ni teringat aku kat ahli jemaah ipb aku. ada sorang pakcik dari markaz kuantan. kahwin 3. dah tua, tapi masih gagah lagi. ada lagi ke dia skang? ke dah cukup kan 4 dah? driver lori gak. keluar taim raya puasa, bila ditanya kenapa keluar masa raya, dia cakap, tak perlu pening kepala nak balik rumah isteri mana satu.

    kirim salam kat pokteh bro. ko kan markaz kuantan.

    ReplyDelete
  23. haha. betul jgak jwpn dia tu. tapayah pening2

    ReplyDelete
  24. yg kawen dua tu biaq la amik yg janda2 ya,sian lak yg bujg kene main rebut2..hehe

    ReplyDelete
  25. Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali

    Kadang-kadang, lebih dari cukup!
    insyaAllah

    ------------
    PeLunCuR IsLaM

    Tahu takpe : )

    -------------
    ...antikapel...

    Bagus, walaupun nama kau antikapel, tapi kau tak anti kepel dengan madu, bagus!

    ----------
    faz

    soalan 'aku dah salah pilih ke haa?'

    banyak jugak datang dari isteri yang tak berpoligami..

    jugak banyak datang dari suami suami.., dan merujuk soalan kau, mungkin dari orang berilmu..

    dan jangan pelik, akhir zaman, ramai orang tahu tapi tak amal..,

    akupun kantoi gak, semoga Allah ampu dosa dan bagi hidayah!

    Ps: tak payah takut bertemu jodoh yang salah, sebab atas dunia, masih boleh ‘adjust’., insyallah..

    ---------
    Ibn HAJARS

    Ni kes ‘pijak semut sampai mati’, sebab tu masuk mahkamah..
    : )

    -------
    cik intan

    dreba lori yang kawin 4 kat Tereganu yang korang tuduh sebagai abang aku dulu tu dah pun "kuasai separuh dunia", dan separuh ugama, jika dia aktif berdakwah, maka lengkaplah pekej “menguasai dunia”

    err, kau nombor berapa?

    ----------
    Luqiem

    Akupun tak .. errr, layak lagi kot..

    ----------
    an2blur

    itu yang cerita siram kubur isteri hari hari tu..

    ----------
    doktor samurai

    ni kau kena Tanya blogger Azharjaafar, Insyallah dia boleh membantu..

    ----------
    Eve

    Jka kau Eve, aku Wall E..

    -------------
    saye_pemalu

    aku bukan tak nak,.., kalau bini aku carikan, baru aku nak kot, ok..

    dah habis hikmah dah aku rasa tu..

    -----------
    limaumaniss

    tengah layan lagu Micheal Jakson, awww! (lagu nasyid, suara macam micheal, ntah betuk tak?)

    -----------
    dewakebaikan

    itu yang aku angin satu badan, tapi sebab kesian kat kawan aku, masuk jugaklah aku ke mahkamah dengan kasut pinjam..

    ------------
    cucujabbar

    Sunnah Nabipun asingkan rumah, tapi tak salah duduk sekali..

    ------------
    Strobery.itu.aku

    Kau nak pergi mana?
    Di saat isteri yang ketagih seks rela menjadi isteri orang, kau yang dimadukan nak pulak pergi, bila air dah naik kepala nanti, siapa susah?

    sobbb.

    -----------
    atap_aje

    kelakar alasan pakcik tu..

    -------------
    Ibnu Mutalib

    Kawan aku suka minum kopi janda, isteri dia tengok kopi jandapun dah kena marah..

    ReplyDelete
  26. saya ada cita2 mahu bermadu dari dulu.

    sekian.

    ReplyDelete
  27. Salam, apa ya jawapan terbaik kalau suami minta izin nk kawen lagi?

    ReplyDelete
  28. hehehe,gelak dulu ni.
    assalamua'laikum tumpang lalu ye tuan umah.
    tak mo komen ape2 cuma terkagum dgn cara tuan umah jwp pd tuan hakim siap sejarah,matematik,implikasi,masuk sains sket mmg mantap :)
    cuma...(isk komen gak sket ni hehehe)bila dipraktikkan oleh seseorang maka laluilah dan fahamilah dia erti kehidupan poligami.moga ia memberi laluan membuat kebajikan seperti tuan umah ckp dan moga dia bersedia utk apa segala keadaan :)

    ReplyDelete
  29. biar la. aku mmg tanak kongsi. tank jugak. lantak la org len nak kongsi aku mmg tanak, kalo kau da tanak ak pun tape. yg pasti ak mmg tanak kongsi. ak tak suka, tak suka dgr pengalaman org yg dimadukan sume pahit. kalau korg ni lelaki2 nak poli sbb nafsu, pcaye la.. bila kau kawen lg satu nnt, tahu la apa allah nk bg. nak sgt. ambil!

    ReplyDelete
  30. Salam..
    Kalo ckp pasal poligami tak penah sudah huhu... em.. tokse eh bui laki ore nikoh lain.. kalo ado niat nk nikoh lain.. jgn nikah ngan ore... ehehehe..

    ReplyDelete
  31. kahwinlah sesiapa yang rasa nak kawen 1, 2, 3, 4. ia dibolehkan mengikut syara'. asalkan adil, sabar, dan berkemampuan dari segi ilmu, harta, kesihatan, dan pandai membahagikan masa.

    sunnah nabi, bukan kawen sahaja. bagaimana nabi bahagikan masa pon kena contoh. tak silap, nabi bahagikan setiap hari kepada 3 bahagian. cubalah.

    btw, skrg musim orang mati. elok sangatlah kahwen menambah zuriat. i pon x sabar, you! awww!

    ReplyDelete
  32. salam..hamka

    bagaimana nak rileks tunggu jodoh sampai? kadang2 jeles ngan org lain berpasangan. nak couple tp x halal la pulak.

    anda sering menggalakkan pernikahan dan sewaktu dgnnya. camne lak bg org yg belum tiba jodohnya wpun sudah boleh bernikah.

    ReplyDelete
  33. Salam.. mmmm... Mcm kenal je 'kawan' Pok Ka 2... mmmmmm...

    ~1st komen~

    ReplyDelete
  34. to Anonymous...
    haha...betol2...xdot nk nafikan...
    skrg ni x kawen lg leh r ckap...t dah kawen bukan sesenang ape yg kite dah cakap kan...
    insyaALLAH aku try meredakan dri aku sndiri....
    penah gak isu ni dibangkitkaan kat kelas satu mase dulu...
    ade sorang minah ni, beria kata kalo die kawen t die xkan bagi laki nye kawen len...
    kalo nk gak, bagi hrta kat die n ceraikan die...
    aku agak terpegun dengar kata2 die...betapa die sungguh x nk laki die t kawen len...
    pastu ustaz aku pon kater la...
    poligami ade dlm alquran...mksudnye dr ALLAH....
    kalo kiter menola kata2 e, mksudnye kie mnidakkan ayat2 ALLAH....
    takot murtad jer nnt....merosakkan iman sebab xtrime qada' n qadar yg ALLAH da tetapkan...
    brape ramai ustazah2 yg berkelulusan agama yg tnggi rosak iman kerana menidakkan arahan ALLAH?
    lagi snggup diceraikan dr dimadukan....

    sory kalo salah ayt...huhu...ni ape yg ustaz aku kate...aku leh trime pe yg die kate....
    sape kite nk menidakkan hukum ALLAH?
    huhu....
    mga2 aku bakal menjadi bini yg solehah tok zauji...
    hehe...

    to pakcik hamka....
    aku mmg anti kapel....tp aku x anti nikah...nikah 1...2...3...
    kan halal...
    hehe

    say no to kapel
    say yes to kawen....ahakz!

    ReplyDelete
  35. aishah_conteng_

    dulu dengar ustazah ceramah, sanggup potong jari jika ada perempuan suka bermadu,.., nazar ustazah tu.., semoga Allah ampun dosa dia..

    ----------
    ummu fatimah

    aku rasa perempuan jika benarkan suami bermadu, mereka sungguh bijak sebab beban menjaga suami dah di agihkan..

    mungkin yang kahwin empat, seminggu sahaja masa yang perlu di peruntukkan untuk suami, masa lain, bolehlah beribadat, baca buku, menganji.., main dengan anak, uruskan diri dan lain lain.., oh indahnya hidup

    -----------------
    Strobery.itu.aku

    Aku selalu kongsi berus gigi dengan bini aku..

    ---------
    Cermin

    Hmm

    ----------
    ZHAF

    saye_pemalu

    Belajar perasan sibuk.

    ---------
    Zinnirah

    Alamak, ada orang tahu identity superhero, maka kewajipan kaulah merahsiakan identity aku demi hidup yang normal

    --------
    ...antikapel...

    : )

    ReplyDelete
  36. kalau orang yang gila sex nk poligami, how? respon di 0173780793 pls..- abe ke

    ReplyDelete
  37. aku doakan aishah conteng dan anti kapel dpt bermadu ;)) payung emas kan. hati korang sungguh mulia.

    memang lebih baik bermadu dari diceraikan.

    tp aku dah tengok dgn mata kepala aku sendri berapa ramai yg dimadukan dan merana. jadi, nak merana sepanjang hayat ke? tak semua perempuan punya kekuatan seperti sstgh perempuan yg lain. apapun jodoh pertemuan di tgn Allah. apapun yg Allah tentukan, itu kehendak Dia. cuma aku nak cakap, time belum kawen boleh la kite dgn bangga nya cakap sedia bermadu. tp bila dah bersuami, terlalu sygkan dia sampai kita pun lupa yg dulu kita sedia dimadukn. macam ustazah aku skrg husbnd dia tuntut balik kata2 dia. menganga kau ;) tp aku respect la kat sapa2 yg sedia bermadu tu.

    ReplyDelete
  38. isu sensitif ni...
    aku x berani nak komen la... hu3x

    ReplyDelete
  39. saya kalau suami nak kawin lagi satu takpe tapi saya taknak dok ngan dia lagi.suami dah tak brapa sayang, tunggu apa lagi angkat kaki la....kalau dia msh sayang mesti dia tak sampai hati nak lukakan hati.

    sedihnya bila ingat suami kita dalam pelukan orng lain...

    mungkin redha pada mulut tapi hati ni mesti sedih dan cemburu selalu..pastu kecik hati sorang2..

    alangkan isteri nabi pun cemburu...

    ReplyDelete
  40. aku sependapat ngan Rulza. kalau dia sayang, tak mungkin nak lukakan hati kita ;(

    ReplyDelete
  41. selalunya kalau aku tengok kenapa orang perempuan tak beberapa suka suaminya kawin lain sebab

    1) tak nak kongsi suami dengan orang lain
    2) terasa kasih sayang suami makin kurang
    3) tak nak kongsi harta suami

    tapi jangan lupa dalam quran memang ada sebut pasal poligami mula dari 2,3,4 tapi kalau anda baca sebelum ayat tu ada sebut pasal anak yatim.

    yang aku faham dari terjemahan ayat tu, kita kena berlaku adil kepada anak yatim. hatta kalau nak kawin dengan anak yatim pun tak digalakkan sebab takut termakan anak yatim.

    jadi daripada ada plan nak kawin dengan anak yatim yang banyak harta, Allah syorkan kawinlah 2,3,4 janji bukan anak yatim. tapi kalau kawin 2,3,4 takut tak adil, kawinlah satu.

    dalam islam adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, adil bukan bermaksud sama rata.

    tentang rasa kasih sayang suami berkurang selepas kawin lain, aku kurang setuju sikit. sebab kalau kasih sayang berkurang, kenapa dia masih perlukan isteri pertama??? mungkin ada sesuatu yang ada pada isteri pertama yang takde pada isteri kedua.

    bagi lelaki, kita boleh melakukan persetubuhan tanpa melibatkan cinta. perempuan mungkin susah sikit laa. apa pun takrifan cinta antara lelaki dan perempuan berbeza.

    namun jika ada peluang ...

    ReplyDelete
  42. Tepuk dada, tanya iman dulu kita kuat mana, sebelum dicampak-Nya ke neraka

    sebab tidak berlaku adil?

    Ke guane?

    Tu antara bait sajak saya, hehe.

    ReplyDelete
  43. Tepuk dada, tanya iman kita dulu kuat mana, sebelum dicampak-Nya ke neraka

    sebab tidak berlaku adil?

    Ke guane?

    Tu antara bait sajak saya, hehe.

    ReplyDelete
  44. Saya perempuan.

    Dan saya menyokong poligami.

    Itu saja.

    ReplyDelete
  45. Salam tuan sheikh, apa lak hujah nak pinang suami orang yang mampu ilmu dan duit dan memang suka la....

    ReplyDelete
  46. Poligami? Aku x kawin lagi dan buat masa ni hanya mampu berorigami. Siapa nak angsa kertas? seribu keping seratus ringgos jer...

    ReplyDelete
  47. to anon..doa seorang saudara untuk saudaranya yang lain tanpa pengetahuan dia mungkin lebih baik.

    kekuatan untuk yang menjadi anak,isteri, suami,janda, balu dan lain2 adalah mungkin dengan mengingati yang perit dunia hanya sedetik dan ada kehidupan lebih indah nanti. dan semuanya jadi mudah. saya rasa.baru mungkin kita redha. baru mungkin tak ada rasa yang tidak perlu.

    tapi saya sangat lemah~

    ReplyDelete
  48. amin, kalau benar2 cinta dan syg, apa shj pd isteri kau, kau akn terima....kalau semata2 sbb dia ada cacat cela dan kau menikahi yg lain sbb itu, mksdny kau bkn syg sgt pon. itu apa yg ak mksdkn. mnjadi isteri ke-2,3,4 itu mudah. mnjd yg pertama itu yg terluka. kalau kau dimadukan?kalau perempuan boleh kawen rmi?kalau kau yg berada di tmpt tersebut?kahwinlah kalau kau nk buat baik. kalau umor kau 25 dan diaa 50. kawen laaaaaaaaaaaa. ni x, nk yg bergetah je. lelaki mmg begitu kn?

    ReplyDelete
  49. welkam back bro! gua ingat lu dah stop terus blogging.kalo free2 jenguk2la blog gua. gua pon anak ganu gok..:)..salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  50. beh..aku terkenang pd kwn sekelas aku yg pd ms tu kate beliau rela dimadukan..kat mane la mung loni.

    bravo pokka

    ReplyDelete
  51. poligm itu bukan soalan berani atau tidak berani
    mengapa org selalu bilang begitu?
    siapapun akan berpikir belom sedia karena mereka gak paham soal poligami
    dulu aku juga begitu
    tapi sejak ada soalan ustads Aagym poligami..aku bisa paham insya Allah
    wanita dan pria punya hak yang sama..dan kewajiban yang sama
    walau practically berbeda
    kamu bilang belum sedia dan juga kwanmu itu bilang begitu...karena kalian hanya bisa melihat poligami sebagai konsekuensi materi
    padahal lebih dari itu..
    materi dalam bentuk kebutuhan sex, finansial etc
    kawanmu itu..klo mmg sokong poligm dg alasan spt itu..mgp dia gak lakukan poligami?
    atau berusaha melakukan poligami?
    semua komentar yang aku baca di blog itu hanya melihat poligami dari segi materi...atau hanya orang2 yg pengecut..looser...mereka sokong tapi gak mau melakukan
    lihat lah kenyataan
    banyak janda, banyak wanita single, banyak wanita yg dinikah oleh non moslem etc
    klo kita semua wanita dan laki2..bisa melihat poligami sebagai suatu bentuk dakwah maupun ujian kecintaan pada Allah...insya Allah poligami akan spt halnya pernihakan monogami biasa
    paham gak maksudku?
    jadi klo km bilang gak berani poligami, mengapa km berani monogami?
    dulu aku penentang poligami...aku akui itu
    mengapa sih iya terus
    poligami itu juga bukan ujian bagi laki2 utk berbuat adil..maksudku..aku memahami nya dalam qur an itu berbuat adil tu juga bagi wanita (istri) dan juga laki2 (suami)
    artinya...si istri juga harus adil membagi suaminya dengan istri2 yang lain
    misalnya..klo aku istri ..maka aku gak bisa memonopoli suami ku utk aku saja..aku jg harus bisa membagi suami ku utk istri2 yg lain...gak bisa aku serakah
    suami juga begitu..harus mampu bersikap adil kepada istri2 nya
    mengapa harus begitu? karena kita ini milik Allah, semua ini milik Allah...Allah saja yg memiliki kita bisa bersikap adil pada kita, masak kita yg dipinjami sementara gak bisa adil?
    selain itu hanya kepada Allah lah kita bergantung...rejeki, kebahagian etc adalah tergantung pada Allah..bukan pada istri/suami

    ReplyDelete
  52. 0173780793

    Dah gila seks, eloklah poligami, baru tak gila, kalau tak, dirogolnya budak sekolah.., lebih kurang begitu.., tapi taklah sampai camtu..

    -------
    duniasementara

    : )

    ------------
    RULZA

    Teringat lagu ukays..

    “ku terima satu nota, ringkas tulisannya.., dia sedia undur diri dan memaafkan aku..’

    CHEWAH!

    ---------------
    Strobery.itu.aku

    Bila isteri aku baca entry ni, maka diapun menambahkan servis yang bagus supaya aku tak berpoligami, akhirnya aku hidup bertambah bahagia, tu baru niat poligami dan bahagia, belum poligami lagi tu.. heh

    ---------
    Amin007

    Berkongsi nikmat itu di galakkan dalam islam…

    ---------------
    abuyon

    he he

    ------------
    pjaomn

    Mak Saya juga seorang perempuan.

    Dan anak mak saya menyokong poligami.

    Itu saja.

    ------------
    A traveler looking for the right path

    Aku ada satu strategi..

    Nanti aku tulis, he he

    ---------
    Kacik Kamarudin

    Boleh tak buat keretamayat kertas..

    -------------
    aishah_conteng_je

    tapi saya sangat lemah?, bila bekerja sama semua jadi mudah! Wonderpet, wo.. ha!
    (begitulah madu wonderpet saling bantu membantu)

    ------------
    simple_me

    masih ada rezeki nasi dagang..

    ----------
    abuNawast

    boleh nyanyi lagu “kamus asmara”

    -------------
    kinoyumar

    waduh, dulu waktu ku kerja di kilang JVC shah alam, ada jugak cewek indon yang butuh padaku, aku juga butuh padanya, akhirnya aku mengidamnya, tapi kerana ibuku yang tidak mahu berbesankan orang jauh, maka kulupakan hasratku, oh ya, namanya yeni fitra dari sumatera barat, muka ada iras siti nurhaliza Cuma posisi tahi lalat sahaja berbeda..

    apa kabar lu sekarang? Gambang atau bahagia?.., apa apa saja sih

    kepada kinoyumar, aku bangga sama kamu, adil yang kamu coretkan itu, buat aku terkasima, memang benar sekali adil juga harus untuk wanita..

    yak-itu bisa membagi bagikan suaminya sama pria yang lain..

    arghh, biar ku menyanyi sikit..

    “Maafkan aku.., menduakan cintamu.., berat rasa hatiku, tinggalkan dirinya.., dan demi waktu.., yang bergulir di samping mu.., maafkan lah aku, sepenuh hatimu..”

    Woha!

    ReplyDelete
  53. maksud saya wanita juga harus bisa bersikap adil itu adalah dia juga harus bisa bersikap adil terhadap istri2 yang lain dari suaminya itu, atau ..dia bahkan jg bisa "membagi" suaminya itu dengan wanita2 lain maksudnya mencarikan istri lagi gitu buat si suami..
    selain tentu juga membagi suami dengan pria2 lain..tp bukan utk dinikahi ya hehehe..maksudnya pria lain kan teman2 suaminya..

    anyway, poligami bisa sj tidak mudah tapi bukan berarti tidak mungkin atau tidak bisa atau tidak mampu...kita ini manusia tidak tahu apa2 yg terjadi di masa depan,yg terbaik buat dirisendiri etc...jadi klo ditanya "siapkah atau maukah km berpoligami?? kenapa tidak dijawab saja dengn "insya Allah"?? menurutku itu cara menjawab yg paling pas..karena dg begitu kita serahkan kepada Allah...klo Allah ijinkan..walaupun anda wahai laki2 maupun wanita merasa tidak mampu atau tidak sanggup etc etc..tp klo Allah sudah ijinkan, tentu akan terjadilah poligami itu..tp klo emang Allah gak ijinkan..walaupun kita sdh merasa mampu,dg alasan apapun..poligami gak akan terjadi..Jadi pada akhirnya apalah yg kita bisa buat selain berdoa supaya tetap sabar dan syukur atas takdir yang ada dalam hidup kita ini..
    Allahualam
    kinoyumar

    ReplyDelete
  54. Salam,

    Poligami, sunnah Nabi yang dikontrovesikan. Tak adil, tak bagi nafkah, menzalimi, poligami yang disalahkan. Dalam monogami bukan sedikit masalah dizalimi, tidak adil, isteri tanggung suami, tak pula monogami tu disalahkan. Ramainya lelaki, menyokong poligami untuk kepentingan diri. Dipilih wanita2 yang boleh membelanya, bukan untuk dibela. Ramainya wanita menolak poligami kerana rasa pemilikan yang tinggi. Rasa suami tu miliknya yang mutlak. Kebaikan suaminya memang tidak boleh dikongsi. Aduhai, ketika watakmu masih lagi seorang isteri, punyai suami tempat bermanja sehari2, bolehlah engkau mengagungkan peganganmu yang poligami itu haram buatmu. Andaikata suami tercinta ditarik kembali oleh Allah, kau terkontang kanting dengan anak-anak yang tak terbela, ada pula pula hamba Allah yang bwerwatak suami orang yang datang ingin melamar nak membelamu, waktu itu baru kau tersipu malu.

    ReplyDelete
  55. to kinoy,

    kelihatannya kamu ini suka ber'sightseeing' ya.hihi.pelik dgn ayat aku ni.

    aku suka bangat dgn coretan kamu 'malaysia-negara seribu masjid'.

    aku juga pernah berkesempatan ke indonesia..kelihatannya indonesia negara yg sgt sibuk..btol ngak?.

    soryla, bisa pening juga berckp dlm dialek indonesia ni.

    aku malaysia...

    ReplyDelete
  56. cuba fikir mampu ke suami2? Saya rasa suami banyak yang berkongsi duit ngan isteri..betul tak???
    sudahla isteri kena bekerja.gaji isteri terpaksa suami guna untuk tampung keperluan keluarga..

    sekiranya suami saya pergi dulu, ntahla jodoh saya bagaimana..tapi saat ini saya sangat kesian tengok isteri2 yang bermasalah bila suami kahwin lagi...rasa kesian sangat. sedih bila ada yang datang menangis dan mengadu suaminya tak pulang dan layan dirinya seperti sampah.sedangkan masa nak kahwin dulu merayu2. kata lagi manis dari gula.

    wanita sekarang mampu hidup sendiri. hatta jika bersama suami pun kebergantungan hanya sedikit saja. dari segi kewangan kebanyakan dan boleh survive.. malah wanita kadang2 lebih berilmu dr lelaki.. silap2 si suami yang kena pimpin...aduh

    tapi ada je yang poligami tu bahagia...siap buat persatuan keluarga super lagi. kena cara pasti menjadi...

    ReplyDelete
  57. saya perempuan dan saya juga terjebak bercinta dengan suami org. But wait! sy terima dia sbb dia di dlm proses penceraian. And i tell u, proses mahkamah itu bukn mudh dn memakan masa yg lama dan ia sungguh memenatkan. Bila saya tanya kenapa tak nk kawen dua saja, dia jwb, dia tau dia tak mampu dan takkan dapat berlaku adil. kadang2 mereka sendiri tidak mahu berpoligami tetapi betulkan tindakan mereka? bercerai untuk bersama dgn org yg mereka sayangi??

    ReplyDelete
  58. aku dah memang dikelilingi dgn keluarga yg berpoligami. aku tgk, masyaallah isteri baik sgt. ada seorg ahlia kpd toooot* mmg terkenal dgn sifatnya yg sgtsgt baik. kami semua tahu, dia seorg yg sgtsgt menjaga suaminya. bahkan janggut pun diminyakkan, disikatkan. seorg yg khidmat suami mmg superb! tp satu hari, suami nya keluar 4 bulan, bila balik...bawak lg 1. terduduk ak dibuatnya. dan bini no. 2 adalah budak uni.

    cerita kedua juga sama, seorg yg sgt baik. bahkan aku sendiri pelik kenapa dia terlalu lembut tutur kata, terlalu menjaga diri dan suami, lalu sang suami mengambil kesempatan menikahi yg lain, isteri kedua dr indonesia juga dinikahi semasa keluar. dia jatuh sakit.

    cerita ketiga, si isteri bersuami kaya, dan suami mahu kahwin lain, lalu diberinya syarat maka hidup bahagialah dia dgn anak2 nya membawa diri dgn sejumlah wang yg byk. suami dia belakang kira.

    wahai kaum lelaki, sgt mudah bila kau tidak duduk di situasi tersebut. sgt mudah bila kau tidak merasa apa yang kami rasakan. sgt mudah bg mu berkata kami bahkan perlu berlaku adil sehingga mencarikan calon istri buatmu lg. sgt mudah kan?

    dan yg paling sedih, bertahun2 si isteri bangun 4-5 pagi menyediakan dan menjual kuih di tepi jln untuk menyara anak2, tak tidur pagi menjahit pakaian semata2 untuk mencari rezeki, bila kau sakit terlentang tidak bekerja, isteri itu juga yg membantu walau kesihatan dia terganggu, bila tiada beras untuk dimakan isteri itu juga yang menggadai hartanya demi keluarga, tidak pernah merungut walau terpaksa menguis2 syiling di tepi dinding, di bawah tikar untuk membelikan susu anakmu. tiba-tiba suatu hari yg mana kau sudah berharta kau menyatakan hasrat untuk menikahi yg lain. maka berjejerlah air mata si isteri.

    kisah benar.

    ......

    memang kau insan yg tak reti bersyukur dgn isterimu yg satu itu.
    dan bila kau dah menikahi yg baru, baru kau sedar isterimu yg satu itu juga sudah cukup untukmu.

    ReplyDelete
  59. aku dah memang dikelilingi dgn keluarga yg berpoligami. aku tgk, masyaallah isteri baik sgt. ada seorg ahlia kpd toooot* mmg terkenal dgn sifatnya yg sgtsgt baik. kami semua tahu, dia seorg yg sgtsgt menjaga suaminya. bahkan janggut pun diminyakkan, disikatkan. seorg yg khidmat suami mmg superb! tp satu hari, suami nya keluar 4 bulan, bila balik...bawak lg 1. terduduk ak dibuatnya. dan bini no. 2 adalah budak uni.

    cerita kedua juga sama, seorg yg sgt baik. bahkan aku sendiri pelik kenapa dia terlalu lembut tutur kata, terlalu menjaga diri dan suami, lalu sang suami mengambil kesempatan menikahi yg lain, isteri kedua dr indonesia juga dinikahi semasa keluar. dia jatuh sakit.

    cerita ketiga, si isteri bersuami kaya, dan suami mahu kahwin lain, lalu diberinya syarat maka hidup bahagialah dia dgn anak2 nya membawa diri dgn sejumlah wang yg byk. suami dia belakang kira.

    wahai kaum lelaki, sgt mudah bila kau tidak duduk di situasi tersebut. sgt mudah bila kau tidak merasa apa yang kami rasakan. sgt mudah bg mu berkata kami bahkan perlu berlaku adil sehingga mencarikan calon istri buatmu lg. sgt mudah kan?

    dan yg paling sedih, bertahun2 si isteri bangun 4-5 pagi menyediakan dan menjual kuih di tepi jln untuk menyara anak2, tak tidur pagi menjahit pakaian semata2 untuk mencari rezeki, bila kau sakit terlentang tidak bekerja, isteri itu juga yg membantu walau kesihatan dia terganggu, bila tiada beras untuk dimakan isteri itu juga yang menggadai hartanya demi keluarga, tidak pernah merungut walau terpaksa menguis2 syiling di tepi dinding, di bawah tikar untuk membelikan susu anakmu. tiba-tiba suatu hari yg mana kau sudah berharta kau menyatakan hasrat untuk menikahi yg lain. maka berjejerlah air mata si isteri.

    kisah benar.

    ......

    memang kau insan yg tak reti bersyukur dgn isterimu yg satu itu.
    dan bila kau dah menikahi yg baru, baru kau sedar isterimu yg satu itu juga sudah cukup untukmu.

    ReplyDelete
  60. salam,
    Kinoyumar kita suka apa awak kata walau lama gak nak faham semua. Apapun jodoh, ajal, rezeki dan banyak lagi yang hanya Allah saja tahu dan tentukan. Segala yang kita ada - suami, anak, isteri dan segalanya hanya pinjaman, bila-bila saja boleh diambil semula. So, janganlah nak berkira sangat bukan hak mutlak kita tau...and Tuan Sheikh jangan lupa tulis strategi tu tau... takut jadi tua lak tunggu!!!

    ReplyDelete
  61. Blogger Kinoy

    Wah seronok sekali gue membaca lu punya komen, betul tu, sokong seratus peratus, tidak mudah tapi bukan berarti tidak mungkin atau tidak bisa atau tidak mampu... kan?
    klo emang Allah ijinkan.. insyAllah ketemu kita, ha ha

    ---------
    Norshuhada

    Setuju bangat!!

    --------
    RULZA

    Kau tak kesian ke tengok andartu?

    ---------
    Capoeira

    Jangan lupa pakai kasut masuk mahkamah, itu yang aku tahu, yang lain, kau Tanya hakim, ok.

    -----------
    Strobery.itu.aku

    Cerita pulak kisah Saleh yakoob

    ------------
    A traveler looking for the right path

    Tak yah tunggu, dua tiga tahun lagi aku tulis, boleh?
    Ps: takut bini aku tahu rahsia jadi tak rahsia pulak, oh!

    ReplyDelete
  62. Hamka, aku tak setuju sangat dengan keputusan hakim tu. untuk poligami, seseorang tu kene mampu berlaku adil, mampu dari segi zahir dan jugak batin. bukan setakat die mampu sebab ade ilmu je,,dan lelaki melayu memang suke kawin lebih dari satu sengan alasan nak elakkan maksiat la ape la,,tu sume bullshit je,,kalau dah ade bini, apesal nak menggatal? nampak sangat hati tak suci. ade hati nak poligami. memang la ade ayat dalam quran cakap surah an nisa , kalau seseorang tu boleh berlaku adil, maka kawinlah sampai 4, dan kebajikan isteri pun kene dititikberatkan. tapi aku tak paham sebab ayat yang ke berape ratus tah dalam surah an nisa tu ade jugak cakap yang manusia ni memang takkan berlaku adil. so mcam mane? ade tak study yang menunjukkan sejarah penurunan ayat yang membenarkan lelaki poligami tu? kalau ade, aku rase ko kene sertakan skali kat entry ni, jgn berat sebelah atau bagi information separuh separuh. and lagi satu, explanation ko yang panjang gile yang ko tak sempat nak luahkan kat court tu, tu sume dari pandangan ko, bukan tuan punye diri yang nak kawin tu. ko tak sertakan pon alasan kenape die nak kawin lain kat entry ni kan? aku bukan anti poligami, aku cume anti orang yang kecoh nak poligami tapi sendiri tak paham sepenuhnye pasal poligami ni. FYI, aku ramai kawan dari turkey, arab, and from middle eastern countries yang lain, and diorg sume cakap kat negara diorang tak ramai pon yang poligami. malayisa je berlambak orang nak kawin lebey. sekian

    ReplyDelete
  63. Buat semuanya..maaf klo saya tulis dlm bhs indonesia, krn saya tak bisa cakap bagus malayu, tp insya Allah saya paham bhs melayu..dan insya Allah yg baca disini bisa paham tulisan sy.
    Sudahlah..tak usahlah risau soal Poligami, yang pasti Allah tidak melarang untuk berpoligami (itu yang saya pahami). Kalau kita percaya pada Allah kita gak perlu risau mau poligami atau monogami sama saja, krn kita gak tahu what the best for us..
    jadi gak perlu pula lah menyalahkan apalagi bersangka buruk pada orang yg melakukan poligami..apapun alasan dia melakukan poligami, kita orang lain tidak pernah tahu, yang tahu kan hanya Allah and si pelaku poligami itu..jadi gak perlu kita sangka macam2, buat cerita macam2 ttg alasan dia berpoligami..gak perlulah itu..buang2 waktu..yang pasti semua kejadian di dunia ini, dalam hidup kita ini..adalah atas seijin Allah..Allahualam

    to anonym..iya betul aku suka sighseeing..travelling..backpacker etc..iya masjid di malaysia bagus2 n besar2..sayang jamaahnya kurang banyakk..perlu kerja keras tuu buat JT :)

    To the traveller looking for the path..
    so jangan bosan2 berdoa semoga kita bisa jadi orang sabar n syukur atas semua ketentuan Allah..semoga cepet ketemu "the path" nya hehe

    To Hamka..wahh lu bisa juga ya ngomong slank org betawi hehe..gue ni tahu blog elo dr kawan yg suka paste link ke blog elo..akhirnya jadi suka nengokin blog lo ini..tp emang tulisan elo menurut gue bagus, cukup objective..and funny sometimes:)
    enjoy writing bro..!

    ReplyDelete
  64. Hamka...terlambat lak komen tajuk poligami ni.

    Apa yang kecoh sgt pasal poligami ni. Saya dah masuk 9 tahun berpoligami, takde masalah besar, rasanya orang monogami gaduh lagi banyak kot...suami keluar dakwah 40 hari istiqamah 3 kali setiap tahun, 3 hari setiap bulan, takde masalah sebab madu ada untuk khidmat sesama kami. Malah kalau kena cara kami mampu duduk serumah cuma sebab duduk serumah tak ikut sunnah, maka kami taknaklah membelakangkan sunnah...

    Dan ingat Allah halalkan poligami sebab ada banyak hikmahnya...bila dan masuk dunia poligami barulah nampak dan rasai hikmahnya...apapun iman dan yakin pada Allah mainkan peranan, suami kena banyak2 tarbiyah isteri dan isteri pun kena banyak keluar jalan Allah supaya satu fikir dengan suami dan madu...


    hishh panjang lak...apapun saya kecewa kerana banyak gambaran poligami secara negatif sebab bagi poligami yang bahagia mereka senyap jer takde nak warwarkan...tu sebab banyak persepsi negatif...

    Percayalah bermadu tu manis...kalau semuanya dibuat kerana Allah..

    ReplyDelete
  65. runngunn87

    kat barat lagi kurang orang poligami, tapi perempuan simpanan banyak.., kasihan kan?

    ----------
    Kinoy

    Dulu ada orang yang dah alih bahasa beberapa entry gue dalam bahasa Indonesia.., suka aja gue membacanya..,

    Ini linknya:

    http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/kenapa-marah-dong.html

    -----------
    Hanisumayyah

    Sayang komen yang sebegini bernas, jatuh ke tangga ke bawah, patut sebelum post entry poligami, aku email kau dulu..

    Woha!

    ReplyDelete
  66. salam..saje nk komen..aku xnak komen pasal poligami sebab aku ni nikah pon belum lagi (walaupun teringin sangat lepas lihat kawan aku nikah seminggu yg lepas-kami masih lagi student..) aku klakar time ko cite masuk mahkamah pakai slipah..adoi..terbayang2 dalam kota pikiran aku selipar yg ko pakai..(harap2 bukan selipar jamban-sebab tu yang aku imiginasikan)haha..kalo aku di u neh, pakai selipar pegi lecture dah melayang infaq paksa kepada pakgad..

    ReplyDelete
  67. salam..saje nk komen..aku xnak komen pasal poligami sebab aku ni nikah pon belum lagi (walaupun teringin sangat lepas lihat kawan aku nikah seminggu yg lepas-kami masih lagi student..) aku klakar time ko cite masuk mahkamah pakai slipah..adoi..terbayang2 dalam kota pikiran aku selipar yg ko pakai..(harap2 bukan selipar jamban-sebab tu yang aku imiginasikan)haha..kalo aku di u neh, pakai selipar pegi lecture dah melayang infaq paksa kepada pakgad..

    ReplyDelete
  68. berapa percent sgt yg bahagia nya? heh. entah-entah kau tu bini no.2 boleh la cakap banyak. sje nak menggalakkan lelaki kahwin ramai. mana kau tahu madu kau dalam hati punya cerita. luar nampak manis, dalam siapa yg tahu.

    ReplyDelete
  69. aku pnh terdengar cerita ustazah..tp mcm ingat2 lupe sket la..kalau salah mintak di betulkan..

    Saidina Ali pernah minta izin dari Fatimah utk kahwin lg satu..Fatimah terdiam dan sedih, terus amek ranting2 kayu and patah2 kn ranting kayu dan berkata "hati ku remuk mcm kayu2 ni"..maka tak jadila Saidina Ali nk kahwin lg satu dan menghancurkan hati Fatimah..

    Tips utk berhadapan ngan suami yg nk kawin satu lg..jgn mengamuk & marah2 xtentu pasal..dgr dulu cerita side husband..tanye ape sbb..and merajuk2 la sket..husband mesti xsampai hati nk kahwin satu lg...heeee..

    xtau la xde pengalaman...

    ReplyDelete
  70. Fatimah anak Nabi tak bagi, tapi Aisyah isteri yang Nabi sanyang selamaba jer bagi Nabi kahwin ramai..

    relak relak sudah, kopi jantan dah ada, kopi betina bila lagi?

    ReplyDelete