May 27, 2009

Cipta sejarah?

( Aku malas nak komen apa, aku nak menyanyi sahaja.., err, yang depan tolong duduk, sebab penonton belakang tak nampak, ok, kita nyanyi sama-sama..)



Lagu 1
Tanya sama mayat (versi edit)

Tanya Sama Mayat
Apa kamu tinggal
Nanti Jawab Mayat
Harta dan waris

Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Co2
Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin

Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

Co3
Tanya sama Mayat
Siapa Nabi kamu
Apa Ugamamu
Mana Kiblatmu

Apa Petunjukmu
Siapa Saudaramu
Nanti jawab mayat
Semua tak tahu.


(ulang korus hingga korang tahu,hafal, dan faham jawapan dari lagu tersebut..)

klik sini untuk jawapan.

Lagu 2
KERETA MAYAT WARNA PUTIH.

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

(ulang korus sehingga road tax keretamayat mati..)

Sekian, semua penonton bolehlah balik rumah, sambung Al quran surah Al baqarah yang belum habis di baca sejak Ramadhan tahun lepas.., puasa tahun ni dah dekat dah..oh

****

ps: Tak payahlah kerja susah susah lepas ni kumpul duit nak beli kereta mahal-mahal sampai tinggal solat jemaah sebab sebelum masuk kubur, jasad kita dapat jugak merasa naik Toyota Estima..

woha!

41 comments:

  1. berjaya wat first comment ... yeaaaa

    ReplyDelete
  2. kali pertama aku komen ni...hehehe...

    ReplyDelete
  3. estima estima estima

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ~ohoohoi...

    susah payah kumpul benda yang akan ditinggalkan (harta benda, pangkat darjat, anak pinak...)

    lebih baik usahakan yang kekal (akan dibawa ke akhirat...)~ bina kebidupan akhirat~

    jangan lupa tinggalkan anak soleh supaya dia doa untuk kita, hadiah bacaan al-Quran dsbgnya...

    sedekah amal jariah juga~

    ***

    ReplyDelete
  6. kau memang jinius lah kereta mayat!

    ReplyDelete
  7. Mmg kreatif utk cipta lirik lagu :D

    ReplyDelete
  8. wuhu!!

    aku terkesima dengan perkembangan ini...

    makin cepat ler mayat sampai ke kuburan..

    err kereta mayat ada bunyi siren tak??

    ReplyDelete
  9. huhle

    aku tumpang bahagia, : )

    ---------
    kembarasepi

    nickname kau semacam jer..

    -----------
    kedaijamu

    proton exorapun boleh…

    ---------
    sepohonkayu
    :)

    -------------
    INTAN RH

    Bukan cipta, tapi ciplak dan edit sesuka hati ha ha
    Errr, aku tak tahu siapa pencipta asal lagu dan lirik lagu tu, siapa tahu?

    ------------
    faz

    kat tempat aku, ada yang ada, ada yang takde, tapi pernah gak dengar siren dan elak ke tepi, dan Nampak keretamayat berdesup laju, aku rasa ni kes mayat mati jauh dari kampong dan mak bapak nak tengok gak mayat tu sebelum tanam..,
    ada sirenpun ok,

    ReplyDelete
  10. hmm canggih dah skg kereta mayat pun. time ksh pemberi komen yg ln. usahlah kejar dunia sgt. bersederhanalah.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...

    rezeki lebih la tu...

    ReplyDelete
  12. kereta mayat pun dah maju sekarang.
    modern.

    syabas!

    ReplyDelete
  13. Salam...

    Segerakan urusan pengkebumian jenazah... jangan dilewatkan... Pakai kereta 2nd HAND dikhuatiri banyak masalah pulak... padahal banyak dosa... Nau'zubillah..

    JIka ada yang lagi laju lagi bagus... Walhal Tanah perkuburan x lah jauh sangat... belakang masjid jer...

    Ini sesuai kes-kes meninggal di hospital dan perasan nak tanam JENAZAH kat tempat asal kelahiran... apa-apa jer...

    Ya ALLAH kau matikanlah aku dengan IMAN... dan janganlah aku dilalaikan dengan Harta dan dunia... Sehingga Aku lupa MATI...
    sERTA matikanlah aku ketika aku dijalan-MU...

    ReplyDelete
  14. Salam..

    Wahh..seronoknya..aku nak propose benda ni kat kg aku la..
    Tak dpt naik MPV time hidup..time mati pun jadi la..Merasa la jugak..kekeke..

    p/s : duit terlebih tu kan lebih bagus di belanjakan kpd org fakir, miskin,fisabilillah,muallaf,amil,ananak yatim,musafir dan satu lg ape yek??aku lupa la..nkorang tulung la sambung..

    w'salam..

    ReplyDelete
  15. wahh..tp, kan best kalo ada lori mayat ke (boleh angkut mayat bnyk2 sekaligus ke kubur) @ LRT mayat (khas buat penduduk2 yang berada di bandar yang pesat-jadi mayat masa tgh sibuk cri duit)..erm..

    ReplyDelete
  16. Salam. Kalo roadtax kereta mayat dah mati jgn lupa amik insuran ngan kami. mahal tu toyota estima. hehehe

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  17. hidayah

    Orang islam dah kaya, dan orang kaya ada kerja.., bak kata pakcik spiderman,
    With great power become great responsibility..

    -----------
    anazahra

    kalau semua orang kampong tu tak layak terima zakat, memang rezeki lebih ler..

    ------------
    an2blur

    aku pernah tulis dalam entry yang lepas pasal kepelbagaian fungsi keretamayat, harap ajk masjid dapat fikir sama

    -----------
    Luqiem

    Masa zaman islam baru nak maju, dalam perang, ramai orang islam mati tanpa ada kain kapan yang cukup, tutup mayat pun pakai daun daun jerr.

    Sekarang zaman dah berubah, orang islam mati tinggal baju penuh almari dan bawak mayat ke kubur dengan kereta ratus ribu punya harga..

    Tapi…, (sambung sendiri)

    ------------
    rahba81

    tau takpe!

    ----------
    AhMiEzZ

    Ermm

    ----------
    Ahlia Azhar

    doa kau makbul sekarang, doa aku sama..isk..

    ReplyDelete
  18. Wak Dol aka Mat Pit5:41 PM, May 27, 2009

    gila ah..dekat ngan kampung aku tuh...hebat org port klang (hebat lagi ALLAH)

    ReplyDelete
  19. pak cik hamka nak nanye sket.

    merujuk pada entry ada k azab kubur tu, ada sebot sal jawab salam kan? de gak terdengar kiri kanan cakap tak boleh jawab salam dr orang yang tak kenal. katanya jin, orang nak bagi sihir pun gna tektik salam gak.
    ada gak yg kata jgn jawab sebarangan kot yg bagi tu bukan Islam pown..

    tapi yang sahih tu ya la nabi ajar bagi salam kat muslimin dan muslimat sekalian.

    bila nak aplikasi ini bila nak aplikasi itu?

    ReplyDelete
  20. someone yg mahu propose saya, tanya saya 'apa perancangan hidup awak utk jannah?'..
    opss..mahu mula merancang! sekarang.
    sebelum naik keta mayat.

    ReplyDelete
  21. entry ini buat aku terpikir...

    kereta mayat jenama apa yang akan bawa aku ke kuburan nanti??...ohhhh..terasa seram pulak bila bayangkan jasad aku kene usung nanti...lagi seram bila nak menjawab soalan dalam kubur...arghh

    ReplyDelete
  22. hahaha..itu kg aku!!!aku mau pulang!!!mau nek keter estima!!!wa,pak bilal still sama la!!!

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Wak Dol aka Mat Pit

    Kurang kurang bila kau jadi mayat kelak, kira ‘hebat’ jugak sebab jiran kampong kau naik keretamayat estima walaupun mungkin kau naik Daihatsu putih.., ada jiran mayat naik estima?, bangga apa..!

    Woha!

    ------------
    LiLacFlA

    Orang yang takut jawab salam sebab sihir ada penyakit ‘perasan disalahkan’..

    Sebarkan salam, bagi salam itu sunat dan jawab salam itu wajib, dah pernah tulis dulu bab salam tapi lupa entry mana..

    -----------
    cenc

    Wamakaru..

    ------------
    van qif

    arghh

    ReplyDelete
  25. wow Estima... berebutlah orang nak masuk kubur... gitu ke?

    ReplyDelete
  26. Salam saudara..., sedih dan terharu, sebab kalau saya mati ketika ni tak de apa-apa yang dapat saya tinggalkan untuk yang tinggal ... wasallam

    ReplyDelete
  27. ya Allah ampunilah dosa2ku & ampunilah dosa2 makcik kesayanganku yg telah dijemput terlebih dahulu....

    kehilangannya amat aku rasai, hampir keseluruhan perjalanan hidupku & kegembiraanku Allah kurniakan bersama dgnnya dari aku lahir hingga kini,tapi kini dia telah tiada.... aku rasakan perjalanan hidupku hambar... lebih2lg terkenangkan kesilapan ku....

    perkara yg AMAT2 AKU KESALKAN adalah kerana kekuranganku dlm menegur "Angah" yg jarang menunaikan solat...! takut dia kecil hati... tapi kini aku AMAT TAKUT kalau dia DISIKSA.... Ya Allah ampunilah dia!!!!!ampunilah dosaku kerana kecuaianku!!!!!

    tokmak & tokbak telah menyatakan keampunan buatnya dari lahir hingga mati begitu juga dgn suaminya... tapi aku amat risau kalau dia ditanya tentang solat!!!
    sedangkan itu adalah soalan yg awal2 akan ditanya...

    Ya Allah apa yg harus kulakukan agar dapat Kau ampunkan dosa2nya....... dan ampunkan kecuaianku!

    Hamba Allah yg cuai!

    ReplyDelete
  28. woha..ahaks..

    tahniahlah... dunia semakin maju...zaman dah berubah...

    masjid semakin penuh.. kelab malam pun semakin padat...

    bersaing nampak...

    akhir zaman... suatu hari nanti akan tiba masa manusia tak mahu terima pendapat orang lain... tp masa tu belum tiba lagi..

    Najmussobah

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah… aku baru selesai menziarahi jenazah jiran selang dua tiga dari rumah aku…

    X banyak yg dapat aku bantu kerana sudah diuruskan oleh waris dan orang-orang yang expert bab-bab pengurusan jenazah ni… Malam tadi lebih kurang jam 12 lebih ALLAH telah tarik nyawa jiran aku tu… sedang aku nyenyak tidor… mak aku call bagi tahu yang jiran aku tu da meninggal… Innalillah…

    Asbab sakit maka Allah arahkan Malaikat izrail datang mencabut nyawanya… x kurang dan x cepat… tepat pada waktunya… Di takdirkan meninggal di dalam kereta.. bukan kereta Mayat/Jenazah… tapi kereta sendiri…

    Malang kerana aku tak pernah menganali jiran aku ini… sehingga namanya pun aku baru tahu saat kematiaannya… ohh lemahnya aku… salah aku, kerana jiran aku ini tempat kerja dan rumah bersangatan jauhnya… ibarat pergi pagi balik malam… bahkan nak bertembung/terserempak/berjumpa pun langsung x pernah…

    Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku yang x jumpa jiran aku ini… sekurang-kurangnya aku kenal isteri dan anak-anaknya… Alhamdulillah…

    Sempat juga aku melihat jenazah dimasukkan ke adalam van jenazah… milik jabatan agama negeri… jika van ini ditukar kepada MPV mesti cepat sampai kedestinasinya…

    Aku kelak entah kereta apa yang aku naik…

    ReplyDelete
  30. waa

    lepas ni kalau aku meninggal dunia
    boleh naik kereta ni?
    ko ker yang akan pandu kereta mayat ni hamka??? :D

    ReplyDelete
  31. wah...estima...pas jd mayat baru leh rasa nek kete mewah. woha!

    ReplyDelete
  32. Abdullah Syukur1:34 PM, May 28, 2009

    A'kum semua...
    Syukur ke hadrat ilahi dengan kasih sayang Nya negara kita mewah & aman bahagia...
    Dan kita juga harus ingat kemewahan ini akan di tarik balik jika 'penghuni'nya terpesong dari ajaran al-quran & as-sunnah.
    Semoga kita semua tergolong di kalangan orang yg beriman.
    Berpesan kepada kebaikan & menegas kemungkaran...Amin.

    ReplyDelete
  33. kalau simati dikhabarkan ahli syurga, pasti gembira dgn berita ini yg mana asbab cepatnya sampai ke kubur... tapi amat mendukacitakan bagi golongan yg satu lagi...

    Cuba pk jap...best kee kalau mayat kita dapat naik estima power, latest edition untuk sampai kesalah satu lubang NERAKA??? Ya ALLAH jauhkan lah aku, keluargaku, dan sekelian umat dari siksaan kubur... apalagi siksanya api neraka... Amin.

    ReplyDelete
  34. Abang Ben

    Tersenyum pakcik pakcik dalam gambar tu.., pendek umur, sempatlah merasa naik estima seat belakang..

    ------------
    Najmussobah

    Tau takpe..

    -----------
    Luqiem

    Kalau sempat ziarah, jadi macam dalam cerita kisah berus cat tu..

    ------------
    Amin007

    Pendek umur, sempatlah naik…

    -----------
    jiddan84me

    woha!

    -------------
    Abdullah Syukur

    Terima kasih

    ReplyDelete
  35. Seronok nengok posting hamka kena komen... :-)

    ReplyDelete
  36. tak perasan lak tu kete estima....aku punya la duk pk ape sebenarnye en hamka nk sampaikan...bile tengok posting n comen baru perasan...rupanya pak imam duk posing kt kete mayat estima...bangga ke?/err

    ReplyDelete
  37. bestnye lagu ni...bagi kat siti suh nyanyi mesti menang AJL...menyanyi sambil menginsafkan diri...woha

    ReplyDelete
  38. heeeeeeeeee sukelah bca blog nie,....ngeeeee~~~~tahniah kepade kereta mayat..ngeee~~kalu boleh tiap2 ari ade cte bru besh2.....

    ReplyDelete
  39. patut lew penah nmpk keta mayat tu.. masjid kampung aku punye.. huhu..

    ReplyDelete
  40. ramai lagi si miskin perlukan duit...

    ReplyDelete