(10 soalan yang di Tanya orang kepada Tuhan)
Aku mulakan cerita dengan memetik perbualan di antara Johnny Depp dan anak perempuannya:
She sat me down the other day, sort of like, "Dad, I need to have a talk with you."
You know, she's four. I said, "Alright sweetheart, what do you got?"
She said, "I just want to ask you three questions."
I said, "Ok, what do you got?"
She said, "Is God afraid of dogs?"
I thought about it. I said, "No honey, I don't think he is. Probably not."
She said, "Ok. Has He seen the dinosaurs?"
I said, "Yes, I think he has."
And then she said, "Does God have a maid?"
And I didn't know how to answer it!”
(Johnny Depp)
******
Aku dah tulis separuh entry ni dulu pada tahun 2006 dalam sisa sisa mengumpul nota yang dipetik dari Buznama, yang mana ketika dah hampir nak siap dengan cantik ditulis aku, tiba tiba thumb drive aku tercicir hilang entah ke mana buat aku terfikir bahawa entry “Tanya sama Tuhan” tiada dalam takdir Allah untuk di baca oleh dunia..
Life goes on, sehinggalah dua minggu lepas, lebih kurang, aku terima soalan “Tanya sama tuhan” yang di panjangkan dari seorang aetis yang berbunyi:-
Soalan pertama, bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.
Soalan kedua, bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?
Jawapan:-
Aku dah tulis jawapan lebih kurang bab ni dalam entry “apa itu tasauf”, tapi takpe, kerana sekarang, aku tiba-tiba terkenang isi Thumb drive yang hilang 3 tahun lepas berkenaan apa yang pernah ditulis aku tentang “Tanya sama Tuhan”, maka kali ni aku nak tulis lagi sekali, mudah-mudahan, cerita ini ada dalam takdir Allah untuk di baca oleh dunia.. amin..
TANYA SAMA TUHAN
Biasa kita dengar ungkapan “KIRIM SALAM PADA SIPULAN BIN SIPULAN”.., tapi pernah tak kita dengar ungkapan “KIRIM SOALAN PADA TUHAN”? pernah tak?
Aku ulangi, pernah dengar ungkapan “KIRIM SOALAN PADA TUHAN”? pernah tak?
Takde!, sebab zaman ni, dah takde orang yang diberi MUKJIZAT untuk bercakap cakap dengan Tuhan secara langsung, tapi zaman dulu ada, Zaman Nabi Musa A,S.., satu satunya Nabi yang dapat berdialog dengan Allah secara live di atas muka bumi, lantas mendapat gelaran Kalamullah..
Lalu, bila dah alang-alang ada manusia iaitu nabi Musa a.s yang dapat berdialog dengan Allah secara live, maka terdapatlah banyak riwayat tentang ‘Tanya sama tuhan”. Iaitu soalan-soalan yang dikirim oleh ummat manusia zaman itu kepada nabi Musa agar dapat di panjangkan kepada Allah SWT..
Seingat penulis, Nabi musa dapat peluang berdialog dengan Allah ada banyak kali gak dalam hidup, dan berdialog pulak dalam tempoh yang berbeda, ada yang ambik masa 3 hari, dan ada yang ambik masa 40 hari, jadi kira banyak jugaklah sebenarnya perbualan yang telah berlaku di antara Nabi Musa dan Allah, tapi aku petik ni sikit sahaja dari buznama dan tulis dalam Thumb drive, itupun dah hilang 3 tahun lepas, tapi sekarang tulis balik dalam keadaan ingat-ingat lupa..
So, nak ringkaskan cerita, ada banyak dialog yang boleh kita belajar sempena Mukjizat Nabi Musa a.s ini, tapi buat masa ni, aku akan tulis berkenaan soalan sahaja, iaitu soalan-soalan yang di kirim oleh manusia kepada Nabi Musa agar dapat di panjangkan kepada Allah SWT..
10 soalan kepada Tuhan.
Soalan satu:
“Bagaimana nak jadi kaya?”
Tanya seorang miskin yang tiada apa-apa harta, kecuali sehelai kain, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang sembunyikan badannya dalam lubang untuk menutup aurat kerana kainnya baru di basuh dan sedang di jemur..
Soalan dua.
“Bagaimana nak kurangkan harta yang terlalu banyak?”
Tanya seorang yang kaya raya, ketika bertanya kepada Nabi Musa, beliau kelihatan sedang membahagikan harta yang bertimbun timbun kepada orang ramai, susah hati sebab beban kerja yang banyak, beliau pun kirim soalan kepada Allah, macam mana nak jadi miskin, begitu legih kurang..
Soalan Tiga.
“Aku duduk shurga tingkat berapa?”
Tanya seorang ahli ibadat yang sedang bertapa dalam gua, yakin dengan ibadatnya yang hebat yang mana telah mencecah berpuluh puluh tahun, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?
Soalan empat
“Aku duduk neraka tingkat berapa?”
Tanya seorang samseng kepada Nabi Musa, Wah!, soalan macam nipun ada, jahat betul mamat ni, boleh pulak Tanya soalan macam gitu?
Soalan lima:
“Aku masuk shurga tak?”
Tanya seorang pakcik kepada Nabi Musa, beliau seorang pengikut yang baik, tapi takdelah nak bertapa dalam gua macam pak cik yang sorang lagi tu, beliau hanya beribadat di rumah dan tidur dicelah ketiak isteri..
Soalan enam:
“Aku ada peluang masuk shurga tak?”
Tanya seorang hamba Allah yang banyak buat maksiat, walaupun dah beristeri, tapi masih sempat bertanya soalan Allah, Aku ada peluang masuk shurga tak?, dan beliau mati sebelum sempat nabi Musa bawak jawapan..
Soalan tujuh:
“Aku masuk shurga tak?”
Lagi seolan dari seorang ahli ibadat, nampaknya manusia zaman tu takde nak tanya soalan yang pelik pelik macam aetis zaman sekarang… Tanya pasal perisai kebal dan pedang tajam misalnya.. hampeh kan?
Soalan lapan:
“Apa warna Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”
Tanya Bani isreal yang menyusahkan diri sendiri bila perintah Allah suruh sembelih Sapi, nak pulak Tanya sapi warna apa..
Soalan sembilan:
“Apa hakikat Sapi betina yang Allah nak kami sembelih?”
Tanya lagi Bani isreal yang dah dapat tahu warna, tapi masih menyusahkan diri sendiri bila nak tahu hakikat sapi betina ler pulak, macam-macam hal korang ni
Soalan sepuluh:
“Boleh tak aku tengok Allah?, kalau tak, aku tak nak beriman pada Allah selagi tak tengok Allah”
Tanya 70 orang pengikut Nabi Musa yang dah dengar suara Allah bercakap dengan Nabi Musa tapi banyak songeh dengan buat syarat tak nak beriman selagi tak tengok Allah betul-betul..
****
Ok, cukuplah 10 soalan yang aku masih teringat, ada banyak lagi tapi pakcik ni almaklumlah dah tua, mudah lupa.., bukan melayu jer mudah lupa, pakcik yang dah tua ni pun mudah lupa, eh? pakcik lupa yang pakciknipun melayu, apa-apalah!
10 jawapan daripada Tuhan... BERSAMBUNG
******
Ps: Err, aku perasan sibuk, esok-esok aku tulis sambungan entry ni, , takut Thumb drive hilang..
Bersambung di next entry...
.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteAda nonmuslim tanya kawan saya, "why do you wear like this?" ( berpurdah)
Dia kata "Before I answer your question, I want to asked you. What is your purpose of life?"
The nonmuslim mula termenung "Yes, I've never thought about it!"
Dan langsung lupa pada soalannya yang belum berjawab...
ada org kafir ckap dia tak pernah tanya tuhan dan sembah tuhan asyik sembah dewa aje..sbb dia tak nak ngaku dia buat tuhan dia nanti jadi lagi terrer plak dari tuhan...so..dia buat tu dewa...smoga Allah bagi hidayat dan kita kena korban..
ReplyDelete3 soalan yang aku selalu tanya dengan Tuhan :
ReplyDeleteSoalan 1 :-
Bila aku mati?
Soalan 2 :-
Kalau aku mati nanti aku mati sebagai orang kaya atau mati sebagai orang miskin?
Soalan 3 :-
Kalau aku mati nanti confirm tak aku tak kena siksa cam kengkawan yang lain?
Tapi sampai sekarang aku tak dapat emel dari tuhan...mungkin jawapannya bila aku mati kot!!!!!
Salam...
ReplyDeleteAku jarang nak bertanyakan soalan kepada Tuhan... Tapi aku selalu memuji dan memuji kebesaran Allah... Aku selalu meminta kepada Allah... minta doa-doa aku yang sejak dlu dan kini semoga dimakbulkan.... Amin
aisey separuh pulak entry hari ni@!~
ReplyDeleteHye Hamka@!~ lama aku tak mengomen sini@!~
tapi selalu jenguk dan baca@!~
sibuk laa jaga baby@!~
ada sehat ka?
alaaaarrrrr
ReplyDeleteape bersambung lak nihhhh
T_T
Assalammualaikum...
ReplyDeleteTumpang lalu -
...... :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa"(Al-Israk:II)....
and no doubt - aku pun tergesa-gesa bertanya - bila nak smbung entry ni muler??
coldstarz.....
uhukk...
ReplyDeletetergantung pulak...
entry ni menarik..tak sbr nk tgu
ReplyDeleteaku baru syok2 nak baca kisah seterusnya, tetiba jer kau stop menaip sampai situ..
ReplyDeletearghhhhhh...
entry sambung pon ada 11 komen dah..ehehhe
ReplyDeletehmm...yg aku tau kita kene "sami'na wa ata'na"....jadi macam saidina abu bakar tuh....nabi cakap ape je die percaya...sbb "sami'na wa ata'na"...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesoalan pertama, bolehkah allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.
ReplyDeletehal ini sama seperti pertanyaan, bolehkah allah menjadikan air itu sebagai api, dan api itu sebagai air? sudah tentu tiada yang mustahil di sisi allah. begitu juga, dengan soalan kamu tentang perisai dan pedang. hal ini amat mudah sekiranya kamu melihat bahawa perisai itu adalah pedang, dan pedang itu adalah perisai. dan itulah hati sang mukmin, yang teguh.
soalan kedua, bolehkah allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-nya jika benar tuhan itu maha pencipta?
pernahkah seorang pencipta itu mencipta sesuatu yang lebih hebat, dan berkuasa dari dirinya sendiri? maha suci allah, dijadikan makhluk untuk memperhambakan diri kepada nya, bukan untuk menderhaka kepada nya seperti mana kamu. maha pencipta ini pastinya maha bijaksana. adakah yang maha bijaksana akan mencipta satu ‘kebodohan’ seperti mana yang kamu maksudkan?
akhir kata, manusia menyangka mereka mempunyai tipu daya yang hebat, sedangkan tipu daya tuhan, lebih hebat dari itu.
//sorry hamka, aku delete dua komen di atas sebab HTML tak jadi!//
ReplyDeletesebagai tambahan:
kalau soalan-soalan dari non muslim ini, aku tidaklah hairan sangat, kerana mereka itu sama sekali tidak tahu menahu tentang agama kita. yang rasa nak bagi penampar adalah soalan-soalan dari orang islam sendiri yang suka tanya bukan-bukan (dan tidak sepatutnya),
"kenapa Allah buat macam ni, (kenapa Allah tak tolong orang-orang di Palestine?)"
"agak-agaknya, kalau Allah nak turun ke bumi, jadi dua ke tiga ke, boleh tak?"
"cuba kau fikir, kalau "ahmad" tanpa "mim", tak jadi Ahad ke? Ahad tu Allah kan? jadi, Ahmad tu Allah?"
kebiasaannya, bila aku jumpa orang yang suka tanya pelik-pelik ni, aku suruh dia mengucap dulu.
tapi, kalau dah hilang sabar dan hikmah, memang aku panggil orang tu bodoh.
bebaru ni, orang tanya aku, "kenapa asyik orang Islam yang menderita? kenapa Allah tak tolong orang Islam? kenapa banyak perang sana-sini?"
aku jawab, "jahil, kau tak pernah baca ke tanda-tanda akhir zaman? (yang diceritakan) dalam al-quran?"
akhir kata, janganlah berdalil atas apa yang tidak ada di dalam al-quran, atau sunnah. akal sahaja tidak cukup untuk mengungkap keagungan Allah. kalau hati, dan fikiran anda selalu mengajukan soalan yang bukan-bukan, nasihat saya, cari jawapan itu di dalam al-quran, dan hadis.
insyaallah, jumpa.
salam..sya suke baca blog hamka...byk pngjaran y sy blh dpt...sy hrap sy leh bace smbungan entry tue lg yerr...
ReplyDeletesambung lagi sambung lagi..
ReplyDeleteaku terfikir mcm ni tau..
selalu kalau ada azan, guru sama ada muslim mahupun bukan muslim, akan memeberhentikan sekejap pembelajaran di kelas bagi menghormati azan.
namun begitu, ramai muslim bukan senyap pun, tapi lebih kepada bercakap dengan kawan2 dalam keadaan lebih perlahan.
tidakkah orang akan fikir yang yang dalam azan, kita perlu cakap perlahan2 sedangkan kita patut senyap kan?
sebelum jumpa blog ni : ilmu aku tentang islam ibarat setitik air dengan satu lautan
ReplyDeleteselepas jumpa blog ni : ilmu aku tentang islam ibarat satu zarah air dengan satu lautan
syukur kerana banyak ilmu aku dapat kat sini. teruskan usaha.
erm
ReplyDeleteustaz falsafah aku ckp..
org2 ateis n org2 y xbenci Islam ni memg akan mlontarkan pelbagai soalan2 y logik difikiran mereka..sebb mereka xdpt nak manipulasikan ayt quran y smemengnya wahyu y benar..jd dgn akal logik je depa bole wat org Islam terfiki n terseset dengan soklan itu..sperti cnth:
soalan pertama, bolehkah allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.
Soalan kedua, bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?
dlm hal ini,pengetahuan kt sngt terbatas..sngt2 terbtas untuk menjawab persoalan ini...cukup sekadr :ALLAH xkn mencipta sesuatu itu dengan sia2..stiap ciptaannya ada pernn n sbb diciptakan..fiki2kan ok..
n aku setuju dengn zawq..
manusia menyangka mereka mempunyai tipu daya yang hebat, sedangkan tipu daya tuhan, lebih hebat dari itu.
Salam..
ReplyDeleteTerima kasih ustaz atas posting ini..
Salam,Zawq...where's your old blog Sis?
ReplyDeletebagusnye entry ni..
ReplyDeletexsbar nk tunggu smbungannye..
mcm tgok cite naruto plak..
bagusnye entry ni..
ReplyDeletexsbar nk tunggu smbungannye..
mcm tgok cite naruto plak..
kebanyakkan manusia selalu menjawab sOalan dengan pertanyaan..
ReplyDelete"KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT".....Kami xlayak nak mempersoalkan apa2 pun dari mu ya Allah..Kami hanya hamba..tiada yang dapat memberi manfaat dan mudarat selain mu Ya ALLAH..Apa yang Muhamad ceritakan, beritahu dan ajar, itulah yang kami belajar usaha untuk amalkan..Pilihlah kami sebagai penyambung kerja kekasih mu Ya Allah..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletepada pendapat saya ada soalan yang perlu ditanya dan dikaji, dan ada soalan yang tak payah nak tanya.
suklan yang perlu ditanya contohnya kenapa Allah suh basuh najis mughalazah dengan air tanah? knp kiter sunat ambek wuduk sapu kat tengkuk? Apa kebaikannya dari segi kesihatan, kalu sujud lelama nie? dan banyak lg
suklan yang tak bleh tanyer pulak seperti camner bentuk roh, camner kejadian Allah, sebelum Allah ciptakan dunia nie, Allah duk maner? ha Allah larang kiter pk bnda nie, bleh jadi giler.
p/s - sblm aku nak tanya aku masuk syurga tak, aku tringin nak tanya, tobat aku diterima Allah ke tak?
pin pin..
ReplyDeleteaku masih belum tulis, malam ni aku tulis, insyAllah..
A'kum semua..bagi diri aku sebelum kita tanya tuhan lebih baik tanya diri sendiri dulu..bagi yang mengaku hamba allah:sebagai contoh...
ReplyDelete1. Solat 5 waktu dah complete ke belum..kalau belum apa tindakan selanjutnya?
semoga Allah memberi kelapangan masa malam ini pada tuan hamka agar tuan hamka dapat sambung entry ini sbb saya tak sabar nak baca.hohihohihohi..
ReplyDeleteAlhamdulillah, aku dah tulis dan dah post, selamat semuanya..
ReplyDeletesilalah update
: )
//maaf hamka, nak menyelit//
ReplyDeletesalam sis,
sudah dipadam, kerana saya sudah insaf merepek-repek. =D
esok saya interview. doakan OK!
zawq, ko nie pompuan rupanya ek?. aku tak sangka kata2 tu keluar dr mulut seorang pempuan.. huhuhhuu..
ReplyDeletedah tulis sambungan, harap maklum.
ReplyDelete