(Selamat hari bumi, selamat berbakti kepada bumi, LHDN dah isi belum?)
Bumi ini sudah terlalu tua untuk manusia hidup selama-lamanya disini, akrian, terdapat segelintir manusia cuba mencari bumi baru untuk manusia akan datang, tapi masih tak jumpa dan tak akan berjumpa kerana Allah telah siapkan dunia akhirat untuk semua manusia tinggal di sana, tiada satu orangpun boleh mengelak dari tinggal di dunia akhirat, baik orang jahat mahupun orang baik…
Dan di akhirat hanya ada dua tempat sahaja, dan semua tahu sudah…
Baiklah, pendek cerita.., Setiap 22 April dan bermula sejak Tahun 1969 lagi, manusia pakat-pakat menyambut Hari Bumi… dan aku bukan nak cerita tentang bumi, rimba dan lautan tapi aku nak cerita tentang cerita lain iaitu pada bulan april yang sama, sejurus sebelum Hari bumi, aku terima email ini…
**************
Assalamualaikum Hamka,
Dulu pernah saya email mengenai kawan saya yang bawa saya pergi belajar ilmu agama dalam bilik tertutup duduk berdua dengan lelaki muhrim. Hamka, saya rasa sekarang dia dah jadi orang kuat kumpulan tu. Ada saya tanya kawan serumah dia.. dia tak baca al-quran.. hanya baca tafsir. Teman lelaki dia pulak salah seorang orang kuat kumpulan tuh jugak... semalam jumpa saya tanya dia kata dia tak mahu bagi tau apa pon. Saya tanya lagi kawan serumah dia, kalau benar apa yang dia sampaikan pada sayalah, kawan saya ni dah pandai panggil kawan yang lain kafir pasal tak join kumpulan tuh.
Sekarang saya tengok dia lagi pelik, out of focus, Saya tak tau nak buat apa…
Kalo saya call kawan saya ni tanya dia dimana.. dia kata "kat langit", maybe dia buat lawak je kot. Kumpulan ni macam nak ikot sunnah nabi... ye la dulu awal-awal nabi dakwah cara tersembunyi, mereka pon buat cara begitu. saya ingat lagi, bila saya tanya kenapa tak buat kat masjid, macam macam alasan yang diberi.
Pls, Hamka, saya sayang kawan pompan saya sorang tuh. dia warak.. semayang tak tinggal tapi mudah terpengaruh. Banyak duit dia dah habiskan untuk kumpulan tuh.
Apa saya boleh buat sekarang?
******
(((Apa aku boleh buat sekarang? kejap, aku cari dulu email pertama yang kamu maksudkan, melalui search gmail, susah jugak nak cari, klik sana, klik sini, dan akhirnya jumpa jugak email pertama kamu, oh! Email yang aku tak jawab lagi sejak 6 bulan yang lepas rupanya, takpelah, ni kira remind aku balikler ni, aku cuba jawab lebih kurang…)))
******
Email terdahulu
Assalamualaikum saudara,
Kiranya tak mengganggu hari saudara memikirkan apa yang nak ditanya oleh otak kosong saya ni, pernah dalam 2-3 bulan lepas, saya di bawa kawan dengan penuh rahsia dan dia tak mahu diberitahu kemana arah tujuan. (Naik kereta-malam pulak tu). Hati sungguh bengang memberontak ingin tahu arah tujuan. Bila sampai. Saya di bawa ke satu rumah kedai. Terdapat 2-3 buah bilik. Terdapat seorang lelaki yang di tugaskan di dalam sebuah bilik. Berteman kan kawan saya ni, dia berkata kita akan mempelajari al-quran.
Terdapat sebuah meja, beberapa buah kerusi duduk mengadap, tafsir al-quran dan white board. Malam itu ada dua lelaki yang akan bercerita dan quote ayat-ayat al-quran dan mengaitkan tentang apa yg berlaku di zaman sekarang.
Apa yang di sampaikan tak nampak mana yang terpesong, tapi caranya,hrmm boleh tahan.., bagai setiap inci al-quran sudah dihafal. Dia akan mengambil isi darr al-quran dan membuat perbandingan/persamaan dengan zaman ini, banyak berkisar tentang ISLAM zaman sekarang dan dahulu, pekara yang sentiasa berulang sejak zaman nabi hingga sekarang.
Saya tak puas hati dengan cara penyampaian yang bersembunyi macam tu, saya nak tahu kenapa. mereka cuma kata saya akan tahu nanti. Selagi hati rasa ragu-ragu, macam mana ilmu nak lekat?.
Kata-kata yang keluar dari mulut kawan saya,:
"MANA YANG LEBIH PENTING?
CARA YANG NAK DISAMPAIKAN ATAU TEMPAT YANG NAK DISAMPAIKAN ATAU ILMU YANG NAK DISAMPAIKAN".
Banyak dia habiskan duit ke sana-kemari jemput/hantar kawan-kawan dia. Sampai lewat-lewat malam. Demi ISLAM katanya.
Tempat yang saya pergi tu somewhere in Klang Lama, tempat banyk penempatan orang cina dan india. Semacam tarikat yang saya sendiri tak jelas latar belakang. Sesi akan di adakan di bilik kecik, whiteboard, tafsir al-quran. kawan saya jadi peneman, sebab itu pertama kali saya pergi. Pintu bilik akan di tutup. Saya tidak di benarkan bertembung dengan kumpulan lain. Banyak lokasi-lokasi kumpulan macam ni.
Yang jelas, penyampaian secara tersembunyi. Di rumah kedai yang di hias seperti rumah keluarga, tetapi menjalankan kegiatan menyampaikan al-quran.
Saya bertanya sendiri kepada penyampai, kenapa perlu buat cara begini, bersembunyi macam ini, dan pulak kenapa tak boleh buat secara berkumpulan. Kenapa PERLU secara individu. Kenapa tidak saja buat di masjid atau surau. Saya nak berhujah setiap apa yang dia kata, ilmu maseh cetek dalam otak. Tapi dia tanya saya balik "berapa kali pegi masjid/surau?" dia kata lagi "banyak protokol nak guna masjid dan surau"
Saya akui memang jarang. Saya ingin tahu kenapa dengan cara begini. Memang saya jenis yang tak puas hati selagi saya ragu-ragu.
Dia kata nabi dulu sebarkan islam mula-mula, di buat secara individu, bukan sekali, ramai. Tapi setahu saya dulu nabi terpaksa buat macam tu untuk mengelak dari orang kafir. Wallahualam. Saya banyak buat rujukan tanya kawan-kawan yang belajar di al-azhar, tanya sana sini semua jawapan tidak menyebelahi cara penyampaian yang sedemikian.
Saya baca blog saudara dari entri pertama sampai terkini, banyk menitik beratkan jemaah di masjid, masjid kosong, banyak lagi. Nak tahu sangt pendapat saudara mengenai pekara ni. Sebab yang join aktiviti tu kawan baik saya sendiri. I may be wrong, in every way. Cuma ingin tahu pendapat saudara.
Sudi ya, beri pendapat. Amat-amat membantu saya ni.
Terimakasih bangat.
**********
Hamka said:
Walaikumusallam…
I
Tentang isu ini, sebenarnya aku dah tulis panjang lebar bawah tajuk “siapa benar”.
Pendek cerita, masalah sebanar yang kau nak tanya adalah,
AKU RASA PERKARA INI TIDAK BETUL, ENCIK HAMKA PULA, BAGAIMANA?
Jadi, aku mintak banyak-banyak sebab aku tak tahu sejauh mana kebenaran kumpulan itu.. , apatah lagi aku tak tahu apa yang mereka tafsirkan, maka aku tak boleh kata mereka salah dan sesat…
Namun, secara mudahnya, Sesatlah sesiapa sahaja yang tersalahTAFSIR AL QURAN..
Jadi acu cuba try test tengok cara mereka tafsir ayat ini:
“Wahai orang yang beriman, berimanlah…”
Secara mudah tamsilnya, ayat itu mengulang perintah atas apa yang telah di kerjakan, kira macam kalau korang sedang duduk, aku sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah…”
Tentu korang konfius dan marah bukan? Sebab korang dah duduk, kenapa nak suruh duduk lagi, baik aku berdiri!
Aku terus sound:
“Wahai orang yang berdiri, berdirilah…”
Lagi sekali korang konfius dan marah kat aku, bilang aku bodoh, sebab korang dah berdiri, kenapa nak suruh berdiri lagi?, baik aku duduk!
Aku dengan tabahnya sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah macam nabi SAW duduk, cara kau duduk tu cara Berok duduk, cara Yahudi duduk, ikut suka engkau saje!!!
Jadi.., Itulah maksud ayat dia atas, kita dah beriman, tapi kita sebenarnya masih belum beriman macam Nabi SAW dan Sahabat beriman..
Beriman yang mana apabila mendengar nama Allah, akan gementar hati..
Beriman yang mana apabila di baca ayat Al quran, akan bertambah iman…
Jadi perkara pertama dalam nak mebenarkan satu satu ajaran ugama, cuba tengok tafsir mereka tentang solat berjemaah, bukak Al quran surah Al taubah ayat 18, atau ayat Al-Baqoroh:43 yang berbunyi: rukuklah bersama orang yang rukuk..
Jika Ustaz tu semua tafsir kita semua wajib(fardu kifayah) solat berjemaah, kira betulah, tapi jika ustaz tu tafsir tak payah solat berjemaah, maka mulalah aku akan ragu-ragu kepada mereka.., yelah?, dah kita di perintahkan agar beriman macam Nabi beriman, dan bersolat macam Nabi bersolat, tapi ada pulak ustaz-ustaz yang tafsir ini zaman permulaan islam nak kena dakwah sembunyi-sembunyi dan perintah solat masa tu takde lagi, lalu tak payahlah solat..
Maka, tak payahlah ikut mereka, dah ternyata kesesatannya…
Kesimpulannya,
Kebanyakkan manusia ini ada sikap buruk tersendiri yang nafsu suka seperti malas bersolat, suka mengumpat, malas mengaji, malas berdakwah, nak berzina dan lain lain..
Yang mana jika ada ajaran ugama yang benarkan dan halalkan tabiaat buruk mereka, suka sangatlah mereka, sehingga sanggup buat apa sahaja, dan sanggup mati untuk pertahankan ‘kebenaran’ ugama baru yang sesuai dengan nafsu mereka..
Macam contoh ajaran X yang kata kita tak payah solat dan tak payah puasa, just zikir.., ramailah yang ngikut sebab selari dengan nafsu mereka..
Atau ajaran Y yang benarkan mengumpat atau ajaran Z yang halalkan zina mencuci dosa, terus sahaja ramai yang ikut.., almaklumlah, nafsu suka..
Atau ajaran X yang kata kita tak payah berdakwah, cukup ibadat sahaja, jangan jaga tepi kain orang, seronok jer orang yang ngikut sambil perasan masuk shurga dan kata pulak orang yang berdakwah masuk nereka paling awal..,
Ialah tu, golongan pendakwah ni mereka pikir suka berdakwah macam mereka suka kumpul setem, ini perintah Allah!, adalah untuk uji iman manusia, untuk uji sejauh mana akal menguasa nafsu!
Sedangkan Ugama yang Nabi Muhammad SAW bawa adalah bertentangan dengan nafsu, sebab tu ada hadith cerita satu kaki pijak nafsu maka satu kaki lagi akan terus masuk shurga!
Jadi, sebagai mudah dalam membuat perkiraan dalam mengecam ajaran yang benar, tengok sahaja sama ada mereka solat berjemaah ke tak?, tengok perkara yang basic dalam ugama mereka langgar tak?, itu petunjuk yang paling jelas…
Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya,
Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…
(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)
Pengajarannya di sini, Nabi waktu sakit, di papah pergi masjid, orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…,
Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
Jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!
Hari ni masjid kosong sebab korang berfikir macam orang munafik, aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..oh! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!
Maka akhirnya aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! pendapat ini terpakai untuk aku dan untuk korang terpulanglah kepada hati dan akal sendiri..
Akhir sekali, jika guru tafsir kau itu tidak menolak hadith dah tentu tiada masalah, mereka akan faham hadith di atas, dan jika guru-guru tafsir Al quran tu masih solat berjemaah, langsung tak jadi masalah, kira mereka memang berada di JALAN yang LURUS…
Al, maklumlah, Setelah kita di wajibkan wajibkan oleh Allah dalam surah al fatihah supaya mintak “JALAN YANG LURUS” sebanyak 17 kali…, maka usaha untuk dapatkan “JALAN YANG LURUS” itu lagi-lagilah kena wajib di usahakan lebih 17 kali sehari!!!
“JALAN YANG LURUS” yang kita mintak pada Allah dalam al fatihah itu di rujuk kepada jalan “orang yang Allah cintai”..
Sudah tentu orang yang Allah cintai adalah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah seperti mana tertulis dalam Al Quran…
Dan antara jalan yang lurus adalah SOLAT BEREJAMAAH DI MASJID bagi lelaki, DAN SOLAT AWAL WAKTU bagi perempuan…
Begitulah lebih kurang…
Mat rempit yang mati di jalan yang lurus adalah cerita lain...
II)
Bab kawan kau yang sanggup habiskan duit jemput orang ramai ke sana, itu dah bagus, sebab bila Ustaz Ulamak dah malas nak pergi rumah ke rumah atas sebab perasan sibuk atau memang sibuk, maka menjadi kewajipanlah kepada kita untuk pergi ajak orang dari rumah ke rumah macam member kau buat tu, baguslah habiskan duit untuk perkara baik..
Cuma setakat ni, takde lagi member member yang semakna dengan member kau datang ketuk pintu rumah aku ajak pergi belajar tafsir sama, itupun jika aku tak perasan sibuk…
Cuma nasihat aku kepada pentafsir pentafsir itu, buatlah kelas secara terbuka, jangan buat secara sembunyi, macam ada benda nak sorok pulak.., jika kamu betul pasti Allah akan tolong kamu!
Jika kamu salah, biarlah masuk Warta dan semua orang tahu kamu bersalah, dan senanglah orang yang terpesong itu bertaubat… barulah tiada yang sesat dalam cahaya.
amin...
III)
Bab tak nak buat aktivit di Masjid sebab banyak protokol pula, ini satu lagi masalah ummat akhir zaman…
Ramai Ummat islam yang nak kemajuan, nak ekomomi kuat , nak ilmu tinggi, nak senjata canggih, dan nak Negara islam tapi lupa nak makmurkan Rumah Allah macam Nabi buat, masjid jadi tempat solat sahaja.., dan banyak aktiviti keugamaan mereka di buat kat balairaya, kat hutan, tepi pantai, rumah kedai dan sebagainya…
Macam mana Allah nak Bantu mereka jika tak ikut Sunnah Nabi dalam memakmurkan masjid?
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat… (at taubah:18)
Nasihat aku yang bukan ustaz ni adalah…Semua pertubuhan so call islamic kena ada dan duduk kat masjid 24 jam secara bergilir-gilir, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam.
Maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..Bila bomba dah duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam.. Bila polis dah duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..
Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak pulak ada duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain organisasi, buat ummat kat malaysia ni begitu ramai sekali yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!
Kenapa? Kenapa masjid berkunci? Kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!
Alasan: Banyak Protocol…
Bang! , nak masuk Shurga lagi banyak protokol tau?
Jangan jadikan masjid macam jamban, pergi bila berhajat sajer, bila nak guna tandas, bila nak kahwin, bila nak tahlil dan bila jadi mayat baru tunjuk muka kat masjid!!!
Kata Ustaz Tasauf, apabila kita tidak ke masjid, janganlah beranggapan bahawa kita sendiri yang tiada keinginann untuk ke sana, hakikatnya Allah yang tidak jemput kita ke masjid kerana dosa-dosa kita.., maka bertubatlah dan beristigfarlah setiap kali kita gagal ke masjid sebelum kita diusung ke masjid dalam keadaan jasad tidak berdaya untuk di solat jenazahkan..
Oh!
Akhir sekali bab kau takut kawan kau sesat, aku cuma mampu doa dari jauh (terukakan aku ni?..oh!),
Namun, sebagai tindakan segara, kau boleh call no ini:
Tel: 03-88864000
Atau kau boleh Fax pada no ini:
Faks : 03-88891993
InsyAllah, orang dalam No telefon tu boleh Bantu sikit-sikit.., sebab Nombor tu aku ambik dari halaman web Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang bertempat di Blok D7, Parcel D,62502 PUTRAJAYA.
Mereka dah banyak tangkap ajaran sesat..
InsyAllah..
Ps: Selamat Hari Bumi, dan selamat ‘menyalamatkan’ penduduk bumi….
bro hamka.. apa yg tun baca tu
ReplyDeletetun terkejut sgt..sbb tun penah terjebak.
konsep belajar secara tertutup tu sbb diorg ckp nabi dulu berdakwah dlm gua. pastu pasal blaja tafsir lak. tun penah was was.. sbb kekadang soklan kat belakang, jawapan dia bagi kat surah depan. tun tanya org tu. sedangkan alquran diturunkan berperingkat2 nape diorg ni ajar tafsir. belakang depan,pastu dia leh jwb. org yg was was tu sbb dgr bisikan syaitan.
masa belajar tu, diorg letakkan tun dgn 2 lelaki dan satu papan putih. seram sejuk gak bila ingat balik. diorg kata xde batasan nk blaaja agama.
pastu diorg ckp, nk mintak taubat dr ALLAH, kena ada penyampai. mcm zaman nabi.. org nk taubat kena jumpa nabi. sbb kan nabi dh wafat, kami kena bitahu ahli tetinggi diorg.
pasal duit..memang diorg mintak. time tu diorg tanya tun bape bapak tun kasi tiap bulan. bape duit mara. pas kira2 diorg mintak rm250sebulan.
pastu diorg ckp..diorg buat konsep islam baru. manusia skrg ni kena berhijrah. sape tak join group tu bukan islam. sesedap ati je ckp mak bapak tun kapir. tu yg tun angin tu
tun rs kumpulan yg diceritakan adalah kumpulan yg penah tun terjebak.
Assalamualaikum bro hamka,
ReplyDeleteaku seriusly sgt2 teruja dgn konsep masjid 24 jam,
nanti aku ikhtiarkan dan kita semua ikhtiarkan bagaimana kerajaan dan setiap individu yang mengaku Allah rabnya, Nabi Muhammad s.a.w rasulnya dan Islam agamanya mampu korban masa,harta dan diri untuk menghidupkan amalan masjid nabawi zaman nabi s.a.w di setiap masjid di Malaysia malah di setiap masjid di seluruh dunia.
(dan harap maklum surau itu juga masjid)
salam
ReplyDelete"sesat dalam cahaya"
yang ni yang kita takut.
dirasakan benda yang kita lakukan adalah benar tetapi sebaliknya.
na'udzubillah.
Salam..Hurmm,topik kali ini dh lama dgr dan lihat.Dan byk juga yg dedahkan dalam internet or media massa.Siap ada blog sendiri lagi.Hehe,macam-macam.
ReplyDeleteTp en.Hamka, sbg seorang muslim kita percaya tak dengan kemenangan or kebangkitan kali kedua/terakhir umat Islam akhir zaman?
Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan penyakit sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.
Jadi bagaimanakah caranya kita untuk jadikan al-Quran itu sbg pendominasi di dunia ini? Iyerlah, lihat saja pd waktu skrg,mcm-mcm jenis 'penyakit' yg ada. Lihat di dalam dahulu, kemudian baru kita lihat di luar.
Adakah kita masih perlu menunggu sehingga mendapat petunjuk dari langit?
Atau apakah kita masih menganggap al-Quran ini sebagai sesuatu yg magis?
Saya nak sangat lihat saudara2 dari Jakim,Jais or pertubuhan yg Islamik pergi ke lorong2 gelap,tmpt2 penyakit sosial,pd muda-mudi yg sdg leka dgn dunia,tua-tui yg lalai pd akhirat (bkn kerna ingin jga tepi kain mrk,tp kerna kita dtg dr satu agama yg lurus) dgn membawa al-Quran yg haq! Saya cabar anda utk tarbiyah mrk. Kerana anda adalah org yg lebih tahu dr kami. Tetapi saya tahu cabaran ini hanya khayalan dari saya saja.
p/s:Entah bilalah dpt merasai,menghayati,mengagumi hebatnya Islam itu yg sebenar.
Wallahualam.
Pesan utk semua..
ReplyDeleteJgn tetiba buat alasan tanak islam sbb takut sesat plak.. heh.. kluar topik ke??
uhuks.. cite akak tun tu menyeremsskann sy.. *huhu*
ReplyDeleteehm..pelik gak. Ada yang buat macam tu jugak ke? Ehm..tak faham sungguh aku.
ReplyDeletebaru tahu 22 April tu, Hari Bumi..
ReplyDeleteblajar d lorong gelap(cr trtutup)?
ReplyDeletepastu mintak duit? bunyinye cam kne paw..
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan..
tak berdaya nak komen
ReplyDeleteRASULULLAH SALLALAHUA'LAIHIWASALLAM SURUH IKUT MEREKA2 YANG MENYERU MANUSIA PADA ALLAH PAGI DAN PETANG HARI....
ReplyDeletePERNAH BACE TAK YANG PERNAH SEKALI)BANYAK KALI SBNRNYEEER)PIHAK KAFIR MUSUH ISLAM PERGI INTIP NABI NGAN SAHABAT TAPI MEREKA TAK DAPAT CAM MANA SATU MUHAMMAD SAW MANA SATU SOHABAT SEBAB PERILAKU SAMA JER....MEREKA KENAL KEPERIBADIAN RASULULLAH LEBIH DARI ANAK SENDIRI...
MEREKA MCM NI KITE KENA IKUT...
TAU TAK DLM KUBUR NANTI DITANYA 4 SOALAN*DAH BOCOR DAH..BOLANG ORG2 YG ENGGAN KE MASJID BILA DIRAYU)
1. SIAPA TUHAN KAMU?(kalau tak dakwahkan kebesaran 4JJ1 hari2 boleh jawab ke?)
2. SIAPA NABI KAMU?(dlm kubur dibawa 1 wajah kalo pd wajah tu ada pd kite mudah jawab kalo tak ...apa ko nak jawab dude?)maknenye pd wajah tu ade jangghut, dsbgnyerrr)
3. MANA KIBLATMU?(tak solah susah nak jawab tuan)
4.SIAPA SAUDARA2 MU/(tak jumpe ziarah org islam,tak tegur nasehat org islam,tak beri salam tika berselisih, lagu mana kita mau jawab soalan ni,yg teruk lagi takdak pikiaq langsung pasai org islam yang tak buat baik)
nabi tak mai dah laa ni...so,rujukan kite...a'lim ulama...tanya depa dok buat amal atau dakwah tu sapa ulama rujukan depa?kalobetui betui lah..kalo tak ..apa criterr..
p/s: INGAT PESAN ALIM ULAMA USAHA ATAS IMAN DAN AMAL PERGI ZIARAH UALAMA DI NIZAMUDDIN STP 2 TAHUN SEKALI, TP YANG TERHARUNYE DEPA MAI JUMPE KITA 2 TAHUN SEKALI... 30 DAN 31 MEI JORD DI BEAUFORT, SABAH
RON TULEN
ADA 1 SLOT DALAM KITAB FDAIL A'MAL...
ReplyDelete"...yahudi telah terjemah kan TAURAT ke dlm bahasa A;rab..."sahabat risau maka pesan Nabi Muhammad Sallallahua'laihiwasallam...
"...jangan kamu benarkan dan jangan kamu tolak,katakan saja apa dari ALLAH dan RasulNya Sallallahua'laihiwasallam kami beriman..."
itu yahudi ...ni kumpulan org Islam...
apa2 pun pernah sy dengar nasehat seorang ulama yang mursyid...
lebih kurang..."... kalo seseorg tu benar2 memperjuangkan agama ALLAH,bukan kerana nafsu (sedangkan kite boleh kategorikan kumpulan tu terpesong dari ahli sunnah waljama'ah), maka kalo tidak sekarang pasti satu hari nanti(sblm jadi mayat) dia akan dipilih /digunakan oleh ALLAH untuk menjalankan kerja agama sebagaimana yang di kerjakan oleh junjungan besar Muhammad almusthopha Sallallahua'laihiwasallam dan para sohabat radiallahuajmai'n... sebaliknya seorang yang memng sedang menjalankan kerja agama sebagaimana yang di kerjakan oleh junjungan besar Muhammad almusthopha Sallallahua'laihiwasallam dan para sohabat radiallahuajmai'n tetapi kerana inginkan nama, pangkat ,dipuji,dikenali(pendek kata bukan ikhlas kerana ALLAH)maka kalo tidak sekarang pasti satu hari nanti(sblm jadi mayat) dia akan disingkirkankan oleh ALLAH dlm kerja agama yang suci ini..."
jadi kepada pengirim yang budiman...jangan takut(risau perlu) ko dah usaha(usaha lagi ingatkan kwn tu) so, tawakkal saja pada ALLAH...
aku tetap berpegang pd nasehat ulama ni smpi skrg...itu yang kite dinasehatkan supaya istighfar 100 kali pagi slps suboh dan 100 kali petang slps asar...
RON TULEN
*nanges*
ReplyDeleteaku masih tak mampu nak berbuat apa apa...........
err ada ajaran yang JAKIM tak ambil tindakan kerana ada 'VVIP' jadi ahli. terang-terang salah tapi tak boleh buat apa-apa. siap ada perkampungan dema lagi. apa komen encik hamka?
ReplyDeleteAbu Muhammad
ReplyDelete:)
-----------
tun teja
dalam surah yassin bagitahu:
“ikutlah orang yang tak mintak upah…”
Dah mintak 250 sebulan sete;ah ajar ugama dank au tak rela, tak payahler ikut..
-------------
Ansar @ Bungamelur
Kalau dah teruja, pergilah belajar 5 amalan masjid yang perlu di buat untuk jadikan masjid kita macam masjid Nabawi..
Wallahu’lam
-------------
ainohikari
"sesat dalam cahaya" atau hilang dalam terang adalah tipudaya syitan yang paling besar kerana buat manusia mati tanpa bertaubat sebab dah perasan betul..oh!
Ps: aku beristigfar atas kesalahan-kesalahan yang aku lakukan semasa munulis, ampunkan aku!
----------
Kafur
Kata Buznama, apabila kita buat usaha ugama dengan sungguh-sungguh sehingga jadi mayat, dan ketika mati ugama yang kita dakwahkan nampak seakan tidak berjaya, janganlah bersedih kerana berita kemengan ugama akan sampai juga pada kita dalam kubur..
Dan disitu kegembiraan akan berganda.
Ps: semua ahli maksiat datang dari rumah, maka pergilah dari rumah ke rumah…
-----------
Abdah
: )
---------
feerhann
*huhu*
-----------
Titan
Susah nak faham manusia..
----------
....
Selamat hari bumi…"Save the Cheerleader Save the World"
---------------
Sir Wan
Kena paw di jalan yang ‘terang’ dan ‘bercahaya’..oh!
Ribu ribu Margasatua Mencari raja si Muraq Yang sampai hanya tiga puluh
---------
blogmenjerit
heh!
-----------
RON TULEN
Aku ada tulis dalam bab “ada tak azab kubur”
dan ron, aku doakan kau istiqamah dalam usahamu itu..
:)
----------
Jiji, 25
Menagis kerana ugama, sangat bagus ji…
Tolong menangis untuk aku sama…
-------------
Maryam Abu Ahmad
Sebab tu Allah bagi akal dan hati, fikirlah dengan bijak sebelum membuat keputusan..,
Dan orang yang menyalahguna kuasa, Allah juga sebagai pembela..
“sebelum memecut, pastikan arah perjalanan itu betul”
Aku, sisters2 dan brothers2 seperjuangan dengan aku pun buat camtu, tapi ustaz and ustazah kami tak pun minta duit, sebaliknya mereka pulak yang belanja kitorang makan kat rumah mereka free of charge jika kitorang jumpa kat rumah ustaz (ustaz dengan ustazah tu suami isteri).
ReplyDeleteBatas pergaulan kitorang masih jaga. Brothers dan sisters diasingkan jika kita buat usrah gabungan, sebab selalunya memang sisters lain usrah dan brothers lain usrah.
Kitorang solat jemaah kat rumah perjumpaan selepas habis majlis, sebab, kan lebih baik bagi perempuan untuk solat kat rumah. Ustaz pula selalu qasar dan jamak solat dia je, kerana nak jumpa kitorang, dia travel 150 km setiap jumaat dan kadang2 ahad.
Dari pengalaman aku ikut usrah belajar tafsir dan lain2 perkara berkaitan agama (pengalaman aku belum banyak sangat, kurang dari 6 bulan jer), aku rasa, jika satu majlis agama tu disembunyikan, tapi masih lagi menjaga batas pergaulan, solat, puasa dan lain2, ok je. Kenapa bersembunyi, kerana kan sekarang ramai umat islam dah tak 'islam', tak lagi menjalankan kehidupan islam yang sebenar, dan mereka yang kononnya tahu tentang islam ini mungkin boleh menghentikan orang dari belajar dari orang yang tahu.
Contoh je, sekarang aku dengar student islam dari Brunei yang sekarang belajar kat UK tak boleh ikut program usrah, islamic society dan lain2 program yang boleh meningkatkan dan merecycle iman diorang, dan kalau ada yang masih pergi, scholarship diorang boleh kena tarik. Kan tarbiyyah diri tu penting, walaupun ada halangan. Kalau kes macam ni lah, mesti sembunyikan yang seseorang tu belajar agama, kerana jika ada yang mendapati yg student tu pergi, scholarship dia akan kena tarik. Sebab tu dia mesti sembunyikan yang dia tu belajar agama.
Ni aku punya point of view jer. Jika aku ada salah cakap, maafkan aku ek.
salam Bro Hamka
ReplyDeleteno tel yg lu bagi tu pun kalau tak sesat pun dah dekat nak sesat jugek..aku kira dari tanya jakim ni lebih baik aku tanya tiang lampu la ..Jambatan Kemajuan Islang malaya..penakut nak mampos (itakutbos)bukan it'takullah... jual Islam secara terangan..(logo halal)
Daripada gambaran yang ditulis, nama kumpulan ini Pemuda Kahfi rasanya...
ReplyDeleteAsal daripada Indonesia, memang minta duit kononnya bukti keimanan...
Yup!
ReplyDeleteAllah dah bagi akal dan hati...
fikir-fikirkanlah
terima kasih atas info sini sana
:)
hai hai incek.
ReplyDeletesaye terkesima sebenta bersama kit-kat membace entry incek hamka untok kali ni.
bagi saye, gulongan yang mengaku pengikut kepade pengikut kepade pengikut kepada junjungan mulia Rasullullah saw ini sangat menggusarkan jiwe dan rage.
justeru itu, saye ingin berkongsi sediket perkara yang pernah saya belaja yaitu dari buznama juge.
"kenal diri rata-rata, baru kenal Tuhan yang nyata.."
jadik harap-harapnye kite tak jadik seperti:
celik mate nyer tetapi bute mate hatinyer.
punya akal tapi tiade punye kewarasan.
bole mendenga tapi hakekat nyer pekak.
bole becakap tetapi bisu dari menyatakan kebenaran.
salam, en Hamka, sy ingatkan pada awal topik nie membincangkan ttg hari bumi,selamat berbakti pada bumi.. tapi just intro ngan penutup jerk, isinya mengenai belaja ilmu agama secara tertutup...agak terkeciwa sedikit...sbb sy tau, mesti menarik klu en. hamka dpt mengupas isu bumi dari satu sudut pandangan yg berbeza.... peace! hijau bumi Tuhan!!..
ReplyDelete;)
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteyg dah sedar, pegi masjid, immarahkan masjid, masjid besar2 tapi tak ada aktiviti... aduhai... rumah besar-besar...tak tahu apa aktiviti..
kenapalah nak sembunyi2...sedangkan halangan dan tentangan yg diterima adakah sehebat para sahabat terima waktu sembunyi2 dulu tu?
tak ingat ke khutbah terakhir Nabi?
mari ke masjid..itu rumah Allah s.w.t... rumah kita, untuk istirehat sahaja....
para sahabat bersungguh2 nak menjadikan seluruh hidup mereka dari bangun sampai tidur sampai bangun balik sebagai Ibadah...
adusssss.... sekarang ni kan..if nak kategorikan orang islam kita check diri sendiri dengan
RUKUN ISLAM...
if mana-mana kumpulan kata dia pergerakan so called islam pun kita tengoklah RUKUN ISLAM tu..
dan jgn lupa juga RUKUN IMAN!
eh..ada malaikat sedang mencatit apa yang aku catit kat blog bro hamka ni!!
eh..ada cctv besar merakamkan perbuatan kita..tayangan perdananya akan ditonton semua manusia dari zaman terawal hingga terakhir...
jgn filem lakonan kita tu lebih teruk dari filem fitna..mahupun filem akhirat tuh!
erm..ada tak sesiapa tahu masjid mana ada WIFI percuma??
mari bertaubat selagi masih hidup!!! hari hari lah bertaubat...istighfar..
=D selamat beramal!!
betul! penutup komen yang baik..
ReplyDelete;)