Dec 14, 2007

Nak Kekal Berkasih ?

(Bagaimana kamu tunjukkan bahawa kamu sayang isteri kamu?)

Untuk menjawab soalan di atas aku tulis sebuah Drama yang bertajuk:

“Empat puluh Empat Penumpang tidak termasuk yang berdiri..”, (enjoy)

Aku melepaskan lelah di hujung anak tangga, dari beranda rumah, kami seisi keluraga sedang lepak berehat minum petang sambil menghabiskan air dalam cawan masing-masing, errr.. juga sedang menghabiskan baki sisa sisa umur kami..,

Di mataku, terbayang tentang bagaimana segala kepenatan ini bermula…

Adik - perempuanku - kahwin!

Tiga ayat di atas cukup untuk menggambarkan betapa aku dalam kepenatan, lebih penat dari menyertai perhimpunan kuning (aku rasa..), mungkin korang rasa aku tidak ihklas atau mengada atau apa saja sangkaan korang, lantak korang ler, aku tidak peduli, kalau korang nak dengar, mari sini aku cerita…

Dalam keluarga yang seramai 16 adik beradik ini, perkahwinan adalah laksana acara tahunan, kejap kejap yang tu kahwin, kejap kejap yang ni kahwin, lepas tu anak saudara pulak kahwin, kemudian sepupu kahwin, yang letihnya, dari tahun ke tahun cara mengadakan majils dan hidangan menjadi bertambah besar dan kerja tugas yang semakin bertambah.., sementelah lagi bila adik sendiri yang kahwin…

Adikku ini adalah yang ke 14 dari semua adik beradik, terkenang pula lagi dua orang adik perempuan yang masih belajar, sorang di University Al azhar dan sorang lagi di Politech tanah air.., tahun depan kahwin ler tu…

Aku drive tiga jam baru sampai ke kampong, tanpa rehat dan tidur yang cukup, aku terus berkecimpung dalam sebuah majlis perkahwinan..

Cerita terus rancak dengan pengorbanan seekor lembu, kami sama-sama sembelih dan melapahnya, mencicang tulang, menyiat kulit dan memotong seluruh danging lembu kepada cebisan cebisan kecil..

Perut Lembu kami tanam dalam-dalam..

Aku yang benanak tiga dari Kuantan bersama dengan abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua dari Dungun, di tugaskan meminjam peralatan dapur dari dewan utama kampong, angkat periuk besar yang tak boleh di isi dalam bonnet kereta, angkat tuku besar yang tak boleh pikul dengan kudrat manusia, namun kami gagahi jua, dan berjaya akhirnya.., sementara abangku yang beranak lima dari Kuala Lumpur dan adik lelakiku yang beranak tiga dari besut sedang bini mengandung pula, di tugaskan sebagai pemasang khemah, meja dan susun kerusi..

Di dapur, kakakku yang beranak sembilan bertugas sebagai ketua masakan dari ulu Terengganu, dan di tolong oleh kakakku yang beranak tiga kesemua lelaki dari Kuala, dan juga jiran jiran yang masing masing sudah beranak pinak..

Ibuku yang beranak ramai pula menjadi penyampai atau penyeru jiran-jiran kampong berkerja..

Oleh kerana terlalu ramai adik beradik, ayahku yang beranak enam belas itu telah menyewa sebuah rumah untuk di diami oleh kakakku yang beranak 10 dari Rompin, dan abangku yang beranak sembilan dari temerloh..

Mereka juga akhirnya menjadi pembantu yang hebat..

Kakak sulongku seorang yang kaya dari Kuala Lumpur dan memakai baju seperti artis tanah air beserta tiga beranak cukup sekadar hanya menjadi pemerhati dan sekali sekala tumpang ketawa akan beberapa lawak dari dapur..

Ramai rupanya rakyat Malaysia yang masih berugama islam..

Sambil bekerja, kami adik beradik lelaki sempat berbincang isu isu ugama dan bagaimana nak selamatkan dunia…

Apa-apalah!

Malam itu kami tidur berterabur dan bersepah serta bergelimpangan, abangku yang beranak lima dari Kuala Lumpur dan adik lelakiku yang beranak tiga dari besut sedang bini mengandung pula ambil keputusan untuk tidur di beranda rumah, sementara abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua dari Dungun siap berkhemah di halaman rumah, mentang mentang bekas pengakap di raja, Aku yang beranak tiga pula sekadar tidur dalam bilik kecik a.k,a ruang solat di rumahku.., (bolehlah..)

Tidur lewat dan bagun awal, maka tibalah hari perkahwinan,

Aku yang beranak tiga, dan abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua menjadi saksi akad nikah majlis perkahwinan, adikku yang ada satu anak sedang perut masih mengandung dan nak beranak bila bila masa pula menjadi pengapit..

Bila tiba jamuan makan, aku yang beranak tiga bertugas sebagai penjaga lauk dari berkurangan sementara abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua bertugas sebagai penjaga nasi,

abangku yang beranak lima menjaga air dan adik lelakiku yang beranak tiga sementara bini sedang mengandung pula menjaga lain-lain hal.. (aku dah malas nak eksplain)

Yang lain sibuk membasuh cawan dan gelas, manusia datang macam ombak tsumani, dan adikku si Raja sehari bersama suaminya tersenyum malu-malu kucing sedang menjamah hidangan lauk pengantin yang aku tak boleh nak makan, hampeh..

Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan suasana, Bukan semua ahli keluargaku yang balik rupanya, abangku yang beranak empat di KL, dengar cerita keretanya baru kena tarik dan hidup sedikit miskin tak boleh balik, kakakku yang beranak tiga kesemunya perempuan dan tinggal di kajang, dengar cerita baru pindah rumah baru (duit tak cukup) juga tak dapat balik.., dan sudah tentu adikku yang sedang belajar di Mesir juga tak balik..

Panjang cerita, aku pendekkan dan kita kembali ke babak awal entry ini..

Aku yang beranak tiga melepaskan lelah di hujung anak tangga, dari beranda rumah, kami seisi keluraga sedang lepak berehat minum petang sambil menghabiskan air dalam cawan masing-masing, errr… juga sedang menghabiskan sisa sisa baki umur kami..,

Alhamdulillah dalam keluarga yang jika naik bas 44 orang tidak termasuk yang berdiri juga penuh, dengan masalah lupa nama cucu dari pihak ayahku dan lupa nama anak saudara dari pihak aku sendiri.., dan bila ada anak saudara yang duduk tepi aku orang akan anggao kakak aku, atau awek aku.. namun.. sehingga ke saat ini, belum ada yang bercerai.., (bermadu lain cerita) alhamdulillah…!!

Cuma cerita tentang yang NAK bercerai dan NAK bermadu sering timbul dan hangat di bualkan dalam keluarga kami..

Bak kata ‘keretamayat’:

Bercerai kita roboh..
Bermadu kita teguh…


Dan petang itu cerita itulah yang kami duduk borak, bahas dan bincangkan…

Nak kata mengumpat tak juga, tapi lebih kepada bagaimana nak selesaikan masalah keluarga.., boleh gitu?

Di hujung perdebatan dan perbahasan, abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua mula membuat kesimpulan..

“Hanya satu patah perkataan sahaja untuk selasaikan semua masalah ini..”

Semua terdiam menunggu jawapan..

“Sabar”…

(semua hadirin angguk setuju kecuali aku)

Aku yang tak sabar menyampuk..

“mana ada bahagia bagi pasangan yang asyik “SABOOR JE LAH..”.

(semua hadirin ketawa)

“Kita kahwin semuanya dapat dua perkara, betul tak?”

Tanya aku lagi, dan semua hadirin senyap tunggu jawapan.

“Kita kahwin akan dapat dua perkara iaitu dapat anak dan dapat saborrr je lahhh”

(semua hadirin ketawa semula)

Lalu kakakku yang beranak sembilan pula bersuara.., (dia ni kira otai)

“Tidakkah kamu semua berasa penat? (dengan majlis perkahwinan ini) maka begitulah susahnya kami semua dahulu (mengadakan majlis perkahwinan untuk kamu semua), jadi minta tolong, jagalah dengan sungguh-sungguh (akan) rumah tangga masing masing, jangan terdengar dari telinga kakak, adik-adik yang bercerai.."

(kami semua diam setuju)

Ayahku yang beranak 16 perlahan-lahan hisap rokok, dan menghebuskan asap ke udara..

Aku tammatkan cerita tentang kisah suka duka rakyat Malaysia yang berugama islam pada babak beranda rumah, sekarang kita pergi pada babak yang lain pula..

Dalam perjalan pulang, dalam kereta, aku dan isteriku berbincang tentang isu isu keluarga aku tadi..

Secara kesimpulannya;-

Suami isteri ada masa akan bergaduh juga, lidah pun akan tergigit bak kata orang tua, tapi yang jadi masalah bila bergaduh, masing masing, pakat-pakat menyakiti hati pasangan antara satu sama lain, di sinilah segala masalah muncul..

Pada permulaan pergaduhan, mula mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, caci dan makian, yang tak sepatutnya di keluarkan oleh orang yang bermoral, semuanya dengan niat menyakiti hati pasangan, lebih dari itu mula bercerita dan mengumpat keburukkan pasangan masing-masing, hati mana yang tak sakit?

Dan lebih teruk, bila ada yang sanggup keluar dengan wanita lain, hanya nak buat isteri sakit hati, ada yang layan lelaki bujang hanya nak buat suami sakit hati, dan bila aku baca akhbar, ada orang bukan islam apabila bergaduh, sanggup bunuh anak hanya semata-mata nak bagi pasangan sakit hati..

Sungguh simpati…

Bagi aku, jika korang nak bergaduh, boleh.., tapi jangan sekali kali dalam bergaduh, masing masing cuba buat pasangan sakit hati, kerana, melalui jalan ini (bergaduh tanpa saling menyakitkan hati), pintu berdamai akan sentiasa terbuka…

Tapi bila tiba bab saling melukakan hati pasangan, boleh bergegar tiang arasyh di buatnya!!…

Dan begitu jugak nasihat aku kepada yang bergaduh kerana politik, jangan sampai tahap saling sakit menyakiti, walaupun hanya sekeping hati.., ingat pesan Nabi, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Nak berbeza pendapat, apa salahnya?, berbeza pendapat itu Rahmat bila kena dengan cara, Imam 4 mazhab juga berbeza pendapat tapi mereka boleh hidup aman damai, hari ini kerana berbeza pendapat dalam politik, dalam ugama yang di politikkan, hidup menjadi cukup carca-merba!!

Hampeh (aku meludah)

Satu lagi bila takde peluang nak sakitkan hati, korang pakat-pakat berdendam pula..

Bagi aku, orang yang berdendam, adalah tidak patut di jadikan isteri, dijadikan kawan dan di jadikan musuh dan tidak layak jadi Wakil Rakyat!!…, maka aku memaafkan segala laku kamu, dan semoga Allah mengampunkan segala salah laku kita bersama…

Maka, wahai orang politik sekalian, jaga lidah kamu, dan jika kamu ada sifat berdendam, KAMU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN…

Hampeh..!!(sekali lagi aku meludah, dah lama membebel, banyak pula air liur yang bertakung di hujung bibir)

Aku dah tulis panjang bab bagaimana nak bergaduh dulu..

Akhir sekali, (Ingat, babak ini masih lagi dalam kereta), bini aku tanya satu solan yang menyimpulkan segala kesudahan, iaitu bagaimana nak selesaikan masalah suami isteri yang mungkin nanti akan bergaduh....

Aku pun berpantun..:

Sayang emak hamba luruskan,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Sayang anak tangan-tangankan,
Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

Aku tahu bunyinya agak hampeh, tapi keberkesanannya adalah begitu baik sekali. (baca: Sayang isteri tinggal-tinggalkan..)

Dah berpantun, aku bermonolog pula..

Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

Dalam berjauhan, terdapat banyak ruang untuk berfikir..
Dalam berjauhan, baru mengenal erti rindu..

Dalam kerinduan, Banyak kemaafan tercipta…
Dalam kerinduan, Banyak niat untuk membahagiakan pasangan tercipta..

Dah habis bermonolog, aku menyanyi pula..

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

( P Ramlee)

Tapi isteri ku sudah Turn ON Radio kereta dan kuatkan volume, ada pulak lagu My Chemical Romance...(faham-faham sahajalah, suara aku bukannya sedap)

Akhir sekali, tentu korang akan tanya aku:
“Sayang isteri tinggal-tinggalkan?
“Nak tinggal pergi mana?..”

“Cari harta? Berdakwah? Berjihad? Pergi berhimpun? Pergi belajar ugama?

Aku kata:
“Faham-faham sahajalah, korang kan pandai dan bijak…”

Lalu kereta itu terus memecut laju sambil ditutup dengan lagu “The Black Parade”..

Ps: Sayangilah pasangan anda sebelum mereka menjadi mayat yang sejuk di pembaringan, muka pucat membiru dan perut mulai kembong…, hanya mayat yang bisa memisahkan kamu.. tapi.. janganlah anak dan isteri kamu lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul dan berjihad di jalanNya, kerana kelak, kita akan di azab kerana mengabaikan ini (baca: sayang isteri tinggal-tinggalkan)…

20 comments:

  1. Aku yang beranak lima berbini satu kata;
    Sayang bini tinggal-tinggalkan,
    Baru le rasa rindu-rinduan.

    ReplyDelete
  2. :)
    salaamm

    Aku baru beranak satu..

    mmg btul ayat nih:

    Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

    Dalam berjauhan, terdapat banyak ruang untuk berfikir..
    Dalam berjauhan, baru mengenal erti rindu..

    Dalam kerinduan, Banyak kemaafan tercipta…
    Dalam kerinduan, Banyak niat untuk membahagiakan pasangan tercipta..

    aku besa kena tinggal ngan suami..
    manisnya kerinduan itu..

    ReplyDelete
  3. Aku yang belum berbini seorang isteri lagi, manalah dapat memahami akan kerinduan bila berjauhan..

    Tapi aku sudah memahami akan kerinduan masakan Malaysia dan suasana Hari Raya apabila berjauhan.... Sob...sob..

    Alangkah rindunya aku pada kamu (Dahagakan kasih sayang)

    ReplyDelete
  4. aku yg beranak mata ni terigin nk tau ustazah rock ada berapa adik beradik..
    selain itu,adakah brader hamka akan mampu menchallenge ayahnya dari segi bilangan anak dengan rekod bersihnya seorang anak setiap tahun?
    sama2 kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  5. Mula-mula membaca entrimu yang ini....aku rasa snagt bosan(sebab tidak membaca betul2....kali kedua dan ketiga aku jadi gian(betul ka perkataan ni). Sdr Hamka,anda bertuah,punya ramai saudara & adik-beradik...sedang aku cuma berdua. Bila sudah bernikah pun masih berdua, Jika takdirNya hubbyku mau menambah cawangan baru - aku redha sajalah. Hidup inikan cuma pinjam-pinjaman. Biarlah dia menambah cawangan - janji jgn aku diceraikan(ditinggalkan tidak mengapa)

    ReplyDelete
  6. adik abang yg study kat azhar tu umur brapa?
    dh ada yg cop ka?

    ReplyDelete
  7. hamka;

    1. masih kuat amalan gotong royong, payah nak cari tu..kebanyakan org dah pakai katering..

    2. subur suburnya ur family..

    3. bila dah berjauhan tu ..kang tercari lain..parah tu..

    ReplyDelete
  8. “Kita kahwin akan dapat dua perkara iaitu dapat anak dan dapat saborrr je lahhh”

    hua hua hua !
    sambung baca balik .

    ReplyDelete
  9. Hemm 2nd time bukak blog ko...tetiba aku teringat psl tanya EMPAT PERKARA sblm buat sesuatu...mase buat blog ni ko tanya x perkara tuu...kalo tanya bole tau x jwpnnye? Dan aku pn dah tanya 4 perkara sblm aku tanya soalan ni kt ko..tp jwpnnye aku jwb lps ko jwb soklan aku laa ek...

    -Mr president-

    ReplyDelete
  10. salam..

    lagi tiga hari dah nak wukuf..
    bro hamka, swicth citer kepada bab haji plak.. bulan nie bulan pengorbanan.. hatta pengorbanan wanita yang ikhlas Allah swt abadikan dalam gerak amalan haji,

    siapakah siti hajar?
    wanita yang ditinggalkan suami kerana Allah swt.
    dia belajar kenal Allah melalui suami, melalui anak..

    adakah ditinggal kerana siti sarah?
    adakah ditinggal kerana ada yang lain bertahta dihati?
    adakah susut sudah cantik dan paras rupa?

    Ya Allah.. pastinya tidak akan sia-sia segala perintah Mu..

    kerana belajar ditinggalkan kerana Allah..
    Allah swt sangat suka lari-lari payah dengan harapan safa dan marwah seorang wanita sambil doa yang tidak putus-putus maka ...
    fardulah bagi umrah dan haji perlakuan itu..
    kesan kekuatan amalan yang sebegitu, air zam-zam telah terbit dan akan terus mengalirkan air yang berkat itu sehingga kiamat..

    kalian yang bernama wanita.. tak detik hati ker untuk berbuat demikian..
    sukakan Allah dengan pengorbanan..
    korbankan cinta untuk cinta yang lebih besar adalah kekuatan yang mampu bagi hamba-hambaNya yang bergelar wanita..

    ohh.. teringatku pada ibu, kakak dan adik perempuanku...
    alangkah baiknya jika mereka mengetahui..

    -abu wukuf

    ReplyDelete
  11. salam..

    Lama menampi lapar terasa
    Sinar mentari menyekat mata
    Luka dihati hancur binasa
    Akhir menutupi penat yang lara..

    Kekal berkasih talak tiada
    Basah lidah ingatan ilahi
    Kenapa masih tidak sedia
    Janji Allah akan terpatri..

    Haji ibarat amanah suci
    Perjanjian diri untuk semadi
    Segala perintah akan dituruti
    Hingga bayi akhir beriman dihati

    Ambillah kasih ambillah saudara
    Buat perisai pecahan hati
    Kembali semua ambil lah pusaka
    Amanah nabi..ummati..ummati..ummati

    abu wida'

    ReplyDelete
  12. "Ramai rupanya rakyat Malaysia yang masih berugama islam.." - setuju!

    ReplyDelete
  13. azharjaafar
    dan intai kami antara Nampak..
    : )

    -----------
    Izmin
    Mungkin kita berbesan satu hari nanti..
    : )

    -----------
    Wan Mohd Faiz
    Selamat Berjaya dalam bidang yang di ceburi.

    --------
    aku yg bernombor 16

    ustazah rock ada 8 adik beradik.., beliau nombor 6..
    dan, aku tak mampu rasanya nak challenge my ayah..., aku start lambat, kahwin umur 25 tahun, bapak aku start awal, mana tau esok aku dapat adik lagi, maklumlah sekarang musin hujan..
    he he he

    ----------
    waterlily

    Mula-mula membaca komemmu yang ini....aku rasa sangat bosan, tapi bila baca keinginanmu yang rela di madu, rasa cemburulah pulak.., semoga Allah bagi rezeki anak-anak padamu, nabi ibrahim dah tua baru dapat anak lelaki yang soleh, berkat sabar berdoa..

    ------------
    lelaki beriman akhir zaman

    errr, KENA TANYA DIA DULU, BUDAK ZAMAN SEKARANG, MANA TAHU DAH TERPIKAT DENGAN PAKWE ARAB.. HEH

    ----------
    DBI

    Tercari lain masa berjauhan sebab tak jumpa apa yang patut di cari waktu berjauhan.., biasa orang mencari keredhaan tuhan..

    ------------
    Schizophrenic Lukezichrenic
    : )

    ----------
    Mr. president

    Aku tulis blog sebagai nota ugama untuk aku, aku tulis dengan cara yang mudah aku paham, aku publish dengan harapan jika ada ustaz baca boleh tegur aku jika salah, dan pertahankan kefahaman aku jika ianya betul..
    Aku mudah hafal apa yang aku tulis, kerana aku yang paling banyak baca..

    Nanti bila aku bagi ceramah ke apa, senang aku nak susun ayat..
    Aku tak berdakwah, Cuma belajar tulis tentang ugama, juga di selitkan sedikit cerita peribadi..
    Aku tak link dengan mana mana blog..
    Tak paksa korang baca, tak larang korang baca, tapi dah tentu suka bila tahu ramai yang baca..
    Ok, begitu lebih kurang, nanti lain kali aku susun macam dalam bentuk 4 soalan, atau kau pun terer, paham jugak bukan?

    ---------
    wal bidayah wal nihayah

    aku dah tulis dan pada entry yang lepas, dan boleh rujuk enrty pada

    http://keretamayat.blogspot.com/2007/11/bila-nak-pergi-haji.html

    http://keretamayat.blogspot.com/2006_12_01_archive.html

    ------------
    alan zed
    bila kau nak tambah bilangan rakyat Malaysia yang berugama islam dan berbinkan ‘shin chan’?

    ReplyDelete
  14. "...Dan begitu jugak nasihat aku kepada yang bergaduh kerana politik, jangan sampai tahap saling sakit menyakiti, walaupun hanya sekeping hati.., ingat pesan Nabi, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah..."

    Thank you sebab menyampaikan these sentences.

    ReplyDelete
  15. aku yg masih belum berkahwin
    bilaterbaca crita kamu,
    teringat ttg kakak2 aku n abang2 ku yg telah berkahwin.
    menyebabkan aku begitu takut untuk berumah tangga.
    kebiasaanya semua ranjau2 kepahitan itu bermula setelah 10tahun mereka berkahwin.
    setakat ini masih belum ada yg bercerai mahupun bermadu.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. waaaaaaaaa... best nyer adik badik rame nih... sonok kelat baca... keep it uppppp... hehehe...

    ReplyDelete
  18. BlogDer

    senyum kerana dapat ‘tolong’ sesuatu dengan izin Allah..

    ---------
    viicat

    Belum ada yang bermadu?

    SubhanAllah..

    ---------
    kelat

    kelat maun, manis akhirnya..
    : )

    ReplyDelete
  19. pssst.. ayat Pengakap Diraja tu salah... xedr pengakap diraja..

    yang betul ialah Pengakap Raja..

    ReplyDelete