Bila aku menulis tentang 18 PA.. (ugama dan isu semasa) dalam blog keretamayat ni.., maka adalah makhluk yang perasan pandai atau baca buku terus perasan pandai lalu kritik aku macam macam, takde dalil dan naslah, takde rujukan dan apa apalah.., suruh aku tutup blog atau suruh aku belajar tasauf, gesa aku belajar hakikat-makrifat dulu, atau suruh aku joint persatuan so call Islamic, atau nak aku cari seorang guru zikir dan pergi bertapa, dan ada yang kutuk umno dan tabligh dengan kaitkan hujah aku, apa kes???
Baiklah.. yang sebenarnya adalah benar dan betul bahawa aku memang jahil ugama, kurang ilmu dan banyak buat salah, tak berguru, tak berdalil dan nas, tak berdaftar dengan mana-mana persatuan so call Islamic dan tak hikmah bila menulis ‘Diari Fantasia’ aku ni..oh!
Maafkan aku.. adik adik, abang kakak, pakcik makcik, dan atok wan sekalian.., maafkan drebar keretamayat ni..isk!
Aku di ibaratkan seperti seorang ‘penyanyi jalanan’ yang pandai bermain gitar tapi tak pandai tune gitar, (memang pun aku begitu) lalu aku mintak jasa baik ‘ahli muzik’ untuk tune dan setting tali gitar aku supaya betul dan tepat akan bunyi setiap kod..,
Kemudian bila aku ‘menyanyi’,... mungkin factor suara aku yang merdu kononnya atau lirik lagu aku yang ‘macam best’ membuatkan orang ramai datang mengerumuniku, terhibur dan terlanjur..,
Bila dah ramai yang suka... maka aku mulai menjadi sasaran 'pengkritik tetap' kerana mereka ingin merasa dirinya penting dan bijak bila nampak apa yang orang tak nampak kononnya..
Atau mungkin ‘lirik lagu’ aku bernada menyindir yang buat golongan ‘perasan pandai’ rasa pedas dan pedih, mungkin juga kerana ‘lagu’ aku berbunyi seperti Tam Spider mengkritik:
Makin lama kukunyah - Makin tawar
Macam manis perasa gula-gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyumanmu menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam !!!
Macam berlagak bagus aku ni kan?.., huh! tapi memang aku suka makan nasik lauk masin takat tu, yang korang sibuk nak tambah garam dalam pinggang aku ni apahal? Kalau korang tak berapa suka apa yang aku masak, dan rasa tak cukup masin, tak payahlah korang nak tambah garam kat pinggang aku, faham tak?
Tak faham lagi?, aku bagi lagi sedas lagu dari Tam Spider..he he he..
Kau saja
Buat sarang labah-labah
Kau saja
Buat susah aku baca
Satu cerita banyak pecahan
Bersambung-sambung
Tak nampak kesudahan
Hujung simpang bertemu serampang
Bagi buih dihanyut gelombang
Kau saja
Mahu orang tengok handal
Kau saja
Belum tahu engkau bebal
Sampai bila nak terus berkhayal
Di kala malam tidur berkongsi bantal
Satu selimut beribu tampal
Awan lalu nak dipintal
Tanpamu ku berdiri
Tanpamu kugagahi
Merempuh hidup di sini
Di alamku sendiri
Ooo... kawan katakanlah
Kau pun tak tahu
Ooo... kawan katakanlah
Kau juga buntu Ooo... kawan
katakanlah Kau masih ragu
Sebenarnya, Orang jahil ugama macam aku ni, adalah tak layak sama sekali untuk tafsir Al-quran.. kemudian tulis dalam blog.., huh! aku cuba mengelak sedaya mungkin..insyAllah..
Ada pembaca yang kata aku ni layak tafsir lagu sahaja…, betul tu!! Tafsir lagu dan ‘salah’:- takpe!!, penulis lagu tak marah, penjual CD tak marah, penjual tiket konsert tak marah, penyanyi tak marah, syarikat rakaman tak marah, aiman tak kesah, asalkan korang beli yang original sahaja. He he he...
Tapi jika tafsir quran dan ‘salah’:- alamak, ulamakpun boleh masuk neraka..
Dan dalam ummat islam hari ni, ada yang mencari jalan pintas ke neraka..
Iaitu mereka yang perasan bagus daripada orang lain, lalu tafsir Al-Quran ikut kepala otak sendiri.., tafsir ikut majoroti, tafsir ikut undian SMS,!!! Oh!!!
Maka kali ni adalah lebih baik bagi aku tafsir sebuah lagu.., lagu yang mana jika aku dendangkan, melodi dan suara tak sebijik macam penyanyi asal tapi liriknya sajer yang sama..he he he..
Lagu yang berjudul “ TANYA SAMA HUD-HUD”, ciptaan M nasir..
Masa aku kecik-kecik dulu, aku pernah tengok satu drama yang di lakonkan oleh M Nasir sebagai seorang banduan yang bersalah bunuh isteri dia yang curang, errr, aku ingat ingat lupa ni,.., siapa yang tahu lebih info, boleh share.., tajuk cerita tu pun aku lupa, lebih kurang bunyi macam “Amalina/Amanda/armada/alamanda/anaconda/ apa apalah,
Sambung balik sipnopsis: maka si M Nasir ni telah di ‘penjarakan’ di sebuah planet yang kosong dan gersang…, tapi sebab tak nak si M nasir ni boring atau mungkin kerajaan nak siasat hati budi si banduan a.k.a M nasir ni, maka pihak polis telah menghantar sebuah robot perempuan, huh, robotpun ada jantina.!
Aku lupa nama pelakon perempuan tu, kalau tak silap perempuan tu masih berlakon sekarang ni dalam drama Sembilu Kasih sebagai mak kepada zetty… woha! Beginilah dunia, pelakon leleki yang jadi hero dalam cerita angkasa tu sekarang masih menjadi hero cerita purba sebagai hang tuah dan berawekskan tiara gunung ledang, manakala perempuan tu dan berlakon jadi makcik.., inilah dunia wanita.., indah hanya sementara, memburuk sebelum tua, terfana di dunia yang fana, ops!
Aku tak nak ulas lebih lebih, Ok, apa-apapun, dalam cerita tu. M nasir akhirnya jatuh cinta ngan robot tu, pendek cerita… akhirnya M nasir di dapati tak bersalah dan dibebaskan tapi planet yang di dudukinya pula di hujani batu meteor.., dan pesawat yang nak bawa si M nasir ni pulang hanya boleh naik satu penumpang sajer, maka si robot yang si M nasir ni dan tangkap cintan telah musnah bersama plenet…, menangilsah si M nasir, kesedihan..
Kemudian, bila si M nasir ni Balik ke bumi dan berjumpa pulak dengan pencipta robot tu yang muka sebijik macam robot tu, lalu bercinta..habis-tamat, macam best jer cerita tu bukan?
Tapi aku bukan nak cerita pasal filem M nasir tu, yang aku nak cerita adalah lagu M nasir “Tanya sama itu Hud hud”..
Enjoy!
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
(Aku tak payah terangkan rangkap ni, sebab korang semua dah tahu ummat islam pecah 73 puak, dan satu sahaja masuk shurga…)
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
(yang ni korang boleh rujuk ceritera … fiksi ruhaniah rekaan penyair sufi terkemuka yang lahir 1117 M di Naysapur Iran, Fariduddin Attar, dalam kitab "Manthiq ath-Thair":-Musyawarah Burung).
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
(rangkap ni aku tak nak tafsir-suka hati aku ler..)
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
(yang ni pun aku tak nak tafsir, he he he)
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
(Aku tak nak tafsir yang ni just nak nyanyi sama jer : Lai lai la lai la lai)
Tanya sama itu hud-hud
(A-ha! yang ini lah aku nak cerita.., jap lagi)
Lang mensilang Kui mengsikui
(yang ni aku tak faham)
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari"
Arghhh, senang cerita aku nak tafsir tajuk lagu jer, isi dalam tak payah ler, karang berzaman tak habis..
Ok, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?
Hud hud ni adalah seekor burung sejenis pelatuk yang boleh terbang bebas ke sana kemari dengan riang gembira menyusur angin lalu hingap sesuka hati sambil bersiul siul seloka riang, eh aku cerita macam aku nak jadi burunglah pulak..
Alkisahnya, pada zaman dahulu.. Ada seorang Nabi yang sangat hebat akan kerajaannya, yang mana mampu menundukkan jin dan semua binatang, juga boleh perintahkan angin dan segala jenis makhluk untuk berbakti kepadanya, malahan boleh berdialog dengan binatang, itulah kerajaan Nabi Sulaiman a.s ,
Pendek cerita, Setelah Nabi Sulaiman a.s membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji, maka berpergilah baginda meneruskan perjalannya ke Yaman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman , baginda memanggil burung hud-hud untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.
Tapi burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak datang segera…, Menjelang kemurkaan Nabi Sulaiman a.s. lantas mengancam akan hukum burung Hud-hud yang tidak hadir itu jika tiada alasan yang kukuh..
Akrian, tibalah burung Hud-hud yang lambat tiba itu didepan Nabi Sulaiman lalu berkata sambil menundukkan kepala ketakutan::
"Ketika aku terbang, aku telah menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang Permasuri. Aku melihat seorang Queen itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya bersujud kepada matahari dikala terbit dan terbenam..”
Lalu nabi Sulaiman a.s berkata kepada Hud-hud:
"Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini penting, maka sekarang aku perintahkan engkau pergi hantar suratku kepada Queen itu dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."
Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman a.s tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut manusia melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.
Sungguh kurang ajar, manusia ke binatang punya kerja ni?
Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, untuk mengetahui dari manakah surat itu datang tapi tak nampak apa apapun.
Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi:
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."
Pendek cerita, Ratu Balqis akhirnya tunduk kepada Nabi Sulaiman a.s yang mempunyai kerajaan yang luas ke atas manusia , Jin dan binatang-binatang, itupun setelah salah seorang pengikut nabi sulaiman a.s menunjukkan kekuatannya mengalihkan istana tahta Ratu Balqis dalam sekerdip kelipan mata…
Pling!!!
Aku tamatkan cerita Hud hud, Nabi dan Ratu itu..
Persoalanya di sini adalah, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?
Bagi aku, Soalannya berbunyi begini:
Kepada burung HUD HUD..
Kenapa engkau yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah di perintah oleh Nabi Sulaiman untuk berjumpa dengan ratu Balqis menyampaikan perutusan baginda?
Kenapa nabi sulaiman tak perintahkan JIN Ifrit yang boleh terbang sekelip mata, kenapa Nabi sulaiman tak suruh tenteranya yang hebat hebat pergi jumpa Ratu balqis, kenapa Baginda suruh kau yang kecik dan lemah ini, kenapa? Kenapa?
Tak faham aku!!!!
Maka aku pun bertanya kepada BUZNAMA-(berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)
Jawapanya adalah:
Apabila seseorang itu ada fikir risau atas nasib seseorang yang lain, terutamanya nasib mereka di akhirat kelak, maka Allah akan ‘guna’kan orang yang ada fikir risau ini sebagai asbab hidayat..
Dalam kes ini, walaupun seekor burung hud hud yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah, tapi oleh kerana si burung ini ada fikir risau atas ummat, yang mana bila melihat satu kaum yang menyembah matahari maka dia lekas lepas bagitahu kepada raja Sulamain a.s, maka di sini, Allah telah gunakan burung hud hud lagi sekali untuk hantar surat kepada Balqis kerana hanya burung hud hud yang layak dengan tugas itu kerana KERJA akan di ambil dari Allah ke atas makhluknya bila ada fikir risau..bukan di ukur daripada bakat dan kelayakkan..
Sebab tu jika kita rujuk sejarah sahabat Nabi SAW, kebanyakkan sahabat datang dari golongan hamba abdi, orang miskin dan musafir, kenapa?
Kenapa Allah tak pilih Abu jahal atau Abu lahab yang berpengaruh untuk Bantu Nabi SAW?
Jawapan:-Kerana mereka (Abu jahal atau Abu lahab) takde fikir risau macam bilal RA, macam sumayah RA dan lain lain sahabat,
Begitulah adilnya Allah, untuk memajukan ugama, semua orang layak buat dakwah dengan syarat ada fikir risau atas ummat..
Malah dalam perang kahdak, huzaifah telah di tugaskan sebagai pengintip pada malam yang sejuk, sedangkan beliau takde baju menutup badan, yang ada hanya kain menutup aurat,
Di sini jelas menunjukkan Allah akan GUNA kita untuk Bantu UGAMA Allah, hanya apabila kita ada fikir risau atas ummat tak kira apapun status korang..
Walaupun korang seorang hamba abdi, seorang pekerja kilang, bekas penagih dadah, bukan ustaz atau ulamak, seorang penyanyi, penulis, doesn't matter what, asalkan korang ada fikir risau atas ummat, sedih melihat ummat derhaka kepada ALLAh, maka di saat itu ALLAH akan GUNAKAN korang untuk Bantu Ugama Allah.. insyAllah..
Macam burung HUD HUD yang ada fikir risau melihat Ratu Balqis dan rakyatnya menyembah matahari, maka Allah akan GUNA burung ini sebagai ASBAB hidayat dan Allah telah rakam peristiwa ini dalam kitab yang paling mulia, iaitu Al Quran yang akan di baca oleh manusia dan jin sampai hari kiamat, dan menurut BUZNAMA itu lagi, burung hud hud itu kelak di akhirat akan bertukar menjadi manusia dan dapat masuk shurga lalu bersetubuh dengan bidadari!! subhanAllah..
Bercerita tantang Allah ‘guna’ kita, aku tambah sikit lagi:-
Dalam hidup kita sebagai seorang islam ada 4 perkara yang kita kena mintak dengan ALLAH sebelum jadi mayat:-
- MINTA ALLAH ‘PILIH’ KITA..
- MINTA ALLAH ‘GUNA’ KITA..
- MINTA ALLAH ‘BANTU’ KITA ...
- MINTA ALLAH ‘TERIMA’ KITA ...
Macam kat tempat kerja kita la ni, mula mula korang di PILIH untuk temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai staff tetap..faham tak?
So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang islam, sekarang kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH.., guna di sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat dakwah, ajar ugama, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu ugama..
Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk majukan ugama, tapi Allah nak muliakan kita dan Allah berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH..
“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”
MAka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekeuatan dalam berdakwah, keilhlasan dalam berdakwah, keistqamahan dalam berdakwah… sampai jadi mayat!!
Dan akhir sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai seorang da’e, sebagai seorang islam, sebagai seorang mukimin…, Amin..
YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..
YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..
YA ALLAH,
BANTUlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..
Dan..
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai insan yang buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU
Amin…
Aku rasa nak berhenti menulis setakat ni dulu.., maafkan aku jika ada salah dan silap..
Tutup majlis dengan Tasbih kifarah..
Chow!
Ps: ada orang yang dapat hidayat apabila melihat mayat.., dan Allah boleh GUNA kan mayat kita sebagai asbab Hidayat..
Assalamualaikum..
ReplyDeletesaya dengan ini merasmikan ruangan komen en hamka untuk post kali ini..walaunpun tidak ada komen apa2..
wah eja 'walaupun' sampai tak dan dan.. he he he, aku pengkomen kedua,
ReplyDeleteaku yg ketiga..=)
ReplyDeleteyer. selepas baru melihat mayat aku terus pegi tgk blog kereta mayat..
ReplyDeletesetuju. setuju.
fikir - org yg kelihatan alim tapi amat sukar untuk belajar lagi dan menyedari yg kita ini hanya insan biasa yang mungkin lakukan kesilapan~
oh ~ jauhkan diriku dari perasaan merasakan diri ini serba betul dan cukup sempurna..
satu petang tu aku terpikir, bro hamka selalu tulis nak ajak musalman solat berjamaah sampai mati... buleh tak kalau ditulis sampai kiamat? mana tau seruan bro hamka melampaui usia tuannya? sekadar bertanya.. char maena insya Allah..
ReplyDeletesalam wbt bro hamka..
ReplyDeleteyehuuu...aku pengkomen ke-7..heheh..(Allah suka no 7..)anyways bro aku baru balik dari miri ni..puan ustazah rock..aku tak letak nama samaran..aku letak nama dalam IC aku..heheh..
err..malulah aku sebagai manusia tak risau masalah umat ni..alangkan burung hud-hud pun risaukan manusia..(bukan sama spesis pun..)
apapun..terimalah pantun dua kerat ni...(isk..isk..isk..untukaku sebenarnya..)
Jika anda rasa mahu berputus asa dari jalan dakwah boleh, memang Allah bolehkan ..
tetapi tunggulah sehingga sudah 950 tahun kamu sudah berpayah-jerih di jalan dakwah.
ciao..salam wbt..
antara orang yang berilmu dengan orang yang FAHAM ilmu, kita akan lihat orang yang FAHAM akan buat kerja,akan tetapi yg sekadar ada ilmu belum tentu buat kerja..
ReplyDeletepatutlah aku tengok org muda blaja tinggi2 sampai masuk universiti jd penganggur ramai, sedangkan member2 yg berhenti belajar sejak form 5 dah pun kerja,walaupun kerja kilang.
apa-apa pun 4 perkara yg hamka tulis tu amat tepat sekali. insaff.. alhamdulillah. jazakallah.. subhanallah
Hud-Hud, dah makan?
ReplyDeleteAda persamaan lagi entry nih..tashkil ke apa nih?
hehehe
baguih...aku harap aku dapat di'guna' kan Allah..even burung pun di pilih...
ish..ish..ish......aku je kadang2 tak berguna..hampeh.
oh..aku pengomen kedua yang ada blog sendiri..
ReplyDeleteumur makin meningkat tapi belum lagi dipilih...
ReplyDeletemereka yang pernah terpilih kini dah terbuang...
beruntunglah mereka yang terpilih dan masih belum terbuang... semoga mati semasa masih dalam pilihan...
adoi laa....
salam
ReplyDeletepenyampaian yg baik.nice job bro!
Bila Kebenaran dilihatkan mata di butakan,
ReplyDeleteBila kesalahan dilihatkan mata jadi celik,
Musuh utama tak disedari malah di dengar pula bisikanya,
Saudara sendiri pula difitnahkan,
Yang jauh dikenangkan,
Yang dekat dilupakan,
Cinta tak kenal siapa? Tapi pada yang Berhak dicintai?
lu sapa? wa sapa?
kubor masing-masing katanya (aku cuma taknak ko ditakdirkan dialamatkan disebelahku lalu membuat bising kerana diseksa )ishk aku la tu.. Jngan tanya hud-hud... nanti habis ko tangkap sebab nak tanya, Tanyalah TUAN PUNYA SEKELIAN MAHLUK DAN ALAM.
Rujuklah ALQuraan dan Hadis...
OH Tuhan
Hapuskan ego ku,
Hapuskan Benciku,
Hapuskan Dengkiku,
Hapuskan Amarahku,
Hapuskan Khianatku,
Hapuskan Cemburuku,
Hapuskan Riakku,
Hapuskan .....
Lantaklah korang nak jadi pengkomen yang ke berapapun, harap harap dapat jadi orang pertama ke masjid solat jummat …
ReplyDelete-------
seorangaku
Bila orang tu rasa pandai, maka orang bagi buat semua kerja..ha! itulah pandaiiiiiiii sangat!!
-----
ali
satu petang yang damai aku terpikir
mati adakah kiamat kecil..
buat usaha ugama bermati-matian sampai mati..
buat usaha ugama berhabis-habisan sampai habis..
kalau tak mati dan tak habis?
Sampai kiamat ler..
---------------
Nurzaiti
salam
pengkomen ke-7 yang letak nama dalam IC
aku sambung pantun ko
Burung hud hud terbang tinggi
Hinggap sekejap di batu nisssan,
Dalam keranda tidak berdiri
Hanya mayat terbaring bergelimpangan..
------
muhammad fakhrul razi
ramai orang ada ilmu solat tahajjud, soalat tasbih, solat witir..dll
tapi setiap malam habiskan baki umur tengok TV..
bukan ilmu takde, tapi iman lemah
kerana kurang fakir ummat
malu sikit kat burung hud hud..
ps untuk ku..isk!!
---------
abu_harraz
Biarlah Allah ambik kerja dari kita dengan cara bukak hati kita untuk sedia sambut takazar..
----------
Najwa Aiman
(((umur makin meningkat tapi belum lagi dipilih...)))
Kena banyak islah diri, kenapa belum di pilih..oh!
(((mereka yang pernah terpilih kini dah terbuang...)))
Aku cukup sedih bab ni, mana kawan kawan lamaku, namamu selalu di sebut di jalan ini, pengorbananmu dulu menginsafkan aku, dulu korang dating memujuk dan menghiburkan aku, sekarang korang mulai lari dariku.., namamu meniti dalam doa doa, kami rindu kepadamu..isk..
----------
mi
Semua dari Allah, untuk dunia kita terhibur dan terlanjur, untuk akhirat apa pula?
---------
Amiruddin shah.
Amin, semoga Allah menghapuskan segala yang tak baik
Assalamualaikum,
ReplyDeletepedulikan mereka yg kritik kau tu. Mereka yg kritik kau hanya nampak kesalahan orang, tak pandang diri sendiri. setakat 20tahun goyang tasbih kalau solat 5 waktu berjemaah di tempat azan dilaungkan takleh nak jaga, ape hal.
teringat bayan subuh.
ReplyDeletevoice
ReplyDeletewalaikumusallam,
sabar voice, he he he
cuba kita balas krtikan tanpa serang peribadi, aku pun kadang2 terlepas cakap..oh!
----------
adadia
teringat antara amalan firaun yang suka tengok matahari terbit...
contoh serang peribadi..
ReplyDeletekatakanlah kau sedang berdebat dengan saidina Umar RA khalifah islam yang ke dua tengtang apa apa isu, tiba tiba kau ungkit kisah beliau tanam anak hidup hidup masa jahiliah, tak kena penampor arab ko?
selamatkan pipi dan lidah anda..
waH aku dtg lagi, ni nak kasi satu rahsia, aku suka la baca bnyk kali apa yg tertulis kat sini, bnyk mende aku tak paham (tak penah nak paham/amik tau).
ReplyDeleteAku rasa x cukup puas. Aku rasa perenggan yang panjang berjela tu mcm pendek je.
=....(
panjang tak semestinya faham..
ReplyDeletependek tak semestinya tak faham..
perkara yang benar tidak semestinya mahsyur..
perkara yang mahsyur tidak semestinya benar..
adakah aku mahsyur atau benar?
:(
Bg aku, bro Hamka da kire mahsyur dlm blogspot (kot..)..
ReplyDeleteAku pun x puas2 bc blog bro Hamka nie.. Bnyk ingatkan perkare yg aku x tau..
(Hamka, ap yg terkoyak 2? :-P)
kalo tak paham , rasa hati tak puas@!~
ReplyDeleteaku nak bercuti mulai esok....
ReplyDeleteselamat bercuti untuk aku sendiri..
salam..
dah lama tk jenguk blog ni..masih bernas..alhamdulillah....hai hamka..sihat??
ReplyDeletecuti bersalin... :-)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemasih bernas dan tajam pemikiran bro hamka,
cadangan saya untuk cerita selepas ini,
1. Kisah tamsilan
ashabul khafi dan anjing
bynk lagi tapi saya dah tak ingat, kerna lama dah tak kuar 3 hari, ohh lemahnya imanku kini, solat berjemaah telah hampir hilang dalam diari hidup ku.. subuh apatah lagi.. -adakah bila mataku buta baruku sedar pentingnya cahaya...?
yazid
Alhamdulillah.. Artikel ni sy baca tepat pd masanye.. how sweet it is when Allah answers my doubt dr sumber yg x kusangka2.. oh... alhamdulillah.. jazakallah..
ReplyDeleteSHE
ReplyDeleteDah sihat kak, terima kasih doa kat saya..
--------
midkazen
:-)
------
Yazid..
Bila nak keluar 3 hari??,. Dan tolong datang dakwah aku..isk..
-----------
doktor mayat
semua dari Allah.. doakan aku amin..
salam alaikum. baguslah dianugerahkan kerisauan ummat. tapi jgn dok perleceh cara orang lain, yang berhak menghakimi ialah Allah. kita hanya manusia yang tidak maksum dari sejuta bisikan syaitan dalam sesaat yang suka burukkan org lain, dan juga usaha org lain samada dari PAS, Tabligh, UMNO ataupun su'ul Dzan yang lainnya.
ReplyDeleteUjilah minda anda...
ReplyDelete1. Lihat kpd APA yg ditulis...bukan kpd SIAPA yg menulis.
Kalo anak ko ckp 'ayah, merokok tu kan membazir dan tak baik utk kesihatan' (just bcoz cikgu dia bgtau dia kat sekolah)...ko nak tanya dia ke, mana nas yg dia dpt?
sbb ko sendiri pun dah terlebih tahu pasal tu...
sama jugak le dlm blog nie...ada paham?
2. Seorg alim/ulama ada bgtau...ilmu itu ada 2 jenis-
a.ilmu yg ada di mulut-yg digunakan utk berdebat
b.ilmu yg ada di hati-yg digunakan utk beramal
ilmu yg di mulut nie kelak akan dipersoalkan di akhirat...
...oleh itu sempurnakanlah harimu..dgn mana satu ilmu yg korang suka.
3. Di satu ptg yg damai & indah sdg korang berjln2 di bumi cemerlang,gemilang dan terbilang nie...korang terlihat sebuah rumah dijilat api...lalu korang pun berkata "bior je lah...tunggu bomba dtg padamkan api...aku bukannya ade 'ilmu' nak padamkan api "....lalu korang pun blahhlah dgn sesuka hatinya...
ingatlah dirimu & diriku yg bernama Islam....jika ada org berzina di depan pintu rumah kamu sekalipun....tidak akan ada lagi nabi dan rasul yg akan dtg utk mencegah maksiat umat....
....lalu korang pun menutup pintu rumah dgn sesuka hatinya...
kenapa tak buat ujian minda ni kat entry baru?
ReplyDeleteramai sikit yang update hihihi
Kita disuruh tanya hudhud apa yang dia nampak iaitu satu kaum yang sembah matahari. Kaitkan ngan diri kita sekarang. Kita sembahyang ke arah matahari terbenam. Kalau kita tak mengenal DIA, adakah kita yang diceritakan sebagai kaum puteri Balqis dalam Quran tu. Fikirkanlah teman. Atau kita di pihak Hudhud (Nabi Sulaiman)?
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteterima kasih.
sangat2.
telah jauh aku mencari maksud rangkap
ribu2 mergastua mencari raja si muraq
yang sampai hanya 30
kutanyakan pada sifu.
beliau gelakkan aku sambil berkata:
"kau perlu banyak membaca"
terima kasih!
sama-sama..
ReplyDelete:)
salam bro.hamka..
ReplyDeletesaya xpaham ape yg anynomous di atas tu ckp? nk pk mende? xpaham..
blh terangkan? lampu saya xde battery..
itu adalah salah satu tafsir daripada cerita nabi nabi.
ReplyDeleteuntuk banarkan atau nafikan, aku tak layak.
Wallahu'lam
Bagi yang bertanya...sila rujuk forum ni..daftar dulu untuk membaca...bermula di muka surat 10 ada diterangkan....Insya Allah semoga kita semua diberi hidayah.
ReplyDeletehttp://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,1912.135.html