Mar 28, 2007

Apa Alamat Tetap korang?

(Manusia dan peristiwa)

Dalam kedinginan subuh aku bangun menggeliat, sambil mengetatkan kain di pinggang, aku lekas bangkit, eh, pelik?, semalam tidur pakai kain pelekat, kenapa pulak di pinggangku pada ketika ini adalah kain batik? Mana pergi kain pelekat cap gajah duduk ku?
(maaf, aku mengada-ngada)

Namun hakikatnya, Aku menjadi tak pelik dengan solan yang tak wujud itu kerana di bola mataku terbujur badan isteriku yang masih ketiduran berselimut kain pelekat..

Lalu aku menggoyangkan tubuhnya dan sebagai lelaki beriman akhir zaman kononnya, aku mengingatkan beliau dengan waktu solat subuh yang dah hampir nak masuk…

Dia tidak bergerak! Sudah jadi mayatkah? Lalu aku menjilat jari telunjukku dan meletakkan di hadapan lubang hidung isteriku, terasa perubahan suhu yang mendadak di jariku menandakan terdapat hembusan udara dari paru parunya, alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberikan kehidupan sehari lagi untuk isteriku menamaniku di dunia yang fana ini.

Terima kasih kepada Allah.

Aku kemudian memeriksa juga hayat anak anakku, Alhamdulillah mereka semua masih hidup..

****

Dahulu, sebelum kita datang ke dunia ini, kita adalah hampir dengan Allah di alam arwah..

Sekarang di dunia, antara kita dan Allah sudah ada dinding pemisah yang menyebabkan kita tak nampak Allah, dan hanya hati sahaja satu saluran yang boleh menghubungkan kita dengan Allah, tapi bila hati ada kecintaan pada selain Allah, maka makin jauhlah kita dari Allah..oh!

Tahukah korang, apakah tandanya kita jauh dari Allah?
Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…, kejap lagi aku cerita..

****

Lalu, Dalam kedingan subuh itu, aku memulakan aktivitiku dengan membuang air besar, selepas membasuh air besar aku sebenarnya di wajibkan oleh Allah untuk terus mandi kerana hadasku juga sudah besar,

Ku berus gigiku, ku sabun tubuhku, ku shampoo rambutku, ku kencing dan ku berak…

Hari ini aku mandi sendiri, esok esok orang akan mandi mayat aku, perut mayatku akan di tekan dan tahik akan keluar…, hari itu pasti akan datang!!

Hari aku menjadi mayat, di baringkan dalam lubang kubur yang sempit, dan di alas dengan sehelai kain putih..

*****

Maka sebagai seorang islam, dalam kedinginan subuh tetap kena pergi solat subuh berjemaah, sampai bila nak solat subuh berjemaah? sampai jadi mayat…insyAllah

Namun, masjid tak ramai orang islam datang solat subuh berjemaah, macam kat kedai emas saje bilanganya… , takde ‘duit’ ke nak beli ‘emas’? bilakah masjid akan di banjiri manusia macam jom heboh atau perkampungan hadhari?

Berbalik pada tiga perkara yang menunjukkan kita jauh dari Allah :

Pertama:
Kita suka menangguhkan taubat… (aku ler ni..isk)

Kedua:
Kita tidak berpuas hati dengan kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit..

Ketiga:
Kita beribadat dengan malas…

Dan tahukah korang apakah yang menyebabkan kita mendapat ketiga tiga perkara di atas?
Jawapanya, kerana kita melupakan maut, melupakan mati dan melupakan mayat..

******

Pada awal Pagi itu, manusia telah berpusu pusu keluar dari rumah menuju ke tempat kerja masing masing, kenderaan mulai sesak di beberapa persimpangan, di hujung jalan kenderaan di laporkan merangkak rangkak dan ada tempat yang jam gile.., dan aku adalah seorang dari mereka… bukak radio sambil drive, dengar laporan kesesakkan lalu lintas..

Sayang pada waktu yang fresh, dan pada waktu keupayaan minda dan jasad berada di tahap optimum, kita menuju ke arah dunia yang sementara dengan sungguh-sungguh, sementara petang nanti pulang dari kerja setelah penat dan letih, barulah kita (aku ler ni) menuju ke rumah Allah.., sampai tertidur-tidur time ceramah..oh! hinanya aku..

*****

Tahukah korang pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju kepada korang, datangnya bala tentera yang berjumlah 500 ini adalah untuk menamatkan riwayat korang, langkahnya tidak pernah henti, semakin hari semakin dekat, dan hentakkan kakinya boleh menggocangkan jantung korang, sedangkan T-rex yang mara boleh mengkocakkan air di cawan, angkatan tentera ini jauh lebih dahsyat hentakkanya yang boleh mengkocakkan hati!!!..

TUNG! TUNG! TUNG!

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah korang, tujuannya hanya satu, untuk ‘membunuh’ korang. Tiada seorangpun yang dapat menghalangnya.. Tiada mana mana bala tentera pun yang dapat menghalangnya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya..

Itulah tentera Malaikat maut yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan korang kerana AKU DAN KORANG sebenarnya, telah DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEBELUM KITA LAHIR LAGI!!!!

KITA TELAH DI JATUHKAN HUKUMAN MATI SEMENJAK DALAM PERUT IBU..

Tapi manusia, di waktu tengahari, ketika azan zohor berkumadang, mereka memenuhi Bank islam, zoo islam, pasaraya islam, kedai makan islam, mazium islam, perputakaan islam, sedangkan rumah tuhan orang islam masih banyak saf kosongnya..

*****
Apa-apapun yang korang buat. Malaikat maut dan tenteranya sedang mara..

Dan.., Angkatan tentera malaikat maut ini telah mematahkan leher orang orang yang zalim dan kuat dengan MATI, dan telah mematahkan pinggang raja raja di singgahsana dengan MATI.

Dengan perintah Allah, malaikat maut telah tamatkan cita cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat dengan MATI.
  • MAUT akan menghantar korang dari mahligai yang tinggi ke lubang kubur di bawah bumi.
  • MAUT akan menghantar korang dari tempat yang bercahaya letrik ke lubang kubur yang gelap gelita.
  • MAUT akan menghantar korang dari dunia yang penuh pembantu, pekerja, kuli yang taat, namun kini korang terperangkap dengan ulat dan cacing di ruang yang sempit.
  • MAUT telah menukar makan minum yang lazat kepada debu debu yang akan menerjah ke mulut yang di penuhi air busuk..
  • Tidak ada lagi kawan kawan sebaliknya terpengkap dalam kesunyian yang menakutkan..

******

Matahari mulai tergelincir, manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing, ada yang cedera di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi, ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tapi esok akan tetap datang lagi..

Pernah tak kita cedera kerana ugama?
Dan jika kita bergaduh di masjid kerana berbeza fahaman ugama, kenapa terus tak datang masjid?

******

Wahai korang yang tidak bodoh, tahukah korang siapakah yang paling bodoh?
Benar!! orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat,
Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh dan hodoh..

Maka sebelum jadi mayat yang bodoh dan hodoh, aku dan korang kena sangat masukkan isu kematian dalam kehidupan korang..

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan dunia, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia hilang., Jika di bincang tentang matipun, maka akan di bincang tentang keburukkan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, kehilangan harta tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia,

Maka pesan Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu(lebih kurang maksud)

  • Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
  • Dalam majlis majils kamu,harus di adakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
  • Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
  • Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
  • Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

Tapi manusia masih perasan sibuk..di petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga maghrib…, dengan alasan nak hilangkan stress..

Dan di waktu malam, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress…

Tengok wayang, tengok TV, lepak kedai kopi, berkaroeke dan lain lain.. nak hilangkan stress bang, dah sehari suntuk bekerja.., lantaklah..

Sesungguhnya sekiranya korang di ancam bunuh oleh sekumpulan gangster, apakah korang masih boleh berhibur dengan lagu? Masih boleh berseronok di pusat hiburan?
Masihkah??? Tak boleh tidur aku rasa,..

Ingatlah tentera malaikat maut tak pernah undur, langkahan mereka adalah langkaham maut…, datang untuk ‘membunuh’ korang
Namun korang di tika ini (dan aku), masih berhibur di sini sana… oh!

Di kubur sana, ada yang pandai menanyi tapi sekarang senyap membisu.., ada yang melupakan mati tapi sekarang sedang menjadi mangsanya..

Dan yang takutnya, pada ketika ini, adalah kerana, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA..

Apakah alamat tetap kita?

Shurgakah?

Atau Nerakakah?

*****

Ps: Pesan orang alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum jadi mayat, hantarkanlah(sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka bila harta telah di hantar ke kehidupan selepas jadi mayat, maka hatipun rindu untuk jadi mayat.., insyAllah.

******

Tambahan:

Orang Yahudi lupa pada mati kerana sibuk dengan politik
(rujuk Israel yang mempolitikkan dunia di palsetin)

Orang Majusi lupa pada mati kerana sibuk dengan sukan
(rujuk sukan terbesar di dunia yang menyalakan api besar)

Orang Nasrani lupa pada mati kerana sibuk dengan hiburan
(rujuk rumah ibadat mereka, ada alat muzik dan lagu lagu)

Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?…, sibuk ‘berdakwah’ melalui politik, sukan dan hiburan???

******

Mata sudah mengantuk…, kena tidur pulak..
Sekian, maaf kerana membebel macam mak nenek.., selamat malam!

Ps2: Orang yang paling bodoh adalah orang yang melupakan mayat, dan lupa membuat persediaan sebelum jadi mayat, Takpe jadi mayat yang hodoh, tapi jangan sekali kali menjadi mayat yang bodoh…

37 comments:

  1. Aku suka.. baca sesuatu yg mcm ni. Walo pon aku mmg sah sah takbleh nak pi dengar ceramah ke..nak dengar ceramah bab bab mcm atleast ruang masa kat opis tak le membazir cenggitu jah.

    ReplyDelete
  2. tidak cukup 'duit' untuk beli 'emas'.....

    marilah usahakan 'duit'. Jangan mengada2 nak beli itu ini, tapi 'duit' seciput..

    lagi cerita duit di www.ntahapahantah.blogspot.com


    p/s - payahlah nak 'ISLAMKAN' plitik , sukan dan hiburan, apatah lagi nak berdakwah melaluinye...

    p/p/s - tumpang iklan..kebetulan ter relate plaks...

    ReplyDelete
  3. jiji..

    oooo, kau mengular kat blog aku ye?
    he he he

    ---
    abu

    kita ada duit, tapi kita belum BERduit..

    orang berduit beli rumah cash.., orang ada duit, tengok sajeler.., duit ada tapi tak cukup

    ****

    kita ada iman, tapi kita belum BERiman..

    orang beriman buat amal tahap langit, aku? tengok sahaja..oh!

    ReplyDelete
  4. bismillahir rahmanir rahiim..

    alhamdulillahi rabbil 'alamiin..

    allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa'alaa alihi wassohbihi ajma'in..

    salam bro hamka..

    aku tak penah miss jenguk blog bro setiap hari..(wah wah wah..macam ketagihan...aku memang ketagih ilmu...) kerana aku tertarik dgn cara bro persembahkan setiap nasihat berunsurkan lawak sabun ni..anyways..banyak penulisan bro membuka minda aku..sebab aku ni dulu datang dari "lembah gelap" dan berusaha nak "cari cahaya" dalam hidup aku..idea2 yang bro utarakan sangat membantu usaha aku nak tarik lebih ramai "jiwa2 yang menderita" lebih2 di kalangan remaja..syabas bro..selama mana ilmu bro akau pakai..maka semakin hampir la misi bro nak buat erumah di syurga firdaus tu tercapai..(amiiiiinnn...aku doaakn redha dan rahmat Allah tak pernah putus buat bro dan keluarga..)

    ps: aku nak copy paste ilmu dari sini boleh ke vro..pastu aku nak guna some parts dalam sesi halaqah aku bersama bebudak si alam nyata ni jugak..bro izinkan tak..?

    syukron..;P

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..takde pape cuma saje-saje nak melintas-lintas kat sini..Neway, aku mendoakan saudara hamka sekeluarga mendapat redha Allah..Ameenn..

    ReplyDelete
  6. salam bro..
    lama x jenguk blog ni
    trima kasih atas entry yg berguna..
    alhamdulillah br lepas menamatkan zaman bujang..doakn saya dan isteri diberkatiNYA..doakn agar perhubungan ini adalah sesuatu yg berguna utk agama..dan doakn kami mendapat zuriat yg akn berjihad di jalanNYA...
    insyaALLAH lpas tamat pengajian disini..nak balik mlaysia n i hope there`s a chance 4 me 2 meet u..dan saya berminat utk join tabligh..semoga ALLAH x ilangkan niat ini..
    ok bro..teruskn menulis..semoga dgn usaha yg x seberapa ini..akn memberi kebaikn kpd semua..
    kpd yg bg nasihat utk saya..terima kasih..actually saya dah selamat menjadi suami kpd dia yg ALLAH ciptakn utk saya..dokn kebahagiaan saya..
    wassalam..

    ReplyDelete
  7. Aiseh!!!! Aku jd pengkomen no 7 la.. Ish... Ble la nak dpt no 1 nie... Isk.. Isk...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum en. Hamka..
    boleh tak bagi doa kalau tertengok perempuan yang biasa en hamka amalkan tu...dengan dari riwayat mana sekali kalau boleh..
    lagi satu,tolong buat satu post tentang kepentingan kita mengajak orang ke arah kebaikan(amal makruf nahi mungkar) untuk meyakinkan saya dan rakan2 pengkomen sekelian tentang kepentingannya...syukran..wassalam

    ReplyDelete
  9. Orang Islam lupa pada mati kerana apa pula?…, kerana perasan sibuk dekat dunia yang setitik nie... lalala...

    ReplyDelete
  10. Sdra Hamka, Assalamualaikum..

    Apa khabar..? Lama tak mengomen di blog kau ni, terasa menggigil pulak kali ini untuk mengomen.

    Aku hairanlah Hamka, orang takut mati, mengingatinya pun jauh sekali. Tapi tak takut pulak berbondong-bondong ke panggung menonton cerita tentang orang mati lalu menjadi hantu..?

    Sejujurnya aku masih punya 3 sifat 'keji' yang kau sebutkan itu...owhhhhhh

    Satu lagi, aku tertarik pembukaan entri kau ini, macamana kain kau boleh tertukar...? ha ha ha..

    wassalam.

    ReplyDelete
  11. salam hamba Allah

    alahmdulillah.. tahniah.. syukur !
    ana gembira dengan berita ini..
    moga Allah memberi sebaik-baik balasan untuk antum sekeluarga :D

    tumpang gembira ;)

    Hamka

    allahyarham ayah ana dalam wasiatnya menulis.. beliau berjalan di antara dua tanda.. Al-quran di sebelah kanan dan As-sunnah di sebelah kiri..
    lepas tue dia lukis gambar dua papan nisan.. kubur..
    akhir hidup beliau.. rupanya di Mekah ! tanah yang berkah ..
    alhamdulillah ;-)

    + akhie +

    ReplyDelete
  12. Saudara Hamka menyampaikan mesej yg kebanyakan org Islam sudah tahu mengenainya, tapi buat-buat tak tahu. Cara penyampaiannya berbeza dari kebiasaan. Betul tu, bila kita tahu kita nak mati (hukuman gantung samapai mati contohnya), nak makan pun tak selera. Di suruh order makanan yg paling sedap dan mahal pun tak mahu... Semoga Allah memberikan keinsafan kpd kita semua.

    ReplyDelete
  13. Ralat: samapai=Sampai. Harap maaf.

    ReplyDelete
  14. kalau ada masa pg la kat masjid sri petaling malam minggu utk dgr majlis fikir atas iman. Lagi bagus iktiqaf terus kat sana sampai besok.

    ReplyDelete
  15. ku merasakan masaku hampir tiba.. sudah cukup kah amalan ku??...masih sempatkah bertaubat??.. =(

    ReplyDelete
  16. Anonymous(?), ko pun pegi jgk ke..? Alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. Nurzaiti

    Salam..

    Datang "lembah gelap" dan berusaha nak "cari cahaya" dalam hidup?
    banyak membuka minda aku?

    Alhamdulillah…

    Semoga kau dapat kekalkan minda yang telah terbuka itu sampai jadi mayat..

    ps: nak copy paste takde masalah, asalkan kau jangan guna untuk cari dunia, dan jangan lupa bagi kreadit kat aku he he

    ----------
    AL-MUKHLIS

    Salam,
    Hati hati bila melintas-lintas kat sini sana, selamat jalan

    ---------
    hamba ALLAH

    kau punya cerita dah boleh buat satu tajuk entry ni, he he, aku doakan kau bahagia, punca segala kesedihan adalah keinginan.., so, harap pada Allah sahaja, isteri tak boleh bagi bahagia tanpa izin Allah..

    semoga dpt anak solah solahah, buat kerja ugama..

    ada rezeki, dengan izin kita jumpa dan makan keropok dengan teh tarik..

    (tumpang gembira)

    ---------
    midkazen

    cuba lagi, aku nak bagi hadiah pada pengkomen pertama terbanyak,.., tapi hari jummat ni baik kau jadi orang pertama ke masjid.. woha!

    ------
    Anonymous

    Salam

    Dah dua kali kau ulang permintaan kau itu..

    Maaafkan aku,

    Pertama aku tak jumpa cari buku yang rawi tu, aku tak jumpa lagi, kat man aku letak? (sedang garu kepala)

    Tapi doa dia susah nak amal, apatah lagi kat tempat kerja aku bersepah perempuan.oh!

    Namun, doa dia lebih kurang maksud berbnyi begini,

    Allahumainni, a u zubika min fitnatti nisaq wal azab bi wal kubri

    Maksud lebih kurang, mintak Allah lindung dari fitnah wanita dan azab kubur..

    Wallahu’lam

    ------
    alan zed

    oh, aku lah tu…isk..

    ---------
    blackpurple
    salam

    akupun ada 3 sifat keji tu., kita kena buat sesuatu nih..

    ----------
    akhie

    ada tak ayah kau wasiat suruh kau buat usaha ugama, aku rasa mesti ada punya, insyAllah ada..

    (tumpang gembira)

    ---------
    matchip2

    tapi aku hari hari selera makan keropok goreing dan the tarik..oh!

    ---------
    Anonymous dan midkazen

    Bagus tu bagus.. insyAllah

    ------
    sayda

    Allahuakbar

    ReplyDelete
  18. ya ya, kat malaysia ni dah habis jummaat, ni yang aku takut, baca blog aku orang anggap ibadat, macam dengar lagu nasyid atau baca komik islam, sampai tertinggal ibadat yang lain..oh..

    ReplyDelete
  19. ...mungkin encik hamka ni tak sah klu x ckap psl seks stiap kli tlis artikel..???

    ReplyDelete
  20. seks adalah ibadah sekiranya dilakukan oleh suami isteri dengan perasaan yg bahagia. sebab itu saudara hamka kene sebut.

    dari mana asalnya kejadian kau? kalau bukan mak bapak ko buat seks? dan paling penting, keizinan Allah swt dlm buat keputusan utk mewujudkan ko di atas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  21. salam..

    hmm maybe tak ada kena mengena pun dgn entry ni.tp still nak tulis gak..nak sgt2 mintak mcm mana nak hilangkan stress ye?skrg ni,final xm pun dah nak dekat,lagi 2 minggu je..emosi pun makin lama dah tak stabil dah ni.tak tau nak wat pe lagi dah..lagi 1,mcm mana nak didik hati kita ni supaya ikhlas?

    :(

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum (w.b.h)..

    Saya suka baca blog keretamayat ni.. congrates untuk en. hamka sebab banyak menyedarkan saya..

    actually sekarang ni dok save dulu html.. baca kat rumah.. saya save dari Jan 2006.. pelan pelan baca.. bagi ingatkan diri sendiri yang bakal jugak jadi mayat nanti..

    Ni la.. nak mintak tolong en. hamka.. kalau tak keberatan.. tolong cerita pasal poligami sikit.. huhu.. cerita yang orang lelaki suka dengar tapi orang pompan tak berapa nak gemar..

    Saya pompan la.. nape pelik ke?..

    Saya ni hidup dalam poligami pun.. jadi isteri ke dua.. memang la tak sama macam isteri pertama kot.. itu pada pandangan masyarakat la.. tapi.. honestly.. saya baik dengan madu saya.. macam adik beradik.. so.. what's the deal?..

    Cuma nak mintak cerita la.. tentang ganjaran di syurga.. cerita-cerita indah poligami termasuk jugak yang tak indah.. supaya boleh buat pedoman..

    Wallahu'alam

    regards,
    feeza

    ReplyDelete
  23. aku ..

    cuba kau baca kat my profile:

    aku ada maklum bahawa:-
    18SX+18PA+18PL- Blog ini menyentuh aspek agama, sosial dan politik, Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.

    ---------
    pakar sakit tuan

    seks adalah nikmat sepanjang zaman..

    org zaman dulu takde tv, internet, sport car, tapi masih boleh hidup dengan bahagaia…

    ------
    -iman-

    salam..

    stress akan hilang bila kita banyak ingat pada mayat.., terutamnya ingat ketika sihat, lapang, kaya, dan senang…,

    ikhlas?
    Aku akan tulis lain kali
    insyAllah.., tulis dengan ikhlas…

    ----------
    FeeZa_ZeeMa
    Salam

    Ayah ku kahwin lebih dari tiga…
    Kami 16 adik beradik hidup bahagia..

    Nanti aku belajar ilmu poligami dan cuba cuba tulis- lain kali- lambat lagi kot- insyAllah..

    atau mungkin cik puan boleh cerita sikit?

    kita sama2 belajar..

    ReplyDelete
  24. Salam hamka...artkel sdra ni semua nya masuk akal,pandai sdra mengarang ...sdra dah mengenal diri(ruh)Alhamdulillah,saya pun sudah....syukran,semuga kita semua muslimin muslimat di pelihara Allah serta Nabi nya,Muhammad saw.Salam dari saya orang Singapura.

    ReplyDelete
  25. terima kasih orang singapura, boleh cerita tentng ruh yang di jumpai itu?

    aku nak belajar..

    aku jahil lagi hina..

    ReplyDelete
  26. sepatut nya saya yg kena belajar dgn sdra,saya rasa saya yg jahi dari sdra...hm...RUH.....kenal ruh sendiri dan lihat jin(alam ghaib)

    ReplyDelete
  27. aku tak dapat lihat jin, aku masih belum kenal roh kah?

    ReplyDelete
  28. eh,tak delah ...kalau kita dah berilmu itu bermakna kita dah kenal Tuhan kerana ilmu ada lah anugerah Tuhan pada manusia.Tuhan berkata : “Akulah yang bersinar dalam dirimu” kata Aku ini timbul dari yang Esa, dari ROH itu sendiri.

    “Apapun yang kau lakukan, lakukanlah bagi kepuasan-Ku, demi Aku.

    Kerjakanlah semua atas nama-KU.

    Bertindaklah sebagai alat-Ku, sadarlah bahwa semua yang kau lakukan hanyalah demi Aku. Disini kata “Milik-Ku atau “Aku” menunjukan ROH, bukan badan Jasmani.

    jangan marah...

    ReplyDelete
  29. aku tak marahpun..

    betul., terima kasih sudi berkongsi..

    errr., tolong doakan aku selamat dunia akhirat..,
    ")

    ReplyDelete
  30. insyaAllah...sdra juga tolong doa kan saya,dari Spura,salam dari ana ukhti Spura.

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum...

    aku suka entry yg mcm ni..ingatlh mati sblm berbuat dosa..bagus point tuh..harap dpat memusnahkan nafsu serakah dlm jiwa aku ni..InsyaAllah..

    ahh..terasa sngt bodoh/bebal/bengap dan ruginya aku selama ni..

    brader hamka.aku repost entry ko ni kat buletin board myspace.com..takpe kan??

    ReplyDelete
  32. seorg alim ada menulis...

    kita nie ibarat sdg menunggu keretapi di bilik menunggu keretapi...oleh kerana kita terpesona dgn 'hiasan dalaman/keindahan' bilik keretapi nie (dunia)...maka kita lupa bahawa sekejap lagi keretapi (maut) akan menjemput kita utk dibawa ke stesen seterusnya...iaitu KUBUR!!!

    ReplyDelete
  33. ..oppss...typing error

    ...'hiasan dalaman/keindahan' bilik menunggu keretapi nie (dunia)....

    ReplyDelete
  34. kenapa tak post di entry baru cik abang..

    ramai boleh kongsi
    :)

    ReplyDelete