Terpangaruh dengan filem “CINTA” yang taruk 5 kisah cinta dalam satu cerita, maka aku hari ini termengada nak cerita tentang 5 cerita dalam satu entry…
Cerita ini adalah berkenaan tentang andartu, blog dan anti hadith. Iaitu cerita satu adalah tiada kaitan langsung dengan cerita nombor dua, tapi cerita nombor dua ada kaitan dengan cerita nombor tiga yang tiada kaitan pulak dengan cerita nombor 4, namun cerita nombor lima ada kaitan dengan cerita nombor empat, dan akhirnya cerita aku menutup cerita yang langsung tiada kaitan ha ha ha ..
Namun cerita-cerita ini bukan di tulis oleh aku, aku hanya tulis tajuk dia, isi dalam di tulis oleh orang lain iaitu pembaca setia blog keretamayat..
Tahukah korang? (promote he he)
Dalam kotak komen keretamayat ini, ada macam macam cerita yang boleh korang jumpa dan abadikan sebagai kenangan untuk di jadikan rujukan dan pedoman di masa hadapan (di hari tua), itupun jika korang rajin up date blog aku, dan terima kasih kepada mereka yang masih memeriahkan comment box walaupun untuk entry yang dah lama lama.., maklumlah isu berkaitan ugama adalah isu yang tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas… kekal di guna pakai walaupun dah jadi mayat.., subhanAllah..
Maka hari ini, aku dengan rajinnya copy paste tanpa izin beberapa komen terpilih untuk memeriahkan dan di naik tarafkan ke dalam entry blog keretamayat yang latest lantaran aku perasan sibuk..(malas sebenarnya..huh!), terimalah..!
Tajuk Besar : ANDARTU, BLOG DAN ANTI HADITH
Trademark: 5 komen, 3 cerita, satu entry…
Tajuk 5 cerita: (yang suka hati aku jer taruk tajuk he he he..)
- KELUHAN SEORANG ANDARTU DI WAD HOSPITAL…
- SOALAN YANG TELAH BERULANG SEJAK DARI ZAMAN HADAPAN
- KELUHAN SEORANG INSAN MAMALIA DI HUJUNG DUNIA
- MENCARI JAWAPAN KEWUJUDAN ANTI HADITH DALAM KEDINGINAN PETI AIS
- MENCARI HASHAFAH DI BILIK AIR SAMBIL MEMBUNUH GOLONGAN ANTI HADITH
ANDARTU, BLOG DAN ANTI HADITH
KOMEN 1
KELUHAN SEORANG ANDARTU DI WAD HOSPITAL…
Salam Hamka,
kak baru baca bloq awak. Quite intersting. sorang mamat kenalkan bloq ni kat akak semalam. kak ingat nak ulas tentang andartu, sebab akak masuk gol tu. tak sedaplah baca komen awak pasal andartu tu... awak perlu lebih info. .. kak ambil masa sikitlah hari ni walaupun ada appointment di hospital jap lagi. Kak dah lupa lah kat mana awak tulis pasal andartu tu tapi seingat-ingat lupa, awak ada ucapkan kalimah kesian kat andartu.
*Memang kesian terutama yang benar-benar mengharap tapi tak dapat calun suami.
*Tak kesian jika itu pilihan mereka- hormatilah
*Tak kesian jika mereke melekehkan perkahwinan malah sombong pula dengan kata-kata: 'aku tak kahwin pun hidup lebih senang dari yang dah kahwin"
*Jangan kesian kepada andaratu yang redho dengan ketentuan takdir. Mereka ini menjaga kehormatan, pergaulan dan jati diri dihadapan manusia or di hadapan Allah swt.
Mereka tetap wanita beriman sekalipun tidak bersuami.tidak seperti fahaman sesetengah lelaki bahawa wanita tak berkawain tu gagal jadi wanita solehah-siapa kata? adalah beberapa ustaz fenatik yg nak kahwin free selalu cakap macam tu....sumber BURnama.! :).
Baiklah, bagi yang redho itu ada beberapa sebab:-
i- Memang tak pandai mengurat or tak tahu nak respon bila dingorat.
ii-Sakit or berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi , buah pinggang, barah , sakit sendi ect ect. Mereka ini malas nak terjun ke dunia perkahwinan kerana sibuk nak jaga diri, tak mampu nak jaga suami, layan suami dan kerenah anak-anak kelak. banyak yang difikir bukan setakat nak seronok-seronok atau nak jadi macam orang lain bersuami. Kadang-kadang ada tu yang kunun-kunun hulur simpati, tapi sebenarnya hanya mahu mengambil insuran bila si andartu itu jadi isteri tak lama jadi mayat...
iii-Hakikat -tak ada jodoh sebab jika ada jodoh tentu Allah akan aturkan walaupun sesusah mana. Ini yg patut awak h/light dalam bloq awak. Soal jodoh ni jangan suruh usaha yg bukan-bukan, kalau dah tak ada, usaha tu kelak, bakal membawa lebih parah lagi rasa kecewa. kerana bila ada usaha maka hrpn lebih tinggi lagi. jika tak tercapai ibarat jatuh dari pokok tinggi- risiko lebih parah.Sebaiknya doa shja kerana dengan doa itu Allah mengubah takdirnya, akan ada jalan keluaryang tak di sangka-sangak!. Selagi belum ditunjuk jalan keluar maka wanita tu tak payah keluar surat khabar cari jodoh dan sebagainya.
Banyak perkara yg boleh dibuat oleh andartu selain dari meratapi nasib. mereka boleh buat apa-apa hobi, jika tak ada? cipta hobi. Paling mudah ialah mencipta hobi baca al-qur'an, contoh hari ni shj (jumaat) boleh baca surah al-kahfi (1 jam), solat dhuha, qiamullail. Galakkan andartu buat hobi ni dalam bloq awak sebab diorang tak der anak/suami ganggu bangun malam.
Kak masuk dlm kategori ii- Ada penyakit, ni nak gi spital lah ni .Tapi kak tetap heppiY. Tak penah kesal, malah seronok pula sebab walaupun tak de suami namun, masih ada lelaki beriman yang sudi bantu kerana Allah jika perlu.
Kawan kakak andartu juga akan kahwin 11/3 nanti dengan duda anak lima , Alhamdullillah. tak payah pun masuk surat khabar atau mengemis minta orang carikan jodoh. Senang sahaja bila ada takdir Allah. ok ,jumpa lagi .
Boleh tak kak dapatkan email akak_S ? sebab akak nak cc kat dia
Wasalam
-------------------------------
KOMEN 2
SOALAN YANG TELAH BERULANG SEJAK DARI ZAMAN HADAPAN
Salam...
Nak tanya soalan yg out of topic?Dalam komen encik, cakap encik hamka tak berdakwah melalui blog... erkk tak bleh berdakwah mlalui blog ke? trimas atas tip2:D
His servant
------------------------------
KOMEN 3
KELUHAN SEORANG INSAN MAMALIA DI HUJUNG DUNIA
Hait... sayer dari sebuah perkampungan terkecil kat Papua New Guinea. Elektrik takde, air pon jap ada jap takde, tepon takde, apatah lagi internet.kasihanilah saya. kalau orang berdakwah kat blog.... saya tak dapat baca la. saya tak dapat terima dakwah melalui blog. sebab saya takde internet. kasihanilah saya :((tolong ye.... sape-sape datang ke sini, dakwah kat saya. saya takde internet... jadi takleh baca blog. tolong la.....
Kuboe Aaron
-----------------------------
KOMEN 4
MENCARI JAWAPAN KEWUJUDAN ANTI HADITH DALAM KEDINGINAN PETI AIS
Bro hamka... baru2 ni aku ada baca artikel-artikel yang menyanggah kewujudan hadith.Katanya hadith tu adalah rekaan manusia semata-mata, sehinggakan hadith Imam Bukhari juga dikatakan palsu.
Diorang ni punyer argument lebih kurang camnih: "Allah dah kata Al-Quran tu lengkap, so takyah nak pakai hadith2 ni. Lagipun kalau ko percaya hadith maknanya ko kata Al-Quran tu tak lengkap la!"huhu... terkesima aku membaca ayat-ayat tersebut. Bagaimana aku nak menghadapi orang-orang sebegitu bro?
Petisejuk
------------------
KOMEN 5
MENCARI HASHAFAH DI BILIK AIR SAMBIL MEMBUNUH GOLONGAN ANTI HADITH
Assalamualaikum...
Petisejuk, ni cadangan aku kalau ko nak jawab puak-puak anti hadis tu:Ko tanya Hamka katner rumah sewa lama dia tu, then ko pegi kat situ, cari pisau yang hamka buang kat bukit tu-(rujuk entry sebelum)
Bila dah dapat pisau tu, ko pergi jumpa puak-puak yang kata hadith tu rekaan. Lepas tu ko jolokkan pisau ke perut mereka barang 4-5 das, sementara mereka masih belum jadik mayat ko tanya mereka soalan di bawah:
1) Mana ko tahu Al Quran tu sempurna? Sapa bagitahu? Ko dengar dari sapa? Nabi yang bagitahu kan? Abis kenape ko pecaya pulak? bukan ke ko cakap semua tu rekaan manusia?
2) Yang ko kawin dan tiap-tiap malam jumaat ko main dengan bini ko tu, sah ke tak sah? Mana ko tahu sah? Dalam Al Quran ada bagitahu syarat sah nikah? Ker ko belajar dari apa yang Nabi bagitahu jugak? Abistu, kenape ko pecaya pulak? Mentang-mentang hal-hal macamtu ko percaya, tapi hal-hal lain ko tak nak percaya?Lepas dah tanya mereka soalan tersebut, barulah ko bagi sedikit tazkirah seperti di bawah kepada mereka tu:
Bismillahirahmanirahim
Al Quran tu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya. Namun manusia ni BODOH, BANGANG, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sedepuk camtu. So Allah utuskan manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dan manusia tersebut (Rasulullah), bile dia nak terang, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Al Quran suruh kahwin tapi manusia yang Allah utuskan tu yang detailkan macamana yang dimaksudkan dengan kawin tu. Apa syaratnya, apa hukumnya dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.
Manusia yang Allah turunkan tu pulak, bukannya calangca;ang!!. Bukannya bodoh macam ko. Dia manusia agung. Dia diberi training direct dari Allah melalui malaikat. Dan manusia yang Allah training direct ni, dia bagi pulak training kat sahabat-sahabat di sekitar dia. Bukan calang-calang training beb, berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Pastu mereka ni training pulak orang-rang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat. Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam ko ngumpat bos ko. Mereka solat dulu, minta petunjuk.
Yang ko ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu? Ko ni nak mampos ke ape? Sebab ko nak mampos lah aku tikam perut ko 4-5 das ni. Baik ko bertaubat sebelum ko jadi mayat.
Lepas selesai tazkirah tersebut, bolehlah ko uruskan mayat-mayat mereka tu. Kalau mereka tak jadi mayat, bawak mereka mai jumpa aku, aku kasi tempeleng sedas dua.
Sori bro hamka aku teremosi dalam blog ko lepas sekian lama menyepi. Aku memang hot betul ngan geng-geng anti hadis ni...
Baik aku meng'hot' kan keadaan hujan sekarang dengan masuk bilik air mandi sekali ngan wife aku yang tengah mandi tu (sunnah apa!).
Moga Hasyafah dapat bertemu Hasyafah hari ni.. Malam tadi dahla tak dapat
Chow
Wassalam
Ustaz Rock
--------------------
PENUTUP DARI AKU:
NO KOMEN…err, sikit aku nak ulas tentang korang punya komen adalah,: untuk kebaikkan semua, aku dah edit segala ejaan short ala-ala sms kerana aku tak nak jadi anak melayu yang buat kerja cincai, tapi kalau terlepas satu dua tu kira cincai ler, he he he..
PS: Berbuatlah apa sahaja yang korang mahu sebelum korang jadi mayat, tapi ingat!! Korang tetap akan di soal di atas segala perbuatan korang,!!
Chow (macam bagus aku ni..oh!..isk)
kalo aku bagi komen nih adakah akan dipublish dlm entry??? hehehe..well, finally jadi org first yg komen..huhuh..mana pi hafizbar??? keh3... (sajer buang masa yg tak spatutnyer terbuang..)
ReplyDeleteAssalamu'alaikum.
ReplyDeleteBro. Hamka, doa sy kuar 40 hari hjg bulan 4
-akmah-
nak tulis mende tak de kene mengene ni dgn entry ni......
ReplyDeletetak sedap ati lah..masalah sbnrnya kecil tapi hati rasa macam menanggung bebenan yg berat..
kenapa erk wujud perasaan ni. ada tak hadith2 atau apa2 yang menyentuh isu ni. klu nak buat permintaan bro tulis entry tajuk "KENAPA ATI TAK SEDAP".
kenapa perkara ini berlaku?
bagaimana mengatasinya?
langkah2 atau pertua2 berdepan dgn perkara tersebut?
tension ar bro .agak merepek.. klu tak berapa suka ignore jer.....
ati yang tak sedap
Bismillah,
ReplyDeleteAssalamualaikum...
yang aku belajar, ubat hati tak tenang ni ialah zikrullah. Betul tak?
Ramai betul ‘Anonymous’ …
ReplyDelete-----------
Hati tak tenang dan berdebar debar, ada dua sebab..
Satu: Hidayat nak masuk
Dua: Hidayat nak keluar..
Kesimpulan: Tawajuh kepada Allah, zikir dan lain lain.., insyAllah..
Ps: "isteri bukan hak milik, tapi anugerah'
---------
-akmah-
Semoga kau dpt jaga takbir pertama selama 40 hari dan dapat dua jaminan..
-lepas azab neraka
-lepas sifat munafik
Dan doakan aku wahai orang yang ‘lepas azab neraka-lepas sifat munafik’…
Menjadi sepertimu.., sungguh!
dh jadik mcm 1 cita kan??
ReplyDeletepandai penggubahnye..
syabas~
:)
bro, lama tak mengomen kat sini... ni nak tanya skit pendapatan kau...
ReplyDeletebaru2 ni aku terbaca satu buku karya agung katanya, hikayat raja raja pasai. Dlm buku ni ada satu wasiat dr rasullulah katanya.. lebih kurang berbunyi mcm ni..." suatu hari nanti akan muncul sebuah negeri bernama samudera, bila kamu dgr akan negeri ini maka pergi lah kamu kesana dan ajarkan lah mereka tentang islam, dan semasa kamu pergi singgahlah di negeri menggiri dan bawa lah seorang fakir bersamamu... kerana di negeri samudera ini akan muncul ramai wali.."...
so apa komen kau? ni katanya wasiat, bukan hadis atau lain lainnya...
yang peliknya tak ada sesiapa menyangkal benda ni, ianya terkandung dlm sebuah sastera lama yg agung...
wallahualam...
Maafkan aku sahabat..
ReplyDeleteAku takde ‘idea’ tentang kitab tu.
Namun info ni berguna kot untuk ko renungkan..
Seorang Nabi lebih mulia dari semua sahabat …
Seorang sahabat Nabi lebih mulia dari 1000 orang wali
Seorang wali lebih mulia dari seorang abid..
So, nak jadi abid, wali atau sahabat?
Dalam islam ada golongan yang melebihkan wali dari seorang sahabat…, setkan arah dan go on…
Maafkan aku, kelak jika aku ada berita tentang hal tu, aku share insyAllah..
Terima kasih sahabat lama…
apsal lak aku nak komen tentang komen ni? takmo laa....
ReplyDeletesekian saja komen aku... majlis mengucapkan tima kasih.
Assalamualaikum
ReplyDeleteTerharu aku bila ko letakkan komen aku dalam blog ko, bro Hamka.
Kepada anonymous yang susah hati,
Kenape ko susah hati sangat fikirkan kesusahan hati ko tu? Lebih baik ko susahkan hati ko fikirkan masalah umat Islam yang semakin hari semakin kronik ni. InsyaAllah dapat gak pahla.
Tapi, aku ada beberapa tips nak bagi ko tak susah hati:
1) Jangan terlalu susah hati memikirkan perkara yang membuatkan ko susah hati tu. Cuba senangkan hati bila ko pikirkan masalah tu (apa yang aku merapik ni??)
2) Ko buat2 perasan sibuk setiap kali datang susah hati. Ko perasan sibuk dengan berzikir, solat sunat dan baca Al Quran. Mesti hati ko yang sibuk tu takkan sempat jadi susah..
Sekian
kekekeke komen aku dah ada dlm entry daaa...
ReplyDeleteutk pengetahuan semua orang, aku lah sebenarnya Kuboe Aaron tu. saje berlakon macam orang dari papua new guinea.
esok2 nanti aku berlakon jadi orang dari kampung2 pedalaman di zimbabwe ke, togo ke, nicaragua ke, falkland island ke..... atau mana2 je la yg takde kemudahan internet.
sian la diorang. korang sibuk2 nak dakwah kat internet la blog la ape la. TAPI mengabaikan perjumpaan sesama manusia secara realiti.
``eh eh hafizbar, haroom ke sampaikan kebaikan menggunakan internet?"
jawaban: HOOOOIIII bunguk.... ade aku cakap salah/haroom ke? hihi kan dah terjerit dah. guna la teknologi sebanyak mana pon, tapi jgn la lupa utk ziarah mak bapak di kampung, cikgu2, kawan2, sedara mara.
ouh ye... bukan ke semua orang2 islam tu sedara kita??
---
kalau aku komen tapi bukan yg pertama, itu maksudnya aku saje nak bagi peluang insan2 yg gayat lagi jakun utk jadi pengkomen pertama.
atau,
kalau aku tak komen langsung, itu maksudnya aku takde bende utk cakap. sebab, kalau takde ape2 utk dicakap, lebih baik diam kan?? kalau cakap juga, maka akan jadi merapu seperti:
(a) ahaks... saya jadi pengkomen pertama
(b) eee sukew nyer entry ni... menghiburkan hati hamba la. hik hik hik
(c) dah lama aku tak baca entry ko hamka, sejak 48 tahun yg lepas. lolz.
Ustaz rock
ReplyDeleteJika kita sakit gigi, cabutlah gigi itu…
Jika kita sakit hati, pandai pandailah nak cabut apa
---------
Hafizbar
Ha ha ha! Aku dah agak…
Tahniah untuk diri aku!
assalamualaikum bro,
ReplyDeletewah, susah juga kalau orang salah faham ayat dan nasihat dan peringatan dalam blog ni. tapi saya respect encik sebab encik bisa menggapai semua lapisan masyarakat. tahniah. semoga anugerah yang allah dh bg kt bro (menulis blog dan blog disuaki/atau kalau tak disukai, dibaca org ramai) akan membantu bro.
teruskan melayan komen-komen. mungkin mereka telah tersentuh dan mahu belajar lebih lanjut. tapi kena sabar laa kan? (bagi semangat nieh) sebab bukan senang jalan nk ke syurga(quran 28:56). apalah sgt usaha kita kalau nk dibandingkan dgn dakwah rasulullah. so bro. tahniah, tanggungjawab anda berat. siapa yg dah faham, berdosa kalau tak buat ya.
eh panjang pula. mesti org mls nk baca. k la. good luck.
-cik guru-
Teruskan memuji aku kerana Allah, dan berdoa untukku kerana Allah, terutamanya bila aku dah jadi mayat….
ReplyDeleteLove me !! Love me!!
Semakin ramai orang yang suka pada kita, semakin tertutuplah aib kita, Yeeeeeehaaaaaa!!!
Ps: hanya orang yang yakin bahawa pujian tidak boleh mendatangkan manafaat sahaja yang layak di puji, layakkah aku? Atau riakkah aku?, lain kali aku nak tulis “apa itu riak?”(bila? Lambat lagi ler..oh!)
Eh?1 aku tertinggal nak ucap terima kasih kat najwa aiman…
ReplyDeleteCerita:
Aku keluar dari pasaraya giant minggu lepas, dan singgah creative conner, ada jual ‘gila gila’ yang tak bebarapa lama (isu 2, 3 bulan yang lepas) rm 1 setaiap 1, aku beli 10 biji, rm 10, dah lama tak baca, sepuluh tahun agaknya, masa kecik, aku di besarkan dengan gila gila…
Dan aku banyak jumpa nama Najwa aiman dalam gila gila…,
Sekian..
:)
ReplyDeletekesusahan hati..
itu ujian..
Nabi pun diuji hatinya..
kehilangan khadijah r.a...
isteri yang dicintai..
di saat duka itu..
Allah hadiahkan pakej perlancongan..
dibawa Nabi naik ke langit..
dari pertama hingga ke tujuh..
berbagai perkara baginda saksikan..
dibekalkan dengan hadiah berharga..
untuk diri dan juga ummat..
itulah solat lima waktu..
hadiah yang disiakan oleh kebanyakan manusia saat ini..
hadiah yang diberati perlaksanaannya..
dan benarlah firman Allah:
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. "[Al-Baqarah 2:45-46]
:)
Ubat hati ada 5 perkara
ReplyDeleteYang pertama baca Quran & maknanya
Yang ke2 solat malam dirikanlah
Yang ke3 berkumpullah dgn org soleh
Yang ke4 perbanyaklah berpuasa
Yang ke5 zikir malam berpanjanglah
Petikan dari Album Opick-Ubat Hati
aku ulangi:
ReplyDeleteHati tak tenang dan berdebar debar, ada dua sebab..
Satu: Hidayat nak masuk
Dua: Hidayat nak keluar..
Jika hati korang tak sedap dan korang bertawajuh kepada Allah dengan mendekatkan diri, maka hidayat dan kefahaman ugama akan masuk, insyAllah..
Namun jika korang tak sedap hati lalu buat buat sibuk dengan urusan dunia, bersukan, dengar muzik, dating dll, maka hidayat yang sedia ada akan keluar, atau hidayat yang nak masuk tak jadi, naduzubillah!!
hati aku sedap...apa maknanya pulak? adakah aku perasan? hehehe..jgn layan hamka..aku terbengong memikirkan masalah kerja opis ni..sajer singgah
ReplyDeletetak takpe
ReplyDelete:)
sajer nak cukupkan komen jadi 20.. hihihi
Saje nak cukupkan 21.Allahkan suka pada yang ganjil..
ReplyDeleteoh.. komen aku telah dicopy paste!
ReplyDeletebiar betik??
dan aku mmg dlm kedinginan..
terima kasih juga untuk mereka yang memberi pendapat tentang golongan antihadis nih.
ok baiklah, aku ganjilkan lagi komen ini kepada 23, Allah suka ganjil
ReplyDeletedan Allah suka orang yang buat solat witir..
Alahai korang nie...
ReplyDeletekan dalam AlQuran dah ader Allah firmankan yang Allah ikut suka dia nak bagi Pahla ke dosa ke pada orang yang dia kehendaki...
korang pikir pikir lah jenis anti hadith nie Allah nak bagi Aper..
he he he
ReplyDelete:)
ok baiklah, aku ganjilkan lagi komen ini kepada 25, Allah suka ganjil
dan Allah suka orang yang buat solat witir..
Siapa di angkat Allah sebagai Imam manusia ( Semua manusia wajib mengikutinya)
ReplyDeleteJawapan sila baca Surah 2 ayat 124
Nabi Muhammad di suruh mengikuti agama siapa?
Jawapan sila baca surah 2 ayat 135
Siapa pengasas Agama yang Allah suruh semua manusia ikuti termasuk semua nabi-nabi dan rasul-rasul?
Jawapannya BACALAH......BACALAH Surah 2 ayat 130, 135, Surah 3 ayat 95, Surah 4 ayat 125, Surah 6 ayat 161, Surah 12 ayat 37,38, Surah 21 ayat 73, Surah 22 ayat 78
Apakah maksud ayat diatas?
Ini jelas menerangkan bahawa semua umat manusia termasuk Nabi Muhammad disuruh Allah
MENGIKUTI Agama Imam Manusia(?)di mana segala amalan agama seperti solat, zakat,puasa, haji telah pun tersedia ada.Rujuk surah 21 ayat 73
Jadi Apa SHAHADAH Imam Manusia?
Renung-renungkanlah sebelum menuduh fahaman manusia lain SESAT agar Allah tidak membiarkan kita sesat dan TIDAK MEMBIMBING kita ke jalan yang diredainya.
Bila kita percaya Allah serta memuja di SAMPING-SAMPINGNYA maka ALLAH akan membiarkan kita sesat dan TAK AKAN MEMBIMBING kita. Bayangkan ALLAH tak membimbing kita sebab itu manusia yang degil / ego/ ingkar atau ragu-ragu ayat-ayat Allah ini umum dan perlu ada kitab lain menerangkannya maka Tuhan jadikan kita pekak tuli dan buta pada mesej dan amaran Allah dalam ALQURAN. Baca dan faham maksud Surah Yasin ayat 1 hingga 9.
Allah berkali kali berfirman yang Dia tidak akan MEMBImBING manusia yang INGKAR akan ayat-ayatnya dan EGO dengan pendapat/ pegangan tradisi nenek moyang yang sukar untuk dikikiskan sama seperti kaum-kaum terdahulu yang INGKAR pada setiap Nabi/Rasul utusanNYA pada kaum masing-masing kerana merasakan pendapat mereka itu benar di mata mereka padahal Allah maha MENGETAHUI.
Sebab itu kebanyakan MANUSIA gagal ke SYURGA kecuali sedikit.
JGN TERKEJUT BERUK NANTI Bila tiba hari pengadilan!!
Sebab itu Nabi Muhammad mengatakan Kebanyakan kaumnya tidak mengamalkan Quran kecuali sedikit.(perhatikan Nabi Muhammad tak kata umatnya (sebab dia tidak tahu masa depan)
Sebab itu Allah berfirman sekiranya kita mengikuti kebanyakkan manusia(hadis ciptaan manusia- sangkaan semata-mata) kita akan sesat. ( Baca Surah 6: ayat 112 - 116)
AlQuran - mesej dan amaran Allah pada manusia untuk ditaati dan diikuti. SEMBAH ALLAH SAHAJA dan Takutilah Allah SAHAJA
Rasul - penyampai mesej Allah dan mengesahkan kitab-kitab terdahulu (rasul dipilih dari kalangan manusia dan malaikat (Jibrail dan rujuk surah Maryam dan cerita Nabi Lut)) maka taatlah pada rasulNYA
Nabi - Diberi kitab. SETIAP NABI juga di gelar rasul
(Nabi terakhir adalah Nabi Muhammad sebab Alquran kitab terakhir) Akan ada rasul yang
dijanjikan selepas itu untuk mengesahkan kitab-kitab terdahulu termasuk AlQuran .
Perhatikan maksud surah 3 ayat 81
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ
ReplyDelete"But there are among men those who patronize ridiculous HADITHS (لَهْوَ الْحَدِيثِ) without knowledge (thereby) misleading from the Path of Allah and throwing a butt of mockery: for such there will be a humiliating Penalty" (Sura Luqman:6)
PROPHET ORDERED DRINK OF CAMEL'S URINE?
YOU ARE DISGUSTING AND GOING TO HELL FOR DEFAMING OUR BELOVED PROPHET!!
By Abu Qilaba : Anas said, "Some people of 'Ukl or 'Uraina tribe came to Medina and its climate did not suit them. So the Prophet ordered them to go to the herd of (Milch) camels and to DRINK THEIR milk and URINE (as a medicine). So they went AS DIRECTED and after they became healthy, they killed the shepherd of the Prophet and drove away all the camels. The news reached the Prophet early in the morning and he sent (men) in their pursuit and they were captured and brought at noon. HE (PROPHET) THEN ORDERED TO CUT THEIR HANDS AND FEET (AND IT WAS DONE), AND THEIR EYES WERE BRANDED WITH HEATED PIECES OF IRON, THEY WERE PUT IN 'AL-HARRA' AND WHEN THEY ASKED FOR WATER, NO WATER WAS GIVEN TO THEM." Abu Qilaba said, "Those people committed theft and murder, became infidels after embracing Islam and fought against Allah and His Apostle."; Sahih Bukhari Volume 001, Book 004, Hadith No. 234
Is this what you called authentic? The hadith is a virus and divided the Muslim Ummah! Unite under the Quran, and don't be a fool to those PERSIAN HADITH SCHOLARS!!!
PROPHET LEAVE US THE HADITH?
Narrated By 'Abdul 'Aziz bin Rufai' : Shaddad bin Ma'qil and I entered upon Ibn 'Abbas. Shaddad bin Ma'qil asked him, "Did the Prophet leave anything (besides the Qur'an)?" He replied. "He did not leave anything except what is Between the two bindings (of the Qur'an)." Then we visited Muhammad bin Al-Hanafiyya and asked him (the same question). He replied, "The Prophet did not leave except what is between the bindings (of the Qur'an)."; Sahih Bukhari Volume 006, Book 061, Hadith No. 537.
One must ask WHOSE AUTHENTICITY is in question here?
The "PROPHET" or the "COMPILERS"?
Upon which verses rests your FAITH or Imaan?
The "AL-QURAN" or "AL-BUKHARI & OTHER PERSIAN SCHOLARS"?
Conspiracies against the Quran
http://www.free-minds.org/sites/default/files/Conspiracies.pdf
http://www.sahih-bukhari.com/Pages/Bukhari_8_82.php
http://www.hadithcollection.com/sahihbukhari/37-sahih-bukhari-book-04-ablutions-wudu/712-sahih-bukhari-volume-001-book-004-hadith-number-234.html
http://hadithcollection.com/sahihmuslim/144-Sahih%20Muslim%20Book%2016.%20The%20Oath,%20Establishing%20Responsibilities%20Of%20Murders,%20Fighting,%20Requital/12500-sahih-muslim-book-016-hadith-number-4130.html