Mar 15, 2007

Apa itu JIZYAH ?

(Rahsia di sebalik JIZYAH dan JIHAD)

Cerita satu:

Encik keretamayat, kenapa pulak ko cakap tak berdakwah melalui blog?, bukankah Nabi ada berdakwah melalui surat? Surat yang di hantar kepada raja2 kapir, bukankah itu satu dakwah penulisan?...

Cerita dua:

Dulu saya berusaha mendekati kawan-kawan yg lalai dgn menggunakan komik dakwah. kawan-kawan yg selalu tinggal solat mmg akan lari jauh2 bila nampak org dakwah, malah ada yg kunci pintu bilik utk halang org dakwah masuk. tp akhirnya komik dakwah saya dapat tembus bilik itu dgn menyelitkannya di bawah pintu.

Dalam komik itu ada juga seruan utk solat berjamaah spt seruan tabligh, lalu bila golongan spt saudara berkata pada saya, melukis komik itu bkan dakwah , dakwah adalah ketuk bilik ke bilik.lihat, jika saya terpengaruh dgn kata-kata itu pastinya dakwah langsung tak sampai pd golongan yg lari ini. saya yakin dakwah boleh menggunakan apa saja medium, asal saja kita MENYAMPAIKAN (tabligh) ajaran islam melalui medium itu.

Saya sedar, saudara hamka menulis dia tak berdakwah melalui blog, tetapi isi kefahaman islam yg disampaikan menimbulkan rasa keinsafan dan kefahaman pada org lain itu tidak dapat tidak perlu diakui sebagai dakwah, kerana dakwah itu majoriti ulama muktabar sepakat "amar makruf nahi mungkar".

Saya mohon maaf pd saudara hamka jika saudara menganggap saya ini org yg tak faham tulisan saudara walaupun saya baca tulisan saudara berkali-kali untuk mendapatkan isinya. dan mmg ada yg menepati jiwa saya yg mencari hikmahnya dakwah islam.sekian dan maaf.

Cerita tiga:

Pada suatu hari, aku berhadapan dengan satu keadaan yang memaksa aku untuk menulis surat rasmi, surat berantai aku tak reti, inikan pulak surat rasmi?…, mengenang kenangan yang memaksa aku menduduki BM julai pada zaman dahulu, maka aku membuat keputusan untuk merujuk kepada yang pakar…
Siapakah yang paling ‘pakar’ di akhir zaman ini yang mana korang suka sangat rujuk dan terus percaya walaupun perkara yang berkaitan ugama lantas tak kena gaya boleh menjanamkan masa hadapan korang(akhirat korang)? Siapa?

Dah tentulah ‘abang goooogle’ kita, he he he, akupun dengan penuh harapan terus melayari internet mencari format surat rasmi sambil sempat pulak upadate blog..oh (menyelam minum air),

Namun,…
Walaubagaimanapun,..
Akan tetapi,..
Aku akhirnya di selubungi oleh kecewa duka lara karana gagal bertemu dengan blog rasmi yang menunjukkan teknik menulis surat rasmi secara rasmi, mungkin di sebabkan factor diriku yang jahil IT atau factor diriku sendiri yang agak lembab dan tidak cukup cekap melayari internet, sehingga membuatkan aku sering terbabas ke blog korang yang suka copy/paste entry aku dan puji aku atau terbabas ke blog korang yang suka kutuk aku… huh!

Baiklah, sebagai insan yang prihatin terhadap isu-isu semasa, isu pelajar dapat 17 A1 bla bla bla, maka cikgu nak ajar korang hari ini buat surat rasmi… (sambil menjawab dua komen di atas)

Karangan Jenis Surat Rasmi...

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan yang rasmi seperti nak membuat rayuan poligami, nak minta kebanaran bermadu, nak memohon pengundi hantu, nak mintak jizyah, nak serang Negara kapir, nak menempah keranda atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi.

Perhatikan format di bawah.

(Nama dan Alamat Penulis di tulis di sebelah kiri bahagian atas surat.)

Contoh:

Abdullah bin Abdullah
Lubang kubur, 6 kaki
Keranda satu, Nissan dua
Perkuburan islam Timur
Malaysia.

__________( garisan panjang )___________
(Di buat di bawah alamat pengirim.)

(Nama dan Alamat Penerima di tulis di sebelah kiri di bawah garis melintang dan baris akhir alamat di bubuh garis. yang bubuh garis aku tak sure..huh)

Contoh:

Ketua Negara orang kapir
Rest in peace
Bilik mayat, rumah abu.
Keranda satu, Nissan berpalang
Perkuburan kapir barat
Malaysia.


01-April-2007 (Tarikh adalah selari dengan nama negeri)

Tuan / Puan, (Pangilan hormat penerima di tulis di bawah alamat dan di bubuh koma)

(Letakkan Tajuk dengan Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)

Ok, lepas tu korang boleh taruk isi surat sesedap rasa, untuk memudahfahamkan korang, berikut adalah isi surat rasmi contoh yang aku karang sendiri kepada Perdana menteri orang kapir, dalam kes ini aku melantik diriku sendiri sebagai panglima perang dan mengarang sepucuk surat rasmi untuk memohon pembayaran JIZYAH.


MEMOHON UNTUK MEMBUAT JIHAD DI NEGARA TUAN.

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, Daripada wakil Muhammad pesuruh Allah kepada ketua orang kapir, Sejahtera ke atas mereka yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan Rasulnya serta bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu untukNya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan pesuruhNya,

2. Aku sebagai panglima perang islam, menyeru korang sekalian kepada ugama ISLAM, agama yang telah di sempurnakan Allah,
Tiada Yang berkuasa melainkan Allah,
Tiada Yang dapat memberi manafaat melainkan Allah!!
Tiada Yang dapat memberikan mudarat melainkan Allah , Allah PENCIPTA, selain dari Allah semua DI CIPTA,
ALLAH PENTADBIR, selain dari ALLAH! Semuanya di tadbir!!

3. Untuk Allah hancurkan Kerajaan Firaun dan bala tentera nya, cukup bagi Allah menghantar seorang Nabi sahaja iaitu Nabi Musa a.s. Melalui perantaran dakwah Nabi Musa a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Musa a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Firaun dan bala tenteranya.

4. Begitu juga dengan Namrud lakanatullah, Allah tidak menhantar bala tentera yang lebih hebat atau setara dengan tentera Namrud laknatullah untuk di kalahkan, tapi cukup bagi Allah menghantar SEORANG Nabi Allah yang bernama Ibrahim as.., Melalui perantaran dakwah Nabi Ibrahim a.s, dan di sebalik dakwah Nabi Ibrahim a.s ada pertolongan Allah, maka musnahlah akhirnya kerajaan Namrud dan bala tenteranya..

5. Ingat ini!!, senjata orang islam adalah dakwah dan doa, dengan syarat, dakwah mengikut tertib Nabi SAW.., Aku tahu korang orang kapir dah lama gelak dan aku pulak dah lama menangis bila dengar orang islam berdakwah melalui lagu, blog, komik, parti dan seribu macam bidaah.., yang mana di belakang bidaah tiada pertolongan Allah, kerana itu korang berani serang Negara islam dan menjajahnya..

6. Maka hari ini kami sebagai seorang islam yang risaukan masa depan tuan orang kapir selepas jadi mayat, menyeru supaya korang masuk ke dalam ugama islam.., jika tuan enggan, maka tuan kena bayar JIZYAH…

Apa itu JIZYAH?

7. JIZYAH adalah sebahagian daripada harta tuan, samada dalam bentuk sejumlah wang atau aset kekal atau bon saham dan apa sahaja yang bernilai yang akan kami tentukan jumlahnya nanti, yang mana tuan kena bayar kepada kami sebagai satu alternative jika tuan tidak berminat masuk ugama islam..

8. Kejap! nanti dulu, relax, jangan tuduh kami gangster yang sedang meminta wang perlindungan, kami bukan nak minta ufti, juga bukan nak mintak income tak, kami bukan kemaruk dengan harta dunia yang sementara itu, kami tidak kebulur dengan harta yang akan jadi tanah, apatah lagi kita semua akan menjadi mayat yang berulat.., jadi, tujuan sebenar kami minta JIZYAH itu adalah:-..

Koft,! Koft! ( kena batuk sikit bila cakap pasal duit.. ish..)

JIZYAH adalah sebuah symbol keamanan daripada pihak tentera dan pihak kerajaan tuan, keamanan kepada mubaligh islam yang akan berdakwah dari pintu ke pintu di setiap rumah penduduk Negara tuan.., dan wang yang di bayar secara ‘paksarela’ oleh pihak tuan dan rakyat tuan kepada kami itu, akan di gunakan untuk menambat hati-hati para mua’laf dan juga untuk memudahkan kerja kerja pendakwah nanti..

9. Bukan apa, jika kita takde symbol keamanan dalam bentuk JIZYAH ini, kami tak nak peristiwa sedih di Taif dulu berulang kembali, kami tak nak peristiwa orang kapir baling batu dan menyakiti serta mencederai Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah berulang kembali…, so dengan pembayaran JIZYAH ini, maka kami faham bahawa kami di benarkan berdakwah di negara tuan dengan senang lenang tanpa sebarang ganguan dari pihak tentera atau dari pihak kerajaan tuan. Maklumlah, jika tuan tak nak masuk islam, belum tentu rakyat tuan tak nak masuk islam, biarlah rakyat bebas membuat keputusan next life mereka, inilah demokrasi, dan jika tuan di takdirkan masuk neraka, jangan biarkan rakyat tuan masuk neraka sama kerana kedegilan pihak tuan…, berilah rakyat tuan peluang menentukan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ mereka.. dan kami pula tak akan ganggu tuan punya ugama dan rumah ibadat tuan...

10. PERANG.!!!

11. Jika tuan tak nak bayar JIZYAH pula, terpaksalah kita berperang, apa nak buat?
Dan jangan tuan tuduh kami pengganas, kami bukan kehausan darah, malahan kami buat semua ini kerana ugama dan ‘kehidupan selepas jadi mayat’ kita bersama..

12. Cuba tuan bayangkan jika ada beberapa buah bangunan sedang terbakar, 50 ribu orang terperangkap dan masih ada peluang untuk di selamatkan, tapi bila bantuan BOMBA datang untuk padamkan api, terdapat sekempulan manusia (tuan punya bangunan) buat Road Block tak bagi masuk dengan alasan yang merepek dan tak munasabah.. nak claim imsurance ke, tak nak rosakkan bentuk bangunan bersejarah ke, apa kejadah ke, maka apa yang pihak bomba kena buat?, kalau aku dah tentu aku sembur ajer mereka yang buat road block tu sampai tercampak, tercedera atau mati, mungkin?!

13. Kenapa? Kerana aku nak selamatkan 50 ribu orang lagi yang masih dapat di selamatkan, yang merepek tak tahu hujung pangkal ni, terpaksalah aku berkasar dan berkeras, kemudian korang sengaja parking kereta kat tepi pili bomba, nak cari penyakit?, nak mampos?! huh! pengganaskah aku jika aku rosakkan kereta korang yang berharga RM 50K kerana aku nak guna PILI BOMBA tu secepat mungkin untuk selamatkan 50 K nyawa manusia? Pengganaskah aku???

14. Begitulah keadaan kita sekarang, tuan tak nak bagi kami berdakwah dengan aman kat Negara tuan?, Maka kami terpaksa serang Negara tuan, kami hanya akan bunuh askar sahaja, Nabi kami pesan jangan bunuh orang perempuan dan kanak-kanak, orang tua dan bukan askar, kerana maksud kami berperang adalah untuk menyebarkan ugama islam dengan aman, tuan nak masuk dalam neraka, lantaklah tuan seorang, tapi apa ke hal dengan berjuta juta penduduk tuan yang tak nak masuk neraka??? kami nak selamatkan next life rakyak tuan, maka kami terpaksa berperang dengan tuan demi hidayat untuk penduduk Negara tuan..

Saya akan beri masa pada tuan selama 3 hari untuk menjawab surat ini, jika surat ini tidak di balas dalam masa 3 hari, maka kami menganggap tuan bersedia berperang dengan kami.

Sekian.

Yang benar,

…………………..............
( HAMKA KERETAMAYAT )
Ketua Pasukan Tentera Islam,


End!

Ok, dah faham cara nak tulis surat rasmi? Kena ambik perhatian kerana Berdasarkan analisis soalan-soalan UPSR sejak tahun 1992 hingga 2001, soalan karangan jenis surat kiriman rasmi sudah dua kali ditanyakan, iaitu pada tahun 1995 dan 2000.

Berikut adalah teknik pembahagian markah:

Mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )

-----------------------------

Nota Kaki:

Tahukah korang ?di sebalik surat Nabi kepada raja kapir ada tentera islam yang akan mintak jizyah jika raja kapir enggan masuk islam, dan serang jika raja kapir enggan bayar jizyah...

Jizyah adalah untuk memudahkan orang islam berdakwah secara aman dengan orang kapir...

Perang adalah untuk menyelamatkan rakyat negara kapir yang tidak di benarkan berdakwah di negara mereka..

Kerana itulah, surat rasmi di atas tak pernah di hantar kerana bila aku nak serang Negara orang kapir, aku dapati tentera aku takde yang layak…, nak layak macam mana?, nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak ambik cuti annual leave pergi belajar ugama pun tak sanggup..

Itu satu hal, yang tak solat lepas tu merompak, berzina, meragut, merogol adalah ‘tentera’ islam jugak, huh kalau macam ni akhlak ‘tentera’ aku, nampaknya takdelah bantuan ALLAH kepada aku bila berperang kelak.. oh!!!

Yang berdakwah guna blog, komik, lagu, apahal pulak?, adakah nak mintak jizyah kat orang yang tak nak baca blog, komik, dan dengar lagu?, dan adakah nak perang mereka yang tak nak bayar jizyah itu????

Adakah???
Dan sejarah hari ini telah membuktikan, bila korang orang islam berperang dengan orang kapir, korang kalah, korang di hina dan di telanjangkan, korang di seksa dan di malukan.., terdapat hampir seluruh orang islam doa depan kaabah mintak tolong kat ALLAH, tapi tiada bantuan dari ALLAH, seribu malaikat yang pernah tolong orang islam dalam perang badar dah tak datang, nak datang macam mana? jika amalan orang islam lebih kurang orang kapir, hari hari hidup cara yahudi, orang kapir tengok masjid kosong tak sedih, orang islam pun begitu, dakwah dengan cara yang merepek, hari hari up date lagu popular, hari hari up date wayang, update accessories kereta, up date perabot rumah, up date langskap, up date awek, up date bini, up date handset, dan up date BLOG,!!!!

Sedangkan ALLAH sentasa up date bala demi bala tapi masih tak sedar diri.., Tsunami, banjir, rebut, gempa bumi mana mau lari???

Orang kapir pulak sentiasa up date sempadan Negara, mana korang mahu lari? Memadaikah jika sekadar up date blog islam, majalah islam, komik islam? lagu islam???, mamadaikah???

Isk..isk.., benarlah apa yang Nabi bagitahu: ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!

Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!
Ummat yang tinggalkan JIHAD akan di hina!!!!

Dan sekarang ummat islam sedang di hina.., tapi aku dan korang masih sibuk up date blog..oh!!

ps: Semua orang pasti menjadi mayat, termasuklah aku, kalau nak jadi mayat, jadilah dengan cara yang BERBALOI..., berbaloikah pengorbanan aku dan korang?

33 comments:

  1. duk baca ur outline surat tuh..tertarik pulak ngan tarikh dier..1 April.. pernah ke ek hamka buat pasal april fool??..kalo blum, buatla biler nak menjelang 1 april nih... (plus, thats my birthday..=))

    ReplyDelete
  2. Walau dah lama tak terpilih untuk keluar (azam banyak kali tapi ada jer halangan...iman lemah lagi kot?) tapi bila baca blog saudara Hamka ni saya rasa cam dapat input dan ada fikir risau hal umat seluruh dunia ... dan juga datangkan ghairah nak tingkatkan dakwah dan korban dan amal. Thank youlah...

    ReplyDelete
  3. Iman lemah adalah satu kebodohan. Jangan biarkan kebodohan itu menguasai diri. Jom Jihad!

    ReplyDelete
  4. hati ugama adalah masjid (btulkn?)...

    jd mari sume muslimin penuhkan masjid...

    solat itu tiang ugama..
    hati ugama adalah masjid...
    tp apa itu ugama?

    ugama apa yang nak didirikan atas tiang itu?

    umat tak faham ugama..tak kenal ugama islam.. mengambil islam sebagai kepercayaan..tapi ambil satu sudut sahaja..yakni ibadah..
    sedangkan islam adalah cara hidup

    org kata solat boleh mencegah perbuatana keji dan mungkar.. solat itu tiang agama...

    tp kenapa masih ada kenyataan begini dari seorang artis malaysia?
    "walaupun saya seksi... saya tak penah
    tinggalkan solat saya.."

    sebab ugama hanya diambil dari sudut ibadat sahaja.

    Islam datang adalah untuk menghapuskan amalan jahiliyyah orang-orang di Makkah pada waktu itu, mereka percaya pada Allah tetapi dalam masa yang sama menyembah sembahan2 yg lain...

    Islam datang mengubah dan melepaskan jahiliyyah, mengajar tentang cara hidup Islam yang sebenar.. din..agama..

    sungguh tak koheren komen ini..
    tapi macam tu jugak berdakwah..
    nak berdakwah, nak nasihat orang, nak mengajak kepada yg benar tapi menggunakan kata-kata kesat, kata-kata lucah juga tidak menggambarkan seseorang itu benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup.

    sekian

    ReplyDelete
  5. oh saya tidak tujukan komen di atas scr spesifiknya kepada abang hamka.. cuma sekadar memeriahkan kotak komen :)

    ReplyDelete
  6. octopus: kat hafizbar kot?

    ReplyDelete
  7. Encik dah kutip jizyah? Blogger ni milik orang Islam ke? =)

    ReplyDelete
  8. dakwah....
    zaman skrg, org memakai tie memandang enteng kpd org memakai serban.. topi sudu lbih mudah dterima drp kopiah.. di sesetengah kem PLKN, tidak melancap dianggap ganjil.. insitusi pondok yg menekankan pdidikan rohani dipandang hina sehina hinanya.. sekolah agama hnya dianggap sekolah agama kerana ade subjek syariah n qs.. akhlak kita di mana?

    masyarakat..
    di mana2 ada riak, di mana2 ada ujub, di mana2 ada takabur.. di mana2 ada kufur nikmat, di mana2 ada kejahilan, di mana2 ada hubbu dunia..

    kita org awam..
    byk lg kna blajar..

    hinalah diri sendiri sebelum kita hina org lain..
    perhatikanlah diri kita sendiri sebelum kita perhatikan org lain..

    (nota utk diri sendiri)

    ReplyDelete
  9. Allah knows d best kan??
    kalu niatkte elok, xyh nk takut ape kte buat..
    i'allah ada hikmahnye nnti..

    dJJI Akbar~

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..

    ade satu maulana bgtau,zaman Nabi dan para shbt dahulu, mereka tkbenci tgk org kafir dan tkmenganggap mereka itu musuh. Cuma mereka benci akan cara hidup org kafir yg mengarut2 tue.

    Tp arini, umat Islam dh terbalik.
    kite benci tgk org kafir.siap ade isytihar kt media2 lg. tp dlm masa yg same kite tkbenci malah syg akan cara hidup org kafir.naudzubillah.

    kne blaja2 lg wat usaha agama.

    allahu'alam.

    ReplyDelete
  11. assalamu'alaikum..
    keretamayat..kain kapan nak lalu..

    ReplyDelete
  12. Kebelakangan nie, Harm Car cam sibuk je.. Ish...rindu entry die yg 'berisi' nie.. :')
    Klao korang free, download la file nie..

    http://www.esnips.com/doc/cdfa2236-d3d3-4df9-9220-be908722df1a/Azan-Mehwar

    Syahdu n menginsafkan aku..

    ReplyDelete
  13. salam...

    saya sedang dalam proses membina perancangan jangkamasa panjang dalam perjuangan hidup saya menuju kematian ini yang saya namakan renassaince hikmah. ringkasnya dalam perancangan itu termasuklah plan membangunkan komik dakwah,filem dakwah, hiburan dakwah dan lain-lain.

    saya telah mendapatkan nasihat dari para guru-guru saya dari bangku sekolah rendah hingga menengah akan idea ini.tidaklah ada yang menentang atau cuba menafikan plan saya itu sebagai bidaah dalam berdakwah yang sesat melarat.

    hinggalah saya bertemu rakan-rakan saya dari jamaah tabligh di UM,dan sambungan kisah ini ada dalam cerita dua dalam entri di atas.

    memang saya sudah lama sedar akan iktikad orang-orang awam yang mengikuti tarbiyah jamaah tabligh tentang usaha dan plan saya, dan itu antara sebab bila rakan saya mengajak saya meninggalkan semua usaha saya dan mengabdikan diri dengan tarbiyah tabligh, saya menolaknya, walaupun saya tetap sudi mengikut keluar khuruj bersama mereka.

    soalan saya,(chewah.. macam ruangan kemusykilan agama lak) pada pendapat kalian,yang telah mengomen di atas,termasuklah saudara hamka yang saya kasihi sekalian, apakah yang paling tepat untuk menakrifkan kalimah 'dakwah' menurut islam?

    adakah 'dakwah' bersamaan dengan 'amar makruf nahi mungkar'

    atau

    adakah 'dakwah' bersamaan 'tabligh' semata-mata?

    yg benar

    mfr studio

    ReplyDelete
  14. baguih surat ni, rasa nak print and post jer... :)

    ReplyDelete
  15. LEpas ni, bleh ajar tulis surat ikut format telegram...
    kerjaan pun kadang2 guna telegram utk surat rasmi..cam aku kena daftar universiti dulu..

    "dgn ini anda telah ditawarkan bla..bla..bla...... sila daftar di XXX pada hari isnin xxxxx."

    Hari aku terima telgram hari selasa..hehehe..

    ReplyDelete
  16. wahidah

    TAHLIL!!!

    ---------
    hanan

    selamat hari lahir…

    ---------
    Hani Sumayyah

    rasa cam dapat input dan ada fikir risau hal umat seluruh dunia?

    Doakan aku sama wahai hani..

    ---------
    matchip2

    chip2 tu apa?

    --------
    Octopus

    Tau takpe…

    ---------
    Inqilaab

    Kau nak bayar jizyah ke? Boleh masuk akaun aku,… email ler he he he

    ---------
    neversun

    aku memang hina..

    ---------
    sayda

    Niat kami elok, kami nak dirikan masjid satu hari nanti:

    Kata seorang yang di tangkap basah..
    Berani bukan?
    Allah knows d best kan??
    kalu niatkte elok, xyh nk takut ape kte buat..
    i'allah ada hikmahnye nnti..

    -----------
    ainohikari

    lagi satu, tau takpe,,

    ----------
    ina

    walakuimusallam, lalulah.. he he he

    ---------
    midkazen

    aku sibok sebab ramai orang yang jadi mayat, nak kena hantar ke perkuburan, nanti aku muncul lepas dah tukar minyak hitam..

    ---------
    muhammad fakhrul razi

    salam...

    eh, buat filem, komik?
    Best betul..

    Dapat royalty tu kira macm jizyah ler kot..

    Kau jangan marah fakrul razi, aku cinta pada kau sebab bila kau komen kadang kadang berisi dan penuh keinginan, aku pergi blog kau gak dan baca input, aku Cuma nak nasihat agar kau ikhlas…

    The other side, itu hanyalah contoh surat rasmi dan nota kaki daripada pemeriksa UPSR tu teremosional lalu komplen kelojikkan surat tu , patut kerja pemeriksa bagi markah jer bukan?

    Apa-apapun bila aku tengok kartun blog kau tekdelah cantik sangat, aku jika melukis kartun jauh lebih cantik dari kau, kalau kau nak ofer aku jadi pelukis, aku sanggup dan aku punya cita cita masa kecik nak jadi pengarah komik dan filem..

    Kalau ada peluang dan kau perlu bantuan untuk buat komik atau filem, call , aku ‘agak’ expert, serius! he he he

    ----------
    alan zed

    he he he, tau takpe kot..

    ---------
    abu_harraz

    hmm, menarik cadangn tu,
    nah telegram pertama...

    SEMUA ORANG AKAN JADI MAYAT!!!

    BALIK CEPAT

    ReplyDelete
  17. Dalam perjalanan balik lah ni..
    Tapi..byk singgah2...byk membina atas jambatan...byk cium dan jilat nikmat bangkai...
    Aku cuba...
    Nak tinggal dah habit2 tu..
    Nak buat bekal je byk2...

    Tx for the telegram!

    ReplyDelete
  18. banyak muka2 baru kat blog ni sejak aku senyap lama2 arituh...kali ni taknak komen banyak2 cam dulu r..byk sbb.
    1. aku pun tak pandai surat rasmi so aku pun taktau nak komen surat rasmi bro hamka.
    2. sibuk n buat2 sibuk nak carik duit..dapat r buat blanja btunang nnt..
    3. bro hamka lagi cpt reply komen2 pengomen.. so aku tak smpt nak balas..ngahaha..

    lupa lak nak greet..salam jejak kasih bro hamka..lama aku snyp tak rindu kat aku ke..ngahahaha

    ReplyDelete
  19. Dalam banyak-banyak komen oleh pengkomen-komentar ade satu yang buat den terkejut.... Saudara hanan mintak maafla ye kalau saya salah anggap maksud aprilfool. Saya rasalakan Budaya yahudi tu takyah lah digembar-gemburkan,lagi pun baik cerita pasal bulan bulan islam ke, apakah amalan yang sunat dikerjakan atau ape yang selalu Rasullulah buat mengikut bulan islam.Tak baik memperfoolkan orng lain silap silap kena penampor..

    ReplyDelete
  20. Ops.. Sekali lagi bro nak cukupkan 21 komen.. bukan 1 april yang kita kena ingat tapi 31 march nie hari Keputraan Kekasih Allah.
    Allfatihah..

    ReplyDelete
  21. orang selalu cakap....

    DUNHILL:
    Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang…

    MARLBORO:
    Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang…

    WINSTON:
    Wan Ismael Nak Skodeng Tetapi Orang Nampak…

    PERILLYS:
    Perempuan, Engkau Rosakkan Iman Leleki-Lelaki Yang Soleh…

    CAMEL:
    Cantik Aku, Mayat Esok Lusa…

    ---
    mari kita menambah....

    KENT:
    Kenapa Engkau Nak Tahu?

    ROTHMANS:
    Ramai Orang Telah Hancur Musnah Akibat Nafsu Syaitan

    DJARUM:
    Demi jesus aku rela mati (kekeke mane pegi "U"?)

    Benson & Hedges:
    Budha dan nasrani sesatkan orang naive & hindu dan yahudi pon sama.

    More:
    Maruah orang rosak engkau

    Salem:
    Semalam Aku Lambai Engkau Marah

    Lucky Strike:
    Lagi banyak duit labur kat pelaburan internet, maka lagi haram la duit hasil tu.

    L&M:
    Lailaha illallah & Muhammadur rasulullah

    ReplyDelete
  22. hafiz2..ko quote tuh dah ok dah..tp ko ttinggal peter stuyvesant ngan SAAT..ngahahaha..carik lagi..

    ReplyDelete
  23. Dol said...

    31 March, hari keputraan Rasulullah SAW...

    Ko celebrate ke?

    Rasulullah SAW pun tak celebrate.. camner nih?

    Sayda.. Allah knows d best kan?? heheh Allah SWT memang AllKnowing.. yang DontKnow nyer kita ni haaa.. sebab tu yang kena bakar tu KITA. Keputusan kita kena buat..sebelum jadi mayat..

    Fakhrul Razi,

    Dakwah tu ialah Tanggungjawab... Amar Ma'ruf Nahi Munkar tu CARA. ada beza tu.. ko dah sanggup pikul Dakwah sebagai tanggungjawab... tapi ko konfius bab CARA... Jadi sebab taknak bagi konfiuslah maka Allah SWT perintah kita amik Surah, Sirah dan Sarirah Rasulullah SAW untuk dijadikan contoh ikutan. Beb.. kalau Rasulullah SAW lukis komik beb... aku rasa takkan ada orang kata ko buat bid'ah.

    Tengok balik la CARA amar Ma'ruf Nahi Munkar yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

    Hamka.. koft!...koft!.. maafkan saya.

    ReplyDelete
  24. abu_harraz

    kalau kau singah ‘taman shurga’ aku nak kirim ‘harta pusaka nabi’..

    -----
    Along

    Aku rindu kat kau sebaik sajer kau muncul kembali, begitulah aku seorang yang perasan sibuk..oh!

    Aku ingat kau menghilang pergi berdakwah seluruh alam!

    ---------
    dol

    orang yahudi- suka berpolitik
    (rujuk Israel membonekakan amerika)

    Orang majusi- suka bersukan
    (rujuk sukan olimpik dan obornya)

    Orang nasrani- suka hiburan
    (rujuk rumah ibadat mereka, ada banyak alat muzik)

    Orang islam?
    Mengislamkan politik? Sukan dan hiburan?
    Gila apa!!!

    ---------
    Amiruddin.

    Aku harap kau bahagia! He he he

    -------
    hafiz

    GUDANG GARAM
    Gembira untuk dunia adalah nampak gila glamour atau rosak akal manusia?

    peter Stuyvesant
    Petang esok tentu encik razak sedih tanpa unta yang sesat di padang pasir lalu menjadi mayat (belasah ahajalah)

    SAAT
    Siapa akan angkut taik?

    KERETA MAYAT
    Kenapa engkau rasa engkau tak akan mampos atau… (sambung sendiri)

    ----------
    Kavalera Hexalera

    koft!...koft!.. kuat sungguh bau duit..

    ReplyDelete
  25. Saudara Hamka, matchIP2 tu is just my cybername, xder aper yg tersirat disebalik yg tersurat...

    ReplyDelete
  26. Wahai Kavalera Hexalera.. Bukan Dol yang cakap tapi Saya Amiruddin Shah. Untuk menjawab soalan mu itu Ya hari-hari saya celebrate, tak caya tanya Raihan:
    Selawat ke atas nabi Muhammad Ya Rasullulah..Selawat ke atas nabi Muhammad Ya Rasullulah..
    Pada pandangan saya yang jahil lagi hina nie setiap jumaat imam dimimbar mewarwarkan selawatlah kamu keatas Nabi sesungguh Allah dan Malaikat jua berselawat keatasnya.. Dan saya yang jahil lagi hina nie cuma cuba memetik rasa cinta, kasih dan sayangkan Rasullulah. Salahkan saya jangan salahkan dol tu kesian dia..

    ReplyDelete
  27. KERETA MA
    Kenapa engkau rasa engkau tak akan mampos atau… (sambung sendiri)

    sambungan;

    YAT = Yang Amat Terel

    SO, KERETA MAYAT =
    Kenapa engkau rasa engkau tak akan mampos atau yang amat terel

    err...harta pusaka nabi apa ek? Bukan al quran dan As Sunnah?...ke DOA?

    ReplyDelete
  28. ekekekeke..... baikk punya baca.... pastu tetiba pikiran aku dok fokus bab rokok.... ekekkekeke... sudah beralih topik lak...

    err... bukan ke KENT tu ada dialog bersambung2..?
    K*** Engkau Naik Tak?
    Kenapa Engkau Nak Tau?
    Kalau Engkau Nak Tau
    Tonggeng Nanti Engkau Kena

    ReplyDelete
  29. ya.best betul baca blog ni.dapat menyedari ramai org rasa nak berjihad tapi masih belum faham hakikat jihad..

    ReplyDelete
  30. korang semua..

    tau TAKPE..!!!

    ps: takde idea nak menjawab..

    ReplyDelete
  31. Salam tuan empunya blog . Nak minta izin untuk copy surat saudara di blog saya .. sebagai pengajaran dan peringatan ..

    Jangan risau .. saye nak copy surat tuh jerk dan akan tinggalkan link kat blog saudara ..

    Kalau x balas .. saya anggap saudara tak bagi kebenaran ..

    Salam alaik ..
    // balas kt blog saye ye

    ReplyDelete