(Sebuah rahsia di sebalik perkahwinan)
Entry ini adalah khas untuk member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!
Kepada yang belum kahwin, ada beberapa adegan yang akan menyinggung perasaan, penulis tidak bertanggung jawab sekiranya korang naik ‘sheikh’..oh!
Imbas kembali…
Satu hari isteriku menangis-(menangis yang amat.)
Ku hampiri dia, ku gosok belakangnya, ku genggam tangannya. ku renung matanya, ku lihat pada matanya penuh dengan air mata kesedihan..., kataku…
"sayang, sekiranya inilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini..."
Dia merenungku, memikirkan kata kataku.
Aku menyambung...
"sayang, apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indahnya' penderitaan ini..."
Dia terus memelukku dan menangis.
Kami saling berpelukkan, Aku juga menangis....
Tamat.
(amacam? romantik tak aku? sayangilah bini korang sebelum dia bertukar menjadi mayat...)
Ha ha ha!
Itulah asam garam rumah tangga, korang yang tak kahwin lagi, tak dapek lah nak merasa semua itu, sempena musim kahwin ni, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!
Satu tazkirah ulangan:
Tazkirah yang aku tujukan buat isteriku dan semua member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!
Pada awal perkahwinan, aku telah bertazkirah pada isteriku supaya aku nampak berilmiah kerana perempuan memang suka kat lelaki yang berilmiah lagi beriman…
Kataku:
"wahai sayang, awak tahu tak apakah rahsia di sebalik jari jemari abang ni?
(Tentulah isteri aku nak tahu, dan isteri mana yang tak suka kat suami yg bijak dalm tutur kata… he he he.saje jer aku nak tunjuk terer…)
Aku kata: wahai isteriku, lihatlah jari jemari abang ini,(kasar, keras dan berkematu)
Jari ibu ni melambangkan ugama islam tau iman!, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla.bla
Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak... sangat penting!!!
(sambil aku membuatkan isyarat 'good' dengan ibu jari..)
Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, cth bila org tanya mana masjid?,aku kata:tu, !Aku tunjuk ngan jari telunjuk(tak tau lah kalau korang tunjuk ngan ibu jari he he)
Mana binatang jahat tu?Aku kata: Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk… (lantak koranglah kalau korang nak tunjuk ngan ibu jari atu dengan mulut yang memuncung )
Isteri tanya: jari tengah ni mewakili apa pulak bang?
Aku kata: Jari ni mewakili: (FU*K) jari nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu(aku dah kabor dah, aku tujukan tazkirah ini hanya pada org yg dah kahwin atau nak kahwin untuk waktu terdekat… yang tak ada niat nak kahwin, main jauh-jauh..)
Sambung balik pasal jari nafsu atau jari F*CK ini…, biasanya jari ini bagi orang yang dah kahwin digunakan untuk membanghkitkan ghairah sang isteri..(arghh, aku dah naik sheih!), Sekarang cuba awak bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)
Ini bermakana walau camne terer pun ilmu ugama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!!, (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?) banyak cerita ahli abib yang tak kahwin dan ibadat pulak tahap wali, tapi bila datang perempuan, di pendekkan cerita di zinanya perempuan tu… nafsu mana boleh tahan beb!!! (Na’uzubillah)
OK, sekarang kita pergi pada jari manis, jari ini di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki..oh!
Bila kita renung akan jari manis ini, (eh,? dah ada cincin.. he he he), maka, kita dapati, jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari FUC*!!! ), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)
Dan jari anak mewakili isteri kedua, eh?! Silap, errr, ,mewakikli jari anak2 kita(dah namapun anak),
Nah!, maka sekarang kita lihat, inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dr ugama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!
Wah wah wah, isteriku begitu mengagumiku, he he…bertambah respect dia pada aku…betapa berilmiahnya aku ha ha ha..(cubalah korang buat kat pasangan korang, jgn buat kat awek pulak!, jangan menghampiri zina!)
Ok, cerita lain pulak untuk member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi! yang sedang sedap sedap menikmati perkahwinan..
Cerita ulangan.. (huh! Aku takde idea sebanarnya)
Pada satu hari, Aku dan isteriku dan anakku menonton VCD berjemaah..
VCD doa-doa umum yg dinyanyikan oleh sekempulan budak-budak..
Dalam video klip ada 2 kanak-kanak wanita dan 2 kanak-kanak lelaki, mereka menyanyi sambil menari…juga sekali sekala mak bapak mereka(agaknya) akan muncul untuk memeriahkan video klip tersebut..ustazah yg akan muncul membaca doa dengan gaya yg betul sebelum dinyanyikan oleh kanak2 di setiap lagu juga sungguh cantik dan comel juga he he heh..
Bagus pulak ada lagu2 dlm bentuk VCD seperti:Doa sebelum makan,Doa selepas makan Doa sebelum masuk tandas bla bla bla…Anak aku paling suka sangat nyayi lagu ni:
Lagu doa makan:
"Allahumma barik lana, fima razaqtana, wa qina adzdzabbannar.
Dan juga Lagu doa naik kenderaan
"SUBHNALLAZI SARKHA RO LANA HAZA WA MA KUNNA LAHU MUKRINNIN…(hingga habis)
Tiba-tiba aku tersenyum..
Isteri aku bertanya: kenapa?
Bila aku pandang wajah isteri ku..aku ketawa pulak..terbahak2Air mata mula bergenang kerana banyaknya ketawa..
Kenapa Bang?
Tak..abang tengah piker… kenapa syarikat VCD ni tak buat lagu doa sebelum dan selepas bersetubuh…oh...
Lalu aku menyanyi ikut rentak suka aku..sambil membayangkan video klipnya..
"Allahumma jannibnasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maarazaqtanaa "
Aku dan isteriku sama2 ketawa ..anak2 kami pelik melihat mak bapak dia yg macam kerasukkan..padahal mereka tak sedar yg kami sudah berjumpa ‘kod’ baru untuk berasmaradana ..he he he
"ASMARADANA…AAAA..AAAA..KE PUNCAK CINTA…AAA…."
Nota: kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!..selamat berasmaradana!!
Enjoy!!!
Seorang sahabat yang tak kahwin cakap kat aku..
Eh, ko tau tak kat syurga nanti ada macam2 termasuk lah ganjaran 83 tahun utk. bersetubuh..... tapi. kat dunia ni kita dapat 3 saat je utk bende itu.
Aku kata : 3 saat?, aku tak pernah set jam pun..ish.. ish..
Jadi kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!..selamat mencari rahsia 3 saat!!!
Ok, aku bagi Lawak 3 saat. Khas buat member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!(baiklah, aku mengaku-aku agak naik sheikh sekarang nie.. isk!)
Lawak 3 saat;
Isteri aku baru beli baju tidur...
Dia pun ‘acu’, ‘cuba’ , ‘trial’, ‘test’ pakai depan anak-anak..
katanya..pakai baju tidur sangat senang nak bukak,
sebab ada org tolong bukakan..sambil menjeling ke arah aku...
HA HA HA! (pandai pulak dia buat lawak tragis, time mengandung sarat 9 bulan pulak tuh, huh!)
Ok, Uhuk..uhuk..(batuk) aku cuba serius sikit…
Aku nak tanya korang, Apa maksudnya KAHWIN?
Atau apa yang korang faham apabila tok kadi lafaz SAH!
Lalu member member sekepala jawab "SAH" dan awek aweks lama yang berpasangan dengan member member sekepala itu menangis gembira … yang bermakna sempurnalah perkahwinan korang, tapi apa yang korang faham di sebalik makna tersurat dari perkahwinan yang sempurna itu?
Sebenarnya, maksud yang tersirat di sebalik perkahwinan yang telah tersurat selamat di ijab kabulkan adalah bermakna, (saya perasan pandai) segala dosa sang isteri yang sebelum ini di tanggung oleh ayah dia, abang dia,bapak dia, kini korang sang suami yang kena tanggung segala dosa isteri korang tuh, ayah dia dah boleh cuci tangan… sebab tu ada ganjaran yang besar untuk ibu bapa yang ajar anak perempuan dia dengan ilmu ugama dan kahwinkan cepat cepat…
Sabda Nabi Muhammad s.a.w (lebih kurang) "kemulian wanita terletak dalam tiga perkara:
1.Cepat kahwin
2.Murah maskahwin
3.Cepat beranak."
Dalam Hadith riwayat Saidina Ali Karamallahuwajjah, 3 perkara kena cepat2,:
1. tanam mayat
2.Solat bila masuk waktu.
3. kahwinkan anak perempuan bila ada org berhajat padanya.
"Kain buruk lebih mulia dari wanita yang tak nak beranak (lebih kurang hadith)"
SATU PERINGATAN DI SEBALIK TABIR PERKAHWINAN…
…Jadi di sebalik perkahwinan yang sempurna adalah satu beban atau tanggungjawab yang berat yang mana segala kesalahan sang isteri akan di tanggung oleh korang seorang!!!
Maka kerana itulah juga apabila ugama telah sempurna, Abu Bakar ra, yang faham dengan hakikat ugama yang sempurna telah menangis kerana segala beban dan tanggungjawab yang selama ini di tanggung oleh para Nabi dan Rasul kini terpaksa di tanggung oleh ummat akhir zaman dan tiada Nabi lagi bersama..isk. isk…
DAN..Maka kerana itulah juga apabila perkahwinan telah sempurna, suami yang faham dengan hakikat perkahwinan yang sempurna telah menangis kerana segala beban dan tanggungjawab yang selama ini di tanggung oleh Ayah perempuan dan wali perempuan, kini terpaksa di tanggung oleh sang suami seorang dan apatah lagi jika isteri korang tak bertudung, warna rambut macam bonggol unta, tak solat awal waktu, memakai wangi-wangian dan seribu sebelas ratus lagi dosa dosa yang aku takut isteriku terlibat sama..oh!
Huh, aku kena menangis sepatutnya bila kahwin dengan wanita akhir zaman, tapi aku tak, sebaik sahaja majlis perkahwinan aku sempurna di ijab kabulkan, aku terus tersenyum gembira terkenangkan katil..oh!
Maka, menangislah kamu wahai member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi!
Ok, untuk yang belum kahwin, ada sedikit muzakarah (perbincangan) yang aku ambil dari kotak komen blog keretamayat ini yang boleh di ambil iktibar dan renungan… kerana aku tahu bahawa bukan semua pembaca blog ini yang akan baca komen...oh!
Soalan dari salah seorang pembaca keretamayat yang menggelarkan dirinya sebagai :
"innocent girl"
Nota: aku copy/paste sahaja maka aku tak edit akan short word yang mereka gunakan, aku minta maaf jika kelihatan so stupid about short word in malay..oh!
innocent girl - said...
salam...
yup! rase insaf gak coz telah dan sedang berada dlm golongan org yg rugi...
yup but bace post2 kt cni mmg x rugi...
thnx cz bg bnde2 yg benefit..
ps:baru nk b'jinak2 ngan real islamic world...
innocent girl - said...
salam...hehehe..yg real islamic world tuh..
i mean afta skool la..dlu time skolah(asrm pnuh) mmg la ade jd naqibah tp i rase plg hampehla...x spenuh hati..
skang ni klu ade wat come back 2 skool pon jgn hrp la mau dtg...ntah..hidayah x t'bukak sgt lg kot...ssh juga ye..
doakan i..
-innocent girl- said...
salam...once again...
nk tnyer sket.bleh ke klu kte sentuh or salam ngan bf/gf?coz ade kwn i ni dier kt xpe asalkn x diiringi nafsu..
n dier pon slalu salam wit her bf....plz gimme sum xplanation...
opps..mayb da slp tajuk eh?
Aku kata:
GIRL..Aku tak pandai lansung pasal hokum-hakam..kerana aku bukan ahlinya(ahli fatwa kebangsaan)
Aku ingat supaya next time korang semua jgn tanya pasal hokum-hakam,
sebab benda tu dah jelas..korang boleh tanya aku soklan2 yg berbentuk pendapat atau mendapat pendapatan lumayan(tak lawak)..
tapi kalau korang tanya gak..aku still akn jawab…
dan jangan telan 100% apa yg aku tulis…rujuk ustaz lain..rujuk dengan ikhlas..Apa2pun aku takkan merendahkan sape2 punya soalan…
Org yg bodoh dan sombong sajer yg menghina org yg tak tahu..
Jangan bisik.."ihsh..itu pun tak tahu ke?"
Korang ingat korang lahir terus ketawa ke?
Berbalik kepada yg bertanya…
Aku yg buta arab ni berkata…
Bila ayah kita sebut: jangan menghampiri babiBermakna hampir pun tak leh..apatah lagi sentuh/jilat/buat ‘love bite’ etc…
Zina ada banyak
Zina mata
Zina telinga
Zina fikir/khayal
Moral: jangan hampiri zina..Jangan buat ‘love bite’ walaupun tanpa nafsu!
Ps: tengahari ni pergi tengah padang di bawah panas matahari..fikir balik apa yg aku kata..ok!
Satu lagi: Kalau bimbang di lambung ombak tsunami..Jangan berzina di tepi pantai!!!
kakashi_sensei said...
salam~uhuh...
nk tolong jwb gak uh-innocent girl-..
sbnanye ak pun x paham napebbdk zaman skang ne ske uat bnde bukan2..kalo yg jahil tu satu hal r nk pegi buat bnde bkn2 ngan bf..
yang cukup ilmu agame plak g cari dalil yg kate nabi x larang..hadei..seram ak ngan org2 zmn skang ne..smue pun tau bnde tu salah..
hukumnye ape..sudah tntu bukannye wajib,sunat maupun harus..
so yg tggl hanyelah HARAM..huhu..
Wallahu a'lam..
sbg peringtn pd diri sniri jgak je...
p/s:kalo korang bosan2..pegila bukak buku2 hadith:
1-matan arbain- [Imam Nawawi]
2-bulughul maram- [al-asqalani]
3-riyadhusalihin- [Imam Nawawi]
4-ar-ruh - [ibn qayyim]
5-tafsir mimpi [ibn sirrin]
6-talbis iblis- [ibn qayyim](sesuai utuk org yg ske buat bid'ah)
++++dan byk lagi....uhuh..byk bnde x buat lagi..adakah ak tmasuk org2 yg rugi sbb melilau lam ni x tnt pasal.
na'uzubillah
-innocent girl- said...
salam...
thanx a lot...~an intelligent enemy is worth more than a stupid friend...~
Anonymous said...
hmmm..terbaca komen dari -innocent girl- yang bertanya soal bab sentuh2 ni...
saya ader terdengar satu hadis..maksudnya,
"Sesungguhnya kepala yang ditusukdengan besi itu lebih baik daripada menyentuhkaum yang bukan sejenis yang tidak halalbaginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
errmm..pandai2 pk
mat said...
kepada Anonymous ada mazhab yg benarkan sentuh lalaki perempuan, tak batal air wudhu pula tu!tak percaya , tanya ustaz:mazhab mana yg org ikut semasa haji.
harap maklum!
AKU KATA!
(aku ingat mat adalah mamat, tapi bukan.. mat adalah mat, dan mamat adalah mamat)
kepada mat aku bukan ustaz tapi nak jawab he he tak semestinya benda yg tak membatalkan wudhu tu elok…
cth:-
-mencarut tak batal wudhu
-berjalan bogel tak batal wudhu
-menonton video lucah tak batal wudhu
-meraba buah dada wanita dengan berlapik tak batal wudhu
-mengumpat tak batal wudhu
-memakai coli(lelaki lah ni) tak batal wudhu
fikir-fikirkan lah…-
Tambahan satu lagi!:Perkara 2 yg tak batal wudhu tapi tak elok..Berjalan berpimpingan tangan dengan anjing..!!!!
-innocent girl- said...
~hEpI lAbOuR dAy~---->
but tugas kepada Allah,diri sndiri n agama x pernahnye selesai n ade rehat...
jihad fisabilillah...
ukhwah fillah lestari selamanyer...
Anonymous
hmm..kepada mat, saya pun bukanlah seorang yang terlibat dalam bidang agama ni..tapi alhamdulillah, Allah mengurniakan saya kefahaman untuk memahami soal sentuh2 lelaki dan perempuan ni..
mengikut mazhab tu mmg la tak batal wudhu kalau bersentuh lelaki dan perempuan..tapi kan tu ikut jugak keadaan..contohnya waktu haji..sebab orang ramai sangat, nanti kalau tersentuh mase tawaf ke..jenuh la nak gi amik wudhu balik..pastu tersentuh lagi patah balik amik wudhu' balik..kan cam menyusahkan je..
tapi setahu saya mazhab yang sama tak pernah menghalalkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim secara sengaja..lagipun ulama'2 mazhab ni mmg berpandukan hadis biler nak tetapkan sesuatu hukum..takkan la ulama'2 ni nak lawan hadis atau kata2 rasulullah SAW yang dijanjikan oleh Allah setiap perkataan dan perbuatannya itu sebagai wahyu dari Allah..kan..kan..kan.??
tapi suke lagi bile saudara hamka bagi perumpamaan..tak semestinya bende yang tak membatalkan wudhu tu elok atau halal..
wallahua'lam
Hafizbar said...
``ukhwah fillah lestari selamanyer"?
aku kenal ayat ni hehehe
ahli kubur wannabe
assalamualaikum semua...buat innocent girl...
Alhamdulillah teruskan utk mendalami nyer...
"Belajarlah ilmu, kerana mempelajari ilmu kerana ALLAH adalah kebaikan dan menuntut ilmu adalah ibadah, kajian nya adalah tasbih, penyelidikannya seperti jihad, pengarannya adalah sedekah dan pemberiannya kepada ahliyah adalah pendekatan diri kepada ALLAH. ilmu adalah penghibur di kala kesepian, teman di waktu menyendiri dan petunjuk di kala senang dan susah. ia adalah pembantu dan teman yang baik dan penerang jalan ke syurga:
kata-kata Mu'adz bin Jabal (sahabat Rasulullah saw) yang dipetik Ihya'Ulumuddin oleh Iman Al Ghazali...cewah jadi saudara Hamka lak reply her comment...
TAMMAT..
Sampai di sini sahaja, Oleh yang demikan kepada boyfriend/girlfriend.. tak payah nak pening pening fikir boleh ke salam lelaki perempuan, kahwinlah cepat cepat!!!
Dah kahwin walaupun tak haram bersentuh tapi masih boleh membatalkan air sembahyang..OH!
Esok jumpa aweks korang dan tanya : bagaimakah caranya saya dpt bersalaman dengan tangan ibu anda tanpa membatalkan air sembahyang saya?
(jawapan,: fikir sendiri, aku bagi masa 3 saat)
Ok., terima kasih semua, dah larut malam, aku ada bini,
Chow!
Ps: aku ucapkan selamat pengantin baru kepada member member sekepala dan awek aweks lama yang selamat mendirikan rumah tangga pada hari jummaat, sabtu, ahad dan isnin tadi! Sayangilah pasangan korang sebelum mereka menjadi mayat!!!
(kepada yang belum kahwin, baik kahwin cepat cepat sebab korang boleh jadi mayat dalam masa 3 saat maka tak sempat rasa nikmat selepas kahwin 3 saat..OH..)
1…
2..
3…
(bye!)
HA HA HA!
ReplyDelete(first comment)
sori la aku pun tak tau amende yg dimaksudkan ngan malaikat 44 tu
ReplyDeleteaku slalu gak dgr org tua2 sebut camtu klu dgr pekara tak elok atau benda yg mengaibkan
klu bleh aku pun nak tau amende yg dimaksudkan ngan malaikat 44 tu
hehehheh....klu ko dpt cari maknenyer ...dgn seriusnyer jugak aku nak tau....serius ni!!!
ReplyDeleteaku fonkiusss... bro hamka, tulun..
ReplyDeleteaku baru nak post komen, tp terkujat sekejap bilamana aku seperti tlah menjadi pengkomen pertama!! adakah itu aku??
Linanilza
ReplyDeleteJangan pening, ini dunia maya, macam2 boleh jadi.. tapi, tidakkah anda dapat apa yang anda hajatkan?
-------------
flimsy user
hik hik, dah kahwin belum?
------------
hazurahamzah
Aku memang tak tahu, oh!
en Hamka, kalo boleh sy pun nak kawin cepat spy hidup lebih dirahmati...doakan lah ye.
ReplyDeletebosan juga hendak menjawab , soalan "bila lagi?"
assalamualaikumwbt wahai drebar ketemayat..
ReplyDeleteslamat kembali ..
aduhaii..ni le soklan yg selalu bikin aku sedih..
bukan aku tamau kawin..tapi jodoh aku ni byk benar cabarannya..soba yo lahh..ko doakan tuk aku..supaya dipermudahkan urusan jodoh aku ni : )
anyway good post !
A'kum saudara Hamka,
ReplyDeleteKahwin adalah p'soalan yang pasti tidak akan terlepas dr setiap insan(ibubapa pasti bertanye bile tengok anak dah besar mcm makbapak org) tapi bagaimana nak mencari pasagan bahagia. Kadang2 aku trase konfius dgn diri ini...Kenapa??? Maksud aku, sudahkah aku bersedia menepuh dugaan alam perkahwinan, adekah yang sudi menjadi teman sehidup & semati, bagaimana persedian menghadapi bakal keluarga isteri....arghhhh.......kadang2 otak tak dapat berfungsi bile memikirkan perkara remeh-temeh ni..bagaimana kerjaya, simpanan, harta..betulkah aku sudah mampu untuk menaggung segala perbelanjaan kehidupan berkeluarga.Sebagai suami(aku single lg), sudah tentu kita harus menyediakan segala kelengkapan yang selengkapnya. Takkan nak tgk bini & anak merana bile kite tak mampu mendapatkan benda2 keperluan. Tu org kate cermin dr dl sebelum ape2 nak buat...pasal tu kot sampai skrg aku prefer single sblm target kawin aku(insyAllah 28thn).....klu nak keenakan kahwin mmg tak usah diperkatakan mmg nikmatnye tak dapat dirungkai oleh teruna/dara tp disebalik itu persediaan sepenuhnye perlu ade.Bak pepatah berbunyi sediakan payung sebelum hujan....
Hamka, ape pendapat saudara sebagai tuan rumah...yang tetamu plak jgn segan silu nak komen...
yang baik dr Allah s.w.t & yg buruk itu dtgnye dari insan hina ini....
aku ada member sorang....memang nak kawin...duit semua segala mak nenek dah ready...tapi xtau nak kawin ngan sapa...umur dah dekat 30thn...masalah dia, dia takut nak approach pompuan...so nak wat camna hah? Mak bapak dia pun buat taktau saja...dah berapa kali dia suruh mak bapak dia carik...tapi tu dia la...no feedback lgsung dari parent dia.....
ReplyDeleteutk 13may ek..
ReplyDeletekalo ikut hukum munakahat dia mmg dah wajib kahwin dah..WAJIB eh..sbb dia dah ada kemampuan n dah ada keinginan utk bkahwin..masalah yg dia takut nak approach pompuan tu boleh setel sbnrnya..srh dia serahkan hal2 carik2 bini kat mak pak dia..at least dia boleh dpt bini yg memenuhi standard mak pak dia tul tak?
Abis tu kalo tak knl cemna nak kawin?cemna nak dpt kesafahaman lps kawin?ok..
sblm akad nikah kita digalakkan utk btunang kalo ikut adat org melayu..kalo ikut islam pulak kita ada diberi tempoh sblm majlis nikah tu..apa tujuan dia?spy pasangan tu nnt dpt bkenal-kenalan..takder la canggung biler dah kawin nnt..
kalo cam kes dia ni mak pak dia tak buat feedback ni myb sbb mak pak dia tgh mncarik la tu..stil tak jmpa lg..nak carik menantu org kata..takkan nak carik yg cikai2 punya lak..kan?tp kalo dia rasa cam mak pak dia tu buat dek jek kat dia apa kata mmbr2 dia tlg carikkan..ko ke tlg..hehe
p/s:bcakap cam dah kawin tp aku sniri pun bujang lg..
13th May,
ReplyDeletebetul ker.. bleh la perkenalkan dia dgn kawan maniss..Dia pun sdang mncri.. err..kawan awak tu lelaki ke prempuan ..hahaha bru nk tnya..kawan saya ni perempuan.. ;)
hamka,blogmu tmpat mncari jodoh le plak..
Terasa..terasa...cukup terasa....
ReplyDeleteBelum sampai seru kot..!
Hehehe
nurul huda
ReplyDeleteSelamat naik kereta mayat…
Takpe cakap aku engkau, nampak muda sikit sebab sebaya kononnya he he he
---------
zwitterion
Baiklah…sayang!
Err..
"bila lagi?"
----
shahril aley
Salam kembali
Lagu dari aku:
“TIDAK PERLU DITAKUTKAN
MENGHADAPI MASA DEPAN
SEMUA TELAH DI PUTUS
SEBUAH KEHIDUPAN YANG TULUS”
Ps; Ikut rentak suratan atau kebetulan..
Moral: tak payah fikir sangat tentang masa depan.. (akhirat takpe) perkahwinan, kahwin sajer, Allah dah tetap nasib engkau, jadi mayat esok, rugi sebab lengah lengahkan kahwin, tawakkal dengan yakin yang betul…, dalam sejarah hidup, segala masalah dunia adalah di selesaikan oleh Allah, bukan oleh fikir atau perancangan manusia, action kena buat, tapi jgn harap pada makluk!!!!
---------
13may , Along dan Maniss serta Black
SELAMAT BERUSAHA!!!
Ha ha ha.. aku dah bukak kaunter mencari jodoh..he he
PS: Makan nasik minyak, jemputlah keretamayat!!!
encik hamka, aku nak kawen, tapi takde duit. susah la nak kawen zaman skang ni. mas kawen siti je pun da rm22,222.22. mahal gile.
ReplyDeletekan senang hidup zaman dulu.
Aku pun sama nk kawin...
ReplyDeleteerm... xder doa ker minta kawin cepat... ader tak dr hamka...!
sorry tumpang skaki...
Regardos
amanitium
ReplyDeleteHE HE HE, JANGAN CARI ALASAN,... CAKAP SAJER KAU SEORANG YANG MISKIN DAN PERGILAH KAHWIN DENGAN GADIS YANG MISKIN TAPI MULIA...
HE HE HE
----------
Sunan_Jati
AKU RASA DOA KAHWIN CEPAT NI ADALAH BERKADAR TERUS DENGAN DOA MURAH REZEKI, TAK GITU?
ps: doa nak berpoligami pun gitu jugak aku rasa..oh!
IKLAN
ReplyDeleteKEPADA SEMUA MEREKA YANG DAH KOMEN UNTUK POST TERDAHULU TAPI AKU MASIH TAK JAWAB, hari ini ,AKU DAH JAWAB DAH LEBIH KURANG, MAAFKAN AKU KERANA LAMBAT REPLY..oh
EMAIL REMINDER UNDER YAHOO ADA MASALAH, SEKARANG AKU TUKAR KEPADA HOTMAIL, SILALAH UPDATE..
(greng, along, abang, shahril,insan kerdil, dll)
Along & Maniss,
ReplyDeleteAku dah cuba tolong apa yang patut...tapi member aku ni pun cerewet gak orangnya...ish! payah la nak cakap...aku dah cuba buat sesi suaikenal ngan beberapa teman2 wanita aku...tapi usha dari jauh, dia dah tak berkenan...hmmm..payah kan...bila aku kata dia memilih sgt...dia jawab "nak buat bini, mesti la kena pilih"...kelu aku tak terkata apa...apa2 pun, dia seorang kawan aku yang baik:)
oh ya..member aku seorang lelaki yg taraf hensemnya sama ngan aku...huhuhuhuhuhu.....
ps: aku hensem tau!
sapa lg yg nak puji kalau bukan diri aku sendiri:)
13th may,
ReplyDeletehahah..takpe ..takpe..maniss perkenalkan kawan maniss..kalo dia tak berkenan..maniss serahkan kat 13th aje..nak tak..
ala kenalan jer..seterusnya pepandai le nak buat apa..hik3
pakcikHamka..harap ko tak kenakan charge bukak kaunter jodoh kat sini huhuhu
_maniss_
dulu :
ReplyDeletejangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama awek dikebas orang!!
sekarang :
jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama pakwe di kebas orang.. hawhawhaw..
Anyway, asaskah perkahwinan kita dengan niat lillahitaala..
Allah Taala sebagai pelindung.. InsyaAllah bahagia...
Jangan kahwin atas niat mata birunya ka, suaranya ka, rupanya ka, hartanya ka, keretanya ka, pekerjaannya, pakejnya ka, punggungnya ka...
kelak kita juga yang sengsara.. hawhawhaw...
greng signing off..
mayat tak perlu lesen la brader...
ReplyDeletepolis tkt nak tahan...
aku dalam panjang koo tulis tuu satu aja nak kata....betoi kaa ko sedang menantikan kelahiran anak yg ke-? sebab isteri ko dah 9 bln kan....jadi tak lama lagi akan bertambah laa sorg lagi Ahli keluarga koo..fuhh meriah dunia dgn kedatnagn mereka disamping memperolehi bimbingan dari seorg bapa yg rock dlm agama...(gelaran baru membar2 aku kat koo)....heh heh heh
ReplyDelete...jika koo sedang menanti kelahiran anak ko aku pon jugak sdg menanti sesuatu dalam bulan 11 nanti....tungguuuu......
kepada sapa2 yg baru nak kawin aku nasihatkan pilihlah pasangan anda...
ReplyDeleteyg pompuan pilih la yg hensem sbb nanti bila dah kawin tak yah la tgk jantan lain
begitu jgk ngan laki2, nanti tak yah tgk pompuan lain.
Terima kasihla bro hamka pasal nasihat tu... heheheh!
ReplyDeletetakper nanti aku amalkan... thanks... aku mendoakan semua org yang layan blog keranda mayat nie murah rezeki dan cepat kawin... heheheh! cepat jadi mayat.. (ciplak ayat skit)
tima kasih!
13may
ReplyDeleteAku pun hensem gak.. gigi jo dan rambut botak serta perut bungcit, macho apa!
------------
_maniss_
Dah berjaya kahwin baru aku mintak duit, itupun nak beli hadiah korang jugak!
--------
greng
kalau dah tak tahan nafsu, kahwin sajer dengan niat nak jaga amal, insyaAllah , Allah bersama2.
----------------
TarakNama
He he, aku ustaz rock?
Salah, aku rock kapak sebenarnya dan bulan depan aku akan dpt anak no. 3, insyaAllah..
Eh, kau kahwin ke bulan 11?
---------
HazuraHamzah
Betul tu, pilihlah yang cantik, sebab bila bangun tidor, wajah pasangan koranglah yang akn kita pandang dulu, sebab biasanya org yang bagun tidur selalu berwajah buruk, aptah lagi dalam keadaan berhadas besar!
Jadi kalau muka dah buruk waktu pagi, terus hilang mood… sepanjang hari, rambut mengerbang macam singa betina,, yang elok nak bangun terus tidur balik, kan dah lambat pergi kerja…he he he
Moral: yang perempuan, bangun awal dan bersolek lepas tu, baru kejut suami solat subuh kat masjid..
-------------
Sunan_Jati
Sama.sama, semoga rezeki berkat!
PENGUMUMAN,
ReplyDeleteAKU MINTAK MAAF KEPADA MEREKA MEREKA YANG AJAK AKU JOINT SECARA MAYA AKAN PERKARA SEPERTI FRENSTE /MULTYPLY /CIRCLE FREIND /GROUP FORWARD/ REGISTER FORUM/ FREND FOREVER/ TRANUNG KITA /UKHWAH FILLAH/ ETC ETC ,dll
AKU MENOLAK SECARA BAIK...
MAAFKAN AKU.
Muhammad Hamka.
PS: aku juga tidak letak link dengan mana mana blogger supaya pembaca baru tidak segan untuk datang kerana aku nampak macam seorang individu,(kononnya) bukan wakil satu kempulan atau pertubuhan atau parti, dan aku masih pergi kepada blog kawan kawan2 melalui free counter, go stat.com,
aku tahu korang yang ada blog ikhlas bertandang kerana walaupun korang link dengan aku, dan aku tak link dengan sape-sapepun, korang still datang menegur dan mengasihi aku... dengan ikhlas
terima kasih buat sahabat!
semetara aku masih tak jadi mayat.
Saudara Hamka, minat betul saudara dengan tajuk-tajuk kahwin ni, ye...
ReplyDeletecerita saudara ni macamlah kahwin ni seronok jer... takde masalah! Memanglah seronok yang termata seronoknya kahwin ni, tapi kalau tidak mengikut cara Rasullullah perkahwinan boleh jadi sebaliknya. Tapi apa pun,orang yang tak kahwin hanya dikira ganjaran separuh sahaja pahala dari amalnya sedangkan yang dah kahwin mendapat ganjaran pahala penuh, betulkan? Itulah antara sebabnya kita kena kahwin, jangan membujang lama-lama. Bertambah pahala setiap amalan kita...
13th may :
ReplyDeletemcm mana nak contact saudara ?
emel ker..phone no ker.. ?
yess ..im serious..kesian betul kawan maniss ni..
hahaha..pakcik Hamka ,thanks for your support !
kalo dpt anak pompuan letak nama yg manis-manis ye...
_maniss_ : )
SALAM,ISHK,
ReplyDeletemembe bkn xnk kwin lg tp membe cm kureng yakin sket lh...tnok situasi skrg jd scary plak...lg2 laki2 skrg mcm xpuas enjoy jek sumer pdhl laki lh org yg kena pikul byk taggungjwp...
kwn membe pnah bgth,nk kawin ni bkn takat jumpa je tarik trus ajak nikah...
kna piih gak kn...tp ntahlh... slalu gak doa cpat jodoh sbb takut xdpt cukupkn iman (iman yg sparuh tu pn x pnuh sparuh....)
Doa sahabat kepada sahabat mudah dikabulkan lagi2 bler tidak diketahui oleh sahabatnya itu...
penah terbace satu artikel pasal kelebihan surah yassin..
ReplyDeletekatenye kepade sesape yg masih bujang/single/mencari, amalkan bace ayat ke-36 sebelum kluar umah setiap hari.. insya-Allah..
ps: aku pun amalkan jugek kekadang hihi
Saudara Hamka,
ReplyDeleteAnda memang hebat dalam mengutarakan idea-idea yang bernas antara Islam dan kehidupan muslimin.....Lagi2 bab kahwin,memang menjadi tajuk kegemaran manusia...hahaha termasuk aku...macamana kita nak tau yg sudah tibanya saat kita memulakan alam rumahtangga
for 13May & manis - aku jugak boleh membantu korg mencari jodoh untuk kwn2 korg.so jgn segan silu jika memerlukan pertolongan.....
mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh??? Any comment???
ReplyDeletehahahaha...dulu member aku (skrg dah kawin)ajak aku pi perlis nuu...mandi bunga....hahahahaha....wangi satu badan....tapi aku tak ikut pun pi..aku ada hal...dia pi ngan member lain....
Cik Maniss...
Saya amat berterima kasih atas kesungguhan Cik Maniss...tapi sayugia dinyatakan...saya terpaksa uar uar kan dulu tentang perkara ni kepada kawan saya tuh...kalau dia bagi Green Light...so we just go ahead:)....
hmmm...kita pun dah ada saudara Shahril yg berbesar hati menolong kawan2 kita tuh....
salam..
ReplyDeletehuhu..ader satu hadith besh..
sesiape yg beriman dgn Allah dan Hari akhirat,make jgnlah die menyakiti jirannye dan hndaklah die mnjaga wanita dgn sebaek2nye krn mereka diciptakn dr tulang rusuk.sesungguhnye tulang rusuk yg plg bengkok ialah yg plg atas, jika kamu cube btulkannye, kamu akan patahknnye, jika kamu terus biarkn ia begitu, ia akan terus bengkok..oleh itu terimelah pesanan mnjaga wanita dgn sebaek2nye..~[sahih al-bukhary:4890:kitab nikah, berlembut dgn wanita]
~hadith ni bukan nk kate wanita tercipte dr tulang rusuk lelaki, tp nk kate sifat wanita tu spt tulang rusuk~pemahaman hadith:rasullah saw pesan, hati2lah dlm jage perasaan wanita..
p/s: huhu~ak mude lagi..;p
13th may,
ReplyDeleteloh..ingatkan dh uar2...
sharil,along..bleh la beremel2 ye...
dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu. dejavu.
ReplyDeletemanis ape2 ko boleh e-mail aku yap...please jenguk2 la to my blog for e-mail address
ReplyDeletehamka, aku masih mengurat.
ReplyDeletenak bere-mail2?takder hal..huahua..mintak kat shahril email aku(cam dia dpt)..huahua..tgh tggu brader hamka punyer post seterusnya..aku blank tak tau nak tulis apa ni...
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteterharu...my last comment ade kat entry ni...ehe...
saudara Hamka...betul k klu nak jumpa ALLAH nanti lebih afdal kita berada dlm status berkahwin...
still keep thinking
"kenapa masih bujang"...huhu
ahli kubur wannabe...
takbir!!!
hanisumayyah
ReplyDeleteTakdelah minat, dah kahwin pun. Memang betul cakap saudari, Memanglah seronok yang teramat seronoknya kahwin ni, tapi kalau tidak mengikut cara Rasullullah perkahwinan boleh jadi sebaliknya.
Dan,orang yang tak kahwin hanya dikira ganjaran separuh sahaja pahala dari amalnya orang yang dah kahwin..
So kahwinlah!, bagi wanita, takpe bermadupun…
Dalm hadith bagitahu ada 10 golongan duduk bawah arash, semua lelaki, perempuan mana?
Hmmm, perempuan adalah isteri kepada 10 golongan lelaki tu, bermakna lelaki tu still duduk bawah arash tapi perempuan dah masuk shurga untuk di solek bagi menunggu suami tercinta,
Bayankanlah kalau sorang lelaki kat bawah arash tu ada 4 bini, ke empat-4 bininya masuk shurga..oh alangkah indahnya poligami bagi wanita jika dapt lelaki yang duduk bawah arash..
He he he, tau takpe!
-------------------
13th may /manis/ Anonymous/ lini/ shahril aley / Book/ adadia/ abang
Aku tak nak jawab komen, aku nak ketawa sahaja
HA HA HA!
Ps: Kakashi sensei dan ahli kubur wanabe
Eh, sahabat lama, ingatkan dah jadi mayat muda..
(senyum)
Salam..
Salam Bro Hamka,
ReplyDeleteAlhamdulillah, baru nk tanya, dh terjawab. Allah Maha Mengetahui. Ada baca dlm buku kehidupan di Alam Akhirat mengenai golongan2 yg dijanjikan syurga (dlm tu ckp 7 jer) mmg semua lelaki, cth: lelaki hatinya yg tergantung di masjid semasa pergi, balik dan kembali ke masjid. and then lenlain, semua lelaki lelaki, lelaki, Perempuan kat mana????
Bro Hamka kata dan saya Qoute:
"perempuan adalah isteri kepada 10 golongan lelaki tu, bermakna lelaki tu still duduk bawah arash tapi perempuan dah masuk shurga untuk di solek bagi menunggu suami tercinta"
Allahmdulillah, moga2 bakal suami saya tergolong dlm golong itu.. AMIN
Dan nak tanya pendapat tuan rumah dan tetamu2nya, bagaimana keadaannya muslimin yg suka menggunakan rushah (kelonggaran) utk solat? Cth: solat utk perjalanan yg jauh (2marhalah) mmg boleh jamak, dan Qasar tapi ada syaratnyer kan?? dan lagi satu, cth: nk g shopping brg keperluan rumah, mcm mana nk jemaah yg muslimin dan solat awal waktu utk muslimah. Bg saya, nk seribu daya tak nak seribu dalih, sbb mmg SEMUA shopping complex ada surau, cuma nk pergi awal ke tak jer.
Leh comment sket??
makasih :>
DAH LEBIH 2 MARHALAH, JAMAK SAHAJA, TAKPE TINGGAL SOLAT JEMAAH PUN, SEBAB LEBIH AFDAL, MALAHAN INI ADALAH HADIAH DARI ALLAH UNTUK ORANG SAFAR, TAK AMBIK HADIAH SOMBONG, TAK AMAL ILMU JAMAK LAMA2 TAKUT JADI SALAH, MAKA JAMAK SAHAJA...
ReplyDeleteKALAU SALAH TEGURLAH AKU.
hehe..brader hamka..tak salah tu..tp kat malaysia ni payah kalo nak buat jamak dah..knp?sbb org malaysia travel guna keta dah..2 marhalah tu baper jam jek dah sampai..lgpun kalo dah sampai waktu solat kan tiap2 perhentian higway ada surau..no excuse ek..tak smpai 2 marhalah pun jarak antara perhentian tu..kalo sampai pun korg jek buat2 tak nampak..except la kalo korg travel naik bas cam aku travel dari perak p johor..smpai 6 jam non-stop..at least ada can nak praktik jamak..kalo korg travel guna plane lak cemna?
ReplyDeletebukan ada mussola pun dlm plane..
takpe..kita kan ada blajo cara2 smayang dalam kenderaan..sememangnya islam itu agama yg mudah lagi seni..
solat jamak lagi afdal untuk org yang musaffir, walaupun naik kereta, cuma hati2 jgn sampai fitnah..
ReplyDeleteharap maklum
Salam Bro Hamka dan Along,
ReplyDeleteMakasih kerana memberi comment. Amat membantu. Dan satu soklan utk bro Hamka, fitnah yg mcm mana yg bro maksudkan tuh? Mungkin bro leh satu Entry pasal kelonggaran dlm solah. Aci aak? Kalo diizinkan Allah, leh la kami semua membaca dn berdiskuss agar kita semua berada dlm jln yg btul.
Yg comment2 tu utk >2 marhalah. Kalo kurang? cth: mcm pegi membeli belah di shopping complex, bersiar2 dgn keluarga dlm likungan <2 Marhalah. bagaimana pulak dgn tanggujawab kita utk berjemaah dn solat awal waktu?
Still bagi pendapat saya, nk seribu daya, tak nak seribu dalih. Malaysia mmg bnyk tmpt utk solat. sampai agak kosong bila azan berkumandang. Kan lebih afdal walaupun berjalan bersiar2 dgn keluarga bila nk masuk waktu tu, satu family singgah masjid solat dulu baru sambung jalan2.
Apa pendapat tuan rumah dan tetamu?
Saya amat2 baru belajar. Bnyk sgt yg saya tak tahu, So bnyk sgt soklan dlm kepala otak sya nih. Especially pasal solat. Tolong la guide saya. Saya ada jugak mencari, tp carian saya tu masih lagi belum mencukupi.
Wassalam
fitnah maksudnya, jika kita dah solat jamak, bila sampai satu tempat dan ada org yg kenal kita, takut dia bilang kita belum solat, itulah elakkan fitnah..
ReplyDeletesolat wajib berjemaah untuk lelaki
dan wajib untuk perempuan solat awal waktu...
nak pergi mana2 pun, memang kena solat jemaah bagi lelaki dan solat awal waktu bagi perempuan..
semoga aku dapat amalkan...
insyaAllah
Salam Bro Hamka,
ReplyDeleteTerima Kasih bro. Moga2 Allah sentiasa memberi rahmant kepadamu dan sekalian saudara.
AMINNNN moga2 kita semua dpt amalkan.
tak lah aku mana ada nak kawin nya....bulan 11 kan lepas raya....
ReplyDeleteiabdulr
ReplyDeleteamin..
----------
taraknama
oic...
Isk.. entry utk org dh kawin jerk.. xleh baca.. ish ish.. baca separuh, pastu dh takleh baca.. takut masaalah hati.. huhu...
ReplyDeletenway.. insyaAllah, lps kawin kite baca samp habis.. =p (which is bile ntah)
ps: nk kawin, tp prob dgn parents sblh llk.. org zaman skrg, majority nk anak2 habis study dulu, keje dulu, stable dulu, kumpul2 harta yg tak dpt bawa msk kubur dulu.. isk isk.. umat islam menderita asyik pk psl harta..
hmmm.
ReplyDeletemasalahnya adalah mak bapak tak yakin dengan engkau atau engkau yang tak yakin dgn diri sendiri..he he he
so aku rasa, ni masalah ank remaja zaman sekarng jugak, kan, kn?
atau masalh kau gagal yakinkan mak bapak engkau yang kau sebenarnya dah ready..
he he
aku cadangkan kau buat iklan ni kat post terbaru...
ReplyDeletehuhu... mungkin jugak.. but parents dia laa.. parents kite ok jerk..
ReplyDeleteps: yea yea... akhir tahun balik malaysia =) [post comment yang random]
yat kecik: kite dah tak guna short form =)
bro hamka: eh, lupa nak jawab soalan.. ha'ah.. memang masalah anak2 remaja sekarang. kawan2 kite pun, ada yang minta permission nak kawin, tapi mostly parents tak yakin nak kasi kawin. dia dah kuarkan semua hadis2 nabi yang ada, pasal perempuan kena cepatkan kawin bila dah sampai jodoh, n etc.. tapi still tak dapat permission.. kan ke sedih tuh.
ReplyDeletebiasanya excuse yang di bagi ialah, tunggu habis study, then tak kerja n stable lagi, macam mana nak tanggung family (duit scholar banyak..huhu), macam2 lagi laa.. tak pun, awal sangat laa nak kasi kawin ( kiteorg dah 22- 23 tau, awal sangat eh? )
aku pun tak tahu nak cakap ape.., nak jodohkan anak aku dengan engkau pun, anak aku kecik lagi..oh
ReplyDeletekirim salam kat mak bapak..
Sdr Hamka,
ReplyDeleteAkak ni dah berkulat dah mulut mintak kat Tuhan supaya dapat jodoh. Sejak umur akak 17 tahun sampailah sekarang (umur akak dah 37 tahun) hari2 akak berdoa secara khusus & intensif supaya dapat jodoh yang baik... tapi HAMPEH.... mcm2 jenis mandi bunga dah akak cuba, mcm2 teknik mengorat yang halal dah akak buat... tapi HAMPEH..... takkanlah akak jadi second class citizen kot pada kacamata Tuhan...bukan saja2 tak nak kawin tapi memang dah TAKDIR!!! Siksa tau membujang ni... mcm2 dihina orang walaupun berpelajaran tinggi, nilai diri KAPUT -- zero value man!!! Dahlah hidup kesunyian, kena tindas masyarakat lagi... kalau-kalau diikut hati nak aje jadi lesbian.
Sorry, akak nak sambung sikit lagi. Akak rasa mungkin kalau akak jadi lesbian, Tuhan kesian kat akak & bagi jodoh kat akak. Amacam... akak dah desperate sgt ni!!! Nak berteman!!!
ReplyDeleteKalau sapa2 nak reply komen akak ni, address aje akak dengan Akak-S yang bermaksud akak sewel (akak yang dah nak sewel dek membujang terlalu lama).
Akak, aku sedang tulis satu entry pasal akak ni, insyaAllah, esok aku post...
ReplyDeleteNice site!
ReplyDelete[url=http://zepnkoyl.com/ogzb/jcst.html]My homepage[/url] | [url=http://qtnduacs.com/hbtm/apyp.html]Cool site[/url]
Thank you!
ReplyDeletehttp://zepnkoyl.com/ogzb/jcst.html | http://wiknrkya.com/gxtr/eocg.html
Assalamualaikum. Saya sudah membaca beberapa posting anda. Tahniah atas usaha da'wah yg anda lakukan.
ReplyDeleteAdakah isteri saudara tahu tentang kewujudan blog saudara? Jikalau isteri saudara membaca blog saudara adakah saudara membenarkannnya lebih-lebih lagi posting saudara yg menyentuh tentang seks, di mana kerap kali saya terjumpa dalam posting saudara?
Bagaimana pula dengan ayah dan ibu mertua saudara? Adakah mereka tahu kewujudan blog saudara dan membacanya?
Adakah saudara berani untuk meletakkan gambar saudara dan isteri dan meletakkan nama sebenar saudara dalam blog ini dan masih menulis posting yang berbaur seks melampau dan melibatkan isteri saudara.
Saudara jgn begitu. Allah apabila menyentuh ttg hubungan suami isteri, sangat halus bahasanya, Allah malu untuk menggunakan perkataan yang terlalu kasar. Allah menyebut:
Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah:223).
Lihatlah halus bahasa Allah.
Rasulullah bersabda:
Dari Abu Said al-Khudri Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Orang yang paling jelek derjatnya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang bersetubuh dengan isterinya, kemudian ia membuka rahsianya."
(Riwayat Muslim).
Lihatlah Rasulullah menyuruh agar kita menghormati isteri kita. Tetapi sebahagian lelaki sekarang menceritakan hal-hal kamar tidur di luar.
aku dah lupa, tolong cerita balik apa yang dah aku cerita, aku nak tengok betapa detailnya..
ReplyDelete????
ReplyDeletebukan semua orang suka nga cara bro..
so pedulikan orang...jnji kita buat ikhlas n aku pn tertarik nk baca.
heheheheh
: )
ReplyDeletekenapa aku masih bujang?
ReplyDeletesebab aku nak enjoy dulu?
salah. sebab jodoh belum sampai. ikut hati nak je kawen esok. (gatai) ahahaha
err...
ReplyDeleteAku impikan suami seperti ayahku.tak tinggal solat subuh bjemaah kat masjd.(kdg2 mcm hamka gak) kalo laen2 waktu solat lg la amat amat amat susah nak miss solat bjemaah.ada skali ayh aku smpai jd migrain sbb cari surau/msjd xjmp2(ni tyme raye.pas ziarah sedare) dtmbh pula ayahku hampi masbuk.lg hangin dia.tp ble da jmp surau da setel solat,masuk2 kete ayh aku da xmigrain siap nyanyi lagu raya.ayah aku.. Ayah aku.. Migrain sbb hampr masbuk.
ReplyDeleteSo aku mencari2 dan menanti2 lelaki seperti ayahku. TAK TINGGAL SOLAT 5 WAKTU SERTA BERJEMAAH DMASJD..
Dan alhamdulillah, setelah menanti dgn penuh tawajuh, Allah telah kabulkan doaku.. Aku jumpa org mcm ciri2 pd ayh aku. Best giler!eh salah. Syukur alhamdulillah. Ni Baru boleh bimbing aku yang masih tekapai2 ke jalan dredhoi Allah..
Ahlia2 semua, doakn aku.aku nak khuruj masturat IPB 40H dec 2011. M0ga aku dan suami dipilih Allah.. Kamu juga InsyaAllah. Doa karo!
Ahlia din
aku cemburu dengan kau, doa aku agar aku dan isteru jiga dapat mengembara di india kerana Allah
ReplyDelete: )
ps: "dan berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah, dan perhatikanlah akibat bagi mereka yang mendustakan ugama"
salam..rasa terpanggil utk komen di sini.Berusia 23 thn,seorang perempuan,sudah mempunyai pilihan hati.Tetapi apa yg buat diri ini terkilan,family masih tak bagi nak kawin awal.Sedih kerana niat di hati nak menyelamatkan keadaan(supaya tak jadi apa2 perkara tak diingini),malangnya diorang tak pandang pun semua,apa yg diorg tahu,hanya "tunggu dulu,nanti2 la",dan macam2 lagi alasan yg sengaja diputarbelitkan.Sudah puas menjelaskan,tapi tetap tak lepas2.Kecewa bila isu nikah dipertikai,tapi hubungan sebelum nikah,takde sape pulak nak pertikai???Apa pendapat HAMKA?
ReplyDeletedah tulis dalam entry:
ReplyDelete"kahwin awal, salah ke?"
[b]It's Time For Revenge...
ReplyDelete[url=http://ihateanne.com][img]http://ihateanne.com/images/anne.jpg[/img][/url]
[url=http://ihateanne.com]www.IHateAnne.com[/url][/b]
salam semue saye ni masih muda saye blajar jugak pasal kawin waktu sekolah dulu tp saye nk taye perkahwinan itu ape tujuan sebenarnye secara realiti dlm masyarakat kite sbb sekeliling saye saye tgk org kawin selalu byk masalah , pahtu ade yg cerai lah ..... ape hikmah perkahwinan yg sebenarnye selain dr menyalurkan nafsu ke arah sesuatu yg halal ..... dan adakah hidup ni bile sapa tahap umur 20 ke atas , mmg kahwin isu utamanye ?
ReplyDeletejawapan:
ReplyDeletegoogle: children of men.
ske topic ni..ak pn nk kawen awl, Alhamdulillah dah ade yg melamar ak, tp mcm2 ujian terpkse kami tggug plak bile mle2 parents ak xstuju, pujuk2 dah ok, rupenye si lelaki yg melamar ak ni, parents die still xbpe stuju jgk, smpai dtg umah mintk tgghkn jgn bg kami kawen mse blaja..pas2, si lelaki ni usaha2 lg nk dptkan restu parents die, cm dh ade green light ckit ayah die bg wlpn mak die still xbpe stuju..n parents ak plak dah cm berat ati nk bg ak kawen awl lps parents die jumpe..Ya Allah, mcm2 dugaan nk kawen awl ni..smpai skang still dlm proses lg, doakn kami ye hamka..bg lembut hati parents kami ni..
ReplyDeleteseorang lelaki telah menyatakan hasrat ingin berkenalan dengan saya melalui satu panggilan telefon, saya tidak mengenalinya tp mungkin dia mengenali saya, saya agak terkejut apbila diapproach begitu, dan terus menolak tanpa bertanya apa2 mengenai dirinya..demi menjaga ikhtilat. terasa kejam juga dgn tindak tu dan mgkin dia kecewa dgn tindakan saya dan dia tidak lagi menghubungi saya. Kata orang ia akan menyebabkan kita sukar utk bertemu jodoh lagi slps itu..benarkah begitu.
ReplyDeletetidak benar
ReplyDelete"Kenapa masih bujang?"..sebb belom kawen la.huhu...jujurnya saya tidak pernah bercinta..(kawan biasa2 ada la jugak)..im a normal person...saya bukan tidak "suka" lelaki..cuma takut untuk berkawan dengan lelaki ..sya cuba untuk bercinta selepas akad nikah..boleh kah saya?mampukah saya??hah...aku manusia yang masih mencari..masih mencuba untuk mengerti....
ReplyDeleteTuan Hamka,bila lg nak post entry yg menyentuh hal ehwal rumah tangga?saya suka entry Tuan mengenai rumah tangga.Ia menunjukkan kematangan seorang penulis seperti Tuan.Walaupun ada sesetengah komentar tidak menyukainya,just abaikan.Kerana setiap apa yg Tuan bentangkan tersirat seribu pengajaran.
ReplyDeleteaku mintak maaf, tak sempat nak tulis sebarang entry baru, cuba refresh minggu depan, kot kot aku free, sebab sebagai manusia biasa, ada waktu lapang, ada waktu sempit.
ReplyDeleteterima kasih sudi membaca dan hadam,
like!
Assalamualaikum En. Hamka..
ReplyDeleteSaya baru putus tunang je en.hamka. Saya nak mendirikan rumahntangga tapi tak kesampaian sebab kantoi bekas tunang saya bersekedudukan dengan perempuan lain. Dia kaki perempuan, kaki minum dan banyak lagi la en.hamka. Saya tak boleh nak kawin dengan lelaki seperti itu.. Nanti saya juga yang merana..
Tapi, Saya rasa kesian dekat dia.. Semoga dia sempat bertaubat sebelum naik kereta mayat..
Nak minta tolong En.hamka doakan saya, semoga saya mendapat suami yang baik dan semoga bekas tunang saya tidak sombong untuk mohon pengampunan dari Allah swt.. Amin.
> hairah <
bantulah doaku dengan memperbanyakkan sujud
ReplyDeleteterharu dgn citer ahlia din
ReplyDeleteya Allah, aku tak ingin sendiri lagi..