(menjawab persoalan tentang: Apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta…)
Sesuai untuk golongan kapir, tidak bertuhan, murtad, bakal mualaf, dan semua ummat islam yang baca blog aku..
Bermulalah cerita…
Seorang saintis agung (kononnya) yang tahu segala galanya tentang dunia ini, tentang cakrawala, tentang sains, formula, fizik, kemia, lukimea dan segala-galanya…
Di bawa mengadap aku secara ‘maya’, dan di tanya aku…
Tentang alam…
“apakah fungsi matahari kepada manusia?”
“apakah fungsi bulan kepada manusia?”
“apakah fungsi bima sakti kepada manusia?”
Maka si ahli sains yang bukan islam dan tidak bertuhan ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya adalah sangat logic dan begitu mengimbangi akal manusia..
Tanya aku lagi,
Tentang tumbuh-tumbuhan…
“apakah fungsi bunga matahari kepada manusia?”
“apakah fungsi tongkat ali kepada manusia?”
“apakah fungsi kacip fatimah kepada manusia?”
Lalu si ahli sains yang kapir ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapannya amat tepat dan begitu mengimbangi akal manusia serta di susuli dengan bukti nyata..
Tanya aku lagi,
Tentang binatang…
“apakah fungsi lalat kepada manusia?”
“apakah fungsi anjing kepada manusia?”
“apakah fungsi babi kepada manusia?”
Lantas, si ahli sains yang tidak percaya kewujudan tuhan ini akan menjawab dengan penuh berilmiah, malahan turut membawa anjing peliharaannya dalam presentation.,
OK, aku tahu kau prefeser serba tahu, sekarang aku nak tanya..
“apakah fungsi manusia hidup di dunia ini?”
Dan… si ahli sains yang percaya kewujudan alam dan manusia adalah secara semulajadi tidak dapat menjawab dengan penuh berilmiah, dan segala jawapanya serta teorinya adalah sangat bodoh dan begitu kureeeeng sekali.. He he he ( aku perasan pandai)
Baiklah, jika engkau wahai ahli sains tak tahu fungsi manusia, biar aku tanya apa pulak fungsi organ manusia..
“apakah fungsi tahi lalat kepada manusia?”
“apakah fungsi madula obloggata kepada manusia?”
“apakah fungsi air tulang belakang kepada manusia?”
Ok, aku tahu engkau akan dapat jawab punya, sekarang aku nak tanya fungsi kaki, engkau tahu wahai ah-li sains akan fungsi kaki, kuku dan kiki?, memang kau tahu bukan?, tapi yang kau tak tahu adalah fungsi manusia bukan? Huh! Kesian kat engkau…(aku sendiripun kasihan gak..)
Baiklah, aku tanya last ni, apa fungsi kasut?
Maka si ahli sains fikir itu soalan bodoh…oh!
Tapi dia tetap jawab kerana beliau adalah seorang yang professional..
Walaubagaimanapun…
Nampak sangat akan kehinaan seorang manusia dan kemulian sepasang kasut kerana semua ahli sains tahu fungsi kasut, tapi tak tahu fungsi manusia..oh kasihan..
Nota: sebenarnya ada jugak soalan yang ahli sains ‘maya’ ini tak dapat jawab, tapi arwah nenek aku dapat jawab. Seperti:
“Gunung apakah yang bercabang tiga?”
“Buah apakah yang masak di atas peti dan hanya sebijik yang masak?”
“Buah apakah yang berada di luar pagar?”
“Buah apakah yang berada dalam perahu?”
(he he he)
Baiklah, sekarang aku yang bukan ah-li sains, ah-li nujum, ah-li café, atau ah-li sihir akan menjawab soalan…
APAKAH FUNGSI MANUSIA!
Perhatian kepada korang semua sebelum korang teruskan membaca:
"Aku bukan ustaz, segala kesulitan amat di kesali."
Ok, sambung balik, akan apakah fungsi manusia hidup atau apakah tujuan manusia hidup, atau apakah maksud manusia di cipta…
Fungsi manusia hidup bukan hanya beranak, berak, makan, minum, kencing, merangkak, berjalan, berlari, bercakap, buat lawak, belajar, lulus peksa, masuk U, dapt kerja, jadi bos, kahwin, bersetubuh, inzal, beli kereta, rumah, baju, seluar bla bla bla dan jadi mayat!!!
BUKAN!!!!
Sebenarnya Allah jadikan seluruh alam ini, baik di angkasa mahupun di bumi, di darat atau di lautan mahupun alam ghaib adalah untuk BERKHIDMAT pada manusia…
Tentang alam…jika korang perhatikan…
Allah tidak ciptakan langit untuk matahari..
Dan Allah tidak ciptakan matahari untuk langit..
Tapi Allah ciptakan langit untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan matahari juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Tentang tumbuh-tumbuhan…
Allah tidak ciptakan pokok untuk berbuah..
Dan Allah tidak ciptakan buah untuk pokok…
Tapi Allah ciptakan pokok untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan buah-buahan juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Tentang binatang dan unsur…
Allah tidak ciptakan air untuk ikan hidup..
Dan Allah tidak ciptakan ikan untuk beranang dalam air…
Tapi Allah ciptakan air untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan ikan juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Tentang organ manusia..
Allah tidak ciptakan kepala untuk letak otak
Dan Allah tidak ciptakan otak untuk penuhkan kepala
Tapi Allah ciptakan kepala untuk berkhidmat pada manusia
Dan Allah ciptakan otak juga untuk berkhidmat pada manusia!!!
Akai ada ka?
Otak letak kat kepala lutut ke?
(tak payah jawab)
Bukan itu sahaja,
Malahan semua Nabi di utus untuk MANUSIA!
Malahan Neraka di cipta untuk azab MANUSIA!
Malahan Shurga di cipta untuk beri nikmat pada MANUSIA!
Malahan Semua Malaikat di cipta untuk berkhidmat pada MANUSIA!
Ada malaikat yang cabut nyawa MANUSIA..
Ada malaikat yang jaga rezeki MANUSIA..
Ada malaikat yang catat amal MANUSIA..
Ada malaikat yang azab MANUSIA..
Ada malaikat yang berdoa untuk MANUSIA..
Malahan setan juga di cipta untuk uji iman MANUSIA!
MANUSIA! MANUSIA! MANUSIA!
Jadi, apabila seluruh tujuh petala langit dan bumi berkhidmat pada manusia… Apakah pula tujuan manusia hidup?
Tahi lalat di cipta untuk memudahkan cam identity korang bila jadi mayat kelak, dan lalat sendiri di cipta untuk memberitahu kepada polis atau ahli forensic tentang umur mayat, sebab lalat untuk mayat 3 hari berbeza dengan lalat untuk mayat seminggu.. argh, jadi mayat nanti baru tahu agaknya..tak percaya, 'tanya sama itu lat-lat '
(lagu terbaru aku edit dari 'Tanya sama itu hud hud')
Sambung balik, Adakah hidup korang hanya cari pasangan, kahwin, bersetubuh, beranak dan sebelum jadi mayat bercita cita nak tengok cucu kahwin? Itu sahaja?
Adakah hidup korang hanya cari duit, beli kereta, langsaikan hutang kereta, renovate kereta? Itu sahaja?
Adakah hidup korang hanya buat loan beli rumah, lansaikan hutang rumah, dah habis bayar, beberapa tahun kemudian jadi mayat.. Itu sahaja?
Alangkah pergi mamposnya diri aku sendiri kerana lupa akan tujuan hidup di dunia ini …oh
Sebenarnya, apabila tujuh petala langit dan bumi berkhidmat hatta malaikat dan setanpun berkhidmat pada manusia… maka tujuan manusia di cipta hanya untuk berkhidmat pada ALLAH… atau dalam bahasa yang biasa korang dengar, beribadat kepada Allah…
Nampak simple, tapi aku akan ‘pecah kecilkan’ akn perkara ‘khidmat’ ini kepada tiga bahagian (suka hati aku sahaja..), bukan khidmat Negara, nusa, bangsa bla bla bla…
Fungi sebenar manusia...
1.KHIDMAT KEPADA ALLAH.
(ibadat)
Tugas pertama untuk setiap manusia di dunia ini adalah ‘mencari’ Tuhan dengan menggunakan akal dan fikiran yang telah di berikan oleh Allah kepada setiap manusia yang mana ‘klu’ atau petunjuk kewujudan Allah ada pada setiap ciptaanNya bagi mereka yang mahu berfikir…
Dan Allah telah cipta hati yang mana jika manusia benarkan kehadiran Allah, maka Allah yang Maha Besar akan ‘bertandang’ ke dalam hati manusia lalu di angkat ke darjat kekasihNYA!
Dan, Allah tidak perlu tunjuk ‘rupa’ Dia, atau ‘Zat’Nya untuk buktikan kewujudannya, kerana akal dan hati mampu menerima kehadiran dan kewujudan Allah…
Sekiranya korang ternampak seorang budak yang mati kelaparan lalu datang burung ereng pemakan mayat lalu meratah tubuh budak itu, dan korang bertanya, di manakah Tuhan?
Maka jawapannya, Allah tak perlu selamatkan budak itu dan bagi makanan atau pupuskan burung ereng untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!
Allah tidak perlu bertindak mengikut prasangka manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewudanNYA…
Para Nabi kerap di cabar oleh musuh, mereka buat syarat supaya Allah tunjukkan DIRI terlebih dahulu, barulah mereka akan ikut nabi-nabi.. namun Allah tidak perlu peduli dengan syarat syarat ciptaan manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!
Hari ini, berjuta manusia yakin 100 % akan kewujudan Allah tanpa melihat Allah.. inilah IMAN.. dan inilah kehebatan Allah mencipta hati dan akal yang mampu merasai kewujudan Allah tanpa perlu melihat Allah!!
Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..) yang buat syarat dengan Allah..oh
“kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah”
“kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid”
“kalau Allah jodohkan aku dengan bini yang solehah, aku akan jadi lelaki beriman”
“kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji”
“kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku akan
memakmurkan masjid”
“kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam”
Oh.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di ‘ugut’ oleh korang… sebaliknya korang yang selalu di ‘ugut’ oleh Allah, Cuma korang( termasuk aku)jer yang tak perasan..oh..nauzubillah…
Jadi kepada member member aku yang masih belum dapat ‘mencari’ Tuhan(macamlah aku pernah ‘jumpa’..oh)
Aku nasihatkan, malam ini jam 3 pagi atau 4 pagi lebih kurang, bangun dari tidur, basuh muka, tangan dan kaki, lepas tu berdiri dan tutup mata, bayangkan diri berada di padang pasir yang luas, lalu mengjerit sekuat kuat hati di dalam hati, secara khayalan.. jerit.:
“Tuhan ! di manakah engkau?”
“Tuhan ! di manakah engkau?”
“Tuhan ! di manakah engkau?”
Kemudian korang tutup telinga, dan berhenti menjerit..sambil mata masih terpejam…
Maka korang akan dapat dengar bunyi api yang sedang membakar dan meratah kayu api hangus… bunyi dahan patah dan batu gugur…
Maka insyaAllah, satu suara secara khayalan juga akan memberitahu ke dalam hatimu.. bahawa, DiaLah Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani lagi MAha Penyayang, yang memerhatikanmu siang dan malam, yang menjaga kamu ketika sedang tidur, yang mendengar kamu menangis,yang mendengar setiap rintihan hati kamu, yang memberi peluang untuk kamu pulang ke pangkal jalan, Biralah dosa semalam sebesar gunung menembus awan, yang penting, pulanglah ke pangkuan Allah… Allah tidak letih menantimu..
Allah sayang pada kamu..
Pulanglah….
PERHATIAN…
Kepada korang yang belum ‘jumpa’ tuhan, dan bila korang buat dosa serta maksiat, tidak ada apa apapun yang berlaku, korang pijak al-quran, kaki tak lumpuh… korang hina NAbi, korang tetap kaya, di naikkan pangkat lagi… nampak macam tuhan tidak wujud…
Jawapannya:
Allah tak perlu lumpuhkan kaki korang atau buat korang miskin untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!
Allah tidak perlu bertindak mengikut prasangka manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewudanNYA…
Malahan adalah silap seekor tikus yang selalu mencuri makanan di sebuah rumah, tiba tiba perasan tuan rumah sayang dia bila nampak makanan mewah depan mata, mungkin ini adalah ganjaran mencuri, maka makan kek sampai habis, begitulah beberapa malam sehingga lupa sebenarnya itu adalah peranngkap tuan rumah yang mana pada satu malam ketika tikus ini sedang sedap makan kek,
gedegang!
Bunyi perangkap tikus membunuh mampos tikus tu …isk..
Kerana itu hari ini bila lihat member 2 aku yang tak solat (mari mengumpat lagi, kerana saya perasan baik..oh) tapi hidup mewah… aku takut itu satu perangkap, maka aku ajak korang solat, korang marah aku sebab aku miskin, isk iskk.., tiba tiba aku dengar member aku tu menjadi mayat! Betul ni!
Muda muda lagi dah jadi mayat, mayat orang muda dan mayat orang kaya pulak tu..oh.. Allah lebih sayangkan pada engkau sebenarnya lau korang jadi mayat.. oleh sebab engkau adalah mayat orang kaya, maka dapatlah engkau kubur koner lot..oh.
Next,
Bila korang orang islam dah ‘jumpa’ Allah, dah tahu siapa Tuhan, dah tahu bahawa manusia adalah hamba Allah , maka: Korang dan aku kenalah berbadat pada Allah..solat, zikir, mengaji bla bla bla bla …-dan banyak lagi amalan sunat2/wajib yg Allah bagi kat kita..kena pandai cari, belajar, dan bagi masa, kerana tu turun surah ‘demi masa’..
Kena Taat semua perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah!!!
Satu amaran:
Sesiapa juga manusia yang gagal dalam tugasan yang pertama ini, iaitu berkhidmat pada Allah, maka ada azab menanti.. dan siapa yang gagal mencari ‘Allah”( kes murtad dan kapir) maka akan kekalah mereka dalam neraka walaupun buat baik atau orang baik baik..
(semoga aku dan korang semua kekal dalam iman dan islam)
2. KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT
(Akhlak)
Alhamdulillah, Bila korang dah buat tugas yang pertama dengan jayanya..
(bestlah korang nie, he he he)
Maka ada satu lagi perkara yang korang kena buat sebab korang bukan binatang, hidup nafsu nafsi, pentingkan diri, korang juga bukan malaikat, nak ibadat 24 jam.. korang manusia, ada jiran, masyarakat, rakan sekerja, bini, nenek, makcik pakcik, semuanya manusia,!!!
So korang kena berlaku adil pada semua makhluk..tak kira islam atau kapir, tua atau muda, hensen atau burok…ini kerja semua manusia…org kapir memperkenalkan system pendidikkan moral dengan berpandukan tokoh2 hebat dalam sejarah, untuk apa? Tak lain tak bukan untuk mewujudkan suasana hidup yg aman dan harmoni..(wah..wah..harmoninya aku)..
Jadi aku dan korang semua org islam kena bekerja macam khalifah2 islam yang agung buat macam:..
-Meletakkan sesuatu pada tempat yg sepatutnya(adil)
-Tidak pilih kasih(walau anak sendiri buat salah-tetap dihukum)
-Merendah diri(pemimpin berjiwa macam rakyat/mengarah filem dan menjadi pelakon he he)
-Sentiasa senyum(Senyum..senyum..senyummmm..wah comelnya)
-Murah hati tapi tidak boros(sedekah)
-Kuat tapi lembut(org rasa senang)
-Lembut tapi tidak lemah(org tak ambil kesempatan)-
Dan seribu sebelas ratus lagi!(rujuk ustaz)
Satu amaran:
Sesiapa juga manusia yang gagal dalam tugasan yang kedua ini pula, iaitu berkhidmat pada masyarakat, maka akan masuk mahkamah no 2 di padang masyar kelak… bahaya masuk mahkamah no 2 ini.. sebab peluang untuk korang (semoga kita selamat) mendapat keampunan di mahkamah ini adalah tipis..oh..
Nota untuk mualaf:
Di akhirat ada tiga makhamah,
Mahkamah pertama untuk org kapir
Disini di bicarakan jenis azab yang patut di terima oleh orag kapir berdasarkan dosa mereka, orang yg paling ringan sekali mendaptat seksaan adalah Abu Talib, Allah telah bagi seksaan paling kurang..pakai terompah(kasut) neraka..mendidih otak..oh…semua ahli neraka lain nak pakai terompah tu sebab diorang punya seksaan lebih dahsyat, sedangkan Abu Talib fikir semasa memakai terompah tu bahawa dialah paling azab di seksa..hakikatnya:dialah yg paling ringan sekali..oh..! menangis Nabi kita..oh..
-
Mahkamah yang kedua di sediakan untuk org islam yang berdosa dengan manusia.
Di sini jika amal kita buruk.. hanya orang yang kita khianati/sakiti sajer boleh maafkan kita, maka sangat bahaya, atau mereka ambik pahala korang dan bagi dosa mereka.. bahaya..bahaya…
Maafkanlah aku andai ada salah dengan korang… uhuk!
Mahkamah ketiga pula adalah untuk orang yang hanya ada dosa dengan Allah..
Di sini pintu keampunan terbuka luas..
“Tuhan, dosaku mengunung tinggi.. tapi RahmatMu, melangit luas..
Harga selautan syukurku, hanyalah setitis nikmatMu di bumi…”
(lagu nashid kupulan mana ntah? Tak ingat..oh)
3. KHIDMAT PADA UGAMA
(dakwah)
Ok, perkara seterusnya yang korang kena buat untuk menjadikan hakikat fungsi seorang manusia, adalah dengan tidak mebiarkan manusia lain terdedah pada azab Allah, kerana kita adalah ummat terbaik,
Sebagai atau selaku pemegang title the best ummat nie… aku dan korang menjadi umat yg terbaik bukanlah sebab kita ni umat nabi Muhammad (sajer).. tapi sebab khidmat kita pada ugama, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(dakwah) …
Para Nabi a.s terdahulu hanya ajar ummatnya khidmat yang pertama dan kedua di atas, tapi Nabi Muhammad SAW ajar ketiga tiganya sekali, so korang kena beribadat, beraklak mulia dan berdakwah!!!
Dakwah adalah mengajaK, bukan mengajaR… , (berbeza R dan K)mengajar biar ustaz dan ulamak buat, mereka lebih berpatutan buat hal yang demikian…
so, Sapa2 pun boleh ajak walaupun bukan ustaz
Cth: bila seorang sakit dan perlu pada doctor, maka sapa2 pun boleh jadi pemandu ambulance untuk bawa ke hospital, tak semestinya doctor…sapa2pun boleh…begitulah jugak, ummat ni sedang ‘sakit’ kena bawa ke masjid…so semua org boleh ajak ummat nih…
Moralnya, jika korang punya amal ugama yang baguspun, tapi hakikatnya tidak sempurna iman kalau tak kasih sayang pada makluk Allah, jangan rasa selesa mentang mentang hari2 korang pergi masjid.. jangan rasa selamat..
Sebab org yg rasa selesa dengan amalannya adalah tanda ahli neraka…
Org yg rasa dirinya masuk shurga dan org lain masuk neraka adalah ciri2 org munafik…
Kerana itu ada org soleh yg dah hampir masuk shurga, tetapi tiba2 datang hambaAllah lain mengadu..
-Ya Allah, org ni sembahyang tapi tak ajak saya solat…
-Ya Allah, org ni berkuasa cegah mungkar saya tapi dia biarkan sahaja…
Siapa mereka2 ni..?
Mereka adalah: mereka dan keluarga mereka, iaitu: Jiran2 islam korang, yg mana korang ‘best’ gi solat jemaah, tapi tak ajak mereka..
Ingat, kat akhirat adalah tempat manusia tuntut menuntut…
Orang kapir pun akan tuntut dengan semua orang islam yang tak pernah ajak dia masuk islam..oh!
Maka bila korang dan aku org islam tak buat dakwah, sebagai satu ancaman dari Allah, Allah akan perintahkan korang bagi pahala kat org yg korang tak daqwah..sampai habis pahala korang, dah habis pahala jiran2 korang masih datang berduyun2(maklumlah jiran adalah 40 kiri kanan, 40 atas bawah jika rumah flat..oh..bahayanya..)
Bagi Org lelaki yg soleh pula, tak dapt masuk shurga kerana di halang oleh 4 wanita yg dia tak daqwah…
-Isterinya..
-Ibunya…
-Anaknya
-Adik beradik perempuannya….
Bila pahala dah habis, korang kena ambil pula dosa diorang..dan akhirnya..Org yg beiman dan beramal soleh , tapi tidak berpesan2 dengan kebanaran..maka RUGI kerana kena masuk dalam NERAKA dan di istiharkan MUFLIS!
(Semoga Allah selamat kan aku dan korang semua dari bencana ini)
TAMBAHAN
(KHIDMAT KEPADA DIRI SENDIRI)
Ok. Last! Oleh sebab korang semua adalah manusia, maka Allah uji korang semua dengan berasa lapar nak makan keropok, dahaga nak minum the’ tarik, sejuk malam nak rumah, stim nak bersetubuh, panas nak pakai baju, penat nak naik kereta, letih nak tidur dan lain lain…,
Maka perkara ke empat (tadi cakap tiga) kena buat adalah memenuhi keperluan nafsu syahwat…
Maka korang boleh bekerja cari duit beli kereta, beli rumah… tapi jangan sampai lupa pada tiga perkara di atas yang membuatkan korang lupa fungsi sebanar manusia…
Rumah, kereta, pakaian, makanan dan lain lain adalah ‘KEPERLUAN’sahaja, sedangakn 3 perkara di atas iaitu iman, akhlak, dakwah adalah ‘MAKSUD’ manusia di hantar KE DUNIA INI!!!
Untuk bagi faham apa itu :
KEPERLUAN dan MAKSUD…
Aku bagi contoh di antara kambing dan anak korang, yang mana, jika anak korang sakit dan lapar, maka korang sanggup sembelih kambing untuk bagi makan kat anak korang sebab anak adalah MAKSUD, manakala kambing adalah KEPERLUAN.
Tapi alangkah bodoh bangangnya korang jika kambing korang sakit dan lapar, maka korang sanggup sembelih anak korang untuk bagi makan kat kambing ..oh
Dan hari ini berapa ramai yang dah jadi bodoh bangang (aku le ni) kerana sembelih ‘anak’ korang untuk bagi makan kat ‘kambing’
atau berapa ramai yang dah jadi bodoh bangang (aku dan korang pun) kerana korbankan ugama untuk dapatkan dunia..oh!
Tak pergi masjid solat jemaah kerana sibuk urusan dunia…
Melengah-lengahkan solat kerana urusan dunia…
Meninggalkan solat kerana urusan dunia…
Dunia! Dunia! Dunia!
Wahai sahabat, isteri, anak, keluarga, dan jiran serta korang semua! Jangalah Kerana kemewahan dunia, sanggup lupa Allah, lupa nak beraklak baik, lupa nak berdakwah, dan last sekali LUPA FUNGI MANUSIA DAN LUPA MAKSUD HIDUP SEORANG MANUSIA!!!!
(aku bukan seorang yang baik, jika aku orang yang baik, aku sudah berada dalam ‘taman shurga’ sekarang ini, aku masih di dunia yang penuh dugaan dan pancaroba, masa depan ku belum pasti, ajarlah aku agar tidak menangis di akhirat kelak, masukkan nama aku ‘Muhammad Hamka’ ke dalam doa tahajjud ke dan apa apalah doa hidayat korang…isk)
Ps: khidmat kepada mayat adalah tanam mayat cepat cepat…. Kalau tak nanti, datang lalat mayat serta datang juga ulat mayat berkhidmat kepada mayat…OH!
Erm... sebenarnye aku x baca lagi tapi .. nk jadi 1st koemn jer.. erm gelojoh kan.. sorry abg hamka...chek tumpang lalu no!!
ReplyDeletehehehhehehe.... Im 1st.. Apa 2x pun heheh!
hehehe lawak la golongan2 yg berebut2 nak jadi pengkomen pertama.
ReplyDeleteaku dah 8 kali jadi pengkomen pertama tak heboh pon.
(hihihi komen secara general, tidak di tuju pada sapa2)
---
hafizbar
Erm... tah aku rasa seronok sj... heheheh...utk suka2 jer... erm.. tak tahu nk komen aper dah.. tapi tima kasih utk hamka... sejak baca blog hang... erm byk benda dah aku improve.. teruskan lagi...
ReplyDeletenanti aku nk try ajdi 1st komen juga... aiman tak kisah org kata per pun...hehehhe Apa2x pun.. salam sejahtera utk semua pengomen2x blog hamka...
ahlan wasahlan...
bor hamka,
ReplyDeleteno komen..
isk..isk..
silap timing la brader!!, nyway..teruskan dgn teknik tsbt!!
;P
meletup ga r baca..tp brder hamka punyer huraian tak berapa sharp kali ni..takpe r tu..manusia mmg ada klmhnnya..aku pun kdg2 tulis tak tepat apa yg org nak..
ReplyDeletebiler aku baca post ko kali ni aku teringat kat bapak aku..igt lagi dia pernah tanya kat aku..along,ko cintakan Allah tak?aku pun dgn penuh konfidennya jawab la syg..pastu bapak aku tanya aku apa bukti?aku jwb reski tuhan bg along manfaat, perintah tuhan along takut nak tggl, dugaan tuhan bg along tempuh leklok cuba utk tak merungut..pastu bpk aku gelak kuat2(bpk aku mmg cemtu..suka gelak kuat2 kalo ada silap yg aku buat)..
pastu dia ckp ayah tanya ko long.tuhan pun bg sume tu kat org kafir n diorg pun buat apa yg ko buat.diorg dpt rezeki dorg manfaat,diorg ikut perintah tuhan diorg n diorg pun tempuh dugaan tuhan dgn sabo.abis tu diorg tu cintakan Allah ke?aku diam.pastu dia sambung..orgtua2 kata tak knl maka tak cinta..kalo kita tak knl Allah cemna kita boleh kata kita cintakan dia..kita tipu..alangkan ko ngan makwe ko pun knl2 dulu sblm cinta.inikan pulak dgn tuhan..cemna nak knl tuhan?
1.knl dari nama(asma ul husna)
2. knl dari sifat 41(20 sifat wajib 20 mustahil 1 harus)
3.knl dari tindakan(knp tuhan buat tu knp jdk cemni knp bnd ni cenggini)
biler kita dah masak dgn sumer tu baru la kita da btul2 knl dgn dia.biler da knl barula boleh mengaku yg kita cintakan Allah. lg satu pesan bpk aku,biler kita dah cintakan Allah,jagala baik2 cinta kita jgn smpai beralih arah..takkan kita nak buat cemtu kat kekasih hati kita kan?
p/s:rindu kat bpk aku.30 ogos besday dia tp tak sambut.. aku stil terdongok kat perak ni..
apapun memang suka baca blog ni, tak tau nak komen apa tp sekurang-kurang dpt aku bermuhasabah diri..cayalah hamka..
ReplyDeleteSunan_Jati, hafiz, linanilza..dan zwiterrion
ReplyDeleteAku post pagi tadi dan pergi sarapan, lepas tu pergi bank cucuk duit, lepas tu solat, lepas tu makan tengahari, lepas tu masuk opis dan bukak blog
Oh.. aku sudah jadi pengkomen yang ke 8!!!!
Terima kasih semua
I love u!!!
---------
aku dia
Salam,
aku rasa best sebab dah ada Mekanik yang tukar tayar kereta mayat.
Best!!!
-----------
Along
Orang perak, Aku dah klimath?
Oh.. maafkan aku jika gagal puaskan nafsu korang semua, maafkan aku..
, aku suka baca komen yang panjang, terima kasih, kirim salam kat bapak engkau, aku punya gelak lagi kuat kot!!!
Ha ha ha!
Ps: aku dah hafal lagu 99 nama Allah dan lagu sifat 2o, sejak darjah enam lagi,..he he he
aku org johor r brader hamka..blajo kat perak..ko suka baca komen panjang?takpe..nnt aku usahakan tulis komen panjang2 utk ko..hahahaha(dah ikut perangai bapak aku dah suka gelak kuat2)
ReplyDeleteoh... orang johor
ReplyDeletehe he he
"Dunia di sisi Allah lebih tidak dari sebelah sayap nyamuk.." alhadith
ReplyDeletedunia yang kotor, hina dan jijik ini yang kita merebutnya..
kita merebut cinta manusia
kita kejar wang satu juta, yang balsanya kita gempur murka Allah dengan langgar batasannya..
kita sedih hilang nikmat dunia.
namun bila membuat amalan yang mengundang marah Allah, kita tak perasan yang sadisnya kita tak kisah..Astaghfirullah
apa ada pada dunia
apa ada pada dunia
kalaulah kita mengetahui hakikat kebobrokan dunia, nescaya kita tak akan tukar dengan apa pun, apatah lagi dengan cinta dan Redha Allah..
cinta ALlah, bukan sekadar
I love u Allah,
boleh jd hanya manis mulut, semuapun boleh cakap
cinta Allah, kita tidak peduli selain hanya Allah dalam hati...di mana-mana
ALLAH, ALLAH, ALLAH..
namun,
tidak bermakna kita mengabaikan hak2 yang perlu kita lakukan...
kerana kita bukan lagi siddiqin, awliya' was-solihin, muqarrabin..
kita hanya
manusia berselut dosa, tapi tak pernah putus asa dengan Rahmah Allah
ingatan buat diri sendiri
cinta Allah juga menurut ulama'
ReplyDeletedengan taat pd Allah..
kerana nikmat taat pd Allah
adalah natijah cinta pd Allah
wah, dah ada mekanik tukar tayar kereta mayat...tahniah hamka.. ;)
ReplyDeleteaku mahu berjumpa 'tuhan'ku jugak, bilakah Dia mahu berjumpa dengan ku?
-sang pencinta yg mengharap cinta-
Tersedar aku dari lamunan....betapa pentingnya fungsi2 tersebut....
ReplyDeleteTersentak dari lamunan!!!!
ReplyDeletelirik lagu Weh!
Aku teringat lagi ustaz aku cerita kat aku (Best kan aku dapat ustaz yang suka cerita. Anak dia pun lawa)...
ReplyDeleteKisah seorang manusia yang ada beberapa soalan yang dia tanya kat semua orang tapi kebanyakan orang takleh jawab. Last2 datangla kat sorang ustaz ni.
Soalannya adalah (Sila mainkan lagu seram atau lagu saspen)... Soalan 1: Kalau kita kata ada Tuhan, kat mana Tuhan? Tunjukkanlah kat mana Tuhan!
Soalan2: Syaitan dibuat dari api so nanti kat neraka mesti syaitan tak rasa panas sebab dia pun memang dibuat dari api. So no problemla bagi syaitan?
Ada beberapa lagi soalan tapi aku tak ingat. Tengah ustaz tu ngajar aku dok terbayang anak dia jer...tu yang takleh tumpu..
Kembali kepada cerita tadi, maka ustaz tersebut dengan selamba telah menampar muka si mamat yang tanya soalan tadi.
Mamat tu pun bengang la sebab apa ustaz ni tampa dia pulak. Dah takleh jawab, takyahla tampar2 orang....
Pastu ustaz ni pun tanya " Aku tampar ko tadi, ko rasa sakit tak" Mamat tu jawab "Apa punya soalan daaa.. Dah kena tampar mestila sakit!"
Ustaz tu pun kata "Kalau ko kta sakit, tunjukkan kat mana sakit tu? Macamana sakit tu? Boleh tunjukkan kat aku?"
Tak sempat pemuda tu nak jawab, ustaz tu soal lagi "Manusia dibuat dari tanah kan? So tangan aku dan pipi ko tu semua dibuat dari tanah kan? Tapi sebab apa ko rasa sakit?"
Kesimpulannya: Ada benda2 yang terjadi di atas dunia ini tidak terjangkau dek akal manusia. Contohnya Allah. Kita tahu Allah ada tapi kita tak boleh cari Allah. Akal kita tak boleh nak tunjukkan jalan kepada kita macamana nak cari Allah, macamana nak tunjukkan di mana Allah. Sama seperti sakit. Kita tahu rasa sakit tapi tak boleh nak tunjuk lagu mana rupa sebenar sakit tu"
Untuk soalan jawapan yang kedua tu, ustaz tu menambah "Sakit, seksa atau nikmat ni semua Allah yang control. Aku guna tangan yang sama asalnya dengan pipi ko, kalau Allah kata sakit, ko akan sakit jugak. Even kalau aku pukul ko dengan kapas yang lembut, walaupun buatannya lembut, tapi kalau Allah kata ko sakit, ko akan sakit jugak. Sama la dengan syaitan. Kalau Allah kata dia akan diseksa dan dilaknat di dalam neraka, maka Maha Suci Allah jualah yang Maha menentukan apa yag dikatakanNya..."
Panjang lebar aku tulis ni. Kalau salah korang jangan tampar aku pulak
assalamualaikum
ReplyDeletesuka bc along nyer comment...best...main point..."tak kenal maka tak cinta"...
erm teringat my ustazah kata mase kat mahkamah nanti...klu kita dapat rahmat ALLAH...kita telepas drp masuk screen besar dekat mahkamah tu...ALLAH akan jumpa kita face to face...buat pertimbangan....dgn RAHMAT ALLAH laa....sape laa org2 itukan...huhu...pastu nanti kat sana byk sgt line...ade barisan utk2 org2 yg suka zirk, line utk org yg suka berpose, line utk org yg suka membaca Al-Quran, tp ade juga line utk org yg suka buat benda2 yg tak elok laaa....kan...terfikir jap...nanti kat sana...kita kat barisan mana haa...huhu...bak kata Hamka kat dunia ni kite leh buat pilihan kan...so gunaka otak yg mana bkn fungsi nyr utk memenuhi skull kita takpe utk kita berfikir...fikir dan fikir....
conclusion...fungsi kita as manusia ialah mencari redha ALLAH...tul tak saudara Hamka...
uish berat nyer beban seorg lelaki...4 org skali dia kene pikul...huhu...
sdra Hamka, kita belum jd myt lagi daaa....
ahli kubur wannabe...
takbir!!!
nai
ReplyDelete"Dunia ini adalah sampah, bangkai dan najis, ha ha!
Rujuk post aku: ‘benarkah dunia ini sampah?’
Ps: gaya seorang blogger yang perasan blog aku ramai yang baca…oh
Wahai nai, love me!
------------
fahada
mekanik tukar tayar kereta mayat dah ada, mayat jer yang takde, siapa sudi?
-sang penggali kubur yg mengharap orang jadfi mayat(dpt upah gali kubur, he he eh)
------------
13may
Apa rahsia di sebalik 13 may?
------------
Sunan_Jati
Terhenti lamunan, bila ku di kejutkan, engkau di usung pergi.. oleh ramai orang
Dalam ketakpaksaan ku mengikut pergi,
Namun sempat juga ku mengusung mayat engkau ke kuburan..
------------
Ustaz Rock
Aku baru ingat nak tulis cerita ni, oh..
Sambung cerita engkau, Ada lagi mamat tu Tanya iaitu dia tak percaya pasal takdir, maka dilempangnya mamat tu dan bagutahu bahawa kelempangannya dah takdir, ha ha
Ps: ha ha ha, lempanglah aku secara maya..sebab banyak sangat ketawa..
-----------
wahidah
Waalaikumusalam
bila kau cerita pasal ‘barisan’ teringat aku satu tragedy,
TRAGEDY SURAU HIJAU
aku pergi surau hijau untuk solat, surau ni orag pas yang punya..
sebab takde org lagi dan waktu dah masuk..
aku azan, kepas tu datanglah beberepa org pas, org umno takde kot, org umno pergi surau biru kot,,
bila nak qamat, aku pun ucapkanlah,
masuk barisan (saf), MASUK BARISAN..!
MASUK BARISAN..!
Sekali terucap: KELUAR BULATAN MASUK BARISAN..
Semua mata jenggil pada aku..oh!
Isu sensitive!!!
Maafkan aku org pas, nak solat memang kena masuk ‘barisan’..
PS: aku bukan orang barisan nasitional
Tahlil!
bro hamka..
ReplyDeleteinzal tu mende??
aku yg jahil, lg hina dan dina
aduhaiii...mang tak terkomen..
ReplyDelete_maniss_
Inzal pun taktau???
ReplyDeleteAku pun taktau...hahahahaha...
(actually benda ni berkaitan ngan 18sx - betoi ka?)
Bro Hamka,
13 may = 13 mei....hahahahha...tadak rahsia apa2....
aku juga bukan orang barisan nasional
ReplyDelete*wink-wink*
aku terasa rindu nak baca blog hamka ni selepas bercuti satu hari....memang isu yg menarik. walau ade org kate isu ni ko tulih simple & tak dirungkai sepenuhnya tapi bagi aku ia dapat mengundang saudara/i lain yg berilmu untuk menambah isi2 untuk menjadikan isu ini lebih padat & berilmiah....tahniah......
ReplyDeleteKorang semua!!!
ReplyDeletekahwin baru tahu
Geram aku!
he he he
inzal adalah fungsi kemaluan..atau
inzal adalah menginzalkan isteri atau memuaskan nafsu berahi sang isteri sehingga mencapai klimath atau dalam bahasa sains, mencapai voltan puncak ke puncak yg berkadar terus dengan frekuansi, per detla T.!!!
Kahwin baru tahu!!!
relax la bro hamka,takkan tanye soalan mcm tu dah GERAM kot.klu nak GERAM pun biar la kat bini jgn kat org lain.hahaha.... ;)
ReplyDeletekan bagus explain mcm tu so org muda yang tak berpengetahuan mcm aku ni blh menambah ilmu @ vocabulary....
thanx
Salam sejahtera,
ReplyDeleteTidakkah tuan Hamka pernah jua bermimpi untuk membukukan blog tuan ini? Sebab nak baca blog kena ada internet, kalau dibukukan maka bulehlah sahaya bawa kemana-mana jua termasuklah ke bilik sempit sambil menyangkung yang tersebut. Heh heh heh.
Ferdaus.
ferdaus eh..
ReplyDeletetak elok baca buku dlm tandas..makruh..dari sudut kesihatan plak boleh memudahkan kena buasir..nak ke?aku dah takder kije dah ni..abis2 tlg brader hamka balas komen org..nk tulis sniri takder idea.
assalammualaikum Bro Hamka...
ReplyDeleteAku nk ucap kan terima kasih kat Bro Hamka kerana sudi mengajak dan mengajar kami..Telah di takdir kan Bro Hamka menulis Blog..teruskan laa ya Bani Adam!
p/s: Malam masa ada siti nurhaliza kahwin hari isnin, saya pergi ceramah.Ustaz tuh cerita psal peristiwa Isra'dan Mikraj.tp sekejap jek dia bercerita sebab tak cukup masa..Boleh tak Bro Hamka cerita kan skit salah satu peristiwa besar dalam kalender ISlam ni dgn lebih terperinci? Kalo boleh laa~~
- **wink wink** -
salammualaikum,saye link kan entry nih dlm blog saye ye
ReplyDeletelegolas eh..
ReplyDeleteamin~~
aku pun doa yg sama gak..
yg bab baca blog ni eh..mmg ada ksdrn gak..aku pun cemtu..dari liar smcm sblm ni(wpun skola agama smpai abis) at least aku kurang sket..alhamdulillah..tp satu bnda r..yg pasal golongan2 yg baca blog ni..majoritinya org islam..serius..yg kafir tu kalo ada pun dari malaysia ngan kwsn dkt2 jek(singapore@indon)..ikut assuming aku r..sbb kalo yg dari tmpt lain mana r tau brader hamka tulis apa..sbb brader hamka ni tulis guna bahasa melayu..kalo dia guna bahasa omputih lain r citer..tu bkn salah dia..tu ikut keselesaan dia r..cam aku pun kalo tulis lg sng guna bahasa melayu..sng nak explain..kalo ada mana2 r mamat2 or minah2 yg terer bahasa omputih tu buat r blog dakwah guna bahasa omputih..dapat gak pahala dakwah..hope2 ada org kafir yg tbukak
pintu hidayahnya..lg satu..kes singkatan akum tu dah jadik kontroversi..so better bg salam yg penuh..assalamualaikum..nak tambah extension dia pun takpe..assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuhu waridhwanuh..hambik ko..
p/s:sesungguhnya aku pun tak pandai bahasa omputih..byk lg kna blajo ni..
Aku tak malu mengaku, aku belum sepenuhnya menyempurnakan fungsi aku 100% sebagai manusia....
ReplyDeleteYa, sesungguhnya....
Fungsi blog kau ini juga untuk mengingatkan kami2 ini......Alhamdulillah....
salam..
ReplyDeleterindu untuk bertemu
namun resah untuk menanti
harap untuk berkasih
namun takut untuk menangis
(oh Allah.. maut pasti datang namun kemahuan duniawi liat dihati.
hama guna maaf ferma..)
-kedatangan tetamu Allah tempohari (istimak), mendatangkan debar yg sgt kuat
-pemergian mereka mengundang nafas-nafas yg semakin pendek kerana beban amanah agama belum sempurna dan sayalah orang paling bersalah..
-nas
frankly speaking, this is my fav blog. coz banyak bagi ilmu2 dan dapat menambah kefahaman yang belum ada dan yang dah ada(tapi belum faham betul2 lg)..
ReplyDeletefrom here baru tahu pasal MAKSUD dan KEPERLUAN. and sangat takut pasal HARI MANUSIA TUNTUT MENUNTUT. huhu...
and hamka teruskan usaha coz blog ini sesuai untuk semua manusia tak kira peringkat pengetahuan agamanya takat mana, yang alim ke, yang belum alim ke, yang 'tengah2' alim ke. keep up the good work. =)
aku dh nk abes blaja dn bakal jadik engineer hebat negara, so aku dgn semangatnye pasang byk angan2 ape aku nk buat ble dh jd established engineer nnt..aku nk buat tue, nk buat nie, nk cipta tue, nk cipta nie..bla..bla..bla..n most of the time, angan2 aku tuh sbb nk buat duit dn jadik kaya raya (muahaha..gelak jahat)..tp pas aku bace blog ko nih..aku rase aku patut ubah pemikiran camtuh..uhuk..insaf..aku sepatutnye pkai ilmu aku utk berbakti kt manusia yg len..sob sob..thx bro..insaf gak aku
ReplyDelete(tp aku perlukan duit nk bayar sewa umah, sblm kna halau..cheiss)
salam...
ReplyDeleteBest lah post ni...mcm td 'tersedar dari lamunan'..bangkit dari mimpi yang panjang..fungsi manusia..aan bawak usrah td highlight kan pasal tauhid uluhiyyah..fungsi manusia ni..quote dr surah az-Zariyat:56,
"Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"..
Allah ciptakan makhluk ni semuanya sebab tauhid Uluhiyyah ni..untuk manusia beribadat hanya kepadaNya...
Allah turunkan kitab dan utuskan rasul semuanya sebab tauhid uluhiyyah ni...untuk manusia beribadat hanya kepadaNya...
baru paham erti tauhid dengan sejelasnya..alhamduLillah...
Syukran..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum Bro Hamka..
ReplyDeleteAku petik sedikit dari blog kau, entri yang ini tentang mahkamah di akhirat, untuk memujuk bekas teman wanita aku untuk memaafkan aku.. Aku hanya berharap Allah bukakan hatinya untuk memaafkan diriku.. Aku sedang juga mencari rakan-rakan lama yang tidak dapat berjumpa pada Hari Raya untuk meminta maaf.. Terima kasih kerana menjadi bahan rujukanku..
PS - ada tak ilmu2 atau petikan2 ayat nak bagi hati lembut dan menerima kembali kekasih lama? Thanks bro!
ooooo... itu rupanya maksud inzal..
ReplyDeletebaru aku tau,, sbb ini pertama kali aku jumpa perkataan tu..
tq bro hamka..
jangan la marah!!
shahril aley
ReplyDeleteha ha, bukan marah, geram sajer, he he
----------
ferdaus
Nanti kalau lebih seratus org yang mintak aku bukukan, aku buat!!! Heh heh heh.
-------
- 0.1.5.1.6.7 -
walaikumusallam
aku akan tulis pasal israq mikraj ini, insyaallah, harap dapat buat..
---------
Insan Kerdil
Walaikumusallam
Mung pung dok peluh gak, sejuk siak nok wak ganar..
Gerang aku ke rosik..
--------
Anonymous
Boleh..boleh..(senyum)
----------
Legolas
Aku pun takut riak, kata tok guru aku, untuk tidak sombong kena rajin cuci tandas..oh…
Aku tak pernah pulak terlintas nak doa kat org yang kendalikan blogger ini, terima aksih kerana mengingati
terima ksih sekali lagi
--------
Along
Terima kasih along.. betul tu, tak baik, baca dlm jamban.. baik baca dekat kubur,,legolas eh..
sesungguhnya aku tak pandai bahasa omputih..byk lg kna blajo ni.. samaler kita, he he he, tapi hari ni aku post bahasa Indonesia,, ha ha ha! Best tak?
-----------
blackpurple
dan fungsi engkau mengkomen aku yang banyak salah ini..oh!
-----------
Nas
Teruskan nas, teruskan!!!!
---------
amethyst
Selamat naik kereta mayat!!!!
-----------
Anonymous
Wahai engineer hebat Negara! Ramai org insaf, tapi tak ramai org yang buat usaha atas keinsafan, dan jarang jarang2 org yang dapt istiqamah dalm perkara insaf..
Dah bayar sewa rumah?
----------
aan
salam...
Syukran..
Aku pulak tak paham lagi erti tauhid, boleh tolong tak?
-----------
Emphbone
Waalaikumusallam
solat hajat 12 rakkat dan tawakkal.. itu sajer..
(senyum)
---------
Linanilza
tak marah, gerammmmmmm sajer!!
geram aku!!
he he
Well done!
ReplyDelete[url=http://fcjodntv.com/xyju/wvtk.html]My homepage[/url] | [url=http://lkqzbvpi.com/iopr/ujcy.html]Cool site[/url]
Great work!
ReplyDeleteMy homepage | Please visit
Great work!
ReplyDeletehttp://fcjodntv.com/xyju/wvtk.html | http://wppodkwr.com/oimy/qths.html
salam..
ReplyDeletesebenarnye agak menyesal sebab jumpa blog ni masa dh lewat..
tp still bersyukur sebab jumpa..
contains byk yg menginsafkan diri sendiri.. kekadang bagus untuk refleksi diri sendiri..
gaya penulisan saudara memang mantap dan terkesan buat diri sendiri mungkin pada pembaca yang lain..
buat saudara hamka (mungkin pakcik, saya baru 17 HEHE) teruskan menulis dan berjuang...
p/s : sokong cadangan untuk buku-kan blog2 neyh..lagi satu,komen2 blog neyh memang bagus jugak kalau kita bace..ade ilmu..orang nye ramah2 dan baik dalam pertuturan..
blog 5 star(s) pilihan... harap sangat saudara dpt reply komen ni..huhu
-fatin nabila-
reply
ReplyDeletedik, bawah 17. di harap baca dengan bimbingan orang dewasa :)
ReplyDeleteps: buku dalam proses.