Dec 11, 2024

Nabi dulu Mazhab apa?

Ada orang tanya: kenapa di Malaysia ikut Mazhab Syafee, tapi Akidah ikut Asyaari? Kenapa tidak akidah Imam Syafee juga? Nabi dulu Akidah apa? Mazhab apa?

Izinkan abang keretamayat bagi pencerahan. Jika salah sila betulkan

Analogi mudahnya adalah, rujuk zaman saidina Umar, mendapati orang solah tarawih tak seragam, berterabur, atau masing masing solat terpisah, lalu saidina umar MENYUSUN solat tarawih yang seragam agar orang ramai mendapat manfaat, iaitu saidina Umar MENYUSUN tarawih 20 rakaat dibelakang satu Imam sahaja, dan berkata “Inilah bidaah yang baik”

Alhamdulillah, amalan ini kekal depan Kaabah sampai zaman sekarang.

Jika ada yang bertanya, kenapa solat Tarawih tak ikut Nabi? Kenapa ikut Saidina Umar? Jawapannya adalah tiada keperluan zaman Nabi untuk susun solat tarawih macam tu, sebab sahabat semua ikut Nabi, tapi bila Nabi wafat, dan jumlah orang masuk islam berganda ganda, maka ada keperluan untuk Menyusun solat tarawih yang sesuai dengan zaman orang yang sangat ramai agar semua bersatu dalam ibadah.

Alhamdulillah.

Kemudian muncul zaman Imam Syafee, yang mana zaman tu tiada keperluan Imam Syafee nak susun ilmu bab akidah sebab masing masing tiada takwil, tapi Imam syafee mendapati ada keperluan untuk MENYUSUN ilmu Fekah sebab zaman tu amalan sunnah mungkin sudah berterabur, ada yang solat macam macam cara dan semua ada hujah, tapi kesannya, ummat jadi tak bersatu,

Ada yang solat subuh dengan qunut, ada yang solat tak baca bismillah, ada yang wudhu sapu semua rambut, dengan macam macam hujah, maka ada keperluan untuk Imam Syafee MENYUSUN ilmu fekah, hingga terbentuklah MAZHAB Syafie.

Alhamdulillah, mazhab ini kekal sampai zaman sekarang.

Jika ada yang bertanya, kenapa Ikut Mazhab Syafee, tak ikut Nabi? Nabi Mazhab apa?

Jawapannya adalah tiada keperluan zaman Nabi untuk susun Mazhab macam tu, sebab sahabat semua ikut Nabi secara depan mata, tapi bila Nabi wafat, dan jumlah orang masuk islam berganda ganda, maka wujud amalan pelik pelik, maka ada keperluan untuk ulamak Menyusun Mazhab yang sesuai dengan zaman orang yang sangat ramai agar bersatu dalam ibadah.

Selesai.

Kemudian muncul zaman Imam Asyaari, yang mana zaman tu tiada keperluan Imam Asyaari nak susun ilmu bab Fekah sebab Imam Syafee dah susun cantik, follow jer, tapi Imam Asyaari mendapati ada keperluan untuk MENYUSUN ilmu Akidah sebab zaman tu dah muncul golongan yang gagal menggunakan otak dengan baik, contohnya bila ada pihak bagitahu Allah atas Arasy tapi jangan bayangkan bagaimana, bagi golongan awal salaf, mereka boleh serah makna istiwa kepada Allah tanpa masalah,

Tapi zaman Imam Assyari tu, bila dilarang orang ramai dari bayangkan Allah berada di atas Arash, maka muncul kefahaham menjisim kan Allah, menyamakan Allah dengan makhluk, maklumlah otak manusia lemah, sebab bila kita kata jangan bayangkan gajah biru sedang terbang, itulah yang otak akan bayangkan, dan itulah yang terjadi dengan ajaran, “jangan bayangkan tuhan di atas arasyh bagimana, tapi tuhan memang atas arasy!”

Lalu muncul hingga hari ni pun dalam komen, Tuhan tu ada jarak, naik bukit lebih dekat dengan tuhan, Arash penuh dengan Tuhan tapi tak cukup dua jari, Tuhan turun dari Arash tanpa tinggalkan Arasy macam saya ambil barang jatuh bawah kerusi tanpa turun dari kerusi, bumi ni rata sebab tuhan atas kepala kita, macam macamlah kefahaman yang pelik pelik dah muncul! Aduhai..

Melihat betapa rosaknya ajaran menjisimkan Allah, maka Imam Asyaari Menyusun ilmu bab Akidah, yang mana antara ilmunya, “Allah itu tidak dilalui oleh tempat dan masa”, sebab Allah tak sama dengan makhluk, panjanglah bab akidah jika nak jelaskan, yang mana ilmu itu berkembang hingga hari ni, dan ilmu Akidah Imam Asyaari telah menjadi majoriti dalam dunia islam.

Pendek cerita, jika ada yang bertanya, kenapa Ikut Akidah Asyaari, kenapa tak ikut Akidah Nabi? Nabi akidah apa?

Jawapannya adalah tiada keperluan zaman Nabi untuk susun Ilmu bab Akidah, sebab sahabat semua faham bab Akidah, tapi bila Nabi wafat, dan jumlah orang masuk islam berganda ganda, maka ada keperluan untuk Menyusun Ilmu Akidah yang sesuai dengan zaman orang yang sangat ramai agar bersatu dalam Tauhid.

Alhamdulillah, Ilmu Akidah Imam Ayaari ini kekal sampai zaman sekarang.

Baru ni tengok page Patriots ada cerita antara kitab paling awal dalam bahasa melayu pernah dijumpai adalah kitab cerita bab akidah Asyaairah pada abad ke 16, di tulis oleh Abu Hasf Umar Najmuddin yang berjudul Syarah Al Akidah Al Nasafiah.

Kesimpulannya, kita jadi tahu, bahawa apa yang Imam Asyaari susun bab akidah, dan Imam Syafee susun bab fekah, itu semua ada asalnya dari Nabi, sanad mereka sampai kepada Nabi, InsyaAllah..  mereka telah korbankan masa dan tenaga untuk susun elok elok, syukur sangat sangat.

Orang beriman akhlaknya baik, kena syukur dengan segala nikmat, jangan kufur.., kita kena berterima kasih kepada semua ulamak pewaris Nabi yang dah sampaikan ilmu dari Nabi kepada kita dengan kemas dan tersusun, Alhamdulillah,

Maka balik di Malaysia, melihat ada pergaduhan bab akidah, bab Mazhab maka ada keperluan untuk cari jalan agar bersatu.

Bukan nak menafikan mazhab dan akidah yang lain tapi lebih elok kalau susun mazhab yang dah terkenal sejak zaman kesulatanan Melaka dan sesuai dengan rakyat kita

Ibaratnya kalau kita pergi bilik bedah atas kain hijau doktor akan letakkan peralatan bedah yang penting sahaja bukan nak menafikan peralatan bedah yang lain tapi nak mudah buat kerja kerja pembedahan bila pesakit ada masalah.

Bayangkan kalau kita jumpa doktor yang letak semua peralatan atas meja bedah dengan alasan semua tak boleh buang? nak tak kita kena bedah dengan doktor yang macam tu?

Jadi kerana itulah ulama dan mufti di Malaysia ni menyusun akidah Ashaari dan Mazhab Syafie sebagai “alat” untuk menyelamatkan umat dari kejahilan agama.

Sekiranya ada kes tak cover dalam mazhab Shafee contohnya bab bayar zakat guna duit maka boleh aje kita buka kepada mesyuarat dikalangan mufti untuk buat keputusan dengan merujuk mazhab lain atau pendapat ulamak yang dapati sesuai dengan isu semasa.

Alhamdulillah

Semoga analogi ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada yang ikhlas bertanya.

Woha!

No comments:

Post a Comment