Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah” kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi mereka yang berdusta atas nama Nabi.
Sefahaman saya, ulamak zaman dulu, bila buat program agama yang bersifat hasanah, tak mahu mereka nak lebelkan sunnah, mereka namakan Majlis Maulidul rasul, atau Majlis Israk Mikraj, atau Majlis Tahlil Arwah, sebab mereka tak nak berdusta atas nama Nabi, malahan mereka mengaku amalan itu adalah Bidaah Hasanah, Nabi tak buat namun ada kebaikkan.
Bak kata Saidina Umar bila menetapkan tarawih 20 rakaat dibelakang Imam yang Nabi tak pernah buat sebegitu, dengan berkata, “Ini adalah bidaah hasanah”
Tapi akhir zaman, bagi golongan yang mungkin anggap tiada bidaah hasanah, atau anggap mungkin semua bidaah adalah sesat, tapi bila buat perkara baru dalam agama, tiba tiba ada perkataan sunnah seolah solah Nabi ada buat sama macam tu. Tidak kah itu seolah berdusta atas nama Nabi?
Betulkan saya jika saya salah.
Alkisahnya, Saya pernah nampak iklan perkemahan sunnah, dan terbaru konvokesyen sunnah, yang mana saya tak tahu apa pengisian dalam program perkhemaman sunnah tu sebab bukan semua daerah buat "sunnah" tu, tapi ada video melintas waktu konvokesyen sunnah tu ada lakonan pelawak buat persembahan menyindir dan mempersendakan orang pakai serban, petik nama Nabi dan isteri dengan cara yang kurang sopan, sunnah ke macam tu?
Tak sunnah langsung, Bidaah hasanah pun jauh sekali jika buat lawak menyidir dan mempersenda pakaian Nabi bab serban, bab mimpi, dan macam macam..
Maka pada pendapat saya yang jahil ini, janganlah guna nama Sunnah jika itu adalah perkara baru, ikutlah ulamak zaman berzaman yang bila ada perkara baru, mereka letak nama islamik sahaja seperti Majlis Maulidul rasul, atau Majlis Israk Mikraj, atau Majlis Tahlil Arwah, sebab mereka tak nak berdusta atas nama Nabi, dan mereka mengaku amalan itu adalah Bidaah Hasanah.
Lihat, indahnya ajaran ulamak terdahulu yang tidak claim terpaling sunnah, terutama bab Bidaah hasanah.
Maka inilah teguran saya bab nama sunnah, iaitu hati hati nak pakai nama ‘sunnah’ dalam majlis yang Nabi tak buatpun macam tu.
Apa apapun, ini hanyalah pendapat peribadi, yang mana jika saya ada salah dan silap, sila tegur saya dengan cara yang terpaling sunnah.
No comments:
Post a Comment