Oct 14, 2024

Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?

Kisah kerja Hari Jumaat.

 Alkisahnya, saya ni orang Terengganu, dah biasa cuti hari Jumaat, bila zaman remaja hijrah kerja kilang di Bangi terkejut juga dengan suasana kerja hari Jumaat yang mana waktu nak pergi solat Jumaat, lalu naik bas kilang yang sediakan khidmat ke masjid, Eh?  saya dan bangla jer naik, kawan melayu ramai ponteng solat Jumaat sebab keluarga bukan tahu pun.

 Bila borak dengan kawan kilang lain, tanya bab solat Jumaat, ada Kilang tak benarkan rehat lama, kata manager bukan islam, “kami pernah bagi rehat dari jam 12.30 tengahari sampai dua petang, tapi kami mendapati ramai pekerja islam tidak pergi sembahyang, mereka pergi main snoker, maka kami Tarik balik masa rehat. Aduhhhhh..

Ada Kilang bukan islam yang lain, hanya benarkan sekali sahaja pekerja pergi Solat Jumaat, saya tanya kenapa?

Katanya, supervisor islam bagitahu, boleh tinggal solat Jumaat, tapi jangan lebih tiga kali, baru berdosa, maka kami tidak mahu pekerja berdosa, maka memadailah sekali sahjaa mereka pergi solat Jumaat dalam masa sebulan..

Aduhai.., manager bukan islam tu berkawan dengan supervisor islam yang tak solat Jumaat, habis rosak operator lelaki nak pergi solat.. 

Kilang lain, ada surau berkunci, saya kena minta kunci untuk masuk, maka saya bertanya kepada manager bukan islam, kenapa kunci?, katanya ada orang islam bukan pergi solat, tapi tidur! Dan ada yang kencing di tempat wudhu! Kami Tarik balik kemudahan itu!

Aduhai…, begitulah nasib pekerja kilang zaman 90-an dulu, mungkin kurang dididkan agama, hingga jumlah pekerja tak solat ramai, tinggal solat jumaat selamba, lalu manager bukan islam tarik balik kemudahan rehat solat..

Tapi itu dululah, sekarang dah ramai jaga solat, hingga Kawan islam kepada Bang Yong Guk, insyaAllah telah amalkan Islam dengan baik, selalu jaga solat awal waktu, sehingga orang Bukan islam pun respek!

Siapa Bang Yong Guk?

Penyayi dari Korea, yang pernah hentikan konsert waktu maghrib untuk bagi penonton solat , rujuk event Colors Of Bang Yong Guk di KL, yang mana beliau berkata:

"Sekarang kita ada masa untuk solat, kita rehat 15 minit, kita akan mulakan semula sebentar lagi,"

Beliau kemudian tunduk hormat kepada para hadirin yang menjerit “terima kasih” lalu berjalan meninggalkan pentas bagi tempoh solat selama 15 minit.

Maka saya nak ucapkan, Tahniah kepada sesiapa sahaja Kawan islam kepada Bang Yong Guk, kerana anda telah amalkan Islam dengan baik, sehingga orang Bukan islam pun respek! InsyaAllah jika terus amalkan Islam, maka orang bukan islam akan terbuka hati nanti untuk masuk agama islam sekaligus menyelamatkan mereka dari azab api neraka.. Alhamdulillah..

Maka lepas ni boleh dah panggung wayang jangan buka jam 7 malam, sebab sah sah orang akan tinggal Magrib, jika buka jugak, tutup kejap 15 minit, sama juga geng tengok bola, masuk sebelum magrib, penganjur dan penaja pakat pakat sediakan ruang solat magrib berjemaah sama sama, atau geng bercuti tepi pantai, sebelum asar dah datang, boleh jer ambik air laut sebagai wudhu dan solat ramai ramai.., sebab sesungguhnya, ikut hadis, bukan di kira orang islam jika tidak solat..

Solat tu tiang agama, dan beza islam dengan kafir, adalah solat lima waktu! 

Sebab tu hukumnya Berdosa jika tinggalkan solat dengan sengaja, atau lengahkan solat juga berdosa tanpa alasan darurat..

Kat Mekah, atau Madinah, bila azan jer semua kedai tutup, tiga juta orang, semua solat, tengah panas pun mereka solat, asal dapat solat awal waktu dan berjemaah.. 

Sungguh solat awal waktu dan berjemaah adalah Sunnah Nabi Muhammad SAW..

Tiada tempat dalam islam bagi mereka yang sengaja meninggalkan Islam,

Zaman Nabi, bila orang islam amalkan islam dengan ikhlas dan bersungguh sungguh, maka terlihat peristiwa orang bukan islam, berbondong-bondong masuk islam di sertai turunnya ayat Al Qran yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH, kerana pintu kemengan telah di buka… (rujuk surah An- nashr) 

Terfikir tak? kenapa zaman tu orang berbondong bonding masuk islam? Bukankah zina dan arak di haramkan dalam islam?, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas, tapi kenapa ramai pulak orang yang masuk islam?, siap kena sunnat lagi bagi lelaki, wanita kena pakai tudung, tapi ramai sangat pilih masuk islam, kenapa?”

Untuk menjawab soalan ni, kita patut bertanya kepada seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang islam dan bersumpah tak nak masuk islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyiksa mayat orang islam. akhirnya beliau di dapati telah masuk islam jugak akhirnya…, alhamdulillah, inilah orang yang kita cari..

Sekarang peluang untuk kita tanya dia, kenapa kamu masuk islam?, kenapa masuk islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. Kena tutup aurat semua, Kenapa?

Saya tanya pada kamu dengan jujur sebab dulu kamu pernah bersumpah tak nak masuk islam bukan?, mati hidup balikpun kamu cakap tak nak masuk islam, alih-alih? Dengar berita dah masuk islam.. Kenapa..ek?!

Berceritalah Hamba Allah ini dalam bahasa arab, lebih kurang cerita, setelah di alih ke bahasa pasar melayu yang lebih mudah di fahami bunyinya adalah begini lebih kurang..

Beliau sebenarnya tersenarai dalam golongan 10 orang yang halal namanya untuk di bunuh oleh orang islam kerana banyaknya jenayah yang telah beliau lakukan terhadap orang islam, ketika Nabi Muhammad SAW menakluk Mekah, (Fatal Mekkah), beliau terus bersembunyi sebab takut kena bunuh..

Pada waktu itu, beliau sangka orang islam pasti akan buat karnival sureheboh secara besar-besaran atau parti kemenangan kat Kota Mekkah kerana dah berjaya tawan pusat tumpuan seluruh Bangsa Arab, namun sebaliknya pada malam itu tiada apa-apa yang berlaku.., tiada sureheboh, jomheboh atau pasar malam, yang ada adalah qiamulai atau nak senang faham orang islam hanya di lihat sibuk beribadat di sekeliling Kaabah..

Kata beliau, pada malam itu pandangan matanya telah ‘melihat sesuatu’ yang mana kerana itulah beliau masuk islam. 

Beliau telah ‘melihat sesuatu’ yang mana kerana itulah beliau masuk islam..? tanya kita balik?

Apa yang beliau lihat?

Bagaimanakah ‘pemandangan’ yang di lihat oleh seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang islam dan bersumpah tak nak masuk islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyiksa mayat orang islam akhirnya beliau masuk jugak islam setelah melihat satu ‘pandangan’ yang cukup mengkasimakan?

Saya rasa bukan sahaja beliau yang mengalami situasi ini, malahan selepas itu, berbondong-bondong manusia kafir yang lain juga telah masuk ke dalam ugama islam kerana telah melihat ‘pemandangan’ ini…

Apakah ‘pemandangan’ itu?

Dan saya tak nafikan, pemandangan itu agak terhad di Malaysia sekarang ini, kerana itulah jumlah orang bukan islam agak ‘lembab’ nak masuk islam kat sini...

Jadi, Apakah ‘pemandangan’ itu?

Dan kerana tiadanya ‘pandangan’ sedemikian, hari ini ada orang islam yang murtad..

 Apakah ’pandangan’ itu?

‘Pandangan’ yang di maksudkan oleh Hindun isteri Abu sufian yang anti islam adalah..

Beliau telah melihat...

ORANG MENYEMBAH ALLAH DENGAN CARA YANG PALING LAYAK SELAYAKNYA ALLAH DI SEMBAH!!!!

Hindun yang dah bersumpah tak nak masuk islam, tapi akhirnya masuk islam jugak, tanya suaminya kenapa?

“Bukan aku yang masuk islam, tapi islam yang masuk ke dalam aku”

Lalu beliau terus membongkar rahsia:

“pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya, yang membuatkan aku masuk islam…

Kata kunci..

MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!

Respek!

Cuba renung ke zaman ini, kita kira berapa ramai antara kita yang benar benar sembah Allah di waktu subuh pada waktu yang betul dan pada tempat yang betul?

Berapa orang?

Ada yang balik Haji pun tak pergi solat bejemaah, hidayah sungguh….

Maka marilah kita azam, untuk sembah Allah dengan cara terbaik, masuk waktu jer terus kita solat awal waktu, berjemaah, seeloknya tempat azan di azankan..

Jika semua orang islam amal macam ni, maka respek akan datang pada orang bukan islam, sebab mereka akan terkesan sewaktu melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya Allah di sembah..

Maka dengan respek, hidayah akan tersebar, InsyaAllah.

Semoga Allah pilih kita dan semua keturunaqn kita jaga solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan.. sama macam alaman Nabi dan Sahabat yang berada di jalan lurus, hari hari kita doa dalam Aftihah jalan yang lurus, sungguh jalan yang lurus itu ada dalam menjaga solat awal waktu.

Semoga Bang Yong Guk masuk islam, dan waktu konsert lain kali, beliau azan tentu sedap!

Woha!

Eh? Apa pendapat abang mayat cuti hari Ahad atau Jumaat? Terpulang kepada kebijaksaan pemerintah, dan kita yang bercuti hari apapun, terus usahakan jaga solat berjemaah di masjid sebab itu adalah sunnah Nabi. Semoga Allah pilih kita semua duduk saf depan tiap kali azan diazankan, amin.

No comments:

Post a Comment