Sep 18, 2024

Pengalaman singkat saya bersama GISB?

(Tersungkur Di Pintu Syurga)

Alkisahnya, pergi Haji tahun lepas, ada kawan ajak pergi Wadi Berkat di Hudabiyyah, saya sangkakan bilik berkat, iaitu sejenis perkhidmatan sewa bilik murah untuk suami isteri di Mekah, laju saya cakap nak ikut, tapi bila follow kawan saya tu, rupanya, tempat rehlah milik GISB. (Global Ikhwan)

Kat situ ada peluang berkuda, naik unta, memanah, makan masakan Malaysia, dan sewa bilik.

Bagusnya rehlah di situ, semua aktiviti berkuda, memanah, naik unta, taman kucing dan lain lain adalah tidak dikenakan bayaran tetap, hanya perlu bayar seikhlas hati, tapi sewa bilik dan makan kena bayarlah.

Bolehlah jemmaah Haji pergi rehlah santai santai lepas habis musim Haji.

Balik Malaysia, ada kawan ajak makan roti canai kedai Ikhwan, baru perasan pekerja yang kerja di situ pakai uniform sama dekat arab sana, ohh, milik GISB juga rupanya

Baguslah umat islam maju dalam berniaga, harga pun tak mahal mana, dan bila kawan buka cerita, katanya Ikhwan ni datang dari pecahan kumpulan Al Arqam yang mana ketua mereka mengaku Imam Mahdi, yang telah difatwakan sesat, dan Abuya telah bertaubat katanya.

Maka harapnya Ikhwan ni dijauhilah dari gejala sesat macam Al Arqam, jangan sampai ketua baru nanti nak diangkat macam Imam Mahdi pula, sebab ajaran sesat ni banyak cabang dan salah satu bila mengaku Imam  Mahdi tanpa tunggu Nabi Isa…

Teringat jugak kat Mekah tu bersembang dengan Jemaah Haji DIY dari indonesia, yang sanggup masuk lorong tikus ke Mekah, katanya Imam Mahdi akan tiba pada hari Arafah nanti.

Wow, epic ni, jika tahun saya di Arafah serentak dengan ketibaan Imam Mahdi.

Sedang asyik bersembang, datang askar arab suruh beredar sebab mereka sedang nak buat sekatan baru untuk ruang solat.

Hajji Hajji!

Jerit askar arab suruh semua orang bersurai..,

Bila fikir balik akan kenapa ramai askar arab ni bersikap tegas, rujuk sejarah, pada tahun 1979 pernah muncul rampasan Kaabah oleh pemberontak yang yakin Imam Mahdi dah muncul lalu berlaku tembak menembak mengorbankan 200 nyawa.. termasuk Imam yang diakui Imam mahdi…

Waktu tu saya baru jer lahir.. bila besar sikit dapat berita Imam mahdi lahir 1937, dan akan jadi Imam mahdi pada tahun 1987..

Saya kecik lagi masa tu, tapi berita ni tersebar dalam pengikut Arqam, akhirnya ketua mereka ditangkap, di dakwah, dan bertaubat.

Menjelang remaja, saya dapat berita, Imam Mahdi dah lahir pada tahun 1960, dan menjalang Y2k, iaitu tahun 2000, semua alat elektronik akan rosak sebab computer faham tahun 99 sahaja, bila digital tukar pada 00, maka interfacial intelligence alat elektronik tak berfungsi, maka negara kuat akan jadi lemah dan perang dunia ketiga guna pedang akan kembali, perghh dahsyat. Kebetulan waktu itu ada satelit Rusia dilancarkan dan ada huruf KFR tercetak pada badannya, maka satelit itu adalah Dajjal mata satu sebab ada kamera, dan KFR adalah tanda Kafir di dahinya.

Ini adalah sebahagian kisah teori konspirasi yang terkenal zaman saya muda dahulu, oleh sebab Imam Mahdi lahir tahun 1960, maka dikatakan tahun 2000, beliau akan dilantik menjadi Khalifah Islam, kebetulan pula ada berita kaabah berkunci, tiada yang boleh buka kena tunggu Imam Mahdi.

Waktu itu dalam jemaah dakwah tabligh, boleh pulak karkun masa tu ada yang yakin dajjal akan keluar tahun 2000, Imam mahdi akan muncul lawan dajjal, dalam ceramah bayan magrib ada yang cerita pasal amirsab dunia dah meninggal, Imam mahdi akan jadi amirsab tabligh, dan dia akan mufarakah dari jemaah tabligh jika bukan Imam mahdi jadi amirsab!

Pergh dahsyat, hinggal Syura Terengganu datang bagi nasihat, jangan ceramah tentang masa depan yang kita tak tahu, ramalan ni bukan tepat, ceramah hanya apa ada dalam Al quran dan hadis, jangan tokok tambah ceramah dengan teori konspirasi, Nabi pun tak tahu bila kiamat, kenapa kita nak emosi paksa orang percaya ceramah kita tentang ramalan masa depan?

Lalu jemmah insaf, jemaah tabligh di larang bercakap isu semasa atau isu ramalan, hanya boleh berceramah atas langit (cerita dari wahyu) dan bawah bumi (kisah nabi dan sahabat yang dan meninggal) sahaja yang berligar sekitar enam perkara iaitu, Iman, Ibadat, Ilmu, Akhlak, Niat, dan Dakwah.., jangan keluar dari enam perkara.

Akhirnya masuk tahun 2000, dan terbukti semua ramalan teori konspirasi adalah palsu, betul kata amirsab tabligh, buang masa cakap teori konspirasi sebab saya pernah ada pengalaman bermuzakarah dengan orang kampung yang tahu semua konspirasi dunia, tapi esok solat subuh berjemaah, tak datangpun solat, bah kan solat berjemaah lima waktu pun fail, nampak sangat ilmu konspirasi tak menguatkan iman langsung.

Masuk tahun 2006, saya mula menulis blog keretamayat, sebagai nota ceramah kepada diri, dan antara perihal yang saya kongsi adalah teori konspirasi ni jangan layan sebagai ilmu sebab semua orang boleh isi ruang kosong dengan cerita palsu.

Lepas tu heboh teori baru, Imam mahdi lahir tahun 1972, dan akan jadi Imam Mahdi pada tahun 2012, muncul pula peluru pandu Iran bertulis Ya Mahdi, maka terus ada yang susun jadual, kaabah berkunci Tarikh sekian sekian, dajjal muncul sekian sekian, 2010 dajjal keluar, lawan Nabi Isa, dan Imam mahdi semua, 2012 katanya…

Paling best ramalan gerhana dengan tepat padahal boleh rujuk kelendar falak jer, tapi ramai yang bertambah yakin.

Ada juga berita Harun Yahya mengaku Imam Mahdi, di Indonesia pun ada, di Iran pun ada… macam macam teori konspirasi..

Akhirnya, 2012 berlalu dan orang kafir siap buat filem kiamat 2012 ambik peluang kaut buat duit sebab konspirasi ni adalah sains fiksyen sahaja.., jika jual ada yang akan beli!

Kalaulah internet ni takde, teori kospirasi ni akan masuk ruangan karya fiksyen di perpustakaan, dan jika difilemkan akan masuk katogori Parallel Universe,

Tapi masalah bila masuk di internet, masuk Youtube, masuk Facebook, orang jahil akan anggap teori konspirasi adalah betul, sebab takde ruang ‘fiksyen’ dilebelkan, adohai..

Maka mulalah merepek repek youtubers nak lakukan channel dengan kongsi teori konspirasi paling gempak!

Aduh..

Lebih ramai terpedaya, bila guna hujjah agama untuk menunggang, dimasukkan sentimen dan kisah akhir zaman yang seakan akan mirip dengan tafsir isu semasa,

Contohnyam saya pernah dapat wasap bagitahu Imam Mahdi lahir tahun 1980, dan sekarang umurnya 43 tahun sedang tunggu Bait Nabi Isa, katanya Covid 19 adalah tak wujud, dan usaha vaksin nak jadikan manusia tentera dajjal.

Tapi habis Covid ternyata orang kena vakcin tak jadi robot, maka katanya vaksin gagal sebab bau rokok tembakau telah selamatkan manusia, maka wujud konspirasi kerajaan nak haramkan rokok sebab itulah cara nak bagi vaksin berfungsi semula ubah otak manusia menjadi tentera dajjal.

Pulak dah..

Dan terkini ada berita bagitahu GISB nak kahwinkan anak perempuan mereka dengan Imam Mahdi, ada pulak ajaran kahwin silang, hambakan kanak kanak, ajar meliwat dan sebagainya,

Nauzubillah.

Jika betul GISB buat ajaran sesat macam tu, memang elok kena tangkap dan dihukum, semoga semua anak anak di asrama yang diliwat dan di ajar liwat dapat diselamatkan dari semua ajaran sesat.

Ya Allah, jauhilah kami dan kuturunan kami dari jalan yang sesat, dan selamatkan semua anak anak yang terinaya, pimpinlah mereka semua ke jalan yang benar, bantulah segala usaha membenteras ajaran sesat, sungguh tiada daya upaya melainlan dengan izinMu Ya Allah.

 Amin Ya Rabbal Alamin

Link: https://youtu.be/URJ9aCvOJqQ?si=02i28dU3djnTM0DP



1 comment:

  1. Walaupun nampak bagus, akidah adalah lebih penting untuk kelompok begini. Mereka agak tertutup berbanding Arqam dahulu.

    ReplyDelete