Jun 11, 2022

Sediakan Tisu sebelum membaca?

Hi, nama saya Iman. Saya Autisme boy.

Sempena kisah parent kena bayar RM 20k akibat anak pecahkan patung mainan, maka saya nak share kisah ayah saya dengan gantian kos yang mahal, bertabahlah ayah!

Alkisahnya rujuk gambar bekas minuman Ironman dan saya dan ayah sewaktu umur saya 7 tahun.

Gambar ini adalah kenangan bahawa ayah saya pernah membeli bekas air paling mahal pernah dibeli seumur hidupnya.

RM60 satu tau!

Semua ini disebabkan saya berlari dalam kedai mainan dan merempuh almari  hingga bekas ini jatuh dan calar sedikit.

Tauke kedai cakap ayah saya wajib beli.

Saya lihat ayah saya merayu dikurangkan harga dengan menunjukkan kad OKU saya.

Tapi tauke kedai suruh bayar harga full.

Ayah saya membayarnya dengan tabah dan memeluk saya sambil hadiahkan bekas air dan cakap ini hadiah hari jadi!

(Setiap bulan hari jadi saya, serentak dengan tarikh hari jadi semua orang disekeliling saya)

Tak lama kemudian,Ayah ajak saya pergi kedai buku, sedang asyik ayah membelek buku, tiba tiba saya ternampak sebuah buku tebal kulit keras yang ada gambar lego Star Wars, saya terus capai dan belek laju laju nak tengok semua gambar sehingga keluar bunyi prak’ tanda ada muka surat terkoyak bahagian dalam.

Terus wajah ayah saya berubah, rampas buku dari saya dan pusing belakang buku, ayah saya berwajah sedih sebab harga buku RM70 ringgit, saya nampak ayah tengok kiri kanan dan yakin tak ada siapa yang nampak, CCTV pun tak ada, tapi Allah melihat apa yang ayah saya buat, dan apa yang ayah saya buat di nilai oleh Allah.

Walaupun tiada saksi, tiada CCTV, saya lihat ayah dengan tabah membawa buku itu dikaunter dan bayar RM70, guna kad kredit sebab takde duit cash, itulah buku paling mahal pernah dibelinya untuk anak anak, bertuahkan saya?

Kemudian Ayah memeluk saya sambil hadiahkan buku lego star wars dan cakap ini hadiah hari jadi lagi!

Maka pesan saya jika korang datang rumah ayah Saya dan tengok barang mahal tak masuk akal yang ayah belikan, jangan tuduh ayah saya boros, atau buruk sangka ayah saya ni kaki membazir, sebab semua barang mahal tak masuk akal nak beli itu ada kisahnya tersendiri.

Akhir kata, Salam simpati pada parent yang kena bayar RM20k akibat anak bersandar pada patung mainan… dan terima kasih ayah saya sebab belikan botol minuman Iron Man yang mahal bersama buku lego star wars yang tebal versi kulit keras.

Saya kagum dari dekat!

Woha!

Ps: Agaknya itulah yang anak autisme saya cakap jika dia boleh bercerita. Sekarang sudah 9 tahun. Masih kekal darjah dua tak naik kelas sebab masih belum pandai banyak perkara, Doakan yang baik baik buat semua.

Apa-apapun, Terima kasih buat anda yang sudi beli buku kisah anak syurga saya. Satu sudut rezeki keluar, satu sudut rezeki masuk, semua dengan izin Allah, Alhamdulillah

1 comment:

  1. RM20k...masyaallah...apa kesudahannya...tetap kena bayar ke..

    ReplyDelete