Jun 11, 2022

Rahsia Tetamu Allah?

Semalam saya buat Rumah terbuka, jumlah tetamu lebih kurang 150 orang, Alhamdulillah, semuanya lancar… puas hati tengok tetamu dapat makan kenyang, dapat rehat dan lepak, dapat borak..

Lauk simple sahaja,  Nasi minyak, Laksa, Rendang, Mee Hoon, buah buahan, kuih mueh dan menu paling laris, airTeh Tarik, dua ke tiga kali bancuh bekas besar, resepi Garam chai!

Alkisahnya, bila kita jemput orang jadi tetamu kita, maka kita cuba jemput pada waktu mereka mampu datang, kita cari Tarikh yang sesuai, agar mereka ada masa lapang.

Kita juga berharap tetamu sihat wal afiat, agar mereka dapat hadir dengan aman, dan dapat mengecap semua juadah dengan penuh berselera..

Hak tetamu jangan lupa, sambut mereka dengan wajah yang ceria, kedatangan diraikan, dan wajib berikan mereka Ruang untuk masuk rumah kita, jangan biarkan tetamu berdiri tanpa arahan mesra..

Lepas tu macam biasa, wajib berikan mereka makan dengan menu yang terbaik, dan kita hiburkan mereka dengan berborak apa sahaja yang mereka suka, jaga keselamatan mereka, dan kita tak bagi mereka balik selagi tak kenyang makan, begitulah kisah rumah terbuka..

Baiklah, Sekarang saya nak kita semua renungkan, yang mana setiap hari Allah juga buat rumah terbuka, bukan setahun sekali macam kita, malahan Allah buat rumah terbuka lima kali setiap hari menandakan Allah suka sangat kita jadi tetamunya.

Maka sebagai tetamu Allah, perasan tak? Yang mana, jika kita telah dipilih menjadi tetamu Allah, maka kita mendapati, Allah telah layan kita jauh sebelum sampai ke masjid lagi, yang mana Allah secara senyap senyap telah memberi lima nikmat hidup yang sangat besar kepada setiap tetamu Allah!

Pertama, Allah lapangkan masa kita..

Bayangkan, di saat orang lain sibuk dengan pelbagai urusan, ada yang sedang bertungkus lumus bayar hutang, di kejar musuh, kereta selalu rosak, rumah selalu bocor, anak meragam, jiran dengki, tapi tetamu Allah yang dipilh untuk ke masjid, tiba tiba selamba jer memiliki masa lapang yang sangat luas, selamba jer mereka hidup macam orang lain juga tapi masih mampu hadir ke rumah Alah seawal subuh,

rezeki mereka di elak ke waktu lain, zohor asar margrib isyak, lapang jer masa mereka sedangkan manusia lain bergelut dengan jadual hidup yang padat, kesesakan lalu lintas, jadual makan ubat, jadual itu ini, hingga tak sempat ke masjid, maka renungkanlah kenapa Allah tak pilih saya jadi tetamu Allah? Dan carilah jalan agar kita termasuk dalam senarai tetamu Allah, maka pasti masa kita akan dilapangkan…

Kedua, Tetamu Allah akan di beri rezeki yang berkat.

Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:-

Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah..,

Sebab itulah ahli masjid tetamu Allah tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat kerana Kekayaan atau kemiskinan tidak menghalang mereka pergi ke rumah terbuka asbab berkatnya rezeki mereka, Alhamdulillah.

Maka renungkanlah kenapa Allah tak pilih saya jadi tetamu Allah? Sedangkan kereta saya mahal? Rumah saya besar, tapi pintu rumah saya tak terbuka waktu Allah buat rumah terbuka? Kereta mewah saya tak dipilih Allah untuk parking di depan rumah NYA? Kenapa yer?, Dan carilah jalan agar kita termasuk dalam senarai tetamu Allah, maka pasti kenderaan kita akan dimudahlan parking di masjid, Alhamdulillah..

Ketiga, Nikmat kesihatan.

Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita kelumpuhan di rumah, atau sibuk jadual tukar darah, ada tetamu Allah yang disihatkan lalu dipilih untuk imarahkan masjid, sungguh nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit-sikit, datang bertongkat, atau mengesot, dan solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid,

malahan berkerusi rodapun ada yang mampu datang, sebab bila Allah dah suka, pasti dizinkan datang ke rumah NYA, macam kita buat rumah terbuka, kawan kita yang OKU pun kita mudahkan dia datang, maka mudah bagi Allah untuk pilih OKU berkerusi roda, solat di tepi saf, datang lima waktu, Alhamdulillah..

Maka renungkanlah kenapa Allah tak pilih saya yang sihat wal afiat ni jadi tetamu Allah? Tak kan bila dah kena stroke pakai pampers baru nak papah ke majid? Renung renungkanlah…

Baiklah, Nikmat ke empat yang kita dapat sebagai tetamu Allahapa pula yer?

Okey, nikmat ke empat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH.

InsyaALlah tetamu Allah ke masjid ni bebas musuh, jika ada musuh takdelah mereka nak pergi masjid sebab di jalan dah ada orang kejar, maka masjid ini bayangan syurga, iaitu tempat saling berkasih sayang, InsyaAllah Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga,

sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang Jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, kanak kanak dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang, alhamdulillah. Meriah macam rumah terbuka di buatnya masjid itu..

Dan nikmat ke lima, adalah nikmat di beri berita gembira!

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said r.a, Rasulullah S.a.w bersabda:

Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat...

Maka tahniah jika suami korang, atau anak lelaki korang, atau menantu korang semua itu, termasuk dalam senarai tetamu Allah setiap hari, bersaksilah, suami,anak lelaki dan menantu korang adalah ahlis syurga!

Jadi kesimpulan kisah ini adalah,

Allah buat rumah terbuka lima kali setiap hari, dan siapa yang terpilih menjadi tetamu Allah akan diberikan lima nikmat hidup.

Bab nikmat akhirat juga ada lima, janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.

Wah, sempurna semua nikmat, dunia dan akhirat,

Tahniah buat suami, anak lelaki dan menantu korang! Pakcik kagum dari jauh!

Woha!

No comments:

Post a Comment