Feb 17, 2022

Tabligh tak cegah maksiat?

Bila saya share kisah Nabil dan Aliff Aziz di pentas Gegar vaganza pernah keluar Tabligh, maka ada yang kecam, Tabligh ni ajak buat baik jer, menyanyikan haram?, main gitar garam?, muzik haram?, kenapa Tabligh tak cegah mungkar? Tabligh sesat sebab biarkan artis terus buat maksiat walaupun dah ikut tabligh!

Adohai.., Orang tak pernah turun padang berdakwah memang suka kecam, dia nak orang terus berubah 100% padahal zaman Nabi pun sahabat minum arak, ayat Al quran tak haramkan terus, sebab nak ajak orang buat baik ni bukan boleh paksa paksa.

Satu lagi, semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadis bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang tak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orang? kan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, Nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Bermakna di sini, jika orang yang kita tak tahu apa ada dalam hati mereka tapi kelihatan mereka tak mencegah mungkar itu di tuduh ‘sesat’ kononnya, bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak amal makruf?

Saya ulang!, Bagaimana pula orang yang terang terang mencegah orang yang nak menyeru kepada kebaikkan?

Lagi sejuta kali sesat sebab hanya syaitan yang tak suka kepada orang yang nak menyeru kepada kebaikkan!

Jangan ikut setan boleh tak?

Satu lagi, jom rujuk  Al-Quran bab cegan mungkar, firman Allah:

" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar…” ( Al-Ankabut 29:45]

Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., Al faham ke idop?

Jadi, jika kita tengok orang tak solat, lalu kita nak cegah mungkar mereka bagaimana? Bakar rumah mereka? Pukul mereka? Tidak, Nabi tak ajar macam tu, kita hanya perlu ajak dan pujuk rayu dengan kasih dan sayang agar mereka bersolat.., itulah maksud amal makruf sedang dalam hati kita benci dengan maksiat mereka yang mana disitu juga wujud nahi mungkar.., faham tak? dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.

Kemudian Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi di dalam Masjid.

Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi melaksanakan tugas Nahi anil munkar.

Betul.., ada Nabi yang mencegah mungkar dengan memecahkan berhala, Nabi Ibrahim namanya, tapi lepas buat terus kena bakar! Mujur Nabi ada mukjizat kalis api, kita hari ni nak cegah mungkar pecahkan berhala, tengok apa jadi?!

Maka biarlah artis nak keluar tabligh, sebab orang keluar tabligh pasti jaga solat, ada hadis orang tanya pada Nabi tentang pencuri yang bersolat, apa pendapat nabi?, maka pesan Nabi: terus ajak dia bersolat, kerana solatnya akan mencegah perbuatan mencuri..

Sungguh dakwah ni seni pujuk hati orang dengan halus dan hikmah..

Untuk faham ni, sepanjang pengalaman berkawan dengan orang dakwah tabligh, dalam bab kita nak ajak orang masuk islam, kita jangan caci agama dan adat mereka, nanti mereka akan caci Allah, maka caranya adalah dengan tunjuk akhlak yang baik, dan dakwah lemah lembut, dan jika ada adat budaya mereka yang boleh di islamkan, kita ‘islam’kan adat mereka agar mereka lebih tertarik pada islam.

Itu yang saya percaya, zaman nenek moyang orang melayu sembah batu dulu, memang ada amalan makan tiga hari waktu kematian dan disertai majlis meratapi mayat, iaitu memukul badan dan salahkan takdir, amalam itu confirm haram! Maka bila di kurun ke 4 hijrah, dah ada amalan mengumpul zikir oleh ulamak Yaman, jadi pendawah berhikmah di tanah melayu tukar majlis makan tiga hari sambal meratap itu dengan zikir dan doa lalu menjadilah majlis tahlil! Alhamdulillah.

Sebab tu zaman sekarang, orang melayu dan islam tak boleh dipisahkan sebab budaya dan adat telah lama di islamkan, sebab tu puak Wahabi taksub berasa pelik jumpa amalam himpunan zikir dan waktu membaca al quran yang korang tak akan jumpa pada budaya orang arab sebab semua itu datang waktu pendakwah berhikmah zaman dulu yang faham masalah ni,  dengan budaya ini, anak cucu orang melayu yang paling pemalas pun akan ada ruang belajar zikir tiap kali lepas solat, berlajar wirid tiap kali ada tahlil, belajar bab kubur bila ada talkin, belajar berselawat bila ada maulud.., baca yassin sekali seminggu, dan itu yang paling malas, yang cemerlang terus menjadi ulamak nusantara pergi berdakwah seluruh alam.

Sebab tu bila cerita pasal bangsa melayu, saya sangat respek pada nenek moyang orang malayu, sebab? sedang nenek moyang bangsa lain hingga ke hari ini masih terkial kial bab ketuhanan, terkial kial memilih agama, terkial kial tuhan ada tiga, mana mak, mana anak? dan ramai makan babi serta bunuh diri di zaman ini, nun bangsa melayu semuanya dah masuk islam sejak zaman berzaman. Masalah makan babi takde dalam kamus hidup prang melayu, masalah ketuhanan yakin tuhan itu Satu semuanya sangat bagus cuma tinggal nak sembahyang ke tak jer. (ramai melayu zaman sekarang tak sembahyang dan itu menyedihkan)

Sebab tu usaha ajak solat macam geng tabligh buat kita kena sokong! Dan cara nak ajak orang pada Islam kena tiru pendawah zaman kesulatanan melayu dulu, slow slow islamkan budaya..

Sebab tu sekarang ni dalam bangsa melayu kita akan berdepan dengan usaha mempromosikan islam dalam budaya dan hidup dengan budaya yang telah di islamkan, tak percaya cuba korang kaji budaya melayu: dalam silat ada falsafah Islam, dalam baju ada falsafah Islam, butang baju melayu lima ada cerita islam rukun lima, baju melayu johor cekak musang butang satu cerita kisah tauhid satu, belum cerita bab tanjak pun ada falsafah islam (ya, saya seorang pengarang tanjak) dalam lekuk ada lima merujuk kepada solat, dalam ikatan tanjak ketupat palas, simbul ikatan halal perkahwinan dan macam macam.

Lepas tu, jika korang rujuk sejarah melayu sebelum islam memang ada unsur hindu, seperti bahagian bilah melambangkan wujudnya lingga manakala di bahagian ganja pula membawa maksud yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan antara lingga dan yoni membawa maksud simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.

Bila datang pendakwah berhikmah di zaman silam mengenali falsafah pada tradisi Keris orang Melayu ini, maka mereka memperkenalkan falsafah Islam yang lebih molek, tanpa menyuruh orang Melayu meninggalkan tradisi keris yang merupakan identiti bangsa Melayu. Lok keris lima melambangkan rukun Islam. Lok keris tujuh melambangkan tawaf. Lok keris 13 melambangkan rukun solat manakala lok keris 17 pula melambangkan bilangan rakaat solat lima waktu.

Banyak lagi contoh-contoh lain bagaimana berhikmahnya ulama berhikmah di zaman silam dalam mencipta budaya dan adat tradisi baru menyerupai adat lama tetapi diberikan dengan nafas Islam.

Adakah ini bidaah? Ya tapi bidaah hasanah, bidaah yang baik, mengenalkan islam dalam budaya dan adat.

Tapi beratus tahun kemudian, ada anak-anak muda yang belajar di Saudi, Jordan dan seumpama dengannya pulanglah lepas belajar. Mereka memandang kebudayaan dan adat tradisi Melayu sebagai bidaah sesat, tanpa menghormati hikmahnya ulama berhikmah zaman silam meng-Islam-kan masyarakat tempatan tanpa penaklukan empayar, hujung pedang seperti mana yang berlaku di bahagian lain dunia ketika itu.,

Dari semua cerita ini, saya yakin, jika pendakwah jenis keras yang datang berdakwah pada nenek moyang orang melayu masa zaman Hindu-Buddha atau Animisme dulu, percayalah akan berlaku perang saudara dan orang Melayu mungkin akan mengamuk sebab bangsa ini dulunya menjunjung adat.

Lepas perang, dengan sifat tolak ansur dan bijaksana, orang Melayu mungkin Islam jugak, tapi berperingkat peringkat macam bangsa lain yang bijak masuk islam berperingkat secara berperingkat.

Jadi saya nak ucapkan syukur, sebab: rupa rupanya: bukan Pendakwah Wahabi taksub yang datang berdakwah di melaka dulu.

Woha!

Akhir kata, balik ke zaman ini, dalam budaya melayu yang telah di islamkan, muncul pula budaya barat dalam bentu hiburan, anak anak muda berbondong bondong tinggalkan solat dan pilih hiburan, hingga masjid menjadi kosong dan lengang..

Maka satu usaha untuk Kembali memakmurkan masjid perlu di buat, kerana masjid tempat umat islam solat lima waktu, lalu dari puntu masjid muncul bermacam macam fahaman nak ajak orang ke masjid, ada PAS, AMANAH, TABLIGH, WAHABI, ASWAJA, bergerak ke sana kemari mencari orang Kembali bersolat.

Dan dicelah celah kehidupan, kelihatan artis perempuan mulai bertudung, lelaki mulai bersolat..

Pelan pelan kayuh, tapi jangan lupa..

Sesungguhnya, Solat kitalah yang mampu mencegah maksiat kita, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

Akhir kata, ikutlah mereka yang mengajak kepada kebaikkan, dan jangan sekali kali korang menjadi golongan yang mencegah orang yang nak amal makruf!

Jom keluar tiga hari.

Woha!

1 comment:

  1. InsyaAllah adalah sesuatu yg agak mustahil kalo sedara mara kita sesama islam ni mereka langsung x ajak "orang" solat.. X kan kalo si ayah solat anak bini dia lak x solat,maka xkan la si ayah x cari@folo up ajak anak bini dia solat.. Kalo si isteri solat n suami x solat xkan si isteri tu x ajak suami dia solat..kalo anak bini suami semua x solat.. X kan mak ayah kepada mereka pulak x ajak anak menantu cucu dia solat.. Xkan la kalo ada kawan yg solat dia x ajak kawan dia yg x solat tu solat sekali..bahkan kita kecik2 dlu biasa dgr mak kita tegur ayah kita kalo nampak mcm rajin sangat pulak ayah kita solat kat rumah sendiri2.. Mak kita cakap.. "bawak2 la ke masjid abahnya oiii.."hehe..
    memang sedara mara kita wat kerja ni dah ajak orang solat, ye la yg namanya anak bini, menantu cucu, kawan2 itu kan semuanya dipangggil" orang", bukan alien..
    Mungkin kita je x berapa perasan mereka dah buat..

    Allah dan rasul suruh semua umat islam itu ikuti jalan yg lurus,itulah jln nabi saw ahlusunnahwaljamaah.. Sebab tu toknenek moyang kita@ulil amri kita ni,sebelum kita lahir lagi kat dunia ni dan berdegor2 sembang bantai sedara mara sendiri,mmg mereka awal2 dah buat keje dah utk anak cucu.. Jgn kata sebelum kita lahir,Sebelum moyang kita lahir pun mereka dah buat dah.. Ulil amri start ajar anak kita secara bersepadu@seragam tentang jalan ahlusunnahwaljamaah sedari awal umur tujuh tahun, terangkum la sekali tentang solat@feqah semua disitu..

    mengajak orang solat itu sangat baik dan mulia apatah lagi usaha itu dibuat secara tersusun dan bersistem seperti apa yg diusahakan jemaah tabligh..

    Dan titi kan la apa yg kita semua usahakan itu diatas jalan yg lurus@jalan nabi saw@ahlusunnahwaljamaah..
    insyaAllah..
    Perkara ni tidak boleh dimungkiri.. Sebab perkara ini sangat pokok dan penting la maka toknenek kita dah wat keje sistemkan siap2..anak kita Tujuh tahun dia dah masukkan perkara ni dalam kepala@hati anak2 kita tentang jalan yg lurus ini@jalan nabi saw@ahlusunnahwaljamaah..

    Semoga kita semua baik2 je semua ajhirnya insyaAllah..

    ReplyDelete