Jangan cerita hal ehwal rumah tangga yang tak elok pada orang lain di media sosial..
Alkisahnya...
Suatu hari Nabi Ibrahim a.s datang melawat anaknya Nabi Ismail
a.s. yang berada di Mekah. Tapi Nabi Ismail tak ada, yang ada hanya isterinya
yang mengeluh tentang masalah rumah tangga. Maka pesan Nabi Ibrahim a.s pada
isteri Nabi Ismail agar pesan kepada suaminya supaya tukar pintu rumah yang
baru.
Apabila Nabi Ismail
pulang ke rumah, isterinya menceritakan tentang kisah seorang lelaki
datang menyuruh tukar pintu rumah, maka fahamlah Nabi Ismail bahawa lelaki itu
adalah Nabi Ibrahim dan maksud menukar pintu adalah menceraikan isterinya dan
kahwin dengan perempuan lain.
Kisah kedua...
Suatu hari yang lain, Nabi Ibrahim a.s datang melawat
anaknya Nabi Ismail a.s. yang berada di Mekah. Tapi Nabi Ismail tak ada, yang
ada hanya isteri barunya yang mensyukuri nikmat rumah tangga. Maka pesan Nabi
Ibrahim a.s pada isteri Nabi Ismail yang baru agar pesan kepada suaminya supaya
kukuhkan pintu rumah.
Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menceritakan
tentang kisah seorang lelaki datang menyuruh kukuhkan pintu rumah, maka
fahamlah Nabi Ismail bahawa lelaki itu adalah Nabi Ibrahim dan maksud
mengukuhkan pintu adalah menjaga isteri dengan baik baik.
Bincangkan.
Woha!
No comments:
Post a Comment