Bila Penyanyi Nora berkahwin dengan rakan arwah suami maka ada suara sumbang dari nitezen yang mengecam..
"Ingatkan Nora tak kahwin dah, semasa waktu suami
meninggal menangis teresak esak macam nak sehidup semati tapi boleh kahwin
pulak dengan kawan suami?
Lepas tu siap tag pasangan dengan komen: papa.. jika mama
mati, papa jangan mengada nak kahwin lagi tau!.
Astarfirullah.. dah mati janganlah bagi wasiat yang
bertentangan dengan sunnah! Lebih baik bagi Hibbah!
Maka saya pesan pada anak anak yang kehilangan ayah atau
ibu.. tolong jangan larang jika orang tua kita nak kahwin lagi. Malah kita kena
galakkan agar mereka tak rasa bersalah buat perkara yang tak salah pun!
Nabi Muhammad S.a.w kehilangan Khatijah yang paling
dicintai.. namun hidup diteruskan dengan perkahwinan baru dan terungkap dalam
sejarah kisah Nabi menyebut nyebut nama Khatijah dihadapan isteri baru dalam
menceritakan erti rindu...
Ingatlah juga Nabi adam di syurga pun sunyi tanpa teman maka
apatah lagi orang tua kita yang perlukan teman pengganti..
Eh terdengar lagu pulak...
“Rahsia ini, telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergiku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti,..”
Sedih pulak dengar lagu Black dan Malik yang matang dalam
berpuitis.. iaitu sayang macam manapun, jika kita pergi dulu.. jangan halang
mereka untuk mencari teman pengganti.. baki hidup mereka yang tidak bersama
kita adalah milik mereka sepenuhnya..
Sungguh Soal jodoh ini adalah kerja Tuhan, Tiada sesiapa pun
boleh tentukan. Dan jangan sesekali ambil kerja Tuhan..
Tiada syarat seseorang itu perlu membuktikan kasih sayang
kepada pasangan yang telah meninggal dengan tidak berkahwin selamanya. Dan
bukan bermakna apabila berkahwin lagi itu adalah tanda tidak sayang atau
melupakan. Adohai..
Kenapa nak berfahaman.. Soalah olah apabila suami meninggal
menjadi satu aib pula bagi wanita untuk berkahwin lagi?
Bak kata Aweera..
"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kauhuni
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda"
Aduhhh.. deep sungguh lirik lagu Mojo ini..
Maka saya pesan pada anak anak, jika ayah mati awal.. dan
bonda nak kahwin lagi.. duit hibbah tu gunakanlan untuk majlis mereka..
Ayah akan setia menanti di syurga, dan andai kata Bonda
bahagia dengan suami baru dan memilih suami baru sebagai teman di syurga..
Maka ayah tidak akan bersedih kerana kehilangan bonda yang
amat dicintai.. tapi ayah akan tersenyum kerana pernah memilikinya.
Woha!
Tak salah. Kahwinlah. Selagi mana mampu.
ReplyDelete