Dec 24, 2021

Orang yang salah tidak wujud?

Jumpa orang yang salah di masa yang salah adalah punca kegagalan hidup saya?

Maka munculah ungkapan ini..

Saya miskin sebab ibu bapa saya miskin?

Saya gagal sebab di kelilingi oleh kawan kawan yang gagal?

Saya sedih sebab dapat pasangan yang salah?

Saya merana sebab anak saya OKU?

Saya stress sebab majikan saya menindas?

Saya murung sebab jiran saya sombong?

Saya bodoh sebab cikgu saya tak pandai ajar saya?

Saya jahil agama sebab ustaz suka ceramah mengarut?

Jadi.., takdir hidup saya adalah merana, kerana saya ditakdirkan berJumpa orang yang salah di masa yang salah, inilah punca kepada semua kegagalan hidup saya..

Sekejap, bunyinya selain menyalah semua orang, Nampak sangat menyalahkan Tuhan,,

Padahal, prosa ayat: Jumpa orang yang salah di masa yang salah..

Semua itu adalah mitos, Kerana kita tak pernah jumpa orang yang salah dalam hidup, semua pertemuan kita dengan mana mana manusia adalah berjalan dalam takdir tuhan, semuanya ada tujuan, sama ada dia sebagai rezeki, atau peluang belajar sesuatu..

Orang yang kita tak suka itu, mungkin dia ditakdirkan menyakiti hati kita untuk kita belajar mencapai satu darjat yang tidak akan disakiti lagi oleh orang seperti itu.. mengajar kita sempadan dalam memberi harapan, sempadan dalam ketakutan yang bukan bukan..

Orang yang hutang tak bayar, mengajar kita untuk gunakan masa tuntut hutang di ganti dengan usaha tambah rezeki baru tanpa terbeban dengan hutang lampau, akhirat pasti kita dapat pahala berganda, jadi relax, teruskan hidup, tambah rezeki, dan jangan beri sesiapa hutang lagi, terima kasih penghutang pertama yang ajar erti kepercayaan palsu.

Majikan buang kita kerja, mengajar kita berniaga yang pendapatan terkini jauh lebih berkat jika dibandingkan waktu makan gaji dahulu..

Anak kurang upaya mengaja kita erti syukur kerana dia adalah ladang pahala terbesar untuk hari akhirat kita, bukan senang nak ditakdirkan mendapat ladang pahala, insan terpilih sahaja, maka janganlah diracuni ladang itu.. wahai ibu bapa terpilih kepada insan terpilih..

Orang yang tinggalkan kita, mengajar menjadikan diri kita kemampuan berdikari yang sejati, lantas membuka ruang masa kita untuk menutup kotak Pandora yang lampau.. kesilapan lama menjadi rama rama..

Maka yakinlah, kita tidak pernah bertemu dengan orang yang salah, semua itu di takdirkan untuk menambah nilai hidup dunia dan akhirat kita..

Semua ini termaktub bagi orang yang mahu bersyukur dengan semua nikmat walau sekecil nikmat, juga mahu bersabar dengan semua ujian walau sebesar ujian, kerana hidup ini sampai mati sahaja, dan bila mati? Mungkin esok atau lusa? Maka esok atau lusa kita semua sudah ke syurga berkat kesabaran dan kesyukuran, insyaAllah..

Akhir kata, Yakinlah, Tuhan tidak takdirkan kita bertemu dengan orang yang kita mahukan..

Tapi Tuhan takdirkan kita bertemu dengan orang yang kita perlukan, dan InsyaAllah orang itu akan ‘membantu’ jalan kita ke syurga jika kita bersangka Baik kepada segala Ketentuan-Nya.

Woha sampai syurga semua guys! Tahniah sebab Korang semua tertakdir menjadi followers kereta mayat!

Woha!

No comments:

Post a Comment