Nov 29, 2021

Umur berapa elok bersara dalam islam?

Al kisahnya.... Bank Dunia mencadangkan supaya Malaysia meningkatkan had minimum usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun.

Sementara itu, seramai 6.1 juta rakyat Malaysia mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

Daripada jumlah itu, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000.

Maka banyak pihak menggesa agar Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meningkatkan usia persaraan perkhidmatan awam kepada 65 tahun.

Namun, di satu sudut dunia, ramai kakitangan awam teringin bersara pada umur 45 hingga 50 tahun.

Katanya 45 tahun pun sudah tua, apatah lagi 55 tahun?

Jadi nak Tanya abang keretamayat, umur berapa paling elok bersara dalam islam?

Adohai, bab pencen pun korang tanya abang keretamayat, Nampak sangat pakcik  dah tua, ha ha

Okey, Bab bersara umur 65 tahun ni, pada pendapat abang, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan mmapu menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 65 tahun jika ada, sebab orang macam korang: (Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim pencen umur 70 tahunpun, korang ambiklah.

Ketahuilah, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia telah ber’sara’ pada hari pertama dia bekerja.

Jika korang nak pencen awal dengan alasan nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, WFH lagi, BDR lagi, dan andai korang ada projek besar, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Korang tahu tak? Nabi start berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.

Untuk rekod, Nabi sertai 28 Perang ketika umur 50-an.

1. Perang Waddan, Sebaik Hijrah Ke madinah, Nabi pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara  Banu Damrah. Status perang: NC: No Combat.

2. Perang Buwat, Nabi dan 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang Umayyah bin Khalaf yang akan lalu di jalan itu, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, tapi Umayyah takut, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku. Status perang: NC: No Combat.

3. Perang Safawan, orang kafir datang ke sempadan dan mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri. Status perang: NC: No Combat.

4. Perang Zul Al-Ushairah, berlaku bila Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah, lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan. Status perang: NC: No Combat.

5. Perang Badar berlaku bila rombongan dari Mekkah yang nak jual harta orang islam ke Sham patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam. Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar. Status perang: Win!

Aduh, rasa penat pulak nak cerita semua perang Nabi, insyaAllah saya sambung lain kali, secara ringkas saya boleh bagitahu, status perang Nabi adalah, 13 win dengan berperang, 14 Win tanpa berperang kerana musuh menyerah, atau ajak berdamai, atau musuh undur tanpa perang, dan satu kalah atau seri (Perang Uhud)

Maka status perang Nabi Muhammad SAW adalah 27 Win dan Satu Seri.

Bayangkan umur Nabi 53 tahun waktu perang Badar, hingga ke Perang Tabuk, umur Nabi 61 tahun, umur senja, umur pencen, umur KWSP dah boleh keluar semua caruman, tapi Nabi di zaman itu sedang sibuk berperang dan berdakwah. Sedangkan kita umur 40 tahun usahkan nak ajak pergi berperang? Pergi berdakwah pun ramai yang menyorok. Adohai..

Malulah kita, kerana Nabi dan sahabat, semakin tua, makin bersungguh mereka dalam mengembangkan agama.

Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua?, menangis bila anak anak tak balik ziarah?, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad?, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.

Maka pesan saya pada diri sendiri, sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.

Kepada Kerajaan, tolong benarkan pengeluaran baki KWSP lagi,sebab kami nak pergi takluk dunia dengan baki KWSP!

Woha!

Ps: Nak baca buku terbaik tentang pengurusan wang yang sangat islamik, saya sangat rekeman, klik sini: https://tinyurl.com/bmw1hamka

https://tinyurl.com/bmw1hamka

No comments:

Post a Comment